Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label Farimyiesha. Show all posts
Showing posts with label Farimyiesha. Show all posts

Monday, May 04, 2015

How to Stop Your Kids From Depending Too Much on the iPad / YouTube

Our Unifi billing has a bit of problem since months ago. 6 months, to be exact. The normal RM 198 charge every month tiba-tiba mencanak naik menjadi 500 plus, 700 plus and sometimes even 900 plus for no reason. Saya yang sememangnya paling-paling-paling benci paperwork, follow up and making complain calls, akhirnya terpaksa berbuat sesuatu memandangkan Unifi ini adalah di atas nama saya. Kalau di atas nama Mett, sudah lama saya buat tak tahu. Lantaklah, pandai-pandailah handle sendiri. Potong pun tak apa, tak hairan.


Ye ke tak hairan? Sudah macam hendak menggelupur tanpa internet sahaja nampaknya. HAHAHA.


And yeah, after a few months ignoring those figures on my bills, satu hari balik kerja tengok-tengok internet was suspended. First sekali haruslah terperanjat. Selepas itu rasa marah pun datang. Yelah kita bayar every month consistent tiba-tiba potong ni apahal? Yang tiba-tiba charge beratus-ratus entah mana datangnya apahal? Terus call Unifi helpdesk. Check-check-check, oh tersalah bill. Figure captured dari entah mana terus masuk ke bill saya pula. Mereka bilang akan escalate for investigation, adjust dalam billing cycle akan datang dan semua ini akan settle dalam masa kira-kira 90 hari. Selepas tu, saya tanya bila pula internet saya akan kembali disambungkan? Mereka bilang saya kena walk in pergi bayar current bill di mana-mana TM Point, selepas itu barulah mereka akan sambungkan balik.


I was like, WHAT? AWAK TAHU TAK SAYA NI BEKERJA, MANA ADA MASA NAK WALK IN? DAHLAH TAKDE TM POINT DEKAT-DEKAT TEMPAT KERJA / RUMAH SAYA PUN! PASANG JELAH SEKARANG, SAYA ADA KERJA NAK BUAT MALAM NI, NAK KENA SUBMIT ESOK! SAYA TAK KISAH AWAK PASANG JUGAK SEKARANG KALAU TAK SAYA TAK LETAK TELEFON NI! MANA MANAGER AWAK, KASI SAYA CAKAP DENGAN DIA. SIAPA NAMA AWAK, SAYA NAK HANTAR EMAIL KAT MD AWAK!


Sebenarnya drama je lebih. Bukannya tak boleh singgah TM Point UTC yang selalunya buka sampai malam tu. Seronok jerit pekik kat orang customer service after years kena jerit pekik macam tu dulu masa kerja customer service. Pakai balik ayat yang customer selalu gunakan pada saya. Rasa best juga. Lain kali boleh try lagi. Hahaha.


Letak telefon, tengok-tengok internet sudah ada. Taraa..~ Tidak sia-sia jerit pekik. Thank you.


But it did not ended there. A few months later, complain saya masih dalam proses escalation / investigation, bill masih beratus-ratus, dan kemudiannya internet kena suspended lagi. A few times juga. Selepas suspend, sambung. Kemudian bulan akan datangnya, suspend lagi. Dipendekkan cerita, finally saya ke TM Point UTC buat aduan bertulis barulah mereka betul-betul adjust. Haihh. Apalah guna call center kalau tidak boleh berbuat apa-apa? Such a disappointment betul.


So a few months tanpa internet on and off itu, saya mula explain pada anak-anak yang kami tidak ada internet. Pada mulanya mereka minta juga iPad, minta buka YouTube. But I showed them we really do not have internet. Apabila buka YouTube, screen hitam, tidak boleh load. Apabila mereka nampak sendiri, mereka faham. I told them, it will be resolved soon, tetapi ambil masa sedikit so don't know when. Yang pada masa itu memang saya pun tidak tahu when, pernah sekali mereka suspend sampai sebulan pun, yang sebelum last saya terus ke TM Point UTC tu. Since then, mereka tidak minta untuk tengok YouTube lagi. Ada masanya apabila teringat, mereka tanya. But I said not yet. Dan setiap kali saya bilang not yet, mereka okay. Mereka ambil toys dan main bersama. Melihatkan mereka main bersama dan tidak bertanya tentang YouTube lagi, saya tiba-tiba rasa lega yang amat. Rasa macam Wow, memang betul-betul boleh jadi (anak tidak tengok iPad) rupanya ya? Ingatkan dalam mimpi je.


So how to stop your kids from depending too much on the iPad / YouTube? 


First and foremost, stop offering it to them. Yang saya perasan, kesilapan terbesar parents adalah dengan selalu offer untuk beri mereka tengok iPad. Macam kalau masuk kereta, tanpa mereka minta pun, kita sendiri yang keluarkan dan kasi mereka tengok. Same goes kalau berada di kedai makan. Atau sedang berjalan-jalan. Atau di tengah-tengah family gathering. Sampai sahaja, duduk, terus spontan keluarkan iPad untuk mereka. The hurtful truth is that we need some quite time without their interference. Macam tidak mahu mereka bising melalak minta itu ini sewaktu Mett sedang drive. Atau tidak mahu mereka turun daripada high chair berlari ke sana sini sewaktu di restaurant. Atau tarik baju kita minta itu ini sewaktu sedang berbual dengan family members di gatherings. Rasanya kebanyakan parents pun macam tu, kan? Tetapi kalau betul kamu hendak anak-anak kamu berhenti menatap iPad 24/7 demi untuk kebaikan mereka sendiri, stop offering it to them. Sekarang ini sejak Unifi on and off, dan kami bilang anak-anak internet pun sudah off permanently, we are amazed of how our lives change 100%. Sekarang ini asal naik kereta, kami akan 'berkaraoke' bersama-sama. HAHAHA. Loudly, happily and excitedly, ok? Mett pun rajin download latest songs burn dalam CD untuk kami dengar sama-sama dalam kereta. Sesekali apabila sudah penat 'berkaraoke' kami akan cool down dan berselawat dan baca surah-surah lazim bersama-sama. Myiesha sejak bertadika agama ni, rajin betul berselawat dan ulang baca surah-surah lazim. Kadang-kadang time main-main pun spontan baca sendiri. Tihani pun terikut-ikut. Seronok tengok. Mummy pun okay je follow sekali.


As for kalau di restaurants, selalunya saya akan busy suap mereka makan dan kalau mereka makan sendiri, saya akan cari topic untuk berbual dengan mereka. Same goes kalau di family gatherings. The absence of the iPad buatkan mereka lebih ligat bermain dengan cousins and friends. Sampai berpeluh-peluh berlengas masam! Sebenarnya apabila tidak ada iPad ni, banyak sangat activity lain yang boleh dilakukan oleh budak-budak ni, cuma kita parents sahaja yang selalu ada mindset 'Eh nanti dia boring, eh nanti dia meragam, eh nanti dia merengek'. Tak adalahhhhh. Serious! First sekali mindset kita kena ubah dahulu. Kita kena positive. Kita kena yakin. Kalau kita was-was, kalau kita tidak confident, kalau kita suspend, muka cuak sahaja, mesti sekejap lagi anak kita akan baling cawan di restaurant dan kemudian berlari berdesup masuk bawah meja orang. Seriously. Kita parents kena cool. Kena sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kena take charge. Kena fikir, hey I'm the mom here. Nothing's gonna go wrong. Macam tu! So what do my girls do now without the iPad? They can spend hours playing Play Doh together, create lotsa good food. Hari-hari buat makanan dengan Play Doh kasi Mummy 'makan'. Kadang-kadang Mummy sibuk di dapur pun mereka sanggup ulang alik dari hall ke dapur semata-mata hendak kasi Mummy 'makan' setiap makanan yang mereka cipta. Hebat, tau! Mummy pun hebat juga, sambil goreng ayam, dengan sudip di tangan, dengan minyak meletup-letup daripada kuali, sempat juga mendekati mereka seketika buat-buat rasa ice cream pelbagai topping yang mereka cipta sambil buat muka seperti ice cream berperisa syurga paling sedap yang pernah dinikmati, sebelum kembali menghunus sudip membalikkan ayam goreng.


At other times, they do colorings together. They play Barbie dolls together. They play tea party together. Macam-macamlah. All kinds of things. Ok je. Tidak ada pun merengek, meragam, boring. Tak ada. Yang penting, kita kena selalu ada untuk entertain mereka time mereka perlukan attention yang sedikit itu. Seperti contoh tadi, rasa 'masakan' mereka 89 kali sehari dengan muka paling syurgawi.


But what to do kalau mereka merengek jugak?


