Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label My Love Story. Show all posts
Showing posts with label My Love Story. Show all posts

Wednesday, February 08, 2012

Sebuah Entry Buat Myiesha di Malam Hari

Sebuah luahan perasaan di malam hari.




**




Being a working mother myself, I felt the same way when Myiesha was a baby. Kalau hendak diceritakan perasaan terhadap Myiesha, kasih sayang dan cinta, rasanya sudah terlalu banyak kali saya menulis. Kalau hendak diceritakan pula how I long to be a stay-at-home-mom, so that I can bring Myiesha up with my very hands, rasanya sejak sebelum saya habis pantang melahirkannya sampai ke hari ini pun tidak habis lagi saya ceritakan. Bohonglah kalau saya bilang saya tidak ada perasaan tatkala turun daripada kereta, melambai Myiesha pergi setiap pagi apabila Mett menghantar saya ke bus stop.


Kalau hendak suruh saya menangis, setiap hari pun boleh menitiskan air mata memikirkan saya terpaksa pergi kerja dan Myiesha terpaksa pergi ke rumah Mak Aisyah.


Saya juga terfikir adakah Myiesha akan sayang Mak Aisyah lebih because she spends 12 hours there everyday. Sedangkan masa dengan saya hanya 3 hours each working day before she goes to sleep. Kalau macam malam ini, dia balik sudah ketiduran, masa yang diluangkan bersama adalah zero. Langsung zero.


Jangankan bilang saya, even Daddy pun kalau Myiesha terlepas 1 weekend daripada pergi ke sana, Daddy akan bertanya pada Maman, adakah Myiesha akan melupakannya? Adakah Myiesha tidak akan menyayanginya lagi? Kalau hendak katakan kami takut Myiesha tidak cukup merasa kasih sayang kami, rasanya kami lebih terasa takut akan ketidak cukupan kasih sayang Myiesha kalau dia tidak ada.


Apabila menjadi ibu berkerjaya ini, orang selalu bilang pastinya akan ada gap di antara emak dengan anak. Why? Sebab emaknya bekerja. Sebab emaknya tidak luangkan banyak masa dengan anaknya. Sebab anaknya sehari suntuk dengan orang lain, bukan dengan emaknya. I, too, was worried at first. But again, in life sometimes we do not have a choice. So what do I do? I make a point to go all out for Myiesha. I make a point to spend as much quality time with her, walau tidak banyak masa yang ada, saya akan pastikan setiap saat adalah sangat bermakna.


I play with her. I talk to her. We read books together. We sing together. I make a point to bathe her as much as I can. Saya pastikan saya yang cebokkannya setiap kali dia berak. If she wants something, I will get it for her. If she needs a hug, I will always be here to hug her. Walau berapa puluh kali pun dia bangun pada tengah malam - mengigau, menangis hendakkan susu, atau cari soother tidak jumpa kerana sudah ter-tangle dengan rambutnya - I will always be there for her.


Tidak akan ada pernah sekalipun perhatian saya teralih daripadanya. Tidak akan ada pernah sekalipun saya memarahinya. No matter how exhausted I am back from work, I will make a point to spend as much time with her. I know time is very limited, but again, I believe in going all out.


And Alhamdulillah, the result is never disappointing. At 2 years of age, pada ketika rutin harian kami masih begini, masih saya yang menjadi minority di dalam hidupnya, Myiesha masih menganggap saya manusia yang teragung di dalam hatinya. Myiesha tahu siapa Mummy nya, dan dia tahu walau apa sekalipun yang terjadi, walau apa sekalipun yang diperlukan, saya akan sentiasa berada di sampingnya.


As a proof, Myiesha sentiasa berkehendakkan saya. No matter what. Walau dia jatuh. Walau dia mengigau dalam tidurnya. Walau dia sakit. Walau dia gembira bermain. Walau dia ingin didukung. Walau dia hanya mahu berbaring sekalipun, percaya atau tidak, she will say, Nak lie down Mummy!


Hendak berbaring saja-saja pun dia tetap mahukan saya berbaring, menemaninya di sebelahnya. And the feeling is just indescribable. Tidak pernah terasa disayangi sebegini rupa. Tidak pernah terasa diperlukan sebegini rupa. Hanya seorang anak yang dapat membuatkan seorang ibu merasa begini. And it is a feeling out of this world.


Kita sebagai emak memang banyak kerisauan kita. Takut kita tidak dapat spend much time together. Takut dia lebih sayang orang lain yang menjaganya. But I believe, kalau cinta kita tulus, pasti ianya akan terbalas. I always believe Myiesha knows what is in my heart. Ketika memeluknya, saya pastikan saya akan sentiasa 100% ikhlas. Bukan peluk dengan sedikit perasaan marah, atau sedikit perasaan ish penatnya, atau sedikit perasaan hey sibuklah budak ini asyik hendak berdukung sahaja! Same goes dengan setiap apa yang saya lakukan untuknya, saya akan lakukan dengan sepenuh rasa kecintaan. Saya percaya walau Myiesha kecil, dia faham saya terlalu mencintainya.


Budak-budak sekarang adalah tersangat bijak. Rasanya daripada tingkah laku kita pun dia tahu kita sayangkannya atau tidak.


Saya tidak meminta apa-apa apabila Myiesha besar nanti. Cukuplah sekadar dia gembira dengan hidupnya. Get to choose her stream at school. Get to choose her course in University. Berkawan dengan semua orang. Have fun. Then berkahwin pula dengan lelaki yang dia cintai. I just want to see her happy. Dan saya akan lakukan apa sahaja demi untuk melihat dia gembira. Wah sudah macam Cerekarama yang stereotype pula, eh? But really, tanyalah semua ibu bapa di dunia ini, apa yang mereka mahukan daripada anak mereka. Kita tidak mahukan harta kekayaan. Kita tidak mahukan kesenangan. Dengan kerja keras kita dari muda ini pun insyaAllah kita dapat kumpul harta untuk hari tua kita, kan? Kita hanya mahu melihat anak kita gembira.


Regardless kita marah atau pukul anak kita sekalipun, semuanya dilakukan untuk kebaikan mereka.


We will never know what will happen in the future, but I hope that life will always be this way. Sentiasa bahagia dan gembira bersama, InsyaAllah. Semoga dengan all out ini, segala kebaikan akan kembali kepada diri kita sendiri. What goes around, comes around, kan? What you give, you get back. Kalau kita lakukan kebaikan pada hari ini, InsyaAllah kebaikan juga yang akan diterima pada hari muka.


Sejak-sejak sarat ini, hati selalu lebih cenderung untuk tulis tentang kecintaan terhadap Myiesha. Tidak tahu kenapa. I just want her to know how much I love her. That is all.

Tuesday, February 07, 2012

What HJ did Last Weekend?

My OT form for last month.



It has been quite some time since I last update my blog, kan? Have been busy with my everyday life. Routine yang sama saban hari. Alhamdulillah I have managed to go through January dengan segala kudrat yang ada. Another a month and 20 days to go before I leave for my maternity leave. Semoga Allah terus berikan saya kesihatan yang baik untuk terus bekerja keras.


Untuk cover balik seminggu dua yang saya terlepas daripada update blog, let me share what I did throughout this weekend. Weekend yang panjang, 4 days! Best gila. Boleh rest. Boleh spend time dengan family. Boleh berjalan-jalan. Boleh lepaskan rindu pada yang tersayang.




With my kesayangan.
Nampak semakin lebarlah muka budak kecil ini!








First thing first, fulfill kengidaman! Kengidaman number 1 of course lah terhadap spaghetti bolognaise dari Pizza Milano of Signature Food Court, KLCC. Sejak berkahwin bermastautin di Bukit OUG dan bekerja di Petaling Jaya, we only get to go to KL City during the weekends. Weekdays haruslah sudah malam balik kerja, tambah lagi dengan traffic congestion, memang Mett tidak pernah sangguplah. So apabila weekend tiba, marilah kita ke KLCC!




The best spaghetti in the whole wide world!
Kecintaan saya sejak bertahun-tahun dahulu!




Disudahi pula dengan minuman daripada Boost Juice Bars,
memang terbaik, bak kata BoboiBoy.
Terbaik!







Cinta-cinta hati saya!








Selesai makan-makan, kami ke Taman Tasik Titiwangsa. Sudah lama tidak ke sini. Sengaja mahu berjalan-jalan. I was hoping to come here and see Myiesha running here and there. Tetapi budak kecil yang bakal menjadi Kakak ini semakin manja nampaknya. Asal berjalan sedikit, mesti dia datang hulur dua-dua tangan dan bilang, Mummy carry!


