Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label My Second Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My Second Pregnancy. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Welcome to the World, my Newborn!


Good morning, Friday!


It is 7.22am on a Friday morning, and guess it is the perfect time for me to write. Sebab suami dan anak-anak masih ketiduran. Yes, I did mention 'anak-anak' because I am already a mother of TWO! Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak saya yang kedua yesterday morning at 5am. Beranak pada waktu pagi begini adalah sangat challenging. Because I was in labor the whole night so tidak tidur. Whoa. Hendak tahu ceritanya?




21st March 2012.


It was our 3rd wedding anniversary. Mett was on leave. Sengaja ambil leave sebab hendak spend time dengan saya. Lagipun I was almost due, so he just wanted to be prepared. Just in case.


I woke up in the morning with the most stressed up feeling. Stressed up sebab sudah banyak hari on leave from work, and yet the baby has not popped up yet. Daripada rasa best berehat-rehat di rumah, perasaan itu bertukar menjadi boring sebab sudah terlalu banyak hari. Dalam hati timbul rasa regret terambil cuti awal, but I did not have a choice sebab dalam ambil cuti ini sememangnya every day the contractions are getting stronger, and I had the bloody show almost all the time sejak kali pertama itu. So kalau hendak pergi kerja pun sure rasa worry gila, apatah lagi saya naik turun bas.


I decided to go for a walk di taman belakang rumah. Kejutkan Mett, dia malas gila bangun pagi, so he persuaded me to wait for him to get up then he will bring me to One Utama. Haha. OK lah, tidak dapat berjalan-jalan di taman, berjalan-jalan di mall pun jadilah. But the bad thing is, berjalan-jalan di mall haruslah duit habis. Sebab silap-silap nanti ber-shopping pula eh? Selepas itu makan sedap. Selepas itu tengok movie. Hahaha. But never mind lah, asalkan berjalan sudah. Orang bilang, berjalan dapat memudahkan pembukaan jalan. So marilah kita berjalan.


We went to One Utama. Berjalan-jalan. Had lunch at McDonald's. Nothing special although it was our anniversary sebab tengah bulan belum gaji. Lagipun saya sudah rasa sakit-sakit so sudah tidak kisah apa-apapun. But I did had fun window shopping, menambah senarai barang di dalam list 'To Shop after Pantang'. Hehehe. Yes, I have this list in which saya sudah plan untuk ber-shopping selepas pantang nanti. Tukar image. Hendak beli baju kerja baru. Handbag baru. Semua barulah. Sempena menjadi A Hot Mummy of Two at 28!


Cewah. Berangan. Itupun kalau berjaya rampinglah, kan. Kalau tidak berjaya ramping, harus juga pakai baju lama juga. HAHAHA.


Selesai berjalan dan makan, kami pun pulang. On the way back home at around 4pm, sewaktu di dalam kereta, saya dapat rasakan contractions semakin kuat. I started timing myself, and it came every 5 minutes or so. Sometimes 10 minutes. Tetapi kali ini memang kuat. Tetapi saya buat relax lagi sebab saya masih boleh senyum. Hahaha. Memang kali ini saya selalulah test dengan senyuman. Bagus betul tips doctor hari itu.


Balik rumah, makan kuih minum petang, berbual-bual, dan malam pun tiba. The contractions were still there. Dalam jam 8 malam duduk tengok news pun duduk sudah senget. I had to use Aishah Rahim's Breathing Technique every time the contraction comes sebab sudah terasa ya amat. Test senyum lagi. Yes, still boleh senyum and gelak-gelak tetapi muka sudah lain macam. Pergi jumpa Maman, she could immediately detect the change on my face. Dia minta saya pergi hospital. Saya bilang, I will. Tonight. But after Myiesha sleeps. Itu keputusan saya. I did not want to leave for the hospital dalam keadaan Myiesha menangis 'Nak Mummy! Nak Mummy!' again. It breaks my heart. Pecah ranapkan hingga tidak boleh digam-gajahkan semula.


So saya dan Mett pun berusaha menidurkan Myiesha. But Myiesha was so active throughout the night bermain melompat sana sini. Ended, jam 12 tengah malam baru dia tidur. Itupun Mett yang banyak melayan dia because I was already in pain. Cuma last apabila dia hendak tidur baru dia cari saya, dan saya tidurkannya dengan penuh kasih sayang. Guess we both know that will be the last time we will be sleeping together, just the two of us. Mummy and Myiesha. Ah sedih gila kalau teringat time itu. Saya memang selalu sahaja sedih kalau teringatkan Myiesha, even time saya menaip ini, because she is my firstborn and I love her just so very much. Saya tidak pernah sayangkan seseorang macam saya sayangkan Myiesha. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak is just something so different. Something so magical. Ia adalah sangat-sangat-SANGAT hebat.




22nd March 2012.


Selepas Myiesha tidur, barulah kami bergegas ke hospital. Guess everyone who follows me on Twitter knows this, kan? :) Sampai sahaja di Hospital Ampang, kami terus ke PAC di Tingkat 4. Again, after that Mett helped me register at the Emergency Department, counter 8. I was again strapped onto the CTG machine and had my VE. Kali ini bukaan sudah 5cm. At first they still wanted to wheel me to the ward first, but since the ward was full dan labor room pun full juga, so they said I can just deliver that night. Saya sudah rasa gembira gila not needing to wait anymore. Gembira, ya? Sekejap lagi kau tahulah sakit gila, HJ! HAHAHA.


I sat in the Bilik Saringan for almost 3 hours before I got into a labor room. Kena tunggu orang lain habis beranak dahulu sebab malam itu memang ramai. Memang boleh dengarlah orang bilik sebelah-sebelah push, and the doctors and nurses were cheering. Memang perasaan yang indescribable lah dengar wanita menjerit, then sejurus kemudian dengar tangisan baby pula. Setiap kali seorang baby lahir, setiap kali itu jugalah mata saya berkaca-kaca. Because I could listen to it live, and I was listening to a miracle.


Then it was my turn. I got into a labor room at 3 plus. Soal jawab, key in data, doctors and nurses keluar masuk menyibukkan diri, around 3.45am baru saya air ketuban saya dipecahkan. After that sakit contraction memang naik mendadak sama sekali. Sometimes every 3 minutes, sometimes every 5 minutes. Paling best kalau ada yang 10 minutes, memang sementara tunggu 10 minutes itu memang saya boleh terlelaplah sekejap because it was in the wee hours of the morning! Mengantuk gila, OK. The contractions started to be longer, antara seminit hingga seminit setengah sehinggakan breathing technique saya jadi tunggang terbalik semuanya sebab sakit sangat-sangat-SANGAT. But I was still calm. Thanks to this breathing technique, kali ini saya tidak meronta-ronta sampai hendak runtuh katil, dan saya juga tidak sedut gas seperti waktu Myiesha dahulu. This is the most natural birth I had. Memang saya sendiri sahaja throughout the time.


