You'll get lotsa SAHM stories in here, so bear with me!

Facebook | Instagram

Showing posts with label A Husband's Sacrifice. Show all posts
Showing posts with label A Husband's Sacrifice. Show all posts

Thursday, May 03, 2018

Be Careful What You Wish For

Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like, Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi shopping pun boleh. Nak makan apa pun boleh.


Then my mom said, Jadi kaya memang best. Nak apa semua dapat. Tapi orang kaya ramai yang sunyi tau.


Sunyi macam mana?


Sunyi lah. Duit memang banyak. Tapi sunyi. Husband selalu busy. Pagi keluar, malam balik. Asyik busy dengan kerja.


Then saya membidas. Ala takpelah. Biarlah dia busy. Kita huha lah!


Fast forward to many years later, here I am. Dari busy-busy keluar pagi balik malam bertungkus lumus cari duit, sekarang duduk rumah goyang kaki jadi suri rumah. Mett jadi sole breadwinner of the family. Namun bila dah dia seorang jadi breadwinner, kerjanya menjadi sangat berat. Buat 2, 3, malah 4 kerja untuk menampung kehidupan sekeluarga dengan keadaan ekonomi sekarang. Kalau dulu masa dia kerja pun sempat lagi ber-WhatsApp tanya khabar, bila tengah hari dia tanya makan apa. Nowadays, hantar WhatsApp pun petang baru dia reply. Kadang-kadang tak reply. Bila balik, busy pula di handphone dan busy kat laptop nak kena email sana sini. Settle kerja dalam pukul 12am atau 1 pagi, terus zzzz tak ingat apa dah. And tomorrow morning, hidup berputar lagi seperti kebiasaannya.


Rutin baru ini yang tersangat sibuk sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sunyi. Sunyi sebab bila dah jadi SAHM ni, kawan kita cuma social media, my mom and my husband. Bila kurang satu, rasa kosong sangat. Lebih-lebih lagi suami ni macam segala-galanya buat kita. Yelah di social media kita setakat like posts kawan-kawan dan tengok perkembangan dorang. My mom pula, bukannya tiap hari saya visit atau call atau WhatsApp, ada masa-masanya dan ada topik-topiknya juga. So selalunya kita housewives ni setia lah menunggu suami balik kerja nak duduk bercerita dengan dia. Dan bila dapat suami tersangat busy begini, rasa sunyi gila lah gitteww.


Lantas teringatlah conversation with my mom beberapa tahun yang lalu itu.  Jadi kaya memang best. Nak apa semua dapat. Tapi orang kaya ramai yang sunyi tau. Kami ni jauhhhh sangat lagi ke tahap 'kaya' itu, mungkin on the way. Tapi baru on the way pun dah rasa sunyi begini. Huhuhuhuhu!


Benarlah kata orang, semua benda perlukan pengorbanan. Ada orang kaya dengan harta, tetapi miskin dengan masa. Ada orang kaya dengan masa, tetapi miskin dengan tenaga. Ada orang pula kaya dengan tenaga, tetapi miskin dengan harta. Pendek kata, we can't have it all. Kena pilih apa yang kita nak. Kena pilih apa yang penting buat kita. Dan kena pilih apa yang terbaik.




I miss you, Sayang!



Sometimes I miss the good old days. Tetapi hidup tidak boleh selamanya ditakuk lama. Mesti ada perubahan. Mesti ada perkembangan. Mesti ada kemajuan. Anak-anak membesar, hidup semakin mencabar. Apa yang Mett sebagai seorang suami dan bapa lakukan adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup kami. And as for me, to kill this loneliness perhaps saya perlu lebih gigih tumpukan pada keperluan dan pendidikan anak-anak. Buat kerja mak-mak lah hoii. Clingy sangat pada suami apehal? Kahkah. Rindu hoi. Rindu! Tetapi tidak mengapalah. Moga cabaran ini datang sebentar cuma, dan nanti akan datang waktu senang bila kita dapat luangkan masa bersama sepuas-puasnya.


