Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

Kisah Kahwin dan Malas

Lately banyak kisah suami isteri on the internet, especially Facebook. Daripada screenshots of quotes sampailah ke kisah-kisah yang minta nasihat macam page Kisah Rumah Tangga. Ada yang asyik hendak menangkan para isteri. Ada yang asyik hendak menangkan para suami. Ada yang tak habis-habis hendak bash. Ada pula yang buat kita tersentap membacanya, lalu terduduk berfikir.


Ada dari penulisan manusia-manusia hebat macam para ustaz ustazah dan pakar motivasi. Tidak kurang juga daripada kalangan orang-orang kebanyakan macam kita ini. Semua orang ada pendapat mereka yang tersendiri, dan haruslah si penulis merasakan pendapatnya adalah yang paling betul sekali. Semuanya campuran daripada persepsi dan pendapat sendiri, pengalaman, surrounding dan cara mereka dibesarkan.


Namun antara cerita on Facebook yang paling terkesan di hati saya adalah cerita seorang janda muda berusia 22 tahun ini. Dia bilang dia kahwin setahun sudah bercerai kerana dia adalah seseorang yang sangat-sangat pemalas. Dia akui sifat pemalasnya dan menasihatkan gadis-gadis yang mahu berkahwin di luar sana supaya jangan jadi pemalas macam dia.






Screenshot source from Facebook


To be honest, bagi saya dia ni baik sebenarnya. Baik sebab walaupun dia bercerai sebab suaminya curang, tetapi dia tetap salahkan diri dia sebab dia ni pemalas. Bangun lewat, asyik tengok handphone dan tengok Korean series, itu normal sebenarnya. To me it's normal lah. Sebab saya ni pun agak pemalas juga sebenarnya. HAHAHA. Moreover, dibesarkan di rumah parents, tidak duduk hostel dan rumah sewa, lagilah pemalas jadinya. Lepas tu jadi extra-extra pemalas lagi sebab my mom ni jenis suka berkemas. So kiranya dari kecil sampailah sudah bekerja, kerja saya bangun pagi, pergi class / kerja, balik makan or makan kat luar siap-siap, then balik update blog, gayut-gayut dengan cinta hati, then zzzzzz! Weekends lagi tak guna, bangun paling awal 12 noon, paling lambat 4 petang. Konon qada' tidurlah, after an exhausting week. Exhausting sangat ke? HAHA.


But really, cuci kain, lipat kain, masak semua tidak pernah ada dalam list. Asal saya balik kerja semuanya sudah tersiap. Begitulah hidup saya selama 24 tahun. Pada tahun ke-24 apabila parents Mett call my mom hendak datang merisik saya, my mom honestly bilang mak dia, "Hannah ni masak pun tak tau!" Hahaha malu hoi! But really, it's good kan being honest from the start. Buat apa poyo-poyo oh anak saya rajin, anak saya baik, anak saya pandai, tiba-tiba dah kahwin, dangggg pengsan! Habuk pun tarak! Dari situlah datangnya screenshot-screenshot FB tu agaknya. Pasal culture shock.


So, berkahwinlah saya dengan Mett dalam majlis yang sederhana tapi meriah hendaknya. Settle berkompang, berenjis-renjis dipilis, bermakan beradab, kami pun pulang ke rumah sewa kami. And as expected, apa-apa perangai dan habit yang sudah ada dalam diri selama bertahun-tahun semuanya dibawa sekali. Masa dating memanglah tak nampak. Masa dating semuanya cantik, semuanya wangi, semuanya indah. Bila dah serumah, sekatil, sebantal, hah ambik! The first month memang hari-hari menangis. Bukan menangis sedih jadi isteri orang, sedih sebab tidak dapat cope dengan life dan rutin baru. Balik kerja menangis tengok rumah berselerak macam tongkang pecah. Menangis tengok sinki penuh pinggan mangkuk. Menangis tengok laundry basket penuh baju kotor. Menangis sebab tak sure kalau cuci baju malam ni esok sempat kering tak kalau nak pakai. Ya, benda-benda remeh itu! Nampak macam remeh kan? Tetapi kalau tidak pernah buat, benda kecil pun rasa besar macam bom!


Tambah lagi baru kahwin tengah excited lagi dapat freedom bebas tanpa sempadan. Tiap-tiap malam keluar. Tengok midnight movie. Ikut Mett pergi jamming. Lepak minum dengan kawan-kawan sampai pagi. Ajak kawan-kawan datang rumah lepak main playstation, main tennis, swimming and BBQ-ing! Tidur tak cukup pun jadi stress boleh menangis. Sebab dulu bukan makan pakai, kain baju saya saja parents jagakan, time tidur pun parents jagakan. My parents tetapkan curfew kena balik before Maghrib. Tidak pernah dapat keluar-keluar malam macam ni semua. So my sleeping time is usually 9pm or latest 10pm, until now! Macam budak-budak eh tidur awal? Hehe. So mula-mula kahwin asyik keluar malam nak rak memang menangislah pagi tak cukup tidur. See, tidur seems like the most remeh thing ever. Macam eh bodoh sangatlah kau time tidur sendiri pun tak boleh nak manage. But if it is something you are not used to, memang tidak mustahil benda paling remeh pun rasa macam paling besar.


So I understand. I really understand what did the girl went through. Malas might be a habit, satu kebiasaan yang dia dah bawa dari kecik. So bila dah kahwin she finds it hard to adapt, susah tiba-tiba nak jadi rajin rasa macam eh apahal ni? And it takes time to adapt. Some people might think eh setahun tu lama kot? Tapi nak compare 21 tahun dengan setahun tu jauh kot. Give her time, give her space. And most importantly, give her lots of love and affection. Perkahwinan ni memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Kalau suami nampak isteri macam pemalas gila, try talking to her. Or give her tips. Or help her with the household chores. Mungkin mula-mula she needs a bit of help to help her cope. Nanti lepas tu inshaaAllah dia akan pandai juga. Like me mula-mula after those nangis-nangis episode akibat culture shock itu, Mett helped me a lot tang jemur kain, sapu sampah dan cuci pinggan, just whatever he is comfortable with. Of course guys have their own likes and dislikes in household chores, so mana-mana yang dorang tolong tu memang bersyukur gilalah, dan yang selainnya kita try buat sendiri. It takes a lot of time and effort, bukan kerja yang sehari dua, mine took years, but it is all worth it! Sedangkan WonderPets memerlukan kerjasama each other untuk berjaya, apatah lagi kita manusia biasa dan bukan Wonder Woman. Then after that bila dah semakin bertambah usia, semakin matang dan beranak-pinak, slowly kita akan jadi hebat gila. Kenapa? Sebab dah datang rasa tanggungjawab itu. Dah pandai budget timing. Dah pandai susun hari. Dah pandai manage. Dah penat sakit mata tengok rumah berselerak. Dah tak suka tengok anak comot-comot. Dan dah start jadi monster menjerit-jerit pula bila anak selerakkan rumah! Hakikatnya, as time passes, dah tidak ada masa untuk bermalas-malas lagi because we tend to want things to be as perfect as they can be.


So dalam luahan perasaan wanita muda ni, saya agak tidak gemar jugalah part suami dia cari perempuan lain sebab stress dengan dia yang pemalas, dan kononnya cari perempuan yang lebih bertanggungjawab. Sebab Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin keluarga. Haih belum test power didik isteri takkan dah nak give up cari perempuan lain. Ke alasan semata-mata? Pfft. Secondly, sudah perfect sangatkah perempuan yang lagi seorang tu. Kalau dah kahwin entah-entah lebih teruk perangai pemalasnya, then nak curang lagi sekali ke macam mana? Macam tidak ada solution kan? I think this guy is so not mature lah. Alasan lebih kot. Tak puas enjoy. Tak puas test market. Lelaki yang betul-betul ikhlas nak berkahwin, he will be all prepared to face just whatever obstacle that comes. Must be prepared untuk didik isteri yang karenahnya bermacam-macam, bukan mengharapkan isteri saja yang perfect bak biadadari melayan dia. Dalam perkahwinan, kedua-dua belah pihak adalah tidak perfect, jadi sama-sama kena work hard untuk menjayakannya. Dan hakikatnya, apabila seorang lelaki mengucapkan "Aku terima nikahnya," tanggungjawab yang tergalas atas bahunya adalah tersangat besar. Belum cukup tanggungjawab terhadap ibu bapa yang tidak habis-habis, kena pula menjaga dan mendidik isteri. Menjaga dan mendidik anak-anak. Fikir pasal family. Fikir pasal duit. Fikir pasal future. Fikir pasal how to manage. Fikir pasal how to survive dalam ekonomi yang semakin meruncing. Fikir tentang macam-macam. Hee kalau difikir-fikirkan balik, takut nak jadi lelaki sebenarnya. Nanti di akhirat banyak Allah nak soal pasal tanggungjawab. Berat. Berbalik kepada cerita tadi, it's good that this young lady realizes her mistakes, but what the guy did to her is not at all fair. Ya, saya marah, saya geram dan saya sangat tidak suka.


This is one of the stories on Facebook yang mencuri minat saya. Banyak lagi cerita sebenarnya, inshaaAllah nanti ada masa dan kelapangan saya tulis lagi. I just hope that all young wives out there kalau ada masalah apa-apa, try to consult orang yang lebih tua, yang lebih tahu, dan yang lebih dipercaya. Usia perkahwinan setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun begini masih dalam fasa menyesuaikan diri. I always feel sad bila ada di kalangan kenalan atau kawan-kawan yang berpisah pada usia perkahwinan yang sangat muda. Masalah-masalah melibatkan persefahaman seperti ini adalah normal, all couples will go through this. If you feel sad lepas kahwin, or depress, or tak happy, try tengok apa yang tak kena. Kesan masalah dan cuba selesaikan. Minta nasihat orang yang lebih berpengalaman. They are not problems actually, they are just phases for you to go through in knowing each other better. Unless perkara yang betul-betul serious macam pukul ke sepak terajang ke, then just angkat kaki jelah. Tak guna simpan suami macam tu, he doesn't even deserve your respect.


Ok rasanya dah panjang sangat tulis ni. Dah lama tak update blog kan. Haha. Got to go. 'Til then, take good care, and tight hugs! Rindu HJ tak? *kisskiss!


Monday, May 18, 2015

Kenapa Saya Tetap Tidak Bersetuju Dengan Early Marriage

Apabila bercakap tentang early marriage, semua orang ada pendapatnya yang tersendiri.


Dah jodoh mereka, kenapa perlu pertikaikan?


