Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Wednesday, May 09, 2012

My Plans When I Get Back to Work


Plan #1: Walk 10,000 Steps a Day.


This is my plan to maintain a slim figure. Kalau tengok di blog kawan-kawan dan di Google, banyak cara yang ada sebenarnya. Exercise. Pergi gym. Pergi jogging. Skipping. Swimming. Tetapi faktor masa dan tempat selalu menjadi halangan. So I decided to do this. Walk. I plan to leave home early every morning so that I can walk at least 2 kilometers before hailing a bus to work. Kalau dahulu Mett hantar di bus stop, saya terus naik bas. Now I plan to walk first and take a bus di bus stop yang seterusnya.


Tetapi, cukupkah 2 kilometer? To get 10,000 steps is actually 8 kilometers. Tetapi kalau hendak berjalan 8 kilometers, haruslah saya berjalan kaki terus sampai ke office. Hehehe. It is OK, I will just topup with the short walks di Plaza OUG ketika menunggu Mett ambil saya pulang setiap hari. And the keluar masuk dapur-bilik-bathroom mengejar Myiesha di rumah nanti. And not to forget, the jalan-jalan di malls daripada tengah hari sampai ke malam every weekend!


At least this is the least I can do, daripada tidak exercise langsung. :)




Plan #2: Pump Milk at Work Every Single Day Without Fail.


To be honest, I have not started stocking up EBM yet. Why? Because my fridge disallows me to do so. I only have a 1-door refrigerator yang freezer nya kadang-kadang sejuk, kadang-kadang biol. So saya tidak berani stock up banyak-banyak dahulu for now. I am currently concentrating on DF full-time sambil do a lot of reading to prepare myself. I plan to only start stocking up a week before I start work, which is next week.


Walau bagaimana pun, I have already tried out my breast pump and I am so happy. Setiap hari pun belek storage bottles. Setiap hari pun tengok cooler bag. Setiap hari pun try out bag. Saya sangat tidak sabar hendak buat fully-pumping sebenarnya. I cannot wait to naik turun bas setiap hari bawa pump bag berisi cooler bag and breast pump and storage bottles. Mesti rasa macam happy sangat, kan?


I have already informed my Team Leader on MSN Messenger to get a cubicle a bit more discreet for me so that I can pump during working hours. And I hope that my breastfeeding journey will be all fine. InsyaAllah.




Plan #3: Eat Healthily.


Since I will be expressing milk for Tihani all the time later, I plan to go on a healthy diet. Selain dapat me-maintain-kan slim figure, saya juga berharap dengan ini saya dapat menghasilkan susu yang berkhasiat dan mencukupi untuk anak saya. I plan to bawa bekal to work, instead of gobbling up nasi lemak everyday like I used to. Lauk simple sahaja. Maybe just rice, sup lobak putih dan sawi, and chicken or fish. For breakfast and tea, I will just have roti celup Milo, or biskut celup Milo. I find that lobak putih, sawi, and Milo really help in increasing my milk supply. So I will just stick to this for now.


But I will also eat out or have fast food sometimes, apabila teringin di tekak. Saya tidak akan pernah menghalang diri saya. It is always fun to reward yourself with something you enjoy doing or eating once in a while. After all, kalau ber-diet pun, selalunya mereka bilang boleh makan. Occasionally. Bersederhana. Bukannya tidak boleh makan langsung. So marilah kita makan!




Plan #4: To Continue My Studies.


Seru ini datang ketika saya masih di dalam pantang. Ada advertisement di newspaper. September 2012 intake di UiTM. e-PJJ. Ada banyak course. Business. Mass Comm. Science. TESL. Rasa macam hendak sambung belajar. Tanya pada Mett, OK atau tidak? Mett bilang OK. Dia bilang, tidak ada halangan from his side. Apabila dia sudah bilang OK, saya pula yang rasa nervous. Agak-agak boleh bawa kah? Agak-agak boleh cope kah? To continue my studies is something I really want to do. Niat ini sudah tersimpan agak lama juga. Mula-mula tertangguh sebab kahwin. Then ingatkan tunggu Mett habiskan degree dia dahulu. Sekarang ingatkan hendak tunggu dia habiskan masters pula. Haih banyak sungguh pengorbanan seorang isteri.


But when Mett says OK, saya rasa maybe it is time. Apa salahnya saya sambung belajar sekarang, kan? Ramai sahaja wives and mothers yang sudah beranak pinak sambung belajar. As long as ada support daripada husband, that is what matters the most. To be honest, I am still thinking hard right now. Tarikh tutup permohonan adalah 20 May 2012. What do you think, kawan-kawan?


Hannah Johary. A wife. A mother of two. Working full-time. Fully-breastfeeding. A STUDENT lagi? Boleh kah? :D




**




So these are my plans for now. Umur sudah menjangkau 28 tahun tetapi plan masih kecil-kecilan. Bila hendak ada plan beli kereta atau rumah pula, HJ? Fikiran masih belum ke situ. Yang besar-besar biar Mett fikirkan boleh? Hehe. Let my plans just be a small one, namun bermakna, achievable, dan membawa kebaikan kepada family. Most of all, dapat pahala juga. Saham untuk akhirat! Mengembirakan anak perempuan, menyusukan anak, taat pada suami, semuanya ada pahalanya yang tersendiri. I just want to be a good wife and mother, that is all.


So good luck to myself! Semoga plans saya dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah. Amin.

Tuesday, April 24, 2012

Breastfeeding? Pumping? Boleh, Ke?


I had a long chat with Maman yesterday evening. Tentang breastfeeding dan tentang expressing breast milk. Tihani is already a month old now. And to be honest, I have yet to decide whether I am ready to do this for her. Dahulu saya hanya susukan Myiesha selama 3-4 months. Saya berpendapat yang semua anak-anak saya akan naturally start minum formula milk as soon as I start work. Tentang pumping semua ini memang saya tidak ada banyak ilmu. Bukan tidak berminat, cuma saya tidak pasti akan kebolehan diri sendiri. Saya tidak percayakan diri sendiri. Hannah yang pemalas ini, Hannah yang suka hangat-hangat tahi ayam ini. Boleh, ke? Serious, ke? 2 years, tahu! Are you nuts?


Tetapi kali ini saya tidak tahu kenapa saya asyik fikir tentang perkara ini. Seriously pula. Siang malam pagi petang. Sedar tidak sedar, sudah satu bulan pun.


But I still cannot decide.


Sebab itu saya duduk dengan Maman berbual dengan dia semalam. I really need to decide, and get this out of my head. Once and for all.


Kalau ditanya tentang seru, time Myiesha dahulu langsung tidak ada seru. But this time around, saya rasa saya ada rasa serunya beberapa hari yang lepas. Tiba-tiba rasa macam bersemangat, rasa macam ada air mata yang hendak meleleh. Ada rasa macam OK I want to do this! dalam setiap degupan jantung. Wow, cerita macam artis baru dapat nur hendak pakai tudung pula eh? Tetapi inilah yang saya rasa. Maybe after so many months surveying for breastpumps, reading blogs on successful breastfeeding mothers, saya telah mendapat hidayahNya. Maybe this is the time I start. Maybe I can do it this time.


Namun seru sahaja tidak cukup. Kalau ditanya adakah budget menjadi masalahnya, saya akan bilang, duit bila-bila boleh dicari. Kerjalah kuat sedikit, buat OT lebih sedikit, insyaAllah saya akan all out demi untuk anak tercinta. InsyaAllah saya akan usahakan beli breastpump yang bagus, cooler bag, storage bottles, sterilizer, warmer, deep freezer. Segalanyalah. Saya boleh kerja kuat. Saya boleh all out. But the biggest problem actually comes from me. Saya boleh buatkah?


Berikut adalah antara perkara-perkara yang membuatkan saya tanya diri berkali-kali. BOLEH KE?


Semuanya berkaitan dengan rutin harian saya.


