Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

To Morib with Love!

Dua minggu yang lepas saya telah ke Pantai Morib bersama family. It has been sooooo long since we last went to the seaside. Best sangat rasanya. I was so excited that I could not even sleep the night before! Kami bertolak pada waktu tengahari, around 2pm, because I had to work that morning. After work terus bergegas fetch family and off we went! We arrived at Morib around 3 plus. Terus bentang tikar dan buka bekal nasi lemak sambal udang! Yums! Lapar betul tambah nasi sampai 3 kali. Heheh.



Seronok makan nasi lemak sambal udang.


Hajat di hati hendak bawa anak-anak main pasir dan mandi laut. Tetapi air surut ya Allah punyalah jauh! Saya punyalah excited siap bawa baju mandi anak-anak siap shorts untuk Mett sekali. Sekali apabila tengok air surut, my parents menyakat saya tidak habis-habis. Hah pergilah mandi laut tu! Tapi jauh so kena drive lah, pergi bawa kereta!


Huuuuuu!


Dengan hati yang berat, terus simpan balik baju bajan. Pasir dia pun macam berlumpur, dengan tiny crabs berlari sana sini, saya pun malas hendak bawa anak-anak turun ke pasir. Silap-silap masing-masing menjerit Mummy! Mummy! kegelian dengan aku sekali terloncat-loncat. HAHA. So we just had clean activities di atas tapak picnic seperti makan, main bubbles, makan, dan makan lagi.


Tetapi Morib sekarang sudah cantik, tahu! Sudah renovate semacam park, so boleh main bicycle. Main scooter. Siap ada scooters for rent lagi! Ada juga kereta-kereta kecil untuk budak-budak. Dan banyaaaaaaak sangat stalls jual macam-macam toys dan baju dan pelampung segala. Lengkap dengan surau dan food court by the beach juga! Pendek kata, kalau datang ke sini unplanned pun no problem sebab semua ada serba lengkap.


Yang paling best tentang tempat ini adalah papan-papan tandanya. Selain information tentang directions, ada juga tertulis ayat-ayat Quran dan hadith-hadith tentang lelaki, perempuan dan larangan mendekati zina. Bagus betul! Yelah, we just know how youngsters just love to come to the seaside malam-malam entah buat apa, kan? So semacam satu peringatan. This reminds me of my dating days. Balik-balik dating pergi mall. And my mother really encouraged us to go to the malls pun. Dia bilang, RAMAI ORANG. TERANG. NAK BUAT APA PUN ORANG NAMPAK. Ya, ya saya tahu. Memang saya pergi mall pun, di KL mana ada beach-beach semua macam ini. Haha.



Grandmother dengan granddaughters sama saja stylo.
Ke mana tumpahnya kecantikan kalau bukan kepada mereka.


It was just a simple picnic, tetapi memang best lah. Makin petang, makin ramai orang! Happening sangat! Cuaca pun best, tidak terik sangat. Redup sahaja. Best tengok kanak-kanak bermain girang. Best tengok parents bawa anak-anak beriadah. Best nikmati angin laut menampar pipi. Best tengok ombak menghempas pantai. Oh, cerita pasal ombak, time kami mula-mula sampai air surut jauh sangat sampai kena drive kereta kalau hendak pergi mandi, kan? So Mett and I brought the kids jalan-jalan tengok stalls. It was only about 15-20 minutes. Sekali apabila kami pulang ke tapak picnic, air sudah pasang tinggi! Subhanallah, cepat betul! Dataran pasir yang tadi jauhnya rasanya lebih daripada 1 kilometer sudah ditenggelami air. Sekejapan sahaja.



Playing bubbles with Aunty.


Belanja wefie, satu!


Us, with Sardeep Singh.


Kami spent time sehingga hampir sunset sebelum beransur pulang. I just love the sunset and the beach. Kalau dapat tengok sunrise lagi saya suka. Ketiga-tiga ini tidak pernah gagal dalam menjadi penawar hati saya. Asal hati gundah, asal cari ketenangan, mesti saya ke sini. Cari laut. Cari pantai. Cari ombak. How I always wish to have a home by the seaside supaya saya dapat ketenangan abadi. Asal hati bercelaru sedikit hanya perlu menguak tingkap dan melihat ke luar untuk melihat lautan, ciptaan Allah yang maha luas. Hidup ini sememangnya seperti lautan yang luas itu. It is really big. Dan terpulang pada kita sama ada kita mahu melihat perkara-perkara besar yang berharga itu, atau cuma pasiran yang terselit di celah jemari kaki kita.