It will sure happen at the initial stage, at the first few mornings tanpa iPad. Masa ini paling kritikal, dan masa ini paling kita tidak boleh give up. My suggestion is, give them lots of love. Kita parents seringkali penat, seringkali sibuk dengan pelbagai perkara daripada kerja sampai ke household chores sampai ke financial and expenses, tetapi jangan pernah jadikan itu alasan untuk give up. Kita mothers kena sentiasa strong, kerana kitalah tunggak keberjayaan sesebuah institusi kekeluargaan. Give the children lots of love. Spend as much time with them. Like me, I love having talk-sessions with Myiesha, memandangkan Myiesha sudah pandai bercakap dan bercerita tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. I will sit down dengan sesofa kain untuk dilipat dan bilang padanya, Ok Myiesha, let's talk. Myiesha nak cakap apa dengan Mummy? Ha nanti dia cakaplah pasal sekolah dia. Pasal kawan-kawan dia. Pasal toy yang dia nampak kat Toys 'r Us hari tu. Pasal weekend depan dia nak pergi mana / buat apa. She can really talk for hours. Sampai last-last sudah habis lipat kain, dia tanya lagi, Mummy, Myiesha nak cakap lagi boleh? Then I will say, Dahlah, Mummy nak masak! Then she will laugh sebab dia tahu saya gurau, dan dia pun main-main, then she will go and play with Tihani. As for Tihani pula, dia belum pandai bercakap sangat pun, so kalau dia mengamuk atau menangis, I love to hug her tightly first. Anak-anak ni kalau mereka mengamuk atau merajuk, atau kita marahkan mereka, make it a habit to hug them immediately. Jangan biasakan biarkan mereka menangis seorang-seorang sampai berhenti sendiri macam lantaklah kau kat situ. Jangan. Budak-budak ni mereka sebenarnya tidak mahu apa-apa melainkan perhatian kita sebagai parents. I believe a hug bukan sahaja sangat effective to calm them down, tetapi juga membuatkan mereka rasa disayangi, dan membuatkan mereka faham kita marah mereka untuk kebaikan mereka sendiri. It is like kita marah sebab kita sayang mereka, bukan kita marah sebab kita benci mereka. The power of hug ini adalah sangat hebat. Cuba nanti sekali apabila di mall apabila anak merajuk berguling atas lantai sebab tidak dapat toy yang dia nak, tarik dia kuat-kuat ke dalam dakapan dan peluk dia. At first mungkin dia meronta sebab dia marah, hey Tihani pun kalau merajuk dengan saya adalah tersangat diva, okay? Suka tepis-tepis tangan Mummy. HAHA. Tetapi walau bagaimana mereka tolak atau tepis, in the end, pelukan seorang ibu juga yang mereka mahukan. Percayalah. Dalam segala tantrum, dalam segala jerit pekik, mereka cuma mahukan sedikit perhatian. Kerana itu kalau kamu pernah lihat anak-anak dalam trolley / stroller yang melalak kuat-kuat dari tingkat atas sampai tingkat bawah non-stop, dan mak dia buat tak tahu saja, kenapa dia macam tu? Sebab mak dia ignore dia, for god's sake! Cuba kalau take a minute peluk anak itu, duduk menghadap dia, beritahu kenapa tidak boleh beli toy itu, dan apa solution lain yang ada, for sure dia akan okay. Talk to them, explain to them. Treat them like adults, and they will treat you with utmost respect.


Pernah juga nampak seorang budak berguling di lantai, dan mak dia berdiri sebelah sibuk belek handphone. Tidak tahu hendak ketawa ke menangis.


Oh back to cerita iPad, apa kesan positive terbesar yang saya dapat lihat? My girls go to sleep at 9.30pm every night! Auwuwuwuwuwuwuw. Happynya sampai rasa nak nangis. Seriously. Nap selewat 4.30 petang dan bangun selewat 7.30 malam pun still boleh tidur paling lewat pun pukul 10. I am a happy Mummy! Dahulu apabila sedang gila YouTube, mereka tidur paling awal 12.30am dan paling lewat, saya pernah tidur dan terjaga balik 3.45am Tihani masih menghadap iPad tidak tidur-tidur! Terpaksa marah dia kaw-kaw sampai menangis tersedu-sedu baru tidur. But I feel bad lah. Kenapa kena marah kaw-kaw sampai dia menangis kan, padahal salahnya daripada saya jugak. Tsk. Okay menyesal. So now no more iPad. Sharp 9.30pm, saya baringkan mereka dengan saya berbaring tengah-tengah tepuk mereka berdua sampailah mereka tidur. Sebab every night mereka mesti mahu sleep with Mummy. Kalau saya sedang di dapur atau doing the laundry pun semua kena drop dulu sebab Myiesha atau Tihani mesti akan bilang, Nak sleep with Mummy! Haih manjanya tak ada Mummy tak boleh tidur lah eh? So saya akan pat mereka dan usually dalam 15 minutes, paling lama pun setengah jam mereka akan tertidur. Best gila. Selepas itu I have all the time for myself. Basically mungkin there is nothing more to do, jadinya mereka lebih mudah tidur. Kalau ada iPad, mungkin mereka asyik fikir oh lepas tengok cartoon ni, nak tengok cartoon tu pulak. Lepas cartoon tu, cartoon lain pulak. So bersambung-sambung until the end pun tak tidur.


So adakah saya akan try kasi iPad balik pada mereka? Yes, I have plans to. Tetapi mungkin buat macam on a once a week or twice a week basis. I do not believe in everyday tetapi sekejap-sekejap, rasa macam takut tidak boleh handle, nanti in the end terkasi kuasa veto balik pula. Sebab kalau battery habis mereka pandai charge sendiri. So I think maybe twice a week should be okay, masih sedang fikir hari apa. At least they still have access to their favorite nursery rhymes, masih boleh dapat unlimited access to Peppa Pig series, masih boleh gelak sakan tengok Masha and the Bear. Saya percaya banyak yang mereka dapat belajar daripada internet dan YouTube and it is unfair to totally cut it from them apatah lagi dalam zaman IT ini. Cuma kita parents kena selalu belajar daripada kesilapan dan tahu bagaimana hendak bataskan anak-anak kita daripada penggunaan yang melampau.


Taking the iPad away from our children's hand means mereka akan perlukan sesuatu yang lain untuk mengisi masa lapang mereka. And that surely means they would need more attention from us parents. Kerana itu apabila kita buat keputusan untuk tidak lagi berikan iPad kepada mereka, kita mesti come up with a plan, apa hendak buat untuk mengisi masa terluang mereka. Or better still, apa yang boleh dibuat bersama-sama. My girls, walau apa sahaja yang mereka buat, regardless buat burger daripada Play Doh atau main tea party, macam mana pun mereka tetap hendak saya participate, walaupun hanya dengan mencuri seminit dua daripada waktu menggoreng ayam. I know they would always appreciate more, dan saya akan selalu cuba cari masa untuk diluangkan untuk bermain dengan mereka after I have done with my chores. Cumanya as a working mom dan bertemu anak-anak hanya pada waktu malam, perlu pula juggle dengan cooking and laundry, saya tidak dapat luangkan masa sebanyak yang mereka inginkan. Hopefully saya mampu, one fine day, apabila Allah bilang yes kepada doa saya yang tidak pernah putus untuk menjadi seorang stay-at-home-mom.


InshaaAllah.

Saturday, January 03, 2015

Terima Kasih, Pak Cik Din

Kalau hendak cerita tentang kindy-hunting Myiesha, I honestly do not know where to start. Secara jujurnya, it all started last year. Eh bukan last year, last year adalah 2014. It actually started in 2013, sewaktu umur Myiesha tiga tahun hendak masuk empat tahun. Everyone just know the ideal age to start kindy is at the age of four. Tetapi memandangkan usaha pencarian kindergarten buat Myiesha sekadar melepaskan batuk di tangga, ditambah pula dengan kemalasan saya hendak potty train anak kecil itu (kesian dia!), Mummy has decided untuk postpone setahun lagi. Bukan hanya kerana Myiesha belum bersedia, tetapi Mummy juga belum bersedia. Masih mahu berangan ibu muda beranak kecil-kecil lagi. HAHAHA.


So sepanjang tahun 2014 saya telah mengambil initiative untuk potty train Myiesha, which only took 2 weeks actually to be completely diaperless siang dan malam. Alahai cerdik sungguh anak saya, nampak sangat saya sahaja yang malas. Pfft. Ditambah pula dengan latihan-latihan selingan seperti beristinjak selepas ke tandas, pakai baju sendiri, pakai seluar sendiri (yang selalunya saya terbalik-terbalikkan biar dia pandai betulkan sebelum pakai. Yelah nanti di sekolah tanggal panty bergulung-gulung, haruslah pandai skill untuk memperbetulkan keterbalikan juga, kan?). Selain itu, we tried to have a few reading and writing sessions together yang selalunya skip sahaja sebab Mummy selalu balik kerja exhausted dan penuh moody. Oh sekarang sudah tidak moody dah. Sekarang sudah happy dan positive hingga rasa seperti bisa berjalan atas awan! Cerita ini akan diceritakan di entry seterusnya, ya! In shaa Allah! So rasanya latihan-latihan Myiesha to prepare herself for school kebanyakannya pasal cara pergi toilet, beristinjak dan pakai seluar sahaja. HAHAHA. Selainnya dia ok, kot. Memang sudah pandai makan sendiri. Berjalan. Berlari. Menulis. Bercakap. Bercakap tidak perlu suruhlah, asal perut kenyang sahaja, radio akan dihidupkan secara automatik! 


