Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label At Work. Show all posts
Showing posts with label At Work. Show all posts

Saturday, July 06, 2013

If You are Going Through Hell, Keep Going


It has been some time since I last wrote. And how am I? Not so good. Sebab not good lah saya tidak tulis. Kalau good, haruslah every now and then semangat gila tulis pasal life, pasal parenting and pasal motivation. Ya tidak? Heheh.


Life is as always. Cumanya kerja sahaja yang membuatkan saya gila. Saya rasa seperti telah terlontar ke neraka sejak setahun yang lalu. Yes, seburuk-buruk kerja ini sedar tidak sedar sudah setahun saya berada di sini. Bertahan? Sudah 2 kali tulis resignation letter sebenarnya. Tetapi dalam 90% confidence untuk resign, saya tidak tahu kenapa terdapat 10% yang kuat di dalam hati saya yang bilang Don't Resign. Sampai hari ini saya tidak tahu kenapa. Adakah kerana keluarga? Adakah kerana anak-anak? Tetapi sampai bila saya harus berkorban? I am not happy. I am not only unhappy, saya rasa saya sudah tiba ke tahap depression. Setiap hari menangis dalam LRT on the way to work. Di office 8am sampai 5pm kena 'ceramah'. Balik kerja dalam perasaan yang paling tidak best. Sampai rumah sampailah keesokan paginya semua serba tidak kena. Marah suami, marah anak, hentak-hentak barang. Kadang-kadang saya rasa macam hidup saya tidak ada ertinya. It is getting worse. Dahulu time kerja customer service, saya sangka itulah kerja yang paling stressful. Tetapi tidak, kerja admin assistant cikai seribu kali lebih stressful. Semuanya kerana supervisor saya yang saya panggil dia Miranda - Miranda yang dalam film The Devil Wears Prada itu. Yes, she is THAT demanding.


Masa mula-mula kerja sini saya rasa dia bagus. Teliti. High expectation. Perfectionist. Yelah jadi orang atas kenalah ada kriteria sebegini. Baru kerja jadi bagus. Baru downline jadi bagus. Tetapi lama kelamaan, saya rasa dia agak melampau. Panjang sangat ceritanya kalau hendak diceritakan satu persatu. But she is just too much. She enjoys mengutuk orang. Memburukkan orang. Ulang kesilapan yang orang buat berkali-kali. Dia seronok rasa dirinya perfect. Yang paling best, dia selalu buat kami rasa macam pengemis. Macam kalau dia tidak kasi kami kerja ini dengan gaji ini, kami akan mati kebuluran. Dia selalu bilang, kalau berani pergilah resign. Pergilah cari kerja lain. Tengok kerja lain boleh dapat gaji macam ini ke tidak, benefit macam ini ke tidak, supervisor macam dia ke tidak. Dan semua benda yang dia cakap, kami tidak boleh menjawab. Kalau kami menjawab, tidak kisahlah hendak explain perkara yang benar, atau cerita apa sebenarnya yang berlaku, makin panjanglah 'ceramah'nya itu. She enjoys talking. Dia ingat best gila agaknya ceramah dia itu. Career talk lah, apa lah. Tapi sebenarnya apa yang dia cerita itu semua kami sudah tahu. Kami sudah besar, sudah dewasa, apa yang dia cerita semuanya common sense sebenarnya. Hal ehwal semasa. Kami tahu apa yang kami hendak buat, apa yang kami hendak jadi 5-10 tahun akan datang. We just do not need to tell her. For what? Untuk dia persendakan kami lagi?


Kerana sikapnya yang suka sangat mula 'berceramah' seawal 7 pagi, seawal staf yang pertama punch in, saya sudah tawar hati sangat-sangat dengan kerja ini. Pergi kerja just for the sake of pergi kerja. Tidak ada niat hendak kerja pun. Banyak kali sangat saya datang kerja dengan semangat yang baru, tetapi setiap kali itu juga perkara pertama yang kena pada pagi hari adalah tempelak. Sekali dua tidak mengapa. Tetapi kalau hari-hari? Serious hari-hari! Kalau tidak percaya, marilah datang tengok kami kena marah setiap hari. It is so demotivating. Hilang segala semangat. Segala keceriaan. Bukan sahaja di office, malah selalu sangat terbawa-bawa sampai balik. Kenapa? Kenapa tidak boleh tinggalkan sahaja di office? Mungkin sebab impaknya terlalu besar. 'Ceramah' itu terlalu panjang dan lama. Cuba kalau orang kata kamu useless 8 jam sehari apa jadi? Robot pun masuk Tanjung Rambutan wehh!


Saat ini, saya rasa apa yang ada dalam diri saya sudah hampir tiba ke zero. Segala semangat. Segala rasa optimist itu. Hilang semuanya. Saya telah menjadi orang yang sangat dull. Sangat moody. Sangat pemarah. Setiap hari saya cuba kuatkan diri saya, especially apabila pulang dari kerja. Saya cuba jadi happy untuk anak-anak. Menatap wajah Myiesha dan Tihani memang sangat membahagiakan saya. Tetapi di dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Setiap saat setiap waktu saya berperang dengan diri sendiri. Memaksa diri untuk rasa gembira walaupun rasa yang ada cuma rasa down yang teramat sangat. Ada masanya saya berbual dengan office mate saya, dan kami rasa perkara yang sama. We know this is so unhealthy for us. Tetapi apa yang boleh kami buat? Inilah yang kami perlu hadapi setiap hari demi untuk mencari sesuap nasi.


Resign? Ya, saat saya type entry ini pun saya masih fikir mahu resign. Buat apa buang masa di tempat kerja yang gila macam ini, biar orang hina kita saban hari. Kadang-kadang saya sendiri rasa macam sudah hilang maruah diri. Setiap hari kena kutuk depan semua office mates. Depan boss. Saya hampir sahaja tender resignation a couple of weeks ago. Time itu sudah tekad habis. Whatever will be, will be. Lantaklah. Bukannya ini kerja yang ada. Banyak lagi kerja lain kat luar tu. Bukannya saya ini tidak ada pelajaran, tidak ada pengalaman. Rezeki itu Allah yang kasi, bukannya Miranda yang kasi.


Namun dalam tekad-tekad saya itu, saya akhirnya mengalah juga. Mengalah kerana fikirkan keluarga yang perlukan saya. Mengalah kerana fikirkan anak-anak yang perlukan saya. Sejak saya kerja di sini, dapat juga saya merasa pakai baju cantik sikit, makan sedap sikit, dapat kasi Maman allowance sikit. Kalau dahulu, semuanya tidak ada. Saya masih ingat lagi sewaktu saya mula-mula berkahwin dengan Mett dahulu. Kerja biasa sahaja, gaji biasa sahaja. Bayar itu bayar ini, sebenarnya expenses lebih besar daripada gaji pun! Selepas itu kami ada Myiesha. Bab ini kalau fikir Myiesha memang saya mesti akan menangis. Myiesha dahulu tidak ada baju lawa. Pakai milk bottle pun murah, tiga belas ringgit dapat dua. Tetapi mujur Myiesha anak sulung, ramai relatives suka belikan dia baju, so baju cantik dia hanya bergantung pada baju-baju pemberian orang itu sahaja. Minum susu Dumex. Pakai diapers murah. Waktu itu kami memang sangat serba kekurangan. Sudahlah baru hendak start a life, hidup pula hutang keliling pinggang. Waktu itu sabar sahajalah ubatnya. Kalau tidak sabar, sudah lama lari jauh-jauh. Tidak ada orang yang mahu hidup susah. Tidak ada orang yang mahu hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tetapi apakan daya, waktu itu kami kerja biasa bergaji kecil, setakat itu sahajalah kemampuan kami. Cukupkan sahaja dengan apa yang ada.


As time passes by, Alhamdulillah, hidup kami semakin baik. Dan selepas lebih 4 tahun berkahwin ini baru saya rasa hidup kami sudah mula stable. Hidup kami belum lagi senang, jauh sekali mewah, tetapi hampir cukup dengan apa yang ada. Boleh belikan anak-anak baju cantik sikit. Boleh belikan milk bottle cantik sikit. Boleh belikan diri sendiri baju. Sesekali kami suami isteri boleh belanja each other makan pakai. Alhamdulillah. Daripada tidak kenal Tony Roma's, sekarang sudah kenal. Kalau dahulu makan di Hard Rock Cafe 5-7 tahun sekali, kini boleh bawa anak-anak pergi bila-bila terasa hendak pergi. Kalau dahulu asyik belikan Myiesha baju lubang-lubang di Tesco, sekarang dia dapat merasa pakai baju Poney. Kami masih perlu belanja berpada-pada, masih banyak komitment yang ada, tetapi dalam masa yang sama kami rasa seperti sudah boleh bernafas. Tidak mewah, tetapi senang sedikit. Kami bersyukur sangat.


