Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label My Baby. Show all posts
Showing posts with label My Baby. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Terrible Twos?

Assalamualaikum, and a very good Sunday morning!


This entry is written on a Sunday morning, selepas bersahur dan bersolat Subuh, tatkala rumah sunyi kerana semua orang ketiduran kembali. I am so sorry sebab sudah lama gila tidak update blog. Life is busy currently. HJ ini asyik cerita life is busy macamlah life dia seorang sahaja yang busy, kan? And one more, HJ ini tidak settle-settle down lagikah? Apa yang nampak hectic sangat itu? Entah-entah sengaja poyo perasan celebrity sahaja ye? HAHAHA.


The truth is, my life is like a roller coaster sekarang. Mula-mula because I have Tihani. Hendak cope dengan rutin hidup daripada anak satu menjadi anak dua. Then hidup saya bertukar lagi dengan keputusan hendak breastfeed Tihani full-time. Haruslah banyak membaca. Masuk FB discussion group (Kumpulan Ibu Menyusukan a.k.a KIM). Setiap hari pun tulis di To-Do List apa yang hendak dibuat. Apa yang hendak dibeli. Apa yang diperlukan. Macam mana hendak manage. So on and so forth. Then start kerja. Wah this is the most challenging part. Start kerja sebagai ibu beranak dua dengan fully breastfeeding lagi haruslah saya ambil masa lebih kurang sebulan juga hendak settle down. Setiap hari kepenatan. Setiap hari stress. Bukan kepenatan atau stress apa, but it is all because of managing. Setiap hari belajar macam mana hendak buat. Dengan badan pun turut sama belajar adapt dengan rutin baru.


Then now apa cerita HJ? Kenapa masih hectic? Oh sekarang cerita baru pula. Kisah Myiesha. Myiesha yang semakin nakal.




I remember some time ago, a colleague pernah tanya saya, berapa umur anak pertama? I said, two years old. Then dia buat muka terkejut. Ohh the terrible twos! Mesti susah hendak handle dia sekarang eh? Mesti dia makin nakal, kan? Mesti tidak dengar kata, kan? Saya buat muka pelik. Susah sangat kah? Bukan saya hendak puji, but Myiesha is just perfect. She is such an angel macam selalu saya gelarkan dia. Tidak banyak karenah. Main, makan, tidur. Biasa sahaja. Kenapa dengan umur dua tahun? Kenapa sampai orang kena gelarkan Terrible Twos? Eh tidak baik, tahu!


Ohh apabila Myiesha menginjak usia 2 tahun setengah ini baru saya nampak perangai Terrible Twos nya. Dan, aduhai penatnya hendak melayan dia! Penat satu hal. Sakit hati lagi. Bengang lagi. Semua adalah. Pada mulanya saya bersabar. But apabila berlaku hari-hari, sesiapa pun akan hilang sabar. I am just a human being, for goodness sake. Sejauh mana sahajalah tahap kesabaran saya. Sampaikan ada masanya saya fikir mujurlah Myiesha ini budak kecil tidak tahu apa-apa. Kalau tidak, boleh sampai tahap anak derhaka mungkin, sebab selalu buat saya menangis!


T_T


Myiesha ini baik. Cuma sekarang dia suka buat perangai. Macam contohnya, I ask her to come to me supaya saya boleh kesatkan mulutnya yang comot makan chocolate. She will take one step closer. Selangkah sahaja. Then dia bilang, Dah! Haruslah saya tidak dapat sampai kepadanya untuk kesatkan mulutnya. So I said again, Myiesha come here. Come to Mummy, Mummy want to wipe your mouth. Then dia ambil selangkah lagi, then bilang Dah! dalam giggles. And this whole thing repeats 3-4 times. By the time dia sudah hendak sampai kepada saya, dia ambil one step back pula, seperti main-main. If I have the time to play with her, then I am always willing to layan dia. But sometimes pada waktu dia main-main begini, saya harus attend to Tihani yang sedang melalak. Or sudah lambat hendak pergi kerja. Or pada waktu malam buta mengantuk macam zombie. Oh, and dia pun suka tidur 12am - 1.30am sekarang, tahu! Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa saya tidak larat sangat hendak tunggu dia tidur every night. So as a result, ada masanya saya akan lari sahaja kepadanya untuk kesatkan mulutnya. Or capai tangan dia drag her to me. Then Myiesha akan feel sad and lari kepada Mett bilang, Abi! Mummy marah Mycha! dalam sedu sedannya.


It is not that I do not want to play with her. But sometimes pada masa yang sama, saya sendiri pun sibuk dengan tugasan lain.


T_T


Cerita about tidur lambat, I have tried everything. Tutup lampu. Tutup TV. Tutup laptop. Keep her toys away. Baring dengan dia, peluk dan tepuk-tepuk. Kadang-kadang minum susu pun sampai 2-3 rounds tetapi tetap tidak mahu tidur. At times, when I feel like nothing is working, saya pula yang tertidur dahulu di sampingnya. Or I will just get up and get some household chores done macam cuci pinggan or kemas bag mereka untuk keesokan harinya. Like the other day, it was 1.30am. Myiesha tidak mahu tidur. Saya sudah penat hendak layan dia. Saya tutup semua lampu, except the kitchen light sebab hendak cuci pinggan. I thought she will eventually sleep. But no. Dia tetap main dengan toys dia dalam kegelapan malam. Dia main masak-masak. Dia naik kereta dia vroom sana sini. Then she stopped behind me in the kitchen. Ya Allah, terkejut Mak! Then after that dia vroom lagi sana sini sambil nyanyi lagu Air pasang dalam surut pukul lima. Haaaaaa lagilah meremang bulu roma aku tengah-tengah malam oi! Mulalah macam-macam scene cerita hantu muncul di fikiran. HAHA.


T_T


Kemuncak perangai dia yang macam-macam ini adalah perangai dia yang suka buat sesuatu sendiri. Like the other day, if you follow me on Twitter, saya ada terkecil hati sangat sangat dengan Myiesha. Ingat kah? Ceritanya, we were at Mak's place. Mak is my mother in-law. On that day, tiba-tiba semua benda Myiesha hendak buat sendiri. Hendak ambil air sendiri. Hendak makan sendiri. Hendak pergi toilet cuci tangan sendiri. Most of the time, I will do it for her, or assist her out, especially benda-benda yang agak dangerous macam pergi toilet cuci tangan sendiri. Yelah nanti terjatuh tergolek ke apa, kan. But suddenly on that day, dia macam cranky. Dia macam insists to do everything on her own. As a result, apabila cuci tangan di toilet, seluarnya basah terkena tempias air. Apabila tuang air ke gelas, air tumpah. And makan sendiri pun asyik main-main, tidak habis. When I offered to feed her, she refused. Then after that dia asyik merengek sebab lapar. Saya daripada cool dan Ok, jadi bengang sebab semua tidak kena. Then tiba-tiba Mak bilang, Kat sini Mak memang biar Myiesha buat semua sendiri supaya dia pandai.