Oh, di mana Mett? Mett was outside. I thought they will call Mett to accompany me. But saya ingat mungkin sekejap lagi, kot. Since saya baru masuk labor room.


I was expecting a long labor like Myiesha's time duduk labor room daripada 11am sampai deliver 6.40pm, so throughout the time saya hanya tahan sahaja setiap sakit yang datang itu dengan breathing technique. Dalam pada itu macam-macam perkara terlintas di fikiran. Thoughts about my life. Thoughts about death. Even thoughts about giving birth once again. Semakin menggilanya contractions yang datang itu, semakin saya pujuk diri sendiri, OK this is the last time you will give birth, Hannah! Taubat tidak mahu beranak lagi. SAKIT!


HAHAHA.


I must say all the contractions were still bearable, walau sudah menggila since 3.45am sejak air ketuban dipecahkan. Again, bearable because of the breathing technique. It really helped! It is like kalau hendak diibaratkan, kalau kita marah, kita curse, kan? Kita maki. Kita sepak terajang. Kita campak barang. Kita menjerit macam orang gila. Kita lepaskan kemarahan kita. Tetapi pernahkah kita terfikir kalau sewaktu kita marah itu, kita tahan kemarahan kita. We take deep breathes. Kita calm. Kita diam. Apa akan terjadi? Yes, it will eventually go away. Go away dalam rasa terhormat.


Kalau kita marah, maki, sepak terajang, campak barang, jerit pekik, yes the anger will also eventually go away. Tetapi orang akan hilang rasa hormat pada kita. Kita sudah tunjukkan perangai yang buruk. The damage has been done.


Begitulah ibaratnya di labor room juga.


But the moment the clock hits 4.35am, saya rasa sudah tidak tertahan sangat. Serious tidak tahan. Sakit hendak mampus. I remember this was the time saya meronta-ronta macam hendak mati during Myiesha's time for around 2 hours or so, and kali ini rasa macam tidak tersanggup hendak melaluinya lagi. Serious sakit gila. So as soon as a nurse came in, saya terus tanya, Cik, ada ubat untuk kurangkan sakit, tak? Rasa macam sudah tidak tahan sangat ni.


Dalam hati, ini kalau dapat epidural pun bagus. Boleh tidur sekejap. Hahaha masih terfikir pasal hendak tidur lagi itu!


The nurse immediately replied, Kalau sudah tidak tertahan sangat, teran sahaja.


I was surprised. Seriously sudah boleh terankah? Sudah 10cm kah? Cepat gila! Where is the hours of labor in the labor room?


Dia terus check bukaan, suruh saya kangkangkan kaki dan teran. She then asked another nurse to get Mett in. Seriously I was already like, Walla! Serious cepat ini. Bagus gila.


So saya pun kangkangkan kaki dan bersedia untuk teran. But I think I ended 'menahan' instead of teran because they said saya menahan when I thought saya sedang teran. Hahaha. Terbalik pula, ya? And mereka marah bilang saya tidak relax, asyik keraskan kaki. Guess apabila tengah sakit, otak pun tidak dapat hantar signal ke anggota badan dengan baik, kot? :D So then after few tries baru saya dapat rhythm-nya. Saya dapat relax kangkangkan kaki dan TERAN. Again, serious teran macam berak keras. Sebiji. Because every time I did so, they all cheered dan bilang pandai, walau mula-mula kena marah teruk sebab kaki keras tidak relax dan menahan pula. Hihihi.


Mett was beside me all the while. He held my hand, rubbed my back, and I remember his soft voice saying, Sikit lagi, Sayang. Sikit lagi, Sayang.


I said soft voice sebab suara doctor and nurses semua macam garang-garang. So suara Mett kedengaran lembut dan romantic. Heheh. Auw. Touching gila. :')


I do not remember how many times I pushed, but after a few times, my newborn pun popped out. Mereka bilang baby keluar tercampak. HAHAHA. Agaknya teran kuat sangat, eh? Then I heard her cry. Mereka tunjuk genital and tanya, Ni baby apa? Saya jawab, Perempuan. Then mereka potong tali pusat and put her on my chest for the first time. Mett pun iqamatkan. Ah sangat best lah perasaan masa itu.


Selepas itu mereka tekan-tekan perut, korek-korek keluarkan uri, keluarkan darah beku. The best part, I only got 2 stitches this time, DIJAHIT TANPA BIUS, and tidak ada apa-apa yang damage kali ini. Memang totally natural lah. Next baby boleh beranak sendiri di rumah. Hahaha.


The doctor and nurses semuanya baik-baik sangat. Selepas kena marah kerana keraskan kaki dan 'menahan' tadi, I said sorry because I did not realize it, I was so in pain. Then they also said sorry mereka bukan marah, mereka cuma beri semangat. And throughout everything after that, the jahit time, tukar pad, tukar baju dan beri minum milo semua they were much gentler. Guess masa hendak beranak itu semua orang bertukar jadi incredible hulk sekejap. :D


So in a nutshell, I only felt the excruciating contraction pains for a couple of times before delivering this little one. Sangat heaven. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan semuanya. I was then wheeled to the ward with this little one in my arms. I am finally a mother to two!


I did not sleep at all until sunrise because I was all excited. Best sangat rasanya beranak sekali lagi, walau sakitnya tetap tersangat sakit sampai terpaksa pujuk diri tidak mahu beranak lagi di labor room tadi. I spent most of the time in the ward cleaning myself every time I feel blood gushing out, melencunkan pad serta merta. Trying to breastfeed my baby. And rest a bit. In the morning when the doctors came for their rounds, I was told that I did not face any complications. Baby pun sudah kencing dan berak. So I was allowed to go home. Serious express. Tidak sangka pula.


Alhamdulillah. Again, Allah telah permudahkan semuanya.


It was only in the afternoon when Mett came that I could announce on the birth of my child on Twitter. Maman, Mett semua sudah excited siap publish gambar baby semua on their FB. Hahaha. As soon as I reached home, I could see Myiesha excitedly waiting for me. She was in smiles and I hugged her tightly as if I was hugging her for the first time in my life. Rindu sangat padanya walaupun hanya ditinggalkan beberapa jam cuma. Myiesha was a bit surprised and curious when she saw her sister for the first time, but she was OK. Dia tengok adik dia. Dia perhati. Dia sentuh. Dan sesekali cuba lompat atas adik dia dan campak bantal. Tiba-tiba Kakak Myiesha jadi attention seeker pula. HAHAHA. But it is OK, guess all of us were still trying to suit ourselves with our new family member.