Hahaha. Dan Mummy yang lembut hati cair hati ini pun dukunglah anaknya yang berusia 2 tahun itu dengan minda yang sangat terlupa bahawa dia sendiri sedang sarat mengandung 33 weeks!


The best thing, Mett punyalah sedaya upaya memujuk untuk mendukung Myiesha, but she always wants me more. Alahai best betul perasaan menjadi emak ini. You will have a die hard fan yang sentiasa angaukan kamu dan tidak mungkin dapat hidup tanpa kamu.


To mothers yang merasa rimas, annoyed atau letih anak sentiasa dambakan kamu, mahukan kamu, dan kepinginkan kamu tanpa henti, please do not feel that way. Sebenarnya inilah perasaan yang paling heavenly di dunia. :)




Sempat ambil gambar berdua.
Rasa macam sudah lama betul tidak ambil gambar bak ber-dating begini.
Hihi.




Selesai activity Saturday, activity Sunday pun tiba. Daddy mengajak kami lunch di Bumbu Desa, The Curve. The food is soooooo yummy saya makan banyak gila, siap tambah nasi 4 kali!


Selepas itu mengah. Cannot walk. Hahaha.


















Budak kecil yang comel dapat balloon.




At 33 weeks.
My tummy is enormous, kan?
Serious besar. Serious rasa sarat. Serious tidak larat.
Tetapi jalan-jalan punya pasal, larat juga! Hehe.









Done with Sunday, we said Hello to Monday!


Monday yang tidak bekerja adalah sangat heaven. No Monday blues. Suka! Myiesha pun suka. Suka sampai saya terpaksa tunggu 1 jam untuk dia bangun. Saya bangun pagi sebab saya lapar. Saya sangat cepat lapar sekarang. Tersangat mudah lapar sampaikan kalau tidak makan boleh menggelupur rasanya. But despite my hunger, saya agak memilih sekarang ini. Sometimes I myself do not know what I want. Tengok itu tidak mahu. Tengok ini tidak berselera. Tengok itu rasa hendak muntah. Tengok ini rasa muak.


First trimester syndrome seperti datang balik rasanya.




Sedang menunggu dia bangun untuk sama-sama breakfast.




Hari ini Mett ajak berjalan-jalan di Bintang Walk pula. Saya OK sahaja! So he parked his car at Bukit Bintang Plaza. Ingatkan hendak berjalan-jalan di Sungei Wang Plaza sahaja. But ended, dia cari seluar kerja di Isetan Lot 10, and we had early dinner at Pavilion! So kami pun berjalan kakilah dari Sungei Wang Plaza sampai ke Pavilion, and back, macam zaman ber-dating. Terlupa bahawa kali ini ada budak kecil yang tag along, dan budak kecil ini sentiasa mahukan Mummy carry! Hahaha.


We always have her umbrella stroller in the car, but lately kami malas gila hendak keluarkan. Sebab nanti ended bukannya dia duduk pun. Dia hendak tolak. Then tolak melilau entah ke mana-mana. Kalau tidak kasi tolak nanti menangis pula. So we thought it is better if we just let her walk. Or run. Suka hatilah. Hahaha. Myiesha memang suka walk. But lately sejak saya sarat ini dia telah menjadi sedikit clingy. So like it or not, memang saya akan mendukungnya juga, dengan Mett tidak putus-putus memujuk untuk mendukungnya juga.


Penat memang penat, but the best thing is the memory. Dan dia akan rangkul leher saya dan bilang, Loveeeeee Mummy bertalu-talu sepanjang jalan. So rasa macam, Ah tidak kisahlah! To me, bersusah, berpenat, ber-apa sekalipun untuk anak is never a burden. Selagi saya mampu go all out untuk anak-anak saya, I will do it. With all my might, all my life.


Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya adalah sangat, sangat, SANGAT mendalam. It can never be described with words. Sebab itu kadang-kadang kalau saya tengok drama ada anak derhaka ke apa, saya selalu cakap dalam hati, kamu belum rasa jadi seorang ibu. You only think about yourself. Your needs. Your wants. Kesenangan kamu. Kebebasan kamu. Keperluan kamu. Kesusahan dan kesenangan kamu sendiri. Nanti apabila kamu jadi seorang ibu baru kamu tahu betapa berdosanya kamu melukai perasaan seorang ibu.


Because a mother will do just whatever for her child. And I do mean, whatever.
















So this is my weekend story. Nanti ada masa saya cerita lagi. Until then, take care and have a great week ahead! ;)

Tuesday, January 03, 2012

3rd January 2000, 12 Years Ago

Saya masih ingat lagi apa yang terjadi pada hari ini, 12 tahun yang lalu. 3 January 2000. Waktu itu usia saya baru sahaja hendak masuk sweet 16. Musim persekolahan baru, baru sahaja hendak bermula. Waktu itu saya seorang teenager yang sangat rebellious. Semua benda pun hendak buat. Rambut saya dye kuning, sekuning trend Ah Beng jual VCD haram pada waktu itu. Kuku bercat pelbagai warna. Pakaian sudah tentu hendak stylo milo. Budak-budak area rumah semua panggil saya J.Lo. Time itu saya perasan hot. Perasan bagus. Perasan hebat. Perasan cun.


Segalanya lah.


Namun dalam pemberontakan saya itu, saya masih Mummy and Daddy's little girl. Saya masih dilarang keluar malam. Saya masih pergi ke sekolah setiap hari, menimba ilmu tanpa jemu. Setiap petang ralit berbual dengan Nurul di hadapan rumah sampai ke Maghrib. Keputusan PMR pada waktu itu tidaklah secemerlang mana. Apa tidaknya, asyik perasan itu ini sahaja lebih. Namun saya tetap berjaya menjejakkan kaki ke aliran kebanggaan setiap ibu bapa. Pure science stream.


Saya masih ingat lagi setiap cuti persekolahan pastinya saya akan mengajar tuisyen di rumah sebuah keluarga berbangsa Cina. Mengajar sepasang adik beradik lelaki subjek sekolah rendah. Alah those simple stuffs. Maths. Bahasa Melayu. English. Tengok-tengokkan mereka buat homework. Bantu mereka mengulangkaji pelajaran. Waktu itu home tuition oleh seorang guru tidak bertauliah seperti saya hanya dibayar peanuts. Lebih kurang RM 60 - RM 100 sebulan. Namun jauh lebih bagus daripada asyik tidur lewat, bangun tengahari, dan habiskan beras di rumah. Makan tanggung, berak cangkung.


Waktu ini memang saya sudah berkawan dengan Mett. Kami berkawan since Form 2, actually. Paling rapat time Form 3. Kami pergi ke sekolah bersama-sama. Pulang dari sekolah bersama-sama. Pergi tuition sama-sama. Stay back di kantin sekolah belajar Maths sama-sama. Weekends pergi National Library pun sama-sama. Pendek kata, macam belangkas lah. Berbeza dengan berkawan dengan budak lelaki lain, apabila berkawan dengan Mett, Maman seperti kurang marah. Entah kenapa. Dia selalu bilang, Mett budak baik. Oh ya saya lupa, ex-boyfriend saya semuanya macam syaitan. Perangai macam pelesit. Haruslah. Baru kena dengan saya yang berimej J.Lo. Kahkahkah!


Time ini kawan-kawan semua sudah agak, pastinya kami ini pasangan bercinta. Tetapi tidak. Kami bukanlah pasangan bercinta. We were friends. Great friends 'til the end. Cewah. 'Til the end konon. Sebenarnya saya agak suka juga dengan Mett. Saya tidak tahu Mett suka atau tidak pada saya. But we were comfortable with each other's company. So bagi saya, itu yang penting. Being an item or not is not the question. Apa guna memadu kasih kalau kesudahannya tidak seindah mimpi? Adalah lebih baik kekal sebagai sahabat baik, kan?


Haha stop the ayat novel, HJ! :D


Jadi itulah cerita kami. Kami memang berkawan sahaja. Sungguh. For 2 years kami berkawan. Form 2 and Form 3. Dalam waktu ini ada juga guys yang berminat dengan J.Lo ini. Yang sebaya ada. Yang abang senior ada. Yang daripada sekolah lain pun ada. Tetapi saya yang tidak berminat. Bagi saya, saya selesa dengan Mett. So tidak kisah pun kalau dia bukan boyfriend saya. Yang penting, kami adalah together.


Everyday together.