Fikirkan Myiesha adalah perkara terbesar yang membuatkan saya kuat. Sangat kuat. Walaupun saya down, walaupun saya stress, walaupun saya depress, saya tetap kuat kerana ini. Barangkali inilah 10% dalam hati yang bilang Jangan itu. Selepas melalui semua yang tidak best itu, hidup di dalam kesempitan, saya tidak mahu melaluinya lagi. Cukuplah 4 tahun mengikat perut, bersengkang mata, pening kepala siang dan malam. Pekerjaan ini sedikit sebanyak membantu kami bernafas. That is why it is too hard for me to let it go. Ya, saya sangat tidak tahan dengan Miranda, tetapi saya perlu bertahan. I cannot be selfish. I am married, I have kids, I have commitments. Kalau tidak sanggup berkorban demi keluarga, jangan kahwin. Hidup selepas berkahwin adalah penuh dengan pengorbanan, yang setiap satunya menguji sejauh mana kita cintakan orang-orang yang penting dalam hidup kita. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya lepaskan semua ini. Buat apa bodohkan diri, jadi tidak happy kerana orang yang tidak kenal saya pun. But then again, kerana Myiesha dan Tihani saya teruskan juga, walaupun pada saat ini sedikit lagi saya akan jadi gila.


Dalam depression yang teramat sangat ini, saya desperate mencari jalan keluar. Kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk sambung belajar. To do my degree. Ya, HJ adalah seorang student kembali! I am doing Bachelor in Education (TESL) di Open University Malaysia. Baru sahaja start bulan May yang lalu. Part-time. Perasaan? Jangan tanyalah perasaan saya, HAPPY GILA! Setiap Saturday yang ada class adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu. Saya akan bangun pagi dengan perasaan yang paling excited. Saya akan pergi class dengan perasaan yang paling riang. Saya rasa lepas bebas macam burung. I made a few new friends, and I am very happy. Kawan-kawan adalah sangat best. Lecturers adalah sangat best. Lectures pun adalah sangat best! Semua orang di university adalah manusia yang paling bersemangat yang pernah saya jumpa. Walaupun kebanyakan daripada mereka adalah macam saya, sudah berkahwin, sudah ada anak, bekerja lagi, tetapi mereka sangat bersemangat pergi class. Tidak ada yang tidur dalam class. Tidak ada yang ponteng class. Tidak ada yang masuk lambat. Guess when we are mature like this, when we study because we want to study, we appreciate more. Tersangatlah berbeza dengan 10 tahun dahulu apabila Daddy hantar pergi college, Daddy bayar yuran, saya asyik tuang kelas sahaja. Tidak tahu makna duit. Tidak tahu kepentingan ilmu. Kalau fikir-fikir balik, memang regret. Sayang segala masa dan usia muda itu. Tetapi tidak mengapalah, yang penting saya ada di sini pada hari ini, cuba memperbaiki diri saya. And I believe it is still not too late.


Oh berbalik kepada cerita sambung belajar, saya rasa inilah keputusan terbaik yang saya ambil pada waktu ini. Because this is my biggest therapy. Selepas 8 jam kena 'ceramah' sampai down gila, saya akan luangkan 2 hours after work untuk study. Saya akan bawa buku saya, satu hari satu subject, dan duduk di mana-mana di Ampang Point. McDonald's. KFC. Delifrance. Food court. Dunkin Donuts. You name it. Semua tempat jadi tempat pertapaan saya from 5pm - 7pm. Saya ambil masa 2 jam setiap hari untuk buat notes, buat revision, buat assignment. Saya kalau belajar memang kena macam ini. Kena consistent. Saya tidak boleh belajar last minute, confirm bungkus. Ini pun satu pengorbanan, but I enjoy it. In fact, this is the thing I enjoy the most. Saya happy sangat. Saya tidak rasa belajar itu sesuatu yang menyusahkan, satu beban. Ia sebenarnya perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap petang. Habis sahaja kerja 5pm terus saya lari ke Ampang Point untuk belajar. Saya bersyukur kerana dalam masalah saya yang besar itu, saya masih ada perkara untuk membangkitkan kembali semangat saya. I really have to thank Mett, my parents, and my parents in-law for supporting me all the way. Saya bersyukur kerana semua orang sangat supportive dan sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk buat yang terbaik. Tetapi kalau Miranda tahu ini confirm dia bising, confirm dia bilang saya sudah tawar hati untuk bekerja kerana sudah belajar kembali. Hahaha. I swear if she says this, saya akan tempelak balik kat muka dia bilang this is my therapy. Kalau tidak kerana saya sambung belajar, mungkin saya sudah lama jadi gila dengan sikapnya. :D


Sedar tidak sedar, panjang juga saya tulis rupa-rupanya. I am having a hard time at the moment, kerana itulah saya tidak menulis. I cannot write, I am just too emotional to write. But after this, insyaAllah I will write more often because blogging is also my therapy. Dahulu mungkin Tihani sangat lasak that makes me exhausted every night, tetapi sekarang semakin dia membesar, saya sudah rasa semakin stable dan boleh cope. My girls are the best. Saya bahagia sangat dengan mereka berdua, sampaikan saya selalu rasa cukuplah mereka berdua sebagai peneman hati saya. No need anak lelaki lah ye, saya takut sebenarnya sebab orang kata boy ni lasak. Tak sanggup pula. Mahu kurus kering saya nanti. Hahaha. Eh but betul ke? Siapa yang ada anak lelaki, sila share experience. Kalau scary sangat, saya rasa saya stop at 2 sajalah.


Saya rasa takat ini sahaja dahulu buat masa ini. Nanti ada masa saya tulis lagi. Kalau rasa rindu kat HJ, rajin-rajinlah jenguk Instagram saya. Kalau nak add kat Facebook pun boleh juga, tetapi tulis lah note sikit, bilang kamu ini blog reader so senang sikit saya nak approve ya.

'Til then, have a great weekend ahead! 


P/S: Eh bilalah nak tukar header tu? Dah basi sangat dah.

Tuesday, July 03, 2012

Syukur, ya Allah


It has been so long since I last updated my blog, sampaikan terasa macam tidak tahu lagi where to start. Terasa macam sudah sangat lama saya tinggalkan jejak hidup saya, sehingga saya terlupa di mana saya berhenti.


To start with this entry, saya hendak announce yang saya sudah bebas daripada Customer Service line. Rasa macam tidak percaya, namun itulah hakikatnya. Saya tidak pernah sangka yang saya dapat meninggalkan semua ini hanya dengan sekeping surat. Dengan sekeping surat, dan sebulat tekad untuk pergi buat selama-lamanya. Kerana selama ini saya di sini kerana passion. Kerana saya sangat suka berkhidmat untuk masyarakat. Kerana level kesabaran saya agak tinggi. Kerana suara saya sangat sedap didengar di corong telefon. Auw. Haha. Jadinya, saya ingat saya akan terus berada di sini sampai bila-bila, walaupun ada masanya saya rasa fed up. Walaupun ada masanya saya rasa bengang. Walaupun ada masanya saya rasa malas. Tetapi saya kuatkan diri kerana inilah yang saya mahu lakukan sampai bila-bila.


Namun dalam passion yang sangat tinggi ini, jauh di lubuk hati, semakin lama saya rasa semakin tidak best. Mungkin kerana faktor umur, kot? Kalau dahulu saya tidak kisah orang caci maki saya sesuka hati kerana saya fikir saya muda, saya masih ada banyak hendak belajar, saya masih patut dimarah kerana banyak yang saya tidak tahu. Tetapi sekarang saya rasa tidak best. Walaupun saya tahu customers yang telefon maki-maki jerit pekik mencarut sesuka hati itu bukannya marah dengan saya, tetapi mungkin kerana product atau service, but still, saya rasa tidak best dimarah. Mungkin pada usia menjangkau lewat 20an ini, saya sudah ada perasaan seperti mahu dihormati. Dihormati sebagai seorang manusia. Dihormati sebagai seorang wanita. Dihormati sebagai seorang isteri dan ibu. Saya sudah letih dimaki seperti manusia yang tidak ada harga diri. Then walau apapun customers katakan, walau maki mencarut, saya tidak boleh menjawab, apatah lagi membalas. Kadang-kadang saya rasa orang sengaja telefon Toll-Free line untuk melepaskan geram. Untuk melepaskan kemarahan. Saya rasa macam tunggul. Saya rasa macam dinding. Saya rasa macam, entahlah.


Tetapi pada hari saya tender resignation, saya tidak sangka yang saya tidak perlu lagi dengar semua ini. Seriously. Semua kata-kata nista itu semacam sudah menjadi nightmare yang menghantui saya siang malam tanpa henti. But for the first time in 6 years, saya dapat melarikan diri daripadanya. Sebenarnya saya sedih juga hendak tinggalkan tempat ini. Apa tidaknya, daripada boss sampailah ke colleagues, semuanya baik-baik belaka. Mati hidup balik pun I want to be with them. Saya bersyukur sepanjang saya bekerja di bermacam-macam tempat selama 6 tahun ini, semua orang yang bekerja dengan saya semuanya baik-baik belaka. Bukan baik belaka, baik sangat! Setiap kali hendak resign, mesti rasa macam hendak menangis. Begitu juga dengan tempat yang last ini. Hari terakhir naik turun bas, hari terakhir bercakap dengan customers di telefon, hari terakhir berjumpa dengan colleagues, membuatkan setiap saat rasa seperti mata ini berkaca-kaca. I love them all too much. Terlalu sayang. Kalau boleh, saya tidak mahu pergi ke mana-mana. Kalau diikutkan hati, saya boleh sahaja tolak tepi semua perasaan yang tidak best dan kerja sahaja terus sampai bila-bila.