But this little baby is just perfect. She is quiet. Macam Myiesha juga. Good girl.


Petang itu Mett cuci uri and my brother, Zariel, tolong cangkul tanah di hadapan rumah. Maman helped mandikan Myiesha dan adik Myiesha. And my extremely nice neighbour, Aunty Siti, sempat masakkan chicken black pepper yang lazat itu untuk santapan saya. And with all the well-wishes I received via Twitter, Mett and Maman's Facebook, and later in my Facebook and in this blog, I am so grateful to be blessed with such kind people surrounding me. Terima kasih banyak-banyak kepada semua orang di atas segala-galanya. For all the prayers, well-wishes dan segala ingatan itu. I am sorry if I have not replied all your wishes yet, but I have read them and I really thank you all for that.


Sesungguhnya kelahiran setiap anak saya ada ceritanya yang tersendiri, dan setiap cerita mereka adalah hebat dalam kisahnya yang tersendiri. I love you both, my girls!



Si kecil ini belum ada nama.
Masih sedang di-finalize.
Sabar, ya. :)

Saturday, March 10, 2012

40 Minggu Kisah Dalam Bas

In this entry I would like to share my experience travelling by bus throughout my pregnancy. Seperti yang semua orang tahu, I commute by bus to work and back every single day. Banyak kisah yang dapat dikongsikan. Antaranya kisah berdiri di bawah ketiak orang. Kisah orang tersepit beg atau payung di pintu. Kisah orang tekan bell berkali-kali tetapi bas tidak berhenti. Macam-macam. Ada yang kelakar, ada yang annoying.


But this time saya mahu berkongsi kisah saya naik bas sewaktu hamil.


Travelling by bus when pregnant is undeniably challenging. Saya bilang challenging sebab sewaktu first trimester, sewaktu perut masih slim bagai anak dara, saya terpaksa menagih simpati daripada orang minta seat sebab takut pitam di dalam bas kerana morning sickness. Time itu setiap kali rasa lain macam, memang kena approach orang dan bilang, Kak, boleh minta seat? Saya mengandung. Ada orang kelam kabut bangun kasi seat dengan seikhlas hati, ditambah pula dengan rasa simpati. Ada orang bangun dengan lenggang kangkung sahaja sambil buat muka Kau ni betul ke mengandung? Nampak sihat je. Jealous ye tengok aku duduk?


Hahaha.


Tetapi time itu memang kena buat muka tebal habislah, demi untuk menyelamatkan diri sendiri daripada pitam, dan menyelamatkan orang daripada kena mengangkat aku tidak pasal-pasal. But at other times, apabila diri terasa sihat, I will stand all the way just like the other passengers.


Pernah terjadi sekali itu ketika perut belum nampak, I was nicely seated in the LRT. Ha kali ini naik LRT. Then seorang perempuan mengandung masuk ke dalam LRT. Kakak yang sedang duduk di sebelah saya terus minta saya bangun kasi perempuan mengandung itu duduk, padahal dia sendiri boleh bangun kasi seat dia. I almost laughed. Entah-entah kami bertiga pun mengandung, kot? So I got up and gave my seat. Tidak kisahlah, sebab hari itu rasa sihat. :D


I always tend to feel happier as my tummy gets bigger. Kononnya apabila perlukan seat tidak perlu lagi pergi approach orang mengaku diri sendiri mengandung. At least apabila rasa tidak larat, orang akan kasi seat voluntarily. But no. Life is still as challenging as ever. Why? I do not know why. But those gagah-gagah guys tidak pernah mahu kasi seat. I do not know for sure mereka tidak perasan. Atau tidak tahu. Atau tidak nampak. Atau tidak sedar. Atau, what? Kadang-kadang saya berdiri di hadapan mereka dengan perut hampir kena muka mereka pun mereka tidak perasan juga!


Most of them are foreigners. Saya tidak tahu Thailand or Phillipines or Nepal or Bangladeshis. But foreigners. Seriously ignorant. Agaknya apabila mereka adalah foreigners, pandangan mereka pun menjadi foreign, kot. So perut yang membusung begini nampak lebih kepada penyakit ketumbuhan yang kronik or something, instead of pregnant.


Hahaha.


Most of those who always give me seat are those young, pretty girls. Anak dara. Mak orang pun selalu. But mostly women. Adakah kerana perempuan lebih memahami perempuan? Maybe. Men pun ada. Local men. Indonesian men pun ada. Mereka adalah lebih not bad daripada those betul-betul foreigners datang dari planet mana itu. Ada yang muda belia. Handsome leng chai pun ada! Auw, I like! :D Ada yang bapa orang. And again, saya rasa mereka yang mengerti adalah mereka yang memiliki isteri yang pernah mengandung dan melahirkan.


Yang belum pernah tempuhi agaknya buta mata buta hati.


But throughout my almost 40 weeks naik turun bas sepanjang pregnancy, saya rasa kisah kelmarin adalah yang paling menarik. Kelmarin saya naik MetroBus dari MidValley ke Jalan Klang Lama. The bus was packed, as always. Lately saya lebih suka naik MetroBus daripada RapidKL kerana bus driver dan bus conductor mereka adalah sangat-sangat prihatin terhadap perempuan mengandung macam saya. Kadang-kadang saya baru naik tangga bas, bus driver itu sudah buat announcement suruh orang kasi saya seat. Kadang-kadang ketika conductor bus kutip duit tambang dan terperasan saya pregnant, dia akan immediately suruh lelaki-lelaki buta hati yang sedang duduk buat bodoh bangun dan kasi seat pada saya. Mereka ini betul-betul manusia yang hebat. They are going extra mile for their customers despite bas yang tidak secantik mana dan cara pemanduan yang seperti roller coaster lagaknya.


So alkisah kelmarin, the bus was packed dan saya berdiri di sebelah seorang lelaki foreigner. Dalam hati memang tidak berharaplah sebab saya tahu dia tidak akan kasi seat, walau sejak sudah sarat benar ini, I really appreciate a seat sebab kalau bas buat stunt emergency break, pastinya palang yang saya pegang akan tercabut terbang bersama saya sekali kerana tidak dapat menampung berat badan saya yang macam gajah ini. Kahkahkah. So I stood, dan bus conductor itu pun datang kutip tambang. It was a lady bus conductor. As soon as she saw my belly, she said, Aduhhhhh mengandunggggg! Kuat gila suara dia. Lantang, bak pelakon Fauziah Nawi. Seriously she immediately reminds me of Fauziah Nawi. Muka pun lebih kurang sama, kot? Hehe. I know she purposely said those words loudly to alert the lelaki buta hati untuk bangun. But since the guy is a foreigner, of course lah dia tidak faham Bahasa Melayu, kan. Sudahlah buta mata. Buta hati. Buta bahasa pula. Weh hendak datang kerja di Malaysia, sila belajar Bahasa Malaysia, OK? Hahaha.