Alah nenek aku dulu kahwin umur 13, kekal je sampai sekarang. Cucu dah 30 orang pun!


Semuanya bergantung kepada restu mak bapak. Kalau mak bapak dah restu, inshaaAllah semuanya akan okay.


As for me, saya masih dengan pendapat saya sejak saya masih bergelar anak dara sehinggalah menjadi ibu beranak dua ini. I still say, NO. Bagi saya perkahwinan adalah sesuatu yang sangat serious. Ia bukan semudah kalau jatuh cinta, kahwin. Kalau sudah rapat sangat, kahwin. Kalau mak bapak sudah tidak mampu hendak didik, kahwinkan. Kalau habis sekolah tidak mahu bekerja, kahwinkan. Perkahwinan is something beyond that. Dalam melangkah menuju ke alam perkahwinan, cinta semata-mata tidak mencukupi. Ia perlukan ilmu. Ia perlukan agama. Ia perlukan kematangan. Ia perlukan persefahaman. Baru sahaja semalam bawa ibu mertua tengok Suami Aku Ustaz, dan walaupun ia hanya sebuah filem, hati saya sudah menggerutu keresahan tengokkan Alisa (Nora Danish) yang berusia 17 tahun dikahwinkan dengan sepupunya Ustaz Hafiz (Adi Putra) just because parents dia hendak pergi haji dan Alisa adalah sangat degil dan tidak mahu dengar cakap. Kononnya kalau dikahwinkan, ada orang yang dapat menjaga dan mungkin juga degilnya dapat berkurang.


Kekurangan pertama yang saya lihat di sini adalah perihal tanggungjawab. To me it is utterly unfair untuk mengahwinkan seorang anak bagi melunturkan kedegilannya. Pada saya, tanggungjawab mendidik anak itu tergalas pada bahu parents. Allah memberikan kita anak sebagai sebuah anugerah, untuk kita jaga dan didik dengan sebaik-baiknya. Dan membesarkan anak itu berlainan cabarannya. Ada orang masa anaknya kecil, degil punyalah. Apabila besar, berubah menjadi anak yang taat pula. Ada pula orang yang anaknya sewaktu kecil senang betul menjaganya. Apabila besar degil pula. Lain orang lain cabarannya. And as parents, walau betapa mencabar, kita harus menghadapi dan mengatasinya. Cubalah pelbagai method, carilah pelbagai pendekatan sampai berjaya. I think it is unfair besarkan anak sampai umur 17 tetapi degil punyalah, selepas itu kahwinkan, kononnya nanti dia akan matang dan pandai sendiri. Tanggungjawab itu sepatutnya pada parents, bukan diserahkan kepada suami. Sebaik-baiknya haruslah parents ajar anak sampai menjadi, sampai pandai bawa diri, then apabila sudah bersedia barulah diserahkan sebagai isteri. Itu baru betul. Jika begini perspektif parents, senanglah hidup. Besarkan anak, kalau tidak menjadi, kahwinkan. Selepas itu pandai-pandailah suami dia jaga. It is unfairlah. Suami bukan rumah kebajikan. Dan manusia berkahwin untuk melengkapkan agama, melengkapkan iman dan meramaikan umat, bukan sebagai satu penyerahan tanggungjawab dan pengambilalihan bebanan. Perkahwinan itself walaupun dengan cinta melangit adalah satu cabaran yang besar, apatah lagi kahwin tanpa cinta siap ada degil-degil begini. Di sinilah datangnya drama series petang-petang itu agaknya. Isteri mengada, tinggi suara, derhaka. Selepas itu suami pula sweet yang amat. Tolonglah jangan sajikan cerita fantasi begini kepada masyarakat. Kalau di alam realiti, sudah lama kena penampar agaknya. Kerana itu rumahtangga realitinya selalu kelihatan pahit, kerana kita sudah lali disogokkan dengan fairy tale begini. Dan dalam tidak sedar, kita pun mengharapkan perkahwinan fairy tale begini.


Cerita pasal jodoh, cerita pasal nenek kita dan cerita pasal restu ibu bapa, ya saya akui semua itu betul dan saya tidak nafikan. But as educated people in the new millenium (new millenium pun sudah 15 tahun berlalu!) kita seharusnya lebih bijak menggunakan minda. Perkara paling penting kalau sudah anak rapat sangat dengan boyfriend (ini alasan paling common digunakan oleh parents untuk kahwinkan anak) adalah ilmu. Perkahwinan tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau 20 tahun yang lalu kita mampu rasa takut pada parents, tidak keluar malam, tidak menconteng arang ke muka parents, kenapa hari ini tidak boleh? Semuanya bermula daripada kepincangan pendidikan itu sendiri. Parents mengaku sebagai 'sporting' benarkan boyfriend / girlfriend anak datang rumah, duduk lepak-lepak, adakalanya sampai bertepuk tampar pun. Kenapa? Kerana kononnya kalau hendak berbuat apapun, biar buat di hadapan parents. Parents nampak. Tetapi apabila sporting sampai biarkan bertepuk tampar itu bukankah sudah dikira bersubahat? Anak sudah tentu tanggung dosa, parents sendiri pun berdosa sama. Dan anak itu sendiri pun sudah rasa perkara itu tidak mengapa / betul kerana parents tidak menegur. Pada saya di sinilah kelemahan didikan parents. Terlalu banyak berikan kebebasan. Kemudian apabila anak dara keluar hingga lewat malam pun tidak mengapa, asal tahu keluar dengan siapa dan siapa yang menghantar pulang. Zaman saya dahulu, walau keluar dengan siapa atau sesiapa hantar pulang sekalipun, keluar malam is a BIG NO. Jawapan parents saya terus - NO! No compromise and no reasoning. Memang langsung tidak boleh. And I find that extremely effective. Memanglah sebagai seorang anak remaja, jiwa sentiasa memberontak, tetapi kekuatan parents itu penting. Jika parents memang sedia tegas, memang ada pendirian, tidak ada anak yang dapat melawan. Ok jika anda patahkan hujah bilang anak zaman sekarang tidak boleh bilang no, nanti mereka lari, nanti mereka keluar cari cheap hotels, nanti mereka kahwin di Thailand. Itulah kebijaksanaan anak-anak sekarang. And as parents, kita juga harus upgrade kebijaksanaan kita sendiri, bukan dengan cara give in. Kalau anak-anak dahulu, dengan cara bilang no sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita takut, apatah lagi dengan wujudnya rotan dan hanger, dengan anak-anak sekarang kita harus ambil pendekatan berbeza. Kita sebagai parents terlebih dahulu perlu ada ilmu. Perlu bijak cari pendekatan berhikmah. Kalau dahulu parents kita bilang, Eh pergi sembahyang, nanti Allah marah! Sekarang kita bilang, Eh pergi sembahyang, nanti Allah sayang! Dalam saya sedang cuba mendidik Myiesha bersolat sekarang ini pun begitu juga. Even before her first solat I sat down and asked her, Kenapa kita kena bersolat? Dia cuma jawab satu sahaja, barangkali jawapan cliche dari sekolah. Sebab dapat pahala. Then I asked more, Betul, bersolat memang dapat pahala. Pahala besar! Sebab ia tiang agama. Good. Selain tu? Dia senyum. Mata ke kiri kanan atas bawah cari sebab-sebab lain tetapi tidak ketemu.


This shows that dia tidak tahu kenapa dia perlu bersolat. Apa kepentingan solat itu. Tanpa mengetahui apa kepentingan solat, apa kebaikan solat, what solat can do to us, mana mungkin kita dapat memaksa seseorang anak itu bersolat? Setakat, Hey pergi solat! mana-mana parents pun boleh buat. Tetapi berapa ramai teenagers yang buat-buat basahkan muka, masuk bilik, berteleku di hadapan sejadah, dan lima minit kemudian keluar dengan gembira kerana 'telah bersolat'? I believe all of us has done that, kan? Pahala tidak dapat, dosa dapat berderet-deret. Dosa menipu parents, dosa menipu Allah dan dosa meninggalkan solat. That is why before Myiesha's first solat, I took a bit of time to talk to her. Bilang dia solat juga satu tanda untuk kita mensyukuri nikmatNya. Ucap terima kasih pada Allah sebab kasi Myiesha Mummy dan Abi. Ucap terima kasih pada Allah sebab kasi Myiesha hidup yang baik. Ucap terima kasih pada Allah sebab kasi kesihatan yang baik kepada Atok, Nenek dan Ani. Ucap terima kasih pada Allah sebab Myiesha ada house, Myiesha ada toys, Myiesha ada adik, Myiesha ada friends, Myiesha dapat pergi sekolah. And the list is endless! Selain itu saya juga bilang pada Myiesha dengan bersolat juga kita dapat meminta apa yang kita mahukan daripada Allah. Kalau Myiesha nak beli lego ke, nak pergi Legoland ke, nak naik aeroplane ke, nak apa sekalipun, minta dengan Allah! Kalau Myiesha solat dan doa hari-hari, Myiesha good girl, nanti satu hari mesti Myiesha akan dapat juga! Then she will smile. Nampak pemahamannya di situ. Nampak kegembiraannya di situ. Dan yang paling penting, nampak keterujaan untuk menunaikan solat itu. Kerana dia sudah tahu kepentingannya. Dia sudah tahu kebaikannya. Sudah tahu nikmatnya. Nanti apabila dia besar sedikit mungkin saya akan cerita pula tentang hakikat hidup kita sebagai hambaNya.


Same goes to remaja memberontak. Peranan parents amat besar dan berat bagi memastikan mereka faham tujuan mereka hidup di atas dunia ini, dan apa yang diperintahkan oleh Allah. Ilmu itu penting bagi memastikan mereka sentiasa fokus kepada jalan lurus yang mereka cari, dan tidak tersasar daripada haluan. Paling penting, of course lah ilmu agama. Dalam kita terlalu sporting sebagai parents, cuba untuk adapt dengan kemajuan hidup anak-anak kita masa ini, tidakkah kita masih mendambakan sebuah relationship yang tulus buat mereka? Didik mereka dengan sebaiknya hingga mereka ready, kemudian nikahkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah menyentuh kulit mereka dan melihat walau seuratpun rambut mereka? Ya Allah, if I were being given a chance, I really want to feel that. Saat sentuhan pertama itu adalah pada ketika upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Dan pertama kali suami melihat rambut kita adalah pada malam pengantin, saat pertama kali hijab dilepaskan. Indahnya, ya Allah! Tidakkah kita dambakan semua ini untuk anak-anak kita? Kenapa kita perlu terlalu sporting dengan mereka hingga kita sebagai parents sendiri yang merosakkan perkara-perkara indah ini?