Saya terus masuk bilik and cried my heart out. I cried and cried and cried entah berapa lama sampai mata bengkak. Saya bukannya marahkan Myiesha atau salahkan Mak. Tidak. Tetapi saya salahkan diri sendiri. I suddenly feel like a loser. Dalam masa beberapa tahun membesarkan Myiesha ini, saya tiba-tiba sedar saya memang ibunya. Saya memang orang yang melahirkannya. But having to be a working mother, I am not the person who takes care of her. My life is not fully-dedicated to her. Most of the time, saya bekerja. Jumpa dia pun hanya malam cuma. Hanya beberapa jam cuma. When she sleeps early, saya rasa ralat tidak dapat spend time dengan dia. Apabila dia tidur lewat jam 12am - 1.30am, saya marah-marah pula sebab saya pun penat dan perlu tidur to rest before the next working day comes. Dalam 2 tahun lebih ini, saya tiba-tiba sedar yang saya bukan orang yang membesarkan anak-anak saya. It is someone else. Walau bagaimana saya hendak besarkan mereka ikut cara saya, mereka tetap akan ikut cara orang lain. Cara orang yang menjaga dan mengasuh mereka sepanjang ketiadaan saya.


I suddenly feel like I cannot say anything no matter what my girls do. Saya tiba-tiba rasa macam saya boleh nampak mereka membesar, and one day they will blame me for what they do. Mereka boleh jadi rebellious dan bilang mereka jadi begitu because I was never there for them. Saya asyik bekerja. Balik penat. Then marah-marah.


I have become a bad mother!


Ok saya sedang menangis ketika type benda ini.


T_T


I believe all mothers love their children. Regardless mereka full-time housewives. Full-time working. Or full-time studying. Saya percaya walau betapa jauh pun kita dengan anak-anak kita, tidak kira dari segi tempat atau masa, kita sentiasa hendakkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kalau tidak, kenapa kita all out habiskan banyak masa di luar mencari rezeki? Kalau tidak, kenapa kita sanggup beli breastpump berharga beratus atau beribu ringgit semata-mata to pump milk at work? Kalau tidak, kenapa kita sanggup bersengkang mata siang dan malam demi untuk juggle hidup as a working person, a wife and a mother? Semuanya haruslah kerana kita hendakkan yang terbaik untuk mereka. Kita mahu anak-anak kita hidup senang dan gembira. Kita hendakkan anak-anak kita dapat yang terbaik. Kita mahu hidup anak-anak kita lebih baik daripada kita.


But when this happens, I somehow feel that salahkah saya buat begini? Adakah kemungkinan yang satu hari nanti Myiesha, Tihani, dan adik-adik mereka akan bilang, Mummy, we do not want anything. We do not want nice clothes. We do not want a good life. We just want you to be with us more than anything in the world. But you were never there for us.


Salahkah saya?


Kerana itu manusia yang paling saya sayang dan cinta selepas keluarga saya adalah manusia yang menjaga dan mengasuh anak-anak saya. Mak Aisyah and Mak. Because I know I can never do it all without them. I really owe Mak Aisyah a lot. To be honest, as a working mother yang sebelum ini setiap hari pun balik rumah jam 9 malam, berapa banyak sahaja masa yang dapat saya luangkan untuk Myiesha? Tetapi Mak Aisyah telah membesarkan Myiesha dengan sangat baik sekali. Until today, saya tidak pernah dapat cari walau satu pun kesilapan yang dia pernah buat dalam menjaga dan mengasuh Myiesha. Dia bukan sahaja menjaga Myiesha, tetapi dia juga potongkan kuku Myiesha. Potongkan rambut Myiesha. Ajar Myiesha baca doa makan. Ajar Myiesha berzikir. Ajak Myiesha solat berjemaah. Ajar Myiesha nyanyi macam-macam lagu daripada Old McDonald Had a Farm, sampailah lagu Air Pasang Dalam yang menyeramkan itu. HAHA. But really, dia telah melengkapkan hidup Myiesha dengan perkara-perkara yang tidak mungkin dapat saya sempurnakan. Semuanya kerana kekangan masa dan tenaga.


Hari itu jumpa Mak Aisyah, saya menangis dan peluk dia kuat-kuat. Saya bilang, terima kasih sangat-sangat sebab menjaga Myiesha all this while. Tidak mungkin dapat saya balas dengan apapun di dunia ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas semua budi baiknya dengan berlipat kali ganda. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati keluarganya. Melimpahkan rezeki dengan tidak ada putusnya. Dan memberikan kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Saya anggap Mak Aisyah macam emak saya sendiri.


T_T


This is the reason kenapa sudah lama sangat saya tidak blog. I am currently coping with another new phase in life, dan semoga perkara ini tidak berlanjutan lama since Myiesha will be 3 in 6 months. So harapnya this Terrible Twos spell will quickly go away. In the meantime, saya banyak berdoa selepas bersolat, semoga Allah menjadikan saya seorang ibu yang lebih baik, lebih tabah dan lebih sabar buat masa sekarang. No matter how hard things are, I want to do the best in everything.


Kerana harta saya hanya 2 orang buat masa ini, dan mereka tidak pernah boleh ditukar ganti.

Tuesday, March 27, 2012

Back to the Usual Routine


It is my 5th day of pantang, and life is back to the usual routine. Mett is back to work and Myiesha is back to Mak Aisyah's home. Kalau diikutkan hati Daddy, berat hatinya hendak membenarkan cucu kesayangannya itu ke rumah Mak Aisyah. Sebab nanti dia sunyi. Kalau boleh mahu budak kecil itu sentiasa meriuhkan rumah ini. Alah hati seorang datuk, kan? Tetapi apabila fikirkan tentang Myiesha, kesian juga padanya. Di sini kami semua adults. Kalau main dengan dia pun berapa banyaklah sangat. Kalau di rumah Mak Aisyah, she has friends. Tentu dia happy.


So today juga I will be officially resting after my delivery. Having to give birth to a second child, rasanya istilah berehat itu belum wujud lagi dalam kamus hidup setakat semalam. Tidak ada waktu ber-leisure berbaring-baring sesuka hati. Setiap saat setiap waktu masih perlu melayan suami dan anak. Uruskan makan pakai suami. Melayan anak yang masih sensitive dan asyik 'Nak Mummyyyyy!' Yes, Myiesha masih lagi sensitive dan traumatized atas kehilangan-kehilangan saya ketika berulang-alik ke hospital before and during my delivery. Asal dia leka sedikit, Mummy dia hilang. Asal dia tidur, bangun pagi Mummy dia tidak ada. Kesian budak kecil itu. So sekarang ini asal Maman and Daddy ajak dia keluar berjalan, or even Mett ajak dia keluar berjalan, she will never follow unless I tag along. Walau ke mana dia pergi, saya mesti ada sama.