Pergi balik kerja harus berasak-asak berpusu-pusu bertolak-tolak naik turun bas. Naik turun jejantas. Sampai office lunaskan tanggungjawab sebagai seorang Customer Service Personnel. Dengar jerit pekik customers. Baca email penuh kata makian. Belum masuk lagi cerita kalau hendak lari pergi pump milk. Sedangkan Muslims pergi solat pun boss sudah bising kalau lama sedikit, (boss adalah berbangsa dan beragama lain), ini pula hendak curi masa pergi pump milk 3 kali sehari. Solat 3 kali throughout waktu kerja, tambah dengan pump 3 kali throughout waktu kerja, sudah 6 kali. Harus nanti boss suruh balik jadi lembu kat rumah sahaja. Hahaha. No offence ya, ini hanya gurauan kasar untuk diri sendiri.


OK, itu cerita di office. Di rumah pula, saya sampai rumah pada jam 9 malam setiap hari. Tibanya di rumah, kerja rumah sudah menunggu. Memasak. Membasuh. Mengemas. Bermain dengan anak. Melayan suami. Average time tidur setiap hari adalah 12am. Itupun bukan tidur straight sampai pagi macam dahulu. Harus bangun every 2 hours susukan Tihani, tukarkan diapers. Sebelum ini saya bangun tidur 6.30am. Mungkin kalau sudah beranak dua ini, dengan hendak breastfeed pada waktu pagi, dengan hendak siapkan breast pump kits, dengan hendak siapkan diri sendiri, most blogs I read, mereka bangun seawal 4.30am - 5.30am! Wow memang superwoman habislah.


Tetapi, bolehkah saya lakukan semua ini saban hari saban bulan saban tahun sampai cukup 2 tahun?


Tsk.


Tujuan entry ini ditulis bukan untuk memperkotak-katikkan kebolehan diri. Tetapi saya rasa untuk tubuh badan ini menghasilkan susu, makan kena cukup. Rehat kena cukup. Tidur kena cukup. Suami kena banyak-banyak-BANYAK membantu. Dan diri sendiri juga harus dapat banyak-banyak-BANYAK support, lebih-lebih lagi daripada orang tersayang. Motivasi dan mindset daripada diri sendiri, insyaAllah boleh. Anasir luar ini yang sangat ditakutkan. Aih, kenapa kena takut anasir luar, patutnya kena takutkan Allah sahaja, kan Hannah? Danggg.


So as for now, I still have doubts. Seriously. Persoalan yang sama masih menerjah ke ruang fikiran berkali-kali. Boleh, ke? Boleh, ke? Boleh, ke? I am actually a very positive person. Saya tidak pernah ambil masa selama ini untuk membuat sesuatu keputusan. Untuk berkahwin dengan Mett pun tidak perlu fikir selama ini. Padahal keputusan untuk sepanjang hayat itu, bukan 2 tahun macam breastfeeding ini. HAHA. But maybe because I need to check on my budget and fork out cash yang bukan sedikit amount nya, jadinya saya harus fikir semasak-masaknya. Saya tidak mahu perbuatan saya membeli Medela Freestyle menjadi issue sebab harganya punyalah mahal, then apabila tidak pakai nanti jadi issue lagi sebab beli tetapi tidak pakai. Wah tidak mahu kalah, mahu Medela Freestyle juga! Kahkahkah.


For this, I really need your opinion and support. Need more support, kot. Because I give myself until this week to decide. I know I will not regret wanting to breastfeed Tihani for 2 years kerana ini tuntutan agama, dan inilah yang sememangnya saya perlu buat. Cumanya saya takut kekangan masa, dan daya tubuh badan saya. Dengan rutin harian yang agak hectic. I need motivation. Please drop your comments, ya. No matter who you are. Single, married, silent readers, breastfeeding moms, yang tidak breastfeed pun. Just drop your comments. I really need to read something at this point of time.




Setakat ini susu memang ada. Alhamdulillah.
Cuma..




Cuma alangkah bagusnya kalau saya seorang stay-at-home-mom! Boleh saya direct breastfeed Tihani sahaja tanpa perlu fikir tentang hectic rutin, breast pump segala. Pahala pun dapat. 2 tahun, tahu! Oh, and I promise you that I will be the best wife to you and the best mother to our children. Bangun pagi prepare breakfast. Then bawa anak-anak pergi swimming. Then balik swimming cook lunch and dinner. Selepas itu baca buku dengan anak-anak. Buat coloring dengan Myiesha. Main flash cards dengan Tihani. Then petang apabila mereka tidur, saya akan iron baju kamu licin-licin. Apabila kamu sampai rumah pada waktu malam, saya akan hidangkan makanan buat kamu dan temankan kamu makan sambil berbual. Kita kemudiannya akan bermain dengan anak-anak bersama-sama. Watch TV together. And after they go to sleep, saya akan bertukar kepada costume Catwoman saya.


Kahkahkah.


Indah, kan? Indah, kan? Tidaklah at every end of your day you meet an extremely exhausted woman snoring like godknowswhat beside you on the bed. :P


So Mett, will you consider my application to be a SAHM again? Puh-leaseeeeee. :)




Segalanya demi kegembiraan anak tercinta!

Saturday, January 21, 2012

Sebuah Kisah Tentang Petang Semalam

P/S: Entry ini ditulis dalam perasaan sedikit emosi. Jangan ambil hati, ya. :)




**



It was raining cats and dogs when I left office yesterday evening. Hujan lebat gila. Federal Highway di hadapan ini jammed gila. Mett had a meeting at Syabas HQ di Bangsar. He was supposed to fetch me back after the meeting. But since it was raining cats and dogs, dan jalan pun jammed gila, I said, never mind. Let me just meet him somewhere. At least tidaklah buang masa dia terperangkap dalam jam. Mett said, OK. We agreed to meet up at Universiti LRT station.


Sepatutnya memang ada bas direct dari office saya ke LRT Universiti, so it is like convenient lah juga for me to meet him up there. Tetapi oleh kerana jam adalah tersangat teruk semacam tidak bergerak langsung, I have decided to take the LRT.


So naik bas dari office.


Turun di bus stop. Lintas jalan sampai ke LRT Asia Jaya.


Naik LRT sampai LRT Universiti.


Turun dan lintas jalan untuk tunggu Mett.


Dalam lintas jalan ke sana sini, seluar saya sudah basah lencun dari lutut ke bawah, dan kasut pun sudah dipenuhi air menjadi semacam fish aquarium. Cuma tidak ada fish sahaja. Hehehe. Hujan memang lebat gila. Dan automatically semakin lebatnya hujan, semakin sesaknya jalan. Sudah macam persamaan linear pula. :D


Dalam saya melintas jalan di hadapan LRT Universiti itu, sewaktu saya berdiri di atas divider mencari peluang untuk meneruskan perjalanan, there was this one car. Betul-betul di hadapan saya. Kereta itu hendak jalan, tetapi sebuah bas sedang cuba menyelitkan diri di hadapan kereta itu. Apa lagi, driver kereta itu bengang gilalah. Lalu dia pun hon bertalu-talu.


Hon dengan kuat gila tanpa henti dalam seminit dua untuk menunjukkan tanda protesnya.


And his car was right beside me.


Apa lagi, saya terkejut gilalah. Sempat beristighfar berkali-kali.


For a moment, I was speechless. The first thing that came into my mind was that, driver itu adalah sangat selfish. Yes, selfish is the perfect word. You might be bengang gila. You might be marah gila bas itu potong kamu. But then again, tengoklah kiri kanan sikit. I am a heavily pregnant lady beside you, terkial-kial cuba melintas jalan yang maha sibuk. Basah lencun dalam hujan lebat.


You might be bengang, but you are in a car. Anda sedang duduk. Langsung tidak basah kena hujan. Ada pula aircond untuk menyejukkan badan dan hati. Ditemani pula dengan alunan lagu-lagu kegemaran masa kini dari CD di dalam kereta. You have everything you need to be comfortable in a journey. Kenapa kena buat perangai macam itu? Saya terkejut hampir kena heart attack anda hon bertalu-talu begitu, tahu?