Dari sudut ini sahaja kita sudah sedia maklum betapa sukarnya sebenarnya membesarkan anak. Dengan membiarkan mereka berkahwin muda, dengan masih belum matang, dapatkah mereka melayari bahtera rumahtangga dengan baik, dan membesarkan anak-anak dengan berkualiti juga? Sedangkan kita yang berkahwin pada usia 25, 28 dan 31 ini pun masih terkial-kial dalam menguruskan anak dan rumahtangga, apatah lagi mereka. They still have a long way to go. Mengahwinkan mereka pada usia 16, 18 dan 19 tanpa pendedahan yang cukup akan apa yang bakal mereka lalui, I think it is just unfair to them. Kalaupun mereka bilang mereka sudah bersedia, kalaupun mereka ada restu kita sebagai parents, kita masih perlu ingat, sudah sempurnakah tanggungjawab kita terhadap mereka dalam mendidik mereka agar dapat menjadi isteri yang baik kepada suami dan matang dalam mencari haluan dalam hidup berumahtangga? Jangan hanya kerana hendak pergi haji, kahwinkan. Jangan hanya kerana hendak anak itu belajar sendiri kerana sudah terlalu degil, kahwinkan. It is not fair to them. Selagi anak-anak berada di bawah tanggungjawab kita ibu bapa, selagi itu mereka berhak untuk mendapat segala ilmu dan informasi yang diperlukan. It is our responsibility to ensure they get everything they need sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Pada saya, anak-anak yang masih dalam usia begini, lebih baik kita sebagai parents luangkan lebih banyak masa untuk mereka dan ubah kembali fokus mereka kepada perkara-perkara yang lebih penting. Seperti contoh, kalau dalam usia 16 mereka sudah ada boyfriend, it is definitely natural. Tetapi kita boleh sahaja galakkan mereka join extreme activities seperti hiking atau bungee jumping. Galakkan mereka ke arah minat mereka seperti bertanding dalam pertandingan debat atau mengikuti kelas seni tarian. From there, they will get more friends, lebih banyak masa diluangkan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah daripada petang-petang balik sekolah bergayut di handphone I miss you, you miss me tak? And bear in mind, ini sahaja masa yang anak-anak akan ada untuk mendapat freedom sepenuhnya. Make lots of friends, pergi outing, share stories, hadiri kelas usrah pun bagus! Buat semua yang hendak dibuat pada waktu ini. Kalau kahwinkan kan kesian, tahu-tahu dapat pula suami jenis mengongkong, tidak pasal-pasal budak itu kahwin duduk rumah. Tidak ada life. Sudahlah tidak ada life, tidak dapat sambung belajar, hendak kasi kita duit pun tidak ada. Apa kebaikan yang didapati daripada perkahwinan itu? Bukankah lebih baik tahankan hasratnya hendak berkahwin itu, benarkan dia habis belajar, sambung pula ke universiti, dapat kerja yang baik, dapat kasi parents merasa gaji pertama, dapat kasi dia peluang berjasa kepada ibu bapa, selepas itu hendak berkahwin pun kahwinlah tidak ada siapa hendak larang. Selepas itu pun kalau dia dapat marriage yang mencabar pun dia tidak ralat sebab dia sudah puas melalui zaman remaja, sudah merasa berbakti kepada ibu dan bapa. Pada waktu itu baru betul sudah sampai waktu untuk dia mematangkan diri menghadapi cabaran berumahtangga pula.


To parents yang ada hasrat untuk mengahwinkan anak remaja mereka walau dengan apa sebab sekalipun, kalau ditanya pendapat saya, maaf jawapan saya masih lagi no. Sesekali apabila anak itu tidur, duduklah di sebelahnya, tataplah wajahnya dan tanyalah pada diri sendiri apa sebenarnya sebab anda hendak mengahwinkannya dalam usia yang sangat muda. Adakah ia untuk kebaikan dia sendiri atau untuk mempermudahkan bebanan masalah anda? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah yang ada atau adakah ia akan menambahkan lagi masalah? Adakah anda betul-betul ikhlas mahukan dia hidup dengan lelaki yang dia cinta, atau hanya mahu menutup mulut orang keliling dan tidak sanggup lagi menanggung malu. Ingatlah bahawa setiap didikan itu datangnya daripada kita parents dan kalau ada kekhilafan pada anak itu, ia juga datang pada diri kita sendiri. Start to think the best for them, dan bukan hanya untuk menutup kerisauan sendiri. Berikanlah mereka hak-hak yang sepatutnya mereka dapat daripada kita - kasih sayang, didikan, pedoman dan ilmu. Give them lots of ilmu, lebih-lebih lagi ilmu agama, inshaaAllah kita sama-sama tidak akan tersasar. Jangan hanya fikir sekali, tetapi fikirlah berpuluh-puluh kali sebelum membuat keputusan untuk anak-anak kita yang setahun jagung.


All the best.


Talk, Talk, Talk to Your Children

Went out to the mall this morning, and guess what, saya nampak lagi budak guling-guling atas lantai. Di floor lain pula saya nampak budak menjerit-jerit hendakkan entah apa. And in both cases, there were no communication whatsoever between the parents and the child. Dalam kejadian yang pertama itu, bapanya terus angkat sahaja budak itu seperti mengangkat tong gas kerana budak itu meronta-ronta. And as for the second one, the father buat-buat seperti tidak dengar dan the mother was trying hard to pull her away from the place. In both situations, parents memang nampak sangat helpless. Nampak fed up. Nampak penat. Nampak give up. Nampak macam tidak tahu hendak buat apa lagi.


Some people will say, Dah tahu anak tu cranky, lagi nak bawa keluar. Duduk rumah sudah!


It is easier said than done. Bosanlah duduk rumah! Betul tak? Then what to do?


Here are a few things I do to my girls. Mungkin dapat membantu anda juga. Who knows? InshaaAllah.


Let Them Know Your Plans


Children now are not like us 30 years ago. Mereka sekarang adalah sangat cerdik dan pandai. They might only be 2 or 4, tetapi mereka faham apa yang berlaku di sekeliling mereka dan mereka juga tahu apa yang mereka mahukan. Therefore, they will actually appreciate if you could treat them more like an adult then thinking mereka tidak kisah besok kita akan seret mereka ke mana atau berbuat apa.


Selalunya saya akan beritahu anak-anak saya apa plan saya untuk hari esok atau untuk minggu seterusnya. For an example, hari ini Friday. Petang pulang sahaja daripada kerja saya akan duduk dan beritahu Myiesha dan Tihani what are our plans for the weekend. Saya akan beritahu, Ok malam ni tidur awal sebab besok kena bangun awal kita hendak pergi swimming. Selepas lunch, kita akan pergi mall. Malam pula ada kenduri di rumah kawan Abi. Sunday pula nothing on so just duduk rumah, boleh bangun lambat, tidak mahu mandi satu hari pun tidak apa. HAHA. Contohnyalah. So what happens is that, magically malam itu memang mereka akan tidur awal. Surprisingly besoknya mereka akan bangun awal without cries or merengek or mengada-ngada because mereka sudah tahu apa plan. And amazingly, mereka juga akan set mind that it will be a busy day. So pagi itu mereka akan sangat excited untuk pergi swimming. Then after swimming, mandi and lunch mereka mungkin akan tidur dalam kereta on the way to the mall. Dan paling best, on the way from the mall to kenduri pun mereka akan tidur, so mereka tidak cranky both di mall dan juga di kenduri. In the car on the way pun selalunya saya akan cakap lagi. Like, Myiesha, tempat yang kita hendak pergi ni jauh, so you can sleep first, nanti sampai Mummy kejut. Same goes to Tihani. So mereka akan prepare mind and body, what to do supaya mereka tidak rasa penat. 


The same goes to Monday. Pagi sewaktu pakaikan uniform Myiesha selepas mandi, saya akan beritahu dia our plans for the week. Myiesha, Monday sampai Thursday no plans. Friday kita nak balik Johor so Thursday night tu kena tidur awal ok, kalau tak nanti penat sebab kita nak jalan jauh. Kita kat Johor sampai Sunday, balik KL Sunday petang, Monday dah sekolah. Nanti kalau ada homework bilang Mummy, kita buat awal-awal kalau sempat. Things like that.


I make it a habit of telling my plans to them all the time. Kadang-kadang sampai plan paling kecil macam hendak masak apa hari ini pun I will let them know and let them suggest. Sebab sebelum ini ada a few times, saya sedang memasak dan Myiesha datang ke dapur tanya saya masak apa. Contohnya saya masak gulai lemak, dan tiba-tiba dia akan bilang Myiesha nak makan chicken soup. So sudah rasa macam ralat di situ. If only I have asked her earlier, then saya sudah boleh masak chicken soup siap-siap and spare that pertarungan hebat hendak memaksa anak makan. HAHA. Sometimes kalau betul tidak ada ayam ke apa, we will talk about what else does she want, maybe fishball ke, spaghetti ke. Dengan cara ini, saya akan happy memasak dan anak-anak juga akan happy makan. As a result, tidak ada pertelingkahan yang tidak perlu di situ.


Be Honest with Them


Again, they might be young, but they understand. Ada masanya apabila kami keluar ke malls pada tengah bulan, sewaktu sedang menyiapkan mereka untuk keluar, saya akan memberitahu mereka what to expect. Contohnya, Myiesha and Tihani, sekarang ni mid-month, Mummy tak dapat belanja apa-apa. So kita keluar jalan-jalan, tengok toys and tengok books je ok? No buying. Kalau suka apa-apa, nanti end of the month Mummy belikan. Tapi kena tengok jugak, kalau mahal sangat tak boleh ok?


I always make a point to tell them this, so that they will be prepared. Tidak adalah just seret sahaja mereka keluar ke malls, then tiba-tiba mereka nampak sesuatu yang berkenan di hati, then tiba-tiba Mummy tidak dapat belikan. Without these conversations, mereka akan rasa confuse. Eh last week boleh beli, kenapa this week tidak boleh? Or last week Mummy sayang, this week Mummy tidak sayang ke? A lot of things can come to their mind dan mereka akan bereaksi dengan cara yang bermacam-macam juga. Menangis. Memberontak. Menjerit. Berguling. Dan kita pun akan rasa helpless kenapalah anak aku macam ni. Kenapalah anak aku tak macam anak orang lain. Selagi kita sebagai parents tidak beritahu mereka, mereka akan berperangai begitu. Jangankan budak-budak, kita sendiri pun kalau diberikan mixed messages sebegitu kita pun akan rasa confuse. Bukan sahaja confuse, malah emosi, marah, sedih, sentap, semua pun ada. Haa lagi dahsyat.


