You'll get lotsa SAHM stories in here, so bear with me!

Facebook | Instagram

Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, March 16, 2018

Macam Mana Nak Jadi SAHM Yang Up-To-Date

To be honest, sejak jadi SAHM ni saya ada sekelumit rasa rendah diri. Tak adalah banyak, sekelumit je. Walaupun ia datang daripada luaran / persekitaran / orang sekeliling dan bukannya daripada diri saya sendiri (diri saya tak ada masalah, I am sooooo happy duhh!), ia tetap memberikan impak pada diri saya yang ada masanya sedikit touchy ni.


Contoh conversation beberapa tahun yang lalu:


Kerja ke?

Ya, kerja. Awak?

Kerja juga. Bahagian account kat Maybank. Awak?

Bahagian tendering.

Ooo. Construction?

Oil and gas.


Bila sebut oil and gas je rasa macam POOFFFF. Macam nak meletup alam sekeliling. Kita ni tak ada apa-apapun. Kita rasa biasa je. Tapi persepsi orang. Kalau oil and gas tu gah. Kalau doktor lawyer engineer pharmacist cikgu tu gah. Terbayang kereta pakai minyak. Terbayang kapal terbang pakai minyak. Terbayang kapal laut pakai minyak. Terbayang teksi beratur nak isi gas.


Tapi kalau SAHM?


Kerja ke?

Tak kerja. Awak?

Kerja. Bahagian account kat Maybank. Kenapa tak kerja?

Suka duduk rumah. Anak-anak lebih terjaga. Yelah nak tengokkan homework dorang, nak tengokkan mengaji dorang, makan pakai. Rumahtangga. Suami lagi.

Oh ye ke. Hm. Perempuan sekarang kena kerja tau. Tengok tu kes I - U - I tu. Kesian Intan. Dahlah tak bekerja. Kena tinggal suami pulak. Anak dua tu. Nak makan apa. Kalau awak kena tinggal suami, macam mana? Dahlah tak ada kerja.


Ewah. Ewah. Masa tu aku pulalah yang POOFFFF agaknya. Poof kan kau jadi rabbit nak?


Ha. Dan di sinilah datangnya rasa inferior tu. Rasa macam bodoh ke aku ni. Rasa betul ke apa yang aku buat ni. Rasa macam betul ke nanti si I ambik laki aku?


CHOYYYY!


Okaylah tak mahu cerita part tu dulu. Actually dah tercerita pun, I have typed halfway panjang lebar lepas tu tengok balik tajuk, hoi dah menyimpang jauh ni! Delete balik 4000 words. HAHAHA. Saya sebenarnya nak cerita tentang macam mana nak jadi SAHM yang up-to-date. Yang bila kita bertemu dengan orang, kita tak rasa inferior. Yang bila bertemu dengan orang, kita tak rasa rendah diri. Yang bila kita bertemu dengan orang, kita rasa macam boleh bercampur, boleh bercakap, boleh berbual. Tak adalah bila kita jawab Tak bekerja je terus orang jauhkan diri macam kita ni rapunzel duduk dalam menara.


#1 - Iqra'


Iqra' maksudnya baca. Bukan suruh baca Iqra' 1 hingga 6 tu. Alahai tengok baru jadi SAHM sekejap je otak dah keras. HAHA. Bacalah. Baca buku, baca majalah, baca suratkhabar. Kalau malas, scroll je Facebook, Twitter dan Instagram nescaya dapatlah cerita isu semasa sikit lebih kurang. Always equip yourself with current issues. Tak kisah isu semasa tentang politik, ekonomi atau hiburan. Tapi yang penting mesti tahu cerita. Jangan sampai bila duduk dengan orang, orang cerita kamu menganga tak faham apa. Yang tahu hanya semalam anak meragam, malam tadi tak tidur, pagi tadi suami suruh iron baju biru kamu iron baju purple. Haha sadis sungguh. So bacalah dan ambil tahulah. At least bila orang bercerita, kamu pun tahu cerita. Bolehlah sumbang pendapat dan perspektif kamu lebih kurang. Nak membawang pun boleh kalau group tu nampak macam makcik-makcik bawang. Baru rancak sikit dan ceria sikit hidup.


Selain itu, kalau lebih rajin lagi, boleh je teruskan minat waktu muda-muda dulu tu. Baca novel. Baca journal. Like me, my freelance job requires me to read a lot of journals. Journal daripada pelbagai bidang pulak tu. Boleh muntah hijau dibuatnya. Tapi bagus tau. Membaca ni menajamkan otak. Baca pasal parenting pun best. Sebab kita mak-mak kan. Baca tentang macam mana nak besarkan anak. Macam mana nak handle anak. Macam mana kita sendiri nak jadi mak yang baik, bukan mak yang monster. HAHAHA siapa makan cili angkat tangan! Ha gitu. Bacalah. Iqra'. Dan ia sangat membantu kita untuk menjadi pintar, tampak intellectual dan membina jati diri.


#2 - Makeup


Ada sesetengah SAHM ni, dia dah terbiasa sangat duduk rumah sampai keluar rumah pun terlupa nak makeup. Ada pula yang bukan terlupa nak makeup, tapi anak ramai sangat sampai tak sempat nak makeup. Alahai janganlah begitu sis. Walau se-SAHM mana pun kita, penampilan harus dijaga, lebih-lebih lagi bila keluar bertemu orang. Tak kisah di family gathering, friends reunion, kenduri kendara saudara mara. Wajib kelihatan cantik dan menawan. Ha kan HJ dah tulis wajib di situ. Kenapa? Sebab pada masa inilah kamu akan duduk di kalangan orang. Masih ingatkah kamu sekitar 5-10 tahun yang lepas masa suami mula-mula nak tackle kamu. Atau masa tu kamu baru bertunang. Atau baru bernikah. Masa tu mesti ada babak ini di mana kamu baru mula nak bercampur gaul dengan family dia di kenduri kendara. Baru nak kenal cousin dia, baru nak beramah mesra dengan makcik-makcik dia. Dan dia pun tengah lepak kat bawah pokok dengan cousin-cousin lelaki dia. Berbual. Dan dalam berbual tu sesekali dia melirik mata pada kamu, sesekali curi lihat pada kekasih / tunang / isteri dia yang cantik wangi menawan.


Masih ingatkah kamu saat itu? Saat yang sweet sungguh itu kalah mana-mana drama pukul 7 di TV3.


Dan masih ingatkah kamu bagaimana penampilan kamu pada saat itu? Masa tu mungkin kamu tengah berkurung moden. Atau berkebaya nyonya. Makeup tak payah cakaplah, seawal pagi lagi dah bangun calit macam-macam krim kat muka. Bulu mata melentik 24 jam sampaikan si dia ingatkan natural beauty hehe. Lepas tu bila dah kahwin dan beranak pinak ni takkan nak comot-comot asal boleh bila pergi kenduri kendara. Pakai kurung paling senang yang tak payah gosok. Pakai tudung sarung je malas nak membawal-bawal. Lepas tu sarung selipar jepun je sebab heels dalam kereta malas nak ambik, lagipun anak tengah lasak berlari tak larat nak kejar. Kesian suami dia nak melirik-lirik pandang dari bawah pokok dengan cousin-cousin dia, dia tak jumpa isteri dia. Dia nampak tong gas je. Tak pun buah nangka. HAHA. How?


Kurus gemuk tak jadi masalah. Yang penting, CANTIK. PRESENTABLE. Bukanlah nak suruh makeup kaw-kaw macam model. Hukum makeup kalau keterlaluan pun dah jatuh haram. Tahu! Cuma, presentable lah. Makeup tipis. Pakai baju cantik. Anak-anak pakai baju cantik. Suami tengok dari kejauhan pun sejuk mata memandang. Dalam hati tergetus, inilah gadis yang dinikahi 10 tahun yang lalu. Dah jadi wanita sempurna. Dah jadi mak orang pada 4 anak comel. Tapi masih cantik. Masih menawan. Masih nak pandang tak jemu-jemu. Ha itulah yang kita nak.


Jadi SAHM ni bukan tiket untuk selekeh-selekeh okay. Kena up-to-date! Pergi campak selipar jepun tu sekarang!


#3 - Confidence


Berbalik pada dialog di atas, bila jadi SAHM ni kadang-kadang nak berbual pun tak confident. Yelah dia tu kerja bagus. Dia ni kerja gempak. Dia tu millionaire. Dia ni billionaire. Sudahnya aku terselit jelah kat tepi ceruk minumaire! Jangan begitu ye. Seharusnya dengan tips nombor 1 dan 2 di atas, you can already start to feel confident about yourself. Dah tu bila orang tanya kerja apa, nak jawab SAHM? Bila orang kutuk SAHM cerita pasal savings dan duit dan kena tinggal, nak cakap apa? Cakap jual kosmetik? Cakap work from home tapi sebenarnya tak work pun?


Apa nak jawab ni, HJ? Tolonggggg.


Jawab dengan senyuman paling yakin:


Saya seorang suri rumah yang bekerja untuk suami, anak-anak dan Allah. 

Fullstop.


Boleh ke, HJ? Bolehlah, apa pula tak boleh? Memang itu yang sebenar-benarnya kan. Kita sebagai SAHM ni duduk kat rumah bukan suka-suka mengangkang tengok Facebook sepanjang hari. We cook, we wash, we clean. Banyak sebenarnya kerja kat rumah yang kalau dapat duduk dengan SAHMs lain memang kita boleh berbual non-stop tentang kerja-kerja rumah kita and its challenges. Let me tell you, mulia sebenarnya jadi SAHM ni. Orang keliling mungkin banyak lihat dari segi fizikal (read: duit). Iyalah jadi SAHM ni memang duit jatuh nombor 8. Tapi kemuliaan jadi SAHM ni mashaaAllah. Nampak remeh pagi cuci kain, tengah hari masak, malam tengokkan homework anak. Tapi pernahkah kita fikir setiap apa yang kita lakukan itu satu ibadah? Pernahkah kita terfikir apa sebenarnya perasaan yang menjalar di segenap ruang rasa seorang suami apabila dia pulang dari kerja dengan rasa penat dan stress, dia tengok rumah dia bersih kemas, anak-anak wangi dan bermain riang, isteri sambut di muka pintu dengan senyuman terukir di bibir, masuk rumah je tengok makanan enak terhidang atas meja. Dia akan rasa sungguh bahagia because he owns this perfect life. Seriously. To men, rasa ini adalah seribu kali lebih heaven berbanding isteri sama-sama kerja dan dapat hulur separuh gaji untuk bayar bills dan mengurangkan bebanan kewangan, namun balik tengok rumah berselerak, anak-anak comot, isteri penat mogok tak nak masak terus tidur tak larat nak buat apa-apa lepas tu marah-marah pula. Dahlah kat office penat dan stress, balik pun ke rumah yang ambiance-nya sangat tak best, boring dan stressful. Dua kali penat.


Memang bila kita menjawab soalan cepumas tu sedikit sebanyak kita rasa inferior, tapi semuanya bermula daripada mindset kita. Selagi kita takut, selagi kita ragu-ragu, memang ia akan terpampang jelas pada wajah kita. Dan orang pun boleh nampak, lalu perspektif Kesian HJ sekarang jadi SAHM itu akan terbaca pada orang keliling. It all starts from us. Akan tetapi kalau cara kita bawa diri kita sendiri pun dah dengan cara yang sangat tahu isu semasa, sangat cantik menawan dan presentable, juga cara kita jawab soalan pun dengan penuh confidence, inshaaAllah perspektif orang terhadap kita juga akan turut berubah. Mungkin instead of kesian, orang akan bilang, HJ ni sejak jadi suri rumah makin berseri dia kan? Pandai Mett jaga dia. Eh Mett kena puji? Pulakkkkk.