But life has to go on. Sampai bila saya mahu hidup ditakuk lama. Keluarga semakin membesar. Cost of living semakin tinggi. Like it or not, kami suami isteri harus cari jalan to make ends meet. To put food on the table. Semuanya demi anak-anak. Demi kesenangan mereka. Demi kebahagiaan mereka. Myiesha dan Tihani semakin membesar. Pejam celik pejam celik, tengok-tengok mereka pun sudah bersekolah nanti. Dan ada adik lagi beberapa orang. Hahaha. Kalau dahulu sewaktu single dan free, bolehlah fikir tentang passion. Boleh lagi tidak mengapa gaji kecil asalkan hati senang, kawan-kawan best. But not anymore. Sekarang hendak buat apapun, kena fikir family dahulu. Kena fikirkan suami dan anak-anak dahulu.


So di atas sebab-sebab di atas inilah I have decided to leave the line of my passion, dan melompat ke kerja baru. Sekarang ini Hannah Johary adalah seorang Administrative Assistant di sebuah oil and gas company. Daripada boleh bangun pagi jam 7, sekarang kena bangun pagi jam 4.50. Daripada start kerja jam 9 pagi, sekarang start kerja jam 8 pagi. Daripada kena travel 20 minutes to work, sekarang dekat 1 jam. But no matter how challenging it is, saya niatkan semuanya demi anak-anak. Susah senang saya, saya anggap sahaja semua ini pengorbanan saya dalam membesarkan anak-anak. Apa gunanya jadi ibu jika tidak sanggup berkorban untuk kesenangan anak-anak di kemudian hari?


Namun dalam pengorbanan saya ini, ternyata Allah itu lebih hebat dalam merancang segala-galanya. Despite having to leave home at 6am every morning dalam gelap sejuk hingga dinginnya bisa menyucuk sehingga ke tulang hitam, I get to go home at 5pm every day. Despite having to travel by LRT and bus for almost an hour journey, I get to sit in the LRT, tidak perlu berebut, dan tambangnya juga half from the previous one. Despite having to learn from scratch tentang oil and gas yang saya tahu zero tentangnya, saya tidak perlu lagi menghadap jerit pekik customers gila. Saya tidak perlu pulang ke rumah kepenatan, sampai di rumah pada jam 9 malam lagi. Saya tidak perlu naik turun bas bersesak-sesak laga bontot dengan mat bangla dan mat indon sampai rasa maruah diri telah diragut indirectly.


Dalam semua rasa susah itu, saya lebih banyak rasa senang. And know what, like my previous workplaces, boss dan colleagues di sini juga tersangat-sangat-SANGAT baik. Saya sangat bersyukur kepada Allah tang ini, kerana regardless where I work, saya selalu ada orang-orang yang baik di sekeliling saya. Orang selalu layan saya dengan baik sekali sampaikan ada masanya saya tertanya-tanya, apakah kebaikan yang telah saya lakukan sehingga saya dibalas dengan kebaikan sehingga begini sekali. I always think semua ini bukannya datang daripada saya, tetapi mungkin balasan daripada kebaikan yang pernah dibuat oleh ibu bapa saya, adik-beradik saya, saudara-mara saya, atau kawan-kawan saya. Saya selalu percaya yang kalau kita buat baik, kebaikan itu tidak dibalas balik kepada kita, tetapi orang-orang yang kita sayang akan terkena tempiasnya. Contohnya macam kalau kita kasi orang duduk dalam bas, bukannya esok lusa orang akan kasi kita seat dalam bas. Tetapi satu hari nanti kalau adik-beradik, parents, atau nenek kita naik bas, orang pula akan berikan tempat duduk mereka.


Same goes kadang-kadang kalau saya keluar tanpa Mett. Hanya Myiesha, Tihani, and I. Kadang-kadang apabila rasa macam sudah tidak cukup tangan sangat hendak melayan mereka dengan kedua-dua mereka menangis atau cranky, akan sentiasa ada orang yang membantu saya. Macam hari itu pergi rumah Mak Aisyah, anak dia nikah, Mett was not there with me. Dia kerja. So time Myiesha dan Tihani merengek serentak, tiba-tiba ada one very nice lady offered to carry Tihani for me. Dan dia carry dodoi-dodoi Tihani sampai Tihani tidur! Baik sungguh. Padahal saya tidak kenal siapa dia, dan tidak tahu nama dia pun. But really, perkara-perkara begini yang buat saya kagum sangat dengan kekuasaan Allah.


Another extraordinary thing that has happened to me is that, percayakah anda kalau saya katakan orang yang bersungguh-sungguh recommend saya ke tempat kerja baru ini adalah orang yang saya tidak pernah jumpa dan tidak pernah cakap pun dengannya. Pelik, kan? Macam mana orang yang kita tidak pernah jumpa, tidak pernah cakap dengannya, dan orang itu pun tidak kenal kita, boleh recommend kita sungguh-sungguh? Yelah manalah tahu saya ini jahat ke. Suka ponteng kerja ke. Suka MC ke. Suka EL ke. Suka mengular masa kerja ke. Suka tidur dalam ladies time kerja ke. Haha. Betul, tak? Tetapi macam mana dia boleh beriya recommend saya? Sampai hari ini saya tidak ada jawapannya. Cuma ucapan terima kasih yang tidak terhingga, dan semoga tekad untuk bekerja bersungguh-sungguh dapat membalas segala kebaikan itu.


Terlalu banyak sangat perkara yang jadi lewat ini, but guess I shall share on this first for now. Sebab saya sedang rasa sangat kagum dengan ketentuan Allah pada saat ini. Saya bukanlah seorang Muslim yang baik sangat. Masih terlalu banyak untuk diperbaiki. Masih terlalu banyak untuk diperbetulkan. But I am grateful kerana Allah sentiasa mempermudahkan jalan hidup saya. Lebih-lebih apabila niat itu adalah untuk keluarga, untuk anak-anak. Saya tidak mendambakan kehidupan yang mewah. Saya cuma harapkan kehidupan yang selesa untuk keluarga kecil ini. Lebih-lebih lagi untuk dua budak comel yang sedang membesar itu. I love my girls, and I will do anything in the world for them.


Hari ini adalah hari kedua saya di tempat kerja baru and I am enjoying my life to the fullest. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari, and I hope I will catch up fast. Saya seronok keluar rumah pada awal pagi selepas Subuh, dan pulang ke rumah ketika mentari masih menampakkan diri. Seronok tadi pagi sedang saya berjalan, tiba-tiba bau Sausage McMuffin menerjah deria bau. Oh, ada McDonald's berdekatan tempat kerja saya rupa-rupanya. Bukan sahaja McDonald's. Tetapi juga bank. Shopping center. Kedai-kedai. Hendak makan apa, beli apa, bilang sahaja. Berbeza sangat dengan tempat kerja lama yang kiri kanannya semuanya kilang, di tepi Federal Highway itu.


I pray that this happiness with always be mine. Semoga hidup akan sentiasa berada di bawah keberkatan dan lindungan Allah SWT hendaknya. Saya berdoa semoga Allah akan terus murahkan rezeki kami sekeluarga supaya kami dapat berkongsi nikmatNya dengan insan-insan yang kami sayangi. Selain fikir tentang keluarga saya, saya hendak juga senangkan Mummy and Daddy. Senangkan Mak dan Ayah. Senangkan adik-beradik juga jika dimurahkan rezeki. I want to share my happiness. Siapa tidak mahu, setiap kali end of the month belanja keluarga makan besar. Belikan pakaian yang cantik-cantik untuk adik beradik. Kasi duit sedikit untuk mak bapak. Semua orang pun akan ada perasaan yang sama. Cuma dengan usaha dan keizinan Allah sahaja dapat kita realisasikan semua itu. Dan semua itu juga perlukan pengorbanan. But now I am proud to say that I am not afraid of sacrifice.


And to sacrifice my passion is the first thing I am doing.

Tuesday, June 12, 2012

Life as a Breastfeeding Mother - My First 2 Weeks at Work


Oih lamanya tidak update blog! Rindu rindu rindu! Mana HJ? HJ ada sahaja di sini. Jika anda Halo saya di Twitter, pastinya saya akan reply. Kalau bukan siang, malam balik kerja mesti saya check. Cuma Facebook dan blog agak lemau sedikit. Bukan lemau apa, to be honest, saya masih belum dapat settle down. Lamanya settle down? Haah sikit punya lama. Entah apa yang penat. Entah apa yang haru biru. Entah apa yang tunggang langgang. But hidup saya memang hectic gila. Entah mana datang kudrat, entah mana datang letih penat mengantuk melampau-lampau. Semua saya tidak tahu. Yang pasti, saya memang sudah hampir jadi zombi. Itu sahaja yang pasti.


Saya ingat saya akan cool. Tetapi apabila sudah beranak dua, tambah lagi dengan milk pumping all the time, memang susah sedikit lah hendak cool. Contohnya macam tadi balik kerja saya rasa macam hendak terberak sangat. Sebaik sahaja sampai di rumah, time itulah breast keras gila macam lesung batu minta dipam. Time itulah Tihani menangis melalak-lalak hendakkan susu. Time itu jugalah Myiesha berlari serata rumah menjerit Mummy! Mummy! Mummy! Mummy! Mummy! macam CD sangkut. Menggagau juga saya dibuatnya. Sudah halfway masuk jamban, terpaksa keluar balik panaskan susu Tihani dalam air suam. Tuangkan orange juice untuk Myiesha. Selepas itu masuk jamban balik. Boleh eh macam itu? Boleh! Boleh lagi Mett yang ditugaskan tengokkan budak-budak itu sepanjang ketiadaan saya. Macam tangan octopus kot, kasi Tihani minum susu botol sambil tengok-tengokkan Myiesha yang terhoyong-hayang ke sana sini dengan cawan orange juice dia itu. Cannot imagine! Hahaha.