Dan haruslah kami tidak keluar pun, kerana saya masih berpantang.


Ada masanya dia tidak mahu main dengan orang lain kecuali dengan saya. Dia tidak mahu orang lain memandikannya melainkan saya. Dia masih hendak 'Lie down Mummy!', 'Sleep Mummy!' dan semuanya dengan Mummy lah. Mummy. Mummy. Mummy. Sejak saya sarat mengandungkan Tihani, sampailah ke hari ini perkataan itu sudah semacam zikir yang tidak pernah putus daripada bibir Myiesha. She is my biggest fan. Hahaha.


In handling her, I would have to always remember yang dia masih dalam fasa menyesuaikan diri. Even kami semua sedang menyesuaikan diri dengan family member yang baru ini. Everyday is a new day for us with something new to learn. Adakalanya Myiesha OK. Dia mahu peluk adiknya. Dia mahu cium adiknya. Dia tanya, Mana adik? But most of the time, she will be an attention seeker. Lewat ini dia akan ligat bermain sampai tengah malam. Asal ditegur sedikit terus merajuk mencebik-cebik meleleh air mata datang kepada Mummy-nya. Kalau ditegah buat something, lagilah seboleh-bolehnya dia akan buat. That is really not her, but again, I have to understand. Barangkali dia sedang melalui fasa yang sukar di dalam hidupnya. Adaptation. Dalam usia semuda 2 tahun, this may be hard for her.


Tidak mengapalah, what most important is that I am always here for her. To support her. To be with her. To encourage her. Give her time. Give her room. Give her space. Itu yang paling penting. Itulah peranan seorang ibu, ya tidak?


So with the absence of Mett and Myiesha, what I plan to do today is to leisure around, baring-baring sedikit, napping sedikit catch up with sleep. Tihani is such a sucking machine, sesekali bangun every one hour throughout the night, sesekali bangun sejam dua menangis tidak stop entah hendak apa. But she is adorable all the same. So saya akan gunakan segala kepakaran saya to sooth her, walau sesekali gagal juga sampai Mett terbangun terkebil-kebil Kenapa, Sayang? Kenapa, Sayang? Hehe. Guess, again, it is all about adaptation. Jadinya saya akan melalui sebulan dua ini dengan hati yang waja and learn as much as I can before I return back to work in mid of May. Sudah rindu kerja juga sebenarnya. Sisa aura rajin bekerja masih tertinggal di dalam diri.


'Til then, happy working today! ;)




Monday, March 26, 2012

Kesinambungan Farimyiesha dan Nur Tihani


I hereby officially announce the name of my newborn baby.





Introducing,
NUR TIHANI BINTI MOHAMAD MAHATHIR!





Cewah. Padahal sudah officially announce pada family, BFFs and di Twitter on Saturday. Tidak sabar punya pasal. Hehe. Harapnya dengan nama yang simple dan common ini tidak lagi akan mencetuskan kontroversi di arena nama-nama anak tanahair. HAHAHA. Sebab pertama pilih nama sebegini sememangnya untuk mengelakkan kontroversi seperti waktu Myiesha dahulu. And the second reason, adalah untuk memudahkan proses pengenalan newborn kami kepada orang.


I always have the perception that kalau nama yang mudah akan lebih senang diperkenalkan pada orang. Macam kalau orang tanya, Nama anak siapa? Aishah. OK Aishah. Diterima. Full stop. Tidaklah tiba-tiba mata orang terbeliak dan tanya, Ai- WHAT?


But I still receive Nur- WHAT? when introducing Tihani to people. Danggg. Sudah terkena juga beberapa kali. Tidak cukup common, kah? Rasanya nama Tihani sudah tersangat ringkas. However Alhamdulillah, orang lebih senang tangkap in writing form sebab spelling pun sangat ringkas, tidaklah Theehoney. Heheh.


Pastinya akan ada orang yang tertanya ke mana hilangnya kesinambungan keturunan Fari dalam keluarga saya dengan lahirnya Nur Tihani. Daripada Maman - Faridah, ke saya - Farihanna, ke adik saya - Farideehann, ke anak saya - Farimyiesha.


Kenapa kali ini Nur Tihani?


Kenapa bukan Fari lagi? Kerana Mett tidak kasi kah? Kikiki. Ha memang, Mett tidak kasi. Dia bilang kali ini tidak mahu Fari lagi. :P


No lah. As mentioned earlier, we want our kids to be unique in their own way. Tidak kisah daripada segi ambition. Daripada segi interest. Daripada segi behavior. So the first thing that we do is to give them completely different names.


And why do we choose the name Nur Tihani? Mana datangnya nama itu?


Nama itu datang secara spontan when browsing through the internet when working. At first I wanted another F-M sebagai simbol nama saya dan Mett. Like Myiesha's name. Tetapi search punya search punya search, rasanya susah juga hendak cari nama baby girl that starts with M yang betul-betul berkenan di hati. Time Myiesha dahulu pun susah juga. I chose Myiesha, Maya, and Mikaela. And finally Mett selected Myiesha. So selepas ambil nama Myiesha itu rasa macam nama sudah kehabisan pula. Hahaha. Macam Harun Mahfiz pula, ya?


Mari saya perkenalkan satu persatu, ya!

Yang ini moyang saya, Mahfaz Mahfiz.

Yang ini pula datuk saya, Mahfuz Mahfiz.

Ini yang di dalam, Mahfiz Mahfiz.

Ini saya, Harun Mahfiz.

Eh kenapa yang lain semua ada Faz-, Fiz-, Fuz-, yang ini tidak ada?

Barangkali sudah kehabisan huruf!


So after failing to find the right name daripada huruf M, saya beralih kepada huruf-huruf lain yang berkaitan seperti F dan H. But still, masih susah untuk dapat nama yang berkenan di hati. I then seek Mett's opinion. Dia bilang huruf apa pun tidak mengapa, asalkan unique dan tidak terlalu common. So saya pun started browsing nama-nama daripada huruf-huruf lain as well.


Browse punya browse punya browse, tiba-tiba tertarik hati dengan nama Tihani daripada huruf T. Memang jauh beza dengan apa yang dicari, but it suits 1 criteria. Iaitu kelembutan. Saya kalau cari nama hendak cari yang lembut. Yang sweet like candy. Yang terasa kelembutannya pada yang menyebut dan yang mendengarnya. I always believe nama memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk personaliti seseorang itu. I myself is a very soft spoken and gentle person. Jadinya saya mahukan anak-anak saya pun begitu juga, insyaAllah.


So saya pun propose nama Tihani pada Mett on the day I found it. I sent the name to him via Yahoo Messenger. He asked for the meaning. Saya bilang, kebahagiaan. I then added Nur in front. Nur Tihani. Cahaya kebahagiaan. He said, not bad! But there was still much time to find more names to choose from. I said, OK.