Oh and another thing, be as detail as possible. Jangan hanya touch pasal toys. Touch juga pasal keluar hari ini tidak boleh beli Java Chip, and no rides, and no balloons, and no chocolates, and no ice cream. Nanti tidak pasal-pasal lalu depan Baskin Robbins berguling pula. Tepuk dahilah jawabnya.


Let Them Know Your Expectations


It is never too young to tell them what your expectations are. Some people might say, ala budak. Memanglah perangainya macam budak. Kalau begitulah pendapatnya, bila agaknya masa yang sesuai untuk diberitahu expectations kita? Pada usia 7 tahun? Pada usia 10 tahun? Cuba bayangkan kalau all this while kita biarkan anak kita berlari ke sana sini, masuk bawah meja di restaurant ketika kita sedang makan, mahukah mereka dengar kalau tiba-tiba kita kata, duduklah woi! Tidak mungkin, kan? Pepatah bilang, melentur buluh biar dari rebung. Jadinya lebih awal kita start, lebih baik sebenarnya. 


Perkara seperti ini memang nampak remeh, tetapi selagi ia berkait dengan cara mereka behave, saya rasa ia patut diambil serious. And as the previous points above, I even talk to them about this. Myiesha and Tihani, petang nanti kita nak pergi rumah kawan Abi. Kat sana nanti ada friend, ada banyak toys, main baik-baik ok? Jangan gaduh, jangan ambil toy kawan. Kalau dia nak main, kasi dia main dulu. Kalau adik nak main, Myiesha kasi adik dulu. Kalau kakak nak main, adik pun kena kasi kakak ok? Play together. Jangan panjat-panjat. Jangan lompat-lompat. Malu nanti dengan aunty uncle. Nanti sampai. salam. Nak balik pun salam. Anak Mummy good girls kan? Anak Mummy baik, anak Mummy cantik, anak Mummy pandai. Mummy sayang anak-anak Mummy. Then give a tight hug to each one of them. And do not think you only need to do this once. Kena cakap setiap kali hendak keluar. Every time. Sebab setiap tempat itu berbeza. Berbeza orang, berbeza keadaan. So kena cakap. 


Lead by Example


Cakap banyak-banyak pun tidak guna juga kalau kita sendiri pun sedap-sedap buka gula-gula selepas itu dengan senang hati campak wrapper ke lantai. Atau dalam kereta, apabila ada kereta lain potong cepat sahaja mulut ini menjerit Celaka! Atau kita hendakkan anak kita jadi sopan dan soft-spoken sedangkan kita cakap kuat macam volume 100, belum lagi gelak macam pontianak. Orang putih bilang, action speaks louder than words. Apa yang kita tunjukkan itu lebih hebat penangannya daripada apa yang kita cakapkan. Guess this is the hardest part, tetapi ini juga cara yang paling effective. Jadinya, kalau kita hendak mengajar sesuatu kepada anak. pastikan kita terror dahulu bab itu. Kalau tidak susah juga.


Like myself, my parents are naturally soft-spoken, tidak pandai cakap kuat-kuat dan tidak pandai memaki. That's why I think it is very easy for us - keempat-empat adik beradik - to inherit it. Same goes bab buang sampah di tempatnya, and the such. Sewaktu kami kecil, rasanya handbag our mom lebih banyak sampah daripada barang-barang. Sebab kalau kami ada sweet wrapper atau tissue, semua kami kasi padanya. Then she will keep them in her handbag until she finds a trash can. Dahulu Myiesha pun rajin sangat kasi saya sampah-sampah kecil ini. Tetapi kelemahan saya, saya lalu 100 trash cans pun saya tetap lupa hendak buang sampah-sampah ini sampai berhari-hari dalam handbag. Mujur sahaja tidak keluar maggots. HAHAHA. So now I will force her to hold them. HAHA jahatnya kan. Peganglah sendiri sampai jumpa tong sampah. Tetapi best juga, setiap kali nampak tong sampah dia jadi excited sebab dia ada sampah hendak buang. Sekarang dia lebih tahu mana kedudukan tong sampah di malls daripada saya. Same goes to Tihani. Cumanya di luar, saya masih pegangkan sampah dia. Kalau di rumah memang dia akan buang sendiri juga. Better lah nowadays semakin anak-anak membesar. Dahulu tahi hidung pun hendak kasi saya. Geli hoi!


Talk, Talk, Talk to Your Children


The key here is only: TALK. Hanya dengan bercakap dengan anak-anak akan dapat menyelesaikan masalah ini. Selagi kita mengekalkan persepsi yang anak-anak itu kecil dan tidak mengerti, selagi kita masih lagi dengan mentaliti anak-anak tidak harus tahu apa-apa dan berhak ikut sahaja, dan selagi kita berfikir yang tidak akan ada jalan penyelesaian kepada crankiness ini melainkan hanya dengan mengangkut anak macam mengangkut tong gas setiap kali dia mula berguling atas lantai, selagi itu masalah ini tidak akan selesai. Masalah ini bukan sahaja tidak akan selesai, tetapi juga akan membuatkan kita rasa helpless, disappointed dan frustrated setiap kali keluar berjalan-jalan. Pernah sekali saya nampak seorang anak yang melalak di dalam stroller, dari tingkat 1 sampai ke tingkat 5 pun budak itu masih lagi melalak di dalam stroller. Dan yang paling saya tidak faham, mak dia boleh buat bodoh? Seriously. Tidak rasa bingit ke? Parents tidak seharusnya biar anak menangis sampai dia berhenti sendiri, because that is only a temporary solution. Bukan solution langsung pun sebenarnya, sebab dua-dua pihak akan jadi fedup dan lain kali dia akan tetap buat lagi. Parents MUST start talking to their children. Saya tidak faham bagaimana mereka boleh tolak stroller itu dengan tidak ada perasaan. Next time kalau anak start buat perangai di tengah mall, jangan tunggu sampai balik rumah. Di situ juga, sedang dia buat perangai itu juga, terus squat down kasi eye level sama dengan anak, tanya dia apa yang dia hendakkan, kenapa dia buat perangai begitu, and try to provide with a solution. For the first time, sudah tentu dia tetap hendakkan toy itu dan tidak mahu benda lain, but as time passes, try the preventive steps yang dapat dilakukan seperti di atas, dan cuba dengan lebih baik lagi. InshaaAllah things will get better for the both of you. Kalau dapat start awal lebih baik. Lebih mudah rasanya, sebab daripada kecil pun dia sudah faham sebab sudah well-trained.


Here are just a few tips you can try. Selainnya, sebagai seorang muslim, tetaplah kita berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati anak kita, dan dikentalkan hati kita untuk menghadapi karenah anak yang bermacam-macam. Banyak sangat doa yang boleh diamalkan, dan doa seorang ibu itu makbul, so worry not! Apa yang penting, kita kena selalu cari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang kita ada and never push it away. Kerana selagi kita tidak berhadapan dengan masalah, selagi itu masalah kita tidak akan selesai.


All the best!


Monday, September 29, 2014

"I Miss My Husband When He's There.."

This entry is dedicated to a reader who commented on last week's entry. 


Assalamualaikum kak hanna..
saya suka baca blog akak sebab selalu dapat motivasi dari setiap entri akak..
saya nak mintak nasihat sikit boleh tak?
or any tips..
saya baru je berkahwin dalam 7 bulan..
suami saya ok,
cuma masalah saya..
everytime balik kg die.. mesti saya rasa tersisih
sebab husband jenis rapat sgt dengan adik beradik die..
saya pulak jenis cepat terasa..
yela kalau pergi makan die duduk dengan adik beradik die..
anak sedara die memang melekat dengan die macam bayang-bayang..
belum lagi kalau keluar berjalan.. 
kakak die mesti nak duduk depan..
sampai kadang-kadang saya rasa macam tak ade suami bila balik kg die.. or bila die berkumpul dengan adik beradik die..
bila kt kg..memang jgn harap la die nak tidur ngn sy.. mesti die sanggup tidur lambak2 dengan adik beradik die..
kadang-kadang ada terdetik dalam hati.. saya ni buat pilihan yang salah ke?
and everytime kalau saya emosi.. die still akan tetap menangkan adik beradik die..
sampai satu tahap saya rasa macam nak lari jauh-jauh..
stress sangat T_T



First of all, congrats kerana telah mendirikan rumahtangga dengan insan yang kamu cintai. Perkahwinan sememangnya perkara yang paling indah. Ia adalah penyatuan jiwa dan raga bagi dua insan yang bercinta. Hari kita jadi raja sehari adalah hari paling bahagia, paling kita tertunggu-tunggu. Hendak tunggu hari itu tiba, makan tidak kenyang, tidur tidak lena, mandi pun tidak basah! Busy with preparations. Busy with excitements. Busy dengan keluarga, kawan-kawan dan saudara mara. Dan pada saat dia melafazkan kata-kata keramat itu, berakhirlah segala penantian kita bertahun-tahun. Kita telah menjadi milik each other secara halal. Berkongsi hidup, berkongsi suka duka, dan berkongsi segala-galanya. Sangkanya kisah cinta kita telah berakhir dengan happily ever after. Namun pada ketika jugalah sebenarnya kita baru sahaja mula untuk mengenali suami. Mengenali dirinya yang sebenarnya. Mengenali tingkah lakunya. Mengenali suka bencinya. Termasuklah mengetahui hubungannya dengan keluarga dan bagaimana sebenarnya keluarga sebelah sana.


Kalau pun selama ini kita sudah biasa berkunjung ke rumahnya, keluar makan dengan parents dia, lepak berbual dengan adik beradik dia, it is never the same. Selagi kita masuk belum officially masuk ke dalam family dia, berkahwin dengan dia, kita sebenarnya belum betul-betul kenal mereka. Pertemuan yang singkat-singkat cuma itu tidak pernah dapat memberikan gambaran penuh, namun kita selalu sangka ia memberikan gambaran secara menyeluruh. Sebab itu ramai sangat orang bilang setelah berkahwin baru datangnya stress. Setelah berkahwin baru datangnya ketidaksefahaman. Inilah sebabnya. 


