Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Cerita Nikah Kahwin - Part II

Sudah lama tidak cerita hal kahwin, kan. Sekarang tengah mood kahwin sekali lagi. Now is peak time. Semua pengantins to-be sedang excited buat preparation. Next batch pastinya majlis bulan Jun. Musim cuti sekolah menjadi pilihan. Sesiapa yang akan berkahwin in June pastinya sudah start rasa gabra, nervous, stressed up, desperate or last minute tidak cukup duit.

T_T

Ok this might not help for those yang date sudah sangat just around the corner. But hope it will help those yang masih berkesempatan.




Tips #1: Jangan buat loan.

Applying for personal loan is the trend nowadays. Ramai sangat yang buat loan apabila hendak berkahwin. Yelah, hendak kahwin sekarang menggunakan duit yang sangat banyak. & I do mean SANGAT when it refers to us, orang kebanyakan yang gaji tidak seberapa ini. Saving apatah lagi. Selalunya habis belajar kita enjoy. Selepas enjoy, kita kasi duit pada mak ayah. Selepas itu kita habis duit ber-dating. Bila pula hendak save duit?

Selepas membawa si dia berjumpa mak ayah for dinner for the 1st time?

Selepas itu menggelupur sebab mak ayah bilang mereka sudah berkenan sungguh. Tidak perlu tunggu lama-lama. Bulan hadapan sudah boleh merisik. Merisik & bertunang terus pun boleh. Tengah tahun terus nikah.

Saat itu kamu pengsan. Kahwin sekarang bukan macam zaman P.Ramlee. Rumah Cik Salmah terbakar, emak sempat masukkan duit RM 800 dalam bank pun sudah boleh buat kahwin. Sekarang ini kalau ada RM 800 pun belum tentu cukup untuk beli hantaran untuk 5 dulang! :P

Maka besoknya kamu bangun dari pengsan, kamu terus ke bank, apply personal loan. Mujur kamu bekerja kerajaan. 2 minggu kemudian, loan anda approve. RM 40,000. Kamu senyum. Ucapkan Alhamdulillah banyak-banyak. Hati banyak senang. Pulang ke rumah bilang mak ayah, ok boleh proceed dengan plan untuk merisik & bertunang serentak bulan hadapan. Mak ayah gembira. Buah hati juga gembira. Persediaan dilakukan dengan gembira.

Pada mulanya kamu plan hendak buat kecil-kecilan. Tetapi di atas desakan keluarga, ia dibuat dengan sederhana tetapi meriah juga. 'Sederhana tetapi meriah' adalah trend bahasa orang sekarang yang bermaksud 'agak grand' dalam cara yang low-profile. Hantaran yang pada mulanya dikatakan tidak perlu, menjadi 5 berbalas 7. Baju yang mulanya dikata simple sahaja, menjadi custom-made. Majlis yang disangkakan kecil sahaja, rupanya dihadiri lebih 100 orang tetamu. Ada berkat, ada pelamin mini, ada mak andam, ada pakai inai.

Silap tidak ada tok kadi sahaja.

Merisik & bertunang sahaja menelan belanja hampir RM 10,000. Hantaran yang ditetapkan. RM 15,000. Anda telan liur. Tidak mengapalah. Mak ayah sangat berpuas hati. Tunang kamu sangat gembira. Sanak saudara & sahabat handai semua bilang majlis kamulah yang paling best. Sedikit sebanyak kamu tersenyum bangga kerana dapat menyempurnakan segala-galanya.

Selesai bertunang, kamu terus perlu buat persiapan untuk berkahwin. Tengah tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Kamu cari barang hantaran. Part ini paling best, kan? Cari perfume. Cari handbag. Cari shirt. Cari Quran cantik. Cari jam branded.

Parents cari katering yang katanya menyajikan the best briyani in town!

Tunang pergi cari mak andam. Tidak mahu biasa-biasa ok. Mahu make up artist yang makeup-kan Siti Nurhaliza. Baju mesti dari designer. Kad kahwin mesti hard cover sebesar A4. Pelamin mesti setaraf Pak Abu. Para tetamu ramai dari golongan VIP. Semuanya mesti hebat.

Kamu tarik tunang kamu. Ajak lepak. Ajak talk. Kamu bilang kamu hanya ada RM 40,000. Untuk merisik & bertunang sudah habis RM 10,000. Hantaran sudah RM 15,000. Sekarang kamu tinggal RM 15,000. Kamu perlu berhabis untuk majlis sebelah kamu lagi.