I then asked. How about Faritihani? He laughed.


Lisa Tihani? He laughed harder. Sudah macam Lisa Surihani pula. No no no.


The last name I fell in love just a day before Tihani was born was Nur Arina Tihani. Hampir sahaja finalize dengan nama ini, but then I decided it is too long. Sedangkan saya hanya ada 1 nama dan Mett ada 2 nama, macam jealous pula anak ada 3 nama. HAHAHA. Nama itu sangat lembut and I love it so much, but guess Nur Tihani is just nice for now. Senang hendak diperkenalkan pada orang. Senang hendak ditulis pada borang. Senang hendak dijahit pada name tag apabila dia bersekolah nanti. Let Tihani just be Tihani. InsyaAllah kalau ada another girl nanti boleh letak Nur Arina pula. Hehe.


Oh another reason on why I decided to name her Tihani is because of the meaning. Kebahagiaan. Time Myiesha dahulu I decided to choose that name for her sebab maksudnya keberkatan. When Myiesha was born, kami suami isteri baru sahaja mendirikan rumahtangga. Pregnant pun bunting pelamin. We were still in the midst of knowing each other, suiting ourselves with our new life. So pada waktu Myiesha dilahirkan, saya sedang mengharap semoga dengan kelahirannya, hidup kami akan diberkati. Hidup kami, rezeki kami, usaha kami, kerja keras kami, semuanya akan diberkati. Saya mengharapkan keberkatan Allah SWT.


Now that we have been married for 3 years (Alhamdulillah!) dan hidup pun sudah mula stable, kini dengan kelahiran Tihani, saya berharap semoga keluarga kecil ini akan terus dilimpahi kebahagiaan yang tidak terhingga. Bagi saya selain nama itu menjadi doa kepada anak itu, semoga ia dapat menjadi doa untuk seluruh keluarga sekali.


If you ask me how do I feel being a mother of 2 adorable girls right now, I would say the feeling is just indescribable. Perasaan yang sangat best. Kenapa? Because I have one chatterbox daughter at the age of 2, yang tidak pernah penat berbual dengan saya, and I have a newborn yang lahirnya tepat pada waktu saya perlukan seorang lagi. Myiesha memang chatterbox, tahu! She can talk non-stop about anything and everything. And the best part, apabila saya pergi ke mall tengok-tengok handbag dan kasut dan baju, dia pun sibuk hendak try out juga. Hahaha comel gila!


Kalau pergi ke mall, hendak try out handbag dan kasut. Kalau di rumah, sibuk pula hendak pakai compact powder dan contact lenses Mummy! Hidup saya tidak pernah boring tanpanya!


Life is just perfect now, and I love my 2 girls to bits. They are my everything.



Myiesha and Tihani.
The apples of my eye!



P/S: Apabila anak sudah 2, hendak tulis simple entry begini pun takes 3 hours! Saya bangun jam 5 pagi untuk tulis ini, OK. Challenging betul. HAHAHA.

Friday, March 23, 2012

Welcome to the World, my Newborn!


Good morning, Friday!


It is 7.22am on a Friday morning, and guess it is the perfect time for me to write. Sebab suami dan anak-anak masih ketiduran. Yes, I did mention 'anak-anak' because I am already a mother of TWO! Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak saya yang kedua yesterday morning at 5am. Beranak pada waktu pagi begini adalah sangat challenging. Because I was in labor the whole night so tidak tidur. Whoa. Hendak tahu ceritanya?




21st March 2012.


It was our 3rd wedding anniversary. Mett was on leave. Sengaja ambil leave sebab hendak spend time dengan saya. Lagipun I was almost due, so he just wanted to be prepared. Just in case.


I woke up in the morning with the most stressed up feeling. Stressed up sebab sudah banyak hari on leave from work, and yet the baby has not popped up yet. Daripada rasa best berehat-rehat di rumah, perasaan itu bertukar menjadi boring sebab sudah terlalu banyak hari. Dalam hati timbul rasa regret terambil cuti awal, but I did not have a choice sebab dalam ambil cuti ini sememangnya every day the contractions are getting stronger, and I had the bloody show almost all the time sejak kali pertama itu. So kalau hendak pergi kerja pun sure rasa worry gila, apatah lagi saya naik turun bas.


I decided to go for a walk di taman belakang rumah. Kejutkan Mett, dia malas gila bangun pagi, so he persuaded me to wait for him to get up then he will bring me to One Utama. Haha. OK lah, tidak dapat berjalan-jalan di taman, berjalan-jalan di mall pun jadilah. But the bad thing is, berjalan-jalan di mall haruslah duit habis. Sebab silap-silap nanti ber-shopping pula eh? Selepas itu makan sedap. Selepas itu tengok movie. Hahaha. But never mind lah, asalkan berjalan sudah. Orang bilang, berjalan dapat memudahkan pembukaan jalan. So marilah kita berjalan.


We went to One Utama. Berjalan-jalan. Had lunch at McDonald's. Nothing special although it was our anniversary sebab tengah bulan belum gaji. Lagipun saya sudah rasa sakit-sakit so sudah tidak kisah apa-apapun. But I did had fun window shopping, menambah senarai barang di dalam list 'To Shop after Pantang'. Hehehe. Yes, I have this list in which saya sudah plan untuk ber-shopping selepas pantang nanti. Tukar image. Hendak beli baju kerja baru. Handbag baru. Semua barulah. Sempena menjadi A Hot Mummy of Two at 28!


Cewah. Berangan. Itupun kalau berjaya rampinglah, kan. Kalau tidak berjaya ramping, harus juga pakai baju lama juga. HAHAHA.


Selesai berjalan dan makan, kami pun pulang. On the way back home at around 4pm, sewaktu di dalam kereta, saya dapat rasakan contractions semakin kuat. I started timing myself, and it came every 5 minutes or so. Sometimes 10 minutes. Tetapi kali ini memang kuat. Tetapi saya buat relax lagi sebab saya masih boleh senyum. Hahaha. Memang kali ini saya selalulah test dengan senyuman. Bagus betul tips doctor hari itu.


Balik rumah, makan kuih minum petang, berbual-bual, dan malam pun tiba. The contractions were still there. Dalam jam 8 malam duduk tengok news pun duduk sudah senget. I had to use Aishah Rahim's Breathing Technique every time the contraction comes sebab sudah terasa ya amat. Test senyum lagi. Yes, still boleh senyum and gelak-gelak tetapi muka sudah lain macam. Pergi jumpa Maman, she could immediately detect the change on my face. Dia minta saya pergi hospital. Saya bilang, I will. Tonight. But after Myiesha sleeps. Itu keputusan saya. I did not want to leave for the hospital dalam keadaan Myiesha menangis 'Nak Mummy! Nak Mummy!' again. It breaks my heart. Pecah ranapkan hingga tidak boleh digam-gajahkan semula.


