You'll get lotsa SAHM stories in here, so bear with me!

Facebook | Instagram

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, May 02, 2012

Habis Pantang, and Riza's Wedding!


Rasanya semua new mothers pun will agree to this. Saat habis pantang adalah saat yang terindah, kan? Rasa free. Hendak pergi mana pun boleh. Hendak pakai apa pun boleh. Hendak makan apa pun sudah tidak ada orang larang lagi. Tidak perlu lagi pakai bengkung yang ketat itu. Bid goodbye to kain batik dan stokin yang merimaskan itu. Semua cuci, lipat, dan simpan baik-baik dalam almari. Nanti next baby kita akan bertemu lagi.


Whoa. Perasaannya sangat heaven!


So sempena meraikan hari habis pantang, kami telah pergi makan di Pancake House International, located at Level 1, Mid Valley Megamall. Pekena pancake wa bilang lu!

































Last night kami telah menghadiri wedding Riza di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang. Riza is a year younger than me. Dia merupakan kawan sekolah rendah saya, yang rupanya saya tidak pernah kenal dan tahu akan hakikat itu sampailah last year dia kerja di tempat kerja yang sama dengan saya. Apabila masing-masing add di Facebook, barulah perasan kenapa ramai sangat mutual friends? Dan mutual friends itu semua adalah kawan-kawan sekolah rendah. Sangat kelakar, kan?


Riza adalah seorang sahabat yang sangat best. Kami boleh communicate via MSN Messenger at work daripada pagi datang kerja sampai waktu balik. Entah apa cerita. Yang best. Yang kelakar. Yang serious. Mengutuk orang. Haha. Semualah. And when sometimes we wonder, how can we click sampai macam itu sekali, Riza pasti lontarkan ayat magik ini.


Kita 'kan budak SKWJ!



:)


And when there were times ketika saya sedang mengandungkan Tihani dahulu, ketika saya rasa malas hendak lunch in, ketika tekak ini tiba-tiba meronta-ronta mengada-ngada rasa hendak keluar makan Subway, Riza sangat rajin menjadi driver kepada saya and another colleague, Puteri. Kami akan keluar makan bertiga and chat as if there is no tomorrow. Sangat fun! Sometimes saya tanya juga pada Riza, his wife Effa (masa itu masih tunangnya) tidak ada cakap apa-apa ke? Yelah, seorang lelaki keluar dengan dua awek cun pula! This was his reply.


Alah, nak jealous apanya? Seorang gemuk pendek. Seorang lagi mak buyong!


Hahaha!


Walaupun Riza hanya bekerja di tempat kerja yang sama dengan saya for 1 year, namun keakraban kami has made us not only the best colleagues ever, but insyaAllah best friends too, until the end of time.


Dengan ini, selamat pengantin baru to both of you, semoga kekal hingga ke akhir hayat, and have many adorable kids of your own!


Dan semoga anda berdua menyukai hadiah kahwin pemberian saya itu. Heheh.












Faces of HJ, yang adakalanya agak tidak senonoh.
Haha.












With Nurul and Ainur.
Oh terlupa, and Myiesha and Tihani also.
:P



Kesian Abi asyik jadi photographer sahaja.
Come Abi, let me take a photo of you and adik, kata Myiesha.



The love birds!
Riza and Effa.
Credit to Riza's FB page.

Friday, April 20, 2012

Outing Photos

Here are a few photos of last weekend's and yesterday's outing. Tidak banyak, namun cukup memorable, apatah lagi gambar-gambar yang diambil bersama orang-orang yang dicintai.


These are last weekend's photo when we went jalan-jalan at One Utama.







Mummy's Little Rascal.



This is what happens when she tries to take a photo of herself.
Nampak lubang hidung sahaja yang lebih!
HAHA.



Mett had this.



I had this.







Yang di bawah ini pula adalah gambar-gambar yang diambil semalam, at Suria KLCC. I was so boring yesterday, and Mett was so nice to take time off from work to bring me out jalan-jalan. Kebetulan dia pun agak free after weeks of balik lambat due to audits.



Us girls!
3 anak dara in the house!
:D



Little, little Tihani!



Mett had this at Signature Foodcourt!
OMG!
Dia bilang, dia sengaja makan ini untuk kasi saya jealous.
Sabar ye, Hannah!
I will gobble this up on my 45th day, I promise!



My loved ones.



Sempat beli balloon di Toys 'R Us!
Myiesha is obsessed with balloons.
Pegang sampai tidur.