Namun pada satu hari yang sangat memorable, saya masih ingat lagi hari itu adalah 29 December 1999. Saya telah ke cyber cafe berdekatan rumah dengan Nurul untuk surf internet. Time itu manalah ada laptop netbook broadband Unifi ini semua. Desktop PC dan internet pun tidak wujud lagi di rumah. So pergi cyber cafe. Main MiRC. Check email. Rupa-rupanya ada email daripada Mett. Isi kandungannya biasa sahaja. Hi apa khabar segala. Tetapi ayat terakhirnya buat saya hampir pengsan.


It sounded like this:


Jadi saya nak tanya pada awak.
Adakah awak akan terima saya dalam hidup awak?


Danggggg. Apakah itu? Apakah itu? Tiba-tiba otak rasa macam tidak boleh digest pula dengan apa yang dibaca. Hang. Short. Pengsan. Saya tarik Nurul yang duduk di kerusi sebelah. Saya minta dia baca. Dia pun tidak boleh digest. Rasa macam sangat, sangat, SANGAT tidak percaya. Apa tidak percayanya, lelaki yang Maman tidak marah saya berkawan dengannya, lelaki yang Maman bilang budak baik ini, bertanya adakah saya akan terima dia dalam hidup saya?


Terima apa? Terima bagaimana?


Tolong jangan exaggerate, Hannah. Menyampah orang baca.


I was speechless. But I remained calm. Saya minta abang cyber cafe itu tolong print out email itu. Waktu itu otak terasa tepu. Mungkin harus bawa pulang ke rumah buat analisa baru faham apa sebenarnya yang berlaku.


I did not give Mett an answer. I did not reply that email. Malah saya tidak bertemu dengannya pun dalam masa beberapa hari itu. Handphone pun tidak ada, macam mana hendak berhubung. Saya sibuk dengan kerjaya saya sebagai guru home tuition tidak bertauliah. Mett juga sibuk dengan kerjayanya dalam bidang housekeeping di Federal Hotel, Bukit Bintang. Kami memang teenager yang gigih. Waktu cuti persekolahan sebelum melangkah masuk ke Tingkatan 4 tidak disia-siakan dengan merepek di Twitter atau update status setiap jam di Facebook. Hahaha.


It was only on the 3rd January 2000 that I met Mett. Waktu itu saya baru habis mengajar di rumah adik beradik berbangsa Cina itu. Dan Mett juga baru pulang dari kerja. Malam itu hujan turun gerimis. Namun ia tidak menghalang Mett daripada menanti saya di bawah pokok. Saya tidak tahu pun dia menunggu saya pada malam itu. I was on my way back home apabila saya terdengar nama saya dipanggil. Apabila saya menoleh ke belakang, baru saya perasan Mett sedang menanti saya di bawah pokok itu. Di dalam hujan gerimis.


Saya merapatinya lalu bertanya kenapa. Dia menghulurkan sesuatu kepada saya. Saya nampak sebuah cassette di tangannya. Album terbaru Metallica rupanya. Mett datang untuk meminjamkannya kepada saya seperti yang pernah dijanjikan kepada saya. Saya ucapkan terima kasih. Sebelum berlalu pergi, he asked that question.


Awak dapat email saya?


Dapat.


Macam mana?


Saya senyum. Oh cassette Metallica hanya alasan cover line rupa-rupanya. HAHA. Tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya. Malu pun ada. Segan pun ada. Entah. Pelbagai perasaan wujud di fikiran dengan tidak semena-mena. Bukannya saya tidak pernah ada boyfriend sebelum itu. Tetapi perasaan terhadap Mett berlainan rasanya. Macam mana hendak describe lainnya itu, saya tidak tahu.


Tetapi itulah ceritanya. Cerita bagaimana saya mula menjadi girlfriend-nya. Cerita bagaimana kami memulakan sebuah hubungan steady relationship. We started from merely friends, tetapi siapa sangka cinta telah menyatukan kami. Pada waktu itu memang banyak kecaman yang diterima. Cikgu. Jiran-jiran. Cinta teenagers macam kami, haruslah selalu mendapat tentangan kerana ia bukanlah sweet pun. But guess Allah telah menetapkan jodoh kami seawal itu lagi. Who knows, kan. Hubungan yang semua orang tidak sangka, hubungan yang semua orang ingat cinta monyet macam kawan-kawan sebaya yang lain, berakhir di jinjang pelamin. Alhamdulillah. Saya sendiri tidak sangka.


Berkawan pada tahun 1998. Got into a steady relationship in 2000. Akhirnya kami bertunang pada tahun 2008 dan berkahwin pada 2009. Siapa bilang bercinta lama-lama tidak kekal? Siapa bilang bercinta lama-lama nanti boring? To be honest, selepas berkahwin dengan Mett baru saya betul-betul mengenali siapa dirinya yang sebenarnya. And it is very sweet, really. Rasa seperti masih boleh ingat setiap apa yang terjadi pada hari nikah kami.


Sayalah manusia yang paling bahagia di dunia ini. Dan saya rasa, Mett juga.


Time flies, and here we are. 3rd January 2012. Pada ketika ini saya sudah hampir 3 tahun menjadi isteri Mett. Kami sudah memiliki seorang anak perempuan yang sangat adorable bernama Farimyiesha. Dan insyaAllah we will be parents to two in a couple of months time! Apakah perkara yang lebih membahagiakan daripada ini, kan? Syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang paling best. There is nothing more that we can ask for, kecuali mensyukuri setiap hari yang berlalu di dalam hidup kami. Menguatkan diri mengharungi setiap cabaran yang tiba. Dan sentiasa mengingatkan diri kami betapa indahnya cinta yang kami kongsikan di antara kami ini.


Bukan sahaja cinta yang wujud pada hari ini. Tetapi cinta yang wujud sejak 12 tahun yang lepas.


Siapa sangka akhirnya saya dapat hidup dengan lelaki baik ini. :')

Wednesday, December 28, 2011

Where is the Love?

I am sorry dear readers, it has been quite some time since I last updated this blog. Life has been very hectic these days. Kerja semakin banyak for both Mett and I. Mett sibuk dengan audit, saya pula sibuk dengan calls dan workload yang semakin bertambah. And this means reaching home later every single night. Asal ada masa sahaja kami akan cuba catch up dengan Myiesha. Weekends dipenuhkan dengan masa yang diluangkan bersama keluarga. Pendek kata, memang busy sangat-sangat lewat ini. Saya pun sampai selalu sahaja rindu pada Mett walau setiap malam pun tidur sebantal.


Hari ini pun balik lewat. I left office around 9 plus just now. Agak lewat, but what to do, need to attend a meeting at the office after work. Selepas sehari suntuk menjawab calls, ada meeting pula. Selesai meeting, hari pun sudah malam. While tidying up to leave for home, my colleague Boe asked me this.


Jane! Husband ambil ke?


Saya menggeleng. Tak ah. Balik naik bas lah.


Boe laughed. Aik. Dah lewat ni pun naik bas juga ke?


I laughed too. Apa nak buat. Orang dah kahwin macam ni lah nasibnya.


Aku tak nak kahwin awal-awal lah macam ni!


We laughed together. I know Boe was just teasing me. And I was teasing him too.


But then after I left office, sedang saya menunggu bas di tepi Federal Highway yang sudah kurang sibuknya itu, hati saya terdetik. Wow. What am I doing? I am a wife. I am pregnant. It was already 9 plus at night, tersangatlah sunyi menanti bas di tepi jalan begitu, but there I was! Macam magic! Saya gigih menunggu bas, dan naik turun bas. Terimbau kenangan indah suatu ketika dahulu, lebih kurang 4 tahun yang lepas sebelum saya bergelar isteri atau tunang sekalipun, boyfriend saya sangat rajin menjemput saya pulang dari kerja. Everyday without fail. Bukan sahaja everyday without fail, malah sangat jarang lambat pula!


Bayangkan. Dari tempat kerjanya di Kajang, Mett datang ke office saya Jalan Tun HS Lee di area Masjid Jamek pada waktu itu. Then dari sana hantar saya balik ke rumah Maman di Wangsa Melawati. Then dia pulang ke rumah di Cheras. It is like a big round!


Every single day. Not for months, but for years! Tahun berganti tahun sampailah ke hari tayar scooter nya botak. Haha. Eh bukan. Sampailah ke hari kami diijabkabulkan.


Then it stopped!


Macam magic!


Sejak kami berkahwin, I commuted to and back from work via public transport every single day.


Eh, di mana perginya bertahun berhantar dan berambil itu?


Dan yang lebih menghairankan, saya tidak kisah langsung naik turun bas walau jam berapa sekalipun, lebih-lebih lagi dengan perut yang semakin membusung ini sekarang. Kalau time bercinta dahulu, harus saya merajuk tidak ingat dunia!