So saya dan Mett pun berusaha menidurkan Myiesha. But Myiesha was so active throughout the night bermain melompat sana sini. Ended, jam 12 tengah malam baru dia tidur. Itupun Mett yang banyak melayan dia because I was already in pain. Cuma last apabila dia hendak tidur baru dia cari saya, dan saya tidurkannya dengan penuh kasih sayang. Guess we both know that will be the last time we will be sleeping together, just the two of us. Mummy and Myiesha. Ah sedih gila kalau teringat time itu. Saya memang selalu sahaja sedih kalau teringatkan Myiesha, even time saya menaip ini, because she is my firstborn and I love her just so very much. Saya tidak pernah sayangkan seseorang macam saya sayangkan Myiesha. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak is just something so different. Something so magical. Ia adalah sangat-sangat-SANGAT hebat.




22nd March 2012.


Selepas Myiesha tidur, barulah kami bergegas ke hospital. Guess everyone who follows me on Twitter knows this, kan? :) Sampai sahaja di Hospital Ampang, kami terus ke PAC di Tingkat 4. Again, after that Mett helped me register at the Emergency Department, counter 8. I was again strapped onto the CTG machine and had my VE. Kali ini bukaan sudah 5cm. At first they still wanted to wheel me to the ward first, but since the ward was full dan labor room pun full juga, so they said I can just deliver that night. Saya sudah rasa gembira gila not needing to wait anymore. Gembira, ya? Sekejap lagi kau tahulah sakit gila, HJ! HAHAHA.


I sat in the Bilik Saringan for almost 3 hours before I got into a labor room. Kena tunggu orang lain habis beranak dahulu sebab malam itu memang ramai. Memang boleh dengarlah orang bilik sebelah-sebelah push, and the doctors and nurses were cheering. Memang perasaan yang indescribable lah dengar wanita menjerit, then sejurus kemudian dengar tangisan baby pula. Setiap kali seorang baby lahir, setiap kali itu jugalah mata saya berkaca-kaca. Because I could listen to it live, and I was listening to a miracle.


Then it was my turn. I got into a labor room at 3 plus. Soal jawab, key in data, doctors and nurses keluar masuk menyibukkan diri, around 3.45am baru saya air ketuban saya dipecahkan. After that sakit contraction memang naik mendadak sama sekali. Sometimes every 3 minutes, sometimes every 5 minutes. Paling best kalau ada yang 10 minutes, memang sementara tunggu 10 minutes itu memang saya boleh terlelaplah sekejap because it was in the wee hours of the morning! Mengantuk gila, OK. The contractions started to be longer, antara seminit hingga seminit setengah sehinggakan breathing technique saya jadi tunggang terbalik semuanya sebab sakit sangat-sangat-SANGAT. But I was still calm. Thanks to this breathing technique, kali ini saya tidak meronta-ronta sampai hendak runtuh katil, dan saya juga tidak sedut gas seperti waktu Myiesha dahulu. This is the most natural birth I had. Memang saya sendiri sahaja throughout the time.


Oh, di mana Mett? Mett was outside. I thought they will call Mett to accompany me. But saya ingat mungkin sekejap lagi, kot. Since saya baru masuk labor room.


I was expecting a long labor like Myiesha's time duduk labor room daripada 11am sampai deliver 6.40pm, so throughout the time saya hanya tahan sahaja setiap sakit yang datang itu dengan breathing technique. Dalam pada itu macam-macam perkara terlintas di fikiran. Thoughts about my life. Thoughts about death. Even thoughts about giving birth once again. Semakin menggilanya contractions yang datang itu, semakin saya pujuk diri sendiri, OK this is the last time you will give birth, Hannah! Taubat tidak mahu beranak lagi. SAKIT!


HAHAHA.


I must say all the contractions were still bearable, walau sudah menggila since 3.45am sejak air ketuban dipecahkan. Again, bearable because of the breathing technique. It really helped! It is like kalau hendak diibaratkan, kalau kita marah, kita curse, kan? Kita maki. Kita sepak terajang. Kita campak barang. Kita menjerit macam orang gila. Kita lepaskan kemarahan kita. Tetapi pernahkah kita terfikir kalau sewaktu kita marah itu, kita tahan kemarahan kita. We take deep breathes. Kita calm. Kita diam. Apa akan terjadi? Yes, it will eventually go away. Go away dalam rasa terhormat.


Kalau kita marah, maki, sepak terajang, campak barang, jerit pekik, yes the anger will also eventually go away. Tetapi orang akan hilang rasa hormat pada kita. Kita sudah tunjukkan perangai yang buruk. The damage has been done.


Begitulah ibaratnya di labor room juga.


But the moment the clock hits 4.35am, saya rasa sudah tidak tertahan sangat. Serious tidak tahan. Sakit hendak mampus. I remember this was the time saya meronta-ronta macam hendak mati during Myiesha's time for around 2 hours or so, and kali ini rasa macam tidak tersanggup hendak melaluinya lagi. Serious sakit gila. So as soon as a nurse came in, saya terus tanya, Cik, ada ubat untuk kurangkan sakit, tak? Rasa macam sudah tidak tahan sangat ni.


Dalam hati, ini kalau dapat epidural pun bagus. Boleh tidur sekejap. Hahaha masih terfikir pasal hendak tidur lagi itu!


The nurse immediately replied, Kalau sudah tidak tertahan sangat, teran sahaja.


I was surprised. Seriously sudah boleh terankah? Sudah 10cm kah? Cepat gila! Where is the hours of labor in the labor room?


Dia terus check bukaan, suruh saya kangkangkan kaki dan teran. She then asked another nurse to get Mett in. Seriously I was already like, Walla! Serious cepat ini. Bagus gila.


So saya pun kangkangkan kaki dan bersedia untuk teran. But I think I ended 'menahan' instead of teran because they said saya menahan when I thought saya sedang teran. Hahaha. Terbalik pula, ya? And mereka marah bilang saya tidak relax, asyik keraskan kaki. Guess apabila tengah sakit, otak pun tidak dapat hantar signal ke anggota badan dengan baik, kot? :D So then after few tries baru saya dapat rhythm-nya. Saya dapat relax kangkangkan kaki dan TERAN. Again, serious teran macam berak keras. Sebiji. Because every time I did so, they all cheered dan bilang pandai, walau mula-mula kena marah teruk sebab kaki keras tidak relax dan menahan pula. Hihihi.


Mett was beside me all the while. He held my hand, rubbed my back, and I remember his soft voice saying, Sikit lagi, Sayang. Sikit lagi, Sayang.