Oh besides that, ini satu petikan pendek yang dapat saya kongsikan tentang perspektif seorang warga emas terhadap SAHMs like us. Moga dapat menjadi inspirasi. It is taken from my Instagram page. Kalau belum follow Instagram saya, sila follow untuk catch up dengan 2k plus photos hehe.





In a nutshell, jangan sesekali jadikan status SAHM untuk terus rasa inferior, rasa rendah diri, rasa tak sama dengan orang lain. No. Because we are doing a wonderful job. Kalau tak percaya, malam bila-bila sebelum tidur nanti cuba tanya suami, happy tak dia sejak kita jadi SAHM ni. Rasa best tak. Rasa heaven tak. Cuba tengok apa dia jawab and you will be surprised.


'Til then, have a great weekend ahead, people! Tight hugs!

Thursday, March 15, 2018

Percaya Pada Rezeki Allah

Bila saya dah tak bekerja, ramai je kawan-kawan yang datang bertanya. Tanya macam mana jadi SAHM, best ke? Tapi ramai yang bertanya tang duit. Tang gaji yang dah tak ada. Tang commitment, macam mana pula. Iyalah, saya bukannya jadi SAHM ketika Mett sudah jadi jutawan HAHA. Hidup kami masih sama. Masih duduk di rumah yang sama. Masih pakai kereta yang sama. Tambahan pula, bilangan anak yang sedang meningkat (tengah pregnant-kan Mikhayla yang masa tu saya sendiri belum tahu saya sedang pregnant!). Kalau nak ditanya tentang takut, memang takut. Kalau nak ditanya tentang menggelupur, memang menggelupur. Tetapi memandangkan masa tu saya memang dah tak ada hati sangat pada kerja (refer previous post), saya memang redha habis. Sudah bertahun saya sujud merayu pada Allah untuk bebaskan daripada alam pekerjaan yang sangat sakit itu. But the funny thing is, saya minta untuk tak nak bekerja, tapi saya lupa nak minta waktu saya dah tak kerja tu kalau boleh nak dah jadi millionaire!


HAHAHA.


Yeah, so there we were. Hari pertama duduk rumah memang rasa happy habis. Macam tak percaya pun ada. Rasa macam masih ada keperluan untuk angkat phone dan dail nombor office. Dan beri alasan entah apa lagi tak nak masuk kerja. As for Mett, he is a man with less words. Beliau jarang sangat beri reaksi atau beremosi. Susah nak baca hati dan fikiran dia. But as a wife, saya dapat rasa beliau pun agak cuak juga. Tapi kami teruskan hidup. Saya ada minta kerja lepas tu. Dapat. Tapi time nak pergi medical checkup, kantoi. Dah TER-pregnant. Saya anggap itu rezeki Allah pada saya. Jalan dan laluan yang telah ditetapkan olehNya. Kalau tak pregnant, dah tentu saya kerja balik, dan entah macam mana dengan trauma dan fobia saya yang masih tak terhabis pada waktu itu. So I stayed at home. Masa tu bersyukur sangat-sangat. Takut tentang gaji dan commitments tu memang ada. Tapi oleh kerana rasa nak berhenti kerja itu terlalu membuak-buak, ia semacam memberikan saya sedikit ketenangan.


Saya rasa mesti ramai kat sini yang pernah baca cerita kat Facebook. Alah macam-macam cerita. Cerita suami isteri kerja. Then entah macam mana anak sakit (contohnya). Then isteri terpaksa berhenti kerja jaga anak. Tetapi gaji suami yang RM 1,000 tu cukup pula untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ada ketikanya macam berlebih pula. Pernah baca, kan?


Ya, saya pun pernah baca. Saya baca dan saya suka simpan cerita begitu. Dalam rasa percaya pada cerita tentang keberkatan rezeki, adakalanya terdetik juga rasa takut. Yelah, takut kau! Dan sudah jadi kebiasaan, kita tidak akan percaya sesuatu cerita itu 100% sampailah kita sendiri mengalaminya. The same thing happened to me. Saya pun rasa susah nak percaya. Yelah, logically kalau gaji 2 orang dua ribu contohnya, then seorang tak kerja jadi seribu. Mana nak cekau lagi seribu tu? Siapa nak bayar commitment lagi separuh tu? Rezeki turun dari langit ke? Atau boleh petik daun kat pokok?


Okay this is the true story of mine.


Rezeki tu memang cukup. Seriously. Di mana datang kecukupan itu? Daripada keberkatan. To be honest, masa saya bekerja pun saya tak dapat save duit banyak. Sebab commitments pun banyak. Ada rumah. Ada kereta. Ada bills. Ada babysitter. Ada mak ayah. Ada daily expenses. Ada groceries. Ada minyak dan tol. Ada entertainment. And the list is endless. Kami bahagi dua. You bayar ni, I bayar tu. Okay. Then bila saya dah tak bekerja, semua expenses jatuh ke bahu Mett. Everything. Memang scary. Kami try settle yang penting dulu. Yang boleh tunggu, tunggu. Bab makan, entertainment, bills semua kena catu. Makan pakai apa ada. Tak ada dah shopping baju. Tak ada dah makan sedap. Tak ada dah keluar jalan-jalan. Kadang-kadang tengok advertisement KFC kat TV pun boleh rasa nak nangis. Dahlah pregnant time tu, kan? Haha emosi sungguh. Kesian mak buyong nak makan KFC tak dapat.


Tapi.


Tapi sekejap je! Serious sekejap. Tanpa kami sedar, entah macam mana, hidup kami tak adalah teruk sangat pun. Kalau nak dikira atas kertas, memang tak dapat cari dari mana datang kecukupan itu. Dengan Mett seorang kerja, dengan expenses yang tetap sama, kalau tak makin tinggi. But really, cukup. Dan memang tiap kali solat pun saya tak ada doa nak mewah. Saya doa nak cukup. Minta Allah kasi kecukupan. Then kami suami isteri amalkan surah Al-Insyirah. Tiap kali solat baca surah tu. Lepas solat baca surah tu. Zikir pun surah tu. Sampai jadi amalan harian. Yasin memang tak lepas every morning since saya kerja lagi. Memang dulu tiap pagi baca Yasin dalam train nangis-nangis. Saya ingat lagi. Tak lama kemudian hidup kami rasa bernafas balik. And to be honest, rasa sama je macam masa kerja dulu. Tak ada yang kurang pun. Expenses masih kena catu. Tak adalah Tony Romas every week ke apa, tapi rasa okay dan happy. Very, very happy. Dan bila fikir-fikir balik, keberkatan itu pun mungkin datangnya daripada rasa senang hati saya. Dulu masa kerja kan I was so unhappy. Sampai depression. Mungkin rezeki tak berkat. Tapi bila saya dah tak kerja, walaupun Mett kerja seorang, we survived. Bohonglah kalau nak kata 100% sama, memang tetap ada kena cut cost sana sini, but not so bad.


So begitulah kehidupan kami. Sampai saya lahirkan Mikhayla. Kalau nak dikira-kira, baru fourth quarter of last year Mett dapat kerja-kerja freelance sikit. Dapat job mengajar. Buat training. Alhamdulillah cukuplah buat tambah-tambah. Tidaklah mewah, tapi cukup. Kalau nak cerita tentang keberkatan dan rezeki Allah, tak adalah nak kata rezeki tu datang sekelepuk. Semuanya datang dengan usaha dan tawakal juga. Baru datangnya rezeki. Same goes pada konsep anak itu rezeki. Some people rasa macam alah beranak jelah ramai-ramai. Setahun satu pun tak apa. Anak kan rezeki. Silap tu. Memang anak itu membawa rezeki, tapi rezeki itu datang dengan usaha dan tawakal juga. Kalau tiap tahun beranak tapi bapaknya duduk rumah makan angin, macam mana rezeki nak masuk, kan.


I would say that lepas 2 tahun lebih baru kami mula bertatih kembali. Baru nak dapat rhythm seorang bekerja seorang SAHM. Kalau nak merasa berhenti kerja terus hidup senang, memang tak adalah. Dunia ni kan tempat ujian, mana adanya hidup senang. Semua kena uji. Semua kena duga. Tak berhenti-henti. But I am glad Mett memang seorang lelaki yang kuat. Lelaki yang bertanggungjawab. Dia jenis tekad. Kalau dia nak buat sesuatu, memang dia akan buat sampai jadi. No matter what. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah menjadi. Perkahwinan kami baru nak masuk tahun ke-9 tahun ni (next week to be exact! Yeayy!) dan masih panjang lagi perjalanan kami. Saya harap dengan melangkahnya kami ke tahun yang seterusnya moga Allah memberkati kehidupan kami, murahkan rezeki kami dan lindungi kami sekeluarga.


Pada kawan-kawan yang bertanya tu, pada yang nak sangat berhenti kerja tapi masih takut tu, my advice is: Jangan takut. First sekali tanya diri sendiri apa niat nak berhenti kerja. Kalau pasal nak jaga anak dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, teruskanlah. Please proceed. Sebab jaga anak ni satu tugas yang mulia. Sangat-sangat mulia. Jaga anak, jaga suami, jaga rumahtangga. Semua ni tugas mulia. Tak ada istilah belajar tinggi-tinggi tapi terperuk di celah dapur. Duduk rumah pun tugas mulia, bukan engineer, lawyer atau doctor saja. Mendidik dan melahirkan generasi akan datang yang cemerlang kan mulia. Allah suka, Nabi pun sayang. Kalau tak percaya, nanti dah jadi SAHM, cuba tanya suami, happy tak dia bila isteri dah jadi SAHM. Dulu kena iron baju sendiri. Kena tolong isteri jemur kain. Rumah macam tongkang pecah. Anak-anak berlari sana sini macam apa. Kain baju tak berlipat lagi lah tak payah cerita, entah berapa bulan duduk menggunung dalam bakul tu. Tapi bila semua kerja rumah siap, suami ada satu perasaan tenang bila balik rumah. Serious. Rasa tenang, rasa damai. Barulah Rumahku Syurgaku. Bukan Rumahku Tongkang Pecahku. HAHA. Jangan difikirkan sangatlah tentang orang kutuk-kutuk housewife ni comotlah, bau bawang lah, pakai baju kelawar lah. Semua itu bergantung pada diri sendiri. Kalau pakai baju sexy, sexy lah jadinya. Kalau pakai perfume, wangilah jadinya. Siapa suruh pakai baju kelawar bau bawang hoii!


InshaaAllah, Allah akan selalu bersama kita. Percayalah pada rezekiNya. Percaya pada keberkatanNya. Jangan takut. Selagi kita ada rasa takut, selagi itulah kita sebenarnya masih percaya dan yakin pada gaji kita sendiri berbanding percaya kepadaNya. Sebab tu kalau kita jumpa orang-orang yang hebat, dorang tak pernah takut tak ada duit. Kalau ada orang minta derma, dorang kasi duit paling besar dalam purse. Duit RM 50. Bukan duit RM 1 macam kita. Kita ni derma duit RM 1 sebab kita fikir duit RM 50 tu nak beli pampers anak, nak beli susu. Logically, kalau kita derma RM 50 tu kita nak beli pampers susu pakai duit apa pulak kan? Tapi salah sebenarnya. Kekuasaan dan kasih sayang Allah itu menjangkaui logik kita tu. Derma je RM 50 tu. Nanti kejap lagi adalah Allah gantikan balik. Masih tak percaya? Maksudnya masih percaya pada duit sendiri lah tu. Kena muhasabah banyak lagi ni sis. Hahaha.


Okaylah, panjang sangat dah cerita. So itulah sedikit sebanyak cerita yang dapat saya kongsikan. InshaaAllah ada rezeki nanti kita cerita lagi. 'Til then, jangan lama-lama fikir pasal nak jadi SAHM tu. Anak makin membesar, makin perlukan kita. Jangan buang masa lagi. Buatlah keputusan bijaksana anda sekarang.