Tunang kamu bilang, tidak mengapa. Dia tunjukkan sesuatu kepada kamu. Taraa..~ Dia senyum gembira. Kamu pun hela nafas panjang. Rupanya tunang kamu pun sudah mengambil loan RM 20,000. Katanya, selain wang hantaran, mas kahwin & cincin kahwin, kamu tidak perlu keluarkan duit lagi. Kamu senyum. Kamu bilang ok. Kamu terus telefon mak di kampung, bilang ada RM 15,000 untuk kenduri sebelah kamu. Mak kamu juga gembira. Dia terus telefon pihak katering confirm-kan jumlah jemputan.

Everything was all smooth until one day your mother calls you. Only weeks to your big day. Dia bilang perlu duit untuk berkat. Duit tidak cukup. Kamu tiba-tiba rasa tersentap. Kamu jelaskan pada mak, duit kamu hanya ada RM 15,000 seperti yang diberitahu dahulu. Kamu juga beritahu kamu perlu save sedikit untuk deposit sewa rumah nanti. Furniture sedikit sebanyak. Dalam perbualan itu tiba-tiba mak terlepas kata. Dia bilang, kalau hendak kahwin kenalah ada duit. Tidak ada duit jangan kahwin!

Kamu tersentap. Ok. What has gone wrong? Kamu telah cuba segalanya. You tried to please everyone. Kalau ikutkan kamu, kamu hendak buat simple sahaja. Yang wajib, akad nikah. Walimatul urus sedikit untuk menghebahkan. Itu sahaja. But when you get married, it is not about you alone. It is about everyone. Semua orang tumpang excited. Semua orang hendak suggest. Semua orang hendak menolong. Namun lebih ramai yang tolong pada benda yang salah.

Kalau hendak menolak, tidak boleh. Dikata tidak mengenang budi. Dikata jangan mengada-ngada, ikut sahaja. Dikata tidak ada duit. Macam-macam. But in the end?

In the end, kamu selamat berkahwin. Yes. Selamat ok. Happy sangat. Alhamdulillah!

But...

Pulang sahaja dari honeymoon, gaji kamu perlu tolak RM 700 setiap bulan untuk membayar balik pinjaman. Wife pula kena bayar RM 350 setiap bulan. Selain itu kena bayar kereta. Kena bayar rumah. Kena bayar Courts Mammoth. Belum pun stable, wife kamu disahkan bunting pelamin.

Kerja pula masih ditakuk lama. Gaji basic masih RM 1,500 sebulan.

Setahun. Dua tahun. Tiga tahun berlalu. Anak pun sudah 3. Production memang cemerlang. Alhamdulillah. Rezeki anak, kata orang. Tetapi expenses bertambah. Pampers. Susu. Babysitter.

Satu malam, kedengaran pekikan di rumah. Jiran-jiran semua berkerumun di hadapan rumah kamu. Semua panic. Semua busy body.

Ceraikan aku! Ceraikan aku! Ceraikan akuuuuuuu!! Jantan tak malu! Kau.. Kau..

Apa pula yang tidak kena dengan aku?

Memang tak kena! Asal aku mintak, kau marah. Asal aku mintak, kau marah. Orang sebelah tu, nah, barang kemas dia! Aku, semayam emas pun tak pernah kau belikan!

Siapa yang bersalah dalam hal ini? Siapa yang bersalah? Mak bapak kau yang bersalah! Waktu aku hendak kahwin dengan kau, mak bapak kau minta hantaran sampai lima belas ribu! Aku tidak ada wang. Aku pinjam dengan Bank Rakyat. Sekarang sudah sampai ada 3 anak, hutang pada Bank Rakyat pun tidak habis bayar lagi!

Kalau mak bapak aku minta hantaran sampai lima belas ribu, kenapa mak bapak kau terima?

Sebab kau berjanji untuk sehidup semati dengan aku, sebab itu aku terima. Kalau aku tahu kau hendak minta cerai begini, aku pun tidak hingin sama kau!

Hmmph!




**




Hahaha.

Cerita P. Ramlee memang penuh dengan sindiran, kan? But it is true. Memang boleh diaplikasikan sampai hari ini. Cerita pasal tidak cukup duit sebenarnya lebih scary dari ini. This is just the tip of the ice, bak kata orang putih. Kalau tidak cukup planning, tidak pandai manage, memang boleh jadi masalah besar. I will advise to all youngsters, silalah simpan duit dari gaji pertama, be it simpan sendiri, pakai ASB, invest to unit trust ke apa. But you MUST save money. Jangan bergantung 100% pada loan. Memang mencari padahlah jawabnya.

& dalam membuat preparation pun sangat banyak dugaannya. Terlalu banyak hati yang hendak dijaga. & terlalu banyak cakap-cakap orang pun yang perlu dibidas. Sebab itu saya selalu kata, kalau tidak prepare, janganlah berkahwin dahulu.