Selepas saya 'diselamatkan' oleh Mett dan duduk di dalam keselesaan kereta sendiri, saya terfikir tentang perkara ini. Kita manusia memang sangat jarang bersyukur. We have almost everything, tetapi masih hendak marah tentang perkara-perkara remeh. Masih tidak bersyukur dengan apa yang ada. I also see this from my customers. Beli washing machine, rosak, marah. Beli aircond, rosak, marah. Beli handphone, rosak, marah. Yes, it is OK to be angry. Kita sudah labur duit banyak untuk something, apabila rosak, haruslah marah. Orang gila sahaja yang tidak marah, ya tidak?


But it is always not OK to marah melampau-lampau. Memaki orang tidak tentu pasal. Menjerit pekik macam maruah sudah tergadai di telapak kaki. Buat perkara pelik-pelik seperti hon selama beberapa minit di hadapan seorang wanita mengandung yang helpless di dalam hujan lebat. For what? Saya hendak tanya. Apa yang anda dapat dengan berkelakuan begitu? Kepuasan? Atau anda dapat apa yang anda hendak?


Bas semalam yang memotong kereta itu memang berjaya memotong, kerana dia lebih besar! Kereta itu tidak dapat apa-apa. Except my anger, and this entry kot! HAHAHA.


Apa untungnya? Saya rasa rugi adalah, kerana apabila anda menunjukkan perangai begitu, anda seolah-olah menggadaikan maruah sendiri di hadapan orang. Anda membuka pekung sendiri di hadapan orang. Orang tidak pernah akan anggap anda bagus dan hebat, tetapi orang akan fikir perkara itu memalukan.


Working in the Customer Service line begini selalu membuatkan saya terfikir tentang karenah manusia yang bermacam-macam ini. Apalah salahnya bersyukur dengan apa yang ada. At least anda ada kereta. Anda ada aircond. Anda ada washing machine. Anda ada LCD TV. Anda ada handphone mahal. Some people they do not even have one of the things you own, dan mereka tidak mengeluh pun. Mereka tidak memaki orang pun. Mereka tidak menjerit pekik pun. Hidup masih lagi boleh diteruskan dengan apa yang ada. Hidup tidak terasa ralat walau sedikitpun.


My advise is, ikutlah resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Jangan biarkan harta kekayaan dan ketinggian ilmu menjadikan anda manusia yang tidak berpijak pada bumi. Manusia yang tidak bersyukur. Walau apa sekalipun yang terjadi, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau barangan rosak, bertenanglah. Everything can be settled in a proper way. And the most important thing, bersyukurlah walau apa sekalipun yang terjadi, anda masih dapat mengecapi kemudahan hidup yang sementara ini.


Kadang-kadang apabila tengok Bersamamu, rasa kasihan sangat. Kalau kita dapat kehidupan macam itu, apakah yang akan terjadi pada kita kalau kita asyik turutkan perangai gila kita ini?


Akan jadi gilakah?

Thursday, January 19, 2012

HJ - Back in 1993



Rasanya semua orang pun boleh teka yang mana HJ, kan? :D


Zaman comot. Berlengas.


Sama tak muka dengan sekarang? Heheh.

Thursday, January 12, 2012

29 Weeks Pregnant

Hello everyone! It has been 6 days since I last updated my blog. It has been 2 weeks since I last updated my Facebook status. And it has been a couple of days since I last actively tweeted on Twitter. The fact is, I am tremendously busy. Sangat, sangat, SANGAT SIBUK.


I leave for work at 8am in the morning. Return home at 9pm at night. Spend time with the family for 3 hours or so, before going to sleep at 12am. Then pagi sudah bangun lagi untuk pergi kerja.


This may look like a normal routine for any working wife and mother, but for me, since this new year, semuanya telah menjadi tersangat padat. Having to juggle with my new task telah mencuri kesemua masa dan tenaga saya. If before this I still have time to check my Facebook account, comment my friends' status and update my blog whilst talking to crazy customers on the phone, working off the phone rupanya lebih mencabar! To those who still do not know, I am in charge of the company's emails now. And although there are reply templates to choose from, I always prefer to alter them mengikut kesesuaian email customer. Rasa lebih human touch, kot? Jadi customers tidak akan rasa macam computerized reply. Kahkahkah. Rajin sungguh, kan? So setiap customers akan terima balasan email yang berbeza walaupun untuk soalan yang sama, depending to the way they write and their emotions. Well, semua orang ada cara tersendiri dalam melaksanakan tugas. As for me, kalau ada tugasan yang melibatkan penulisan, I will never take it for granted walau ia hanya tugas kecil.


So that is my job dari 9 pagi sampai 7.30 malam setiap hari. Replying customers email. Tulis tulis tulis sampai mata naik rabun dan otak jadi tepu. Why do I say tepu? Because by the end of the day, kadang-kadang saya naik tidak faham apa yang customers tulis that I have to copy them onto a word document, baca sepatah-sepatah dan tukarkan font isi penting menjadi font 20 untuk separate-kan craps dari isi penting. HAHAHA. Seriously. Apabila terlalu banyak membaca the whole day, akan jadi tidak faham gila.


So kepada para pelajar, sila jangan belajar sehari suntuk, OK. Take time to rest, have fun and go dating. Hahaha!


So inilah perkara yang telah membuatkan saya tersangat busy throughout the day sampai tidak ada masa untuk log in Facebook and update blog. As soon as I reach home, haruslah spend quality time with family pula. Have small chats with Mett dan main dengan Myiesha sampailah dia tidur. Not to forget, household chores sentiasa memanggil-manggil minta dibereskan. Kain baju segala. Semua ini tidak boleh tinggal. Kalau tinggal, hari esok akan menjadi lebih kelam kabut lagi walaupun sejak masuk 7 months pregnant ini saya hampir tinggalkan tugas memasak sepenuhnya sebab serious badan sudah sangat tidak larat.


Siapa kata saya balik kerja terus update blog panjang berjela sampai abaikan anak suami? Siapa? Siapa? Harmoni sangatlah kononnya, kan? Kahkahkah.


Mett suka gila saya ulang ayat ini. Nanti dia bilang, Eh macam pernah dengar saja? dalam senyuman-senyuman perlinya. :P


Yes, so this is my current life. Tersangat sibuk until sometimes I forgot to breathe. Namun sejak duduk dengan HR the other day tengok increment pada gaji pokok dan increment pada allowance, saya rasa inilah yang harus saya korbankan untuk kehidupan yang lebih baik. Benar, ada orang mampu hidup senang walau tanpa perlu mengorbankan private time dan bersama keluarga, but to me, this is fine for now. Nanti apabila ada peluang sebegitu, I will grab it.


So goodbye precious time, and hello tons of work! Although Mummy spends lesser time with you now, but you just know I love you all the same, kan Myiesha? :D


So to tell about being 29 weeks pregnant (banyaknya SO dalam entry ini!), I am all great sampaikan rasa macam belum puas pregnant, hendak pregnant total 18 bulan boleh, instead of 9 months? Hehe. And for now saya sedang rasa sangat confident that I have no fears of giving birth yet. Oh, and 1 surprising thing, sejak dua menjak ini Mett asyik sibuk ajak pergi 4D scan! Omg! That guy, my husband yang tersangat tidak romantik dan nampak macam tidak caring langsung itu, ajak saya pergi 4D scan! Excitedly pula itu! HAHAHA. Serious kelakar, rasa macam hendak pengsan dan rasa macam malas pula hendak melayan karenahnya yang bukan-bukan ini. Why? Because selama ini scan 2D pun dia asyik bertangguh malas gila bilang Tak payahlah Tak Payahlah, this time excited melonjak-lonjak pula.


Pelik tetapi benar, kan? Some things can really happen unexpectedly! :D


So this is life at 29 weeks. Penuh dengan kesibukan. I am truly sorry, dear readers, for not having the time to update as frequent as I used to now, but I promise to catch up. Lebih sorry lagi kepada Myiesha sayang kerana belum dapat tuliskan entry tentang birthday nya yang ke-dua yang jatuh pada hari Monday lepas. Isk. Mummy is really busy, Sayang. InsyaAllah I will try to find time to update more later.