Wednesday, March 14, 2018

The Rasa Nak Ambil Pisau Tikam Dada Berkali-Kali is REAL

I left my career in October 2015. This means it has been 2 years and 5 months since I am a SAHM. In the past saya pernah bercerita tentang my past job bersama seorang bos andartu yang gila. Saya tak ingat adakah entry itu masih ada di dalam blog ini atau saya sudah hide-kan as draft kerana kenangannya yang sangat pahit. Malas nak check balik haha. Namun begitu, those who follow this blog tentu tahu saya pernah bekerja dengan seorang bos andartu yang gila selama 2 tahun setengah. Sangat gila bos itu.


Allow me to flashback sikit.


Pada hari-hari terakhir saya di company itu, saya dah sangat depress. Depress tahap nak ambil nyawa sendiri. Daripada setiap hari fikir macam mana nak tak nak pergi kerja besok, bertukar jadi macam mana tak nak hadapi hari esok. Memang dah tak nak hadapi. Dah tak larat. Dah boleh dah. There were many nights bila suami dan anak-anak dah tidur, saya termangu sendiri fikir apa nak buat supaya tak perlu hadapi hari esok. Masa tu saya tinggal di rumah bertingkat. Terfikir, rasa macam best juga kalau dapat terjun balcony? Mesti best kan. Tak perlu lagi hadapi hari esok. Tak perlu kena marah lagi. Tak perlu kena maki lagi. Tak perlu kena herdik lagi. Tak perlu terima segala kata-kata pahit itu lagi. I don't deserve them. Bayangkan, setiap hari dikata malas. Dikata tak berguna. Dikata tak bertanggungjawab. Dikata tak boleh diharap. Dikata bodoh. Setiap hari. Dan saya pula jenis mendengar. Saya tak menjawab. In the earlier days, saya siap mendengar dengan hati terbuka! Saya tak tahu perangai dia macam tu - psycho. Jadi saya mendengar dengan hati terbuka kerana saya sangkakan ia satu teguran daripada seorang bos. Satu ceramah motivasi daripada seorang bos. Saya sangkakan dia berniat baik. Tetapi dia memang berniat baik pun, cuma caranya salah. Apabila disogokkan dengan kata-kata sebegitu SETIAP HARI, saya yang riang, ceria, bersemangat dan sentiasa positive pun boleh jadi down sedown downnya. Sampailah ke tahap setiap hari pergi kerja saya akan menangis dalam LRT. Sampailah ke tahap setiap hari balik kerja saya tak nak balik rumah. Sampailah ke tahap saya tak kenal pun diri saya sendiri. Ke mana pergi HJ yang happy? Yang bersemangat? Yang selalu positive? Yang disuruh buat apa pun mesti boleh punya, tak pernah tak boleh. Mana?


Pada hari-hari terakhir saya tu, kebetulan hujung tahun. Jadi ada KPI evaluation. Sepatutnya KPI evaluation ini dibuat secara private kan. Rasanya semua orang tahu ini. Di mana seorang pekerja akan mengadap bos dan bos akan evaluate okay tahun ni kamu perform ke tak perform. Akan tetapi bos gila ni buat KPI evaluation di hadapan semua orang. Ya semua staf ada di dalam biliknya pada waktu itu. Dan pada waktu itu jugalah dia buka segala pekung, segala aib, segala bangkai tentang bagaimana performance saya sangat teruk kerana selalu EL sebab anak selalu masuk hospital. Tihani masuk hospital for an average of 5 kali setahun kerana asthma, dengan kali terakhir just a week before KPI tu dia masuk ICU 2 hari sebab asthma teruk sangat. Bos saya cerita pada semua orang betapa saya tak boleh diharap sebab setiap kali saya ambil EL bila Tihani masuk hospital, kerja saya terpaksa diserahkan kepada orang lain sehingga menyusahkan orang lain. Bukan saya tidak tahu betapa setiap kali Tihani masuk hospital, bos saya akan bergosip dengan staf lain dengan bertanya, Anak Hannah tu dah nak mati ke, sampai dia asyik kena ambik EL je? Kemudian, bos saya cerita pada semua orang betapa saya sendiri selalu MC, juga sehingga menyusahkan orang lain. Ya, di akhir waktu itu saya juga sering masukkan diri ke hospital atas sebab asthma yang lebih kepada dibuat-buat kerana tak tahan sangat dengan kerja kat sana. Selain itu, saya dikatakan tidak bertanggungjawab, tidak dapat menyelesaikan kerja dengan baik dan pelbagai masalah lain. Bukan setakat 15 minit, tapi rasanya dekat 4 jam saya di dalam bilik itu disaksikan semua orang dalam department tu sampai saya sendiri hilang rasa malu dan menangis tersedu-sedu, lap hingus dan air mata di tangan baju sampai basah lencun. Semua diam, tak berani cakap apa. Saya sendiri pun tak dapat defend myself. Pada saya, biarlah. Biarlah. Saya pujuk diri saya. Biarlah. Memang pada waktu itu rasa sabar sudah sampai ke penghujungnya. Rasa nak bangun. Rasa nak pekik. Rasa nak menjerit. Rasa nak pecahkan segala cermin dinding pada biliknya. Tapi apakan daya saya. Saya masih ada di situ kerana beberapa keping wang kertas yang dipercayai dapat membantu hidup saya. Saya masih ada di situ kerana beberapa keping syiling yang dipercayai dapat membantu kedua ibu bapa saya. Saya biarkan maruah diri saya dihenyak-henyak. Saya biarkan rasa hati dicalar-calar. Tak apa, saya fikir. Tak jadi kudis pun. They are just words. They can't kill me.


Dua minggu selepas itu saya tender resignation. Saya beri alasan anak saya tak sihat sampai last hari tu kena masuk ICU so saya kena berhenti kerja jaga anak. Bos saya buat-buat muka manis, dipujuknya saya, dibilangnya saya dengan duit yang saya ada saya boleh dapatkan ubat yang baik untuk anak saya. Saya boleh sediakan makanan yang sihat untuk anak saya. Kalau saya berhenti kerja mungkin saya tidak akan dapat kerja sebaik itu lagi. Saya terpaksa hadap lagi 4 jam ceramah. Kali ini ceramah yang manis-manis. Saya tekad. Lepas lunch, saya bilang saya terpaksa pergi. Maafkan saya. Dia bilang okay. Tapi dia takutkan saya lagi. Dia katakan hidup saya selepas ini mungkin akan jauh berbeza. Saya bilang takpe. Rezeki di tangan Allah, bukan di tangannya. Saya tidaklah cakap macam tu. Dia sendiri pun cha ya nun alif. Tak guna cakap apa-apapun sebenarnya.


Dan apabila saya melangkah keluar daripada office itu buat kali terakhir, saya rasa seperti burung yang bebas. Buat pertama kalinya saya rasa lega. Saya rasa hidup ni indah sangat. Baru saya nampak langit, saya nampak matahari, saya nampak bulan bintang. Saya sangkakan hidup saya yang menderita sudah habis.


Tetapi saya silap.


Sejurus selepas saya tinggalkan kerja itu, saya dapat kerja di tempat lain. Saya mulakan kerja dengan baik. Tetapi tidak lama kemudian, saya kembali menjadi diri saya yang dulu. Yang ketakutan. Takut buat kerja. Takut buat salah. Takut nak bertanya. Takut nak berkawan. Saya cuma berkawan dengan seorang dua dengan rapat. Selainnya, saya tak bertegur sangat. To be honest, saya memang sangat tak perform di tempat kerja baru itu. Saya pun mula menghilangkan diri lagi. Ambil MC. Saya tak boleh cope. Tempat kerja baru itu baik. Colleagues baik, bos pun lembut gila. Tapi saya sendiri yang tak boleh. Saya tak tahu nak describe macam mana. Saya tak tahu nak luah kat siapa. Kalau saya cerita kat orang pun, pasti saya akan dituduh tak bersyukur. Dah dapat kerja yang elok, lagi nak buat perangai. Lagi nak ikutkan perasaan. Lagi nak fikir benda yang dah lepas. Masalahnya bukan saya fikir, perasaan itu datang sendiri. Saya semacam trauma. Semacam fobia. Semacam tak boleh lepaskan apa yang terjadi selama 2 tahun setengah itu.


9 bulan sahaja saya kerja di tempat baru itu. Selepas itu, zaman recession pun tiba and being the newest in the team, saya diberhentikan daripada kerja. Dan saya tahu saya memang tak perform pun. Bila saya diberhentikan, sekali lagi saya rasa lega. Saya rasa bebas. Dan saya rasa bersyukur sangat sebab bukan saya yang resign. Saya takut suami marah saya resign sedangkan masih terlalu banyak komitmen yang perlu dijelaskan. Saya diberhentikan. Jadi indirectly, ia bukan salah saya. Syarikat yang memilih untuk memberhentikan saya. Dan saya percaya, ia juga di atas ketentuan Allah yang berkata kun fa ya kun. HJ, your time has come. Your wish is my command.


Bermula saat itu, saya seorang SAHM, yang pada saya inilah kehidupan syurga yang saya cari. Tak ada dah kena tadah muka dengan siapa-siapa, saya hanya hidup di dalam circle yang semua sayang pada diri saya. Keluarga saya. Suami dan anak-anak saya. Kawan pun saya boleh pilih siapa nak jumpa dan siapa yang tak. Sesekali menghadiri kenduri kendara dan beramah mesra dengan saudara mara. I feel really happy. Rasa best gila sampaikan rasa tak cukup sujud syukur yang saya buat selama 2 tahun 5 bulan menjadi SAHM ni. Saya happy dapat berbakti pada suami, pada anak-anak. Kemas rumah. Cuci kain. Masak. Iron baju berlambak-lambak. Lipat kain bergunung-gunung. Layan anak peluk kaki masa saya tengah masak. Heaven sangat.


Namun begitu, adakalanya perasaan itu datang. Perasaan takut. Perasaan geram. Perasaan marah. Ia masih datang sesekali apabila saya dicuit. Dicuit sini bermaksud kalau dalam apa-apa hal saya terbuat silap dan suami menegur lembut. Contohnya, dia bertanya di mana saya simpan dokumennya setahun lalu dan saya bilang tak pasti, tak ingat, saya kena cari balik. Dan dia kata, macam mana boleh tak pasti, kan you yang kemas? Dia tak adalah marah pun, cuma struktur ayat itu saja yang rasa macam tak sedap didengar. Saya akan terus rasa naik angin. Saya akan rasa bahang naik ke muka dan rasa geram datang dengan membuak-buak. Dan rasa marah itu bukan rasa marah yang biasa. Ia rasa marah yang macam nak terus pergi dapur ambil pisau dan tikam dada sendiri berkali-kali. Tikam dada sendiri berkali-kali nak hilangkan rasa useless. Nak hilangkan rasa tak guna. Nak hilangkan rasa tak boleh diharap. Nak hilangkan rasa tak bertanggungjawab. Nak hilangkan bermacam-macam rasa. And mind you, ambil pisau tikam dada dan ambil pisau tikam dada berkali-kali bertalu-talu adalah dua perkara berbeza. Ia datang dengan rasa marah yang teramat sangat. Rasa geram yang teramat sangat. Rasa yang tak terlepas yang nak dilepaskan.


Begitu.


To be honest, sampai hari ini, even pagi ini sendiri saya masih rasa macam tu. Sekarang dah tak duduk rumah bertingkat so tak dapat terjun balcony. So sekarang nak ambil pisau je. Mujur rumah saya ni cuma ada pisau sayur dan pisau butter, kalau tikam pun tak mati kot haha. Choii! But really, perasaan itu tetap sama seperti waktu saya diherdik, dimaki dan dimarah di office dulu. Cumanya sekarang saya sendiri and I do not face this everyday, jadi kuranglah rasa gila tu datang. Tapi saya paling tak suka kena marah, atau ditegur cara kasar. Sebab rasa nak ambil pisau tu terus datang immediately. Macam tak boleh ditahan-tahan.