Tuesday, April 22, 2014

KUL - PER - KUL


Kami baru sahaja pulang dari Perth, Australia semalam. Alhamdulillah, Allah telah memurahkan rezeki kami untuk menjejakkan kaki ke sana. Terpaling happy, of course lah dua orang budak kecil itu! Dalam beberapa hari sebelum pergi tu Myiesha asyik bertanya saja. Mummy, bila kita nak naik aeroplane? Mummy, bila kita nak pergi Australia? Apabila anak sudah faham, sudah pandai, lagilah kita rasa excited!


Our flight was on Thursday morning. 8.50am flight. We left home around 5.45am. Kami tidur-tidur ayam the night before. Tidak boleh tidur sebenarnya. Excited gila. HAHAHA. Saya tertidur dalam 3am dan terlajak bangun sudah almost 5am so mandi angkat barang terus gerak! As for the girls, the night before dalam midnight sudah mandikan mereka. So tinggal angkut masuk kereta sahaja. Myiesha macam agak pelik juga time mandi malam tu, siap pakai jeans pula, dia tanya "Mummy, kenapa malam pakai jeans?" Saya bilang, kan Myiesha nak naik aeroplane nak pergi Australia? Dia senyum simpul dan pergi tidur dengan patuhnya. I bet she must have had the sweetest dream that night!


Tiba sahaja di LCCT dalam 6.50am kami terus check in. Setelah mencampakkan beg masuk cargo, kami pun breakfast di Marrybrown. They were happy as always.


Happy little girls after breakfast


Our flight departed at 8.50am sharp as scheduled. The girls were very excited. Bukan the girls sahaja, mak bapak the girls juga, to be exact! Kami pun sebenarnya sudah lama plan hendak ke somewhere untuk melepaskan lelah after all the hard work, macam pergi beach ke apa for a few days. Dan kami tidak menyangka Allah merezekikan kami ke Perth pula.


The girls were just wonderful daripada take off sampailah arrival. Mereka bermain sesama sendiri, tulis-tulis, makan-makan, tengok luar tingkap, dan tidur! Kami pun sama. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa lebih kurang 5 jam 25 minit. Ini merupakan penerbangan paling panjang yang pernah kami naik, and we were a bit worried about the girls at first, yelah takut mereka boring ke apa. But Alhamdulillah everything was smooth all the way.


In the flight, just before taking off


Di Perth, kami telah menetap di rumah Makbesar. Makbesar adalah kakak sulung Maman. Makbesar berasal dari Singapore, sama macam Maman, tetapi telah migrate ke Perth hampir 20 tahun yang lalu, dan sudah menjadi warganegara Australia pun. Rumah-rumah di Perth kebanyakannya single storey. Kecil, simple dan cantik! Daripada luar ke dalam, designnya memang berbeza. Dan yang paling best, rumah-rumah mereka tidak ada gate, tidak ada fence dan tidak ada tembok berpagar bergerigi macam kita takut penyangak masuk. They live a very simple life. Tempatnya sunyi, tenang dan damai. Kalau kita duduk sana memang boleh simpan duit lah, sebab tidak ada entertainment sangat pun. Kalau baya-baya mak bapak kita duduk sana pula mesti dorang seronok sebab aman sangat. Tidak perlu dengar bunyi kereta ekzos besar. Tidak perlu dengar bunyi motor rempit tengah malam. Tidak ada mat-mat lepak bersidai. Kawasan perumahan di sini ada banyak padang luas di setiap kawasan perumahannya dan padang-padang tersebut dijaga rapi. Cantik gila boleh duduk boleh baring tanpa perlu beralas pun! Time ini cuaca adalah agak dingin dan bermusim luruh. Temperature dalam 20'C memang perfect sangatlah bagi mereka yang suka duduk dalam aircond 24/7. Kombinasi langit biru, mentari bersinar terang dan suhu dingin adalah sangat perfect. Best gila. Setiap hari bangun pagi tengok luar tingkap sure rasa semangat gila hendak memulakan hari!