Until then, have a great working day, everyone! Eh, sudah Thursday. Wee..~


P/S: This entry ditulis pada waktu pagi apabila tiba awal 20 minit di office. :)


Friday, December 23, 2011

A Day at Home

I rewarded myself with an off day yesterday, due to the stressful kelmarin. Really cannot take it so took an emergency leave and decided to stay home with Myiesha. Had breakfast at McDonald's Plaza OUG in the morning. Then took Myiesha to the clinic because she has a scratch on her eyelid. Then selepas itu pergi SpeedMart beli susu, susu Myiesha sudah habis. Then balik.


We took the bus the whole time and Myiesha was so happy every time she got to tap my bus card on the scanner and get to press the bell. Oh part press bell ini yang paling excited. Baru naik bas pun sudah hendak tekan. Then apabila dapat tekan, dia pergi tekan lama-lama. Mesti bus driver itu bengang. Hahaha.


Sampai rumah, tidurkan dia. Surf internet sekejap. Then when she got up, ajak dia turun pergi kedai bawah beli bahan-bahan untuk masak. Cooked nasi lemak only, but it is an accomplishment, because kali ini masak menjadi dan dapat masak sampai sedap. :) Selalunya balik kerja masak ala kadar sahaja sebab penat dan lapar. So selalunya memang makan untuk isi perut sahajalah, bukan untuk menikmatinya. This time I really got it right and I feel so good about it. Maaflah ya, saya ini memang tidak pandai masak dan masak tidak sedap, so tiba-tiba begini rasa happy semacamlah. Jakun. Hahaha.


After cooking and having lunch, spend time with Myiesha. Berbual dengan dia. Main tickle-tickle dengan dia. Main kejar-kejar satu rumah. Gelak sakan. Menjerit sakan. Then tengok TV sama-sama. Layan dia baca buku. Buat coloring together. Tengok videos on YouTube.


Hasrat di hati hendak pergi swimming, but it was drizzling throughout the day.


Menjelang malam, saya sempat cuci bathroom sedikit sedang Myiesha minum susu. Then Myiesha tolong saya lipat kain. Part ini paling best. Saya lipat-lipat. Dia tunjuk jarinya yang gemuk itu.


Mummy's shirt?


Yes, this is Mummy's shirt.


Abi's pants!


Yes, this is Abi's pants.


Myiesha's towel!


Yes, Sayang. This is your towel.


Myiesha mendekatkan jarinya yang gemuk itu lalu mencapai towel kecil itu. Kemudian dia buat-buat lipat juga. Kemudian dia bentang. Selepas itu dia pijak.


Hey!


Myiesha senyum lalu sujud di atas towel tersebut. Oh berangan solat atas sejadah rupanya! Saya tertawa. Myiesha turut tertawa. Dia termalu-malu.


Selesai melipat kain, saya perhatikan rumah yang bersih. Saya perhatikan Myiesha yang sedang leka berangan bersolat. Then I realized that it has been so long since I last feel that happy. Perasaan dapat menguruskan anak dan rumahtangga dengan sebaik-baiknya. Perasaan tenang dan gembira apabila menyambut Mett pulang dari kerja nanti. All this while kami sampai di rumah bersama-sama. And as soon as we reach home, saya terkocoh-kocoh masak dan membasuh, and Mett will be surfing the internet or bermain dengan Myiesha. We hardly have any time together, to just sit and chat about our day. Lebih-lebih lagi lately when we both always return home late dengan badan penat lagi. Seriously. Walaupun kami duduk serumah, tidur sebantal, but I still miss Mett.


I miss him everyday.


Apabila saya rasa this heavenly feeling ini, it made me think what have I done all this while. Saya memang suka pergi kerja dan suka bekerja. Dan customer service pun sememangnya passion saya. But the fact that I am working in a stressful environment, saban hari diherdik oleh customers membuatkan saya rasa sedikit terkilan. Selama ini sememangnya saya tidak pernah take it personally sebab memanglah semua yang customers call in marah-marah itu bukannya marah pada saya, tetapi tentang product atau service. But after years, I somehow suddenly feel the need of working in an environment where everyone respects each other. Regardless colleagues or clients. Saya mahu dilayan dengan baik dan bersopan, sebagaimana saya selalu menunduk dan berlemah lembut dengan customers selama ini.


Saya rasa macam tidak berbaloi, sehari suntuk stressed out di office, then balik rumah kadang-kadang terbawa-bawa rasa bengang dan moody itu. Kalau orang bilang kerja itu satu ibadah, rasanya tidak tercapai pahala penuh kerana asyik merungut dan hati memberontak kerana keadaan kerja sebegitu. I am not that happy. Bekerja hanya fikir untuk dapat gaji, untuk bayar bills dan memenuhi keperluan hidup setiap hujung bulan. For what? Bermakna kah?


Guess it is time I say good bye to the customer service world, walau saya baru dapat task baru sebagai Call Coach. But the fact that I still have to face these nonsensical customers membuatkan hati saya benar-benar tawar. I will give myself a maximum of 3 more months to be here, try to see kalau hati saya terubat dengan tugasan baru sebagai Call Coach ini, and starting next month I will be in charge of the emails too. Kalau OK, mungkin saya akan cuba teruskan hidup di sini. Kalau tidak, saya akan pergi.


I love this place. I love this career. I know I can go far, but guess as time passes, as we grow older, akan ada priority lain di dalam hidup kita. I now want a place where people will treat me with respect. Guess I will try to find some sort of admin job, or better still, work from home! I see that many of my blogger friends are successful in this, and they make really good money.


Cumanya saya belum tahu apa yang saya betul-betul hendak buat.


Whatever it is, a day spent with Myiesha yesterday is just priceless, and I really want my everyday to be like that for the rest of my life. Saya rasa sangat bahagia. Saya rasa sangat gembira. Dan saya rasa seronok. Guess housewives are the luckiest ones because they get to feel this indescribable feeling every single day!


Semoga tahun depan menjadi tahun yang baik buat saya sekeluarga, and also to all of you too!

Thursday, December 08, 2011

Rezeki Anak-Anak

It has been a challenging week. Saya rasa penat sangat seminggu dua ini. Exhausted, to be exact. Saya kerja balik lewat. Mett pun kerja balik lewat. Tambah lagi dengan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan seminggu ini. This time's pregnancy has been very challenging. First trimester asyik pening-pening pitam-pitam. Selepas itu, masuk hospital because of severe migraine yang tidak pernah dialami sepanjang hayat.


Now asyik sakit-sakit badan. Dari leher. Ke tengkuk. Ke bahu. Ke belakang badan. Ke atas perut. Ke bahagian perut. Ke bahagian bawah perut, tulang pelvic. Dan kaki pun selalu sahaja cramp.


Pendek kata, satu badan sakit. Everyday. Duduk tidak kena. Baring tidak kena. Berdiri tidak kena. Berjalan tidak kena. Huhu.


Namun dalam macam-macam ini, saya rasa sangat bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik. Selera makan yang tidak berkurang. Kudrat untuk meneruskan kehidupan seharian menggunakan tulang empat kerat ini. Saya melihat semua ini sebagai mainan psychology semata-mata. Kalau saya ikutkan hati, ikutkan perasaan, memang sebenarnya satu benda pun tidak boleh buat. Tetapi saya kuatkan diri. Bak kata Mett, Cekal lah, Sayang. So saya pun cekalkan diri. Cuba untuk buat-buat tidak rasa apa-apa langsung walau whole body is aching.


Dan dalam macam-macam ini juga saya sangat bersyukur kerana rezeki melimpah ruah. Tentang career saya yang berkembang ini, saya sudah selesai training dengan trainer dari Singapore minggu lepas dan insyaAllah minggu ini akan mula melaksanakan task baru, di samping kerja seharian saya menghadap customers gila. Kini selain menghadap customers gila, saya juga perlu menghadap colleagues saya, yang kebanyakannya lebih senior daripada saya. Tetapi mereka tidak gila, Alhamdulillah. Hahaha. What do I do now? I coach them. Wee..~ Macam coach team bola Manchester United sahaja, kan? Hehehe.