HAHAHA.


What is this? Apa yang telah terjadi? Adakah ini maksudnya cinta telah pudar atau tidak ada lagi kasih sayang? Kenapa orang bercinta sanggup meredah lautan api, tetapi orang yang sudah berkahwin tidak lagi sanggup apa-apa? Confuse. Confuse. Confuse.


Sebenarnya, ini namanya pengorbanan. Ini namanya tidak membebankan suami dengan apa yang tidak termampu olehnya. Ini namanya rasional. Ini namanya commitment. Yes, this is what married couples do.


In married life, we do things to make things work. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk kemudahan pasangan masing-masing. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan kedua-dua belah pihak. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk memastikan jalan hidup setiap hari adalah yang paling smooth.


Kerana itu apabila Boe mengusik saya tadi saya tidak ambil hati pun. Padahal kalau hendak jadi emosi, memang senang sahaja. Berilah sahaja alasan saya mengandung dan Mett is being cruel. Boleh sahaja. Tetapi tidak, macam saya katakan, saya tidak ambil hati pun, because it is not anymore a priority. Bagi saya lebih baik Mett ambil Myiesha. Then tunggu saya di bus stop Plaza OUG. Tidak membebankan dia kena redah jam datang ke Petaling Jaya, dan tidak juga membebankan koceknya apabila expenses untuk fuel lari. Ini lebih mudah. This is what I meant when I say, untuk memastikan jalan hidup setiap hari adalah yang paling smooth.


This is the priority. Bukan lagi untuk bermanja-manja, but to make things work.


Entry ini mengingatkan saya betapa sebelum berkahwin saya selalu tertanya-tanya, kenapa married couples bukan seperti dating couples. Why are they less romantic? Why do they seem less caring? Why are they less loving? Tetapi pada hari ini saya sudah dapat menjawab soalan saya sendiri. Ia bukannya less romantic, less caring atau less loving. Semua ini terjadi kerana terlampau loving sebenarnya. Terlampau sayang sampai tidak sanggup membebankan pasangan kita. Terlampau sayang sampai kita akan jadi sangat independent. Terlampau sayang sampai kita nampak macam tidak caring.


Orang kata definisi cinta ini sangat subjective. Ya, saya harus akui. Kerana sewaktu saya menulis entry ini pun saya masih tidak percaya apa yang saya tulis, apa yang saya rasa. But this is it. Segala apa yang tuhan jadikan itu sangat perfect dengan lumrah kehidupan manusia itu sendiri.


Allahu Akbar.

Tuesday, December 13, 2011

Alkisah Myiesha, Midnight Movie dan Ombak Rindu





I know it is kind of late for me to write about this, apatah lagi sudah masuk minggu kedua Ombak Rindu ditayangkan di pawagam seluruh tanah air, termasuk yang berdekatan dengan anda. But please do not blame me, blame the tickets instead. Punyalah susah hendak dapat ticket untuk filem ini. Daripada first day it was released sampailah ke hari yang saya hendak tengok. Weekdays, weekends, di mana-mana pun semua penuh. Kalau tidak rajin book awal-awal memang gigit jarilah.


Even weeks before filem ini berada di pawagam, Mak sudah siap-siap telefon saya. Hannah, awal bulan dua belas nanti filem Ombak Rindu keluar. Tolong tengokkan untuk Mak! Ada Aaron Aziz, tu! Ohh! Kalau best bilang Mak, nanti Mak suruh Mahathir download!


Masih terngiang-ngiang rasanya suara Mak di hujung talian. Rasa gembira, teruja, excited segala bercampur baur.


Hahaha. Baiklah, Mak. Disebabkan siang-siang lagi Mak sudah pesan suruh tengok maka gigihlah kami menontonnya.


We finally got a ticket at TGV Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju. Tayangan jam 12.20am Saturday night. Or Sunday morning? Seat pun dua dari hadapan, OK! Sangat gila. Lain semua sold out walaupun pergi beli ticket pada jam 5 petang. But since it was a weekend, so fikir tidak mengapalah. And we can also leave Myiesha at Maman's home since it is already late. Tidaklah Myiesha rasa kehilangan sangat kalau kami menghilangkan diri selama beberapa jam tatkala dia sedang tidur.


So setelah menidurkan Myiesha around 10pm that night, dengan saya sekali tertidur, I got up at 11.45pm took a shower and left for Wangsa Walk Mall. Serious sudah lama tidak keluar tengah malam begini. Kalau keluar dari siang sampai ke tengah malam itu ada juga. Ini tengah malam baru hendak keluar, memang sudah lama tidak buat. Tengokkan car park yang agak full, dan couples yang semuanya sama-sama hendak menonton midnight movie tiba-tiba membuatkan saya rasa macam dating couple. Hehe.


If you ask me about Ombak Rindu, I would have to admit that it has been years since I last read the novel. Lama juga. Dan saya sememangnya sengaja mahu menonton filem ini dengan ingatan yang sedikit berkarat terhadap novel itu untuk mengelakkan daripada terlalu membandingkan filem itu dengan novel, yang rasanya ramai orang lakukan sebab kisah novel itu masih sangat segar di dalam ingatan. So saya cuba untuk menonton filem ini dengan penuh perasaan. But seems like it is not so good as a film.


No offence, ya. Tetapi saya rasa ada Cerekarama di TV3 yang lebih best daripada filem ini. Lebih menyentuh perasaan. Lebih menyayat hati. I was all prepared to cry during the movie, but I did not. Sadly.


HJ is certainly not a movie review writer so saya tidak dapat tulis dengan lebih detail tentang sinematografi and such. But I only give 5/10 lah. It is undeniably a good story. Tetapi macam ada benda lacking. I do not know what, tetapi macam tidak cukup padat.


Maya Karin looks old for a budak kampung yang naive.


Lisa Surihani is good, tetapi watak dia bukan watak jahat. Watak baik juga, yang in the end dia mengundur diri, which is tidak best lah sebab patut kalau Maya Karin sudah jadi watak baik, haruslah Lisa jadi watak jahat. Hahaha.


But Azizah Mahzan is great lah, as Hariz's mother. Ha dia memang betul-betul jahat. Hahaha suka betul aku dengan watak jahat! :P


Others are OK. Zaidi Omar memang bagus. So is Normah Damanhuri. Bront Palarae pun! Tapi cerita dia tidak cukup Umpph. Guess most people hope for more sebab novel dia best gila. Meruntun perasaan apabila membacanya. I think I also cried when I read the novel.


Oh, and Mett bilang Aaron Aziz tidak cukup jahat at first. Kalau kasi watak itu pada Johan Asari mesti best jadinya macam keselambaan kejahatan Aril dalam series Cinta Elysa. Kahkahkah! Ohh Cinta Elysa is tonight! :D


So this is why I only give 5/10. Rasa macam jauh daripada menepati expectations.


So selepas menonton midnight movie seperti orang muda, kami pergi supper sebentar since there was no call or text message from my sister. Bermakna Myiesha tidak bangun, tidak menangis dan tidak meragam. We headed to NZ Curry House, Wangsa Maju. Mett pekena roti canai telur, whereas I had Char Kuey Teow.


Sewaktu hendak habis makan, we got this message on Mett's Facebook page.



Supper! — at NZ curry house wangsa maju.
· · Sunday at 2:59am via BlackBerry ·



Tanpa sempat minum air dan lap mulut, kami terus bergegas pulang to Maman's home which is just 2 minutes drive away. Sepanjang jalan hati saya dupdapdupdap. Rasa kasihan sangat pada Myiesha. Mesti dia asyik bilang, Nak Mummy! Nak Mummyyyyyyy..!


T_T


Alah kesiannya Myiesha!


The moment we reached home, Myiesha sedang menangis tersedu-sedu didukung adik saya. Alah kesiannya dia. I thanked both my sister and my brother, took her upstairs, letak dia di atas katil and she stopped crying. Buat seketika Mett dan saya duduk menghadapnya tanpa sepatah kata. Kami berdua pandang Myiesha. Lama. Myiesha pun pandang kami. Kelakar betul. Agaknya Myiesha bilang, Weh kenapa dengan mak bapak aku ni? Rasa serba salah ke? Hahaha.


Kasih sayang ibu dan ayah terhadap seorang anak memang tidak ada galang gantinya, kan? :')


Kami sama-sama tidur pada jam 4 pagi and woke up at 12 in the afternoon. Gila best. Memang tidak malu sangat tidur di rumah Maman dan bangun ketika matahari sudah tegak di atas kepala. Hahaha.