Selesai sahaja bayar untuk balloon Myiesha di cashier, saya tengok Tihani sudah jadi begini. HAHA. Entah sudah berapa lama. Kesian sungguh, OK!


To mothers yang pakaikan anak headband, tolong tolong TOLONGLAH take note akan perkara ini. Especially you, HJ! Sangat tidak senonoh ini perangai. It is utterly unacceptable!



Kenapa mata kau berbungkus, Tihani?
Tihani baru balik daripada operation, Tuan!






Thursday, April 05, 2012

Tihani's First Outing

Semalam saya telah mengikut Maman, Daddy dan Deehann ke Ikano Power Center. Yes, I know they have already changed its name to entah apa nama dia, but I still like to call the place as Ikano. Hehe. We left home around 10.50am. Saya adalah yang paling excited rasanya. Awal pagi 6 something saya sudah bangun siapkan Mett for work and siapkan Myiesha to go to Mak Aisyah's home. Selepas mereka pergi, I had breakfast. Selepas itu sempat update blog sekejap. Iron baju, mandikan Tihani, mandikan diri sendiri, then off we went!




First photo for the day.
Time ini dalam kereta Daddy, belum keluar porch pun lagi!




Tihani was quiet all the way in the car.




Upon arrival!
Nampakkah anda senyuman saya yang girang sungguh itu?
:D



Sampai sahaja, kami terus ke Ikano Power Center. Maman and Daddy went to Harvey Norman to purchase our home printer's ink. Saya dan Deehann pergi ke Brands Outlet. Sempat merembat 2 helai kemeja kotak-kotak for casual wear. 2 for RM 100. Wee..~ Kalau diikutkan hati, hendak sahaja rembat baju kerja sekali. They have 2 for RM 100 offer for office wears as well. Banyak sangat blouse. Semua color pun ada. Geram tengok! But I think never mind lah, banyak masa lagi.


How was Tihani? She is an angel. Tidur sahaja sepanjang jalan.








Habis pusing di Brands Outlet, saya jumpa Maman di Ace Hardware. Daddy masih di dalam hardware store, entah mencari apa. Kami melepak di Starbucks opposite Ace Hardware. Maman tanya, Tak nak minum apa-apa? Saya senyum lebar. Sebelum sempat reply Java Chip, Maman sudah warning, Hot drinks only! Hahaha. Tidak mahulah. Hot drinks tidak kick lah, Maman. Sanggup tunggu habis pantang hendak minum Java Chip, daripada minum hot drinks. Lagi-lagi Maman suruh sarung shawl dia yang tebal itu. Auw. Panas gila, rasa macam sudah berpeluh-peluh belakang leher. Tetapi kerana masih di dalam tempoh berpantang, ikutkan sahaja. :)




Us girls!
Maman, Tihani, and I.



Duduk-duduk sekejap, Tihani merengek. So sempat breastfeed dia sekejap. Thanks to Maman's shawl yang lebar itu. Mujur Tihani tidak meronta-ronta di dalam itu. Heheh.







I am a proud breastfeeding Mummy! :D



Selesai breastfeeding, we had a curry puff or two at Ikea before going to The Curve. Daddy wanted to have lunch at Bumbu Desa. Aih sejak berkenalan dengan restoran ini, rasanya Daddy seperti sudah jatuh cinta, kot. Asal tempat yang ada Bumbu Desa, mesti restoran lain ditolak ke tepi. Hehe.








Habis sahaja makan, Tihani merengek lagi. Sudah kasi susu pun merengek juga. We suspect that dia sudah terberak and needs cleaning. Tang cleaning ini tiba-tiba saya Alamak. Selongkar beg baru terperasan I brought everything, except for her wipes. Dangggg. Sudah lama tidak ada anak kecil, tiba-tiba tertinggal pula 1 barang. Myiesha sudah lama tidak gunakan wipes. Main bilas sahaja terus. So kami berempat menggagau cari Watsons di dalam The Curve. Tihani cried all the way. Tidak mahu duduk di dalam pram, so I carried her. Habis bersihkan dia baru dia diam. But she was wide awake since di Bumbu Desa. Tengok itu tengok ini. Mata bukan main bulat. She was so attentive!


Selepas itu kami pun pulang ke rumah. It was just a short outing, but I enjoyed it all the same. So congrats, Tihani, anda telah berjaya memecahkan record Kakak Myiesha by going out jalan-jalan at the age of 13 days! Time Myiesha dahulu umur 22 days baru dapat jejak KLCC. Heheh.