Tetapi hendak dikatakan rajin sangat survey pun tidak juga. I started in October last year rasanya. Start dengan telefon sahaja. Time itu asal call tadika sahaja, kena gelak. Either pendaftaran sudah ditutup, atau class sudah penuh, atau diperli "Eh patutnya kena daftar awal! Ni dah bulan berapa niiiiii?" Ya! Ya! Saya tahuuuuuu! But it seems like kindy-hunting ini bukanlah sesuatu yang interesting bagi saya. Yes, I do want the best for my girl. Kalau diajak berbincang, banyak sangat idea yang keluar. Mula-mula hendak yang sangat modern - ada ballet class, swimming class segala. Selepas itu fikir, best juga kalau dia boleh belajar Mandarin juga. Sekarang ini kalau tidak tahu Mandarin susah hendak dapat kerja! Tetapi selepas itu fikir, eh kenapa pula modern sangat, lebih baik cari yang Islamic. Islamic and English medium. Yes. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Cewahhh. We spent weeks surveying. Dari Little Caliph ke Genius Aulad ke Brainy Bunch. Kami ada juga survey tadika-tadika kerajaan, antaranya PASTI dan Tadika Islam di bawah MAIWP. 


Kalau ditanya tentang tadika swasta, saya seperti suka pada Genius Aulad. Tertarik pada guru-gurunya yang telah menyapa saya dalam Bahasa Inggeris sewaktu saya pergi tanya-tanya. Saya sedang duduk tanya tentang yuran pada bahagian admin apabila tiba-tiba seorang guru menyapa saya - How did you know about us? Cewah! First impression yang sangat impressive! Tadika-tadika swasta lain semua cakap Bahasa Melayu dengan saya. Of course lah, takkan tiba-tiba hendak skipping London pula nanti macam buang tebiat, kan? HAHA. But that teacher's attempt betul-betul mencuri hati sayalah. Tiba-tiba rasa macam confident gila hendak hantar anak ke situ. Cewahh. 






Dan kalau ditanya pada saya tentang tadika kerajaan pula, entah macam mana hati saya tertarik dengan Tadika Islam bawah MAIWP yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Saya tertarik kerana ia menepati beberapa kriteria yang saya mahukan. First of all, ia terletak di atas tanah (landed property), siap ada padang kecil dan outdoor playground, berbeza dengan kesemua tadika swasta yang saya pergi yang terletak di shoplots dan di tingkat 2 dan 3 pula. Mana hendak dapat physical activities dan fresh air pula. Secondly, ia terletak di dalam perkarangan masjid, yang saya harapkan Myiesha dapat membesar dalam suasana serba Islamic yang spontan. Mungkin dapat dengar alunan bacaan Al-Quran sepanjang hari dan tengok orang keluar masuk solat dan membawa telekung. Sudahlah kawasan rumah saya semuanya berbangsa cha ya nun alif dan foreigners, saya rasa bagus juga bawa Myiesha kembali ke suasana Islamic yang sepatutnya.


Saya ada call tadika ini bertanya kalau-kalau masih ada kekosongan untuk kelas 5 tahun, tetapi diberitahu yang pendaftaran sudah ditutup sejak bulan September lagi! Saya di-forward ke cawangan lain yang masih ada kekosongan, yang mana saya tetap isi borang tetapi halfheartedly sebab cawangan itu terletak di shoplot (again).






So sekarang Myiesha masuk tadika mana? Tadika swasta atau tadika kerajaan?


Haaaaaa. Mari saya hendak cerita.


Alkisahnya, pada suatu petang yang damai, on the way pulang daripada survey private kindies, kami singgah di tadika itu. Tadika idaman saya inilah, yang ada outdoor playground bagai. It was end of November dan waktu cuti sekolah. Obviously tadika ini pun tidak bukalah, kan? But Mett pestered me to get out of the car dan pergi tengok-tengok. So seperti orang tongong disorongkan idea langsung tidak bernas, saya turun dari kereta dan meninjau-ninjau tadika itu. And as expected, memanglah tadika itu tidak buka punnnn! Call pun tidak ada orang jawab! So saya pun berpatah balik ke kereta. On the way patah balik ke kereta, saya terserempak dengan seorang lelaki separuh umur. Saya beri salam dan buat-buat tanya tadika tak buka ke hari ni? Dia bilang, tak. Cuti sekolah, kan? Ya saya tahu tetapi suami saya suruh saya turun kereta terpaksalah saya buat-buat tengok juga. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Pak Cik Din. Dia bekerja di situ katanya. Kerja di masjid atau kerja apa, saya tidak tanya. Pak Cik Din minta saya berikan nombor telefon saya padanya. Dia bilang kalau dia nampak ada cikgu datang tadika, nanti dia call saya. Dia tanya serba sedikit juga macam anak saya umur berapa, hendak masuk tahun bila. Saya bilanglah, umur 5 tahun 2015 ni. Dia bilang, ok. Nanti dia call. Saya ucap terima kasih lalu pergi. Dalam hati tidak berharap pun sebenarnya. Yelah, orang kita tidak kenal, kan. Ada rezeki, adalah. In shaa Allah.


A few days after that, pada suatu petang yang damai juga, Pak Cik Din call saya. Dia bilang dia sudah ambilkan borang. Memang pendaftaran sudah ditutup pada bulan September (dan pada masa dia call pun sudah early December!), tetapi dia minta tolong dari pihak tadika, diberikan alasan - untuk cucunya katanya. My heart skipped a beat. Terharu rasanya. Orang yang kita langsung tidak kenal membantu kita to that extent? Pak Cik Din tanya serious tak ni, kalau serious cepat collect borang daripada dia dan cepat-cepat submit. Sudah tidak banyak masa ni. Saya bilang, OK. Saya terus call Mett dan ceritakan padanya. We collected the form from Pak Cik Din the next day, got all the documents ready dan submit pada Isnin berikutnya. Dalam submit itu pun Mett dan saya masih bersedia dengan Plan B, which is Genius Aulad. We did not know if luck was on our side. Sudahlah kami terlewat, selepas itu main submit borang sahaja tidak ikut tarikh. Kami bertawakal sahaja, and hoped for the best.


Namun dalam hoping for the best itu, sebenarnya saya terlalu banyak visualkan tadika itu dalam setiap sujud saya. Setiap kali bersujud saya meminta pada Allah, dan saya bilang pada Allah that I will be very happy if Myiesha is accepted. Saya memang mahukan tadika itu. It might be a very simple and cheap kindergarten, tetapi hati saya rasa sangat dekat dan suka. 


And guess what, a couple of weeks later, we received a letter from the kindergarten mengatakan yang permohonan kami telah berjaya dan kami diminta untuk datang mendaftar.


Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!


Allahu Akbar!


Saya masih belum puas raup muka. Saya masih belum puas rasa lega. Saya masih belum puas mengucapkan kata syukur. Waktu taip entry ini pun hati saya masih berbunga-bunga riang. Tidak sangka sama sekali, kan? Saya rasa pagi semalam saya adalah parent yang paling lebar senyumannya sewaktu mendaftarkan anak. HAHAHA. Cikgu kelas Myiesha adalah sangat-sangat baik dan lembut. And a bit funny too! Saya kenalkan Myiesha pada guru kelasnya. Saya kasi Myiesha try baju sekolahnya untuk order size. Saya tunjukkan kawasan persekitaran pada Myiesha. Myiesha tampak sedikit takut, dan sedikit monyok juga, but I believe she will be very, very happy. Selepas mendaftar, kami pergi berjalan-jalan sekejap and we had a talk. Dan Myiesha nampak OK. Yelah first time hendak masuk sekolah, haruslah sedikit takut. Tetapi Mummy tahu Myiesha strong! Myiesha strong, Myiesha pandai dan Myiesha anak yang baik. Mummy yakin berkat senang hati Mummy ini, Myiesha will be OK. In shaa Allah. Myiesha anak yang kecil, pastinya Allah dan para malaikat akan melindungi Myiesha.


Belajar pandai-pandai dan jadi anak solehah yang akan berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara, ya sayang?