Maybe go on a holiday trip? Kau suka holidays, kan HJ? Dah jangan buat muka cencorot tu. Pergi lipat kain cepat!

Tuesday, April 24, 2018

Ikut Suami Pergi Audit

Sejak-sejak dah jadi SAHM ni, banyak pula kerja outstation husband. Dulu dia kerja office, based di KL/Selangor sahaja. Sekarang ni kerja freelance, makanya ke mana client memanggil, di situlah dia pergi demi mencari sesuap nasi. Dalam sebulan tu adalah 2-3 kali outstation. And most of the time, saya akan tag along bersama Mikhayla. Myiesha dan Tihani akan tinggal dengan in-laws pada hari sekolah. Kalau weekends pula, they will stay with my parents. Selalu juga ajak ikut, tapi dorang lebih suka tinggal. Seronok agaknya lepak rumah grandparents pada hari cuti, kan. Tak ada Mummy membebel. Tak ada Mummy suruh buat homework. Tak ada Mummy suruh baca buku.


Mummy pun best juga sebenarnya. It is like a time-off from my obligated responsibilities. Selagi ada anak-anak, macam asyik kena buat muka garang. Lama-lama Mummy pun cepat tua. HAHAHA. Kalau tak ada dorang ni, boleh Mummy buat mengada-ngada dengan Abi.


Akan tetapi, bila ikut husband outstation bukannya dapat spend time dengan husband pun. Dah tentu dari pagi ke petang dia bekerja. Maka Mummy akan bawa Mikhayla berjalan-jalan. Kalau dulu yang tahu Mid Valley Megamall je, sekarang dah kenal Megamall Prai, Berjaya Megamall Kuantan, Queensbay Mall Penang, AEON Seri Manjung dan Mesra Mall Kerteh. Dah boleh buat malls review ni. Hihi. Most of the time, kami jalan-jalan je. Pusing-pusing. Masuk dari satu kedai ke satu kedai. Yang paling best Mikhayla lah kalau dapat masuk indoor playground. Main sampai penat. Then bila dia tidur dalam pram, Mummy's turn pula masuk bookstore ke. Kaison ke. Heavennnn.


But all in all, tujuan saya tag along apabila suami outstation bukanlah kerana nak berjalan-jalan atau melepaskan tanggungjawab daripada anak-anak, but first of all, ia adalah di atas tip dan nasihat mak mertua tersayang. Wah apa nasihat ibu mertua yang priceless sangat tu? Beliau menasihati saya untuk tag along walau ke mana sahaja suami pergi. Tak kisahlah annual dinner ke, family day ke, outstation ke. Walau ke mana saya dia pergi yang membolehkan saya ikut sama, ikut. Ini adalah kerana mak mertua saya sangat percaya bahawa kehadiran seorang isteri itu sangat penting dalam hidup seorang lelaki. Ia dapat mengelakkan rasa kosong dan lonely driving all the way ke destinasi, lepas tu check in sorang-sorang pulak.


Well, as for me pula, the reason I tag along is because I want to take care of him. Kalau di rumah, saya siapkan makan pakai dia, apabila dia ke outstation saya tetap nak jaga makan pakai dia. I want to keep him company seperti yang dicadangkan oleh mak mertua, I want to help him with his clothes, unpacking and packing in the hotel, and suggest places to eat after every working day. Dengan ini, suami tidak perlu risau kalau cari tak jumpa barang dalam beg, atau nak makan kat mana di tempat yang tak familiar. Dia cuma perlu pergi kerja pada waktu pagi dalam keadaan kenyang lepas breakfast dengan saya, dan pulang dengan tak perlu fikir apa-apa sebab semuanya dah siap tinggal mandi, solat dan pergi dinner di tempat yang saya dah Google. Senang, kan? Pada waktu siang ketika dia bekerja pun saya bukannya kacau dia. Saya akan berjalan sendiri dengan Mikhayla dan nanti bila dia dah habis kerja dia akan WhatsApp tanya saya kat mana and we'll meet up. As simple as that.