I said soft voice sebab suara doctor and nurses semua macam garang-garang. So suara Mett kedengaran lembut dan romantic. Heheh. Auw. Touching gila. :')


I do not remember how many times I pushed, but after a few times, my newborn pun popped out. Mereka bilang baby keluar tercampak. HAHAHA. Agaknya teran kuat sangat, eh? Then I heard her cry. Mereka tunjuk genital and tanya, Ni baby apa? Saya jawab, Perempuan. Then mereka potong tali pusat and put her on my chest for the first time. Mett pun iqamatkan. Ah sangat best lah perasaan masa itu.


Selepas itu mereka tekan-tekan perut, korek-korek keluarkan uri, keluarkan darah beku. The best part, I only got 2 stitches this time, DIJAHIT TANPA BIUS, and tidak ada apa-apa yang damage kali ini. Memang totally natural lah. Next baby boleh beranak sendiri di rumah. Hahaha.


The doctor and nurses semuanya baik-baik sangat. Selepas kena marah kerana keraskan kaki dan 'menahan' tadi, I said sorry because I did not realize it, I was so in pain. Then they also said sorry mereka bukan marah, mereka cuma beri semangat. And throughout everything after that, the jahit time, tukar pad, tukar baju dan beri minum milo semua they were much gentler. Guess masa hendak beranak itu semua orang bertukar jadi incredible hulk sekejap. :D


So in a nutshell, I only felt the excruciating contraction pains for a couple of times before delivering this little one. Sangat heaven. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan semuanya. I was then wheeled to the ward with this little one in my arms. I am finally a mother to two!


I did not sleep at all until sunrise because I was all excited. Best sangat rasanya beranak sekali lagi, walau sakitnya tetap tersangat sakit sampai terpaksa pujuk diri tidak mahu beranak lagi di labor room tadi. I spent most of the time in the ward cleaning myself every time I feel blood gushing out, melencunkan pad serta merta. Trying to breastfeed my baby. And rest a bit. In the morning when the doctors came for their rounds, I was told that I did not face any complications. Baby pun sudah kencing dan berak. So I was allowed to go home. Serious express. Tidak sangka pula.


Alhamdulillah. Again, Allah telah permudahkan semuanya.


It was only in the afternoon when Mett came that I could announce on the birth of my child on Twitter. Maman, Mett semua sudah excited siap publish gambar baby semua on their FB. Hahaha. As soon as I reached home, I could see Myiesha excitedly waiting for me. She was in smiles and I hugged her tightly as if I was hugging her for the first time in my life. Rindu sangat padanya walaupun hanya ditinggalkan beberapa jam cuma. Myiesha was a bit surprised and curious when she saw her sister for the first time, but she was OK. Dia tengok adik dia. Dia perhati. Dia sentuh. Dan sesekali cuba lompat atas adik dia dan campak bantal. Tiba-tiba Kakak Myiesha jadi attention seeker pula. HAHAHA. But it is OK, guess all of us were still trying to suit ourselves with our new family member.


But this little baby is just perfect. She is quiet. Macam Myiesha juga. Good girl.


Petang itu Mett cuci uri and my brother, Zariel, tolong cangkul tanah di hadapan rumah. Maman helped mandikan Myiesha dan adik Myiesha. And my extremely nice neighbour, Aunty Siti, sempat masakkan chicken black pepper yang lazat itu untuk santapan saya. And with all the well-wishes I received via Twitter, Mett and Maman's Facebook, and later in my Facebook and in this blog, I am so grateful to be blessed with such kind people surrounding me. Terima kasih banyak-banyak kepada semua orang di atas segala-galanya. For all the prayers, well-wishes dan segala ingatan itu. I am sorry if I have not replied all your wishes yet, but I have read them and I really thank you all for that.


Sesungguhnya kelahiran setiap anak saya ada ceritanya yang tersendiri, dan setiap cerita mereka adalah hebat dalam kisahnya yang tersendiri. I love you both, my girls!



Si kecil ini belum ada nama.
Masih sedang di-finalize.
Sabar, ya. :)

Monday, February 20, 2012

Lembaga Kecil di Waktu Pagi

It was 5.30 in the morning. Masih sunyi, masih sepi. Kedinginan pagi mencengkam ke tulang hitam. Masih belum waktu untuk bangun pagi, jadi pelukan kepada sang suami dieratkan. Waktu-waktu terakhir begini kalau boleh mahu dihabiskan semahunya bersama yang tersayang. Selepas itu haruslah bermulalah sebuah hari yang sibuk, yang mana 12 jam kemudian barulah akan bertemu kembali.


Kesunyian pagi yang dingin itu tiba-tiba dipecahkan oleh suara Myiesha. Suara rengekan yang sekejap cuma. Belum sempat saya buka mata, rengekan itu sudah berhenti. Saya dapat mengagak Myiesha sudah tentu sudah tertidur kembali. Tidak mengapalah, walau apa sahaja yang diperlukan, pasti akan saya tunaikan apabila dia bangun pagi nanti, waima susu atau menukar lampin pakai buang sekalipun.


Saya cuba melelapkan minda kembali, namun gagal. Mungkin kerana hari sudah pagi. Tatkala minda terjaga, segala perancangan untuk sepanjang hari pun terus singgah ke kotak fikiran. Hendak pakai baju apa pergi kerja. Hendak pack baju apa untuk Myiesha pergi rumah Mak Aisyah. Hendak OT atau tidak pada hari ini. Hendak masak apa malam nanti. Maklumat datang bertalu-talu. Begitulah kehidupan selepas bergelar isteri dan ibu. Asal sahaja terjaga, pastinya sukar untuk melelapkan mata kembali. Kalau dahulu, terjaga seratus kali pada malam hari pun masih bisa tidur sampai jam 3 petang keesokan harinya.


Lebih-lebih lagi apabila sudah sarat mengandung begini. Pusing kanan tidak selesa. Pusing kiri tidak selesa. Tidur terlentang sesak nafas. Tidur terlungkup confirm besok pagi tidak bangun lagi. Kahkahkah. Macam-macam hal.


Saat berlalu. Minit berlalu. Saya membuat keputusan untuk bangun sahaja jika hanya dapat melelapkan mata tetapi tidak dapat melelapkan minda. Useless. Lebih baik bangun pagi. The earlier the better. Tidaklah kelam kabut.


But to my surprise, as soon as I opened my eyes, saya terlihat sebuah lembaga dia sebelah saya. Just a short one, bukan lembaga besar. Tetapi cukup untuk membuatkan saya terkejut dengan rambut toing-toing nya. For a second, I thought I was going to have a heart attack. Myiesha sedang berdiri di sebelah saya, dengan soother masih intact di mulutnya, sesekali bergerak-gerak seiring dengan hisapannya. Sebelah tangan pegang blanket, sebelah lagi pegang bantal. Saya dapat melihat matanya yang bulat bersinar seolah-olah meminta didukung dan dipeluk. Saya pantas mengangkatnya lalu membaringkannya di sebelah saya.