Saya dan Team Leader saya - Yaso, telah dilantik sebagai Call Coach. Yaso memang sudah lama buat kerja ini, cumanya tidak pernah dapat melaksanakan sepenuhnya kerana kekangan masa dan tenaga. So I am chosen to assist her. Bukanlah untuk mengurangkan bebanannya, but to work together, hand in hand. Kami akan mendengar call records, evaluate them, dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan call agent, seorang demi seorang, untuk membincangkan apa yang boleh dipertingkatkan dari sini. Seperti cermin, selagi kita tidak melihatnya, kita tidak nampak di manakah cela kita. Begitu juga dengan call records ini. Selagi kita tidak mendengar sendiri, kita tidak tahu di mana kekhilafan kita.


Even I myself was so surprised when I first heard my own call records! Saya sangkakan saya OK. Saya sangkakan saya sudah cukup lembut. Cukup bersopan. Cukup bertatasusila. Tetapi tidak. Apabila setiap hari disogokkan dengan customers gila yang pelbagai ragam, kita semakin menjadi semakin lali. Semakin kebas. Semakin kebal. Semakin kalis. Dan semakin kalisnya hati ini terhadap pekikan customers, semakin hilanglah ketulusan kita untuk melayan mereka.


This is what I discover. And this is what needs to be mended for the sake of our good name as a Customer Service Personnel. For the good name of the Call Center. And for the good image of the company as a whole.


Jadi inilah task saya sekarang. To coach them. Untuk mengingatkan mereka cara yang bersopan untuk bercakap dengan customers - penggunaan kata yang sesuai, dan penggunaan ayat yang betul. Untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya kesabaran dalam menghadapi karenah customers. Untuk mengembalikan satu aura positive di dalam Call Center ini. Untuk menyedarkan mereka bahawa kerjaya ini bukanlah hanya satu pekerjaan datang pagi balik petang, asal semua kerja siap, jadilah. Tidak. This is about Customer Service. This is about serving the customers. This is about passion. Saya percaya, dalam apa-apa kerja sekalipun, pasti tidak puas kalau kita kerja hanya kerana gaji pada hujung bulan. Seharusnya setiap hari datang kerja pun dengan rasa gembira, dengan rasa bersemangat dan dengan sepenuh hati. Barulah setiap hari itu rasa berharga.


This is really something new to me dan sememangnya saya sangat nervous untuk start buat task ini. Almost 2 years working here, with a total of almost 6 years of working experience, saya tidak pernah melakukan kerja coaching dan training ini. Selama ini hanya buat kerja sendiri sahaja. Tetapi Alhamdulillah mungkin Allah telah katakan, OK Hannah it is time you do this. Saya anggap ini rezeki anak-anak. Rezeki Myiesha dan Farris. Dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya anggap ini satu langkah besar di dalam career saya, yang mana finally saya dapat juga buat sesuatu yang saya suka. You just know lah how much I love sharing my knowledge and experience here in my blog. Therefore I hope I can do the same in my career now. To share my knowledge, experience and passion, walau pengalaman yang ada hanya secebis cuma. But I am confident, I will grow as day passes by, and I will be more mature and learn more.


I really hope to do my best in this and give all out. Semoga Allah sentiasa membantu, InsyaAllah.


I think this is one of the sweetest thing that has happened this year, and I am so grateful about it. Alhamdulillah. Dalam banyak perkara yang menguji, Allah sentiasa berikan saya sebab untuk tersenyum dan tertawa. Mungkin inilah balasanNya terhadap segala kesabaran saya selama ini. Blog ini mungkin bukan saksi segalanya. Dan biarlah segala apa yang terjadi tinggal rahsia antara saya, Allah, dan keluarga kecil saya. I just hope next year will be a good year for my small family and I. Semoga saya akan menjadi lebih kuat, lebih tabah dan lebih berjaya lagi.


Akan saya mulakan hari esok dengan senyuman. Akan saya mulakan hari esok dengan keazaman. Akan saya mulakan hari esok dengan seribu satu langkah kecekalan. Walau esok bukan New Year, I treat it as a rehearsal. Rehearsal untuk menjadi seseorang yang lebih baik. InsyaAllah.


Welcome aboard, Hannah. You are now the Call Coach for the Call Center. The Call Center for Malaysia. Congratulations.

Thursday, November 24, 2011

HJ Dikecam!

Sepertimana yang kita tahu, blogger Hannah Johary atau lebih komersil dikenali sebagai HJ di kalangan bloggers yang mengenalinya, adalah blogger yang sedang meningkat naik dengan entry-entry tips nya. Beliau rajin melayan requests pembacanya yang membuatkan pembaca-pembacanya always wanting for more.


Namun itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana minat ibu muda kepada seorang anak ini memang sangat minat menulis. Walau sesibuk mana, beliau tetap akan mencari masa untuk meluangkan masa untuk menulis. Dan tulisannya selalunya menyentuh hati pembacanya.


Tetapi kebelakangan ini kami telah mendapat berita bahawa HJ telah dikecam oleh seseorang di Twitter. Kami telah menemui HJ untuk mendapat penjelasan lanjut. Berikut adalah temubual kami dengan HJ.




Kami:

Hi HJ! Apa khabar?




HJ:

Khabar baik, Alhamdulillah! :)




Kami:

Kami dapat cerita yang HJ telah dikecam di Twitter kerana penulisan-penulisan yang dianggap terlalu gah, cakap tinggi melangit dan beri tips seperti sudah berpengalaman 40 tahun dalam hidup berumahtangga. Apa pendapat HJ tentang perkara ini?




HJ:

Mana dapat cerita ini? *laughs sambil tutup muka!* Saya tulis gah, cakap tinggi melangit? Bila pula.




Kami:

Kami merujuk kepada statement di Twitter.


"Aku tegur tu pasal rasa kau ni melampau-lampau buat ayat. Relax-relax sudah. Jangan terbang tinggi sangat."


"Hidup ni pun bertatih-tatih lagi, ayat jangan gah sangat. Macam dah 50 tahun kahwin. Get it or not?"


Apa pendapat HJ tentang statement ini?




HJ:

*smiles*

Oh sudah tahu, ya. Macam mana saya nak jawab, ya? OK, to be honest, segala apa yang saya tulis dalam blog adalah ikhlas dari hati saya. Saya memang suka menulis dan minat menulis, dan saya dapati blogging adalah sesuatu yang sangat sesuai dengan jiwa saya. Niat saya menulis semuanya untuk sharing. Untuk berkongsi cerita. Kongsi pengalaman yang ada. Kalau ada yang tidak suka, saya minta maaf. Saya tidak perfect. Lagipun semua orang berbeza. Mungkin yang berkata itu, cara penulisannya cool dan relax. Saya pula suka exaggerate. Gunakan perkataan yang berunsurkan metafora. Asal tulis sahaja, orang akan rasa gah, rasa macam cakap over tinggi melangit. Mungkin kerana itu ada orang rasakan ia annoying. Macam overacting. Macam melampau. Tetapi bagi saya, itulah saya. Itulah cara saya sampaikannya. Kalau cakap, macam bagus sahaja, ya? Hahaha. Kalau suka, dipersilakan baca. Kalau tidak, tidak mengapa. Saya tidak paksa semua orang untuk baca dan menggemari entry-entry saya.




Kami:

Bagaimana pula dengan statements yang menyentuh hidup peribadi HJ seperti:


"Harmoni apa rumahtangga kalau balik kerja sudah malam. Lepas sampai hadap laptop update blog panjang berjela."


"Lepas itu pusing belakang tengok anak dan suami sudah tertidur. Harmoni ke. Harmoni habislah tu."


"Update blog panjang berjela. Siap upload gambar. Karang ayat. Taip delete taip delete. Suami anak dah selamat tidur."


"Tak sampai hati readers tertunggu-tunggu entry baru katanya. Readers lagi penting dari suami. Baru tau. Terima kasih bagi tips!"