Alamak patutnya hendak tulis tips, tapi tulis 1 tips pun sudah panjang lebar. So next tips in the next entry in this Cerita Nikah Kahwin series ok. Sekian dahulu tazkirah Jumaat kali ini. Semoga para youngsters semua mendapat manfaat daripadanya. :)

P/S: Kisah benar cerita nikah kahwin dengan duit yang cukup yang tidak menyusahkan ibu bapa, you can refer to THIS. How I hope I can attend your wedding, Mieyza, tapi Kampung Losong adalah sangat jauh. T_T

Thursday, July 15, 2010

Cerita Nikah Kahwin

Lately ramai friends yang mendirikan masjid, or ada plans to get hitched. Dalam umur begini 20-an memang sangat ideal untuk melangkah ke alam perkahwinan. Sudah habis / almost habis belajar, sudah ada kerja tetap, sudah bercinta bertahun kenal hati budi.

Apa lagi yang ditunggu?

One thing I love about attending wedding receptions, hati saya sangat damai apabila menghadirinya. I do not know why. Then rasa macam ala-ala emosi. Terharu. Sedih. Sebak. Segala. Maybe I have been through that very same path, melalui setiap perkara yang sama, I know how it feels.

Marriage is something very sacred. Sangat suci. & knowing that after the reception my dear friend & her husband could be together forever adalah perkara yang selalu membuatkan mata saya berkaca-kaca. Betapa cantiknya agama kita mewajibkan perkahwinan kepada yang mampu, supaya kita dapat hidup tenteram di samping pasangan hidup yang sah & halal, yang kita cintai, sepanjang hayat.

Talking about weddings, ada yang bertanya pada saya tentang kesediaan untuk menjadi isteri. Tentang bajet majlis perkahwinan. Tentang menghadapi malam pertama. Haha. As a married woman, ya benar saya telah melalui semua itu. Namun setiap orang lain pendapatnya. Lain pegangannya. Lain cita rasanya. Untuk memberikan pendapat lebih-lebih, saya tidak berani. Haruslah anda yang hendak berkahwin, diri anda itu sendiri lebih tahu akan apa yang akan anda hadapi.

Well, for me, things are always simple. Saya bukan seorang yang suka memeningkan kepala memikirkan itu ini because in nikah kahwin matters, things sudah memang sedia complicated. Sudah sedia ada banyak yang perlu difikirkan. So usahlah tambahkan bebanan minda. Sort out things yang penting, attend to them, & leave out benda yang tidak penting.



Persoalan pertama: I want to get married, tetapi takut untuk menjadi seorang isteri.

When I decided to get married, the only thing I think is to live with Mett happily ever after seperti di dalam fairytale. Enough of the long almost-10-years relationship, saya mahu menyudahkannya dengan satu perhubungan yang halal & diberkati Allah. I love him & I want to be with him. That is all.

Saya tidak fikir benda lain. I never thought of those baju kerja yang perlu digosok. I never thought of rumah hendak kemas. About bathroom hendak cuci. About dapur hendak lap selalu. About cooking, lagilah tidak pernah terfikir. I never imagine how my life will transform.

About getting Myiesha before even a year of marriage, lagilah saya tidak pernah fikir langsung!

About expenses, jauh sekali. About how to manage rumahtangga, tidak pernah. About finance, time management, segala management, serious tidak pernah. Well, tipulah tidak pernah. Ada juga fikir. But fikir macam itu sahaja. Kalau buat listing pun, semuanya nampak macam achievable. Sebab kami sedang bercinta. Sedang excited hendak kahwin, haruslah semuanya nampak indah belaka.

It is not that being married is difficult. Tidak sama sekali. Berbalik pada persoalannya, berkahwin tidak susah. Menjadi isteri pun tidak susah. Sebagaimana sepanjang menjadi anak dara, kita menjaga hati ibu kerana syurga berada di bawah telapak kakinya, begitu jugalah selepas bernikah kita wajib menjaga hati suami kerana syurga di bawah telapak kakinya.

Patuh pada perintahnya selagi tidak melanggar syariat. Melaksanakan perkara yang disenanginya. Tinggalkan perkara yang tidak disukainya. Ambil hatinya. Jaga hatinya. Jaga keperluannya. Jaga anaknya. Listing them down is as easy as ABC. Tetapi untuk melaksanakannya?

It is not difficult selagi ada keikhlasan di hati. & selagi ada cinta. Selagi 2 perasaan mulia ini dapat menepiskan segala rasa penat balik kerja, mengantuk, letih, boring, fedup, malas, & seumpamanya, InsyaAllah kepatuhan terhadap perintah suami itu menjadi mudah.

& 1 thing I will never forget, Maman selalu mengingatkan saya, di dalam perkahwinan, perkara yang paling penting adalah sabar.

Sabar. Sabar. Sabar.

& everything will be fine.