Kami berbaring bertiga, hugging each other the whole time, dari jam 5.30 pagi sampailah ke 7.30 pagi.


Ya kami terlajak bangun. Hehehe.


So that was what happened this morning. Mujur kami suami isteri sempat tiba di office on time. Mett memandu seperti Micheal Schumacher. Saya pula berlari lintang pukang naik turun bas macam orang gila.


Myiesha memang tersangat adorable. Terima kasih di atas kejutan itu pagi tadi, anakku. Entah berapa lama kamu sudah tercegat di sebelah Mummy begitu agaknya. Mummy loves you.

Wednesday, February 08, 2012

Sebuah Entry Buat Myiesha di Malam Hari

Sebuah luahan perasaan di malam hari.




**




Being a working mother myself, I felt the same way when Myiesha was a baby. Kalau hendak diceritakan perasaan terhadap Myiesha, kasih sayang dan cinta, rasanya sudah terlalu banyak kali saya menulis. Kalau hendak diceritakan pula how I long to be a stay-at-home-mom, so that I can bring Myiesha up with my very hands, rasanya sejak sebelum saya habis pantang melahirkannya sampai ke hari ini pun tidak habis lagi saya ceritakan. Bohonglah kalau saya bilang saya tidak ada perasaan tatkala turun daripada kereta, melambai Myiesha pergi setiap pagi apabila Mett menghantar saya ke bus stop.


Kalau hendak suruh saya menangis, setiap hari pun boleh menitiskan air mata memikirkan saya terpaksa pergi kerja dan Myiesha terpaksa pergi ke rumah Mak Aisyah.


Saya juga terfikir adakah Myiesha akan sayang Mak Aisyah lebih because she spends 12 hours there everyday. Sedangkan masa dengan saya hanya 3 hours each working day before she goes to sleep. Kalau macam malam ini, dia balik sudah ketiduran, masa yang diluangkan bersama adalah zero. Langsung zero.


Jangankan bilang saya, even Daddy pun kalau Myiesha terlepas 1 weekend daripada pergi ke sana, Daddy akan bertanya pada Maman, adakah Myiesha akan melupakannya? Adakah Myiesha tidak akan menyayanginya lagi? Kalau hendak katakan kami takut Myiesha tidak cukup merasa kasih sayang kami, rasanya kami lebih terasa takut akan ketidak cukupan kasih sayang Myiesha kalau dia tidak ada.


Apabila menjadi ibu berkerjaya ini, orang selalu bilang pastinya akan ada gap di antara emak dengan anak. Why? Sebab emaknya bekerja. Sebab emaknya tidak luangkan banyak masa dengan anaknya. Sebab anaknya sehari suntuk dengan orang lain, bukan dengan emaknya. I, too, was worried at first. But again, in life sometimes we do not have a choice. So what do I do? I make a point to go all out for Myiesha. I make a point to spend as much quality time with her, walau tidak banyak masa yang ada, saya akan pastikan setiap saat adalah sangat bermakna.


I play with her. I talk to her. We read books together. We sing together. I make a point to bathe her as much as I can. Saya pastikan saya yang cebokkannya setiap kali dia berak. If she wants something, I will get it for her. If she needs a hug, I will always be here to hug her. Walau berapa puluh kali pun dia bangun pada tengah malam - mengigau, menangis hendakkan susu, atau cari soother tidak jumpa kerana sudah ter-tangle dengan rambutnya - I will always be there for her.


Tidak akan ada pernah sekalipun perhatian saya teralih daripadanya. Tidak akan ada pernah sekalipun saya memarahinya. No matter how exhausted I am back from work, I will make a point to spend as much time with her. I know time is very limited, but again, I believe in going all out.


And Alhamdulillah, the result is never disappointing. At 2 years of age, pada ketika rutin harian kami masih begini, masih saya yang menjadi minority di dalam hidupnya, Myiesha masih menganggap saya manusia yang teragung di dalam hatinya. Myiesha tahu siapa Mummy nya, dan dia tahu walau apa sekalipun yang terjadi, walau apa sekalipun yang diperlukan, saya akan sentiasa berada di sampingnya.


As a proof, Myiesha sentiasa berkehendakkan saya. No matter what. Walau dia jatuh. Walau dia mengigau dalam tidurnya. Walau dia sakit. Walau dia gembira bermain. Walau dia ingin didukung. Walau dia hanya mahu berbaring sekalipun, percaya atau tidak, she will say, Nak lie down Mummy!


Hendak berbaring saja-saja pun dia tetap mahukan saya berbaring, menemaninya di sebelahnya. And the feeling is just indescribable. Tidak pernah terasa disayangi sebegini rupa. Tidak pernah terasa diperlukan sebegini rupa. Hanya seorang anak yang dapat membuatkan seorang ibu merasa begini. And it is a feeling out of this world.


Kita sebagai emak memang banyak kerisauan kita. Takut kita tidak dapat spend much time together. Takut dia lebih sayang orang lain yang menjaganya. But I believe, kalau cinta kita tulus, pasti ianya akan terbalas. I always believe Myiesha knows what is in my heart. Ketika memeluknya, saya pastikan saya akan sentiasa 100% ikhlas. Bukan peluk dengan sedikit perasaan marah, atau sedikit perasaan ish penatnya, atau sedikit perasaan hey sibuklah budak ini asyik hendak berdukung sahaja! Same goes dengan setiap apa yang saya lakukan untuknya, saya akan lakukan dengan sepenuh rasa kecintaan. Saya percaya walau Myiesha kecil, dia faham saya terlalu mencintainya.


Budak-budak sekarang adalah tersangat bijak. Rasanya daripada tingkah laku kita pun dia tahu kita sayangkannya atau tidak.


Saya tidak meminta apa-apa apabila Myiesha besar nanti. Cukuplah sekadar dia gembira dengan hidupnya. Get to choose her stream at school. Get to choose her course in University. Berkawan dengan semua orang. Have fun. Then berkahwin pula dengan lelaki yang dia cintai. I just want to see her happy. Dan saya akan lakukan apa sahaja demi untuk melihat dia gembira. Wah sudah macam Cerekarama yang stereotype pula, eh? But really, tanyalah semua ibu bapa di dunia ini, apa yang mereka mahukan daripada anak mereka. Kita tidak mahukan harta kekayaan. Kita tidak mahukan kesenangan. Dengan kerja keras kita dari muda ini pun insyaAllah kita dapat kumpul harta untuk hari tua kita, kan? Kita hanya mahu melihat anak kita gembira.


Regardless kita marah atau pukul anak kita sekalipun, semuanya dilakukan untuk kebaikan mereka.