Belum lagi cerita saya di office keluar masuk Call Center pasang buka pam susu setiap 3 jam. Belum lagi cerita saya naik turun bas dengan pump bag, cooler bag segala. Belum lagi cerita sampai rumah, macam-macam tugas lagi menunggu.


Belum pun waktu it is time to call it a day, saya pun sudah tertewas dengan katil dan bantal. Ada masanya, saya ke mana, rumah ke mana. Ada masanya saya pejam sahaja sebelah mata, buat don't know dengan lantai rumah yang macam bercanda di pasiran pantai. Ada masanya saya pejam sahaja sebelah mata, buat don't know dengan pinggan mangkuk cawan penuh di dalam sinki. Ada masanya saya pejam sahaja sebelah mata, buat don't know dengan kain baju di atas sofa tidak berlipat. Setiap pagi suami isteri menggelabah cari spender dalam gunungan baju. Belum lagi masuk kisah menggelabah cari mitten Tihani sebelah jumpa sebelah tidak jumpa. Ahh. Tension!


Namun selama mana saya dapat pejamkan mata. Lambat laun sakit mata. Sakit hati. Sakit jiwa. Hendak paksa diri kemas, sakit badan. Penat kerja sepanjang hari. Kalau tidak paksa diri kemas, sakit mata. Asyik menangis sahaja mengenang hidup yang tidak seperti orang. Hendak tidak hendak, semuanya perlu dilakukan. And I do mean, semua. Yes, suami memang membantu. Mett memang ringan tulang. Kalau diminta tolong tengokkan anak-anak, kalau diminta tolong jemur kain, kalau diminta sapu rumah buang sampah, dia memang tidak pernah menolak. But as for the rest? Harus juga diri sendiri ini yang lakukan. Walau tinggi mana belajar, walau besar mana gaji bekerja, kerja rumah masih kerja isteri. Memang boleh ambil maid. Or part-time cleaner. Tetapi kepuasan itu masih datang daripada dalam diri sendiri. Apabila diri sendiri kemas ikut cara diri sendiri, apabila keluar peluh daripada badan diri sendiri, that is when the satisfaction comes. Saya paling suka at the end of the day, apabila badan penat tetapi tengok rumah cantik dan kemas, that is the best feeling ever. Puas!


Oh cerita pasal jemur kain, baru sekejap ini saya bawa keluar satu bakul baju dari washing machine. Saya letakkan di tepi sliding door. Kemudian saya bilang Mett begini. Sayang, Sayang tahu satu benda tak? Kain-kain ni semua bilang I, dorang rindu sangat kat Sayang. Nak minta Sayang jemurkan. Mett senyum lalu tergelak. Sudah psycho agaknya bininya ini. :P


Namun dalam kemalasan saya itu, saya masih perlu gigih bangun malam, awal pagi, atau bila-bila sahaja yang tersedar daripada tidur untuk pam susu. And as I said before, selepas pam susu, saya akan pergi ke dapur untuk cuci pam. Mata daripada terpejam, terus sahaja menjadi segar, membuatkan saya start my day as early as 4 or 5 in the morning every single day. Except for weekends saya akan tidur balik. Heheh. Saya memang tahu boleh sahaja kalau saya mahu simpan alatan mengepam semuanya di dalam fridge for the next session, tetapi entahlah, still rasa macam hendak cuci juga. So begitulah hidup saya saban hari. Committed sungguh. Sampai ke hari ini saya rasa macam masih tidak percaya. But guess when you enjoy doing something, benda yang susah pun terasa senang. Tetapi sekarang ini, saya bukan lagi enjoy doing it. Saya sudah jadi passionate. Sudah jadi addicted. Asal breast keras sedikit, mesti cari breastpump at any time of the day. Sudah macam ketagih candu pula.


Atas kesibukan-kesibukan inilah, saya selalu sahaja rasa letih sekarang. Asal ada time, asal ada kesempatan, harus saya ambil kesempatan untuk tidur awal. I need my beauty sleep. HAHAHA. Saya memang belum dapat settle down. Kali ini memang agak mencabar sedikitlah. But I am doing my best untuk memastikan semuanya terjaga. Makan pakai suami. Makan pakai anak-anak. Keperluan mereka. Juga keperluan saya sendiri. Keperluan tubuh badan saya untuk menghasilkan susu setiap hari. I need rest. I need good food. I need to be happy. Happiness is my biggest milk booster. Asal sahaja saya gembira, asal sahaja weekends berjalan-jalan ke sana sini, breast cepat sahaja penuh dengan susu-susu kegembiraan. I so love it!


Same goes apabila saya di office. Yes, ada masanya memang stress. Bukan ada masanya, memang sepanjang masa lah stress. Stress dengan boss tidak pernah putus menjerit CALL WAITING! Stress dengan emails. Stress dengan customers bukan-bukan. I go for lunch break at 3PM everyday. Tetapi best juga, sebab habis lunch break sudah jam 4. Sudah petang. Sudah hendak pulang. Wee! Hahaha. Dan best juga, because I can take time to pump milk in the surau. Tidak perlu pam sambil bercakap dengan customers gila yang bukan-bukan itu. Most of the time, customers cakap lebih lama daripada jangka waktu saya pam 20 minit. Rasa macam hendak sahaja bilang, Err Mr. Wong, I need to keep my milk in the refrigerator. Do you mind holding the line? AHAHAHA hendak mampus?


OK cukup-cukuplah cerita pasal susu, HJ. Nanti orang menyampah pula. Hahaha. Sorry lah, ya. It is my current obsession. As for other stories to share, 2 minggu yang lepas saya dan family telah pulang ke Singapore untuk menziarah Nenek yang tidak berapa sihat. Rasa best sangat dapat spend time dengan Nenek, Kakak Rau, Abang Nazri, and Iman Naqi. Yang paling best haruslah murtabak Zam Zam yang sedap gila itu! Auw tidak puas makan. Kakak Rau and Abang Nazri beli 10 keping murtabak for all of us, siap boleh tapau balik makan kat hotel for dinner pun still tidak puas. Sedap sangat! Dapat berbual dengan Kakak Rau, walaupun tidak lama tetapi cukup untuk menghilangkan kerinduan di hati. Sejak kecil lagi, saya sangat rapat dengan Kakak Rau. Jarak usia yang hanya 2 tahun itu, tambah lagi dengan hidup kami yang lebih kurang sama, married with 2 kids, buatkan hubungan kami tambah erat. Dahulu sewaktu kerja di Singapore, asal off day mesti tidur rumah Kakak Rau. Nanti kami akan berbual daripada malam sampai pagi tidak tidur-tidur. :)


I do not know when I will update my blog again, but I will always try to find time to write. I will try to find time to write. I will try to find time to go bloghopping. I will try to find time to update my status on Facebook. Ya Allah, serious masa sangat mencemburui saya sekarang. But I will try. I really, really hope that I will settle down soon. Rasa macam sudah lama sangat take time namun hidup masih tunggang langgang. I hope that I will be more committed and consistent in managing my life so that I will feel happier.



Kami adik beradik with Nenek!
Deehann. Zariel. BN. Tihani and I.
Saya kakak first, tetapi saya paling kecil, kan? Heheh.



With Kakak Rau, Abang Nazri, and Iman Naqi. :)



Almost all of us!





Singgah di Danga Bay sebelum pulang ke KL.



Myiesha and Tihani's Tok and Ani.



Sempat singgah di Johor Premium Outlet jalan-jalan.
And had Baskin Robbins ice cream.
I love!

Friday, February 17, 2012

Sebuah Email di Pagi Hari. TGiF! :D

Email received:


Transaction Number: 2105054576

hello, i just bought a Samsung Galaxy S2 from a friend and my wife was playing around with the pattern lock. Now, i forgot the pattern to unlock, how do i get it reset?




Email translated by my brain:


Hello, my sugar mummy baru kasi I Samsung Galaxy S2. It is a present as a sign of our relationship ni actually. Selama ini punyalah I bertungkus lumus cover line, semalam wife I terjumpa handphone ni pula. Apa lagi, macam-macam soalanlah dia tanya. Mana beli? Beli beli? Abang ni ada duit pula hendak beli handphone mahal!


Selepas dia bising bising bising, dia pergi godek pula handphone I. Hendak tengok isinya. Setengah jam juga kami bertarung, saya tidak mahu melepaskan handphone saya ke tangan wife saya. Akhirnya dengan menggigit tangan saya, wife saya dapat juga handphone saya. Mujur I letak pattern lock, tidaklah dia dapat buka. Kalau dia dapat buka, tengok gambar, videos, baca message lagi haru! Lama juga dia godek godek godek, last-last handphone I ter-block! Tidak boleh buka.