Day 2


Our official jalan-jalan started on Day 2. Kami telah ke rumah Kak Ninin di Clarkson. Kak Ninin adalah anak Makbesar. We took a bus from Makbesar's home in Redcliffe to Perth City sebelum menaiki train pula. Train dia sama sahaja macam LRT kita. Cuma lebih panjang, lebih banyak gerabak dan lebih luas sedikit. Eh bas dia pun sama, tau! Sama macam kita punya bas RapidKL. Seat dia, design dia. Tetapi dia punya bas canggih sikit. Kalau ada OKU on wheelchair atau kanak-kanak dalam stroller, apabila bas itu berhenti, ia akan menyenget sikit untuk samakan ketinggian dengan bahu jalan. Selepas itu akan keluar macam satu landasan pendek menghubungkan bas dengan bahu jalan. Then OKU atau orang tua atas wheelchair boleh terus sahaja naik. Kita sendiri pun boleh terus tolak stroller anak-anak kita naik ke atas bas. Tidak perlu angkat-angkat. Bagi saya yang first time nampak memang macam advanced gila lah. Macam bagus juga, kan. User-friendly! Dalam perhati itu, saya gelak-gelak juga dengan Maman. Saya bilang pada Maman, nampak macam transformers pun ada! Silap sengetkan bas dan keluarkan landasan boleh bertukar menjadi Decepticon! Hehehe.


In front of Perth Underground train station

Arrived at Clarkson train station!

Two little girls walking from Clarkson train station to Kak Ninin's


Dari Clarkson train station, kami berjalan kaki ke rumah Kak Ninin. Dalam 20 minutes walk. Mengah juga, dengan panas terik jam 12 tengah hari. Tetapi disebabkan cuacanya yang berangin, tambah pula dengan suhu yang tidak terlalu tinggi, afternoon walk itu terasa nyaman sangat. Believe it or not, sepanjang 5 hari di sana saya langsung tidak berpeluh pun! Baju tidak berbau. Ketiak pun tidak berbau. HAHAHA.


Kak Ninin telah membawa kami ke Quinn's Beach yang letaknya hanya 10 minutes' drive dari rumahnya. Happy sangat! Disebabkan anginnya kuat di sini, ombaknya besar-besar dan ia telah jadi tempat tumpuan muda mudi untuk surfing. Memang meriah lah. Mentari agak terik di sini, tetapi anginnya tetap dingin persis aircond. So lepak lama-lama di sini pun muka tidak rasa berlengas. Best!


Oh cerita pasal ombak besar, laut di Quinn's Beach ini adalah sebahagian Lautan Hindi. Jadinya, kalau kita tengok di tepi-tepi laut ini pun anginnya sangat kuat dan ombaknya besar-besar, bayangkan sahaja betapa bergeloranya lautan di tengah sana. Melihat ke lautan yang terhampar, hati kami terdetik rasa sayu mengingatkan MH370.


Al-Fatihah.


With Kak Ninin at Quinn's beach


Selepas ke Quinn's Beach, kami ke Mindarie Marina. Kalau kamu familiar dengan Telaga Harbour di Langkawi, tempat ini similar sangat dengan Telaga Harbour. Ada banyak boat-boat putih yang cantik. Tepi-tepinya pula ada kedai-kedai makan.





Selepas berjalan-jalan di Clarkson, kami kembali ke Perth City. Perth City adalah sebuah bandar kecil. Kebetulan hari kami ke sana adalah Good Friday, jadi banyak kedai ditutup. We just walked around and took photos of the girls. Perth secara keseluruhan adalah sebuah tempat yang sangat bersih dan cantik. Paling suka tengok taman-tamannya yang terjaga rapi.


Berjalan-jalan!


Day 3


On the third day kami telah ke King's Park. King's Park adalah seperti Taman Tasik Perdana di tempat kita. Ramai orang mengambil kesempatan untuk berpiknik di sana. Yang berkeluarga, berpiknik. Yang couples, berdating. Yang budak-budak, bermain berlari ke sana sini. Tempat ini adalah sangat, sangat, SANGAT cantik! Breathtaking, bak kata orang putih. Myiesha dan Tihani pun suka datang ke sini.


Kalau kamu tanya saya apa yang kami makan sepanjang berada di Perth, I would say, home-cooked food. Agak sukar sebenarnya cari kedai makan halal di sini, lagi-lagi kalau first time datang dan ada saudara mara di sini pula. Apa lagi, melantak di rumah sahajalah! Hehe. Kedai kebab selalunya halal. Lainnya, kena pandai tengok / cari logo halal. Most of the time, kami tapau roti / kuih / drinks dari rumah sepanjang berjalan-jalan. Sampai rumah, makan nasi. Saving juga!


Berlari-lari di King's Park


Menikmati pemandangan yang sangat breathtaking





Selepas duduk-duduk menikmati keindahan King's Park, kami ke London Court. London Court ini sekali tengok macam Bukit Tinggi. Lorong ini menunjukkan secara ringkas bangunan-bangunan yang dibina pada lewat tahun 1930an. Di sini ada kedai-kedai souvenir, ada cafe, ada kedai chocolate. Di belakang London Court ini ada banyak lagi kedai dan shopping malls.