After the lady bus conductor said those words and the guy did not budge, dia sambung. Kesiannya kau, dik! Kena berdiri pulak! Buta ke orang-orang kat sini ni?!!!


Aku pula yang tersipu dia lantang-lantangkan suara begitu. :P


Tak apalah, dik! Nak buat macam mana, kan? Kau OK, kan, dik? Dah berapa bulan ni?!!! She was still talking at the top of her voice.


9 bulan, kak! Wah saya pun tambah minyaklah pada api yang membara. Siapa yang tidak kasi seat pada perempuan sarat mengandung 9 bulan memang kejam sangatlah, kan? Kikiki.


And yes, you guess right. The guy beside me still did not budge at all. HAHAHA.


But I was lucky when a handsome, young leng chai who sat nun jauh di belakang sana dengan kedua-dua telinga disumbat dengan earphone yang disambung ke handphone Apple nya suddenly got up and offered his seat. Ya Allah, baiknya mamat ini. Sudahlah handsome, baik hati pula itu. Auw. He was so nice. He got up with a smile and nicely offered his seat to me. I said Thanks sincerely and he said You're Welcome, also sincerely.


Saya pun dapat duduk dengan selesa di sepanjang perjalanan.


Before I got off the bus, I said Thanks again. And again he said You're Welcome with a smile yang bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. His girlfriend must be very, very, VERY LUCKY. Rasa macam hendak sahaja bilang, Hey my blog is hannahjohary.blogspot.com. I will write about you soon. Read it, OK! Hahaha. Kena buat business card lah macam ini nanti. :D


In short, it is never easy for a pregnant woman to do anything. Just anything at all. Dari awal pregnancy bergelut dengan morning sickness, hinggalah ke final trimester ketika kesaratan sudah amat terasa. Having a body that is consistently working hard every single millisecond to develop a baby in there, ditambah lagi dengan rutin harian yang tidak pernah berubah, like working, cooking, managing the household chores and kids, memang tersangat mencabar. Some people may look relax harungi hari demi hari macam tidak ada apa-apa macam saya sekarang ini gigih bekerja naik turun bas setiap hari, but deep down, saya sangat terasa challenging-nya. Cuma badan ini manja atau tidak. Cuma diri ini strong atau tidak. Cuma spirit ini high atau tidak. Itu sahaja.


Kerana itu bagi saya teramat penting bagi para suami, or just any guys to be very, very concern to pregnant ladies. Yes, you may not understand and will never experience it throughout your life, tetapi cukuplah sekadar kamu tunjuk sedikit keprihatinan. Walau pregnant lady itu nampak steady berdiri di sebelah kamu, rasanya tidak salah kalau kamu offer seat kamu pada mereka. Rasanya tidak susah kamu give way ketika berjalan. Rasanya tidak rugi kalau kamu biar mereka cut queue ketika beratur di McDonald's. Hahaha, melampau eh? :D You will not only make her day, but you will also make yours. Dan saya percaya hidup anda akan lebih diberkati.


My mindset now, harapan dan impian saya sekarang, I just want to feel the panicky of the day of my delivery. HAHAHA entah kenapa kali ini tersimpan impian gila ini. Orang kalau boleh hendak sakit baik-baik di rumah, di sisi suami dan family, but I don't. Selalu terbayang, eh macam mana kalau tiba-tiba waterbag pecah di dalam bas on the way to work? Atau di office ketika sedang dijerit pekik customer gila? What will happen? Bagaimana agaknya reaksi orang di sekeliling saya nanti? Siapakah yang akan membantu saya nanti? Di manakah saya akan deliver nanti? Sempatkah saya sampai di hospital, atau terberanakkah saya di dalam bas?


Ya, memang gila.


But this is what I want to feel this time. Selama ini dengar cerita orang, tiba-tiba kali ini hendak rasa sendiri. Best juga, ada juga cerita something different di dalam blog ini nanti, kan? Aih kisah benar sakit hendak beranak pun sudah terfikir untuk dijadikan artikel di dalam blog! Kahkahkah.


Whatever it is, saya sendiri pun selalu berdoa semoga delivery ini smooth semuanya. Semoga saya dan baby sama-sama sihat. Semoga kami selamat walau di mana pun kami berada nanti. Saya bersyukur dikurniakan kesihatan yang boleh dikatakan excellent, dan kenangan naik turun bas sepanjang pregnancy ini akan menjadi kenangan manis dan pahit yang bisa disimpan sampai bila-bila.

Tuesday, February 07, 2012

What HJ did Last Weekend?

My OT form for last month.



It has been quite some time since I last update my blog, kan? Have been busy with my everyday life. Routine yang sama saban hari. Alhamdulillah I have managed to go through January dengan segala kudrat yang ada. Another a month and 20 days to go before I leave for my maternity leave. Semoga Allah terus berikan saya kesihatan yang baik untuk terus bekerja keras.


Untuk cover balik seminggu dua yang saya terlepas daripada update blog, let me share what I did throughout this weekend. Weekend yang panjang, 4 days! Best gila. Boleh rest. Boleh spend time dengan family. Boleh berjalan-jalan. Boleh lepaskan rindu pada yang tersayang.




With my kesayangan.
Nampak semakin lebarlah muka budak kecil ini!








First thing first, fulfill kengidaman! Kengidaman number 1 of course lah terhadap spaghetti bolognaise dari Pizza Milano of Signature Food Court, KLCC. Sejak berkahwin bermastautin di Bukit OUG dan bekerja di Petaling Jaya, we only get to go to KL City during the weekends. Weekdays haruslah sudah malam balik kerja, tambah lagi dengan traffic congestion, memang Mett tidak pernah sangguplah. So apabila weekend tiba, marilah kita ke KLCC!




The best spaghetti in the whole wide world!
Kecintaan saya sejak bertahun-tahun dahulu!




Disudahi pula dengan minuman daripada Boost Juice Bars,
memang terbaik, bak kata BoboiBoy.
Terbaik!







Cinta-cinta hati saya!








Selesai makan-makan, kami ke Taman Tasik Titiwangsa. Sudah lama tidak ke sini. Sengaja mahu berjalan-jalan. I was hoping to come here and see Myiesha running here and there. Tetapi budak kecil yang bakal menjadi Kakak ini semakin manja nampaknya. Asal berjalan sedikit, mesti dia datang hulur dua-dua tangan dan bilang, Mummy carry!