Macam mana saya hendak buka pattern lock ini? Wife saya boleh-boleh suruh saya buka, hendak tengok apa isi dalamnya. Memang saya hendak buka. Saya hendak gunakan handphone canggih yang cantik ini. Tetapi saya tidak mahu buka di hadapan dia. Bolehkah kalau saya datang ke Service Center dan kamu tolong minta technician kamu berlakon bilang wife saya ini memang tidak boleh buka langsung?


Tolonglah, Cik. Saya sayangkan wife saya, tetapi saya juga sayangkan sugar mummy saya!

Wednesday, February 15, 2012

HJ's Basic Salary - RM 995

Looking at myself, I never imagine I will be here today. Daripada hidup bergantung pada duit kocek pemberian Daddy setiap bulan, I can now earn my own money. Bukan sahaja earn my own money, tetapi dengan gaji yang tidak seberapa ini jugalah saya menampung hidup saya sendiri. Membantu Mett sedikit sebanyak dengan perbelanjaan bulanan yang ada. Dan membelikan apa yang diperlukan oleh Myiesha. Tidak dinafikan, menjadi orang kebanyakan, berapa sen sahajalah pendapatan kita setiap bulan. Kalau tidak cukup bersyukur, boleh ended hilang kewarasan.


Namun sepanjang saya bekerja 6 tahun ini, pengalaman yang paling saya tidak dapat lupakan harusnya ketika bekerja di RHB Bank dahulu. Saya bekerja di RHB Bank dari tahun 2007-2009. Waktu itu position yang ditulis pada appointment letter adalah Temporary Clerk. Memang temporary pun, because our contracts were renewed every 3 to 6 months. Nasib tidak baik, esok lusa hilang kerja. Haha. Tetapi job scope adalah menjadi pengutip hutang. Kerja setiap hari dari 8.45am - 8.30pm adalah menelefon customers minta bayar loan yang tertunggak. Guess semua orang di dunia ini pun mesti benci gila pada orang macam kami. Tetapi hendak buat macam mana, sudah kerja kami begitu.


But I was lucky to be there for a whole 2 years. It was indeed among the best 2 years in life. Kawan-kawan adalah tersangat happening. Team leaders adalah tersangat sporting. Managers dan boss adalah tersangat best. Walau kerja selalu kena maki dengan customers, hidup tetap enjoy. Setiap hari saya pergi kerja dengan senang hati. Sampaikan saya kerja 7 hari seminggu. Saturday Sunday pun pergi kerja juga sampai Maman and Daddy pelik gila. Siapa kawan yang tidak dapat buat overtime, akan saya gantikan. Siapa kawan yang tidak dapat kerja weekend, akan saya gantikan. In short, the office was like my first home. Rumah Maman adalah second home sebab buat mandi dan tidur sahaja. Hahaha!


Tetapi ini semua cerita biasa. Anda mahu tahu apa yang luarbiasa tentang bekerja di sana? My basic salary was RM 995. Percaya atau tidak? Tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur where the cost of living is very high, I was only offered a basic salary of RM 995. Walau ada Diploma, saya hanya menggunakan SPM untuk apply kerja itu, kerana kerja itu hanya mahukan SPM leavers sebenarnya. Bagi saya itu tidak mengapa. Yang penting saya gembira dengan hidup saya. Saya gembira dengan kerja saya.


Entah kenapa, sampai ke hari ini pun saya selalu lebihkan my own happiness daripada gaji berkepuk yang ditawarkan. To me, earning the moon will be meaningless kalau hati tidak gembira pergi kerja setiap hari.


Jadi begitulah the best moments of my life di RHB Bank sepanjang tahun 2007-2009. Daripada gaji basic RM 995 itu, dengan OT yang banyak gila kerana terlalu gembira bekerja, saya dapatlah earn paling banyak RM 1900 per month. Dengan gaji RM 1900 per month dengan tidak ada commitment, saya berjaya ketepikan RM 1000 per month untuk kahwin. Duit itulah yang digunakan untuk menempah baju kahwin. Duit itulah yang digunakan untuk membeli bunga telur. Duit itu jugalah yang digunakan untuk segala persiapan kahwin. Siapa sangka, dengan kerja gaji basic RM 995 itu, saya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang saya cintai.


After that apabila sudah berkahwin, sudah ada pelbagai commitment, barulah saya berusaha mendapatkan kerja yang lebih baik dengan gaji yang lebih besar setiap masa. Dan Alhamdulillah, dengan lahirnya Myiesha saya telah mendapat kerja baru. Dan pada hari ini tatkala saya sedang mengandungkan anak kedua in my 35th week, saya telah mendapat sebuah lagi offer tinggal menanti saya habis pantang sahaja. Begitu murahnya rezeki Allah SWT yang memberikan kepada sesiapa yang dimahukanNya.


Sesungguhnya tidak ada kesyukuran yang lebih tinggi yang dapat saya panjatkan kepada Allah SWT di atas segala kasih dan sayangNya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Nasihat saya kepada adik-adik yang jobless di luar sana, please stop burdening your parents. Kalau anda dilahirkan dengan sempurna dengan kudrat tulang empat kerat, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu cepat hendakkan kerja yang ideal. Jangan terlalu cerewet mencari kerja yang senang. Kerja susah sedikit tidak mengapa. Gaji kecil tidak mengapa. Walau sekecil mana pun gaji itu, kalau ia datang daripada hasil kerja keras yang ikhlas, insyaAllah akan terasa berkatnya. Yang penting, rajin-rajinlah bekerja. Be happy. Enjoy yourself. Dan insyaAllah selepas itu akan ada kesenangannya.


Kalau pelajaran hanya sekadar SPM yang tidak lulus, jangan sesekali rasa kasihan terhadap diri sendiri. Kalau diri tidak ada pengalaman bekerja, jangan sesekali pencilkan diri. Always remember, everything in the world starts with the first small step. Sekali anda dapat langkah pertama itu, do not ever turn back. Teruskan perjalanan. Dari situ anda akan berlari. Dan kemudiannya terbang.


Siapa tahu di mana rezeki kita. Siti Nurhaliza pun hanya lepasan SPM. But she is now a millionaire.


Siapa juga sangka Hannah Johary berkahwin dengan gaji basic sekecil RM 995 pada waktu itu. Sangkakah anda? Saya pun tidak sangka. Hehe.


In life, nothing is impossible. Hanya anda sahaja yang dapat membuatkan yang impossible itu menjadi possible. ;)

Thursday, January 12, 2012

29 Weeks Pregnant

Hello everyone! It has been 6 days since I last updated my blog. It has been 2 weeks since I last updated my Facebook status. And it has been a couple of days since I last actively tweeted on Twitter. The fact is, I am tremendously busy. Sangat, sangat, SANGAT SIBUK.


I leave for work at 8am in the morning. Return home at 9pm at night. Spend time with the family for 3 hours or so, before going to sleep at 12am. Then pagi sudah bangun lagi untuk pergi kerja.


This may look like a normal routine for any working wife and mother, but for me, since this new year, semuanya telah menjadi tersangat padat. Having to juggle with my new task telah mencuri kesemua masa dan tenaga saya. If before this I still have time to check my Facebook account, comment my friends' status and update my blog whilst talking to crazy customers on the phone, working off the phone rupanya lebih mencabar! To those who still do not know, I am in charge of the company's emails now. And although there are reply templates to choose from, I always prefer to alter them mengikut kesesuaian email customer. Rasa lebih human touch, kot? Jadi customers tidak akan rasa macam computerized reply. Kahkahkah. Rajin sungguh, kan? So setiap customers akan terima balasan email yang berbeza walaupun untuk soalan yang sama, depending to the way they write and their emotions. Well, semua orang ada cara tersendiri dalam melaksanakan tugas. As for me, kalau ada tugasan yang melibatkan penulisan, I will never take it for granted walau ia hanya tugas kecil.


So that is my job dari 9 pagi sampai 7.30 malam setiap hari. Replying customers email. Tulis tulis tulis sampai mata naik rabun dan otak jadi tepu. Why do I say tepu? Because by the end of the day, kadang-kadang saya naik tidak faham apa yang customers tulis that I have to copy them onto a word document, baca sepatah-sepatah dan tukarkan font isi penting menjadi font 20 untuk separate-kan craps dari isi penting. HAHAHA. Seriously. Apabila terlalu banyak membaca the whole day, akan jadi tidak faham gila.


So kepada para pelajar, sila jangan belajar sehari suntuk, OK. Take time to rest, have fun and go dating. Hahaha!


So inilah perkara yang telah membuatkan saya tersangat busy throughout the day sampai tidak ada masa untuk log in Facebook and update blog. As soon as I reach home, haruslah spend quality time with family pula. Have small chats with Mett dan main dengan Myiesha sampailah dia tidur. Not to forget, household chores sentiasa memanggil-manggil minta dibereskan. Kain baju segala. Semua ini tidak boleh tinggal. Kalau tinggal, hari esok akan menjadi lebih kelam kabut lagi walaupun sejak masuk 7 months pregnant ini saya hampir tinggalkan tugas memasak sepenuhnya sebab serious badan sudah sangat tidak larat.


Siapa kata saya balik kerja terus update blog panjang berjela sampai abaikan anak suami? Siapa? Siapa? Harmoni sangatlah kononnya, kan? Kahkahkah.