We got our souvenirs for family and friends dari kedai-kedai di belakang London Court ini. Kalau beli di kedai-kedai souvenir yang cantik memang mahal harganya. Cari kedai-kedai kecil, yang sesak dan sempit kedainya, dan penjualnya adalah foreigners - orang Afghanistan atau Jepun / Korean. Kedai-kedai begini selalunya souvenirsnya jauh lebih murah daripada kedai-kedai lain. Contohnya kalau kedai-kedai cantik jual magnets dengan harga AUD$ 9.90, di sini hanya AUD$ 2.90. Memang jauh bezanya. So bolehlah beli banyak-banyak!










Day 4


Hari keempat adalah aktiviti santai. Lantas kami ambil kesempatan untuk snap photos banyak-banyak di taman-taman cantik. Sebenarnya di tepi-tepi jalan pun kami boleh nampak rumput-rumput hijau dan bunga-bunga segar pelbagai warna. Di mana-mana pun boleh ambil gambar, dan bagi kami yang first time ke sini, semua tempat pun tampak cantik!


Since most of the time kami berjalan-jalan dan anak-anak tidak dapat their proper afternoon nap, kami selalu ambil kesempatan untuk menidurkan mereka di dalam bas. Then apabila tiba di destinasi, mereka sudah segar dan happy, thus the wide smiles!


Di sini semua basnya ada schedule dan ia tiba tepat pada waktu. Contohnya kami di Perth City hendak pulang ke rumah Makbesar di Redcliffe. Kami lihat schedule di bus stop dan tertulis bas akan tiba pada jam 5.08pm. Kalau masih ada banyak masa, kami boleh pergi jalan-jalan dahulu dan datang balik kemudian, sebelum 5.08pm to catch the bus. Dengan cara ini kami tidak akan buang masa menunggu. I think this is very systematic. Kita juga boleh ambil full schedule dan simpan jadi kalau hendak keluar ke mana-mana kita tahu pukul berapa hendak bersiap dan keluar, dan tidaklah tertunggu-tunggu dengan rasa yang tidak pasti. The same goes to the trains.









Mummy, are we done here?! *yawn*


Day 5


We did not go anywhere on our last day. Saya menghabiskan waktu pagi mengemas kain baju dan berbual dengan saudara mara. Our flight was at 4.05pm and we arrived at Perth International Airport at 2 plus, allowing us to have ample time to lepak a bit and buy some last minute souvenirs before taking off. Kami ambil kesempatan untuk menghabiskan segala syiling yang ada buying chocolates! Our flight was a bit delayed and we safely arrived LCCT at 9.45pm last night. Touch down sahaja terus balik rumah pekena Maggi sup perisa ayam perghh heavennya.


The 5 days in Perth was just magnificent, but the feeling of being back in KL is just great. Bak kata pepatah, Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kami peluang untuk melihat-lihat negara orang. Ok, sekarang mahu pergi cari nasi kandar pula. Hungry!





Monday, July 09, 2012

A Catch-Up Entry


There are lots of things that have happened in my life lately, and rasanya saya belum berpeluang untuk mengabadikan semuanya di sini. So, let us check it out!



Aadil's Cukur Jambul

Middle of last month, kami sekeluarga telah menghadiri Majlis Cukur Jambul Aadil Zikri. Aadil is our nephew. We reached there quite late since I was working that week. Ahh kerja lama dahulu harus kerja every 3 Saturdays. I love my previous job, only that walaupun have to work every 3 Saturdays, saya tetap selalu kena tukar dengan team mates because I always have events to attend. Macam majlis kahwin lah. Cukur jambul begini lah. Balik kampung lah. BFFs outing lah. Saya rasa orang pun semacam sudah menyampah dengan saya kerana asal my turn sahaja mesti menggagau merayu dengan team mates minta tukar as if it is always me yang ada hal every weekend. Tetapi sudah memang ada hal, hendak buat macam mana, kan? Tsk. T_T


Sekarang tidak lagi. Working on a Saturday is only when we really have many tenders coming in, and the due dates are catching up. And the best thing, it is considered overtime. Ahh heaven nya.


So alkisahnya, oleh kerana my turn falls on that particular Saturday dan semua orang sudah tidak mahu tukar dengan saya, terpaksalah saya menghadiri Majlis Cukur Jambul Aadil Zikri after work. Cousins semua bengang, tunggu lama since tengah hari kami tidak sampai-sampai. Last-last mereka pulang, dan kami tiba at around 5pm. HAHA. Mujur makanan masih ada, dan tetamu pun masih ada, so tidaklah kekok sangat. But the best thing of going to events pada petang hari sewaktu event sudah habis adalah, kami dapat lepak berbual panjang. I like this part the most! Yelah time tengahari, tetamu ramai. Tuan rumah pun mesti hendak layan semua orang. So masing-masing kena pandai bawa diri makan sendiri-sendiri.