And guess what, akibat menonton midnight movie setelah sekian lama, Mett dan saya masing-masing jetlag sehari dua lamanya. Asyik mengantuk sahaja. Agaknya sudah tidak ada stamina untuk keluar ber-dating pada tengah malam lagi. Stamina sekarang hanya untuk bekerja, menguruskan rumahtangga dan menjaga anak pada tengah malam sahaja. Heheh. We really are getting old!


Before I end today's entry, I went to Fina's workplace for a 1-day part time job buat kerja ringan lipat-lipat surat yesterday, since I am not working due to the Sultan Selangor's Birthday Public Holiday, and we really had a good time catching up stories with each other. Apa yang lebih indah daripada lepak dengan kawan baik sejak 11 tahun lalu dan bercerita non-stop, kan?


I miss you, babe!




Thursday, December 08, 2011

Rezeki Anak-Anak

It has been a challenging week. Saya rasa penat sangat seminggu dua ini. Exhausted, to be exact. Saya kerja balik lewat. Mett pun kerja balik lewat. Tambah lagi dengan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan seminggu ini. This time's pregnancy has been very challenging. First trimester asyik pening-pening pitam-pitam. Selepas itu, masuk hospital because of severe migraine yang tidak pernah dialami sepanjang hayat.


Now asyik sakit-sakit badan. Dari leher. Ke tengkuk. Ke bahu. Ke belakang badan. Ke atas perut. Ke bahagian perut. Ke bahagian bawah perut, tulang pelvic. Dan kaki pun selalu sahaja cramp.


Pendek kata, satu badan sakit. Everyday. Duduk tidak kena. Baring tidak kena. Berdiri tidak kena. Berjalan tidak kena. Huhu.


Namun dalam macam-macam ini, saya rasa sangat bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik. Selera makan yang tidak berkurang. Kudrat untuk meneruskan kehidupan seharian menggunakan tulang empat kerat ini. Saya melihat semua ini sebagai mainan psychology semata-mata. Kalau saya ikutkan hati, ikutkan perasaan, memang sebenarnya satu benda pun tidak boleh buat. Tetapi saya kuatkan diri. Bak kata Mett, Cekal lah, Sayang. So saya pun cekalkan diri. Cuba untuk buat-buat tidak rasa apa-apa langsung walau whole body is aching.


Dan dalam macam-macam ini juga saya sangat bersyukur kerana rezeki melimpah ruah. Tentang career saya yang berkembang ini, saya sudah selesai training dengan trainer dari Singapore minggu lepas dan insyaAllah minggu ini akan mula melaksanakan task baru, di samping kerja seharian saya menghadap customers gila. Kini selain menghadap customers gila, saya juga perlu menghadap colleagues saya, yang kebanyakannya lebih senior daripada saya. Tetapi mereka tidak gila, Alhamdulillah. Hahaha. What do I do now? I coach them. Wee..~ Macam coach team bola Manchester United sahaja, kan? Hehehe.


Saya dan Team Leader saya - Yaso, telah dilantik sebagai Call Coach. Yaso memang sudah lama buat kerja ini, cumanya tidak pernah dapat melaksanakan sepenuhnya kerana kekangan masa dan tenaga. So I am chosen to assist her. Bukanlah untuk mengurangkan bebanannya, but to work together, hand in hand. Kami akan mendengar call records, evaluate them, dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan call agent, seorang demi seorang, untuk membincangkan apa yang boleh dipertingkatkan dari sini. Seperti cermin, selagi kita tidak melihatnya, kita tidak nampak di manakah cela kita. Begitu juga dengan call records ini. Selagi kita tidak mendengar sendiri, kita tidak tahu di mana kekhilafan kita.


Even I myself was so surprised when I first heard my own call records! Saya sangkakan saya OK. Saya sangkakan saya sudah cukup lembut. Cukup bersopan. Cukup bertatasusila. Tetapi tidak. Apabila setiap hari disogokkan dengan customers gila yang pelbagai ragam, kita semakin menjadi semakin lali. Semakin kebas. Semakin kebal. Semakin kalis. Dan semakin kalisnya hati ini terhadap pekikan customers, semakin hilanglah ketulusan kita untuk melayan mereka.


This is what I discover. And this is what needs to be mended for the sake of our good name as a Customer Service Personnel. For the good name of the Call Center. And for the good image of the company as a whole.


Jadi inilah task saya sekarang. To coach them. Untuk mengingatkan mereka cara yang bersopan untuk bercakap dengan customers - penggunaan kata yang sesuai, dan penggunaan ayat yang betul. Untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya kesabaran dalam menghadapi karenah customers. Untuk mengembalikan satu aura positive di dalam Call Center ini. Untuk menyedarkan mereka bahawa kerjaya ini bukanlah hanya satu pekerjaan datang pagi balik petang, asal semua kerja siap, jadilah. Tidak. This is about Customer Service. This is about serving the customers. This is about passion. Saya percaya, dalam apa-apa kerja sekalipun, pasti tidak puas kalau kita kerja hanya kerana gaji pada hujung bulan. Seharusnya setiap hari datang kerja pun dengan rasa gembira, dengan rasa bersemangat dan dengan sepenuh hati. Barulah setiap hari itu rasa berharga.


This is really something new to me dan sememangnya saya sangat nervous untuk start buat task ini. Almost 2 years working here, with a total of almost 6 years of working experience, saya tidak pernah melakukan kerja coaching dan training ini. Selama ini hanya buat kerja sendiri sahaja. Tetapi Alhamdulillah mungkin Allah telah katakan, OK Hannah it is time you do this. Saya anggap ini rezeki anak-anak. Rezeki Myiesha dan Farris. Dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya anggap ini satu langkah besar di dalam career saya, yang mana finally saya dapat juga buat sesuatu yang saya suka. You just know lah how much I love sharing my knowledge and experience here in my blog. Therefore I hope I can do the same in my career now. To share my knowledge, experience and passion, walau pengalaman yang ada hanya secebis cuma. But I am confident, I will grow as day passes by, and I will be more mature and learn more.


I really hope to do my best in this and give all out. Semoga Allah sentiasa membantu, InsyaAllah.


I think this is one of the sweetest thing that has happened this year, and I am so grateful about it. Alhamdulillah. Dalam banyak perkara yang menguji, Allah sentiasa berikan saya sebab untuk tersenyum dan tertawa. Mungkin inilah balasanNya terhadap segala kesabaran saya selama ini. Blog ini mungkin bukan saksi segalanya. Dan biarlah segala apa yang terjadi tinggal rahsia antara saya, Allah, dan keluarga kecil saya. I just hope next year will be a good year for my small family and I. Semoga saya akan menjadi lebih kuat, lebih tabah dan lebih berjaya lagi.


Akan saya mulakan hari esok dengan senyuman. Akan saya mulakan hari esok dengan keazaman. Akan saya mulakan hari esok dengan seribu satu langkah kecekalan. Walau esok bukan New Year, I treat it as a rehearsal. Rehearsal untuk menjadi seseorang yang lebih baik. InsyaAllah.


Welcome aboard, Hannah. You are now the Call Coach for the Call Center. The Call Center for Malaysia. Congratulations.

Monday, December 05, 2011

Hola December!

Hola December! Lamanya saya tidak update blog. Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga semua orang baik-baik sahaja. Saya pun baik, Alhamdulillah. 24 weeks already. Farris sangat lasak. Tendang kuat bukan main. Kadang-kadang rasa mungkin akan terkoyak sahaja perut tengok kaki dia terkeluar kat pusat. Hahaha.


As for Myiesha, budak kecil itu semakin membesar dengan bijak. Ya Allah, tidak menang tangan melayannya sekarang. Lasak bukan main. Bukan sahaja lasak daripada segi pergerakan, percakapan pun iya. Macam semalam kami pergi Sunway Pyramid, bukan main lagi dia lari dari hujung ke hujung. Then tolak stroller dengan penuh excited pula entah sampai ke ceruk mana. Sekali kena senyum dengan mat bangla cleaner, terus dia tinggalkan stroller tengah-tengah, lari lintang pukang cari saya, pekik Mummyyyy!


Tidak cukup dengan itu, selepas itu boring-boring, tiba-tiba dia nyanyi kuat-kuat pula.


PAPAKU PULANG DARI KOTAAAAA!
PAPAKU BELIKAN KERETAAAAA!
KERETA KECIL WARNA MERAHHHH!
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAHHHHHH!