So adakah anda sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri?



Persoalan kedua: Agak-agak berapa bajet majlis perkahwinan?

Ini adalah soalan paling favorite. Kerana sewaktu saya membawa family keluar makan di Sakura on that fine night juga Daddy telah bertanyakan soalan yang sama.

Saya dengan suara terketar-ketar, gugup gagap segala, memberitahu pada Daddy.

Daddy. I nak kahwin.

Time itu dalam hati memang sudah siap bilang confirm tidak boleh ini, siap terbayang Daddy akan buat muka garang gila & marah-marah & moody moody segala.

But he smiled. Senyuman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat.

Then he asked, Ada duit?

Bukannya dia hendak tanya siapa calon menantunya, kerja apa, orang mana, emak bapak siapa. Tidak. He asked, ada duit?

Nampak sangat duit adalah sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. :P

If you noticed, majlis perkahwinan saya adalah sangat-sangat-sangat simple. Saya sampaikan apabila kawan-kawan bertanya tentang belanjawan atau bajet, saya cepat-cepat bidas, jangan tanya saya. Saya kahwin tidak seperti orang lain.

Believe it or not, hantaran saya tidak ada perfume or handbag or jam tangan branded. Jangan kata branded, tidak ada pun, to be exact.

Baju nikah, sanding belah saya & sanding belah Mett, as well as the veil & kasut adalah yang sama for all three occasions. In fact, veil & kasut adalah yang sama daripada majlis tunang pun.

I did not hire a make up artist. My cousin make me up.

My wedding invitation card adalah hanya sekeping card envelope size, print sendiri depan belakang.

& I do not have an album kahwin. Jangankan sticky album, album biasa color kuning depan tulis Kodak itu pun tidak ada.

Sebab itu saya bilang jangan tanya saya tentang bajet. Saya kahwin semata-mata kerana ingin berkahwin. Saya tidak kisah tentang benda-benda itu. Asalkan ada walimatul urus untuk menghebahkan tentang pernikahan itu, sudah cukup bagi saya. Nothing else matters, bak kata Metallica.

Oh jika anda rasa ini adalah pelik, you never want to know how Maman & Daddy got married. Lebih pelik.

Why?

Maman & Daddy got married di rumah tok kadi. Maman pakai kurung songket color kuning air. Daddy pakai songkok, kemeja & seluar slacks. Balik buat makan-makan sikit di rumah nenek, jemput saudara mara terdekat & jiran tetangga. & malam itu boleh pergi kerja macam biasa.

Tidak ada 3 hari 3 malam pasang khemah berderet-deret hadapan rumah, ada majlis akad nikah, malam berinai, khatam Al-Quran, marhaban, bersanding, naik gajah naik kereta kuda segala.

Haha.

Ok but since there are questions, well, my honest opinion is that anda utamakan apa-apa yang anda rasa penting, & leave out, or biarkan dahulu hingga saat-saat terakhir untuk benda yang tidak penting.

Contoh, if anda rasakan baju adalah paling penting. Oh tidak mahu sewa di kedai mak andam! Nanti sama dengan orang lain! Nanti orang pernah pakai. Nanti this nanti that. Ok, jadi anda all out-lah pada baju anda.

Or if you think the wedding album is the most important thing, sebab it is a once in a lifetime event, so you want those memorable moments to be captured in photos, then invest-lah pada photographer yang terbaik.

Then macam wedding card, if you have the mentaliti like ah orang baca sekali nanti campak dalam tong sampah. Bukan simpan pun. Then just get a simple card yang anda tidak akan sakit hati jika esok lusa ternampak ia di dalam plastic sampah jiran anda.

Begitu.

That is if you ask about budget-lah. If you have all the $$$ in the world, or telah save up for years & want to go all out on this once in a lifetime event, you are most welcome. Lagi best! Siapa yang tidak mahu semuanya lengkap, semuanya cantik pada hari itu.

Maman kalau dapat bunga telur cantik-cantik gila, sure dia akan pesan pada Abang:

Ha. Maman want like this! Tak ada RM50,000, jangan kahwin!

& the amount increases every time. Haruslah adik saya garu kepala. :P

So anda ada RM50,000 untuk berkahwin?


***


Cerita tentang nikah kahwin ini, kalau hendak cerita sampai besok pun belum tentu habis. So tepuklah dada tanya selera. If you ask me, I would say married life is great.

Firstly, because I get to live happily ever after with Mett, the person I love.

& secondly, kami ada seorang bayi comel whom we can cuddle every night, cium-cium gomol-gomol main-main dengan dia tanpa rasa jemu.

I do not deny that being a working wife & mother, the challenge every day yang masih tidak dapat saya atasi adalah untuk me-manage time to spend with my husband & daughter. Untuk divide dengan kerja rumah lagi. Untuk pamper badan yang letih lagi.