First and foremost, kita perlu faham, sebelum suami berkahwin dengan kita, sudah lebih 20 tahun dia tinggal bersama family dia. Sudah lebih 20 tahun dia hidup dalam gurau senda adik beradiknya. Dan sudah lebih 20 tahun dia dibesarkan dengan masakan ibunya. Kalau hendak dibandingkan dengan kita, baru berapa bulan atau tahun sahajalah yang telah kita luangkan bersamanya. Perumpamaannya bagai langit dan bumi. Ia adalah tersangat natural kalau suami akan selalu gelak lebih besar apabila dengan adik beradiknya, makan lebih banyak apabila dihidangkan dengan masakan ibunya dan berbual lebih galak dengan familinya berbanding dengan kita. This is very normal. Tanyalah kawan-kawan lain yang sudah berkahwin, mereka juga menghadapi perkara yang sama. And if you ask me, HJ, awak rasa benda yang sama tak? I would say, Yes. An honest, 100% YES. Saya tidak tipu kamu. You sure know how I always like to share my own life experience here in my blog, right? Saya memang rasa. Dan saya juga mengalaminya. Kadang-kadang kita susah payah masak sedap-sedap, sambal telur mak dia juga yang dia cari. Kadang-kadang kalau petang hujan lebat kita bawa beg berat minta dia jemput, dia kasi alasan jalan jem banjir kilat, paksa kita naik LRT, tetapi selepas itu boleh pula redah hujan lebat banjir kilat jalan jem 2 jam setengah siap ada lautan api pula pergi jemput adik dia di asrama! Apa perasaan saya? HAHA. Apa yang kamu go through, saya sudah rasa yang sama. Situasinya berbeza, tetapi ceritanya sama. Dan perasaan saya dengan kamu pun haruslah sama. Kita sama-sama perempuan. Sama-sama kaya dengan perasaan cemburu. Sama-sama kaya dengan rasa tidak puas hati. Namun bagaimana saya hadapinya?


Sebelum itu, saya hendak tanya, berapa kerap kamu pulang ke rumah family dia? Dan berapa hari pula kamu spend time di sana setiap trip?


My sincere advice is, hela nafas. Panjatkan rasa bersyukur dan ukirkan senyuman. Senyum! Hehe. Lelaki, kalau ditanya, memang mereka sangat sayangkan keluarga. Pertama sekali, kita kena banyak-banyak bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sangat sayangkan keluarga dan sangat akrab dengan keluarganya. This is one of the greatest quality you can find in a man. Kalau dia sangat sayang dan akrab dengan keluarganya means nanti kalau kamu sudah ada anak, just see how close he is dengan kamu dan anak kamu pula! Bakal bapa mithali ni nanti, in shaa Allah! Kalau kamu bilang sedangkan dia dengan anak saudara dia pun sudah melekat macam bayang-bayang, macam mana pula kalau dengan anak sendiri nanti? You will be the happiest and proudest wife ever!


Kalau kamu tanya saya adakah husband kamu sayang kamu? I would say, of course! Siapa tak sayang bini oii? Hehe. Jangan fikir bukan-bukan just because he is so attached to his siblings and his anak saudara yang sudah semacam bayang-bayang dia itu. Cumanya kita perempuan kena lebih cool. Yes, I understand pastinya kamu emosi. But again, kita perempuan kena belajar untuk lebih cool. Setiap kali hendak balik rumah family dia sahaja, terus set mind, Ok my husband is going to ignore me, or totally ignore me within the next one week, so prepare-kan diri. Prepare-kan diri mentally and emotionally. And jadilah cool-secool-coolnya. You already know that his sister will seat in front with him dan malam nanti mereka akan tidur lambak, so marilah kita jadi cool dan offer kakak dia duduk depan setiap kali naik kereta dan join tidur lambak dengan adik-beradik dia pada waktu malam! Yeayy! Dan dalam ramai-ramai adik beradik dia, try to find one yang boleh click dengan kamu, yang boleh berbual berjam-jam share pelbagai cerita meraban! Or better still, mungkin kamu boleh click dengan semua sekali adik beradik dia! Berbual dengan mereka, join gelak dengan mereka, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan dalam masa yang sama curi peluang duduk sebelah husband dan sesekali pegang tangan dia or letak kepala kat bahu dia. I do this ALL the time! Kadang-kadang rasa macam lebih romantik pula di rumah mertua berbanding di rumah sendiri. Hehe. This is because when he is happy with his siblings, hatinya lebih terbuka, fikirannya lebih lapang, so lebih senang untuk kita approach. Tetapi janganlah approach gedik macam hendak curi dia balik daripada adik-beradik dia. Tetapi approach untuk share. And one thing for sure, semakin kita cool dan sporting, sebenarnya semakin sayang suami pada kita nanti. Sebab dia tahu kita appreciate dan faham kesukaan dia, so dia akan lebih senang dengan sikap kita. Guys ni, tidak banyak yang dia minta. Mereka tidak demanding macam kita girls, hendak itu lah hendak ini lah, terasa itu lah terasa ini lah. Guys ni asal kita faham mereka, kita trust mereka, kita kasi mereka space, in shaa Allah mereka ok. 


So start sekarang, asal hendak balik ke rumah family dia, cuba untuk jadi isteri yang ideal di matanya dan kakak/adik ipar yang paling best gila kepada adik beradiknya. Segala perasaan tidak puas hati, emosi, marah, sedih dan stress itu buangkan jauh-jauh. Lapangkan hati, ikhlaskan hati dan tenangkan hati. Semua perasaan negative itu tidak baik untuk kamu, dan tidak baik untuk relationship kamu dengan husband dan keluarga dia nanti. Asal rasa macam tu, cepat-cepat ingatkan diri sendiri yang itu pastinya syaitan yang mahu menyucuk kamu. Being a newly-wed (saya anggap 7 months masih newly-wed, masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain), ini adalah satu daripada cabaran dalam perkahwinan. You will face many more tests in the coming years, so the first thing to learn here is to be cool. Jadikan seminggu dua di rumah family dia sebagai jarak masa untuk kamu saling merindui. Nanti apabila sudah balik ke rumah sendiri jangan lupa pergi date dan balas rindu dendam!


Boleh, kan? :)


Try this out first and see how it goes. Memang susah hendak berperang dengan perasaan sendiri, apatah lagi perasaan itu selalunya datang tanpa kita pinta, I know, tetapi cubalah demi untuk hari-hari yang lebih baik di masa hadapan. Nothing more yang kita mahukan kecuali untuk menjadi isteri yang paling baik dan disenangi suami, kan? Sesekali kalau rasa stress sangat, remind yourself that your aim is to be a good wife to your husband. Jangan rasa macam hendak lari jauh-jauh dan jangan rasa macam kamu sudah tersalah pilih atau dia tidak sayangkan kamu. Semua ini mainan perasaan semata-mata, dan hanya kamu sendiri yang dapat mengubah keadaan ini. Belajar menerima seadanya, dan sentiasa ingat, to argue with our husbands tentang adik beradik atau family mereka, kita tidak akan pernah menang. Tidak akan boleh menang. Ini adalah satu 'pantang' bagi saya sebenarnya. Never talk about his siblings or his family, lebih-lebih lagi cakap tentang sesuatu yang tidak sedap didengar. Atau cuba menang dengan mereka. Pantang. Sebaliknya, terimalah, dan itulah sebenarnya kemenangan terbesar kita. Berkahwin dengan dia bererti kita berkahwin dan terima keluarganya. Terima setiap baik dan buruk. Terima dan anggap macam keluarga kita sendiri. Suka atau tidak, ini sahaja resepi kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


And last but not least, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah moga dilindungi daripada perasaan dan permainan emosi. Everything will be ok, in shaa Allah! Saya tahu kamu kuat dan kamu boleh lakukannya. Mulai saat ini, hela nafas panjang-panjang dan bertekadlah untuk menjadi lebih tenang dan bahagia. Saya doakan kamu and do not worry too much. Always remember, you are one lucky wife here. Kalau ada apa-apa just write to me again ok. Jangan stress. You will be ok. 'Till then, take good care!


Lots of Love,
HJ. 

Wednesday, September 10, 2014

This Entry is for You, Dear Anonymous


It has been quite a while since I really look into comments to my blog. But tonight I stumbled into this comment from this Anonymous. This was written in April this year. Maaf sangat-sangat saya tidak perasan akan comment ini because it is from an old entry. Tetapi memandangkan saya telah membacanya, I think it is very unfair for me to ignore it. Saya betul-betul minta maaf. Saya harap awak masih dalam keadaan baik dan belum jatuh ke keadaan depression yang teramat sangat.


This comments comes from my entry back in 2011 - Cara Menghilangkan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Suami.


Anonymous said...
Apa yang tertulis dalam entry memang tepat. Saya marah suami tapi tak dapat nak buat apa2. Bila suami marah, cara dia keras dan kekadang mendatangkan kecederaan pada saya. Dia tidak bekerja cuma duduk rumah menjaga anak kami berumur 18 bulan.Saya menanggung keluarga kami dari mula berkahwin. Boleh kata selang 2-3 hari ada sahaja kesalahan saya ditegurnya kekadang terlalu kecil tapi suaranya keras. Saya tidak dapat menerima kerana caranya yang keras dan saya selalu bagitau dia bila saya marah saya tak boleh suara tinggi, cubit dia atau sebagainya. I'm suffering in silence. Saya selalu bertanya macam mana nak redha bila berhadapan suami begini yang tidak menghargai saya yang take over tanggungjawab dia menanggung keluarga. Tolong beri nasihat.


Dear Anonymous,

Allah jadikan setiap manusia itu unik. Berlainan caranya. Berlainan sikapnya. Berlainan perangainya. Dan Allah menjadikan pasangan itu sebagai pelengkap hidup kita. Apa yang kita kurang, dia tolong cover. Kalau kita tidak berapa pandai, mungkin dia mampu belajar tinggi. Kalau kita tidak bekerja, mungkin dia bekerja gaji boleh tahan. Kalau kita jenis pemalu, penakut, tidak pandai buat keputusan, dia akan tolong kita untuk jadi confident dan guide kita untuk buat keputusan-keputusan yang baik. Same goes to us. Apa yang kita lebih pula, kita pula tolong coverkan dia. Kalau dia macam tidak berapa cekap dalam membuat sesuatu pekerjaan, mungkin kita lebih cekap dan pantas. Kalau dia tidak tahu macam mana hendak manage financial, kita boleh tolong jadi financial consultant dia. Kalau dia lembut, tidak mudah marah, selalu give in, mungkin kita akan lebih selalu stand up untuk dia dan maki orang bagi pihak dia. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Sebuah pengorbanan. Sebuah hakikat kehidupan. It is never a fairy tale. Sebab itu saya cukup tidak berkenan tengok drama bersiri di TV. Heronya mesti terlampau-lampau kacak. Terlampau-lampau kaya. Terlampau-lampau romantik sampai kita yang tengok pun boleh cair bak ice cream Paddle Pop lantas tergedik-gedik berangan untuk mendapat lelaki yang sebegitu juga. Siap tulis di Facebook dan Twitter pula. Jangan terasa ya, para peminat drama bersiri sekalian. Saya gurau sahaja. Mak mertua saya pun peminat setia drama bersiri begini. Habis saya kena kecam nanti. HAHAHA.