Hahaha. Dan Mummy yang lembut hati cair hati ini pun dukunglah anaknya yang berusia 2 tahun itu dengan minda yang sangat terlupa bahawa dia sendiri sedang sarat mengandung 33 weeks!


The best thing, Mett punyalah sedaya upaya memujuk untuk mendukung Myiesha, but she always wants me more. Alahai best betul perasaan menjadi emak ini. You will have a die hard fan yang sentiasa angaukan kamu dan tidak mungkin dapat hidup tanpa kamu.


To mothers yang merasa rimas, annoyed atau letih anak sentiasa dambakan kamu, mahukan kamu, dan kepinginkan kamu tanpa henti, please do not feel that way. Sebenarnya inilah perasaan yang paling heavenly di dunia. :)




Sempat ambil gambar berdua.
Rasa macam sudah lama betul tidak ambil gambar bak ber-dating begini.
Hihi.




Selesai activity Saturday, activity Sunday pun tiba. Daddy mengajak kami lunch di Bumbu Desa, The Curve. The food is soooooo yummy saya makan banyak gila, siap tambah nasi 4 kali!


Selepas itu mengah. Cannot walk. Hahaha.


















Budak kecil yang comel dapat balloon.




At 33 weeks.
My tummy is enormous, kan?
Serious besar. Serious rasa sarat. Serious tidak larat.
Tetapi jalan-jalan punya pasal, larat juga! Hehe.









Done with Sunday, we said Hello to Monday!


Monday yang tidak bekerja adalah sangat heaven. No Monday blues. Suka! Myiesha pun suka. Suka sampai saya terpaksa tunggu 1 jam untuk dia bangun. Saya bangun pagi sebab saya lapar. Saya sangat cepat lapar sekarang. Tersangat mudah lapar sampaikan kalau tidak makan boleh menggelupur rasanya. But despite my hunger, saya agak memilih sekarang ini. Sometimes I myself do not know what I want. Tengok itu tidak mahu. Tengok ini tidak berselera. Tengok itu rasa hendak muntah. Tengok ini rasa muak.


First trimester syndrome seperti datang balik rasanya.




Sedang menunggu dia bangun untuk sama-sama breakfast.




Hari ini Mett ajak berjalan-jalan di Bintang Walk pula. Saya OK sahaja! So he parked his car at Bukit Bintang Plaza. Ingatkan hendak berjalan-jalan di Sungei Wang Plaza sahaja. But ended, dia cari seluar kerja di Isetan Lot 10, and we had early dinner at Pavilion! So kami pun berjalan kakilah dari Sungei Wang Plaza sampai ke Pavilion, and back, macam zaman ber-dating. Terlupa bahawa kali ini ada budak kecil yang tag along, dan budak kecil ini sentiasa mahukan Mummy carry! Hahaha.


We always have her umbrella stroller in the car, but lately kami malas gila hendak keluarkan. Sebab nanti ended bukannya dia duduk pun. Dia hendak tolak. Then tolak melilau entah ke mana-mana. Kalau tidak kasi tolak nanti menangis pula. So we thought it is better if we just let her walk. Or run. Suka hatilah. Hahaha. Myiesha memang suka walk. But lately sejak saya sarat ini dia telah menjadi sedikit clingy. So like it or not, memang saya akan mendukungnya juga, dengan Mett tidak putus-putus memujuk untuk mendukungnya juga.


Penat memang penat, but the best thing is the memory. Dan dia akan rangkul leher saya dan bilang, Loveeeeee Mummy bertalu-talu sepanjang jalan. So rasa macam, Ah tidak kisahlah! To me, bersusah, berpenat, ber-apa sekalipun untuk anak is never a burden. Selagi saya mampu go all out untuk anak-anak saya, I will do it. With all my might, all my life.


Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya adalah sangat, sangat, SANGAT mendalam. It can never be described with words. Sebab itu kadang-kadang kalau saya tengok drama ada anak derhaka ke apa, saya selalu cakap dalam hati, kamu belum rasa jadi seorang ibu. You only think about yourself. Your needs. Your wants. Kesenangan kamu. Kebebasan kamu. Keperluan kamu. Kesusahan dan kesenangan kamu sendiri. Nanti apabila kamu jadi seorang ibu baru kamu tahu betapa berdosanya kamu melukai perasaan seorang ibu.


Because a mother will do just whatever for her child. And I do mean, whatever.
















So this is my weekend story. Nanti ada masa saya cerita lagi. Until then, take care and have a great week ahead! ;)

Friday, January 27, 2012

I Never Want to Ruin Myiesha's Happiness

Work is less today. It is something normal for a Friday. Since I do not have any idea to update my blog, I have decided to read entries from my own blog. Baca. Baca. Baca. Sehinggalah saya tiba ke entry memberanakkan Myiesha HERE. Yes, I can still remember each and everything I have gone through. Segala rasa panic. Segala rasa sakit itu.


Namun kali ini.


Namun kali ini membacanya, saya telah menitiskan air mata. Kenapa? Kerana saya tidak dapat membayangkan this time's delivery. Kalau dahulu, Myiesha adalah watak utama. Kali ini Myiesha menjadi watak sampingan. I suddenly realize that I cannot imagine Myiesha coming to the hospital to visit me. And all she sees is another baby in my arms. Apakah agaknya perasaan Myiesha nanti. Adakah dia akan rasa pelik? Adakah dia akan rasa jealous? Adakah dia akan rasa dipinggirkan?


To be honest, I never want her to see me cradling another baby in my arms. Saya tidak tergamak melukakan hatinya. Bolehkah saya melarikan diri?


Hahaha. OK Hannah sudah start jadi psycho freak. :P


But really. Selama ini, selama 2 tahun ini, Myiesha lah permata hati kami. Permata, berlian, intan payung, buah hati, pengarang jantung segala. Selama ini dia mendapat sepenuh perhatian. Selama ini dia mendapat sepenuh kasih sayang. Selama ini nama yang disebut-sebut oleh kami adalah Myiesha. Myiesha this. Myiesha that. Asal text message dengan Mett, Maman atau sesiapa sahaja, pastinya bercerita tentang Myiesha. Cuba sahaja tengok handphone semua orang dalam keluarga kami, daripada adik beradik saya ke adik beradik Mett, sampailah ke handphone Maman and Daddy, semuanya gambar Myiesha!


Tidak ada kisah yang lebih menarik untuk diceritakan melainkan Myiesha. Tidak ada wajah yang paling ingin dilihat melainkan wajah Myiesha. Tidak ada kerinduan yang terasa melainkan kerinduan terhadap Myiesha semata-mata.