PON PON PON PON PON PON PON PON PONNNNN..~


Kuat, tahu! Macam tertelan speaker. Kami suami isteri hanya mampu tergelak sahaja. Tidak mampu buat apa lagi pun iya. Terasa kelakar menggeletek perasaan pun iya juga.


Tetapi selasak-lasak Myiesha, dia sangat pandai ambil hati kami. Kami tidak pernah dapat rasa penat atau annoyed melayan karenahnya kerana dia kini pandai sangat menyakat. My favorite is, of course, apabila dia ambil sesuatu dan sorokkan di belakang badannya. Then dengan penuh cheeky dia bilang, Takleh!


Or sometimes apabila kami suami isteri berbual di dalam kereta, dengan tidak tersangka dia akan menyampuk, Untunglahhh!


Thanks to her Mak Su, yang telah mengajarnya perkataan yang bukan-bukan ini. Haha.


Or macam tadi, dia makan nasi ayam di KFC. Kami kasi dia spoon. Mula-mula dia makan baik-baik. Then dia main-main. Last-last dia benamkan mukanya dalam mangkuk nasi itu dan pakai lidah untuk ambil nasi itu masuk ke dalam mulut. Macam kucing. Hahaha. Then apabila Mett hendak suap dia baik-baik, dia tutup muka dengan kedua-dua telapak tangan.


Comel gila. Hendak marah pun tidak jadi marah. Paling selalu pun cubit pipi dia kuat-kuat dan bilang, Mummy loves you so much, you know!


Buah hati pengarang jantung kami. Dialah racun, dialah penawar.


Pejam celik pejam celik, we have now reach December. How time flies. Usia perkahwinan sudah hampir masuk 3 tahun. Usia Myiesha sudah hampir masuk 2 tahun. Dan usia saya? Usia saya tidak perlu ceritalah, ya. Hahaha. Never thought that I will live this long. I am now in my late 20s. Dahulu time sekolah ingatkan hidup hanya sampai di situ sahaja, tidak akan membesar lagi. Tidak pernah menjangka akan mendewasa begini, berkahwin dan memiliki anak-anak sendiri.


Now I cannot imagine anak-anak membesar, berkahwin dan ada cucu-cucu pula.


Hahaha merepek.


So what have I done this year? I first wanted to say that I think this year is just ordinary, with no exceptional achievements. But then as I write, I think there are just so many things that have happened. Suka duka. Senang susah. Rain and shine. Dalam banyaknya cabaran, selalu sahaja terselit kegembiraan dan kebahagiaan yang selalu membuatkan hati ini bersyukur dan minda ini beringat. Alhamdulillah. Tidak ada perkara lain yang dapat saya lakukan melainkan bersyukur kepada Allah di atas segala rahmat dan kasih sayangNya yang tidak terhingga. It has been a great year so far, and I hope next year will be better for my small family and I. And also for all of you too.


I want to write a flashback entry on this year, dan juga tentang azam saya untuk tahun hadapan, but guess I would have to wait for December to end first. So I will just leave you here for now. I hope to complete several request entries and write more random stuffs about myself and my life before the year ends. InsyaAllah.


Have a great Monday, everyone! No Monday blues, OK. Must start rehearsal for next year's new year resolution. Hehe. ;)

Tuesday, November 22, 2011

Cara Kekalkan Kemesraan Dalam Perkahwinan

Good morning everyone! Happy Tuesday! :D


First of all, lots of apology to this very special anonymous kerana lambat tuliskan entry ini. I have one request yang telah diminta pada pagi Jumaat yang lepas, but had been very, very busy throughout last week and the weekend. Semalam pun. So I wake up at 3.30am today just to write this for you. Hope ada idea pagi-pagi ini dalam kengantukan mata. Hehe.


OK, so this is the request.


Hi HJ! Nak request topic kat blog boleh? Topic 'Macam mana nak kekalkan kemesraan seperti baru lepas kahwin and macam mana nak fikir positif selalu'.


Such an interesting topic. Thank you! Rasanya ramai juga yang ada persoalan begini, kan. Having to be married for years, ada anak, ada rumahtangga, ada pelbagai masalah untuk diselesaikan, membuatkan ada masanya hidup terasa hambar. Kalau dahulu setiap kali dating, setiap kali jumpa rasa teruja. Kini setiap hari jumpa, boleh tidur sama-sama tidak ada orang marah pun terasa hambar.


Kenapa?


Before I elaborate further, I would like to tell a story about a youngster who was in love. Namanya pun HJ, but 7 years ago. Hehe. Back in 2004. I was 20 years old then. In college. And madly in love with Mett. Tanya sahaja kawan-kawan sekolah, kawan-kawan college dan kawan-kawan mana pun yang mengenali kami. Semua orang sedia maklum the love birds adalah Hannah dan Mett. Di mana ada Hannah, di situ ada Mett. Kami seperti belangkas, nothing could separate us.


At that time we were busy with classes and studies, tetapi ia tidak pernah menghalang kami bertemu every weekend. We go out almost every weekend. Setiap minggu pasti ada alasan yang diberikan kepada Daddy untuk keluar bertemu Mett. Ada movie baru release di cinema, mesti tengok. Or hendak beli baju baru. Or lecturer suruh beli buku. Or sandal favorite sudah putus. Ada sahaja alasan untuk keluar ke mall. Padahal motive utamanya adalah untuk pergi dating. :P


And every dating day was always a special day for me. I will wake up early. Mandi wangi-wangi. Iron baju licin-licin. Make up cantik-cantik.


Kalau dia lambat, tunggu lama sedikit pun tidak apa.


Kalau ada yang tidak kena, hendak merajuk lama sedikit pun terasa sayang.


Sepanjang waktu dating itu semuanya indah. Makan sama-sama. Tengok movie. Jalan-jalan. Dunia bagaikan ana yang punya!


Sampai waktu petang, balik rumah. Belum 5 minit sampai rumah, sudah ada text message masuk. I miss you lah. Auww! Terus hempas badan ke katil. Call dia. Gayut-gayut-gayut like there is no tomorrow. Padahal baru sahaja spend 8 hours or so bersama-sama. Itupun rasa tidak puas-puas.


Indah gila, kan? That is my dating story.


Dan begitulah seterusnya. Setiap minggu pasti akan tunggu hari Sabtu tiba. Pasti akan tunggu waktu untuk diluangkan bersama. Penat dating, rasa macam, Kan best kalau kahwin! Tidak perlu lagi tunggu Saturday datang. Tidak perlu lagi kasi reason macam-macam pada Daddy untuk keluar.


Tetapi selepas berkahwin, kenapa rasanya tidak se-best dating? Padahal boleh jumpa setiap hari. Boleh duduk serumah. Boleh makan sepinggan. Boleh tidur sebantal. Tidak ada sesiapa pun hendak marah. Dapat pahala lagi ada!


But guess life as a wife tidak seindah mimpi. Mungkin kerana commitments. Mungkin kerana dugaan berkahwin. Mungkin kerana macam-macam masalah yang dihadapi selepas berkahwin. Married life tidaklah selamanya indah. Macam hidup biasa ada juga ups and downs nya. Ada masanya rasa best, ada masanya rasa tidak best. Bukanlah saya hendak kata married life adalah tidak best, cumanya hidup lebih kepada realiti. Time dating dahulunya life bukannya 24/7 dikongsikan bersama. Only part of it. Apabila rasa susah, rasa sukar, rasa sedih, it only comes for a while. Nanti apabila habis dating, pulang ke rumah family, masalah itu sedikit sebanyak hilang.


Now that we are married, like it or not, harus hadapinya. Ada masalah besar macam mana pun harus selesaikannya. Marah macam mana pun pada pasangan, harus hadapinya. That is why I said, hidup lebih kepada realiti. Tidak suka macam mana pun, have to work it out sampai menjadi. Kalau time dating dahulu, tidak suka, marah, kecewa, senang sahaja lepaskan. Break off. Setahun dua. Kalau suka, kalau ada jodoh, nanti berbaik, boleh kahwin. Sekarang ini hendak buat apapun kena fikir pasal marriage, fikir pasal family, fikir pasal anak. Banyak yang kena fikir.


That is why marriage is only for adults. Youngsters yang sedang ber-dating itu, enjoy your dating life. Nanti apabila berkahwin, banyak sangat commitment yang menanti kamu. Please do not crack your head before the time comes. Enjoy life! :)


OK, berbalik kepada topik, I would have to admit, yes ada masanya life terasa hambar. Life terasa boring. Life terasa tidak best. Semuanya kerana realiti kehidupan itulah. So macam mana hendak jadikannya best? Macam mana hendak spice up kasi se-thrill zaman ber-dating dahulu?