But really, life is not that heaven. Yelah, kita sendiri pun hidup di atas pentas dunia, bukannya di syurga, haruslah kenyataan tidak seindah mimpi. Ya, tidak? However, dalam hidup yang serba mencabar ini, ada masanya cabaran itu lebih sedikit. Terlebih sehingga kita rasakan seperti tidak tertanggung dek bahu ini rasanya. Selalu sangat kita didengarkan dengan kata-kata bahawa Allah tidak akan menguji kita lebih daripada kemampuan kita, tetapi sering sangat juga kita rasa macam sudah tidak tertahan lagi. This is normal. I myself is in a depression mode right now. Sudah 2 tahun dalam depression mode. Satu hari rasa macam hendak sabar-sesabar-sabarnya macam angel, hendak yakin-seyakin-yakinnya bahawa Allah sudah sediakan sebuah cahaya nan terang di hujung dugaan ini nanti, tetapi hari esok tetap rasa macam hendak memekik - EH PERGI JAHANAMLAH SEMUA OI! AKU TAK NAK MENGHADAP SEMUA MEREPEK NI LAGI! EH PERGI MAMPUS LAH! APA NAK JADI, JADILAHHH!


Normal lah kan, kita manusia cuma!


As for your case, I understand what you are going through. Like what you said, you are suffering in silence. Hidup sebagai seorang isteri ini memang hebat cabarannya. Sometimes kalau saya tidak puas hati pun, terus mengeluh hingga ke dasar hati - Haih, kenapalah jadi isteri. Kalau jadi suami, kan senang. Sudah tentu boleh buat apa yang suka. Boleh pergi mana hendak pergi. Boleh buat keputusan tentang apa-apapun. Tidak perlu makan hati, makan jiwa, makan perasaan begini. Haih haih haih, panjang sungguh keluhannya. BUT.. There is a big but there. Menjadi suami sebenarnya tanggungjawabnya tersangatlah besar. Kalau rajin baca buku-buku agama, tengok sahaja betapa panjang list untuk menjadi suami soleh. Bukan senang hendak menjadi suami soleh. Bukan senang hendak masuk syurga. Suami adalah seperti captain yang mengemudi kapal. Kalau dia sendiri tidak terkemudi, macam mana kapal hendak tiba ke destinasi? Tanggungjawab suami adalah sangat berat.


First and foremost, I would suggest that you communicate with your husband. Beritahu dia apa yang awak rasa. Beritahu dia apa yang awak tidak puas hati. Beritahu dia apa yang buat awak sedih. Beritahu dia segala-gala yang terpendam di dalam hati awak. Yes, I know it is difficult. VERY DIFFICULT sebenarnya. Betul, kan? Dahulu time saya baru-baru kahwin, saya juga mengalami masalah ini. Masalah komunikasi. Di kala saya decide untuk pendamkan sahaja apa yang saya rasa, kawan-kawan semua bilang, hey communicate lah! Kalau tidak cakap, macam mana dia hendak tahu? Kalau tidak communicate, apa gunanya berkongsi hidup? Communication is the key! Rasa macam hendak bentak sahaja - Communication is the key kepala hotak kau, kau tahu tak aku belum cakap pun dia sudah pusing dan buat-buat tidur? Kalau tidak pun, dia capai kunci kereta dan keluar entah ke mana. Nak cakap macam mana?


Sounds familiar to you?


Sebenarnya hendak communicate pun perlu ada caranya. Perlu ada seninya. Lain orang lain caranya. I do not know about your husband, tetapi awak kena cari jalan untuk communicate dengan dia. Mungkin attempt hari ini akan gagal, mungkin attempt hari esok juga akan gagal, but never give up. Never, ever give up if you love him and you really want your marriage to work. Memang betul cakap kawan-kawan saya, communication is the key. Tetapi percaya atau tidak, saya baru jumpa kuncinya selepas 5 tahun berumahtangga. And I know someone who takes more than 20 years to find this kunci. Phew. Mencabar sungguh, kan? Marriage is like a puzzle. It is either you find your way out or you get lost in it forever. Some guys mereka tidak suka bercakap secara berhadapan. Mungkin dia tidak suka tengok kita perempuan ini emotional tidak pasal-pasal, cakap sedikit pun sudah menjejes air mata, selepas itu merapu pula cerita 10 tahun yang lepas semua keluar. Other guys pula tidak suka communicate dengan kita sebab mungkin kita selalu mencalarkan ego mereka. Contoh macam mungkin kita pertikaikan keadaan dia yang kurang daripada kita, dan kita lebih bertungkus lumus daripada dia. So jatuhlah ego lelaki dia, kan. For guys yang kita tidak boleh cakap secara berhadapan begini, I would suggest that you write to him. Tetapi tulis pun mesti kena dengan gayanya. Ada lelaki tidak suka kita tulis surat atau email panjang lebar. Tidak boleh digest dek kepala otak, bilangnya. Some would prefer short notes. Mungkin notes. Atau via Whatsapp. Tetapi cara pendek yang tidak memeningkan kepala otaknya. Ayat pendek-pendek. Tidak melebihi 10 perkataan setiap ayat. Wah, banyak pula kriterianya. Heheh. And another common mistake kita perempuan suka buat, kita selalu hendakkan immediate feedback, seperti yang selalu kita akan immediate reply apa yang dikatanya. Some guys mereka ambil lebih sedikit masa untuk response. Kadang-kadang a few minutes, kadang-kadang a few hours, kadang-kadang a few days, or even weeks. Kita selalu akan ingat mereka sudah lupa issue yang kita bincangkan, tetapi sebenarnya tidak. Mereka sedang digest mengikut kerumitan issue itu. Kalau rasanya macam terlebih rumit gitu, berilah lebih sedikit masa. Dalam perkara begini kita kena banyak sabar. Yes, I know, again perempuan yang kena give in, yang kena sabar, kan? But if this leads to a positive response, why not? Try dulu.


Oh, not to forget, some guys pula suka dipuji. Yelah hari-hari gaduh asyik keluar harsh words sahaja, apa kata sesekali apabila dia tersweet sikit pun, just sengaja puji dia. Send him a surprise note goes something like - Saya sukalah semalam Abang sweet sangat. Auw. Sometimes sweet words like this boost their confidence. Then entah macam mana, esok lusa makin kerap pula dia sweet macam hero drama bersiri. But again, all of this depends on your husband's personality. Mana yang kena, mana yang sesuai. Jangan main redah sahaja, besok lusa silap-silap kena hempuk. But really, no matter what method you use, kalau sudah dapat satu method yang rasa macam agak-agak boleh jalan, teruskan gunakan method tersebut and let your feelings out. Gunakan cara itu dengan lembut untuk meluahkan perasaan. Beritahu segala yang terbuku di hati. Mungkin apabila caranya sesuai, dia akan lebih terbuka untuk mendengar dan merespons. And after that maybe he will come up with his own solutions juga, who knows! Guys sangat suka menjadi orang yang berkuasa, yang bijak pandai, dan yang membuat keputusan. So see what he has to say. Maybe he also has his own reasons why is he acting like that. Mungkin dia sendiri tengah kusut dan berserabut dengan keadaannya yang tidak bekerja dan hanya duduk di rumah jaga anak. Mungkin juga saban hari dia stress egonya tercalar kerana awak yang bekerja sedangkan dia tidak. Memang lumrah manusia, apabila macam-macam perasaan negative terbuku di dalam diri, dia akan cari jalan untuk luahkan. Dan oleh kerana awak adalah yang paling rapat dengannya, serumah dengannya, awak pula yang kena. First thing first, maafkanlah dia. Dan carilah jalan penyelesaian itu. I believe that there are still ways to work things out.


Apabila sudah berjaya communicate, berbincanglah dari hati ke hati dan carilah jalan penyelesaian kepada permasalahan itu. Dalam pada itu, cuba elakkan daripada mencalarkan egonya dengan kelebihan yang kita ada sebagai seorang isteri dan wanita, kerana ego itu tersangatlah berharga bagi seorang lelaki. This reminds me of a friend. She is very, very intelligent. Dia adalah wanita high-flyer. Like you, a superwoman! Apa sahaja yang dia hendakkan, pastinya dia akan dapat. Belajar tinggi, kerja bagus, gaji besar. Husband dia pula biasa-biasa sahaja. Tetapi oleh kerana dia tidak mahu mencalarkan ego husband dia ini, dia try untuk relax dan biarkan dirinya menjadi seorang yang biasa-biasa. Banyak opportunity yang dia lepaskan semata-mata untuk biarkan husband dia naik dahulu. Opportunity dalam belajar, opportunity dalam kerja, opportunity dalam increasing the standard of living. After many years, husband dia berjaya naik ke tahap yang lebih tinggi daripada dia. Level of confidence pun semakin meningkat, dan cara membuat keputusan pun semakin baik. Guess it all has to do with the ego! Husband dia kini dihormati di kalangan kawan-kawan, dan dia sendiri pun lebih menghormati husband dia kerana pencapaian itu. And of course, masa kawan saya lepaskan banyak opportunity itu memang mengikat perut lah sedikit, kan. I then realize, sometimes it is OK untuk kita berkorban sedikit untuk kebahagiaan masa hadapan. Husbands must always be husbands, and we as wives will always be wives. Walau bagaimana hebatnya kita, syurga kita masih tertakluk pada keredhaan suami.


If you still have hopes on your marriage, maybe you can try this out. But if you think things have gotten worse, dan apabila yang awak kata mendatangkan kecederaan itu sudah semakin teruk, DO NOT WAIT. DO NOT HESITATE. Seek professional help. Saya percaya, lelaki yang kalau sekali dia sudah pandai angkat tangan, sampai bila-bila pun mungkin dia akan angkat tangan. This is my own personal opinion ya. Dan lelaki yang mengasari wanita kaum yang lemah memang tidak patut dihormati, apatah lagi disayangi. But again, kalau rasa macam mungkin ada issues yang boleh dibawa ke tengah, yang masih boleh dibincangkan, dipersilakan. Tepuk dada tanya selera. Saya hanya dapat berikan pandangan apa yang termampu. I do not know how bad your situation is. Cumanya daripada apa yang awak tulis, saya rasa mungkin disebabkan kelebihan awak berbanding dengan dirinya, and he is stressed up.