Mett suka gila saya ulang ayat ini. Nanti dia bilang, Eh macam pernah dengar saja? dalam senyuman-senyuman perlinya. :P


Yes, so this is my current life. Tersangat sibuk until sometimes I forgot to breathe. Namun sejak duduk dengan HR the other day tengok increment pada gaji pokok dan increment pada allowance, saya rasa inilah yang harus saya korbankan untuk kehidupan yang lebih baik. Benar, ada orang mampu hidup senang walau tanpa perlu mengorbankan private time dan bersama keluarga, but to me, this is fine for now. Nanti apabila ada peluang sebegitu, I will grab it.


So goodbye precious time, and hello tons of work! Although Mummy spends lesser time with you now, but you just know I love you all the same, kan Myiesha? :D


So to tell about being 29 weeks pregnant (banyaknya SO dalam entry ini!), I am all great sampaikan rasa macam belum puas pregnant, hendak pregnant total 18 bulan boleh, instead of 9 months? Hehe. And for now saya sedang rasa sangat confident that I have no fears of giving birth yet. Oh, and 1 surprising thing, sejak dua menjak ini Mett asyik sibuk ajak pergi 4D scan! Omg! That guy, my husband yang tersangat tidak romantik dan nampak macam tidak caring langsung itu, ajak saya pergi 4D scan! Excitedly pula itu! HAHAHA. Serious kelakar, rasa macam hendak pengsan dan rasa macam malas pula hendak melayan karenahnya yang bukan-bukan ini. Why? Because selama ini scan 2D pun dia asyik bertangguh malas gila bilang Tak payahlah Tak Payahlah, this time excited melonjak-lonjak pula.


Pelik tetapi benar, kan? Some things can really happen unexpectedly! :D


So this is life at 29 weeks. Penuh dengan kesibukan. I am truly sorry, dear readers, for not having the time to update as frequent as I used to now, but I promise to catch up. Lebih sorry lagi kepada Myiesha sayang kerana belum dapat tuliskan entry tentang birthday nya yang ke-dua yang jatuh pada hari Monday lepas. Isk. Mummy is really busy, Sayang. InsyaAllah I will try to find time to update more later.


Until then, have a great working day, everyone! Eh, sudah Thursday. Wee..~


P/S: This entry ditulis pada waktu pagi apabila tiba awal 20 minit di office. :)


Wednesday, December 21, 2011

Overload

I have been overloaded with work lately. No, not the call coaching, but the calls. The company's sales is rapidly increasing. Resulting to more customers calling in to ask on products and dealers. Dan tidak kurang juga yang call untuk complain barangan rosak. Yes, I do not deny it is good for the company. But I am all stressed out here.


Apa tidaknya. Calls semakin banyak. Complaints semakin banyak. Tetapi technicians tidak dapat cope. Spare parts tidak cukup. Kalau dahulu customers hantar handphone untuk repair, paling lama pun masa yang diambil adalah seminggu. Sekarang ini, hantar masuk sudah 4 hari pun belum tentu technician sudah at least melihatnya. As for on-site service, dahulu paling lambat pun 2 hari selepas complain mesti technician akan attend. Sekarang sudah 4-5 hari pun minta tangguh lagi.


Akibatnya, customers marah. Customers mengamuk. Customers memaki. Customers refuse repair. Customers hendakkan replacement set. Customers hendakkan refund. Customers hendak cakap dengan manager. Customers hendak buat complaint ke Consumers Tribunal.


Dan part yang paling best, as soon as customers call in, apabila saya hendak check status tentang part, status tentang technician, status tentang unit, semua pihak tidak reply. Technicians tidak angkat phone. Spare part department tidak ada information tentang part. Call service center lain satu hari suntuk sampai separuh gila pun tidak berjawab. Tidak cukup dengan itu, minta belas ehsan manager tolong check, kononnya mungkin kalau kita sendiri check mereka tidak mahu jawab. Pun tidak dapat apa-apa!


Apabila mengamuk dengan boss kerana customers sudah mengamuk dengan kami, boss mengamuk balik pada kami. I DID NOT GET ANY REPLY! HOW DO YOU WANT ME TO REPLY TO YOU?


Dan kami pun mengamuk. THEN WHAT DO YOU WANT ME TO REPLY TO CUSTOMERS?


ASK THEM GO DIE LAH!


Satu Call Center pun stress separuh mati.


Sebelum ini saya masih kuat menepis segala dugaan ini. Dalam hati asyik berbisik, Lantakkan saja. Lantakkan saja. Lantakkan saja. Tetapi sehari dua ini customers sangat rajin call balik untuk follow up. Mula-mula saya katakan saya sedang menunggu reply. Kemudian saya katakan saya kena tunggu reply daripada manager saya, manager saya tidak ada. Selepas itu saya minta tempoh sampai petang. Selepas itu saya minta tempoh sampai pagi keesokannya. Selepas itu, saya mengelak! Asal customer itu call, saya suruh colleague saya bilang saya tidak ada di tempat. Saya akan call balik. Saya pergi lunch. Saya ada meeting. Saya sudah balik. Nasib sahaja saya tidak suruh bilang saya resign, senang sedikit customer itu tidak akan cari saya lagi. Kahkahkah!


But today I went to the ladies and cried! Bukan sekali, dua tiga kali throughout the day jugalah. Seriously inilah kali pertama saya menangis kerana kerja setelah 5 tahun menghambakan diri dalam dunia customer service ini. Kerana customers cari saya bertubi-tubi, tetapi saya tidak ada jawapannya. I was so stressed out. Hendak luahkan rasa marah, rasa tidak puas hati, rasa stress, tetapi kepada siapa? Saya tersepit oleh keadaan! Hendak mengadu pada boss saya, nanti dia suruh saya Go Die pula. What else can I do?


Saya betul-betul tertekan. I really did not know what to do. So saya asyik lari ke ladies, lepak lama-lama sambil membelek handphone sendiri. Sambil dalam hati tidak habis-habis berharap agar cepatlah waktu pulang tiba. I really cannot wait to go home. Saya tidak sabar hendak membebaskan diri daripada situasi itu. Yes, I know there is still tomorrow. Customers tidak dapat kejar saya hari ini, esok mereka masih boleh kejar saya lagi. But that is a different story altogether. For today, I just want to go home. That is all. I really cannot take it.


Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini, cuma saya rasa stress gila when this happens. Sudahlah calls banyak gila sekarang ini. Hendak ber-Facebook, hendak ber-blogging semuanya sudah tidak sempat lagi. Dahulu sedang berbual dengan customers boleh lagi type sikit-sikit. Walau ambil masa berjam, I still manage to post at least an entry. Dapat juga blogwalking baca blog kawan-kawan. It at least releases my stress, indirectly. Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. 8 hours or more di hadapan PC dan telefon, 8 hours or more itu jugalah setiap saat didedikasikan khusus untuk bekerja. That I get fed up. Saya boleh sahaja buat kerja dengan penuh berdedikasi. Tetapi kalau tidak cukup information begini, tidak cukup cooperation begini, apabila customers semakin marah, macam mana saya hendak kerja dengan baik? Bayangkan setiap hari telinga dibingitkan dengan kemarahan orang, lama-lama boleh trauma, tahu? Orang gila sahaja yang boleh kerja di Customer Service line begini. Dan saya adalah antara orang gila tersebut. Haha.


I was all confused when I was all stressed out at work tadi. Saya tanya diri saya, kenapa saya begini? Apa yang tidak kena? Apa masalahnya? Apa yang buat saya menangis? I really did not know what it was until now. Now yang apabila saya berada di rumah, on laptop tengok Facebook sedikit, pergi blogwalking sedikit, catch up with Twitter sedikit, baru tiba-tiba saya rasa girang. Saya rasa senang. Saya rasa gembira. Tidak perlu sogok dengan Prosperity burger atau Double Zinger burger atau handbag baru atau iPhone, saya tiba-tiba rasa gembira secara spontan. Then baru saya tersedar mungkin saya telah di-overloaded-kan dengan kerja di office tadi. Saya terlalu stress.


This is scary. But it is true.


I do not know how am I going to face tomorrow if things do not change. Adakah saya akan terus biarkan stress ini memakan diri? But since I already know what is really happening to me, guess I will be more cautious tomorrow dan harapnya saya dapat kawal diri daripada hilang kawalan seperti apa yang berlaku siang tadi.


Hope so. Wish me luck. ;)

Thursday, December 08, 2011

Rezeki Anak-Anak

It has been a challenging week. Saya rasa penat sangat seminggu dua ini. Exhausted, to be exact. Saya kerja balik lewat. Mett pun kerja balik lewat. Tambah lagi dengan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan seminggu ini. This time's pregnancy has been very challenging. First trimester asyik pening-pening pitam-pitam. Selepas itu, masuk hospital because of severe migraine yang tidak pernah dialami sepanjang hayat.


Now asyik sakit-sakit badan. Dari leher. Ke tengkuk. Ke bahu. Ke belakang badan. Ke atas perut. Ke bahagian perut. Ke bahagian bawah perut, tulang pelvic. Dan kaki pun selalu sahaja cramp.


Pendek kata, satu badan sakit. Everyday. Duduk tidak kena. Baring tidak kena. Berdiri tidak kena. Berjalan tidak kena. Huhu.