"Anak dan suami sudah tidur. Lepas tu esok pagi bangun, anak hantar kat bus stop. Menangis. Sedih. Sedih tengok anak melambai-lambai. Malam-malam kau buat apa?"


"Anak dan suami sudah tidur, shutdown laptop, pergi menyelit dengan diorang."




HJ:

Yes, I read this. And it breaks my heart. It breaks my heart sebab ia semua tidak benar sama sekali. It is like anda tidak mencuri, tetapi orang menuduh anda mencuri. It is as heartbreaking as that.


But in the same time saya rasa kelakar juga. Yang menuduh macam-macam ini dia pernah ke bermalam di rumah saya, sampai tahu semua rutin hidup saya? Or dia ada pasang CCTV 24 hours kah? Kena cepat-cepat cari dan cabut ni! *laughs!* Facts yang didapati ini mungkin hanya daripada Twitter saya, Facebook saya dan blog saya yang belum mencerminkan keseluruhan hidup saya. Like I said before, I can write almost everything, but not everything. Never. So hidup peribadi saya di waktu malam ini, biarlah saya simpan sendiri.


Tetapi untuk membidas semua kenyataan ini, I would like to say that these statements are simply absurd. Kalau dahulu sebelum kahwin, yes, balik sahaja kerja saya akan terus menghadap laptop update blog panjang menjela, upload gambar segala sampai semua orang tidur. But now that I am a wife and a mother, anda ingat saya tidak ada kerja lainkah? Anda ingat saya tidak rindu suami dan anakkah?


If I were to still live my life that way, apakah maksud sebuah perkahwinan? Spending quality time dengan suami dan anak adalah lebih penting daripada segala-galanya. Rasanya sesiapa yang ada akal pun boleh fikir sendiri.


And I think the person yang menulis tweet itu tidak buat research. Sebab kalau betul dia tahu, dia akan tahu saya selalu update blog ketika di office or di tengah malam buta selepas Mett dan Myiesha tidur. A time yang tidak pernah menganggu masa saya bersama keluarga.


Oh, and kalau betul dia tahu sangat tentang hidup saya juga, dia akan tahu saya takkan pernah dapat menyelit antara Mett dan Myiesha ketika tidur sebab Myiesha tidak tidur dengan kami. Dia tidur sendiri di atas tilam sendiri di hadapan TV di ruang tamu. So kalau saya menyelit di antara Mett dan Myiesha, adakah saya akan tidur di hadapan pintu bathroom? Hahaha! Absurd, kan?


I do not know what is the motive of the person yang tweet benda bukan-bukan ini. Dan saya tidak ada kepentingan untuk tahu pun. Cuma nasihat saya, kalau tidak tahu tentang hidup orang, jangan buat fitnah. Dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Sudahlah anda tidak pernah jumpa saya, tidak pernah berbual dengan saya, tidak pernah kenal pun saya. Jangan buang masa dengan tweet tidak berfaedah begini.




Kami:

Kami juga perasan, orang itu ada tulis statement begini. "Nanti balik kerja, nangislah dalam bus ya?" Adakah HJ menangis di dalam bas?




HJ:

*gelak besar*

Ohh pada mulanya memang saya hendak menangis! Memang pecahlah hati berkeping-keping kena fitnah sebegitu rupa, dan dituduh macam-macam. Tetapi belum sempat saya menangis, selepas sahaja saya baca tweet yang berderet itu, saya dipanggil untuk attend training. Dan setamatnya training itu, saya telah ditahan oleh boss besar saya yang datang dari Singapore. Saya ingat saya telah buat salah besar apa pula. Memang bad day lah.


But I was being offered something yang tidak pernah saya bayangkan. Something to do with my career, of course. It was like a dream come true. Saya ingatkan selamanya saya akan terperuk di Call Center ini, menghadap jerit pekik customers sepanjang hayat saya. Sampaikan sudah plan hendak quit job dan cari kerja lain selepas kelahiran Farris! Fed up sudah! Haha. Tetapi dengan kuasa Allah, finally kerja keras saya dihargai. Kebolehan saya diiktiraf. Dan saya ditawarkan satu tugas yang sangat saya tunggu-tunggu.


Memang sangat nervous lah time bercakap dengan big boss itu. Dan saat itu telah merubah segala-galanya. Merubah kesedihan saya menjadi kegembiraan yang tidak terhingga. Allahu Akbar. Sesungguhnya Allah itu maha besar. Maha mengetahui. Tidak sempat bersedih pun sudah rasa gembira tidak terhingga.


And so I did not cry in the bus! Sorry ya, kepada yang tweet itu, saya terpaksa mengecewakan anda. But guess this makes me realize that there are many other more important things that I need to focus on, like my career, my family and my friends, rather than benda merepek ini. I am all grateful dugaan ini datang tepat pada masanya, dan rahmat ini juga datang tepat pada masanya. Pada waktu ini saya sangat gembira dan ia telah memberikan saya satu pengajaran yang akan saya ingat sampai bila-bila.




Kami:

We are also glad this is over. So HJ ada apa-apa pesanankah kepada orang yang tweet perkara-perkara ini?





HJ:

I only have two things to stress on. Tentang penulisan saya dan tentang fitnah. Tentang penulisan saya, I would like to thank that person for the critics. Selama ini yang berani comment di blog saya hanya mereka yang bersetuju dengan pendapat saya, so it is kind of fun to also have haters. Baru rasa macam artis, ya tidak? Hahaha. Baru hidup terasa balance. And again, I am sorry if you find my writings annoying, but that is the way I am. Apabila bercakap dan menulis saya memang naturally macam itu, penuh bersemangat, bak kata anda, gah dan melampau-lampau. Hahaha. You must accept that people are different. Kalau anda cool, tidak boleh juga semua orang cool. Kalau semua orang cool macam anda, baik macam anda, semua macam anda, amanlah dunia. Tidak perlu ada polis. Tidak perlu ada jail. Tidak perlu ada customer service personnel macam saya, sebab semua orang baik, tidak mahu buat complain. Hahaha!


Some of these differences might be annoying, but these are the things that make the world colorful. Suka atau tidak suka, kita tetap kena terima yang semua orang adalah berbeza.


Tentang fitnah itu pula, sebenarnya saya agak kecewa juga because we used to be friends on Twitter. Saling mengucapkan Selamat Pagi dan bertanya khabar. Tetapi sekarang anda berkata begini pula pada saya. The best thing is, you do not even know me! Kalau anda BFFs saya atau kaum keluarga saya yang pernah tidur rumah saya, pernah lepak sama-sama then you might know me. Tetapi anda tidak pernah kenal saya pun. So it is not fair to me. Sudahlah benda tidak benar pula. Kalau benda benar, mungkin ia boleh buat saya sedar akan kesilapan saya and improve myself in the future. I am all open to critics dan teguran, asalkan benda itu benda yang benar. Sebab saya juga manusia dan saya juga melakukan kesilapan.


Whatever it is, I just want you to know that it does not affect me a bit because I am all happy with my life. I have a growing career, I have family and friends who love me, and I have just nothing more to ask for. Thank you for all the effort to tweet, saya tahu anda busy. Thank you for your time. But too bad, it is just useless.




**




Begitulah temubual antara kami dan HJ, dan HJ sememangnya seorang blogger yang sangat cool dan tidak cepat melatah walau dilemparkan pelbagai kenyataan yang ternyata tidak benar. Memang betul pun caranya, kalau tidak benar buat apa hendak tersentap dan marah-marah, kan?


Kami harap dengan tersiarnya temubual ini dapat menjelaskan apa yang telah dihadapi oleh HJ beberapa hari ini dan HJ juga lega kerana dapat memberikan pendapatnya juga. Diharap perkara ini tidak berpanjangan dan HJ dapat meneruskan minatnya dalam penulisan dengan lebih gigih lagi.

Friday, October 21, 2011

Getting Better

Good morning!


It is such a beautiful Friday morning. Mentari berpancar dengan mewahnya ke serata alam. Yang membuatkannya lebih beautiful lagi, pastinya hakikat yang tomorrow will be a weekend once again. Saya pun pagi-pagi lagi di dalam kereta sudah meracun fikiran Myiesha.