So that is the end of kisah pencarian tadika untuk Myiesha. It may seem simple, but it is very meaningful to us. Semalam dalam kereta selepas semuanya selesai, saya tanya Mett, rasa tak lega macam apa yang saya rasa? Dia angguk. Ya, saya pasti dia juga rasa apa yang saya rasa. Perasaan apabila penantian itu tiba ke penghujungnya, dengan jawapan yang sama sekali kita mahukan, ya Allah tersangat priceless! Saya selalu percaya Allah akan kasi apa yang kita mahukan kalau kita cukup sabar dan cukup bertawakal kepadanya. Dahulu saya adalah tersangat kanchiong orangnya. Semua kena ada plan, semua kena kelam kabut, semua pun hendak worry. But my mom banyak sangat ajar saya tentang sabar lewat ini. Dan saya perasan, semakin saya aplikasikan dalam hidup saya, semakin banyak pula perkara baik yang terjadi dalam hidup saya. Cerita pasal perkara baik, tidak sabar hendak cerita tentang cerita lagi satu yang membuatkan saya tersenyum beberapa minggu ini. In shaa Allah, ada kelapangan akan saya abadikan dalam entry. Lama sungguh tidak berblog, and I miss blogging frequently like I used to! I believe now I can. In shaa Allah!


With this, hati saya sudah rasa lega sangat-sangat and I now look forward to a good year with all these good things that have fallen into place. 2014 had been very challenging, and I hope this year will be a good one. Not only for me and family, but also to all of you avid readers. In shaa Allah. Aamiin! And to Pak Cik Din, hanya Allah sahaja yang dapat membalas apa yang telah pakcik lakukan untuk anak saya. Saya mungkin tidak mengenali pakcik, dan pakcik juga tidak mengenali saya, namun saya bersyukur Allah telah menemukan kita dalam keadaan yang tidak terjangka itu. Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi pakcik sekeluarga, merahmati hidup pakcik dan memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada pakcik. Saya berharap untuk bertemu pakcik lagi selepas ini agar dapat saya balas kebaikan pakcik. Terima kasih banyak-banyak. Takkan saya lupakan jasa baik pakcik sampai bila-bila.

Friday, December 27, 2013

Kenapa Kami Masih Berada di Sini

Hari itu saya habis kerja awal. So did Mett. We then decided to have an early dinner together before fetching the girls, something we have not done for a very, very long time. We had this quiet chat together, talking about yesterday, today, and our plans for tomorrow. I asked him about his ambitions and dreams. I asked, will going offshore be one of his plans to provide a better life for the girls?


He immediately said, no.


He then said something that made me cry.


Dia bilang, duit boleh dicari. Di mana-mana pun boleh cari duit, tidak semestinya kena pergi offshore. Tetapi anak-anak? He will never leave us, no matter what. Orang bilang, berjauhan itu pengorbanan. I told him, I am ready. I can do this. Many of my friends do this. Tetapi dia sendiri yang tidak mahu. He choose not to.




The incident that happened lately makes us realize how life can be so short. How life can be so fragile. Hari ini kita bergembira dengan segala nikmat anugerahNya, esok lusa kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Dalam banyak-banyak kejadian yang menimpa manusia di seluruh dunia, dalam banyak-banyak kejadian yang terjadi kepada orang di sekeliling kita, kita tidak pernah tahu jika satu hari nanti Allah memilih untuk menguji kita pula. Dan pada hari kita diuji, adakah kita sudah bersedia, atau masih terus alpa mengejar harta duniawi yang tidak membawa kita ke mana?




I do not know when I will be ready to tell the whole story because I am still all traumatized with the whole incident. Saya percaya mereka yang melalui hari itu bersama-sama dengan saya lebih terkesan kerana mereka melihat, sedangkan saya tidak. Saya tahu Allah tidak kasi saya tengok the whole episode kerana saya tidak kuat menghadapinya. But still, I learnt my lesson the hard way. Talking about this never fail to make me cry, but insyaAllah it will make me a better mother. Saya percaya, segala yang terjadi ada hikmahnya dan Allah mahu kita terus dekat dan mengingatiNya, dan bukan semakin jauh dan melupakanNya.




Today, I appreciate life more and I love my girls more. Bukan selama ini tidak sayang, tetapi sekarang macam terlalu amat sayang. Rasa macam tidak mahu langsung berjauhan dengan mereka. Rasa macam hendak sentiasa mendakap mereka. Every minute every second I wish I can be a stay-at-home-mom. I want to bring them up with my very own hands. Mereka yang sudah mengalaminya selalu bilang jangan, jadi SAHM ini susah. Tidak ada masa untuk diri sendiri. Tidak ada duit sendiri. Tetapi entahlah, hati ini terlalu kuat menyayangi anak-anak ini. Plus, I hate my job, so haruslahh! HAHA. But after this incident, mungkin juga saya harus bekerja dengan lebih keras untuk mencukupkan keperluan mereka. After all, we can never have it all. There is always an opportunity cost. But I always hope, saya selalu berdoa pada tuhan, agar terus menguatkan hati saya untuk meneruskan hidup ini. Dan semoga saya dapat berikan yang terbaik dalam hidup ini.


Photo: Mummy's little girls.


Children is life's greatest treasure. Saya tidak pernah rasa segembira dan sebahagia ini sepanjang hayat saya. Sungguh! Melihat ke dalam mata anak-anak ini, saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan melahirkan mereka. Yes, life sure has its ups and downs, tetapi dengan adanya anak-anak ini rasanya tidak ada sesaat pun yang down. Semuanya up sahaja.




I hope to always be a better mother as time passes. And I hope that everyone understands how I always strive to give the best to my girls. Being a mother is never easy, but being one is also the most rewarding job of all. Dearest Myiesha and Tihani, Mummy hendak kamu tahu yang Mummy sayang sangat-sangat pada kamu berdua. Dan Mummy sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sepanjang ketiadaan Mummy. Dan semoga kamu sentiasa gembira walau apapun yang kamu buat dan di mana pun kamu berada. Being a working mother, I may not be with you 24/7, but I want you to know that you can always come to me at any time of the day. And being a part-time student does not mean I care for you less, it is only something I do for our future. Bersabar dan tabahlah wahai anak-anak, semoga Allah bukakan jalan untuk kita bersama selalu suatu hari nanti. InsyaAllah.

Saturday, July 06, 2013

If You are Going Through Hell, Keep Going


It has been some time since I last wrote. And how am I? Not so good. Sebab not good lah saya tidak tulis. Kalau good, haruslah every now and then semangat gila tulis pasal life, pasal parenting and pasal motivation. Ya tidak? Heheh.


Life is as always. Cumanya kerja sahaja yang membuatkan saya gila. Saya rasa seperti telah terlontar ke neraka sejak setahun yang lalu. Yes, seburuk-buruk kerja ini sedar tidak sedar sudah setahun saya berada di sini. Bertahan? Sudah 2 kali tulis resignation letter sebenarnya. Tetapi dalam 90% confidence untuk resign, saya tidak tahu kenapa terdapat 10% yang kuat di dalam hati saya yang bilang Don't Resign. Sampai hari ini saya tidak tahu kenapa. Adakah kerana keluarga? Adakah kerana anak-anak? Tetapi sampai bila saya harus berkorban? I am not happy. I am not only unhappy, saya rasa saya sudah tiba ke tahap depression. Setiap hari menangis dalam LRT on the way to work. Di office 8am sampai 5pm kena 'ceramah'. Balik kerja dalam perasaan yang paling tidak best. Sampai rumah sampailah keesokan paginya semua serba tidak kena. Marah suami, marah anak, hentak-hentak barang. Kadang-kadang saya rasa macam hidup saya tidak ada ertinya. It is getting worse. Dahulu time kerja customer service, saya sangka itulah kerja yang paling stressful. Tetapi tidak, kerja admin assistant cikai seribu kali lebih stressful. Semuanya kerana supervisor saya yang saya panggil dia Miranda - Miranda yang dalam film The Devil Wears Prada itu. Yes, she is THAT demanding.


Masa mula-mula kerja sini saya rasa dia bagus. Teliti. High expectation. Perfectionist. Yelah jadi orang atas kenalah ada kriteria sebegini. Baru kerja jadi bagus. Baru downline jadi bagus. Tetapi lama kelamaan, saya rasa dia agak melampau. Panjang sangat ceritanya kalau hendak diceritakan satu persatu. But she is just too much. She enjoys mengutuk orang. Memburukkan orang. Ulang kesilapan yang orang buat berkali-kali. Dia seronok rasa dirinya perfect. Yang paling best, dia selalu buat kami rasa macam pengemis. Macam kalau dia tidak kasi kami kerja ini dengan gaji ini, kami akan mati kebuluran. Dia selalu bilang, kalau berani pergilah resign. Pergilah cari kerja lain. Tengok kerja lain boleh dapat gaji macam ini ke tidak, benefit macam ini ke tidak, supervisor macam dia ke tidak. Dan semua benda yang dia cakap, kami tidak boleh menjawab. Kalau kami menjawab, tidak kisahlah hendak explain perkara yang benar, atau cerita apa sebenarnya yang berlaku, makin panjanglah 'ceramah'nya itu. She enjoys talking. Dia ingat best gila agaknya ceramah dia itu. Career talk lah, apa lah. Tapi sebenarnya apa yang dia cerita itu semua kami sudah tahu. Kami sudah besar, sudah dewasa, apa yang dia cerita semuanya common sense sebenarnya. Hal ehwal semasa. Kami tahu apa yang kami hendak buat, apa yang kami hendak jadi 5-10 tahun akan datang. We just do not need to tell her. For what? Untuk dia persendakan kami lagi?