Tihani with her Ani. :)







Duduk di hadapan bersama Ani dan Tok!
Kalau Myiesha ada mesti dia jealous. Auw.


















Tuesday, March 06, 2012

Babymoon Trip to PD and Melaka with BFFs!


Went for a short babymoon trip to Port Dickson and Melaka throughout last weekend. Bertolak dari rumah at around 3 pm on Friday afternoon. Sempat singgah late lunch di KFC Tol Sungai Besi and melilau cari kedai tayar untuk tukar tayar sekejap di area Serdang sebelum meneruskan perjalanan. The journey took approximately an hour from Serdang to Port Dickson. Kami walk in sahaja ke Cozzi Hotel, and we were lucky to get a room! :D




Myiesha tidur di sepanjang jalan. It was raining heavily.
Memang sedaplah tidur, kan?



We reached Port Dickson at 5 something. Selepas check in, kami terus ke pantai, which was only like 2 minutes walk from the hotel. Myiesha loves the seaside, like me! Rasa tenang sangat berdiri di tepi laut menghirup udara segar. Membiarkan angin berlengas menampar muka. Dan mendengar bunyi ombak laut menghempas pantai.


Selepas sekian lama pagi-pagi disogok rasa tension naik turun bas dengan traffic congestion. Selepas sekian lama sehari suntuk disibukkan dengan kerja yang tidak terhabis. Selepas sekian lama badan letih menghadap hari demi hari. This short lepak-ing by the seaside is like a therapy. Rasa tenang. Rasa aman. Rasa damai.


Rasa macam bertuahnya mereka yang ada rumah di tepi laut sebegini. Mesti hilang lelah pulang menghadap ketenangan begini saban hari. :)


























Kami tidak pernah menginap di Cozzi Hotel, but its striking yellow paint made us want to see what they have to offer. At RM 140 a night, this budget hotel is not a disappointment. We got a king bed yang Myiesha tersangatlah suka bergolek dari hujung ke hujung, and a clean bathroom.













The view from our room on the first floor.



After Maghrib we went to Nasreen Seafood Restaurant for dinner, which is just 10 minutes walk from the hotel. Ramai juga orang yang makan di sini. But the service was good, we need not wait for long for our food. We ordered the usual food we always order at any tom yam shops. Ayam goreng kunyit. Brocolli mushroom. Daging merah. Sotong goreng tepung. Telur dadar. Iced lychee drink for me. And sirap bandung for Mett. Myiesha balun semua. Hahaha.










Camwhoring before going to bed.



Mett was the first one to get up in the morning. Hasrat di hati hendak bawa Myiesha swimming a bit. Semalamnya mahu bawa dia mandi laut, but the weather was quite cool due to the heavy rain dan air laut pun semacam berminyak sedikit so we decided to just bring Myiesha to the pool.


Kejut kejut kejut Myiesha tidak bangun-bangun. Haih lah anak dara zaman sekarang. Umur 2 tahun pun sudah liat hendak bangun pagi. Hehehe.




Hey wake up wake up wake up!



Buka mata sahaja terus campak ke dalam pool! :P



Selesai swimming, mandi, packing dan bersiap, we had brunch at a nearby kedai mamak and started our journey to Melaka. It took us less than 45 minutes to reach Bandar Hilir and we were all thrilled. BFFs semua bertolak dari KL, and we met up at the lobby at Grand Continental Hotel, Melaka, at 3 plus in the afternoon.




Myiesha slept again throughout the journey
after our roti canai telur and Maggi goreng brunch.



Sempat tengok-tengok keliling kalau-kalau ada hospital
kalau-kalau terberanak.
This hospital is located just opposite our hotel. :D



This time we got a bigger room with the price of RM 150 per night.
Kali ini lebih happy because Myiesha got her own bed!



The bathroom is nice too!



My baby bump at 37 weeks!



Camwhoring with Mett.
Hehehe.



We checked in, put our stuffs then terus keluar berjalan! First destination haruslah ke Bandar Hilir, Melaka. Kami suami isteri ini nama sahaja orang Malaysia, tetapi berjalan ke Melaka pun belum pernah lagi. So haruslah kami sedikit jakun melihat bangunan-bangunan bercat merah yang bersejarah ini, juga beca-beca berhias cantik di tepi jalan. Lawa!




Bangunan bercat merah yang bersejarah itu.