Have a Special Day in a Week.


Kalau sewaktu ber-dating dahulu, walau setiap hari busy dengan classes and studies, sempat bergayut di telefon, ada masanya sempat curi time bertemu keluar makan. But the special day, of course lah pada hari Sabtu. Like I said earlier, hari Sabtu lah hari yang saya akan all out. Wear my best clothes and look my best to spend time with Mett. Jadi kalau boleh, dalam perkahwinan, adakan juga satu hari yang istimewa setiap minggu. A day that we look forward to. Sebab setiap hari sudah routine harian yang biasa. Pergi kerja, balik rumah, masak, layan anak, kemas rumah, tidur. Rasanya dalam seminggu itu kitalah yang paling selekeh. Kitalah yang paling penat. Kitalah yang paling jadi Superwoman or Supermom.


So make one special day when you prepare everything in advance. Contoh masak dan kemas segala one day before, or in advance, and spend time with your loved one. Rasanya kalau kita orang Melayu, we tend to choose malam Jumaat, kan? So make that day a special day yang mana kalau sudah lama tidak mandi sama-sama, take time to spend time together in the bathtub. Kalau rasanya sudah banyak hari asyik terlajak terbongkang di hadapan TV, take time to dress up and make that a special night. Kalau rasanya sudah banyak hari asyik monyok moody di hadapan husband kerana penat dan terasa selekeh dengan segala kerja rumah, make that day hari yang anda paling energetic dan active.


Create a good mood. Release good aura. Love more. Hug more. Kiss more. Kalau dapat make a point to hug and kiss each other every single day adalah lebih baik. Like 5 minutes before leaving from home to work every morning. Macam pernah dengar orang bilang boleh panjangkan hayat, kan? I do this every morning. Sudah siap pakai cantik-cantik, sebelum keluar pintu rumah, peluk dan cium suami sebelum pergi kerja. Sempat pula gurau-gurau manja. Feel good sangat-sangat! Rasa happy, rasa best, rasa seronok. Monday blues pun hilang, percayalah! :D


Time itu haruslah Myiesha merengek jealous. Then peluk cium Myiesha pula yang berbau masam belum mandi, rambut kusut toing-toing. Lagilah rasa heaven. Starting the day with this heavenly feeling really helps in making your day. Apalah lagi yang lebih indah daripada bangun pagi, solat Subuh dan selepas itu berpelukan pula dengan insan-insan yang paling disayangi di dunia ini.


Ia merupakan nikmat kurniaan Allah yang sangat tidak ada tandingannya!


Then selepas itu mulalah anda akan baca tweet saya tentang betapa saya rindu suami dan anak saya walau setiap hari berjumpa. Entah kenapa semakin selalu berkasih sayang, semakin rindu jadinya. Addictive, kot? Hehe.




Remember Those Special Days.


After getting married, during tough times, I like to be alone in the room and open up my secret box. Saya rasa semua orang pun mesti ada kotak ini, kan? Kotak yang jarang dibuka, atasnya penuh berhabuk, tersorok entah di dalam almari, ceruk mana, atau bawah katil, yang hanya dibuka kadang-kadang. Apa isinya? Walau sangat jarang dibuka, especially now, isinya tetap berharga. Because it contains memories that can never be forgotten, sehingga ke akhir hayat.


It contains love letters sewaktu bercinta dahulu. Old photos. Cards. Saya ada macam-macam cards, OK. Mett bukanlah seorang yang romantik, tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh ada Valentine's Day cards, Birthday cards, Good Luck cards during exams. Kad raya setiap tahun sejak kami berkawan in year 1999 pun ada, tahu! Auw! Comel gila tengok writing dia, tengok apa dia tulis. Time itu tulis pun entah apa-apa sahaja topiknya. Walau setiap hari bertemu pun, dalam kad tetap hendak tulis, Hai, apa khabar? Diharap awak sentiasa sihat-sihat hendaknya.


Pengaruh ajaran guru Bahasa Melayu sangat kuat kot, pada waktu itu. Hehehe.


This secret box always cure my broken heart. Walau betapa sukarnya keadaan pada waktu itu, walau betapa saya emosi, kotak ini selalu menyedarkan saya betapa kami telah melalui terlalu banyak saat yang mengembirakan. Terlalu banyak waktu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Daripada waktu cinta terhalang sewaktu zaman remaja, sampailah ke perkara-perkara yang lebih serious sewaktu bertunang, berkahwin dan kini beranak-pinak, kami telah berjaya mengharunginya. It has been more than 10 years now. More than 10 years berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kalau selama ini kami dapat mengharunginya, why not now?


Surat, kad, dan gambar-gambar bersama ini selalu mengingatkan saya that this is the guy yang terlalu mencintai saya sejak 10 tahun lalu, dan inilah juga lelaki yang telah ditakdirkan sebagai suami saya pada waktu ini. Seharusnya saya mensyukuri segala nikmat yang ada, segala anugerah Allah ini. Bukan semua orang dapat bercinta lama-lama dan berkahwin dengan high-school sweetheart. Then dikurniakan pula anak-anak yang comel-comel begini. I should be more grateful. Hidup ini memang penuh dengan cabaran, tetapi rasanya kalau kita luangkan lebih banyak masa mensyukuri dan mengingati waktu-waktu yang indah, life will be more meaningful.


So when you are sad, when you are down, apabila hidup terasa hambar, apabila marriage terasa tidak best, apabila rutin terasa sangat boring, bukalah kembali secret box anda and remind yourself how much happy times that both of you have gone through together. Tonton kembali CD nikah anda and ask yourself betapa gembiranya anda pada waktu itu. I always laugh myself apabila tengok balik CD nikah. Apabila tengok balik gambar-gambar tunang. Apabila baca balik setiap entry di column All Time Favorites! di sidebar blog ini. Sesungguhnya hidup ini sangat dipenuhi dengan perkara-perkara yang mengembirakan.


Jangan biarkan satu perkara yang tidak best itu menutup mata anda terhadap banyaknya perkara best yang berlaku dalam hidup anda sebelum itu. Jadilah manusia yang bersyukur.




Remember the Good Things He Does.


Sebelum saya berkahwin, orang selalu bilang, selepas berkahwin barulah kita kenal suami kita. No matter how long we know him. No matter how deep we know him. Kenapa? Sebab berapa lamalah sangat time yang kita spend together sewaktu ber-dating. It is obviously different than living together. Spending time together is like 8-15 hours a day? But living together is being with him 24 hours a day. 7 days a week. 31 days a month. 365 days a year. For 10 years. 20 years. Sampai mati!


And it is true. Having to know Mett for many, many years, first month berkahwin dengannya pun terasa seperti culture shock! Hahaha!


Dan benar juga, apabila berkahwin barulah kita kenal suami kita. Baru kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka. Apa perangai sebenar dia. Dan suami kita pun baru kenal kita. It is like a whole new orientation session altogether. Sesi suai kenal. Selama ini memang belum kenal.


And one thing yang hanya akan diketahui selepas berkahwin adalah adakah pasangan kita seorang yang boleh diharap atau tidak.


Sebab itu anda pernah dengar cerita tentang couples sebelum kahwin bukan main berambil berhantar. Selepas kahwin, pergi balik kerja sendiri naik bas. Ohh terasa sendiri pula! Kahkahkah! Or sebelum berkahwin rajin kasi bunga, rajin buat handmade cards, rajin this and that, selepas berkahwin semuanya hilang!


Orang tua-tua selalu bilang, Yelah, belum dapat! Cuba kalau sudah dapat.


As for me, I believe that dating life adalah sangat fake. Apabila sudah berkahwin, when you discover yang dia sebenarnya tidak willing untuk berbuat semua itu, itulah perangai dia yang sebenar, yang anda kena hadap sampai bila-bila.


Sounds scary? No lah, it is not that scary. Like I said before, married life is more to commitment. So anggap sahajalah itu saat-saat indah sewaktu bercinta yang hanya mampu disimpan sebagai kenangan terindah dalam lipatan hati. Simpankan sahaja dalam secret box anda untuk tatapan pada waktu-waktu air mata mencurah seperti air terjun. Cewah, puitis sungguh ayat HJ pada pagi-pagi buta ini. Hehehe.