Kerana sikapnya yang suka sangat mula 'berceramah' seawal 7 pagi, seawal staf yang pertama punch in, saya sudah tawar hati sangat-sangat dengan kerja ini. Pergi kerja just for the sake of pergi kerja. Tidak ada niat hendak kerja pun. Banyak kali sangat saya datang kerja dengan semangat yang baru, tetapi setiap kali itu juga perkara pertama yang kena pada pagi hari adalah tempelak. Sekali dua tidak mengapa. Tetapi kalau hari-hari? Serious hari-hari! Kalau tidak percaya, marilah datang tengok kami kena marah setiap hari. It is so demotivating. Hilang segala semangat. Segala keceriaan. Bukan sahaja di office, malah selalu sangat terbawa-bawa sampai balik. Kenapa? Kenapa tidak boleh tinggalkan sahaja di office? Mungkin sebab impaknya terlalu besar. 'Ceramah' itu terlalu panjang dan lama. Cuba kalau orang kata kamu useless 8 jam sehari apa jadi? Robot pun masuk Tanjung Rambutan wehh!


Saat ini, saya rasa apa yang ada dalam diri saya sudah hampir tiba ke zero. Segala semangat. Segala rasa optimist itu. Hilang semuanya. Saya telah menjadi orang yang sangat dull. Sangat moody. Sangat pemarah. Setiap hari saya cuba kuatkan diri saya, especially apabila pulang dari kerja. Saya cuba jadi happy untuk anak-anak. Menatap wajah Myiesha dan Tihani memang sangat membahagiakan saya. Tetapi di dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Setiap saat setiap waktu saya berperang dengan diri sendiri. Memaksa diri untuk rasa gembira walaupun rasa yang ada cuma rasa down yang teramat sangat. Ada masanya saya berbual dengan office mate saya, dan kami rasa perkara yang sama. We know this is so unhealthy for us. Tetapi apa yang boleh kami buat? Inilah yang kami perlu hadapi setiap hari demi untuk mencari sesuap nasi.


Resign? Ya, saat saya type entry ini pun saya masih fikir mahu resign. Buat apa buang masa di tempat kerja yang gila macam ini, biar orang hina kita saban hari. Kadang-kadang saya sendiri rasa macam sudah hilang maruah diri. Setiap hari kena kutuk depan semua office mates. Depan boss. Saya hampir sahaja tender resignation a couple of weeks ago. Time itu sudah tekad habis. Whatever will be, will be. Lantaklah. Bukannya ini kerja yang ada. Banyak lagi kerja lain kat luar tu. Bukannya saya ini tidak ada pelajaran, tidak ada pengalaman. Rezeki itu Allah yang kasi, bukannya Miranda yang kasi.


Namun dalam tekad-tekad saya itu, saya akhirnya mengalah juga. Mengalah kerana fikirkan keluarga yang perlukan saya. Mengalah kerana fikirkan anak-anak yang perlukan saya. Sejak saya kerja di sini, dapat juga saya merasa pakai baju cantik sikit, makan sedap sikit, dapat kasi Maman allowance sikit. Kalau dahulu, semuanya tidak ada. Saya masih ingat lagi sewaktu saya mula-mula berkahwin dengan Mett dahulu. Kerja biasa sahaja, gaji biasa sahaja. Bayar itu bayar ini, sebenarnya expenses lebih besar daripada gaji pun! Selepas itu kami ada Myiesha. Bab ini kalau fikir Myiesha memang saya mesti akan menangis. Myiesha dahulu tidak ada baju lawa. Pakai milk bottle pun murah, tiga belas ringgit dapat dua. Tetapi mujur Myiesha anak sulung, ramai relatives suka belikan dia baju, so baju cantik dia hanya bergantung pada baju-baju pemberian orang itu sahaja. Minum susu Dumex. Pakai diapers murah. Waktu itu kami memang sangat serba kekurangan. Sudahlah baru hendak start a life, hidup pula hutang keliling pinggang. Waktu itu sabar sahajalah ubatnya. Kalau tidak sabar, sudah lama lari jauh-jauh. Tidak ada orang yang mahu hidup susah. Tidak ada orang yang mahu hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tetapi apakan daya, waktu itu kami kerja biasa bergaji kecil, setakat itu sahajalah kemampuan kami. Cukupkan sahaja dengan apa yang ada.


As time passes by, Alhamdulillah, hidup kami semakin baik. Dan selepas lebih 4 tahun berkahwin ini baru saya rasa hidup kami sudah mula stable. Hidup kami belum lagi senang, jauh sekali mewah, tetapi hampir cukup dengan apa yang ada. Boleh belikan anak-anak baju cantik sikit. Boleh belikan milk bottle cantik sikit. Boleh belikan diri sendiri baju. Sesekali kami suami isteri boleh belanja each other makan pakai. Alhamdulillah. Daripada tidak kenal Tony Roma's, sekarang sudah kenal. Kalau dahulu makan di Hard Rock Cafe 5-7 tahun sekali, kini boleh bawa anak-anak pergi bila-bila terasa hendak pergi. Kalau dahulu asyik belikan Myiesha baju lubang-lubang di Tesco, sekarang dia dapat merasa pakai baju Poney. Kami masih perlu belanja berpada-pada, masih banyak komitment yang ada, tetapi dalam masa yang sama kami rasa seperti sudah boleh bernafas. Tidak mewah, tetapi senang sedikit. Kami bersyukur sangat.


Fikirkan Myiesha adalah perkara terbesar yang membuatkan saya kuat. Sangat kuat. Walaupun saya down, walaupun saya stress, walaupun saya depress, saya tetap kuat kerana ini. Barangkali inilah 10% dalam hati yang bilang Jangan itu. Selepas melalui semua yang tidak best itu, hidup di dalam kesempitan, saya tidak mahu melaluinya lagi. Cukuplah 4 tahun mengikat perut, bersengkang mata, pening kepala siang dan malam. Pekerjaan ini sedikit sebanyak membantu kami bernafas. That is why it is too hard for me to let it go. Ya, saya sangat tidak tahan dengan Miranda, tetapi saya perlu bertahan. I cannot be selfish. I am married, I have kids, I have commitments. Kalau tidak sanggup berkorban demi keluarga, jangan kahwin. Hidup selepas berkahwin adalah penuh dengan pengorbanan, yang setiap satunya menguji sejauh mana kita cintakan orang-orang yang penting dalam hidup kita. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya lepaskan semua ini. Buat apa bodohkan diri, jadi tidak happy kerana orang yang tidak kenal saya pun. But then again, kerana Myiesha dan Tihani saya teruskan juga, walaupun pada saat ini sedikit lagi saya akan jadi gila.


Dalam depression yang teramat sangat ini, saya desperate mencari jalan keluar. Kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk sambung belajar. To do my degree. Ya, HJ adalah seorang student kembali! I am doing Bachelor in Education (TESL) di Open University Malaysia. Baru sahaja start bulan May yang lalu. Part-time. Perasaan? Jangan tanyalah perasaan saya, HAPPY GILA! Setiap Saturday yang ada class adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu. Saya akan bangun pagi dengan perasaan yang paling excited. Saya akan pergi class dengan perasaan yang paling riang. Saya rasa lepas bebas macam burung. I made a few new friends, and I am very happy. Kawan-kawan adalah sangat best. Lecturers adalah sangat best. Lectures pun adalah sangat best! Semua orang di university adalah manusia yang paling bersemangat yang pernah saya jumpa. Walaupun kebanyakan daripada mereka adalah macam saya, sudah berkahwin, sudah ada anak, bekerja lagi, tetapi mereka sangat bersemangat pergi class. Tidak ada yang tidur dalam class. Tidak ada yang ponteng class. Tidak ada yang masuk lambat. Guess when we are mature like this, when we study because we want to study, we appreciate more. Tersangatlah berbeza dengan 10 tahun dahulu apabila Daddy hantar pergi college, Daddy bayar yuran, saya asyik tuang kelas sahaja. Tidak tahu makna duit. Tidak tahu kepentingan ilmu. Kalau fikir-fikir balik, memang regret. Sayang segala masa dan usia muda itu. Tetapi tidak mengapalah, yang penting saya ada di sini pada hari ini, cuba memperbaiki diri saya. And I believe it is still not too late.