Hey Myiesha. Today is Friday. Tomorrow will be, SATURDAY!


Rasa macam hendak melompat di dalam kereta, meraikannya.


I will be working tomorrow. For 2 Saturdays in a row actually, menggantikan balik Sabtu-Sabtu yang MC beberapa minggu lepas. Tang ini yang tidak syok itu, tetapi apakan daya, daku hanya pekerja. Hahaha. But tidak kisahlah, kerja atau tidak, tidak menjadi hal. The most important thing, tomorrow will be Saturday. A weekend. Selepas kerja hendak pergi jalan-jalan dengan Mett dan Myiesha. Sudah lama gila tidak menjejakkan kaki ke mall sejak sakit hari itu. Almost a month, kot?


As for my health, Alhamdulillah saya sudah beransur sihat. I am so grateful and happy. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kepadaMu ya Allah! Although the migraine is still here, tetap menyinggah every now and then, ia sudah tidaklah sesakit atau sekerap dahulu, sehinggakan saya menangis dan berguling. No. Tidak ada lagi. Maybe when things get out of control, saya stress, atau suasana terlalu bising saya akan migraine sekejap. But after a while it goes away. Tidak perlu lagi bergantung pada paracetamol. I am so glad. The fact is, dahulu sewaktu sakit rasa hendak mati pun saya tidak makan paracetamol. Boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja saya telan sebab tidak tahan sangat.


Semuanya kerana Farris. I love you too much, Farris! Mummy will go through anything for you.


Begitulah kedalaman cinta seorang ibu, kan. Walau anaknya belum lahir, tetapi pengorbanan itu sudah tertulis. Sebab itu berdosa besar kalau kata 'Ah' pun pada ibu. Apatah lagi membuatnya terluka dan menangis. Jangan derhaka ok, kawan-kawan! :)


To celebrate my improved health, I cooked dinner for the first time last night after 4 weeks memonteng. How wonderful is that? Hehe. Nothing special, just nasi goreng and nuggets sedikit, but I am glad saya sudah mampu memasak. I also managed to play around with Myiesha before she goes to bed and spend a bit of quality time with Mett, sharing stories of things that we did not get to catch up. Oh, dan pagi ini juga saya telah membuat breakfast! I made veggie sandwich!






Mett buat muka pelik tengok pinggan sandwich di atas meja makan. Saya bilang, Breakfast!


Dia kerut dahi. Subway kah?


Hahaha. No lah this is home-made veggie sandwich prepared by your pretty wife, ok. Semangat gila saya.


As for tomorrow, I am planning to go out jalan-jalan with my loved ones. Better still, kalau dapat shopping beberapa baju baru. I desperately need new clothes with my tummy expanding. Baby bump sudah nampak, ok! I cannot wait to meet my BFFs and show them. :D


Ohh I sound so happy in this entry, kan? And yes, I AM HAPPY. Alhamdulillah, sesungguhnya kesihatan yang baik itulah yang paling penting dalam hidup. Some people says wealth, but I choose health to wealth. If I were to take photos when I go jalan tomorrow I will share them in my next entry, ok!


Until then, enjoy your weekend! :D

Wednesday, October 19, 2011

Saya Memang Cuma Ada Lima Ringgit

Semalam in the bus on the way to work, ada seorang wanita. In her 40s kot. Saya memang nampak dia dari di bus stop lagi, ketika sedang menunggu bas. Nampak dia approach orang ini. Selepas itu approach orang itu. Ingatkan dia tanya bas apa hendak naik. Nombor bas. Saya ingat kalau dia approach saya nanti, bolehlah saya tolong guide dia sebab setiap hari pun saya di bus stop itu, insyaAllah saya mungkin boleh beritahu bas mana yang pergi ke tempat yang dia hendak tuju itu.

Coincidentally, this lady naik bas yang sama dengan saya. Saya tidak perasankannya sebab dia naik dahulu. Saya naik bas, bayar tambang kepada driver lalu duduk di seat yang kedua-duanya kosong. Saya cukup tidak suka duduk di sebelah lelaki kalau naik bas. I do not know why. Rasa macam semua lelaki itu berniat jahat hendak meraba, kot? Haha. No offence ya, guys. :P

Unless desperate betul-betul tidak ada seat baru saya akan duduk di sebelah lelaki. Itupun seat yang agak hadapan. Yang tidak terlindung. Yang tempatnya terang. Aih cerewet betul!

So dapat seat yang kedua-duanya kosong pada pagi itu is like a jackpot to me. Saya pun duduk dengan hati yang gembira.

Sebaik sahaja saya duduk, this lady yang pada mulanya duduk di seat di belakang, datang ke hadapan dan melabuhkan punggung di seat sebelah saya. I recognized her immediately sebab asyik perhatikannya sahaja di bus stop awal tadi. And as I expected, she opened her mouth to ask me. See, saya ada sixth sense, tahu! I just knew she wanted to ask me for direction.

But instead, she said this.

Saya hendak pergi Banting. Saya tak ada duit. Gaji tidak keluar. Saya kerja di charity home. Tempat orang kurang upaya. Saya mahu minta sepuluh ringgit kasi mereka makan. Mereka semua orang cacat. Orang kurang upaya. Tolonglah. Saya cuma mahu minta sepuluh ringgit. Sepuluh ringgit.

Berulang kali dia ulang perkataan 'sepuluh ringgit' itu. I raised an eyebrow. Silap perhitungan. Mati-mati ingatkan dia hendak tanya jalan. Rupanya minta duit. Padanlah orang semua tidak layan dia.

I nicely said this with a smile. Maaf ya, hari ini tak cukup duit.

She then said, Tak apa. Berapa pun boleh. Lima ringgit pun boleh.

Maaf. Saya hanya bawa lima ringgit sahaja untuk belanja makan saya hari ini.

Dia MENDENGUS. Dan terus palingkan muka. Mukanya masam serta merta. Ohh serious saya dengar dia mendengus! Serious bunyinya macam hmmph! Ohh seriously daripada rasa kasihan dalam tidak percaya itu, saya tiba-tiba naik angin. Aik, tidak dapat duit, marah pula?

Apabila wanita itu diam, saya pun turut diam. Lantaklah. Jangan kau ragut aku dalam bas ini, sudah. Haha. I looked out of the window. Tiba di satu bus stop, seorang gadis Melayu bertudung lilit naik.

And as I expected, this lady pergi duduk di sebelah gadis itu pula. She was just behind me. I can hear her saying out the same dialog. Dalam hati saya berdoa agar gadis itu tidak memberikan duit. Haha jahatnya.

Then I heard, Maaf, tidak ada duit kecil!

Dalam hati terus macam, Yes yes yes! Ohh ok saya betul-betul jahat semalam! Hahaha.

Saya bukan kejam terhadap orang-orang begini. Sesekali apabila ada duit lebih dalam purse, memang saya akan sedekah juga kepada mereka yang memerlukan. Tidak kisahlah orang bilang tipu ke, sindiket ke, but entahlah, kalau ada rezeki lebih memang saya kasi. Tetapi kalau terkena hari yang memang saya bawa lima ringgit ke office dan kau marah sebab kau ingat aku tipu, memang aku ban kau habis-habisan lah, kan.

I never lie when I tell these people yang duit yang saya bawa hanya lima ringgit cuma. Saya memang belanja lima ringgit sehari. I live such a modest life. Jadi jangan ingat saya ini mewah dan hendak marah-marah dan mendengus pula apabila saya tidak kasi kamu duit.

You have broken my trust and my heart. I hope not to see you anywhere ever again. Kalau aku jumpa kau dalam bas lagi memang aku tendang kau keluar bas lah.

HAHA.

Tuesday, October 04, 2011

Kisah di Hospital

Stayed in HKL for 3 days and 2 nights late last week. Kalau hendak diikutkan, this is my 3rd experience staying in a hospital. The first time was in 1999 when I got my appendix chopped off. The second time was obviously when I gave birth to Myiesha. And this is the third time.