Kami berjalan kaki ke Jonker Street, yang dikhabarkan lebih kurang macam China Town. Menurut BFFs kami, Jonker Street ini bagaikan syurga membeli belah dan juga makan-makan. Tempat ini adalah tempat wajib untuk didatangi oleh sesiapa yang berkunjung ke Melaka. Yang paling popular, haruslah cendolnya. Nanti kita tengok how the famous cendol looks like!




Jonker Street - at a glance.
Ada dragon panjang woo.
Takut! :D



The ladies.
3 isteri orang.
2 Mummy to-be.
Seorang ibu hampir beranak dua.
Kahkahkah!



We actually wanted to take a photo here,
tetapi masing-masing segan hendak minta Mat Saleh ini bangun.



OK sudah tiba di kedai cendol yang famous itu!
Jonker 88.
A must-come!



They have a long list of cendols and ais kacangs
at a reasonable price.
Pilih jangan tidak pilih!



Si pembuat cendol dan ais kacang.



Mett had cendol sagu, on the left.
I had ABC Nata 'de Coco, on the right.
Looks the same, kan?
Tidak kisah. Yang penting, YUMMY! :D



Mett gembira.
Myiesha sedih, sebab lapar, haus, panas, berlengas segala.
Walau dapat balloon Angry Bird.



Myiesha loves the Nata 'de Coco!



Ini namanya Chicken Rendang Mee.
Dia ada mee kuning, kuah rendang yang lazat,
isi ayam yang lembut dan enak, wantan, dan..
Ahh. Hendak buat ayat JJCM, tetapi tidak menjadi.
HAHAHA.
Just come and eat lah.
Yang penting, SEDAP!



Then we shared this among us.
No no ini bukan daging black pepper.
Ini adalah rojak buah yang enak.
Ada sengkuang. Ada timun. Ada nenas. Ada macam-macam.
Dibanjiri kuah petis home-made yang sangat enak!
*Sila baca ikut gaya JJCM juga!*
HAHAHA.



Then we met Cik Jo!
Harus ambil gambar sekeping bersama celebrity ini before parted ways.



Ini adalah kedai urut kaki.
Tetapi signboard macam hendak kasi penyepak sahaja.
HAHAHA.



Kesayangan-kesayangan saya.
I am glad they were happy throughout the way!



Selesai menawaf di Jalan Hang Jebat.
Yang lebih dikenali sebagai Jonker Street.



Sempat singgah kedai Hard Rock Cafe di sini.
The items sold here are just the usual stuffs.



Selesai menawaf Jonker Street, we had seafood dinner di Muara. No photos taken because battery camera sudah low. Tsk tsk. Orang adalah TERSANGAT RAMAI di sana and the food was so-so.



Time to say good night!
Myiesha tidur dengan nyenyak di katilnya sendiri sampai ke pagi.
Good girl. Mummy loves you! :D



Sunday came and again we had problem untuk mengejutkan Myiesha bangun pagi. HAHAHA. Had breakfast with the BFFs at around 9 am then check out. Terus ke Dataran Pahlawan untuk ber-shopping!




My all time favorite store. :)












We then had lunch at Asam Pedas Selera Kampung. Like last night at the seafood restoran, again we need to wait to be seated sebab orang adalah TERSANGAT RAMAI. Wow, we really were going to all those popular places in Melaka. So menunggulah kami dekat setengah jam juga sampai berpeluh-peluh until we finally got a seat. But the staff were all so nice and concern sehingga kami tidak rasa terbeban pun menunggu lama.



Asam Pedas Selera Kampung.



Mett sampai berpeluh-peluh mendukung Myiesha.



Mana tidak ramai, sudah di-commercialize di JJCM dan Singgah Sahur!



Minuman penghilang dahaga.



The fooooooood!
We had asam pedas ikan pari, ketam masak lemak, daging masak lemak,
ulam-ulaman, sambal belacan, dan ayam goreng.



Selesai makan, kami pun pulang. The weather was VERY, VERY, VERY HOT so kami tidak sempat bergambar before we parted ways. Semua meluru masuk kereta then on aircond sampai maximum. Hehehe. But really, it was an enjoyable trip. Walaupun pendek, walaupun tidak semua BFFs dapat join kerana commitment masing-masing, but we all had fun. Thanks so much to Lili, Hafiz, Naqi and Azreen for joining. The next time we meet mungkin selepas Myiesha dapat adik, kot? :D


Before I end this entry, below are a few photos taken on Naqi's camera. Naqi, tumpang curi ye. Hehe.



Us. Dalam keriuhan Jonker Street.



Myiesha berjalan-jalan bersama Aunty Lili.



Browsing through the photos taken together.