Having to be our first born, dan cucu pertama bagi kedua-dua belah pihak, Myiesha lah segala-galanya. Myiesha is even the first goddaughter of all our BFFs!


Tanpa Myiesha, hidup bagaikan gelap tanpa mentari. Tanpa Myiesha, malam bagaikan kelam tanpa kerlipan bintang. Tanpa Myiesha, hidup menjadi sunyi. Sunyi sesunyi sunyinya. Bak kata Maman, tidak perlu tunggu Myiesha pulang, Myiesha tidur sejam dua sahaja pun sudah terasa kesunyian yang teramat sangat.


But now?


Ketika kandungan sudah menjengah usia 32 minggu begini saya tiba-tiba terperasan. Saya tiba-tiba tertanya sendiri, what am I doing. Kenapa saya terlalu excited menanti kehadiran yang satu lagi ini. Pernahkah saya terfikirkan perasaan Myiesha? Pernahkah saya terfikirkan reaksi Myiesha? To be honest, hati saya tiba-tiba rasa seperti berkecai seribu. Saya tiba-tiba rasa seperti tidak sanggup melukakan hati Myiesha. Selama ini yang dipeluk adalah Myiesha. Selama ini yang dicium adalah Myiesha. Selama ini kata-kata Mummy's love, Mummy's little angel, Mummy loves Myiesha, semuanya hanya untuk Myiesha semata-mata. 100% untuk Myiesha. Khusus untuk Myiesha. But now?


I somehow feel like I am ruining everything. Setiap cebisan kebahagiaan yang ada.


Hannah. WHAT ARE YOU DOING?


Eh, please do not take serious of what I am writing, OK. Ini hanyalah luahan saya perasaan saya semata-mata. Saya masih seorang wanita, ibu dan bakal ibu yang waras. HAHAHA.


I want this entry to be a proof of my feelings. I want Myiesha to read this when she grows up. Dear Myiesha, Mummy hendak bilang yang no matter what happens, no matter how many siblings you will have after this, Mummy want you to know that I will always love you. Cinta Mummy terhadap kamu tidak akan pernah berubah walau sekelumit pun. Never. Never ever. I will still love you. I will still give you 100% attention. And you will always be my baby in my heart. Mummy tetap akan curahkan sepenuh kasih sayang. Bukan sahaja kasih sayang, tetapi juga jiwa dan raga. Anything. And everything.


Please do not ever feel that Mummy is trying to push you away. Or Mummy selalu spend time dengan adik. No, please do not feel that way. It will just crush my heart more. I love you too much to push you away, Sayang. I promise to be fair to you and adik. Adil dari segi apa yang kamu berdua perlukan. I might not be the perfect mother, but I promise to try as hard as I can. As long as I live.


Saya harap dengan lahirnya zuriat yang kedua ini nanti, perasaan ini akan hilang. Saya harap dengan lahirnya zuriat yang kedua ini nanti, tidak akan menghancur remukkan perasaan Myiesha. I just want to be happy with whatever happens, and I hope she will too. Saya harap ini hanyalah sebuah luahan perasaan oleh seorang wanita yang sedang mengandungkan anak keduanya. Guess all mothers feel the same, kan?


Aishah, please tell me this is just temporary.

Friday, January 20, 2012

Berangan Tentang Hari Delivery

I am writing this entry at my 31st week of pregnancy. Mengandungkan anak kedua pada usia menginjak 28 tahun. How do I feel? I feel great. Never felt better. Baru pulang dari blogwalking ke blog Yaya sebenarnya. Kenapa blog Yaya? Sebab plan saya adalah untuk merasa sakit di office. Then panic pergi hospital.


Best, tak? :D


Sewaktu mengandungkan Myiesha dahulu saya ambil cuti awal. 2 months before delivery! Why? Saja-saja. Sudah malas bekerja. Then mengada-ngada rasa sarat so tidak mahu pergi kerja lagi. So duduk di rumah Maman surf internet siang malam. Itu yang boleh update blog setiap hari. Hehe.


This time around, saya extra rajin pula bekerja. Since new year, setakat hari ini belum pernah ambil leave, dan setiap hari OT sampai 7.30pm. Penat memang penat. Kadang-kadang rasa macam hendak mati, sebab sudah start sarat begini masih kerja dengan tekun. Pergi balik kerja perlu lari kejar bas naik turun. Bas pula penuh macam sardin, nauzubillah. Memang terbaiklah kesesakan, dan lebih terbaik lagi baunya. Hahaha. But this is my life now. Entah kenapa, semakin gigih pula.


Semakin gigih sampaikan apabila orang bertanya bila start cuti, saya tidak tahu hendak jawab apa. The truth is, saya belum bersedia untuk bercuti.


Gigih betul, ni! Hahaha.


Gigih sampai ke tahap, I think I want my last day before delivery to be at work. Di sini, di hadapan PC ini menjawab emails tanpa henti. Dan tiba-tiba POP air ketuban pecah. Or pergi ladies tengok, Ops ada darah! Then terus sakit contraction. Mesti panic, kan?


Then my boss Edward akan hantar saya pergi hospital naik kereta Volvo cantiknya. Atau kalau dia tidak ada, mungkin saya akan membonceng Gilera milik Boe ke hospital. Hahaha aku ni buat main-main pula benda serious. Sekali hendak dijadikan cerita, terkena hari Jumaat, hujan lebat some more, Federal Highway di hadapan ini jammed macam hendak mampus, barulah akan terberanak di office!


Haru weh!


Tetapi bagus juga. Mana tahu ini kejadian pertama di company gergasi ini, kisah saya menjadi kisah hit sampai ke boss besar nun di Korea sana. Masuk suratkhabar Malaysia. Masuk suratkhabar Korea. Then dihadiahkan pula barangan elektronik selengkap-lengkapnya seperti aircond, washing machine, fridge, LED TV, digital camera, sampailah ke handphone tercanggih sebagai hadiah delivery. Bagus juga, kan?


Kalau sponsor water birth di Prince Court lagi best!


Hahaha angan-angan mesti hendak tinggi melangit!


Tetapi ini hanyalah angan-angan saya. Apa yang akan terjadi pada hari delivery saya, hanya Allah sahaja yang tahu pada waktu ini. I hope to have a safe delivery, that is what most important. Tetapi kalau diselangi dengan kepanikan pun pasti best kalau di-update di blog. Mungkin ia akan menjadi hari yang paling saya tidak akan lupakan sepanjang hayat saya.


Mungkin.