Perasaan? Well, some people might feel staying in a hospital is boring, with nurses around and blunt-tasting food. But for me, it is something like a getaway. Sesekali apabila penat bekerja, penat bangun malam uruskan anak, penat fikir pasal macam-macam, getting yourself admitted is one way to release yourself from everything.

Tidak payah pergi kerja. Tidak payah berjaga malam uruskan anak. Tidak payah fikir apa-apa. Nanti sudah keluar baru boleh fikir.

Tambahan pula kalau dapat hospital tepi laut where you can see the sun rising in the morning. Birds chirping happily. Nampak ombak bergulung menghempas pantai. Dapat menghirup udara segar nyaman. Petang-petang boleh pergi stroll di perkarangan hospital yang merupakan pantai berpasir putih. Mesti lagi best, kan? I bet orang sakit apa pun mesti cepat baik! Hahaha!

But that was not what I had lah. I was only in a government hospital in the middle of the city. Third class. It was hot and suffocating, and noisy especially during visiting hours. Full of oldies in it, yang kritikal tunggu masa hendak pergi.

Here are a couple of interesting stories throughout my 3 days 2 nights 'holiday' in a hospital and I think I must share them all here with all of you. :)



Kisah #1:


Katil di sebelah kanan saya diduduki seorang nyonya tua berusia 81 tahun. Dia setia ditemani oleh anaknya yang juga berusia emas di sampingnya, siang dan malam. Apa sahaja yang diperlukan akan ditunaikan oleh anaknya. Hendak air, diambilkan. Hendak ke bilik air, ditemankan. Hendak baca suratkhabar, dibacakan. Apabila malam tiba, nyonya itu selalu mengajak anaknya tidur sama-sama di atas katil namun anaknya selalu menolak. Dia akan tidur di kerusi di sebelah, kepala berbantalkan lengan. Sesekali apabila saya lihat anak beranak ini, saya jadi terharu. Rupanya masih ada lagi anak yang sanggup menjaga mak yang sakit. Di iklan dan drama, kita selalu sahaja disogokkan dengan kisah orang tua yang terbiar.

The funny thing about this nyonya, sejak admit sampai discharge, she refused to wear hospital clothes. Pagi petang siang malam walau di-sound nurses, dia tetap mahu pakai bajunya sendiri. Mahu pulang, katanya. Setiap detik setiap waktu pun asyik fikir tentang anjingnya, takut tidak diberi makan. Asyik fikir tentang cucu-cucunya takut tidak ada orang yang tengok-tengokkan. Saya ada juga berbual dengan nyonya ini, dia bilang dia duduk di sebuah rumah besar di Chow Kit. Anak, menantu, cucu semua duduk sekali, ada dalam 30 orang semuanya. Dia bilang, orang muda sekarang tahu pergi balik kerja sahaja. Tidak ada orang tengokkan anjing-anjing dia. Itu yang dia risaukan.

Anak nyonya ini senyum geleng kepala dengar kata-kata nyonya ini. :)

Finally after 2 days, nyonya ini dapat juga discharge atas risiko sendiri. Bermakna kalau ada apa-apa terjadi selepas itu, HKL tidak akan bertanggung jawab. Biasalah orang tua, mana hendak duduk hospital lama-lama ye tidak? Sementara tunggu bil diuruskan, lunch pun tiba. White rice, chicken soup, sayur kubis tumis air, papaya sepotong dan air suam. Kami semua makan di katil masing-masing.

Setengah jam kemudian, petugas itu kembali untuk mengambil lunch trays. And as expected, ramai patients tidak habiskan makanan. Most of them makan makanan yang dibawa oleh suami atau anak-anak. Many of them jamah tetapi tidak habis. Lain pula dengan saya, I love hospital food sebab saya kurang makan sambal dan makanan berempah. Saya memang suka sup-sup dan tumis air ini. Heheh.

So sewaktu petugas itu collect trays, memang banyaklah sangat ayam yang tidak terusik. Tetapi hendak buat macam mana, siapa yang hendak makan kalau bukan tong sampah yang makan. Tiba-tiba nyonya ini mendekati petugas ini, dia tanya bolehkah jika dia ambil sedikit baki ayam yang tidak terhabis di dalam bekas buangan itu? Petugas itu nampak pelik, but eventually said yes. Nyonya itu cepat-cepat ambil bekas, took the chickens with her bare hands dan masukkan ke dalam bekas itu. Bekas itu kemudiannya dimasukkan dengan baik ke dalam sebuah beg plastik.

Kami patients yang ramai-ramai ini semuanya tercengang tengok nyonya ini ambil baki ayam itu. Tertanya-tanya, hendak buat apa? Takkan hendak makan sisa orang? Hendak masak kicapkah? Hendak buat karikah?

Nyonya itu senyum kepada saya lalu bilang, Mahu kasi anjing makan.

I smiled. Yang lain pun tersenyum lega. Hilang muka pelik masing-masing. Kalau kami semua kawan baik, mungkin kami sudah gelak ramai-ramai. Lega dengar statement nyonya itu.

How hilarious!



Kisah #2:


Katil di sebelah kiri saya terbaring seorang wanita berbangsa India berusia 56 tahun. Similar to the nyonya, this elderly lady is also being taken care 24/7 by her daughter. Sejak saya masuk, saya tidak pernah lagi nampak perempuan tua ini bangun atau bergerak. Daripada apa yang saya dengar anak-anaknya bercerita, ibu mereka ini diserang strok dan kini lumpuh dari leher ke bawah. Makan pun tidak boleh, hanya minum susu dan ubat melalui tiub yang ditebuk ke lehernya. Beg kencing pun dipasangkan.

Anak-anaknya cerita, ibu mereka sudah dekat setahun begini. Pada mulanya kena strok pada sebelah kanan badan. Kemudian sebelah kiri. Kini lumpuh satu badan. She was a nurse, here in HKL for many-many years. She was very warm and friendly, and independent too. Siapa sangka, setelah membantu terlalu ramai pesakit yang dimasukkan ke dalam wad ini, kini tempatnya pula di sini. The hospital offered to place her in a First Class Ward, but she refuses. Sunyi barangkali. Di sini walau dia tidak boleh bergerak, dia boleh dengar bunyi-bunyian. Dan matanya yang masih berkelip itu dapat melihat burung berterbangan di luar tingkap. Dia masih boleh mendengar, meskipun tidak dapat respond, kecuali dengan kelipan mata semata-mata.



**


Sometimes when I see people like this, I will try to picture myself when I am old and frail. Bagaimanakah keadaan saya nanti? Adakah anak-anak saya akan menjaga saya? Adakah mereka akan mengingati saya? Atau adakah mereka akan leka dan sibuk mengejar harta dan kekayaan? I still have a long way to go. Mendidik Myiesha pun baru setahun sembilan bulan cuma. Berjayakah saya mendidik anak-anak saya menjadi orang berguna, yang tidak melupakan ibu bapa apabila sudah tua?

3 days 2 nights in HKL telah memberikan saya live broadcast kepada 2 orang yang telah meninggal dunia di wad, satu pada malam hari, satu lagi pada dinihari, membuktikan betapa maut tidak mengenali sesiapa. Adakah kita akan ditemani yang tersayang ketika kita menghembuskan nafas yang terakhir, atau adakah kita akan keseorangan?

Adakah sesiapa yang akan menangisi pemergian saya nanti, or will they miss me?

Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu disyukuri dalam hidup ini. Janganlah membazir makanan hospital, ayam yang banyak itu sementara masih boleh makan melalui mulut, bukan melalui tiub. Janganlah terlalu berlagak dengan segala harta, rupa atau kekayaan yang ada, kerana akhirnya kita akan bersendirian juga menghadapi mati. Hargailah keluarga, suami, anak-anak, dan kawan-kawan, semasa mereka ada, yang membantu dan mengingati kita tatkala kita susah. Sesungguhnya sangat jarang kita ingat semua nikmat Allah itu sehinggalah ia hilang daripada kita.