Tapi anak-anak adalah penyambung nyawa saya. Bila saya nak buat perkara bukan-bukan, saya akan ingat anak. Ingat macam mana mereka datang kat saya, panggil saya Mummyyy dengan suara lembut mereka. Alahai tak boleh bayang kalau saya mati dan mereka duduk di sebelah ratapi saya Mummyyy Mummyyy Mummyyyy. Saya sayang sangat kat dorang. Saya masih ingat lagi masa saya sangat depress kerja kat tempat gila tu, satu malam tu saya memang dah nak lompat balcony sangat. Mett dah tidur. Anak-anak dah tidur. Saya fikir takpelah terjun jelah balcony tu, memang saya ni orang yang tak berguna. Rasa macam hidup dah hancur. Rasa macam takde apa nak cari lagi kat dunia ni. Takde orang faham apa yang saya rasa. Yang orang boleh bilang, buat bodoh jelah. Pekakkan telinga jelah. Masuk kanan keluar kiri. Tapi yang mengadap macam saya, yang hatinya lembut gila ni, memang tak boleh. MEMANG TAK BOLEH. Saya boleh hadap 250 customers pekik kat telinga saya setiap hari complain itu ini maki-maki masa kerja di customer service line dulu. Tapi saya tak boleh orang kata saya macam-macam sebab dulu somehow saya ni perfectionist. Saya kalau buat apa, saya buat sehabis baik. Saya kalau buat sesuatu, saya buat sungguh-sungguh. Saya selalu ikhlas, seriously. Mintalah saya buat apapun, saya akan buat dengan ikhlas. Walaupun benda tu menyusahkan saya, benda yang saya tak suka, benda yang membebankan, benda yang takde orang nak buat, saya boleh buat sesuatu dengan sehabis baik dan ikhlas. Sebab memang jiwa saya macam tu. Suruh saya cuci tandas, cuci longkang, malah cuci tahi pun saya boleh buat dengan hati yang senang. Saya ni jenis terima apa sahaja dengan hati yang terbuka. If you are not happy with me, cakap je, saya akan terima dan ubah diri saya. Saya takkan tolak apa-apa dan berdendam or tak suka orang. Tak. Itu bukan diri saya. Saya memang tak pernah tak suka orang, tak pernah benci orang. Ada pernah sekali saya tak tahu hati saya ni tak suka pada satu orang, saya sampai solat hajat minta Allah cabut perasaan itu sebab saya tak boleh nak hidup dengan ada perasaan benci dalam hati. Rasa macam bawa beban. Tak suka. Rasa sedih. Tapi bila orang cakap saya macam-macam, tu agaknya yang jadi depress, because that is not me. Saya bukan orang yang useless, yang tak boleh diharap, yang tak bertanggungjawab, yang bodoh. Tak. Itu bukan saya. Dan apabila saya ditadahkan dengan kata-kata itu setiap hari, dalaman saya memberontak. Jiwa saya bercelaru. Saya dah tak tahu nak ambil sebagai motivasi atau sebagai rotibasi.


Dan tanpa saya sangka, perasaan itu saya bawa hingga ke hari ini. Saya ingat lepas saya berhenti kerja ia akan hilang. Terus hilang. Tapi tak. Guess it takes time. Saya dah banyak kurang berbanding dulu. Kurang marah, kurang stress. Tapi tu lah, bila orang marah atau tegur je terus rasa tu naik mencanak-canak. Rasa nak ambil pisau tikam dada bertalu-talu. Rasa macam HOI JANGAN MARAH BOLEH TAK? CAKAP BAIK-BAIK BOLEH TAK? I can take anything, tapi entahlah bila kena marah ni rasa sensitive sangat. Mungkin ia pembawaan daripada pengalaman dulu. Entah, saya tak pasti. Namun saya selalu berdoa rasa ini cepat hilang. Tak suka bawa rasa ni lama-lama dalam hati. Macam beban. Tak suka. Saya suka happy.


By the way, lepas bertahun berlalu, bos andartu gila tu pun dah bersara dan kini berkahwin dengan lelaki matsaleh dan menetap di negara orang putih. A couple of months ago dia add saya di Facebook dan ya Allah terkejut saya macam nak putus jantung dibuatnya. HAHA. Did I accept her friend request? Of course not! Sebenarnya boleh je sebab saya pun dah tak ada simpan perasaan apa terhadap dia. Tak ada rasa dendam ke rasa marah ke rasa nak terajang ke. Tak ada. Saya dah lupa pun semua hal tu. Kalau nak berkawan boleh je, start fresh. Kosong-kosong. Boleh. Saya memang jenis orang macam ni. Saya tak suka ungkit cerita lama. Saya suka buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang sudah tu sudah. Cuma perasaan ini jelah yang belum fully hilang lagi. Perasaan gila pisau tikam ni semua. Tapi entahlah, tak apalah, biarlah semua tu jadi kenangan yang mengajar saya untuk menjadi dewasa. Sejak kecil saya dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, dengan rasa santun, dengan rasa hormat. Jadi bila kena tiao bertalu-talu tu terkesan jugalah dalam hati. Agaknyalah. Inilah yang saya rasa. Kalau tak percaya, try jumpa adik lelaki saya. He is such a gentleman. Serious saya tak sangka dia membesar menjadi lelaki yang sangat budiman, sangat bersopan santun dan menghormati orang tua hasil didikan ibu bapa saya. I am so very proud of him and his wife must be the luckiest and happiest woman in the world. Betul. Begitulah cara ibu bapa saya besarkan kami. Kami tak reti nak mencarut, cakap kasar, sakitkan hati orang, berdendam, kenakan orang tu kenakan orang ni, bergosip-gosip membawang-bawang ni semua kami tak reti. Cuma sekarang je saya baru belajar, lepas semua ni terjadi. Mungkin ia kesan kepada nak defend diri jadi saya dah jadi 'jahat' sikit. But other than that, tak ada. Parents kami memang tak pernah ajar semua tu.


Jauh di sudut hati, saya selalu berdoa dan berharap saya dapat jadi normal semula. Berperasaan normal. Rasa baik ada tingkat, rasa marah pun ada tingkat. Bukan terus 200kmph sampai nak bunuh diri. Setakat ni Alhamdulillah saya masih waras. Selagi kita masih bersembahyang, masih ada iman, inshaaAllah. Cuma kena kawal sikit jelah. Nobody knows about this. Tapi bila saya dah tulis kat sini, semua orang dah tahulah kan. Hehe. Thanks pada yang sudi jaga hati dan perasaan saya. Dan pada yang rasa saya masih deserve kena tempelak atas kesilapan saya yang lampau, dipersilakan. As usual, saya tetap akan terima dengan hati yang terbuka dan berusaha merubah diri saya. Saya boleh kawal perasaan ini, InshaaAllah. Semua yang terjadi ada hikmahnya dan saya masih sedang mencari hikmah ini. Moga saya dapat ketemukannya.

Tuesday, April 19, 2016

Jaga Diri. Jaga Penampilan

A couple of years ago sewaktu saya sedang down with depression dan stress dengan kerja, saya memang langsung tidak menjaga penampilan saya. Macam mana hendak jaga penampilan, sedangkan diri sendiri pun tidak terjaga physically and emotionally? Pada waktu itu, hendak bercantik-cantik pun tidak ada mood. Yelah every morning dragging my legs to work, saya sarung apa sahaja yang terlintas di mata. Tudung bawal pun jadi. Long sleeves t-shirt pun jadi. Yang paling tidak perlu digosok, kalau boleh. Kalau iron baju silap-silap boleh terbakar baju. Bukan sebab iron panas sangat. Sebab hati panas sangat. HAHA.


Now that I am happy, guess it is time for me to melawa sikit. Ala bukannya banyak, sedikit sahaja. Namun apa yang penting, masih di dalam limitasi agama, InshaaAllah. Kalau ada yang nampak saya sudah agak hilang pertimbangan, sila tegur ya. Terima kasih.


So why am I taking this step?


First of all, to celebrate my freedom being a SAHM. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah for giving me this after so many years. With me being a full-time housewife, inshaaAllah akan ada masa sedikit untuk melawa. Kalau dahulu timetable saya packed dengan kerja, household chores, suami dan anak-anak, kini rutin kerja itu telah tiada. I am still very busy with freelance jobs though, but they give me flexibility. Pokok pangkalnya, diri sendiri, pandai urus masa atau tidak? Kalau tidak pandai urus masa, jadi housewife pun boleh berlingkar je di rumah sehari suntuk tanpa membuat apa-apa. As a result, semua kerja terbelengkalai. Hati, mata dan jiwa pun sakit. Same thing. Back to square one. 


So with this bit of flexibility, I took a bit of time to check out Husna Hadzarami's Pari-Pari Style Shawl Tutorial on YouTube. Nampak mudah, dan yang paling penting, CANTIK! Ok Husna pakai memang cantiklah, because she has a bit of chin. Saya ni muka bulat habis. Dari dahi sampai dagu semuanya bulat. Nasib baik badan tak bulat. HAHA! Kalau perasan, my face shape banyak ikut my mom. Dia pun kurus, tetapi muka bulat. Syukur Myiesha and Tihani ada chin sikit so inshaaAllah nanti dah besar senang hendak gayakan apa jua jenis gaya tudung.


HAHAHA what's with the elaboration, HJ? Cerita pasal dagu pun perlu satu perenggan ke?!


Husna Hadzarami's Pari-Pari Style Shawl Tutorial on Youtube

Ok berbalik kepada shawl tutorial, selepas tengok saya pun excited habislah hendak try. Try and error, bak kata omputeh. Mula-mula pakai memang tidak menjadi, siap ketawakan diri sendiri bertalu-talu. Macam heh perasanlah kau nak pakai tudung berkuak-kuak begini! HAHAHA. Tetapi entah macam mana hati saya kuat sangat hendak teruskan dengan gaya ini. So I tried more frequently setiap kali keluar berjalan dan Alhamdulillah finally I got my confidence! Yeayy!


Poyo sangat siap post di Instagram and Facebook and glad to have such supporting friends around me. Semua suka dan support. Maaflah saya memang terlambat sikit bab-bab berfesyen ini. Orang pakai tudung macam ni sudah bertahun-tahun kot, kan? But never mind lah. It's better late than never, kan? 


HJ excited publishing her first photo berpari-pari.
Tak padan dengan muka bulat tu! Heheh.


Another reason I'm changing my style is because of my age. July nanti sudah hendak masuk 32 youu! Kalau dahulu orang bilang, alah HJ you ok je awet muda, but now guess I need to start to seriously look after myself. I am going to be 32 very soon, dengan anak dua, dan suami yang sedang menjaga penampilan pula. Orang bilang, berkahwin sebaya ni one of the disadvantage is that lelaki ni akan selalu nampak muda, dan kita perempuan yang beranak pinak ni yang akan nampak tua dahulu. Jadi haruslah saya tidak mahu kalah mati! Cewah kemain kau hahaha. Cuma hendak nampak sedikit cantik apabila keluar bersama suami. Orang selalu bilang, nanti suami tengok orang lainlah, apa lah. Kalau tidak mahu suami tengok orang lain, haruslah kita menjaga penampilan kita terlebih dahulu, betul tak? And another thing orang selalu bilang, housewives ni selekeh. Sebab tidak berduit, kan. Pakai baju 10 tahun lepas lah, bau bawang lah. Tak baik okayyy! HJ marah ni! HJ nak jadi presiden kelab SAHM lah lepas ni. HAHAHA.