 
I took this opportunity to berbual panjang with Zee. Zee is one of my favorite cousin on Mett's side sebab asal jumpa sahaja memang boleh berbual panjang. Since baru kahwin dahulu sampai sekarang. I think she is like a year or two younger than me, tetapi memang best lah berbual dengan Zee. Asal jumpa berbual rasa macam tidak boleh stop. Rasa macam tidak mahu balik. Rasa macam hendak tidur rumah dia. Hahaha. Mak selalu bilang, kami ini berpakat.

 
Mett and I got engaged in February 2008, Zee and Akmal got engaged several months after.


Mett and I got married in March 2009, Zee and Akmal got married several months after.


Mett and I got Farimyiesha in January 2010, Zee and Akmal got Nuriman Khalisa several months after.


But this time, Zee and Akmal got Aadil Zikri in February 2012, and we got Nur Tihani in March 2012.


Macam racing, kan? :)



Kami dua keluarga kecil.



Cousins, and friends.
Aadil Zikri, Nur Tihani, Nur Farwiza Afrina, and Ammar.




Nurul's Akad Nikah

 
My bridesmaid, Nurul Huda, got married to the love of her live, Khairul Izwan, last 29th June 2012. Saya siang-siang lagi sudah ambil leave for this event. Mett did too, but had to attend a meeting last minute, so saya pergi ke Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, with Maman, Daddy, Deehann, and my girls, at 9 am. I was all thrilled, apa tidaknya, Nurul is not only my bridesmaid when I got married, but also my sister, my best friend, my all.


I went to all of her majlis. Her akad nikah. Her reception at Keramat Mall, Keramat, on 30th June 2012. And also Izwan's reception at the Youth International Center, Cheras, kelmarin. But guess my hands were full with my girls so tidak dapat ambil gambar banyak, dan tidak dapat ambil gambar dengan pengantin also. So sorry, Nurul! But I hope you know how I love you all the same. Bukan love all the same, sahaja. Love you too much, actually!

 
I am glad you are now married to your high-school sweetheart, sama macam saya, HAHA, and I pray that hidup kamu berdua akan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Semoga kamu berdua bahagia bersama mengharungi kehidupan baru bersama sebagai suami dan isteri. A married life does not only come with many new responsibilities, but also lots of fun too! Tidak ada perkara yang lebih indah melainkan dapat hidup dengan insan yang kita sayang dan cintai. Married life will have lots of ups and downs, especially on the first couple of years yang mana kamu berdua akan baru mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, baru hendak mengenali each other, but I know you will do just fine, Nurul. I know when both of us are married now, kita tidak akan lagi rapat seperti dahulu. Rasanya kamu pun sudah dapat merasainya after I got married, kan. But no worries, I am always here for you sama sahaja seperti 17 tahun yang lalu. Via phone, SMS, email, Facebook, and I know you also know where to find me any other day sekarang, kan? You will always be my best friend, my sister, my everything, sama sahaja tidak ada bezanya.

 
Congratulations on your marriage, and I pray that you will find eternal happiness being a wife. Jadilah isteri yang solehah, whose life is dedicated to make your husband happy.

Oh, and I will wait for you to get pregnant together with you this time around! ;P





At Nurul's majlis akad nikah.
Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.



Myiesha enjoying her orange at Izwan's reception.
Youth International Center, Cheras.







Tihani, on the way back home.



Work, Currently


As for work, I am currently enjoying my new job to the fullest. Wah, sangat bersemangat saya pergi kerja setiap hari. The new routine makes me all energetic. I am still learning here. Banyak sangat yang perlu dipelajari since I have zero basic and knowledge in Oil and Gas. But I am learning fast, and help out a lot in printing and compiling the tenders. I am the youngest here. Mingling around with more elderly colleagues lebih kurang umur Maman adalah sangat berbeza dengan tempat kerja lama saya where most of them adalah hot, single, drop-dead gorgeous guys and girls. Ahaha. But I am all OK. My current colleagues adalah sangat-sangat baik dan tidak pernah lokek ilmu. I learn new things every single day, and I hope to catch up before my probation period expires.