Dalam segala usaha ini, jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada Allah agar diberikan jalan penyelesaian yang terbaik. You are now a wife and a mother, and I believe you know how makbulnya doa seorang isteri dan seorang ibu. Maka, berdoalah. Mengadulah kepadaNya kerana hanya Dia sahaja yang tahu setiap permasalahan dalam hati awak. Jangan minta dipermudahkan, tetapi mintalah kekuatan untuk mengharungi semua ini, semoga ada sinar yang terang menanti awak di hujung dugaan ini. Saya doakan awak, dan saya harapkan yang terbaik daripada semua ini nanti. In shaa Allah.

Thursday, August 28, 2014

Pujukan Hati

Lately hidup tersangat mencabar. Terlebih emosi barangkali. Hidup sendiri masih terumbang ambing, harus pula mendengar cerita hidup orang lain yang mungkin jauh lebih teruk keadaannya. Benarlah kata orang, kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lebih susah. Kalau kita rasa kita miskin, ada orang lain yang lebih miskin. Kalau kita rasa kita sakit, ada orang lain yang lebih sakit lagi. Melihat keadaan sendiri kadang-kala rasa macam tidak tertahan sangat. Tetapi apabila tengok orang lain, rasa macam banyak lagi ruang hendak panjatkan rasa syukur.


Hidup ini memang pelik. Satu hari kita di atas. Esok lusa kita di bawah. Hari ini kita rasa gembira. Esok lusa entah macam mana sedih bertimpa-timpa. Lumrah manusia, semakin kesabaran itu diuji, semakin rasa macam hendak meletup. Semakin rasa macam hendak membentak. Semakin rasa macam hendak ranap. Kesan ujian itu ada dua. Sama ada kita akan fed up dan give up di penghujungnya, atau semakin kuat dan bahagia dengan keyakinan terhadap janji-janji Allah itu. Lumrah manusia, berapa jauh sahajalah tahap kesabaran itu boleh pergi. Sampai satu tahap kalau tidak cukup iman, semuanya terlepas. Lantak. Pergi mampus. Tak nak fikir lagi. Nak sabar sampai bila lagi?


Kalau tidak ada yang sudi ingatkan, yang sudi tenangkan ketika api hangat membakar, pastinya kita lupa bahawa setiap saat, setiap waktu yang semakin sukar itu sebenarnya selangkah lagi dekatnya kita kepada Allah. Semakin kita rasa tahap kesabaran itu semakin tiba ke penghujungnya, semakin dekat sebenarnya kita dengan destinasi anganan kita. Apa yang perlu adalah sedikit lagi kesabaran. Dan segunung rasa bertawakal terhadapNya. Serahlah diri pada Allah pada waktu kamu rasa paling helpless. Serahlah diri dengan bersungguh-sungguh. Jangan fikir tentang besok. Jangan fikir tentang lusa. Jangan fikir tentang kalau. Jangan. Serahkan diri seratus peratus. Yakin pada kehendakNya. Yakin pada janjiNya. Yakinlah dengan apa yang tertulis di dalam Al-Quran bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Bahawa Allah itu tersangatlah dekat.


Dalam keadaan begini, harga air mata saya tersangatlah murah. I can just cry anytime. Fikirkan diri sendiri boleh menangis. Fikirkan kawan boleh menangis. Fikirkan apa-apa pun boleh menangis. Hakikatnya, hati terlalu lembik pada waktu ini. Selalu sangat berdoa moga Allah sentiasa mengasihani kita. Kasihanilah saya yang sedang mencari hidup yang gembira. Kasihanlah kawan saya itu yang sedang sakit. Kasihanilah insan-insan yang saya sayangi moga diampunkan dosa-dosa, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan seluas-luasnya. But one thing yang selalu sangat buat saya rasa tidak tahan adalah sikap saya terhadap diri sendiri. Sehingga ke tahap begini pun saya masih berlembut. Saya masih berdiam diri. Saya masih biarkan diri ditempelak. Saya masih biarkan harga diri dipijak-pijak. Hati selalu memujuk. Biarkan. Biarkan. Biarkan. Tetapi jiwa ini, hanya Dia sahaja yang tahu. Kalau diikutkan hati, sudah lama menerajang orang. Kalau diikutkan hati, sudah lama berkurang ajar. Kalau diikutkan hati, mungkin juga sudah lama jadi gila ikutkan rasa yang sentiasa macam hendak menjerit kuat-kuat biar terlepas segala bebanan di dada. Tetapi tidak, saya tetap diam. Mungkin sudah naturally begini. Sejak kecil hingga ke hari ini biarlah orang apakan saya, saya tetap berdiam diri. Ajaran orang tua saya terlalu kuat tersemat dalam diri. Hormat orang lain. Jangan kurang ajar. Jangan maki-maki. Jangan tinggi suara. Behave behave behave. Itulah yang parents ajar sejak kecil dan itulah acuan saya sampai ke hari ini. Saya manusia biasa, juga ada rasa marah. Rasa tidak puas hati. Rasa geram. Rasa memberontak. Tetapi saya tidak pernah dibenarkan menzahirkannya. Seperti anak kecil yang kepingin mainan di shopping mall, tetapi tidak diizinkan menzahirkan dengan crying rolling on the floor. Begitulah. Atas sebab ini kadang-kala orang bilang saya hipokrit. Muka manis, tetapi hati busuk. Sebenarnya bukan begitu. Sebenarnya hati sama sahaja, penuh dengan seribu satu perasaan yang bercampur baur. Kita sama sahaja. Cuma saya memilih untuk tidak menzahirkannya. Bukan kerana seronok menjadi hipokrit. Tetapi apabila sudah dewasa begini, banyak hati yang perlu dijaga. Banyak perkara yang perlu dipentingkan. Banyak perihal yang perlu penyelesaian. Memberontak, menerajang, memaki dan jerit pekik tidak dapat menyelesaikan masalah. Jadinya, perasaan yang tidak perlu itu biarlah ia surut sendiri.



Kasihanilah kawan-kawan saya yang sedang dalam kesakitan, ya Allah.
Berikanlah mereka kesembuhan.


Kalau sedang berdiri dan sedang marah, duduklah. Kalau tetap juga marah, berbaringlah. Kalau tidak hilang juga, tidurlah. Namun sebaik-baiknya haruslah ambil wudhuk dan ambil masa untuk sujud kepadaNya. Biar masuk sikit darah dan oxygen ke dalam kepala otak kasi waras sikit.


Dalam mengharungi hidup ini, saya berharap untuk terus menjadi kuat, walaupun pada saat ini saya rasa lemah selemah lemahnya. I am not my old self anymore. Saya sudah lama kehilangan diri saya sendiri. I have gone through a lot to survive hingga ke saat ini walaupun ada doktor suggest untuk saya jumpa psychiatrist dengan melihatkan keadaan saya. Takut saya terus jatuh ke dalam kemurungan. Takut saya terus hilang semangat dan tidak kembali lagi. Takut kesihatan saya terganggu kerana stress yang tidak perlu.


Tetapi saya bilang terima kasih. Being a muslim, saya rasa anugerah terbesar saya adalah dengan dapatnya saya berhubung terus dengan Allah. Biarlah Allah sahaja menjadi pendengar saya yang paling setia. Biarlah Allah sahaja yang tahu setiap kisah sedih saya. Dan biarlah Allah sahaja yang memujuk hati saya yang gundah dan berikan kekuatan kepada saya. Dalam memujuk hati ini, memang banyak caranya. Namun biarlah saya kembali kepada sang pencipta. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu apa yang dirancangkan untuk saya. Dan sesungguhnya Dia juga yang lebih tahu apa yang telah ditentukan untuk saya. Dalam saya berusaha, saya perlu bersabar. Saya selalu memujuk diri saya. Sikit lagi, HJ. Sikit lagi. Tomorrow might be the day. Do not give up yet.


Lately saya telah all out kerana saya tersangat desperate dan entah macam mana hati saya tersangkut dengan buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin ini. I started reading the mini version at first, dan semalam baru sahaja berkesempatan beli edisi penuhnya. Inilah kitab terbaru yang saya bawa dalam beg ke hulu ke hilir ke mana sahaja saya pergi, besides my tafsir. I am not really a fan of Malay books, to be honest. Bukan hendak bilang Malay book tidak bagus, cuma saya rasa macam susah hendak cari yang betul-betul feel apabila membacanya. And I mean motivational and self-help books, bukan novel. Saya memang tidak baca novel. But this book is really something. Saya menyelami setiap bait ayat dan saya benar-benar belajar sesuatu daripadanya. And guess what, buku ini telah mendorong saya buat sesuatu yang saya jarang sangat buat selama ini. Bersedekah. Yelah, asal hendak sedekah sahaja, kawan sebelah mesti bisik, Eh betul ke sedekah tu? Entah-entah sindiket! Terus sahaja hati jadi tawar, purse pun tidak jadi dibuka.


Tetapi orang bilang dalam hendak berbuat baik, ia harus merangkumi pelbagai aspek. Bukan hanya aspek ibadah, aspek aurat dan aspek perilaku, this book makes me realize that it is actually more than that. Ia juga sebenarnya melibatkan orang di sekeliling kita. Macam dalam mengeratkan silaturrahim sesama insan dan bersedekah. Kalau kita buat baik dengan diri sendiri pun tidak cukup juga. Kena buat baik dengan orang. Kena forgive and forget. Eh tidak perlu forgive pun sebenarnya, kalau awal-awal lagi kita sudah rasa macam tidak mengapalah, small matter sahaja, tidak ambil hati pun, tidak rasa apa-apapun! Hati kena ikhlas. Rezeki kena dikongsikan. Oh cerita pasal kongsi, last Friday pergi bazaar depan Tabung Haji untuk tapau lunch. Di hadapan Tabung Haji every Friday akan ada bazaar, mostly jual food and drinks. Orang memang ramai. Selain food and drinks, ada juga tabung-tabung derma. Dan saya tertarik dengan satu gerai yang menyediakan Al-Quran untuk diwakafkan. Satu Al-Quran boleh share 6 nama. Satu nama RM 5 so satu Al-Quran RM 30. Tidak mahal pun! I think it is a good investment. Bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk orang-orang yang kita sayang. Macam kita bayar RM 30 untuk sebuah Al-Quran untuk diwakafkan, dan kita letak nama orang-orang yang kita sayang sebagai pendermanya. Secara tidak langsung, mereka akan dapat pahala berpanjangan hingga ke hari kiamat. Pahala di dunia dan di akhirat. Allahu Akbar! Best sangat, kan? So bila-bila nanti kalau jumpa gerai-gerai macam ni, jangan lepaskan. Make an effort to do something for the people around us selama kita masih hidup. Jadikan ia amalan dan sesuatu yang istimewa untuk orang yang istimewa. Selagi ada orang yang membaca Al-Quran itu, selagi itu penamanya mendapat pahala. And it will be our tiny little secret for the rest of our lives.