BUT. There is a big BUT here. Jangan lupa. Pengorbanan seorang suami selepas berkahwin adalah tersangatlah besar, tidak ada tandingannya kalau hendak dibandingkan dengan segala handmade cards daripada recycled paper yang selalu membuatkan anda terharu itu. Walau dalam perkahwinan ada masanya anda rasa tidak best sebab suami tinggi suara. Suami tidak share part menjaga anak. Suami seperti dingin dengan anda. Suami lebih pentingkan outdoor activities daripada anda. Suami macam tidak semesra waktu dating dahulu. Jangan cepat melatah. Atau dalam bahasa kita zaman sekarang, jangan cepat tersentap. Hahaha.


I would have to admit that I also always forget this part. Kita selalu fikir penat kita. Letih kita. Mengantuk kita. Mengamuk kita. Pemberontakan hati kita. Pendek kata, pengorbanan kita. Tetapi pernahkah kita ingat pengorbanan mereka?


Sometimes apabila saya duduk sendiri, or apabila Mett sudah tidur macam apabila saya tiba-tiba tersedar di pagi hari begini, saya selalu tatap muka dia and ask myself what has he done for me today. Sesungguhnya dalam menjadi suami, tanggungjawabnya adalah sangat berat. Starting from kepeningan kepalanya setiap hari memikirkan family expenses, sampailah ke perkara paling simple like sending me to the bus stop every morning or tolong saya jemur kain setiap kali saya keluar dari bathroom bawa baldi penuh kain lalu memeluknya dan bilang, Sayang, hadiah! Saya tidak boleh ambil mudah.


I have to realize hidupnya bukan selamanya dengan saya dan anak sahaja. Tidak lama lagi, anak-anak! Hehe. He also have siblings to take care of. Parents to take care of. Macam saya, saya berkahwin, saya ikut suami. Daddy is 100% in charge of Maman and my siblings. But as for Mett, tidak. Tanggungjawab masih tertanggung di atas bahunya sebagai anak sulung. Pendek kata, he has more things to think of. Apabila fikir tentang family, dia akan fikir pasal sambung belajar. Dia akan fikir pasal bekerja dengan baik. Tentang naik pangkat. Tentang naik gaji secepat mungkin. Setiap hari dia harus fikir macam mana hendak tingkatkan kualiti keluarga. Macam mana hendak selesaikan masalah yang ada.


As for me, ya saya penat. Saya letih balik kerja kejar bas, masak, layan Myiesha dan kemas rumah, but guess isu saya tidak sekritikal isu suami saya. Saya tidak perlu fikir tentang keperluan Maman. Saya tidak perlu fikir tentang keperluan adik beradik saya. Saya tidak perlu fikir tentang kerja, or naik gaji, or naik pangkat. Kerja bagi saya adalah seperti hobi. Go to work for fun. Most of the time rasa boring, hendak quit jadi housewife. HAHAHA.


That is why saya selalu cuba untuk tidak berkira part membuat kerja-kerja rumah atau menjaga anak. Or question kenapa dia sudah tidak boleh hantar dan ambil saya pergi balik kerja seperti waktu dating dahulu. Because I know he has done so much. Too much, actually. So kalau dia macam kurang melayan kerana terlalu penat bekerja, saya tidak mudah ambil hati. Malah rindu pula yang bertandang di hati. Rasanya those who follow saya via Twitter perasan perkara ini, kan. Asyik-asyik cerita rindu suami. Asyik-asyik rindu suami. Because he is always very busy lately. Balik penat. Tidur mati. Rasa rindu sangat, tahu!


Kalau orang yang tidak sedar akan sacrifice ini sudah tentu akan merungut suami dingin. Suami tidak layan. Suami marah-marah. Dahulu saya pun begitu. Rasa macam diabaikan. Tetapi semakin kita dewasa, kita semakin perlu cari masa untuk berfikir. Jangan terus melatah atau tersentap. Setiap perkara yang berlaku harus ada sebabnya. Dan kalau kita tahu sebabnya, kita tidak akan rasa benci atau marah. Sebaliknya kita akan semakin rasa cinta yang tidak terhingga.




Adore Love Birds.


In being the perfect couple, we always must have couples we adore. Macam sekarang ini pun banyak sangat role model out there. Macam Ustazah Siti Norbahyah and husband in Semanis Kurma. Or the all time favorite, Wardina and husband. Mereka ini sentiasa nampak sweet dan baik sahaja, kan?


As for me, if you ask, of course saya akan mengatakan couple yang paling saya adore is my parents. Ahahaha rasanya semua orang pun akan bilang benda yang sama, kan? :D But really, semakin saya membesar, semakin saya dewasa, apatah lagi apabila saya sudah berkahwin dan beranak ini, semakin saya rasa Maman dan Daddy adalah role model yang paling baik buat saya. Bagi saya, Maman adalah wanita yang paling penyabar. Paling baik. Paling patuh. Paling segala-galanya. And if you know Maman, you will realize that most of the traits I have comes from her. Cara saya cakap, cara saya gelak, tingkah laku saya sangat banyak dipengaruhi olehnya.


Guess inilah yang orang bilang, Ke mana tidak tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Cewah. Hehe.


But it is true. Saya tidak pernah nampak Maman dan Daddy bergaduh. Kalau ada benda yang Maman tidak puas hati sangat pun, dia akan diam sahaja. And let's say they are watching TV upstairs dan Daddy minta Maman ambilkan orange juice atau buatkan hot Milo or gorengkan cucur udang, Maman akan naik turun berulang kali tanpa jemu. Sangat patuh without saying a word. Kalau kita, haruslah pantas sahaja mulut ini bercakap, Nak apa-apa lagi tak? I malas nak naik turun dah ni! or worst still, You ada tangan dan kaki, kan? Pergilah buat sendiri. Kahkahkah.


But Maman tidak. Kalau A kata Daddy, A lah jadinya. Kalau B, B lah. Maman menurut sahaja. Sejak umur saya setahun, Maman adalah seorang housewife sampailah sekarang. And Daddy is the sole breadwinner. Seberapa mana Daddy works hard for the family, sedaya itu jugalah Maman sentiasa mencuba to make everything in the house to be perfect. Kemas rumah perfect. Iron baju perfect. Jaga anak-anak perfect. Setiap hari menjelang waktu Daddy pulang dari kerja, Maman tidak pernah gagal untuk mandi wangi-wangi, berpakaian kemas dan panaskan lauk untuk Daddy makan. Rasanya sepanjang perkahwinan mereka, Daddy tidak pernah makan lauk yang tidak dipanaskan.


Dan tidak pernah sekalipun saya dengar Maman membebel kerana Daddy tidak mahu share part jaga anak. Membebel pun tidak pernah, kot. Daddy pun tidak pernah tukarkan diapers kami adik beradik or mandikan kami. Semuanya Maman buat sendiri. Bersalin c-sect anak empat-empat orang pun semuanya dibuat sendiri.


Tengokkan Maman yang tidak pernah membebel, tidak pernah melatah, dan tidak pernah tinggi suara, sedikit sebanyak selalu memotivasikan saya untuk menjadi isteri yang terbaik juga. Guess it contributes a lot in a happy marriage. Sekarang ini minda kita terlalu banyak disogokkan dengan mentaliti human rights dan equal rights. Guess it is time for us to get back to the conservative way of thinking. Isteri tetap akan menjadi isteri dan suami akan tetap menjadi suami. Walau apa sekalipun yang terjadi, selagi tidak melanggar hukum Allah, isteri wajib patuh. Dan suamilah yang mengemudikan pelayaran sesebuah rumahtangga. After all, syurga adalah di telapak kaki suami. Dan kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kita juga, kan?


So let us follow the example of the love birds dan jadi couple yang paling best sekali. :D




**




Sedar tidak sedar, panjang juga tulis walau hanya ada 4 tips. I still have many more to share, but no worries, akan disambungkan lagi pada lain kali kalau ada idea. Hope Ms. Anonymous kali ini berpuas hati dengan entry ini and hope this helps dalam mengekalkan kemesraan dalam perkahwinan. I myself pun baru berkahwin, terlalu banyak yang perlu dipelajari, hope those yang sudah lebih senior dapat drop comment and share your tips juga!


In short, to be a wife dan kekalkan kemesraan is never easy. It needs hard work from both parties. Tetapi kalau suami terlupa, it is always great if we are the ones to start this first. After all, kita perempuan yang selalunya lebih creative dan happening, kan? Hehe. So make today the first day of the happiest day of your life with your loved ones dan jadikan setiap hari pun hari yang sama gembira.


To end this entry, I would like to share the last sentence of an email sent to me by Mett, on 29th December 1999. The starting of this whole lot of happiness.


This was what he wrote.


"... So saya nak tanya, adakah awak akan terima saya dalam hidup awak?"


Auw. This is no Cinta Muka Buku. But cinta email, kot?


Have a great day! :D