Namun dalam macam-macam ini, saya rasa sangat bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik. Selera makan yang tidak berkurang. Kudrat untuk meneruskan kehidupan seharian menggunakan tulang empat kerat ini. Saya melihat semua ini sebagai mainan psychology semata-mata. Kalau saya ikutkan hati, ikutkan perasaan, memang sebenarnya satu benda pun tidak boleh buat. Tetapi saya kuatkan diri. Bak kata Mett, Cekal lah, Sayang. So saya pun cekalkan diri. Cuba untuk buat-buat tidak rasa apa-apa langsung walau whole body is aching.


Dan dalam macam-macam ini juga saya sangat bersyukur kerana rezeki melimpah ruah. Tentang career saya yang berkembang ini, saya sudah selesai training dengan trainer dari Singapore minggu lepas dan insyaAllah minggu ini akan mula melaksanakan task baru, di samping kerja seharian saya menghadap customers gila. Kini selain menghadap customers gila, saya juga perlu menghadap colleagues saya, yang kebanyakannya lebih senior daripada saya. Tetapi mereka tidak gila, Alhamdulillah. Hahaha. What do I do now? I coach them. Wee..~ Macam coach team bola Manchester United sahaja, kan? Hehehe.


Saya dan Team Leader saya - Yaso, telah dilantik sebagai Call Coach. Yaso memang sudah lama buat kerja ini, cumanya tidak pernah dapat melaksanakan sepenuhnya kerana kekangan masa dan tenaga. So I am chosen to assist her. Bukanlah untuk mengurangkan bebanannya, but to work together, hand in hand. Kami akan mendengar call records, evaluate them, dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan call agent, seorang demi seorang, untuk membincangkan apa yang boleh dipertingkatkan dari sini. Seperti cermin, selagi kita tidak melihatnya, kita tidak nampak di manakah cela kita. Begitu juga dengan call records ini. Selagi kita tidak mendengar sendiri, kita tidak tahu di mana kekhilafan kita.


Even I myself was so surprised when I first heard my own call records! Saya sangkakan saya OK. Saya sangkakan saya sudah cukup lembut. Cukup bersopan. Cukup bertatasusila. Tetapi tidak. Apabila setiap hari disogokkan dengan customers gila yang pelbagai ragam, kita semakin menjadi semakin lali. Semakin kebas. Semakin kebal. Semakin kalis. Dan semakin kalisnya hati ini terhadap pekikan customers, semakin hilanglah ketulusan kita untuk melayan mereka.


This is what I discover. And this is what needs to be mended for the sake of our good name as a Customer Service Personnel. For the good name of the Call Center. And for the good image of the company as a whole.


Jadi inilah task saya sekarang. To coach them. Untuk mengingatkan mereka cara yang bersopan untuk bercakap dengan customers - penggunaan kata yang sesuai, dan penggunaan ayat yang betul. Untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya kesabaran dalam menghadapi karenah customers. Untuk mengembalikan satu aura positive di dalam Call Center ini. Untuk menyedarkan mereka bahawa kerjaya ini bukanlah hanya satu pekerjaan datang pagi balik petang, asal semua kerja siap, jadilah. Tidak. This is about Customer Service. This is about serving the customers. This is about passion. Saya percaya, dalam apa-apa kerja sekalipun, pasti tidak puas kalau kita kerja hanya kerana gaji pada hujung bulan. Seharusnya setiap hari datang kerja pun dengan rasa gembira, dengan rasa bersemangat dan dengan sepenuh hati. Barulah setiap hari itu rasa berharga.


This is really something new to me dan sememangnya saya sangat nervous untuk start buat task ini. Almost 2 years working here, with a total of almost 6 years of working experience, saya tidak pernah melakukan kerja coaching dan training ini. Selama ini hanya buat kerja sendiri sahaja. Tetapi Alhamdulillah mungkin Allah telah katakan, OK Hannah it is time you do this. Saya anggap ini rezeki anak-anak. Rezeki Myiesha dan Farris. Dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya anggap ini satu langkah besar di dalam career saya, yang mana finally saya dapat juga buat sesuatu yang saya suka. You just know lah how much I love sharing my knowledge and experience here in my blog. Therefore I hope I can do the same in my career now. To share my knowledge, experience and passion, walau pengalaman yang ada hanya secebis cuma. But I am confident, I will grow as day passes by, and I will be more mature and learn more.


I really hope to do my best in this and give all out. Semoga Allah sentiasa membantu, InsyaAllah.


I think this is one of the sweetest thing that has happened this year, and I am so grateful about it. Alhamdulillah. Dalam banyak perkara yang menguji, Allah sentiasa berikan saya sebab untuk tersenyum dan tertawa. Mungkin inilah balasanNya terhadap segala kesabaran saya selama ini. Blog ini mungkin bukan saksi segalanya. Dan biarlah segala apa yang terjadi tinggal rahsia antara saya, Allah, dan keluarga kecil saya. I just hope next year will be a good year for my small family and I. Semoga saya akan menjadi lebih kuat, lebih tabah dan lebih berjaya lagi.


Akan saya mulakan hari esok dengan senyuman. Akan saya mulakan hari esok dengan keazaman. Akan saya mulakan hari esok dengan seribu satu langkah kecekalan. Walau esok bukan New Year, I treat it as a rehearsal. Rehearsal untuk menjadi seseorang yang lebih baik. InsyaAllah.


Welcome aboard, Hannah. You are now the Call Coach for the Call Center. The Call Center for Malaysia. Congratulations.

Wednesday, September 21, 2011

Manusia Memang Susah Berterima Kasih

Went to work with a heavy heart yesterday. Bukan yesterday sahaja, sudah banyak hari. Sejak beranakkan Myiesha kot. Tidak mengapa, nanti sudah beranak dua boleh cuba buat rayuan kepada Mett sekali lagi untuk menjadi stay-at-home-mom. Buat masa sekarang kena banyak-banyak berdoa semoga beliau akan dapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lebih besar to support our growing family. Hikhik.

So as usual, sampai sahaja di office, buka PC. Buka system. Buka MSN Messenger. Buka internet. Ahaks. Kantoi. Buka blogger lah, of course. Check comments. Check statistics for yesterday. Walau blog tidak segempak mana, the comments I receive and the increasing number of visitors and followers always make my day. Tidak ada apa-apa yang lebih membuatkan seorang blogger gembira daripada adanya mereka yang menghargai hasil penulisannya.

Selesai sahaja saya buka semua system, jam pun menunjukkan pukul 9 pagi. My boss Edward sudah menjerit minta kami semua log in. Kalau dia tidak menjerit, kami semua akan buat-buat tidak perasan waktu mula bekerja sudah tiba. Hahaha. Log in sahaja, my first call came in.

Good morning! Hannah speaking. How may I assist you?

Suara saya berlagu riang, seriang burung berkicauan di pagi hari.

Saya nak check status handphone saya! Dah 3 minggu saya hantar, tak siap-siap lagi! Entah apa awak buat. Lembab macam apa! After-sales service teruk betul! Masuk kali ini sudah 8 kali saya call, awak janji nak call balik. Nak call balik. Tapi langsung tak call! Apalah!

Saya telan liur. Apalah nasib. First call for the day. Tidak ada Hello. Tidak ada Assalamualaikum. Tidak ada sesi memperkenalkan diri, apatah lagi beri report number untuk saya refer, tiba-tiba kena tempelak. Sudahlah ini kali pertama saya bercakap dengan customer ini. Bila masa pula saya pernah janji untuk call balik?

Maaf Encik. Tapi boleh saya dapatkan nama Encik?

Awak ambik nombor report ni! 4119336802! Awak tengoklah sendiri! Malas saya nak cerita panjang-panjang. Buat habis air liur je!

I keyed in the report number into the system and the details pop-ed up. Haihh. I let out a long sigh. Pagi-pagi sudah buat orang hilang mood. Apalah salahnya cakap baik-baik, kan? Tidak rugi 1 sen pun, Encik!

Check dalam system, and yes it has been 2 weeks since the customer sent the unit to our service center. 2 weeks, not 3. Pandai-pandai sahaja exaggerate, buat nampak macam sudah lama sangat menunggu. Reason being: Parts pending. Danggg. Reason macam inilah yang paling susah untuk diterangkan kepada customer.

Saya menarik nafas panjang.

Saya sudah check di dalam system. Handphone ini telah dihantar ke service center kami di Plaza Berjaya 2 minggu lepas, pada 7 September 2011. Masih belum siap kerana kami masih sedang menunggu parts, Encik Khairi.

Tunggu parts! Tunggu parts! Berapa lama nak tunggu? Awak order parts tu dari mana? Dari Korea? Atau dari bulan? Apa yang susah sangat nak sampai? Mana manager awak? Saya nak cakap dengan dia! Saya kenal MD awak jugak tau! Awak jangan nak main-main dengan saya! Bukan murah saya beli handphone tu! Dua ribu lebih! Pakai tak sampai seminggu dah rosak! Tunggu parts berminggu-minggu. Awak ingat ni perkara main-main? Awak ingat saya ni tunggul kayu? Nak saya tunggu sampai bila? Sampai tahun depan? Dahlah daripada hari tu janji nak call balik. Nak call balik. Tak call-call juga!

Ya Allah bertalu-talunya soalan Encik. Selsema yang bersisa sejak minggu lepas secara spontannya membuatkan telinga saya terpekak sedikit. Alhamdulillah. Tidaklah saya bingit sangat dengar suara Encik yang nyaring ini.