Hidup ini sebenarnya indah kalau kita pandai bersyukur. Namun syukur itu susah betul hendak datang apabila dalam kesempitan. Selalunya apabila kita berada di dalam kesempitan, kita tidak akan fikir perkara lain kecuali kesulitan yang kita alami. Kita asyik fikir kenapa ia datang? Kenapa kita? Apa salah kita? Adakah ini balasan terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu? Adakah tuhan marah pada kita? Masih bermaknakah hidup dengan adanya perkara-perkara sebegini? Terlalu banyak perkara yang menghujani minda, and it is really normal kalau semuanya pun negatif belaka. Ini kerana apabila kita bersedih dan berduka, yang suka mendampingi kita adalah syaitan. Syaitan sangat suka membisik. Sangat suka suruh kita cari the easy way out. Sangat suka buat kita berputus asa terhadap rahmat Allah. Padahal dalam kesempitan itu hanya satu perkara sahaja yang kita perlukan sebagai alasan untuk kita bersyukur. Ia adalah anak mata insan yang sedang menatap wajah kita. Cuba ingat kembali apabila sedang susah dan berduka, anak mata siapakah yang tertancap pada wajah kita? Our mother? Our husband? Our innocent children? Ya, itulah sebab utama untuk kita terus bersyukur. Kerana walau betapa beratnya dugaan yang sedang kita rasakan saat ini, kita masih ada anak mata itu yang masih setia memandang wajah kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun tidak sentiasa mendengar permasalahan kita, walaupun tidak selalu memahami permasalahan kita, kita tahu kita sentiasa ada dia. Dia sentiasa berada di sisi kita, walaupun pada waktu ini, pada waktu kita susah. Yes, this is the reason. Dan bersyukurlah sebanyak-banyaknya kerana ini. Kerana satu insan ini yang masih Allah kurniakan buat kita. Dan kuatkanlah diri demi insan ini. Kerana selagi ada cinta, selagi itu pastinya ada kekuatan.


As a normal human being, dalam kesabaran yang tiada taranya ini, jauh di lubuk hati saya tetap berharap walau apapun kesukaran yang sedang saya rasakan pada saat ini akan pergi meninggalkan saya secepat mungkin. Saya harap suatu hari nanti saya dapat bangkit kembali seperti HJ yang dahulu. HJ yang sentiasa girang, yang sentiasa positif, dan yang sentiasa ada banyak sangat cerita best untuk dikongsi bersama. I really miss the old me. I miss blogging every single day, menceceh entah apa-apa. Sesekali poyo pula kasi tips itu ini macam pakar rotibasi (motivasi) sampai orang menyampah. HAHAHA. I miss those good old days. In shaa Allah, I believe the day will come. It is just a matter of time. Dan dalam saya berusaha, saya akan cuba untuk terus bersabar sedapat mungkin. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan itu lagi, very very soon.


In shaa Allah.



Mira - antara orang pertama dalam penghijrahan saya.
Semua wide shawl saya adalah daripada dia.
Follow her at Instagram - @amierahijab

Saturday, October 06, 2012

Goodbye Previous Life

Salam Saturday everyone! How are you today? Moga semua blog readers sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.


As for us, we are just great, Alhamdulillah. I am great. So it Mett. So are the girls! Rindu sangatkah kamu pada Myiesha dan Tihani? Nah, take a dose of their photos first before I continue. Tatap lama-lama sampai hilang rindu, OK? :D


Photobucket


OK berhenti membuntangkan mata sekarang! HAHAHA!


Life

Life is as always. Busy as a bee. Working. Managing the household. Managing the kids. I think I am better now. Apabila di office, I give 100% focus to work. During lunch time and after work, I dedicate my time to pump milk. As soon as I reach home, my husband and daughters are my everything. I spend time with them, talk to them, play with them. I have a good time with them everyday despite all the tiredness at work. But I feel that I am more energetic now like this. Always full of spirit and happy. As usual, I give my all, and I believe Allah always returns back my all.


The key to this: Always be happy. Do the things you love to do - consistently (like me, eating good food and shop for clothes is my therapy!). And be a bit selfish sometimes. Saya pernah go through a phase in life whereby I sacrifice everything to see the people I love - happy. I thought the more I sacrifice, the better things will be. Saya ingatkan dengan mengorbankan kepentingan diri sendiri, kepentingan orang yang saya sayangi akan dipenuhi. Saya ingatkan dengan mengorbankan kegembiraan saya sendiri, orang yang saya sayangi akan gembira. I thought if I lose, people will gain.


But no, it was a lose-lose situation.


I have gone through this many times. Yang mana saya korbankan segala-galanya sampai saya tidak ada apa-apa lagi. I thought things will improve. But, no. Apabila saya korbankan segala-galanya sampai saya tidak apa-apa lagi, I will be very depressed. Saya akan jadi sangat sedih. Saya akan jadi sangat emotional. I will cry all the time. And as a result, suami dan anak-anak jadi mangsa. Asyik kena masam muka, asyik kena marah. In the end, bukan saya korbankan kegembiraan sendiri untuk melihat orang lain gembira, but I have caused everyone untuk tidak gembira! Haha!


So saya tukar strategi. I try to be a bit selfish. I keep some happiness for myself. I do things that make me happy. And I see that things change. Because only when I am happy I can make the people I love - happy. And this is what matters the most. Lose some, but gain more. This is what I learn. Things have to be balanced. Saya hanya manusia, saya bukannya malaikat. I have to take care of myself first before I can take care of people. When I am physically, mentally, and emotionally healthy then only I can take care of my family, play with my kids, and be happy.


Work

Mett just got promoted from Admin Assistant to HSE Executive of Syabas daerah Hulu Langat effective October 1st, 2012. And I also got confirmed in my new job effective on the same date. Alhamdulillah! Kami sama-sama happy dan bersyukur gila.


Work is great so far. I am lucky to be blessed with such good workplaces since my first job sampailah sekarang. No matter how bad it is, I always have good, happening colleagues. Tempat kerja sekarang, my immediate boss adalah sangat garang seperti Miranda from the film The Devil Wears Prada. Serious garang and horrifying! Kalau dia tanya soalan, jawapan depan mata pun boleh tidak nampak. Sampai berpeluh-peluh. Sampai menggigil satu badan. She is garang like that. But she is also the kindest person on earth. Kalau kita faham cara kerja dia, we would understand that whatever she does, semuanya adalah untuk kebaikan kerja kita, dan juga diri kita sendiri. Dia tidak pernah ada niat tidak baik sengaja hendak marah-marah kita di hadapan orang or what. Everything is because of work, and she is very professional. Kalau kita juga professional, banyak sangat yang kita dapat belajar daripadanya. If we are not, sudah tentu kita akan rasa dia sengaja hendak cari pasal dengan kita dan sengaja cari salah kita hendak kenakan kita. Ramai juga ex-staff yang rasa macam itu. But I believe it all depends on us. Kalau kita OK, kalau kita bersangka baik, sebenarnya tidak ada apa-apa pun.


Dalam 3 months ini ada juga saya pernah kena marah kaw-kaw. But Alhamdulillah, the 6 years in Customer Service line has prepared me for all this. Maki lah saya macam mana pun. Menjerit pekik lah pada saya macam mana pun. Marah lah saya sampai hendak keluar tahi telinga pun, I am immune. Not to say 100% immune lah, saya tetap akan rasa down dan emotional segala. But I can control. I can manage. Sesungguhnya plan Allah itu yang terbaik, kan? Semua jalan hidup kita, susah atau senang, semuanya diaturkan dengan sangat cantik sekali. ;)


Plans

To celebrate this good news, I have shopped for some clothes and a platform wedges sandal. Sudah lama tidak pakai kasut tinggi, woh! Last pakai was on the first trimester mengandungkan Myiesha, kot? After that hanya flats menjadi kawan baik sampai ke hari ini. Since Myiesha dan Tihani sudah semakin membesar, I think I want to start melawa-lawa once again. Dress up nicely. Wear make up. Wear platform wedges. Wear a handbag! Dengan confirm-nya saya di tempat kerja baru ini, saya rasa sudah agak secure juga untuk saya say goodbye to my old boring clothes and start ber-shopping-shopping once again. Mati lah if Mett reads this, HAHA!


Ahh I really need to melawa-lawa once again. Umur baru 28, anak baru dua, takkan hendak sudah hendak jadi makcik-makcik, kot? :D


I think I want to start to put a fullstop to my previous life. Segala penat lelah. Susah payah. Segala pengorbanan yang tidak habis-habis itu. Cukuplah 3 tahun setengah mengikat perut, bersengkang mata. I want to start to live life to the fullest. To reward myself. To give the best to my daughters. To be happy. And in the same time, to work harder for my family. Sebagaimana Mett sentiasa mencari jalan untuk menaiktaraf kehidupan kami dengan menyambung pelajarannya, I have to find my own way too. Life is still so long ahead, but I am glad hari ini kami telah melepasi fasa pertama dalam perkahwinan, which is the introduction part. Sesi suai kenal. Wah suai kenal pun sampai 3 tahun setengah kah, HJ? Yaaaaa! Kamu-kamu yang baru kahwin setahun jagung, kalau rasa married life is like so miserable, so tough, so unbearable, you are just in the introduction year, OK?


Hold on to it. Hold on tightly. Be strong. Be brave. And you will pass through. Hidup berumahtangga memang penuh dengan cabaran. Daripada cabaran dengan partner, duit, family, sampailah ke anak-anak. It is tough. But always remember, walau apapun yang kamu buat, ingatlah niat kamu berkahwin itu. Dan perkahwinan yang paling indah adalah jika kamu berkahwin kerana mengharapkan pahala dan keredhaan Allah. Saya pun sama, asal ada benda susah sedikit mesti rasa macam eh if I don't get married mesti I can do this and this and this. It is normal. Always remember, kita hanya manusia. But the most important thing is, how you overcome it. Learn from experience and your mistakes, dan insyaAllah semuanya akan OK.


Quoted from my Miranda boss, dia bilang if you see a sun, grab it and hold on to it firmly, until you see another sun. That is when you jump. But be careful, because the next sun might be a fake one.


I hope this happiness is not fake.