Oh berbalik kepada cerita sambung belajar, saya rasa inilah keputusan terbaik yang saya ambil pada waktu ini. Because this is my biggest therapy. Selepas 8 jam kena 'ceramah' sampai down gila, saya akan luangkan 2 hours after work untuk study. Saya akan bawa buku saya, satu hari satu subject, dan duduk di mana-mana di Ampang Point. McDonald's. KFC. Delifrance. Food court. Dunkin Donuts. You name it. Semua tempat jadi tempat pertapaan saya from 5pm - 7pm. Saya ambil masa 2 jam setiap hari untuk buat notes, buat revision, buat assignment. Saya kalau belajar memang kena macam ini. Kena consistent. Saya tidak boleh belajar last minute, confirm bungkus. Ini pun satu pengorbanan, but I enjoy it. In fact, this is the thing I enjoy the most. Saya happy sangat. Saya tidak rasa belajar itu sesuatu yang menyusahkan, satu beban. Ia sebenarnya perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap petang. Habis sahaja kerja 5pm terus saya lari ke Ampang Point untuk belajar. Saya bersyukur kerana dalam masalah saya yang besar itu, saya masih ada perkara untuk membangkitkan kembali semangat saya. I really have to thank Mett, my parents, and my parents in-law for supporting me all the way. Saya bersyukur kerana semua orang sangat supportive dan sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk buat yang terbaik. Tetapi kalau Miranda tahu ini confirm dia bising, confirm dia bilang saya sudah tawar hati untuk bekerja kerana sudah belajar kembali. Hahaha. I swear if she says this, saya akan tempelak balik kat muka dia bilang this is my therapy. Kalau tidak kerana saya sambung belajar, mungkin saya sudah lama jadi gila dengan sikapnya. :D


Sedar tidak sedar, panjang juga saya tulis rupa-rupanya. I am having a hard time at the moment, kerana itulah saya tidak menulis. I cannot write, I am just too emotional to write. But after this, insyaAllah I will write more often because blogging is also my therapy. Dahulu mungkin Tihani sangat lasak that makes me exhausted every night, tetapi sekarang semakin dia membesar, saya sudah rasa semakin stable dan boleh cope. My girls are the best. Saya bahagia sangat dengan mereka berdua, sampaikan saya selalu rasa cukuplah mereka berdua sebagai peneman hati saya. No need anak lelaki lah ye, saya takut sebenarnya sebab orang kata boy ni lasak. Tak sanggup pula. Mahu kurus kering saya nanti. Hahaha. Eh but betul ke? Siapa yang ada anak lelaki, sila share experience. Kalau scary sangat, saya rasa saya stop at 2 sajalah.


Saya rasa takat ini sahaja dahulu buat masa ini. Nanti ada masa saya tulis lagi. Kalau rasa rindu kat HJ, rajin-rajinlah jenguk Instagram saya. Kalau nak add kat Facebook pun boleh juga, tetapi tulis lah note sikit, bilang kamu ini blog reader so senang sikit saya nak approve ya.

'Til then, have a great weekend ahead! 


P/S: Eh bilalah nak tukar header tu? Dah basi sangat dah.

Wednesday, January 09, 2013

Happy Third Birthday, Farimyiesha

It is the ninth of January again. And today, three years ago, I gave birth to you. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa setiap saat, setiap waktu, saya teramat-amat bersyukur kerana memiliki kamu. Regardless of all the sadness I faced when I was expecting you, you are the best gift in my life. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan Farimyiesha di dalam hidup saya. Sejak hari kelahirannya, dia adalah angel yang paling suci, yang paling indah, dan yang paling menyenangkan yang pernah saya miliki.


Therefore tonight, she deserves this entry daripada kesanggupan saya bangun pada jam 3.47 pagi hanya untuk menuliskan ini untuknya.


This is for you, Farimyiesha. Anak Mummy.


To be honest, sejak hari saya melahirkan Myiesha sampailah ke saat ini, saya tidak pernah rasa susah dengan kehadirannya. Saya tidak pernah rasa terbeban dengan kehadirannya. Saya tidak pernah rasa letih dengan kehadirannya. Setiap saat penuh dengan kegembiraan. Penuh dengan keceriaan. Penuh dengan celoteh-celotehnya yang tidak pernah habis, kecuali apabila dia tidur. Having a daughter like Myiesha is the best in my life.


Myiesha adalah tersangat angelic. She might have her own tantrums, her own Terrible Two, but the percentage of her getting onto my nerves is like very small. Macam 20%? Serious. Selebihnya, dia adalah anak yang baik. Anak yang sopan. Anak yang mendengar kata. Anak yang soft spoken. Starting with bringing her along to the cinema when she was 20 days old, pergi Bali naik flight duduk hotel jalan-jalan when she was 2 1/2 months old, lepak di kedai mamak sampai jam 4-5 pagi when she was a few months old, sampailah dia membesar, saya tidak pernah rasa terhalang untuk membuat apa sahaja atau pergi ke mana sahaja saya suka.  I can do just anything seperti orang bujang lakukan, or dating couples lakukan. The different thing is only saya bawa anak. Saya bawa stroller. Saya bawa susu dan pampers. Other than that, semua tempat tetap saya redah. Apa yang saya hendak buat, saya buat. Myiesha adalah anak yang tahan lasak. Dia tidak kisah panas. Dia tidak tahu apa itu rimas. Dia tidak faham apa itu uncomfortable. Dia tidak mengerti siang dan malam. What she knows, she is with me. Panas ke, rimas ke, tidak selesa ke, malam buta ke, semua itu tidak penting. Kalau dia lapar, dia makan. Kalau dia penat dia tidur.


Kerana semua inilah mungkin antara sebab saya sangat menghargai kehadiran Myiesha. Dalam dia membesar, dia adalah anak yang sangat girang pada luarannya, namun sangat kuat pada dalamannya. Ada beberapa perkara yang berlaku dalam hidupnya sepanjang dia membesar, yang saya tahu mencabar dirinya (dan saya juga) - emotionally, dan saya dapat lihat setiap hari dia cuba menguatkan dirinya untuk menempuhi cabaran itu. Sometimes I know things are hard for her. Kalau ia susah untuk saya, apatah lagi untuk dirinya yang selama ini baru berusia dua tahun lebih. But I know she is strong. Dan cara dia membuang semua kesulitan itu pergi adalah dengan menjadi seorang yang gembira. Mempamerkan kegembiraan pada wajahnya. She is exactly like me. Saya dapat melihat diri saya di dalamnya. Sometimes when she breaks down, I know she cannot handle it. And she always breaks down softly. Menangis. Atau merayu. Dia tidak pernah menjerit. Dia tidak pernah memberontak. Dia tidak pernah baling barang, tendang barang. Tidak pernah. Paling kuat pun, she will cry. She will plead. Mummy, Mycha tak nak (this). Mycha tak nak (that). But then again, life has to go on. Dan bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat. Sometimes in life, kita harus dengar cakap orang lain, menurut keputusan orang lain demi untuk kebaikan kita. I know it is difficult, Sayang. But trust me, you do not know how far I can go to help you as a mother. Kalaupun Mummy tampak seperti tidak membantu - physically, Mummy tidak pernah putus dalam mendoakan kamu, Sayang. And in the same time, I am trying my level best to provide you with a good life. Asal weekends, Mummy cuba sedapatnya meluangkan masa dengan kamu. Bawa kamu pergi jalan, biar kamu berlari-lari di dalam mall dengan girangnya. Meskipun most of the time selepas kamu penat berlari-lari, kamu minta didukung which Mummy sangatlah tidak larat sebab kamu sudah besar sangat. Haha. But I still carry you, kan Sayang? Mummy suapkan kamu makan. Mummy mandikan kamu. Mummy gosokkan gigi kamu. Walaupun Mummy tahu sebenarnya kamu sudah boleh lakukan semua ini sendiri, but a mother will always be a mother. Mummy akan cuba buatkan semua ini untuk kamu selama kamu masih belum ada rasa malu pada Mummy. I want to cherish each and every moment with you. Because I know all these moments will never come again.


Myiesha adalah anak yang sangat baik. I know I always delay in preparing her milk because I am still breastfeeding Tihani, tetapi dia adalah sangat penyabar. She will usually play on her own until I am done, nanti dia akan ingatkan saya lagi dengan senyuman yang paling ceria. Mummy, nak milk! Kalau diapers dia basah, she will come to me. Mummy, pampers dah berat. Kalau berak, she will notify me. Mummy, Mycha berak. Mycha tak nak wash-wash. Mycha nak mandi wash hair. Hahaha yelah Sayang. Kalau 10 kali berak, sepuluh kali mandi wash hair lah, ya? Myiesha starts to talk really fast, even before she is two. Dan dialah teman berbual saya yang paling rapat. We can talk for hours. Diselang seli dengan pelukan paling erat. Dan ciuman paling mesra. She is my best companion. Kawan paling baik. Macam Gilmore Girls. Haha. Tetapi kadang-kadang saya marah dia juga. Apabila dia nakal. Apabila dia main bising-bising sampai adik dia terbangun. Apabila dia asyik buka fridge menggodek entah apa di dalamnya. And everytime I scold her, dia akan lari pergi kepada Mett, buat muka sedih macam hendak menangis dan mengadu nasib. Abi, Mummy marah. Tak nak kawan Mummy. Mycha nak kawan dengan Abi je. Nanti kita kongsi gula-gula k? Tak nak kongsi dengan Mummy. Asal merajuk dengan saya sahaja, mesti dialog gula-gula ini keluar, walaupun pada waktu kejadian tidak ada gula-gula. Saya selalu ketawa tengok dia mengadu begini dengan Abi dia. Terus saya meluru dan peluk dia dan minta hendak kongsi gula-gula sekali. :)