Semuanya memerlukan pengorbanan. Namun semuanya bergantung pada kebijaksanaan kita untuk mengatasinya. Buat masa ini saya masih belum bijak meng-adjust routine harian lagi. Masih kelam kabut. Seriously.

To friends yang sudah selamat naik pelamin, I wish you congrats, semoga rumahtangga aman bahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat.

To those yang sedang berkira-kira untuk mendirikan rumahtangga, kalau sudah sampai seru, teruskan sahaja. InsyaAllah, Allah bersama kamu di atas niat yang baik untuk mendirikan masjid & semoga semuanya berjalan lancar hingga ke hari itu nanti. Everything will come naturally after that. Worry not! ;)

Saturday, October 31, 2009

My Akad Nikah Video!

Haha! It's finally here. Mett is always busy with work lately, leaving me dumped at Maman's place on both weekdays & weekends. *Sangat kesian saya, kan? Hanya blog ini & tendangan-tendangan maut di dalam sana yang menjadi peneman.. Huhu..* Being preggy, restless, & lack of attention, I decided to publish this as a sign of revenge. >=)

Dear world, you sure want to see Mett's super-duper-nervous face on the day of my akad nikah, right?

So, here it is! The incident yang telah membantutkan niat saya untuk menitiskan air mata kegembiraan pada hari bahagia saya, & instead, membuatkan the whole house pecah perut.

Mett sure has a sense of humor. *Ciri-ciri lelaki idaman. Checked! ;)*

Enjoy!


video


P/S: I did not cry on that day, but my eyes water when watching this clip. It takes a lot of sacrifices to reach that stage, & I am happy it has been a wonderful 7 months plus together. Alhamdulillah. =)

Wednesday, April 01, 2009

Wedding Photos


Ohow! Saya hampir terkena heart attack when I browsed through my wedding photos. There are more than 1500 photos to choose from, & mata saya sudah naik juling memilih untuk di-upload-kan ke dalam blog ini. *Sudahlah lembab gila sebab size photos besar gila!*

Whatever it is, these are the best I can get so I'll upload these first. Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya menyumbatkan semua 1500 keping gambar ke dalam blog. >=P

So let's start with the first ones.

Majlis Akad Nikah.

1100 hours.
21st March 2009.
Rumah pengantin perempuan.


Adoring the hantarans.


My gorgeous bridesmaid.


The groom.
Senyuman terakhir sebelum bergelar suami.



The bride.
Tawa terakhir sebelum bergelar isteri.


The lafaz akad.
& I am all his.
=)



Signing the papers.


Doa.



Sarung cincin.


You may kiss the bride.


Videocams everywhere.


Alhamdulillah!


Majlis Persandingan & Jamuan Makan.

1330 hours.
21st March 2009.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.





Cupcakes!




The big fat family!



Beloved officemates!


Majlis Bertandang & Makan Berdamai.

1400 hours.
29th March 2009.
Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.


Yes, you are right.
They are Maman's fingers!






My friends, my life, my everything.


Family photo.


A moment with my hubby.


Our wedding rings!


Mett's sexy pose ala-ala bertunang.
Ahaks!

Yo!


The wedding was fun indeed. With the presence of family, friends & relatives. No words could ever express our gratitude for everything done to make our big day a memorable one.

A big thank you to my family, Mett's family, our wedding planner - Aunty Liza & the whole big family, relatives who came from all over the globe, neighbours & friends. You have made our lives very meaningful.

Thank you. Thank you. Thank you.

We love all of you much! =D

Saturday, March 28, 2009

Spending Time in Johor

Saya sedang currently excited ber-spend time dengan family in law di Pasir Gudang, Johor.

Busy berbual sakan with MIL & SIL.

Busy tolong mengemas sana sini.

Busy memasang tikar getah.

Busy memasang langsir baru.

Busy membelajar masak. *Ahaks saya sangat fail tang ni!*

Busy di-interview oleh relatives.

Tomorrow adalah majlis bertandang.

Saya akan menjadi raja sehari sekali lagi. Kali ini tema white & purple.

Stay tune for more updates! Yes yes I miss you too. Muach!

Daa..~! =D

Tuesday, March 24, 2009

My Wedding - Part 1

Heyyyyyyyyyyyyy!!

Wahaa~! Yes yes I know I have been keeping you waiting. ;P & yes, I miss all of you too! Millions! *Great big hugs & wet kisses all over the face*

Alhamdulillah. The wedding was great. It was perfect, I shall say. Starting from Friday night when the 6 Arabian Canopies were being put up in front of my home together with the pink & white scallops, I knew it's gana be awesome.

I can't sleep 2 nights before the wedding. Nak kata nervous, tidak pun. But just can't sleep.