We will never know what will happen in the future, but I hope that life will always be this way. Sentiasa bahagia dan gembira bersama, InsyaAllah. Semoga dengan all out ini, segala kebaikan akan kembali kepada diri kita sendiri. What goes around, comes around, kan? What you give, you get back. Kalau kita lakukan kebaikan pada hari ini, InsyaAllah kebaikan juga yang akan diterima pada hari muka.


Sejak-sejak sarat ini, hati selalu lebih cenderung untuk tulis tentang kecintaan terhadap Myiesha. Tidak tahu kenapa. I just want her to know how much I love her. That is all.

Tuesday, February 07, 2012

What HJ did Last Weekend?

My OT form for last month.



It has been quite some time since I last update my blog, kan? Have been busy with my everyday life. Routine yang sama saban hari. Alhamdulillah I have managed to go through January dengan segala kudrat yang ada. Another a month and 20 days to go before I leave for my maternity leave. Semoga Allah terus berikan saya kesihatan yang baik untuk terus bekerja keras.


Untuk cover balik seminggu dua yang saya terlepas daripada update blog, let me share what I did throughout this weekend. Weekend yang panjang, 4 days! Best gila. Boleh rest. Boleh spend time dengan family. Boleh berjalan-jalan. Boleh lepaskan rindu pada yang tersayang.




With my kesayangan.
Nampak semakin lebarlah muka budak kecil ini!








First thing first, fulfill kengidaman! Kengidaman number 1 of course lah terhadap spaghetti bolognaise dari Pizza Milano of Signature Food Court, KLCC. Sejak berkahwin bermastautin di Bukit OUG dan bekerja di Petaling Jaya, we only get to go to KL City during the weekends. Weekdays haruslah sudah malam balik kerja, tambah lagi dengan traffic congestion, memang Mett tidak pernah sangguplah. So apabila weekend tiba, marilah kita ke KLCC!




The best spaghetti in the whole wide world!
Kecintaan saya sejak bertahun-tahun dahulu!




Disudahi pula dengan minuman daripada Boost Juice Bars,
memang terbaik, bak kata BoboiBoy.
Terbaik!







Cinta-cinta hati saya!








Selesai makan-makan, kami ke Taman Tasik Titiwangsa. Sudah lama tidak ke sini. Sengaja mahu berjalan-jalan. I was hoping to come here and see Myiesha running here and there. Tetapi budak kecil yang bakal menjadi Kakak ini semakin manja nampaknya. Asal berjalan sedikit, mesti dia datang hulur dua-dua tangan dan bilang, Mummy carry!


Hahaha. Dan Mummy yang lembut hati cair hati ini pun dukunglah anaknya yang berusia 2 tahun itu dengan minda yang sangat terlupa bahawa dia sendiri sedang sarat mengandung 33 weeks!


The best thing, Mett punyalah sedaya upaya memujuk untuk mendukung Myiesha, but she always wants me more. Alahai best betul perasaan menjadi emak ini. You will have a die hard fan yang sentiasa angaukan kamu dan tidak mungkin dapat hidup tanpa kamu.


To mothers yang merasa rimas, annoyed atau letih anak sentiasa dambakan kamu, mahukan kamu, dan kepinginkan kamu tanpa henti, please do not feel that way. Sebenarnya inilah perasaan yang paling heavenly di dunia. :)




Sempat ambil gambar berdua.
Rasa macam sudah lama betul tidak ambil gambar bak ber-dating begini.
Hihi.




Selesai activity Saturday, activity Sunday pun tiba. Daddy mengajak kami lunch di Bumbu Desa, The Curve. The food is soooooo yummy saya makan banyak gila, siap tambah nasi 4 kali!


Selepas itu mengah. Cannot walk. Hahaha.


















Budak kecil yang comel dapat balloon.




At 33 weeks.
My tummy is enormous, kan?
Serious besar. Serious rasa sarat. Serious tidak larat.
Tetapi jalan-jalan punya pasal, larat juga! Hehe.









Done with Sunday, we said Hello to Monday!


Monday yang tidak bekerja adalah sangat heaven. No Monday blues. Suka! Myiesha pun suka. Suka sampai saya terpaksa tunggu 1 jam untuk dia bangun. Saya bangun pagi sebab saya lapar. Saya sangat cepat lapar sekarang. Tersangat mudah lapar sampaikan kalau tidak makan boleh menggelupur rasanya. But despite my hunger, saya agak memilih sekarang ini. Sometimes I myself do not know what I want. Tengok itu tidak mahu. Tengok ini tidak berselera. Tengok itu rasa hendak muntah. Tengok ini rasa muak.


First trimester syndrome seperti datang balik rasanya.




Sedang menunggu dia bangun untuk sama-sama breakfast.




Hari ini Mett ajak berjalan-jalan di Bintang Walk pula. Saya OK sahaja! So he parked his car at Bukit Bintang Plaza. Ingatkan hendak berjalan-jalan di Sungei Wang Plaza sahaja. But ended, dia cari seluar kerja di Isetan Lot 10, and we had early dinner at Pavilion! So kami pun berjalan kakilah dari Sungei Wang Plaza sampai ke Pavilion, and back, macam zaman ber-dating. Terlupa bahawa kali ini ada budak kecil yang tag along, dan budak kecil ini sentiasa mahukan Mummy carry! Hahaha.


We always have her umbrella stroller in the car, but lately kami malas gila hendak keluarkan. Sebab nanti ended bukannya dia duduk pun. Dia hendak tolak. Then tolak melilau entah ke mana-mana. Kalau tidak kasi tolak nanti menangis pula. So we thought it is better if we just let her walk. Or run. Suka hatilah. Hahaha. Myiesha memang suka walk. But lately sejak saya sarat ini dia telah menjadi sedikit clingy. So like it or not, memang saya akan mendukungnya juga, dengan Mett tidak putus-putus memujuk untuk mendukungnya juga.


Penat memang penat, but the best thing is the memory. Dan dia akan rangkul leher saya dan bilang, Loveeeeee Mummy bertalu-talu sepanjang jalan. So rasa macam, Ah tidak kisahlah! To me, bersusah, berpenat, ber-apa sekalipun untuk anak is never a burden. Selagi saya mampu go all out untuk anak-anak saya, I will do it. With all my might, all my life.


Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya adalah sangat, sangat, SANGAT mendalam. It can never be described with words. Sebab itu kadang-kadang kalau saya tengok drama ada anak derhaka ke apa, saya selalu cakap dalam hati, kamu belum rasa jadi seorang ibu. You only think about yourself. Your needs. Your wants. Kesenangan kamu. Kebebasan kamu. Keperluan kamu. Kesusahan dan kesenangan kamu sendiri. Nanti apabila kamu jadi seorang ibu baru kamu tahu betapa berdosanya kamu melukai perasaan seorang ibu.


Because a mother will do just whatever for her child. And I do mean, whatever.
















So this is my weekend story. Nanti ada masa saya cerita lagi. Until then, take care and have a great week ahead! ;)