 
The best thing about working here is about the pantry. The pantry? Sounds weird, kan? Tetapi fridge dan kitchen cabinet yang sentiasa penuh dengan makanan dan minuman membuatkan saya thrilled all the time. Ahaha. I got to know that this company allocates RM 1,000 to stock the pantry up every month, so bayangkan sahajalah berapa banyak makanan dan minuman yang ada untuk staff sesikit 4-6 orang di sini. Best gila, kan? In between working, selalu sahaja ada keinginan yang teramat sangat untuk pergi ke pantry and get something to munch. Ahh teruklah. I think I will gain 10kgs by the end of this month. Perut sentiasa penuh sahaja. I think I must vow not to touch anything in the pantry anymore starting this week. HAHAHA.

 
I do not pump milk during working hours anymore, since I am new, and I respect kesibukan dengan banyaknya tenders yang masuk sekarang. I pump milk in the morning, around 5 before I get ready for work. At 12 during lunch hour. Yes, we have lunch early here. And after work at 5pm, before I leave for home. I know the gap in between pumping sessions is obvious, but I am doing good so far, and I really hope this does not affect my milk supply although saya sudah melanggar peraturan demand and supply. What I can do now is just continue to eat good food, pump as much as I can, and pray, pray and pray, may I always have milk for Tihani, with Ramadhan just around the corner. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki ini buat Nur Tihani.







Membaham Durian dan Lepak Bersama BFFs


Semalam sewaktu hendak pulang dari rumah Mak, Mett showed me a BBM from KN, mengajak kami makan durian. Saya bilang, saya tidak ada hal! Apatah lagi durian is my favorite, and sudah lama tidak bertemu dengan BFFs. So haruslah saya tidak menolak! :D We went to have durian buffet at SS2 Petaling Jaya, near to Balai Polis Seapark. Memang ada one stretch of gerai durian di situ. Semuanya bertemakan Eat All You Can. Memang best gilalah tengok durian berlambak-lambak berderet-deret. Ada Musang King. 101. Raja Udang? Durian berperisa udang kah? Hahaha. Entah. Yang saya tahu, saya suka durian kuning yang manis. Asal kuning, asal manis, saya baham. Tidak kisahlah apa namanya.

 
We had a round or two of durians, bertemankan air kelapa. Apatah lagi dengan kawan-kawan baik, memang terbaiklah!
















 
Best gila berbual bergelak sakan. Lama betul tidak bertemu. My girls daripada fresh and excited, terus sampai tidak terlarat melayan Mummy Abi dia melepak. Tihani tidur. Myiesha pun tidur.




Had garlic cheese naan at Murni afterwards.
Yums!



Tidur dengan mulut comot minum Milo Dinosaur!





We parted ways at almost 7pm. Kami pulang ke rumah, kemas rumah, dan tidur. Beginilah hidup kami every week. Weekdays sibuk bekerja. Weekends pula harus rotate between rumah Mak dan rumah Maman. Like this week, kami tidur rumah Mak. Next weekend pula tidur rumah Maman. Beginilah hidup kami saban minggu bergilir-gilir sampailah Encik Jamil mampus. HAHAHA. Then kalau ada masa terluang, attend weddings, events, dan melepak dengan BFFs sedikit. Then kalau ada masa terluang lagi sedikit, harus menggelupur pulang ke rumah kemas rumah sedikit lebih kurang. And I am blessed to have Mett as a husband. Dia sangat rajin tengokkan anak-anak ketika saya kemas rumah. Tidak pernah menolak jika diminta tolong jemur kain. And you know, yesterday he even helped me out with melipat kain! Omg rasa macam tidak percaya. Haha. But I know he is also trying his best to be the best husband and father every single day, as how I am trying to be the best wife and mother every single day. Thank you, Sayang. I so love you for that.


Then selepas selamat semua, saya pun ter-Babooommm dahulu di hadapan TV dengan Mett masih melayan Myiesha tengok Pingu on YouTube. Mengantuk gila, siot! But since saya sudah terbabas tertidur siang, I will wake up early like this at 3am to update my blog. OK lah, kan? Baru hidup seimbang. :D


OK it is already 5 in the morning and I have to go pump milk and get ready for work. Have a great Monday, everyone! And have a great week ahead. Tidak mahu Monday blues, OK? ;)

Tuesday, June 12, 2012

Life as a Breastfeeding Mother - My First 2 Weeks at Work


Oih lamanya tidak update blog! Rindu rindu rindu! Mana HJ? HJ ada sahaja di sini. Jika anda Halo saya di Twitter, pastinya saya akan reply. Kalau bukan siang, malam balik kerja mesti saya check. Cuma Facebook dan blog agak lemau sedikit. Bukan lemau apa, to be honest, saya masih belum dapat settle down. Lamanya settle down? Haah sikit punya lama. Entah apa yang penat. Entah apa yang haru biru. Entah apa yang tunggang langgang. But hidup saya memang hectic gila. Entah mana datang kudrat, entah mana datang letih penat mengantuk melampau-lampau. Semua saya tidak tahu. Yang pasti, saya memang sudah hampir jadi zombi. Itu sahaja yang pasti.