I woke up at 5.30am on my wedding day. After just two & a half hours' sleep. Iron baju kahwin *saya sudah bilang saya sangat fussy kan? ;P* then Miss Juriani - my make up artist - came to color my face. Pukul 6.30 pagi. Ahaks. Sangat awal pagi!

Cousins & relatives started membanjiri rumah pengantin around 8plus, as well as Miss Bridesmaid - Cik Nurul Huda. I was already bersiap-siap by then. Text messaged Mett early in the morning but he did not reply. At all. He did not call either. I was worried.

The nervousness came when Maman came up to my room & said Pengantin lelaki dah sampai! I was like Whoa! Apa yang sedang saya buat ni? Batalkan majlis ini batalkan majlis ini! Ahahahaha. Sangat gila. I was frantic. Itu baru 1 berita yang mengejutkan saya. Another 1 came shortly.
Na. Pengantin lelaki pucat gila. Macam nak pengsan Maman tengok!

Saya yang hampir pengsan mendengar berita itu. Then I was told he was asked to leave the house lepak luar jalan-jalan ambil angin while waiting for the kadi to come. *The kadi was 35 minutes late!* Then after that Maman came up again telling me the kadi has arrived & I were to go down. Owh saya sangat menggigil kepala lutut. Mana mungkin saya turun dengan lutut menggigil & kaki tersarung heels Lewre 5 inches itu!

The crowd was similar to the crowd on my engagement, only more. Scenario yang saya sudah pernah lihat jadi saya tak berapa nervous. Then when I turned to take my seat somewhere beside Mett, I became speechless. Mett was so damn handsome in his white Baju Melayu, baby pink sampin bersulam emas bunga tabur, & songkok. Whoa. Gila. The last time I saw him wearing songkok was when he graduated from IIC. Berbaju Melayu lengkap bersampin memang tak pernah sama sekali even on Hari Raya. So haruslah jantung saya hampir terlepas satu degupan.

There was the usual tazkirah yang mengambil masa lebih kurang 20 minutes. Pasal rumahtangga. Tanggungjawab suami. Tanggungjawab isteri. Mett was all ready for the questions *sempat weyh sebelum tu ber-message with friends mintak rukun nikah, rukun sembahyang, & pelbagai rukun lagi untuk dihafalkan. Heheh* but fortunately he was not being asked any questions, yang pastinya membuatkan bebanan perasaannya lebih ringan. =)

Then the time came. Jeng jeng. There was a rehearsal. Twice. Lepas tu baru lafaz yang betul.

& saat yang dinantikan itu, saat yang saya sudah plan untuk menitiskan air mata keharuan *kononnya lah kan. Tu lah selalu sangat baca blog orang semua nanges time akad nikah so saya pun nak nanges lah jugak!* telah bertukar menjadi saat yang kelakar. Hehehe.

What happened? Yang tu kena tunggu entry yang seterusnya lah. =D

With that, at 1100hours on 21st March 2009, witnessed by family, relatives & friends, Mett & I are pronounced husband & wife.

You may kiss the bride. XD

Thursday, March 19, 2009

Rewang Time

Cousins from all over the globe arrived yesterday. today, & more coming tomorrow. & the house almost collapse with all those chats & laughter. Gila bising, meriah & terang benderang!

Today is my last day of work & I was excitedly waiting for 3.45pm to come. Took 2 hours time off! But in my excitement, I actually felt a bit sad because this is the first time I will be on leave THIS long. Gila lama. I will definitely miss my terminal, my colleagues & my office. Owh & I will sure miss calling. But the greatest thing I shall miss is that I won't be able to be with my colleagues to finish up this special project. Tadi when Shazwan asked me on those files, I asked him, Macam mana ni esok aku dah tak ada. Siapa nak tolong kau dengan file-file ni? He gave me a smile.

Argh sudah cuti kahwin pun masih fikir pasal kerja!!


I hugged & shook hands with each & every staff in the department before I left. It was overwhelming. I love them all & I can never imagine myself being elsewhere without them. They were all in smiles & congratulating me. Even those budak-budak jahat said, Jane. Selamat pengantin baru! Jadi isteri yang solehah! I can't help laughing. InsyaAllah!

Mett fetched me from office. His mom was already at Busu's place by then. We went to get Mett's baju melayu at the boutique, went to Ampang Point to get those henna punya acuan tu, & managed to grab 2 Celcom starter packs. Why am I changing my number? Well, to be honest, I am sincere in getting married to Mett. & I am starting a new life. So I want to be free from scandals. 1 suspicious text message in the wee hours could cause me much damage. Hahah. XD

As for Mett, dia saja-saja je menggatal nak bertukar ke Celcom. Chet.


Abang Nazri & Kakak Rau.