Friday, January 13, 2012

29 Weeks Pregnant - Part II

Setelah 2 minggu berhempas pulas sejak new year, hari ini baru saya dapat bernafas sedikit. Alhamdulillah. Yesterday Myiesha slept early selepas 3 hari berturut-turut tidur jam 12am. So saya pun dapat tidur awal sedikit. Bukan awal sedikit, awal banyak, kot. 9.30pm! Hehe. Then today pula before noon saya sudah dapat siapkan email.


Rasa happy sangat.


So dengan beresnya segala commitment ini, I would like to update my blog. Taraa..~ :D


Saya dapat idea untuk entry ini ketika mandi pagi tadi. Time mandi pun boleh dapat idea ya, Hannah? Tidak senonoh betul. Hehe. Alkisahnya sewaktu saya menyabun perut this morning, saya terperasan yang saya tidak ada line menegak yang tergaris dari bawah dada hingga ke bawah perut, merentasi pusat, like what I had when I was expecting Myiesha. Perut bersih sahaja kali ini.


Dulu I had this dark brown line that I was so scared it will not go away after delivery. But Alhamdulillah, it did. And this time it does not come back.




The line looks like this.
But I did not have the dark ring around my navel.



Dan kali ini juga pusat terkeluar semacam. Bukan semacam lagi, ketara gila. I also had this pusat terkeluar when expecting Myiesha, tetapi tidak seketara ini. Now I feel like I would have to wear a bra down there. Hahaha!




Ya, sebiji macam ini.
I am not joking!



Selain dua perkara ini, there is not much difference from expecting Myiesha dahulu. But I hope that this 2 difference is a hint that I am expecting a boy. Sepasang is nice, kan. A girl and a boy. Myiesha and Farris. Tetapi tidak kisah, ini angan-angan sahaja. Kalau girl pun OK. Asalkan selamat, sihat dan sempurna. Itu yang penting.


InsyaAllah.


And at this point of time, saya belum ada perasaan takut untuk beranak. Rasa confident ada kot, maybe sebab sudah ada experience, so macam sudah tahu what to expect. Dan kalau katakan kelahiran kali ini pun pengalamannya sama, saya sudah bersedia. Yang tidak bersedia cuma the unexpected lah. Emergency c-sect ke apa. Tetapi harapnya semuanya smooth dan selamat nanti.


Amin.


Mett is bringing me to Kajang Plaza Medical Center tomorrow, for a 4D scan yang dia excited sangat itu. Saat ini saya pun sudah mula rasa excited. Tidak sabar rasanya hendak menanti kelahiran si kecil ini. I just cannot wait to carry two kids in both my hands. Sayang sangat pada Myiesha, dan sayang sangat pada Farris.


Hope esok juga dapat nampak gender. Kalau betul dia adalah Farris, I cannot wait to go shopping! :D

Monday, December 19, 2011

26 Weeks Pregnant

I am currently 26 weeks pregnant and actively craving for nasi goreng. Tidak kisahlah nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng cendawan, nasi goreng USA. Just name it. Semua saya balun. Even nasi goreng mamak yang kalau saya makan tidak pernah habis sebab banyak sampah, pun sekarang saya boleh habiskan licin gila. Bayangkan! Oh sampah di sini bukannya sampah betul, it means sayur pelbagai macam yang tidak digemari, kepala udang yang tersesat, dan sebagainya, yang selalu ended bukan di dalam perut saya tetapi di dalam tong sampah. Heheh.


Sangat hebat, kan!


So throughout this week, memang ini sahajalah yang saya makan. Nasi goreng. Nasi goreng. Nasi goreng. Di rumah masak nasi goreng. Pergi gerai tepi jalan order nasi goreng. Pergi restaurant pun tetap order nasi goreng. So far belum muak lagi. But in between, tetap pekena Prosperity Burger bersama Twister Fries dan McFizz drink yang menggiurkan itu. Atau Zinger Burger bersama Cheezy Wedges dan Pepsi! Hehehe.



Nasi goreng yang irresistible!
Credit HERE.



As for my health, went for checkup last week at the Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuchai Entrepreneurs Park, and I am all in the pink of health. Alhamdulillah. Blood pressure low. Hb low. Weight sudah 51kg. But semua OK. Saya sihat. Just continue to take Acid Folic, Vitamin B Complex and 2 tablets of Iron every morning, half an hour before breakfast as advised. Tentang kangkung, bayam, kerang dan hati itu saya tidak dapat makan setiap hari but I make a point to try to drink milk as often as possible. Selepas ini kena cari nasi goreng hati pula lah. :P


I am currently missing Farris. I hope that I can go for a scanning session as soon as I get my pay by end of this month. Hope this time dapat tengok gender. Tidak sabar! Farris memang sangat active kicking and wriggling in there, sebiji macam Kakak Myiesha dia, and I just love it very much. Best sangat. Sentiasa rasa macam ada company. Tidak pernah rasa keseorangan. The other night as soon as we reached home from work, sedang Myiesha minum susu, Mett and I berbaring sebentar on our bed and he held my tummy. And Farris was making this funny repeated movements that we laughed our hearts out! Comel gila. Boleh pula saya tanya Mett, Kenapa Farris bergerak macam tu? Hahaha.


I will be approaching 7 months very soon, and I look forward to stepping into my final trimester with full of joy. The best thing is, of course, shopping time! I do a bit of shopping for Farris, at least several essential items like first clothes, newborn diapers and toiletries. I am still thinking of saving up for a breast pump, but still thinking. Not sure whether I can commit to breastfeeding my baby for 2 years, or even 6 months at least. To be honest, saya memang ada breast milk, tetapi saya ini ada sikap hangat-hangat tahi ayam. I love direct feeding and enjoy it very much. Kalau direct feeding for a whole two years pun boleh, no problem. Cumanya saya tidak tahu adakah saya boleh kasi full commitment of expressing breast milk when I am back to work. Bringing a breast pump to work every single day, naik turun bas. Take time lari dari cubicle pergi pump every 2 hours or so. Then balik hendak kena sterilize equipments lagi. I really do not know if I can do this.


What is your suggestion? I really need advise on this, especially from a person yang honestly jenis pemalas gila, but ended berjaya melakukannya. I need motivation. :)


So guess this is all for 26 weeks story. Nothing much, but still something that I want to share. Hope to share photos on those scans and shopping spree in my next entry. And believe it or not, I still enjoy lying on my tummy every time I update this blog. Yes I know it sounds weird, mengandung 6 bulan setengah dan masih gila meniarap, but I still can! Belum rasa terpenyek. Haha Mummy yang gila, I am! OK I promise to stop soon. :D

Tuesday, December 06, 2011

24 Weeks Pregnant

Yesterday was such a challenging day for me. I was experiencing this very bad feeling, tidak tahu macam mana hendak describe. Rasa perut sangat tegang. Sangat keras. Sangat besar.