But the main reason I'm changing here is because I simply want a new me. After everything that has happened, saya mahu tutup buku lama dan buka buku baru. If you read my previous posts, I actually poured out on how I miss my previous self (sebelum depression itu) - HJ yang selalu cantik, selalu confident, selalu positive, selalu tersenyum, selalu share perkara-perkara yang indah dan memberi inspirasi di dalam blognya. Yes, I want to be that HJ again, and I think I am progressing splendidly. Kamu rasa tak? Hehe.


Sesungguhnya di sebalik setiap kesusahan, setiap kesukaran, setiap ujian dan setiap dugaan itu, ada hikmah tersendiri yang terselit di sebaliknya. Kita takkan pernah tahu bila Allah will say Yes to our prayers. Bila Allah akan bilang tunggu dulu. Bila Allah akan bilang not yet. Dan bila Allah akan bilang no. Tetapi selagi ada kudrat, selagi ada usaha, dan selagi ada harapan, berdoalah. Kerana Allah itu maha mendengar. No one knows betapa kuatnya saya mendakap tafsir Al-Quran setiap pagi on the way to work. No one knows berapa juta kali surah Al-Insyirah bermain-main di mulut saya. No one knows betapa lamanya setiap sujud dan berapa koyannya air mata yang ditumpahkan demi untuk merasa sedikit apa yang dirasai pada hari ini. It was years of patience. Sedih sangat kalau diingat balik, and I never want to go through that again. Ever.


Alhamdulillah for today. Dan saya berharap tempat saya akan terus di sini. Sebagai HJ yang baru. Yang cantik. Sentiasa gembira. Dan sentiasa positive. Doakan ye. Aamiin aamiin ya rabbal alamin!


Thursday, April 14, 2016

Apa Cerita, HJ?

Apa cerita, HJ? Yeah guess itu soalan pertama yang saya terima lewat ini. Asal jumpa saja, orang mesti tanya - Apa cerita, HJ? HJ buat apa sekarang? Yelah saya sekarang kan dah low-profile. Dah tak blogging. Kalau dahulu setiap inci hidup saya semua orang tahu, sekarang harap pada Facebook, Instagram dan Twitter sajalah. Tidak ada lagi bebel panjang-panjang.


Rindu takkkk?


Saya rindewwwww! HAHAHAHAHA!


So apa cerita saya sekarang? After 7 years of marriage, akhirnya Allah telah memakbulkan doa saya yang paling-paling-PALING besar. Guess semua orang pun tahu apa yang saya mahukan sangat dalam hidup ini, kan? Yes, I am now a proud stay-at-home-mom (SAHM). Perasaan? Haruslah sangat gembira. Sangat bersyukur. Sangat happy. Sangat ceria. Sangat bersemangat. Dan sangat segala-galanya lah! Setiap pagi bila tengok mentari terbit di ufuk timur, dan kereta bersimpang siur meng-congested-kan highway, rasa seronok sangat tidak perlu lagi call office untuk beritahu boss yang saya tidak dapat ke office hari ini kerana saya tidak sihat / anak tidak sihat / emergency kena balik kampung / kereta rosak / nenek kahwin lagi. HAHAHA. Heaven woo. I can stay home without a reason. Tidak ada sesiapa marah. Tidak ada sesiapa tanya. Tidak ada sesiapa persoalkan. It is not a sin. It is not an offence. It is not anymore a thing that I cannot do.


So macam mana boleh ended up jadi SAHM ni? Tiba-tiba ada business juta-juta ke? Haha no lah I am still the same person living the same lifestyle. Ceritanya panjang sebenarnya, tetapi cukuplah kalau saya katakan yang Allah sudah memakbulkan doa saya. Alhamdulillah. And how's life as a SAHM so far? It's splendid, I would say. Sangat perfect. Lebih daripada apa yang saya bayangkan. My life is simpler now. Dan yang paling suka, hidup saya kini hanya perlunya submit kepada Allah, husband dan anak-anak sahaja. Tidak perlu lagi fikir tentang perlunya submit kepada bos, apatah lagi dengan demand kerja dan karenah yang bukan-bukan.


So apa seronoknya jadi SAHM ni? Ok this is my view as a new SAHM for 6 months ye. Masih dalam fasa kejakunan, maka sila jangan kecam saya. HAHA.


Having Control of Everything

Perempuan memang suka sangat having control of everything, kan? And being a SAHM gives me full control of everything. Kalau dahulu masa kerja full-time, my time at home is only limited to night time and weekends. Asal hendak buat apapun mesti kena tunggu malam or weekends. Dan malam atau weekends pun bukannya semua ada. Kalau ada plan lain, terpaksalah tunggu malam lain atau weekend lain untuk membereskannya. So basically dahulu hendak masak, cuci kain, jemur kain, lipat kain, iron baju, kemas rumah, kemas dapur, spring cleaning, lap kipas, cuci kasut sekolah Myiesha semuanya kena tunggu dua masa itu. Dan either saya boleh cope dengan household chores pada dua waktu itu atau di-postponed ke waktu lain, in which saya sangat tidak suka sebab postponing means kerja akan jadi double, dan bila sudah jadi double akan jadi malas, dan bila sudah jadi malas maka akhirnya tidak akan terbuat. Ha see the impact? HAHA.


So sekarang ini bila sudah full-time di rumah, I have the flexibility to do whatever I want under my control. Contohnya macam semalam saya rajin gila all out buat kerja rumah - cuci kain, jemur kain, lipat kain, iron baju untuk seminggu, tukar cadar, masak, vacuum, mop segala. So today saya boleh bersenang lenang menghadap PC update blog. Nampak tak? Heaven tak? HAHA. Cuma mungkin tinggal lipat kain lagi beberapa helai yang dijemur pagi tadi and masak simple-simple untuk Mett balik nanti. Alah Mett pun bukannya dinner sangat, dia kan tengah diet untuk maintain-kan badan untuk fit ke dalam t-shirt size M? Hehe. Best kan?


Another thing, saya dulu selalulah menangis di office petang-petang kalau kusangkakan panas hingga ke malam, rupanya hujan di petang hari. I just hate jemur kain dalam rumah sebab bau kepam, so selalunya jemur di balcony. Memang matahari terik kat balcony tu. Bila angkat kain harus baju rangup macam keropok alahai puasnya hati! But sometimes bila sudah petang sangat baru hendak hujan ribut petir, memang sedih sangatlah sebab confirm baju dah kering, tapi lepas tu basah balik kena tempias hujan. So sangat rasa ralat di situ. But with me being a SAHM now, saya dapat angkat kain bila-bila masa saja yang saya suka! Auw sangat suka ok? So tidak ada wastage of kain baju, air dan elektrik untuk cuci balik semula, dan air mata berharga. 


Paling best, I am free to wash Myiesha's school shoes no matter what day it is, regardless it is a Tuesday or a Wednesday. Asal nampak hitam je cuci. No need to wait for the weekend. Lepas tu jemur tengah panas. Ahh indah! Nora kasi 5 bintang!


Besides kain baju, I also have control on what my girls eat and do daily. Kalau dahulu masa kerja, asal balik kerja saja penat. Bila tengok Mett relax berbaring menghadap Facebook, saya pun rasa macam hendak do the same. Yelah sama-sama kerja, sama-sama balik penat, maka sama-sama juga hendak berehat! Ended, masak ke mana, kain baju ke mana, anak-anak ke mana. Kalau balik semangat hendak buat semua itu, ok lagi. Kalau ada hari balik moody? Kesian semuanya terabai dan terbengkalai.


Now that I am a SAHM, I can do everything in the day. Means household chores saya boleh buat pada waktu siang. When night comes, I can dedicate my time for my loved ones. Boleh berbual dengan Mett. Boleh duduk ajar Myiesha membaca. Boleh lipat-lipat kain manja-manja sambil tengok TV. Entah-entah kain hendak dilipat pun tidak ada sebab semuanya sudah dilipat pada waktu siang! HAHA gila rajin! Tak perlu lagi Mett pergi dapur senduk makanan sendiri for dinner, or iron baju sendiri hendak pergi kerja. Semuanya tersiap, semuanya terhidang dan semuanya tersedia. Macam weekend baru ni apabila Mett nampak saya jemur kain dia offer hendak tolong because all these years jemur kain is his job. Then saya bilang, takpe takpe sayang duduk relax ok? Biar I buat semua. Wahh tiba-tiba rasa macam isteri mithali pulak. But of course, he deserves a day rest after a week of hard work, and I also deserve to feel like an isteri mithali with what I have today!


Finally, I have control on my girls when they are unwell. Saya boleh stay up all night tanpa rasa risau besok mengantuk kat office or what to tell my boss kalau demam dorang tidak surut-surut. Another EL? Or fake an MC? Sejujurnya saya penat sangat making up excuses everytime I cannot turn up for work because of my girls. In 2014 itself, Tihani was admitted to the hospital for more than 5 times for all kinds of lung infection lah, viral fever lah, rotavirus lah whatsoever. And you can imagine how annoyed my boss can be kalau sekali EL pun sudah 4 days. But what can I do? Ask my MIL to stay in the hospital to care for her? Memanglah she is always all willing to help, but be considerate lah kan. She has been taking care of the girls for years, takkan masa sakit pun nak minta dia jagakan. Dilema seorang ibu sungguh.


Now that I am a SAHM, not working means I don't have that yearly company insurance of RM 80k for Tihani anymore. Dulu senang je tunjuk gold card terus masuk hospital mana suka, bilik mana suka. But although I don't have that privilege anymore, Tihani dikurniakan kesihatan yang jauh lebih baik kini, Alhamdulillah. Daripada more than 5 times admitted per year, sekarang it has been more than 6 months, pergi clinic pun baru sekali. Itupun pasal batuk selsema biasa. Allahu Akbar! Orang bilang, apa-apapun mak sendiri jaga lebih baik kan. Anak tidak mahu apa-apa kecuali sentuhan dan kasih sayang seorang ibu, lebih-lebih lagi apabila dia sakit.


Sesungguhnya apabila Allah mengambil sesuatu daripada kita, Dia gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Mashaa Allah.


Lebih Tenang, No Need to Submit to Crazy Bosses!

To those who have been following my blog for years, pasti akan tahu betapa terseksanya saya menghadap bos gila anak dara tua for two and a half years. It was really hell! Menghadap bos gila itu sudah cukup hell, dan betapa dia buat saya jadi 'retarded' pun adalah sangat hell. Looking back, I really did not deserve any of that. Tetapi tidak mengapalah, semuanya telah berlalu dan tinggallah ia menjadi pengalaman berharga dalam hidup. Saya pun sudah maafkan dia. Kalau dia hendak datang peluk saya dan berdamai pun saya terima dengan tangan yang terbuka.


Tutup buku lama, buka buku baru.


And now that I am home, saya tumpukan hidup pada perkara yang lebih penting. Such as amalan-amalan saya padaNya. Pada bagaimana saya dapat berkhidmat dengan lebih berkualiti pada suami saya. Dan bagaimana saya dapat mendidik anak-anak saya dengan lebih baik. I spend my time with more meaningful things nowadays, rather than fikir hal kerja, atau bos atau colleagues yang annoying. Like now, Myiesha is preparing herself for exam Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) next month, so I am helping her out with her revisions. Dengan Tihani pun we have started with simple activities and exercises to prepare herself for school next year. And oh, the best thing when I started becoming a SAHM last year, the first two days itself saya sudah dapat potty train Tihani. Rasa seperti satu achievement sangatlah. Kalau tidak, before this asal balik kerja sahaja, moody. Asal balik kerja sahaja, penat. Asal balik kerja sahaja, marah-marah. Everyday that passes can be said as meaningless. Kerja hanya untuk dapat gaji at the end of the month, untuk settle commitments. Tetapi hidup tak happy. Tak bermakna. Dan mungkin juga tak berkat.