Myiesha is a very happy toddler. Sejak lahir pun dia memang sentiasa happy. Dia sangat murah dengan senyuman dan tawa, and also light conversations with those she knows. Saya paling suka time saya balik kerja. Setiap kali saya tiba di rumah Mak dan beri salam dari luar rumah, I can hear her voice shouting kuat dan girang gila macam hendak pecah segala tingkap kaca di dalam rumah Mak, YEAYYYY MUMMY BALIKKKKK!!!! It is not the usual Yeay Yeay Mama Balik dialog yang kita selalu dengar di dalam drama TV itu, tahu? This is the truly genuine kegembiraan yang tidak terkata dengan kepulangan ibunda dari tempat kerja. As if she has been waiting for hours since morning dan penantian itu satu penyeksaan. Haha. Kesian anak Mummy. Miss Mummy, ya? And everytime I reach home, pastinya ada sesi peluk-peluk berbual-bual sedikit sebelum dia rembat handphone saya tengok Upin Ipin, BoboiBoy or Pingu. HAHA. Dia memang jenis yang self-entertain. Senang gila jaga dia. Dia paling suka mainan masak-masak. Kitchen set. Periuk belanga. Tidak kisah toy or yang betul-betul punya. They can keep her occupied for hours.


Rasanya macam terlalu banyak lagi hendak cerita pasal Myiesha, but it is almost 5 in the morning already. Blogging sambil breastfeeding Tihani pada dinihari begini tidak lagi semudah itu. Sempena hari lahir Myiesha yang ketiga ini, I want you to know that I love you so very much. Kalaupun Mummy dapat berikan segala apa yang ada di dunia ini, ia masih terlalu jauh daripada nilai kasih sayang Mummy terhadap kamu. Mummy doakan semoga Myiesha membesar menjadi anak yang baik dan solehah macam yang selalu Mummy doakan. Be happy always, I love your smile. And thank you for being such a wonderful daughter. Mummy sayang Myiesha sangat-sangat. I will hug and kiss you every single day until you do not want to hug and kiss me anymore. Hahaha.



Monday, July 09, 2012

A Catch-Up Entry


There are lots of things that have happened in my life lately, and rasanya saya belum berpeluang untuk mengabadikan semuanya di sini. So, let us check it out!



Aadil's Cukur Jambul

Middle of last month, kami sekeluarga telah menghadiri Majlis Cukur Jambul Aadil Zikri. Aadil is our nephew. We reached there quite late since I was working that week. Ahh kerja lama dahulu harus kerja every 3 Saturdays. I love my previous job, only that walaupun have to work every 3 Saturdays, saya tetap selalu kena tukar dengan team mates because I always have events to attend. Macam majlis kahwin lah. Cukur jambul begini lah. Balik kampung lah. BFFs outing lah. Saya rasa orang pun semacam sudah menyampah dengan saya kerana asal my turn sahaja mesti menggagau merayu dengan team mates minta tukar as if it is always me yang ada hal every weekend. Tetapi sudah memang ada hal, hendak buat macam mana, kan? Tsk. T_T


Sekarang tidak lagi. Working on a Saturday is only when we really have many tenders coming in, and the due dates are catching up. And the best thing, it is considered overtime. Ahh heaven nya.


So alkisahnya, oleh kerana my turn falls on that particular Saturday dan semua orang sudah tidak mahu tukar dengan saya, terpaksalah saya menghadiri Majlis Cukur Jambul Aadil Zikri after work. Cousins semua bengang, tunggu lama since tengah hari kami tidak sampai-sampai. Last-last mereka pulang, dan kami tiba at around 5pm. HAHA. Mujur makanan masih ada, dan tetamu pun masih ada, so tidaklah kekok sangat. But the best thing of going to events pada petang hari sewaktu event sudah habis adalah, kami dapat lepak berbual panjang. I like this part the most! Yelah time tengahari, tetamu ramai. Tuan rumah pun mesti hendak layan semua orang. So masing-masing kena pandai bawa diri makan sendiri-sendiri.

 
I took this opportunity to berbual panjang with Zee. Zee is one of my favorite cousin on Mett's side sebab asal jumpa sahaja memang boleh berbual panjang. Since baru kahwin dahulu sampai sekarang. I think she is like a year or two younger than me, tetapi memang best lah berbual dengan Zee. Asal jumpa berbual rasa macam tidak boleh stop. Rasa macam tidak mahu balik. Rasa macam hendak tidur rumah dia. Hahaha. Mak selalu bilang, kami ini berpakat.

 
Mett and I got engaged in February 2008, Zee and Akmal got engaged several months after.


Mett and I got married in March 2009, Zee and Akmal got married several months after.


Mett and I got Farimyiesha in January 2010, Zee and Akmal got Nuriman Khalisa several months after.


But this time, Zee and Akmal got Aadil Zikri in February 2012, and we got Nur Tihani in March 2012.


Macam racing, kan? :)



Kami dua keluarga kecil.



Cousins, and friends.
Aadil Zikri, Nur Tihani, Nur Farwiza Afrina, and Ammar.




Nurul's Akad Nikah

 
My bridesmaid, Nurul Huda, got married to the love of her live, Khairul Izwan, last 29th June 2012. Saya siang-siang lagi sudah ambil leave for this event. Mett did too, but had to attend a meeting last minute, so saya pergi ke Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, with Maman, Daddy, Deehann, and my girls, at 9 am. I was all thrilled, apa tidaknya, Nurul is not only my bridesmaid when I got married, but also my sister, my best friend, my all.


I went to all of her majlis. Her akad nikah. Her reception at Keramat Mall, Keramat, on 30th June 2012. And also Izwan's reception at the Youth International Center, Cheras, kelmarin. But guess my hands were full with my girls so tidak dapat ambil gambar banyak, dan tidak dapat ambil gambar dengan pengantin also. So sorry, Nurul! But I hope you know how I love you all the same. Bukan love all the same, sahaja. Love you too much, actually!

 
I am glad you are now married to your high-school sweetheart, sama macam saya, HAHA, and I pray that hidup kamu berdua akan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Semoga kamu berdua bahagia bersama mengharungi kehidupan baru bersama sebagai suami dan isteri. A married life does not only come with many new responsibilities, but also lots of fun too! Tidak ada perkara yang lebih indah melainkan dapat hidup dengan insan yang kita sayang dan cintai. Married life will have lots of ups and downs, especially on the first couple of years yang mana kamu berdua akan baru mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, baru hendak mengenali each other, but I know you will do just fine, Nurul. I know when both of us are married now, kita tidak akan lagi rapat seperti dahulu. Rasanya kamu pun sudah dapat merasainya after I got married, kan. But no worries, I am always here for you sama sahaja seperti 17 tahun yang lalu. Via phone, SMS, email, Facebook, and I know you also know where to find me any other day sekarang, kan? You will always be my best friend, my sister, my everything, sama sahaja tidak ada bezanya.

 
Congratulations on your marriage, and I pray that you will find eternal happiness being a wife. Jadilah isteri yang solehah, whose life is dedicated to make your husband happy.

Oh, and I will wait for you to get pregnant together with you this time around! ;P





At Nurul's majlis akad nikah.
Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.



Myiesha enjoying her orange at Izwan's reception.
Youth International Center, Cheras.







Tihani, on the way back home.



Work, Currently


As for work, I am currently enjoying my new job to the fullest. Wah, sangat bersemangat saya pergi kerja setiap hari. The new routine makes me all energetic. I am still learning here. Banyak sangat yang perlu dipelajari since I have zero basic and knowledge in Oil and Gas. But I am learning fast, and help out a lot in printing and compiling the tenders. I am the youngest here. Mingling around with more elderly colleagues lebih kurang umur Maman adalah sangat berbeza dengan tempat kerja lama saya where most of them adalah hot, single, drop-dead gorgeous guys and girls. Ahaha. But I am all OK. My current colleagues adalah sangat-sangat baik dan tidak pernah lokek ilmu. I learn new things every single day, and I hope to catch up before my probation period expires.

 
The best thing about working here is about the pantry. The pantry? Sounds weird, kan? Tetapi fridge dan kitchen cabinet yang sentiasa penuh dengan makanan dan minuman membuatkan saya thrilled all the time. Ahaha. I got to know that this company allocates RM 1,000 to stock the pantry up every month, so bayangkan sahajalah berapa banyak makanan dan minuman yang ada untuk staff sesikit 4-6 orang di sini. Best gila, kan? In between working, selalu sahaja ada keinginan yang teramat sangat untuk pergi ke pantry and get something to munch. Ahh teruklah. I think I will gain 10kgs by the end of this month. Perut sentiasa penuh sahaja. I think I must vow not to touch anything in the pantry anymore starting this week. HAHAHA.