Saya ingat saya akan cool. Tetapi apabila sudah beranak dua, tambah lagi dengan milk pumping all the time, memang susah sedikit lah hendak cool. Contohnya macam tadi balik kerja saya rasa macam hendak terberak sangat. Sebaik sahaja sampai di rumah, time itulah breast keras gila macam lesung batu minta dipam. Time itulah Tihani menangis melalak-lalak hendakkan susu. Time itu jugalah Myiesha berlari serata rumah menjerit Mummy! Mummy! Mummy! Mummy! Mummy! macam CD sangkut. Menggagau juga saya dibuatnya. Sudah halfway masuk jamban, terpaksa keluar balik panaskan susu Tihani dalam air suam. Tuangkan orange juice untuk Myiesha. Selepas itu masuk jamban balik. Boleh eh macam itu? Boleh! Boleh lagi Mett yang ditugaskan tengokkan budak-budak itu sepanjang ketiadaan saya. Macam tangan octopus kot, kasi Tihani minum susu botol sambil tengok-tengokkan Myiesha yang terhoyong-hayang ke sana sini dengan cawan orange juice dia itu. Cannot imagine! Hahaha.


Belum lagi cerita saya di office keluar masuk Call Center pasang buka pam susu setiap 3 jam. Belum lagi cerita saya naik turun bas dengan pump bag, cooler bag segala. Belum lagi cerita sampai rumah, macam-macam tugas lagi menunggu.


Belum pun waktu it is time to call it a day, saya pun sudah tertewas dengan katil dan bantal. Ada masanya, saya ke mana, rumah ke mana. Ada masanya saya pejam sahaja sebelah mata, buat don't know dengan lantai rumah yang macam bercanda di pasiran pantai. Ada masanya saya pejam sahaja sebelah mata, buat don't know dengan pinggan mangkuk cawan penuh di dalam sinki. Ada masanya saya pejam sahaja sebelah mata, buat don't know dengan kain baju di atas sofa tidak berlipat. Setiap pagi suami isteri menggelabah cari spender dalam gunungan baju. Belum lagi masuk kisah menggelabah cari mitten Tihani sebelah jumpa sebelah tidak jumpa. Ahh. Tension!


Namun selama mana saya dapat pejamkan mata. Lambat laun sakit mata. Sakit hati. Sakit jiwa. Hendak paksa diri kemas, sakit badan. Penat kerja sepanjang hari. Kalau tidak paksa diri kemas, sakit mata. Asyik menangis sahaja mengenang hidup yang tidak seperti orang. Hendak tidak hendak, semuanya perlu dilakukan. And I do mean, semua. Yes, suami memang membantu. Mett memang ringan tulang. Kalau diminta tolong tengokkan anak-anak, kalau diminta tolong jemur kain, kalau diminta sapu rumah buang sampah, dia memang tidak pernah menolak. But as for the rest? Harus juga diri sendiri ini yang lakukan. Walau tinggi mana belajar, walau besar mana gaji bekerja, kerja rumah masih kerja isteri. Memang boleh ambil maid. Or part-time cleaner. Tetapi kepuasan itu masih datang daripada dalam diri sendiri. Apabila diri sendiri kemas ikut cara diri sendiri, apabila keluar peluh daripada badan diri sendiri, that is when the satisfaction comes. Saya paling suka at the end of the day, apabila badan penat tetapi tengok rumah cantik dan kemas, that is the best feeling ever. Puas!


Oh cerita pasal jemur kain, baru sekejap ini saya bawa keluar satu bakul baju dari washing machine. Saya letakkan di tepi sliding door. Kemudian saya bilang Mett begini. Sayang, Sayang tahu satu benda tak? Kain-kain ni semua bilang I, dorang rindu sangat kat Sayang. Nak minta Sayang jemurkan. Mett senyum lalu tergelak. Sudah psycho agaknya bininya ini. :P