Hey, Then How About $$$?

Ya, harus saya akui, masa mula-mula saya jadi SAHM kami memang takut. Takutkan $$$. Guess it's normal, kan? Kalau gaji combine RM 10,000, seorang jadi SAHM dah tinggal RM 5,000. Kalau gaji combine RM 5,000, seorang jadi SAHM tinggallah RM 2,500. Kalau gaji combine RM 1,000, seorang jadi SAHM, apa yang tinggal? Dengan rumah, dengan kereta, dengan insurance, dengan roadtax, dengan anak-anak sekolah, dengan groceries, dengan parents, dengan bills, dengan tol, dengan minyak, dengan parking, dengan leisure, dengan Tony Romas.. HAHAHA. And the list goes on and on and on memeningkan kepala sesiapa sahaja yang menghadapnya. But Alhamdulillah we managed to go through it all although it means we have to cut a lot of things and forego a lot of dreams. Cerita pasal duit ni pernahkah anda terdengar atau terbaca di mana-mana cerita pasal suami isteri bekerja, then entah macam mana anak sakit or for some other reasons the wife had to quit her job. Then entah macam mana pula hidup tetap cukup, malah bertambah pula. Mungkin tidak bertambah dari segi duit, tapi dari segi kesihatan, kebahagiaan atau keberkatan.


Pernah? Yes that is what exactly happening at the moment. Macam magic. It is something unexplainable. But it is happening. Kalau hendak dikira expenses, gaji sebesar gunung pun takkan cukup untuk menampungnya. But we are happier. Lebih tenang. Still juggling, but we are trying to manage dan tawakal lebih penuh terhadap Allah.


Namun dalam pada itu, in me being happy with my current SAHM career, I am also doing some freelance job during my past time. Saya tidaklah menganggap kerja freelance ini sebagai tambahan bagi apa yang hilang (kerja tetap), but it is more to self-satisfaction. Apabila kita ada ilmu, ada kebolehan, ada kepakaran, ada pengalaman, di dalam rumah sendiri pun Allah boleh kasi rezeki. Tidak semestinya in a full-time 9-to-5 job. So now I am currently a freelance business development consultant to a small company. Besides that, I also prepare wedding hantarans to those who love my simplicity. Setakat ni Alhamdulillah I have an income as a freelance consultant, dan order hantaran pun masuk every other month. Bolehlah buat duit pegang sikit-sikit. Belanja family makan, pay a few bills, kasi duit kat parents dan shopping sikit. HAHA. I always thought apabila sudah jobless I will be totally 'useless', like asal keluar kena harap orang belanja dan kalau hendak beli apa-apa pun kena harap orang belanja. But no, Alhamdulillah. Guess it all depends on our hard work and initiative kalau kita hendak terus respect diri sendiri dan jadi orang yang respectable. I am happy with my freelance job because it gives me time flexibility. I may need to attend meetings and presentations in and out of town from time to time, but my schedule is still under my control, in which I love. The most important thing, no more reasons for EL and MC, that's for sure!


So Do I Plan to be a SAHM Forever?

As at now I am so very happy with my current status. Happy dan bersyukur sangat-sangat tak terkira tak terkata tak terhabis lagi buat sujud syukur. Sometimes I do miss working, like rutin bangun pagi, mandi wangi-wangi, pakai baju cantik-cantik, make up, naik tren, pakai lanyard company kat leher. Hehe. Akan tetapi apabila fikirkan kebajikan suami dan anak-anak di rumah I don't think I am willing to forego this at this point of time. Kepuasan itu lebih kuat apabila dapat tengok rumah bersih kemas teratur. Myiesha dan Mett dapat pakai baju sekolah dan baju kerja yang saya iron licin-licin. Saya dapat siapkan dan sediakan keperluan semua orang dalam rumah they don't need to worry about anything at all. And the best thing, my girls can just come to me at any time of the day without me screaming at them. Semua orang dalam rumah selalu berada dalam mood yang baik dan happy. Apa yang saya lalui setiap hari adalah perkara-perkara yang paling menyenangkan dalam hidup saya. Dan yang paling saya perasan, saya pun sudah semakin kurang merungut tentang apa-apa lagi. Guess because there is nothing more to whine about.


Eh But How About This on Facebook? Macam Scary Je!



How to comment this one ya? I don't know why but I think I'm seeing nothing but whinings from 1 until 10! Hahaha! I don't know how long this lady has been a SAHM, dan hendak compare dengan saya yang masih beginner, masih kejakunan 6 months ini memang saya tidak layak untuk comment rasanya. But after all I have gone through, almost 7 years of working and 6 months of being a SAHM throughout my marriage, saya masih tidak dapat nampak sesuatu yang buruk about being a SAHM. Like number 1 and 2, kalau kita pandai cari duit no need to tengok kewangan suami. 


Number 3, 4 and 5, kalau pandai manage timing, manage anak-anak, mindset positive dan badan set pada mode energetic, inshaaAllah no problem. 


As for number 6 and 7, alah kalau jadi working mom pun bukannya husband dapat suka hati ambil cuti teman kita berjalan-jalan macam bujang. We are still tied to commitments. Same thing! 


As for number 8, kenapa kena cari tiang untuk berbual wahai cik kak oi? Social media kan ado? Facebook ada. Instagram ada. Twitter ada. WeChat ada. WhatsApp ada. Ni blog pun ada! Kalau boring lagi, pergi cari Allah. Berbual panjang-panjang dengan Allah. Jangan nak jadi orang tak bersyukur, HJ tak suka ok? Haha.


Number 9? Back to number 1. Cari duit. Kalau tak boleh, set your priorities, hendak handbag mahal atau family? Kalau tak boleh juga, bersyukur. Kalau tak boleh juga, sedar dirilah sikit! Hish!


Finally number 10, rutin orang kerja pun sama tiap hari. Keluar rumah tak nampak matahari, balik rumah tak nampak matahari. Hahaha. Pergi kerja pagi, balik kerja malam. Kantin di office pun setiap hari makanan yang sama sampai naik muak. Di rumah at least boleh choose hari ni nak bangun lambat ke, nak tidur extra ke, nak overnight ke, nak masak apa suka, nak jadi rajin hari ni malas hari besok ke. Tak ada siapa nak marah. HAHAHAHA. 



***


Oklah guess cukuplah repekan for today. The final part buat saya stress pula. Entah I just hate luahan-luahan perasaan yang tampak tidak bersyukur begini. If we choose to see things negatively, negative lah jadinya. If we choose to whine, to cry, to be sad, sampai bila-bilalah hidup akan begitu ditakuk lama. So leave those negative vibes, tarik nafas dalam-dalam and live your life positively ok? As usual kalau ada persoalan atau topic nak saya cover in my next entry, bilanglah ye. Tengah mood blogging ni, semoga berterusan. 'Til then, daa!


Thursday, August 28, 2014

Pujukan Hati

Lately hidup tersangat mencabar. Terlebih emosi barangkali. Hidup sendiri masih terumbang ambing, harus pula mendengar cerita hidup orang lain yang mungkin jauh lebih teruk keadaannya. Benarlah kata orang, kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lebih susah. Kalau kita rasa kita miskin, ada orang lain yang lebih miskin. Kalau kita rasa kita sakit, ada orang lain yang lebih sakit lagi. Melihat keadaan sendiri kadang-kala rasa macam tidak tertahan sangat. Tetapi apabila tengok orang lain, rasa macam banyak lagi ruang hendak panjatkan rasa syukur.


Hidup ini memang pelik. Satu hari kita di atas. Esok lusa kita di bawah. Hari ini kita rasa gembira. Esok lusa entah macam mana sedih bertimpa-timpa. Lumrah manusia, semakin kesabaran itu diuji, semakin rasa macam hendak meletup. Semakin rasa macam hendak membentak. Semakin rasa macam hendak ranap. Kesan ujian itu ada dua. Sama ada kita akan fed up dan give up di penghujungnya, atau semakin kuat dan bahagia dengan keyakinan terhadap janji-janji Allah itu. Lumrah manusia, berapa jauh sahajalah tahap kesabaran itu boleh pergi. Sampai satu tahap kalau tidak cukup iman, semuanya terlepas. Lantak. Pergi mampus. Tak nak fikir lagi. Nak sabar sampai bila lagi?


Kalau tidak ada yang sudi ingatkan, yang sudi tenangkan ketika api hangat membakar, pastinya kita lupa bahawa setiap saat, setiap waktu yang semakin sukar itu sebenarnya selangkah lagi dekatnya kita kepada Allah. Semakin kita rasa tahap kesabaran itu semakin tiba ke penghujungnya, semakin dekat sebenarnya kita dengan destinasi anganan kita. Apa yang perlu adalah sedikit lagi kesabaran. Dan segunung rasa bertawakal terhadapNya. Serahlah diri pada Allah pada waktu kamu rasa paling helpless. Serahlah diri dengan bersungguh-sungguh. Jangan fikir tentang besok. Jangan fikir tentang lusa. Jangan fikir tentang kalau. Jangan. Serahkan diri seratus peratus. Yakin pada kehendakNya. Yakin pada janjiNya. Yakinlah dengan apa yang tertulis di dalam Al-Quran bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Bahawa Allah itu tersangatlah dekat.


Dalam keadaan begini, harga air mata saya tersangatlah murah. I can just cry anytime. Fikirkan diri sendiri boleh menangis. Fikirkan kawan boleh menangis. Fikirkan apa-apa pun boleh menangis. Hakikatnya, hati terlalu lembik pada waktu ini. Selalu sangat berdoa moga Allah sentiasa mengasihani kita. Kasihanilah saya yang sedang mencari hidup yang gembira. Kasihanlah kawan saya itu yang sedang sakit. Kasihanilah insan-insan yang saya sayangi moga diampunkan dosa-dosa, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan seluas-luasnya. But one thing yang selalu sangat buat saya rasa tidak tahan adalah sikap saya terhadap diri sendiri. Sehingga ke tahap begini pun saya masih berlembut. Saya masih berdiam diri. Saya masih biarkan diri ditempelak. Saya masih biarkan harga diri dipijak-pijak. Hati selalu memujuk. Biarkan. Biarkan. Biarkan. Tetapi jiwa ini, hanya Dia sahaja yang tahu. Kalau diikutkan hati, sudah lama menerajang orang. Kalau diikutkan hati, sudah lama berkurang ajar. Kalau diikutkan hati, mungkin juga sudah lama jadi gila ikutkan rasa yang sentiasa macam hendak menjerit kuat-kuat biar terlepas segala bebanan di dada. Tetapi tidak, saya tetap diam. Mungkin sudah naturally begini. Sejak kecil hingga ke hari ini biarlah orang apakan saya, saya tetap berdiam diri. Ajaran orang tua saya terlalu kuat tersemat dalam diri. Hormat orang lain. Jangan kurang ajar. Jangan maki-maki. Jangan tinggi suara. Behave behave behave. Itulah yang parents ajar sejak kecil dan itulah acuan saya sampai ke hari ini. Saya manusia biasa, juga ada rasa marah. Rasa tidak puas hati. Rasa geram. Rasa memberontak. Tetapi saya tidak pernah dibenarkan menzahirkannya. Seperti anak kecil yang kepingin mainan di shopping mall, tetapi tidak diizinkan menzahirkan dengan crying rolling on the floor. Begitulah. Atas sebab ini kadang-kala orang bilang saya hipokrit. Muka manis, tetapi hati busuk. Sebenarnya bukan begitu. Sebenarnya hati sama sahaja, penuh dengan seribu satu perasaan yang bercampur baur. Kita sama sahaja. Cuma saya memilih untuk tidak menzahirkannya. Bukan kerana seronok menjadi hipokrit. Tetapi apabila sudah dewasa begini, banyak hati yang perlu dijaga. Banyak perkara yang perlu dipentingkan. Banyak perihal yang perlu penyelesaian. Memberontak, menerajang, memaki dan jerit pekik tidak dapat menyelesaikan masalah. Jadinya, perasaan yang tidak perlu itu biarlah ia surut sendiri.