Hati saya sudah mula tawar hendak membantu customer ini. Kalau call pagi-pagi cakap baik-baik sopan-sopan, mungkin saya sendiri boleh pergi ambil part itu, pass pada technician dan minta dia siapkan hari ini. Tetapi cara cakap yang macam ini, rasa macam hendak campak sahaja headset luar tingkap.

Kesabaran sudah mula menipis.

Ini kali pertama saya bercakap dengan Encik Khairi. Dan saya tidak pernah lagi berjanji untuk call Encik Khairi balik tetapi tidak call. Beginilah Encik Khairi. Memandangkan Encik Khairi telah menghantar handphone ini ke service center kami di Plaza Berjaya, saya harus menghubungi service center Plaza Berjaya untuk mendapatkan updates tentang part dan repair ini. Izinkan saya check dengan mereka dan call Encik Khairi balik sebentar lagi untuk update Encik Khairi?

Hah! Ya! Macam ni lah juga yang diberitahu kepada saya hari tu! Nak check dan call balik! Hampas pun tak ada! Awak jangan nak bodohkan sayalah. Saya takkan letak fon. Cik check lah sekarang dan saya nak tahu keputusannya sekarang juga.

Encik Khairi ada cuba telefon Plaza Berjaya?

Ada! Tapi tak pernah ada orang angkat! Itu pun satu lagi masalah. Susah sangat ke nak angkat telefon? Customer call nak tanya pasal handphone pun susah! Apalah masalah awak ni sebenarnya?

Aik. Aku lagi yang kena?

Memandangkan Encik Khairi sendiri sudah pernah cuba telefon sana tetapi tidak ada orang angkat, saya rasa tidak perlu Encik Khairi tunggu di talian kerana pastinya saya sendiri pun akan ambil masa separuh hari untuk dapat bercakap dengan mereka. Beginilah, Encik Khairi. Saya ada nombor telefon Encik Khairi di dalam system. Berikan saya peluang untuk check perkara ini dan saya berjanji untuk telefon Encik Khairi balik sebaik sahaja saya dapat updates.

Eleh! Hari tu pun cakap sama jugak! Call nya tidak pun!

Itu orang lain, Encik Khairi. Saya tidak tahu siapa yang bercakap dengan Encik Khairi hari itu. Tetapi Encik Khairi jangan risau. Nama saya Hannah. Saya seorang sahaja Hannah di sini. Kalau saya tidak telefon Encik Khairi balik dalam tengah hari ini, Encik Khairi boleh buat complaint kepada MD saya.

Hmmmm! Yelah yelah!

Tanpa ucapan terima kasih, talian diputuskan. Seronok betul jadi customer, kan?

Done talking with this customer, I received many other calls from various customers with various problems from all over the country. Pelbagai ragam, pelbagai demand. Namun dalam menyelesaikan masalah beratus customers seterusnya, saya tekun check status dengan service center di Plaza Berjaya yang sememangnya sangat susah hendak reach kerana mereka sangat susah hendak angkat telefon. Selesai check status, saya check part dengan Parts Team. Tanya di mana part itu sekarang, bila akan sampai. Menjelang tengah hari, saya dapat jawapan yang saya perlukan.

Part itu rupanya akan sampai besok. This means good news for the customer! Tidak perlu lagi dia menunggu lama. Alhamdulillah!

Saya telefon Encik Khairi balik, walau sebenarnya kalau diikutkan hati rasa macam sudah tidak mahu lagi cakap dengan dia sampai bila-bila.

Call sekali, no answer. Call sekali lagi, no answer juga. Tidak mahu call lagi, mana tahu dia di dalam meeting ke apa, sia-sia sahaja saya kena maki.

Selepas sejam saya try call dia lagi. Dapat.

Hello Encik Khairi. Saya Hannah. Tentang handphone Encik Khairi itu, maaf di atas kelewatan itu kerana kami order part daripada Korea. Part akan sampai esok dan jika tidak ada masalah lain, InsyaAllah handphone Encik Khairi akan siap lusa. Nanti saya akan minta technician call Encik Khairi for collection apabila sudah siap nanti.

Ok!

Talian diputuskan lagi. Again, there was no thank you. There was no thank you for the immediate action. There was no thank you sebab saya call dia balik seperti yang dijanjikan. There was no thank you sebab saya berikannya khabar baik seperti yang diharapkan. There was no thank you sebab saya bersabar dengan kata-kata kasar dan tuduhan di atas perkara yang tidak pernah saya lakukan. There was no thank you at all.

There was none.

Begitulah secebis kisah hidup saya pagi semalam, for my first call. Dan bayangkan saya terima calls begini dari pagi sampai petang, hidup begini saban hari. Saban minggu. Saban bulan. Bertahun-tahun. Bersabar dengan pelbagai karenah manusia yang semuanya dalam keadaan marah. Yang semuanya dalam keadaan tidak sabar. Yang semuanya dalam keadaan tidak puas hati. Dan saya dimarahi semuanya di atas perkara yang saya tidak lakukan. Yang saya dimarahi semuanya di atas perkara yang bukan salah saya.

This is just one conversation. Banyak lagi yang lebih teruk. Macam-macam jenis makian yang pernah kena. 'Hey you, listen to me!' dan 'F**k you!' pun pernah kena. Macam mana saya hadapinya? Semakin customer menjerit, semakin saya perlahankan dan sopankan suara. I find this very helpful. Kalaupun saya tidak dapat redakan kemarahan customer, saya berjaya kawal kemarahan saya. Dan Alhamdulillah saya tidak pernah terlepas kata.

Working in this field telah banyak mengajar saya erti kesabaran, walau ada kalanya rasa fed up gila rasa macam hendak cari kerja lain. Letih juga telinga ini setiap hari dengar pekikan, makian dan segala mak nenek perkataan yang kasar dan tidak sedap didengar. Sesekali hendak juga ada orang call cakap baik-baik, kita pun senang hati hendak membantu. But that is rare here. Walau sebaik manapun kita cakap, orang tetap rasa seronok menjerit.

Dalam kehidupan hari ini di mana orang semakin mewah dan berkemampuan, mereka mungkin sangkakan kerana duit, mereka boleh berperangai apa sahaja.

Manusia memang sangat senang cari kesalahan orang. Dan manusia memang susah berterima kasih. Terimalah hakikat itu, Hannah. Guess I will have to teach Myiesha to say Thank You more after this untuk mengelakkan dia membesar menjadi seorang perempuan yang kurang ajar dan tidak bersyukur seperti customers saya.

Thursday, April 21, 2011

Thank You, Encik Ahmad Thibraani

The other day ada 1 complicated case. Berhari juga buat follow-up hendak bantu customer ini. Call dealer. Call salesperson. Liase dengan bahagian sales. Then call customer balik update dia tanya ok ke tidak, macam mana, hendak option lain ke apa. But I did my best, because he was nice. Customer yang baik, yang bercakap dengan sopan, penuh pengharapan minta kita tolong, of course lah kita pun tolong dengan ikhlas, kan. Kalau customer yang call terus maki-maki, lepas itu minta pula bukan-bukan, memang aku rasa hendak terajang sahaja. Hahaha.

Alhamdulillah, it all ended gracefully in the end. On the last call, selepas memberitahu perkara terakhir yang mungkin boleh menjadi solution terbaik buatnya, he requested to speak to my team leader. Saya sudah macam, Oh great! Aku sudah follow up bukan main gigih, last-last nak complain juga pasal service ke?

Tawakkal sahajalah Puan Hannah. So dengan penuh ketawakkalan, pass message kepada Team Leader saya untuk call this customer as requested.

Then lepas itu saya pun bercuti panjang sebab Myiesha demam.

As soon as I get back from my leave this morning terus sahaja check jobs pending. Then teringat customer ini. Terus buka system check ada apa-apa yang masih tidak ok ke. Then I saw this email.

Uh ow!



***




To whom it may concern,

I wish to compliment a call-center customer service personal Miss Farihanna for her excellent communication skill and support when resolving my problem on my refrigerator purchase from (a dealer).

I am very satisfied with the solution she provided on the issue that I had faced.

She is polite, has good command of English and very dedicated in solving the problem.

It is hoped that (the company I am working at) will continue developing/training their personnel to be just like Miss Farihanna. And to Miss Yasotha (Team Leader), I'd also like to thank you for your help and support.

Thank you.

Regards, Ahmad Thibraani.




***


Auwww..~

This is so sweet, Encik Thibraani. Rupanya dia hendak cakap dengan Team Leader sebab hendak compliment, but my Team Leader minta dia email-kan so ada black & white for documentation. Sweet, kan? Thank you so much. Your email makes my day!

Sesungguhnya tidak ada satu perkara baik pun yang dilakukan yang dibiarkan tidak terlihat. Alhamdulillah.

Thursday, March 17, 2011

An Email

Hi everyone! Sorry do not have anything to tell this week. Nothing interesting to write here. So I will just share this. It makes my day. Hope it makes your too!

It is an email from a customer.



Hi Hannah,

The technical guy came about 9:00am and has found the abnormal sound problem. He said it is due to something like " timer " problem, & he has replaced it. However, I will continue to monitor for 1 week, if the abnormal sound has gone, then we close the case.

Thanks a lot and appreciate your great arrangement. Thanks.

Regards, Chin.