Abang Zali, Aidiel, Cute Aidan & Kak Ninin!


Makbesar, Adelia & Riel Handsome.


My relatives from Daddy's side.
Azlina, Cik Marhamah, Cik Yaya & Cik Sanah.


The Bakal Pengantins sedang berpesta durian!
Ahaks!


P/S: These are yesterday's photos. Today's photos have yet to be uploaded from the cam. Too lazy, too tired, too sleepy. Pengantin must get enough sleep, right? Ahaks! ;)

Tuesday, March 17, 2009

Final-Final Shopping

As scheduled, Mett & I went for last minute shopping today although I was really busy with work since yesterday because the bank is offering a new promo so as usual lah my name will be part of the wajib names included for this special project although they know my leave will start this Friday so I won't be able to finish up until the end. Hua bagusnya jadi efficient staff ni. =D & hua gila panjang my 1st sentence tu! Tak cukup nafas membacanya. Hahaha.. XD

However, I had to skip my beloved OT session from today onwards since my To-Do-List masih belum surut. Ahaks. So just now after work went to Masjid India got Mett a very sweet pink sampin with bunga tabur benang emas for nikah at Jakel. Sangat chantek!

Then beli songkok, also for nikah. Besar rupanya kepala Mett tu pakai size 23, which is the largest size in the store. Ahaks.

Then pergi Semua House nak cari paste-on hennas tu but tak ada pulak so just bought yang squeeze tube tu. Nanti esok-esok try churik time cari paste-on henna elsewhere.

Then finally singgah Sogo bought Mett's shoes for sanding. Got a gorgeous saya-sangat-jatuh-chenta-dengan-ketajaman-dan-keruncingan-muncung-kasut-itu shoes from Valentino Rudy. Serious lawa gila. Hoho. It's black with a hint of brown. Then muncung tajam. Bila tengok kasut tu dari depan macam Mak ai gila smart kasut ni! Then bila tengok dari tepi macam Hua sangat stylo! Mahunya saya tidak tidur malam termimpi-mimpi kasut yang sangat lawa itu! ;D

So those were all for today. Other stuffs pending are my purple tudung for sanding, and Faris' pink Baju Melayu. Looking for more time to churik since many of my relatives will arrive from all over the globe tomorrow so sure lah will spend a lot of time with them. We will see how it goes.

As for my macam-tongkang-pecah house since 4 months ago, carpets sudah selamat dibentangkan di seluruh ceruk hall, part of the furniture sudah ditepikan, bilik pengantin sudah hampir siap *yahoo!* & the aura of kekecohan sudah mula terasa. Neighbours semakin rajin mem-visit. Part of Daddy's family angkat from TTDI & Singapore sudah drop by last Sunday. Tonight pulak my bridesmaid's family drop by. Memberikan Daddy sedikit warm up on the hecticness & bingit-ness that he is about to face on my wedding day. Ahaks.

As for me, saya biasa saja. Life is still as usual. No signs of excitement yet. Nervousness lagilah tak ada. Biasa saja sleep wake up go to work come back sleep. Maybe tomorrow kot baru start rasa best because the cousins are already here. Can't wait to see them. =D

As for Mett, he is still always exhaused & down with fever. Today on MC, tomorrow his leave starts. Hope he'll get enough rest until the akad nikah day. When Maman heard that he's down with fever, she imitated Pak Ali - bapak si Rohani, in the film Madu Tiga.

Demam? Kejaaaaaaaaap lagi baik.

*Encik Jamil nak masuk meminang engkau. Kau setuju? Ehh..

Kalau perempuan begitu maknanya dia setuju, Pak Ali!

Iye? Bulan ni gaji Encik naiklah..

Kita sama-sama mendapat pahala, Pak Ali, kerana mendirikan masjid.

Encik Jamil tu bujang ke duda?

Ehm. Bujang, Pak Ali. Bujang Alif Ba Ta.

Bujang Alif Ba Ta?

Er. Angkatan Bujang Tua.

(Pak Ali laughed)

(Rafi laughed louder)

(Pak Ali laughed the loudest)

Then lagu pun keluar. Pukullah tabuh. Pukullah tabuh pukul rebana..*

Owh I'd better go put a mask on my face & go to bed sebelum repekan ini meleret. Ahaks. Nighty nite!

Sunday, March 15, 2009

New Home & Final Plans







This weekend is the best weekend ever! It has been years since I got both Saturday AND Sunday all for myself. Huahua. KIV for both days to the MOD since I feel like I have things to do, but ended memang tak datang langsung pun! ;P

Since the relatives will start coming next week, I have decided to empty my wardrobe earlier & send those rarely used items to my new home so they will have room to store their stuffs.