Kasihanilah kawan-kawan saya yang sedang dalam kesakitan, ya Allah.
Berikanlah mereka kesembuhan.


Kalau sedang berdiri dan sedang marah, duduklah. Kalau tetap juga marah, berbaringlah. Kalau tidak hilang juga, tidurlah. Namun sebaik-baiknya haruslah ambil wudhuk dan ambil masa untuk sujud kepadaNya. Biar masuk sikit darah dan oxygen ke dalam kepala otak kasi waras sikit.


Dalam mengharungi hidup ini, saya berharap untuk terus menjadi kuat, walaupun pada saat ini saya rasa lemah selemah lemahnya. I am not my old self anymore. Saya sudah lama kehilangan diri saya sendiri. I have gone through a lot to survive hingga ke saat ini walaupun ada doktor suggest untuk saya jumpa psychiatrist dengan melihatkan keadaan saya. Takut saya terus jatuh ke dalam kemurungan. Takut saya terus hilang semangat dan tidak kembali lagi. Takut kesihatan saya terganggu kerana stress yang tidak perlu.


Tetapi saya bilang terima kasih. Being a muslim, saya rasa anugerah terbesar saya adalah dengan dapatnya saya berhubung terus dengan Allah. Biarlah Allah sahaja menjadi pendengar saya yang paling setia. Biarlah Allah sahaja yang tahu setiap kisah sedih saya. Dan biarlah Allah sahaja yang memujuk hati saya yang gundah dan berikan kekuatan kepada saya. Dalam memujuk hati ini, memang banyak caranya. Namun biarlah saya kembali kepada sang pencipta. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu apa yang dirancangkan untuk saya. Dan sesungguhnya Dia juga yang lebih tahu apa yang telah ditentukan untuk saya. Dalam saya berusaha, saya perlu bersabar. Saya selalu memujuk diri saya. Sikit lagi, HJ. Sikit lagi. Tomorrow might be the day. Do not give up yet.


Lately saya telah all out kerana saya tersangat desperate dan entah macam mana hati saya tersangkut dengan buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin ini. I started reading the mini version at first, dan semalam baru sahaja berkesempatan beli edisi penuhnya. Inilah kitab terbaru yang saya bawa dalam beg ke hulu ke hilir ke mana sahaja saya pergi, besides my tafsir. I am not really a fan of Malay books, to be honest. Bukan hendak bilang Malay book tidak bagus, cuma saya rasa macam susah hendak cari yang betul-betul feel apabila membacanya. And I mean motivational and self-help books, bukan novel. Saya memang tidak baca novel. But this book is really something. Saya menyelami setiap bait ayat dan saya benar-benar belajar sesuatu daripadanya. And guess what, buku ini telah mendorong saya buat sesuatu yang saya jarang sangat buat selama ini. Bersedekah. Yelah, asal hendak sedekah sahaja, kawan sebelah mesti bisik, Eh betul ke sedekah tu? Entah-entah sindiket! Terus sahaja hati jadi tawar, purse pun tidak jadi dibuka.


Tetapi orang bilang dalam hendak berbuat baik, ia harus merangkumi pelbagai aspek. Bukan hanya aspek ibadah, aspek aurat dan aspek perilaku, this book makes me realize that it is actually more than that. Ia juga sebenarnya melibatkan orang di sekeliling kita. Macam dalam mengeratkan silaturrahim sesama insan dan bersedekah. Kalau kita buat baik dengan diri sendiri pun tidak cukup juga. Kena buat baik dengan orang. Kena forgive and forget. Eh tidak perlu forgive pun sebenarnya, kalau awal-awal lagi kita sudah rasa macam tidak mengapalah, small matter sahaja, tidak ambil hati pun, tidak rasa apa-apapun! Hati kena ikhlas. Rezeki kena dikongsikan. Oh cerita pasal kongsi, last Friday pergi bazaar depan Tabung Haji untuk tapau lunch. Di hadapan Tabung Haji every Friday akan ada bazaar, mostly jual food and drinks. Orang memang ramai. Selain food and drinks, ada juga tabung-tabung derma. Dan saya tertarik dengan satu gerai yang menyediakan Al-Quran untuk diwakafkan. Satu Al-Quran boleh share 6 nama. Satu nama RM 5 so satu Al-Quran RM 30. Tidak mahal pun! I think it is a good investment. Bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk orang-orang yang kita sayang. Macam kita bayar RM 30 untuk sebuah Al-Quran untuk diwakafkan, dan kita letak nama orang-orang yang kita sayang sebagai pendermanya. Secara tidak langsung, mereka akan dapat pahala berpanjangan hingga ke hari kiamat. Pahala di dunia dan di akhirat. Allahu Akbar! Best sangat, kan? So bila-bila nanti kalau jumpa gerai-gerai macam ni, jangan lepaskan. Make an effort to do something for the people around us selama kita masih hidup. Jadikan ia amalan dan sesuatu yang istimewa untuk orang yang istimewa. Selagi ada orang yang membaca Al-Quran itu, selagi itu penamanya mendapat pahala. And it will be our tiny little secret for the rest of our lives.


Hidup ini sebenarnya indah kalau kita pandai bersyukur. Namun syukur itu susah betul hendak datang apabila dalam kesempitan. Selalunya apabila kita berada di dalam kesempitan, kita tidak akan fikir perkara lain kecuali kesulitan yang kita alami. Kita asyik fikir kenapa ia datang? Kenapa kita? Apa salah kita? Adakah ini balasan terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu? Adakah tuhan marah pada kita? Masih bermaknakah hidup dengan adanya perkara-perkara sebegini? Terlalu banyak perkara yang menghujani minda, and it is really normal kalau semuanya pun negatif belaka. Ini kerana apabila kita bersedih dan berduka, yang suka mendampingi kita adalah syaitan. Syaitan sangat suka membisik. Sangat suka suruh kita cari the easy way out. Sangat suka buat kita berputus asa terhadap rahmat Allah. Padahal dalam kesempitan itu hanya satu perkara sahaja yang kita perlukan sebagai alasan untuk kita bersyukur. Ia adalah anak mata insan yang sedang menatap wajah kita. Cuba ingat kembali apabila sedang susah dan berduka, anak mata siapakah yang tertancap pada wajah kita? Our mother? Our husband? Our innocent children? Ya, itulah sebab utama untuk kita terus bersyukur. Kerana walau betapa beratnya dugaan yang sedang kita rasakan saat ini, kita masih ada anak mata itu yang masih setia memandang wajah kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun tidak sentiasa mendengar permasalahan kita, walaupun tidak selalu memahami permasalahan kita, kita tahu kita sentiasa ada dia. Dia sentiasa berada di sisi kita, walaupun pada waktu ini, pada waktu kita susah. Yes, this is the reason. Dan bersyukurlah sebanyak-banyaknya kerana ini. Kerana satu insan ini yang masih Allah kurniakan buat kita. Dan kuatkanlah diri demi insan ini. Kerana selagi ada cinta, selagi itu pastinya ada kekuatan.


As a normal human being, dalam kesabaran yang tiada taranya ini, jauh di lubuk hati saya tetap berharap walau apapun kesukaran yang sedang saya rasakan pada saat ini akan pergi meninggalkan saya secepat mungkin. Saya harap suatu hari nanti saya dapat bangkit kembali seperti HJ yang dahulu. HJ yang sentiasa girang, yang sentiasa positif, dan yang sentiasa ada banyak sangat cerita best untuk dikongsi bersama. I really miss the old me. I miss blogging every single day, menceceh entah apa-apa. Sesekali poyo pula kasi tips itu ini macam pakar rotibasi (motivasi) sampai orang menyampah. HAHAHA. I miss those good old days. In shaa Allah, I believe the day will come. It is just a matter of time. Dan dalam saya berusaha, saya akan cuba untuk terus bersabar sedapat mungkin. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan itu lagi, very very soon.


In shaa Allah.



Mira - antara orang pertama dalam penghijrahan saya.
Semua wide shawl saya adalah daripada dia.
Follow her at Instagram - @amierahijab

Thursday, August 07, 2014

Seru

Saya masih ingat lagi pada malam saya mula pakai tudung di rumah Mak. Mett kerja malam, he was on standby, so hanya saya dan anak-anak sahaja. Malam telah larut dan saya meminta diri pada Mak untuk ke bilik tidurkan Myiesha dan Tihani. Dalam 5 minit selepas saya masuk ke bilik, while I was patting Myiesha and Tihani, Mak menjenguk di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat. "Tihani dah tidur?" she asked. Saya senyum. "Belum lagi. Masuklah, Mak."


Mak came into the room with a smile. "Bila dapat hidayah?" tanyanya dalam senyum sipu. Saya turut tersenyum. "Hidayah apanya Mak?" saya cuba cover line. Mak then expressed her indescribable happiness melihat saya sudah mula consistent dalam menutup aurat. Bermula dengan freehair, saya mula pakai tudung when I had Myiesha, dan kini saya mengambil satu langkah lagi dengan menutup aurat di rumah, since Mett has 2 brothers. It is not easy for me to do this actually. Lama sangat fikir macam mana hendak buat, macam mana hendak start. Selalunya di rumah Mak, saya hanya ber-tshirt dan berseluar. Kadang-kadang kalau panas, pakai knee-length tights sahaja instead of seluar! Kalau bawa baju memang fikir tentang convenience sahaja. Senang tidur, tidak panas, hendak mandikan budak-budak pun senang tidak perlu sinsing lengan baju bagai.


I never thought of aurat. Never. Walaupun pada waktu itu saya sudah mula bertudung di luar rumah. Sebab itu saya rasa susah. Maaf cakap ya, tapi saya rasa macam buang tebiat pun ada. Hahaha. Yelah selama ini pakai t-shirt and tights, tiba-tiba hendak bertudung berjubah dalam rumah apahal pula?


Tetapi Alhamdulillah, hendak buat perkara baik memang senang sahaja Allah permudahkan. That evening on the way back from work, I texted my sister in-law, Mett's one and only sister, via WhatsApp. I told her I had something to tell. She then asked what is it? Saya bilang, saya hendak start pakai tudung apabila di rumahnya. Then saya bilang, saya tahu macam buang tebiat.


She then laughed so hard with her very long 'Hahahahahaha!' reply. Dia bilang, OK lah tu. Apa yang peliknya? Benda baik. Mak - apabila bermalam di rumah orang pun bertudung dalam rumah juga. I laughed too. Entahlah, diri sendiri rasa pelik. So I said OK and thanks, dan tolong hint pada Mak juga if she reaches home dahulu. Tidak tahu hendak intro macam mana sebenarnya. 


I was glad everything went smooth. Sampai rumah Mak, saya tanggal tudung dahulu sebab adik ipar lelaki belum pulang. Saya mandikan anak-anak, then makan. Then selepas Maghrib macam terdengar bunyi pintu. Mak cepat-cepat hint pada saya mungkin itu adalah brother in-law. Saya pun cepat-cepat masuk bilik sarung tudung.