Sangat sakit. Sakit perut. Sakit pinggang. Sakit badan seluruhnya. Sampaikan kalau tersentuh sedikit di perut pun rasa sakit. And towards end of the day rasa macam hendak migraine pula.


Sangat rasa macam hendak menangis. Lebih rasa hendak menangis apabila customers menjerit memaki macam orang gila sedang saya menahan sakit. T_T


Namun hidup perlu diteruskan. So I still went to work yesterday walau sejak malam kelmarin sudah terasa sakit. Rasa sayang kalau ponteng, it is only early month and I need to get that Attendance Allowance dan memperbanyakkan OT this month untuk cover apa yang patut. Haih beginilah hidup sebagai seorang wanita. Kalau lelaki bilang hidup mereka mencabar, apa kurangnya hidup kita. Dengan pregnant lagi. Dengan macam-macam masalah lagi. Tetapi kita tetap gigih keluar mencari rezeki dengan segala kudrat yang ada.


Pengorbanan seorang ibu dan isteri memang tidak dapat dinilaikan dengan apa sahaja di dunia ini. Apatah lagi pengorbanan seorang ibu. Belum pun lahirnya anak, seorang ibu telah perlu hadapi bermacam-macam perkara. Betul tak, Aishah? :)


Kerana itu syurga letaknya di bawah kaki ibu. Kerana itu berkata 'Ah' kepada ibu pun sudah dikira dosa besar.


Dan hari ini, saya kembali lagi ke office dengan semangat yang baru. Saya harap saya dapat bertahan until the end of the day, in which besok saya sudah apply leave untuk pergi check up di Klinik Kesihatan. Harapnya selepas check up boleh berehat sedikit di rumah.


Last week pergi check up sebab pelvic pain pun, doctor inform I need a lot of rest. Therefore I will take this opportunity to rest. Rest and update blog. How much more wonderful can it be?


Anda ada topic request?



Kengidaman untuk hari ini: McDonald's Cheeseburger!
:D

Tuesday, November 29, 2011

23 Weeks Pregnant

I am currently 23 weeks along and experiencing pelvic pain and kemengahan. I remember experiencing pelvic pain when I was expecting Myiesha, tetapi tidak ingat how many weeks along. As for kemengahan, baru kali ini betul-betul terasa. Naik turun tangga jejantas, naik turun kejar bas, dan bercakap dengan customers non-stop sudah terasa challenging. Especially naik turun tangga overhead bridge lah. Sebab tinggi, kan? I wonder if this is normal at almost 6 months pregnant, sebab belum sarat lagi, kan?


Maybe I should start jogging to build up my stamina. Sudah pregnant begini baru hendak jogging, eh? Hahaha. But I really must jog after I deliver lah. I plan to get the anak dara figure after my second child. Kali ini hendak pantang betul-betul. Diet betul-betul. Semua betul-betul. Azam tahun baru! Cewah! :D


Apart from this pelvic pain and kemengahan, I am all good. Great, to be exact. Lebih great tang makanlah. Apa orang sebut, mesti hendak. Hari itu my BFF Azreen asyik upload gambar spaghetti bolognaise di Facebook. Tiba sahaja weekend terus seret Mett ke KLCC makan spaghetti bolognaise di Milano Pizza, Signature Foodcourt, Suria KLCC. Rasa heaven gila!


Spaghetti ini adalah yang terbaik. Serious. Pernah makan di banyak tempat, tetapi tidak pernah ada lagi yang boleh lawan yang ini. Except Daddy's home-made spaghetti lah, of course.


Daddy, bila hendak buat spaghetti with meatballs lagi? Mengidamlah. :D




This photo was taken during my first visit to KLCC selepas beranakkan Myiesha.
Time pantang pun kepingin makanan ini.
Apatah lagi sekarang, kan? Hehe.
Refer HERE.



Besides this spaghetti bolognaise, saya juga sedang gila pelbagai jenis makanan lain. Mostly those hard to get di area rumah saya. Like traditional kuihs macam goreng pisang dan cekodok pisang. Yummy! Almaklum sahajalah, saya tinggal di kawasan pergunungan Alps. Hahaha. Bukanlah. Saya tinggal di kawasan perumahan Cina. So tidak ada gerai-gerai kuih ini. Sedih gila, kan? Kalau gerai duck rice banyaklah. Dan juga gerai babi salai. Haha. Every Thursday pun ada pasar malam di sini. Meriah sungguh. Tetapi pasar malam Cina lah. T_T


So last weekend juga, selamat sahaja pekena spaghetti bolognaise di KLCC itu, saya terus ke rumah Maman di Wangsa Melawati. It always feels good to be home again, kan? Tempat saya dibesarkan. Dan kawasan perumahan Melayu pula. So apa lagi? Sepanjang bermalam di rumah Maman throughout the weekend, asyik pekena goreng pisang sahaja setiap petang. Puas hati sangat dapat makan!


Apabila pregnant begini, makanan yang biasa-biasa sahaja pun tiba-tiba jadi luar biasa. Dan tiba-tiba macam susah hendak dapat pula. Memang mencabarlah bagi sang suami. Hehehe.


Mencabar juga apabila isteri suka sangat mengadu lapar pada waktu tengah malam. Tengah-tengah malam sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dikejutkan. Apabila suami tanya, Kenapa? Ingatkan sudah hendak terberanak ke apa. Tetapi jawapan yang dia dapat hanyalah, Sayang. Lapar!


Memang tidak ada jawapan lainlah yang diberikan kecuali tepukan-tepukan suruh tidur balik, dan pujukan, Nanti besok kita makan, OK.


Besok? Lama sangat hendak tunggu besok!


But serious, food and hunger is the biggest topic now. Asyik fikir makan sahaja. 3 more months to go. Hope Mett tidak botak by then. :P


Like today, I just texted Mett saying, Sayang. Rasa macam nak makan Double Zinger Burger for dinner. Mett replied, OK. Nanti malam kita makan. Terus rasa happy gila. Nothing makes me happier than food nowadays. Apabila dapat makan rasa bersyukur sangat. Rasa gembira sangat. Rasa best sangat. Mood pun ceria sahaja. Pregnant ladies are indeed lucky, kan?


Tetapi lebih lucky kalau text, Sayang. Rasa macam nak iPhone! Dan dibalas, OK. Nanti balik ni I belikan. Lagi rasa heaven, kan? Kahkahkah!



Double Zinger Burger!
Aku kepinginkan kamu!