Namun dalam kemalasan saya itu, saya masih perlu gigih bangun malam, awal pagi, atau bila-bila sahaja yang tersedar daripada tidur untuk pam susu. And as I said before, selepas pam susu, saya akan pergi ke dapur untuk cuci pam. Mata daripada terpejam, terus sahaja menjadi segar, membuatkan saya start my day as early as 4 or 5 in the morning every single day. Except for weekends saya akan tidur balik. Heheh. Saya memang tahu boleh sahaja kalau saya mahu simpan alatan mengepam semuanya di dalam fridge for the next session, tetapi entahlah, still rasa macam hendak cuci juga. So begitulah hidup saya saban hari. Committed sungguh. Sampai ke hari ini saya rasa macam masih tidak percaya. But guess when you enjoy doing something, benda yang susah pun terasa senang. Tetapi sekarang ini, saya bukan lagi enjoy doing it. Saya sudah jadi passionate. Sudah jadi addicted. Asal breast keras sedikit, mesti cari breastpump at any time of the day. Sudah macam ketagih candu pula.


Atas kesibukan-kesibukan inilah, saya selalu sahaja rasa letih sekarang. Asal ada time, asal ada kesempatan, harus saya ambil kesempatan untuk tidur awal. I need my beauty sleep. HAHAHA. Saya memang belum dapat settle down. Kali ini memang agak mencabar sedikitlah. But I am doing my best untuk memastikan semuanya terjaga. Makan pakai suami. Makan pakai anak-anak. Keperluan mereka. Juga keperluan saya sendiri. Keperluan tubuh badan saya untuk menghasilkan susu setiap hari. I need rest. I need good food. I need to be happy. Happiness is my biggest milk booster. Asal sahaja saya gembira, asal sahaja weekends berjalan-jalan ke sana sini, breast cepat sahaja penuh dengan susu-susu kegembiraan. I so love it!


Same goes apabila saya di office. Yes, ada masanya memang stress. Bukan ada masanya, memang sepanjang masa lah stress. Stress dengan boss tidak pernah putus menjerit CALL WAITING! Stress dengan emails. Stress dengan customers bukan-bukan. I go for lunch break at 3PM everyday. Tetapi best juga, sebab habis lunch break sudah jam 4. Sudah petang. Sudah hendak pulang. Wee! Hahaha. Dan best juga, because I can take time to pump milk in the surau. Tidak perlu pam sambil bercakap dengan customers gila yang bukan-bukan itu. Most of the time, customers cakap lebih lama daripada jangka waktu saya pam 20 minit. Rasa macam hendak sahaja bilang, Err Mr. Wong, I need to keep my milk in the refrigerator. Do you mind holding the line? AHAHAHA hendak mampus?


OK cukup-cukuplah cerita pasal susu, HJ. Nanti orang menyampah pula. Hahaha. Sorry lah, ya. It is my current obsession. As for other stories to share, 2 minggu yang lepas saya dan family telah pulang ke Singapore untuk menziarah Nenek yang tidak berapa sihat. Rasa best sangat dapat spend time dengan Nenek, Kakak Rau, Abang Nazri, and Iman Naqi. Yang paling best haruslah murtabak Zam Zam yang sedap gila itu! Auw tidak puas makan. Kakak Rau and Abang Nazri beli 10 keping murtabak for all of us, siap boleh tapau balik makan kat hotel for dinner pun still tidak puas. Sedap sangat! Dapat berbual dengan Kakak Rau, walaupun tidak lama tetapi cukup untuk menghilangkan kerinduan di hati. Sejak kecil lagi, saya sangat rapat dengan Kakak Rau. Jarak usia yang hanya 2 tahun itu, tambah lagi dengan hidup kami yang lebih kurang sama, married with 2 kids, buatkan hubungan kami tambah erat. Dahulu sewaktu kerja di Singapore, asal off day mesti tidur rumah Kakak Rau. Nanti kami akan berbual daripada malam sampai pagi tidak tidur-tidur. :)


I do not know when I will update my blog again, but I will always try to find time to write. I will try to find time to write. I will try to find time to go bloghopping. I will try to find time to update my status on Facebook. Ya Allah, serious masa sangat mencemburui saya sekarang. But I will try. I really, really hope that I will settle down soon. Rasa macam sudah lama sangat take time namun hidup masih tunggang langgang. I hope that I will be more committed and consistent in managing my life so that I will feel happier.



Kami adik beradik with Nenek!
Deehann. Zariel. BN. Tihani and I.
Saya kakak first, tetapi saya paling kecil, kan? Heheh.



With Kakak Rau, Abang Nazri, and Iman Naqi. :)



Almost all of us!





Singgah di Danga Bay sebelum pulang ke KL.



Myiesha and Tihani's Tok and Ani.



Sempat singgah di Johor Premium Outlet jalan-jalan.
And had Baskin Robbins ice cream.
I love!