 
I do not pump milk during working hours anymore, since I am new, and I respect kesibukan dengan banyaknya tenders yang masuk sekarang. I pump milk in the morning, around 5 before I get ready for work. At 12 during lunch hour. Yes, we have lunch early here. And after work at 5pm, before I leave for home. I know the gap in between pumping sessions is obvious, but I am doing good so far, and I really hope this does not affect my milk supply although saya sudah melanggar peraturan demand and supply. What I can do now is just continue to eat good food, pump as much as I can, and pray, pray and pray, may I always have milk for Tihani, with Ramadhan just around the corner. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki ini buat Nur Tihani.







Membaham Durian dan Lepak Bersama BFFs


Semalam sewaktu hendak pulang dari rumah Mak, Mett showed me a BBM from KN, mengajak kami makan durian. Saya bilang, saya tidak ada hal! Apatah lagi durian is my favorite, and sudah lama tidak bertemu dengan BFFs. So haruslah saya tidak menolak! :D We went to have durian buffet at SS2 Petaling Jaya, near to Balai Polis Seapark. Memang ada one stretch of gerai durian di situ. Semuanya bertemakan Eat All You Can. Memang best gilalah tengok durian berlambak-lambak berderet-deret. Ada Musang King. 101. Raja Udang? Durian berperisa udang kah? Hahaha. Entah. Yang saya tahu, saya suka durian kuning yang manis. Asal kuning, asal manis, saya baham. Tidak kisahlah apa namanya.

 
We had a round or two of durians, bertemankan air kelapa. Apatah lagi dengan kawan-kawan baik, memang terbaiklah!
















 
Best gila berbual bergelak sakan. Lama betul tidak bertemu. My girls daripada fresh and excited, terus sampai tidak terlarat melayan Mummy Abi dia melepak. Tihani tidur. Myiesha pun tidur.




Had garlic cheese naan at Murni afterwards.
Yums!



Tidur dengan mulut comot minum Milo Dinosaur!





We parted ways at almost 7pm. Kami pulang ke rumah, kemas rumah, dan tidur. Beginilah hidup kami every week. Weekdays sibuk bekerja. Weekends pula harus rotate between rumah Mak dan rumah Maman. Like this week, kami tidur rumah Mak. Next weekend pula tidur rumah Maman. Beginilah hidup kami saban minggu bergilir-gilir sampailah Encik Jamil mampus. HAHAHA. Then kalau ada masa terluang, attend weddings, events, dan melepak dengan BFFs sedikit. Then kalau ada masa terluang lagi sedikit, harus menggelupur pulang ke rumah kemas rumah sedikit lebih kurang. And I am blessed to have Mett as a husband. Dia sangat rajin tengokkan anak-anak ketika saya kemas rumah. Tidak pernah menolak jika diminta tolong jemur kain. And you know, yesterday he even helped me out with melipat kain! Omg rasa macam tidak percaya. Haha. But I know he is also trying his best to be the best husband and father every single day, as how I am trying to be the best wife and mother every single day. Thank you, Sayang. I so love you for that.


Then selepas selamat semua, saya pun ter-Babooommm dahulu di hadapan TV dengan Mett masih melayan Myiesha tengok Pingu on YouTube. Mengantuk gila, siot! But since saya sudah terbabas tertidur siang, I will wake up early like this at 3am to update my blog. OK lah, kan? Baru hidup seimbang. :D


OK it is already 5 in the morning and I have to go pump milk and get ready for work. Have a great Monday, everyone! And have a great week ahead. Tidak mahu Monday blues, OK? ;)

Tuesday, May 08, 2012

It is Time to Go Home

Dengan berakhirnya tempoh berpantang, tempoh bermastautin di rumah Maman pun tamatlah sudah. Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengemaskan barang-barang untuk dibawa pulang. Mett sudah tolong cucikan rumah last Friday after work, so tinggal pindah masuk sahaja. Perasaan tersangatlah bercampur baur. Sedih mahu meninggalkan rumah Maman yang saya duduki sejak zaman remaja itu, tetapi happy juga hendak pulang ke rumah sendiri. Home sweet home. Rasa sedih itu kian bertambah apabila selesai mengemas barang dan cabut cadar semua, tengok bilik itu macam kosong sahaja.


No more Myiesha's stuffs.
No more Tihani's stuffs.
No more our stuffs.


Kembalilah kami ke kehidupan yang biasa seperti sediakala. I cried in the car. Rasanya sewaktu selesai majlis kahwin pun saya tidak rasa sesedih ini. Padahal itulah moment saya berpisah dengan keluarga buat selama-lamanya. Bukan berpisah apalah, cumanya tanggungjawab sudah bertukar. Oh, time itu sangat happy dan excited! Tidak sedih langsung pun. Sebab terlunas kegatalan hendak berlaki, kot? Kahkahkah!


The final day at Maman's home before departing, Daddy buat BBQ sedikit. Sengaja hendak melengahkan kami daripada pulang, actually. Saya tahu dalam rasa berat hati saya, berat lagi hati Daddy. Daddy sangat cintakan cucu-cucunya. Daddy bukan seorang lelaki yang banyak cakap. Sangat pendiam, to be exact. Tetapi cubalah tanya dia tentang cucu-cucunya. He can describe his feelings, satu persatu. Siap berbual dengan wajah berseri-seri. Maman selalu mencebik dalam senyuman, bilang dengan anak tidak ada pun sayang sampai macam itu sekali. But guess, ianya berlainan, kan. :)


So we had this small BBQ party just among us, bersama family neighbor sebelah rumah. Then habis itu, kami pun pulang. Sebaik sahaja masuk ke kawasan OUG, memang terasa kerinduannya. Rindu terhadap rumah yang ditinggalkan. Kami park kereta, naik lif bersama dengan barang-barang, and taraa..~ We are home!


On lampu dan tengok segenap rumah. Keadaannya sama seperti yang kami tinggalkan lebih sebulan yang lalu. Myiesha terus lari mendapatkan toys nya. Semua dikeluarkan. Satu pun tidak ada yang tinggal. Saya senyum sendiri. Ingatkan kita adults sahaja yang memiliki rasa rindu. Rupanya budak-budak pun tidak terkecuali. Cuma mereka tidak pandai menzahirkannya sahaja. Saya kemas sedikit for the night. Pasang cadar baru. Mandi. Tengok TV lepak di living room bersama seperti waktu dahulu. Semuanya sama. Kecuali kami kini sudah berempat.


Malam itu kami tidur lena. Tihani too! Guess she knows this is her home, and she feels comfortable.



Sempat makan di Secret Recipe last Saturday.






The BBQ last Sunday.



Mummy's Little Tihani!



Mummy's Little Myiesha!



Mummy's loved ones. :)



Daddy's yummy BBQ chicken.
Maman's yummy butter rice.
And salad.



To Maman, Daddy, Zariel, Deehann, and BN, thank you very much for letting me stay di Rumah Perlindungan Cahaya Bakti ini. (Deehann calls Maman's home rumah perlindungan sebab ada ibu dalam pantang - Me, dan pelarian UiTM - she herself, di rumah ini. HAHA!) Thank you Maman, for the tender loving care. For for the delicious food every other day. For the laundry. For being sporting meng-cover line dan mem-back up every time I felt like eating fast food dan goreng pisang beserta keraknya sekali. For the long chats every late afternoon sambil kita melipat kain or watch TV. For the semangat and motivation. In short, for just everything. This one month plus together taught me just so much on how to be a better person.


Thank you Daddy, for always being loving. For bringing me jalan-jalan whenever I felt boring. For the delicious food every now and then. I love the mee rebus and BBQ chicken! But most of all, thank you for loving my daughters unconditionally. Sesungguhnya saya tidak pernah melihat kasih sayang seorang datuk yang begitu mendalam sekali seperti kasih sayang Daddy terhadap Myiesha dan Tihani.


Thank you Zariel, Deehann, and BN, for always being there to assist me in whatever needed. Daripada saat saya pulang daripada hospital ketika saya masih tidak mampu mendukung Myiesha, you were always there to help me carry her around whenever she cries. To hold her hand every time she wanted to go up and down the stairs. And entertain her every time she interrupted your leisure time internet surfing wanting to watch Boboi Boy and Upin Ipin and entah apa-apa lagi. Haha. Thank you also for always respecting and loving Mett as your brother in-law. Ajak makan sekali. Tengok TV sama-sama. And sometimes take the umbrella out for him when he comes back from work. Not to forget, thank you also for watching over Tihani when I had to take shower and eat.


Terlalu banyak rasanya kalau hendak diucapkan terima kasih for each and everything. But really, I am so grateful and I appreciate each and every one of them. From the bottom of my heart, saya minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang saya mendiami rumah perlindungan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala-galanya.


Thank you for all the love, and see you again in the next pantang period! In, er, maybe another 4 years time. InsyaAllah! :)




Kini yang tinggal di rumah Maman hanya ini.