I never had this conversation with Mak until that night, when Mak came into the room. Mak was obviously happy. Mak tanya mana dapat hidayah. Entahlah, sebenarnya saya tidak tahu macam mana hendak jawab. Sebenarnya saya rasa this is like more to seru. You know, kalau orang bertudung, atau pergi haji, atau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga - mereka bilang, dah datang seru! I think this is my seru. It derives from a collection of tests I face lately. Dugaan demi dugaan datang membuatkan saya tunduk rukuk dan sujud kepadaNya dengan consistent. Tidak tahu berapa koyan air mata yang telah tertumpah. Tidak tahu berapa banyak zikir keampunan yang telah saya pinta. Dan tidak tahu betapa beratnya dugaan-dugaan itu sampai saya mampu sujud dan bertaubat kepadaNya. Taubat is really a big thing to me. Kerana selama ini I am a very, very, VERY open-minded person. Cakaplah pasal apa-apa, buatlah apa-apa, mesti saya akan bilang - OK je. Alah small matter je. Alah no hal je. Bagi saya semuanya no hal. Semuanya small matter. Cerita pasal pergi club, minum, drugs, balik make love dengan girlfriend - semuanya saya dengar dengan hati dan telinga yang terbuka. To me it is like, alah youngsters kan? Biasalah tu. Nanti sudah dewasa nanti OK lah tu.


Tetapi apabila seru ini datang, it is like a wake up call. Dugaan-dugaan ini telah buat saya cari diri sendiri. Pada mulanya, I thought I was going crazy. Seriously. Saya berada dalam keadaan yang terlalu stress dan depressed sampai saya rasa macam hendak buat something to myself. Saya rasa macam hendak cederakan diri sendiri. Saya rasa macam hendak racun diri sendiri. Saya rasa macam tidak ada orang yang faham diri saya. Asal saya cuba mengadu pada orang, cuba meluahkan perasaan, orang hanya mampu bilang - sabar. Or, kuatlah sikit woi. Or, jangan fikir sangatlah. Or, siapa suruh ikutkan emosi sangat?! It is not like I am weak or ikutkan emosi or terlalu fikir. Kalau sudah stress itu datang hari-hari, macam mana saya hendak tolaknya pergi? I really want to hurt myself at that point of time thinking that maybe people will only appreciate me when something happens to me.


Tetapi entah macam mana sebelum saya buat semua itu, the first step I took adalah mendekatkan diri pada Allah. Saya rasa macam - OK, semua orang tidak mahu dengar, kan? Let me try to talk to Allah. So di situlah titik tolak bagaimana saya mula bercakap dengan Allah. Kalau tanya saya, honestly, sebelum-sebelum ini saya hanya cari Allah apabila saya berada dalam kesusahan. Apabila ditimpa masalah. Apabila tidak dapat apa yang diinginkan. Apabila dalam keadaan emosi yang sedih, resah dan gelisah. Saya tahu memang buruk sangat perangai saya. But this time around, saya betul-betul tersepit. Dugaan ini mungkin terlampau terkesan di hati saya that I did not even have the chance to take a break. Setiap masa, setiap waktu, setiap ketika saya mencariNya. Sesekali apabila saya rasa lega sedikit, saya akan tetap kembali risau selepas itu dan minta semoga jangan buat saya lupa padaNya. Saya bukan sahaja cari Allah pada waktu solat, tetapi saya juga mencari Allah dengan membaca kitabnya. Saya mula berjinak-jinak dengan Tafsir Al-Quran. And the magic thing is that setiap kali saya membuka tafsir, setiap kali itu juga saya akan menemukan ayat-ayat yang paling indah yang pernah saya baca. Ia seperti menjadi penawar dan penyejuk hati saya yang sedang berduka lara. Ada sahaja ayat yang seperti memujuk diri saya. Memberikan kekuatan pada diri saya. Dan mengembalikan keyakinan saya. And in no time, saya telah yakin seyakin-yakinnya bahawa semua ini adalah ujian Allah semata-mata dan jika saya bersabar dan terus bersabar, akan ada hikmah dan kebaikan yang menanti saya di hujung perjalanan ini, in shaa Allah! 


Dengan datangnya keyakinan ini barulah saya rasa hati saya ini benar-benar terbuka. Dengan hadirnya seru ini baru saya rasa kenikmatan bertaubat. Sebelum ini memang hati saya belum terbuka untuk bertaubat. Apabila baca buku, baca tentang bertaubat, baca tentang solat sunat taubat, baca tentang taubat nasuha, saya tidak tahu adakah saya boleh melakukannya. Sebab hati ini masih belum terbuka. Contoh hati belum terbuka is like kalau katakan ada girlfriends call ajak pergi holiday. Pergi pulau. Just us girls having fun. Snorkling, scuba diving, bungee jumping. Selepas itu selfie beramai-ramai pakai bikini Roxy. Nak join tak? Haruslah saya bilang, yessss! Dan bukan sahaja yessss dan penuh teruja, tetapi juga harus pergi shopping cari hot pants baru! Hahaha! Like I said, I was always an open-minded kind of person. Dibesarkan dengan mentaliti sebegitu, haruslah susah untuk saya buangkannya jauh-jauh.


Berusaha itself is hard indeed, kerana itu saya sangat bersyukur pada Allah di atas seru ini. To me, apabila datangnya seru, semua jadi mudah. Kerana kita buat sesuatu itu dengan tersangat ikhlas. It is not a struggle anymore. Hati kita memang hendak buat. Contoh terdekat adalah pada bulan puasa baru-baru ini. Saya tidak sangka saya boleh bangun every morning sediakan makanan untuk suami bersahur. Padahal sepanjang 29 tahun yang lepas, jangankan hendak prepare food, bangun sahur pun tidak mahu! Apabila hati kita ikhlas mengharapkan syurga dan keredhaan Allah, apabila semua yang kita buat niat kita cuma Lillahi Taala, in shaa Allah semuanya akan jadi mudah. Tidak rasa penat. Tidak rasa leceh. Tidak rasa mengantuk. Semua pun tidak rasa. Yang rasa cuma seronok. Nikmat keseronokan yang tidak terhingga. Sebab kita selalu ingat janji Allah. Kita selalu harapkan ganjaran Allah. Sebenarnya hidup ini terlalu pendek cuma. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Jadi janganlah bertangguh mencari pahala. Jangan berlengah mencari saham akhirat. 


Back to persoalan Mak tentang bila dan macam mana saya mendapat hidayah, I would say it is seru. Seru sudah sampai. Seru sudah sampai untuk HJ berhijrah. Heheh. I have decided to leave all my sins and wrongdoings behind me, and start a new me, sebagaimana saya start blog yang baru ini. I am still far from perfect, masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan masih banyak lagi yang perlu saya perbetulkan, but I am glad I am progressing. That is utmost important. I have decided to dedicate my whole life to Allah. To my family. And to those who love me. Saya hendak betul-betul cari pahala dari sini, dan semoga Allah menerima setiap kerja keras dan usaha kita semua. 


Saya harap sangat saya dapat beristiqamah kali ini. Tetapi untuk bertudung labuh dan berniqab, saya rasa masih jauh lagi. Saya ada beli satu tudung labuh tempoh hari, tetapi masih belum ada kekuatan untuk mengenakannya. Hari itu ada juga keluarkan dari almari dan iron licin-licin, but in the end pakai wide shawl juga. Hehe. Tidak mengapalah, wide shawl pun OK for a start, kan? Asal tutup aurat dengan sempurna. Saya juga masih juga pakai tudung bawal. Eh need recommendation lah, mana hendak beli tudung empat segi yang bidang besar dan tidak jarang tu? Area KL, please. Tak tahu mana nak cari. 


Saya harap apa yang bermula beberapa bulan ini akan terus berkembang dan tidak akan layu. Terima kasih di atas doa semua, you know who you are! Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa terhadap saya, dan in shaa Allah saya akan teruskan selagi termampu. I never want to return to my previous life and I hope for the best in my current and future life. If tomorrow I get a phone call from my girlfriends ajak holiday di pulau, berselfie dengan memakai bikini Roxy - I would say thanks but no thanks. Saya sebenarnya sudah penat sangat bekerja, dan mahu berholiday dengan zauj saya dan budak-budak kecil yang comel itu sambil berbangga menjadi seorang hijabis. Boleh? :)

Friday, December 27, 2013

Kenapa Kami Masih Berada di Sini

Hari itu saya habis kerja awal. So did Mett. We then decided to have an early dinner together before fetching the girls, something we have not done for a very, very long time. We had this quiet chat together, talking about yesterday, today, and our plans for tomorrow. I asked him about his ambitions and dreams. I asked, will going offshore be one of his plans to provide a better life for the girls?


He immediately said, no.


He then said something that made me cry.


Dia bilang, duit boleh dicari. Di mana-mana pun boleh cari duit, tidak semestinya kena pergi offshore. Tetapi anak-anak? He will never leave us, no matter what. Orang bilang, berjauhan itu pengorbanan. I told him, I am ready. I can do this. Many of my friends do this. Tetapi dia sendiri yang tidak mahu. He choose not to.




The incident that happened lately makes us realize how life can be so short. How life can be so fragile. Hari ini kita bergembira dengan segala nikmat anugerahNya, esok lusa kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Dalam banyak-banyak kejadian yang menimpa manusia di seluruh dunia, dalam banyak-banyak kejadian yang terjadi kepada orang di sekeliling kita, kita tidak pernah tahu jika satu hari nanti Allah memilih untuk menguji kita pula. Dan pada hari kita diuji, adakah kita sudah bersedia, atau masih terus alpa mengejar harta duniawi yang tidak membawa kita ke mana?




I do not know when I will be ready to tell the whole story because I am still all traumatized with the whole incident. Saya percaya mereka yang melalui hari itu bersama-sama dengan saya lebih terkesan kerana mereka melihat, sedangkan saya tidak. Saya tahu Allah tidak kasi saya tengok the whole episode kerana saya tidak kuat menghadapinya. But still, I learnt my lesson the hard way. Talking about this never fail to make me cry, but insyaAllah it will make me a better mother. Saya percaya, segala yang terjadi ada hikmahnya dan Allah mahu kita terus dekat dan mengingatiNya, dan bukan semakin jauh dan melupakanNya.




Today, I appreciate life more and I love my girls more. Bukan selama ini tidak sayang, tetapi sekarang macam terlalu amat sayang. Rasa macam tidak mahu langsung berjauhan dengan mereka. Rasa macam hendak sentiasa mendakap mereka. Every minute every second I wish I can be a stay-at-home-mom. I want to bring them up with my very own hands. Mereka yang sudah mengalaminya selalu bilang jangan, jadi SAHM ini susah. Tidak ada masa untuk diri sendiri. Tidak ada duit sendiri. Tetapi entahlah, hati ini terlalu kuat menyayangi anak-anak ini. Plus, I hate my job, so haruslahh! HAHA. But after this incident, mungkin juga saya harus bekerja dengan lebih keras untuk mencukupkan keperluan mereka. After all, we can never have it all. There is always an opportunity cost. But I always hope, saya selalu berdoa pada tuhan, agar terus menguatkan hati saya untuk meneruskan hidup ini. Dan semoga saya dapat berikan yang terbaik dalam hidup ini.


Photo: Mummy's little girls.


Children is life's greatest treasure. Saya tidak pernah rasa segembira dan sebahagia ini sepanjang hayat saya. Sungguh! Melihat ke dalam mata anak-anak ini, saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan melahirkan mereka. Yes, life sure has its ups and downs, tetapi dengan adanya anak-anak ini rasanya tidak ada sesaat pun yang down. Semuanya up sahaja.




I hope to always be a better mother as time passes. And I hope that everyone understands how I always strive to give the best to my girls. Being a mother is never easy, but being one is also the most rewarding job of all. Dearest Myiesha and Tihani, Mummy hendak kamu tahu yang Mummy sayang sangat-sangat pada kamu berdua. Dan Mummy sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sepanjang ketiadaan Mummy. Dan semoga kamu sentiasa gembira walau apapun yang kamu buat dan di mana pun kamu berada. Being a working mother, I may not be with you 24/7, but I want you to know that you can always come to me at any time of the day. And being a part-time student does not mean I care for you less, it is only something I do for our future. Bersabar dan tabahlah wahai anak-anak, semoga Allah bukakan jalan untuk kita bersama selalu suatu hari nanti. InsyaAllah.