Bukan rarely used items sahaja yang dibawa.
Segala baju bajan semuanya sudah di-packed & dibawa pergi.
;)

So keluarlah segala bags & boxes & I started sorting things to bring & things to throw away. Maman sekejap-sekejap singgah tengok & Bn asked where I was going with all those stuffs.

Kabix nak pindah rumah. Pindah rumah baru.
Rumah baru mana?

Rumah barulah. Ada swimming pool. Best! Nak follow tak?


Bn geleng & smiled. Hoho saya sudah rasa terharu time itu. He sure does not understand why must I go.

The first destination was Giant Hypermarket in Taman Permata.





We then headed for Cheras to pick our askar-askar - Rin & Fahmi up. Sempat had lunch at a nearby foodcourt before starting our mission. *Bila perut dah kenyang baru boleh buat kerja kan?*






I cleaned up the kitchen & bathroom since the guys did not want to do the bathroom. Hish. Dorang nak part yang best-best saja like the hall, dining area & room. But they also got the tremendously eeky yucky geli geleman punya kotor balcony cleaned up like brand new. =P I really salute them lah. Gila best dorang kemas. Macam pro! Rumah yang berpasir dah macam tepi laut tu boleh bersih putih berkilat squeaky clean dikerjakan dorang.

Great job guys! Nanti Kak Hannah belanja pizza, orait? ;)


Adoring the beautiful scenery from the balcony.
Siang chantek.
Sunset lagi chantek.

Malam gila lawa.
The lights - like marching soldiers along the highway - are simply splendid.


So the home is finally tidied up. Tinggal nak bawak masuk furniture, expected by end of this month. What? 1st night nak tidur mana? We will be spending the night at Concorde Hotel, bebeh! Hahah tak pernah dibuat orang. XD

Despite being fatigue with a lot of things, saya masih teruja ke sana sini sampaikan orang-orang yang bertemu saya semuanya kata saya nampak letih & tired & mata macam racoon. Tadi my make up artist Miss Juriani text message me-warning saya taruk timun kat mata & sleep early! Sudah sangat nervous dia. Hahah. Mana mungkin dengan To-Do-List yang masih banyak yang belum di-strikeout. ;P

So my schedule for my final week before nikah is as follows:


Monday (16th March 2009)
Free. OT for the last day. =)


Tuesday (17th March 2009)
Shop for a pink Baju Melayu for Mr. Bestman - Faris *not Ejump as planned due to unavoidable reasons*, a songkok & pink sampin for Mett for nikah, as well as a pair of kasut tajam lawa for sanding. *I loooooove kasut tajam! =D*

& not to forget, my paste-on hennas. Senang weih.


Wednesday (18th March 2009)
Get Mett to visit TNB to get the electricity supply connected to my new home since he is already on marriage leave. *Ya, kami bersihkan rumah dalam ke-warm-an siang tadi*

& get our suite at Concorde booked. Ahaks.

50% relatives from Perth & Singapore will arrive on this day. Have to go home straight after work & rewang dengan dorang sampai ke malam buta catch up with stories & share lots of laughters. Really can't wait to see them! =D


Thursday (19th March 2009)
I will be applying for time-off & leave office at 3.45pm instead of the usual 5.45pm. Yeay!

*But also huhu because this will be the last day I will be seeing Siti since she will be resigning from the company. Sangat sedey! Also will feel sad because I won't be seeing my colleagues for the next 2 weeks. Akan sangat merindui mereka semua! Huhu! Tak nak cuti kahwinlah macam ni. Nak kahwin kat office. Pakai baju kahwin buat calls. Boleh tak? Hahahaha..*


On this day Mett & I will visit Butik Pengantin RS to get Mett's Baju Melayu for both nikah & sanding, as well as those stuffs for pengapit.


Friday (20th March 2009)

MY LEAVE STARTS!

Another 50% of my relatives from Singapore will be arriving. Final meeting with my wedding manager & the whole fat family. Rumah sure berselerak gila & kat luar sure dah chantek terpasang 6 Arabian Canopies with pink scallop. Whoa! Maman plan to hold a kenduri doa selamat plus tahlil this night.

Saya pula berdebar tinggal 12 hours before being a wifey. *Anyone have plans to hold a Bachelorette Party for me? Ahaks!*

So with this chronology, looks like I don't have to update my blog since everyone already knows my plans. Haha. No lah InsyaAllah I will try to steal time to update from time to time. Kalau boleh sampai malam before tu still nak update then time nikah nak buat live broadcast lagi so everyone can share the moment. Ahaks. Sangat gila glamour saya!

Ok have to sleep early because my makeup artist says so. Till then, daa..~!

P/S: Mett is down with flu & cough since a week ago. Kesian dia. Macam mana nak akad nikah macam ni. Huhu. Get well soon ok Darling.