But most of all, simple trips like this adakalanya berperanan menjadi sebuah breakaway yang pendek buat kami parents yang masih memiliki anak-anak kecil. Rutin harian di rumah dengan tanggungjawab demi tanggungjawab yang perlu digalas kadang-kadang membuatkan kami rasa penat dan tension. And surprisingly, bila kami ke tempat lain begini, anak-anak turut rasa refresh and regenerate having to spend a night or two di rumah tok nenek. Terlepaslah sikit daripada bebelan dan kegarangan Mummy, ye tak? Hehe. Kasi chance lah. Nanti Mummy balik, Mummy rebus korang!


Kepada individu / syarikat yang sedang mencari external auditor, bolehlah contact Mett seperti yang tertera di bawah. 


Thank you!


Name card photo and design credit to Projek Housewife

Thursday, March 15, 2018

Percaya Pada Rezeki Allah

Bila saya dah tak bekerja, ramai je kawan-kawan yang datang bertanya. Tanya macam mana jadi SAHM, best ke? Tapi ramai yang bertanya tang duit. Tang gaji yang dah tak ada. Tang commitment, macam mana pula. Iyalah, saya bukannya jadi SAHM ketika Mett sudah jadi jutawan HAHA. Hidup kami masih sama. Masih duduk di rumah yang sama. Masih pakai kereta yang sama. Tambahan pula, bilangan anak yang sedang meningkat (tengah pregnant-kan Mikhayla yang masa tu saya sendiri belum tahu saya sedang pregnant!). Kalau nak ditanya tentang takut, memang takut. Kalau nak ditanya tentang menggelupur, memang menggelupur. Tetapi memandangkan masa tu saya memang dah tak ada hati sangat pada kerja (refer previous post), saya memang redha habis. Sudah bertahun saya sujud merayu pada Allah untuk bebaskan daripada alam pekerjaan yang sangat sakit itu. But the funny thing is, saya minta untuk tak nak bekerja, tapi saya lupa nak minta waktu saya dah tak kerja tu kalau boleh nak dah jadi millionaire!


HAHAHA.


Yeah, so there we were. Hari pertama duduk rumah memang rasa happy habis. Macam tak percaya pun ada. Rasa macam masih ada keperluan untuk angkat phone dan dail nombor office. Dan beri alasan entah apa lagi tak nak masuk kerja. As for Mett, he is a man with less words. Beliau jarang sangat beri reaksi atau beremosi. Susah nak baca hati dan fikiran dia. But as a wife, saya dapat rasa beliau pun agak cuak juga. Tapi kami teruskan hidup. Saya ada minta kerja lepas tu. Dapat. Tapi time nak pergi medical checkup, kantoi. Dah TER-pregnant. Saya anggap itu rezeki Allah pada saya. Jalan dan laluan yang telah ditetapkan olehNya. Kalau tak pregnant, dah tentu saya kerja balik, dan entah macam mana dengan trauma dan fobia saya yang masih tak terhabis pada waktu itu. So I stayed at home. Masa tu bersyukur sangat-sangat. Takut tentang gaji dan commitments tu memang ada. Tapi oleh kerana rasa nak berhenti kerja itu terlalu membuak-buak, ia semacam memberikan saya sedikit ketenangan.


Saya rasa mesti ramai kat sini yang pernah baca cerita kat Facebook. Alah macam-macam cerita. Cerita suami isteri kerja. Then entah macam mana anak sakit (contohnya). Then isteri terpaksa berhenti kerja jaga anak. Tetapi gaji suami yang RM 1,000 tu cukup pula untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ada ketikanya macam berlebih pula. Pernah baca, kan?


Ya, saya pun pernah baca. Saya baca dan saya suka simpan cerita begitu. Dalam rasa percaya pada cerita tentang keberkatan rezeki, adakalanya terdetik juga rasa takut. Yelah, takut kau! Dan sudah jadi kebiasaan, kita tidak akan percaya sesuatu cerita itu 100% sampailah kita sendiri mengalaminya. The same thing happened to me. Saya pun rasa susah nak percaya. Yelah, logically kalau gaji 2 orang dua ribu contohnya, then seorang tak kerja jadi seribu. Mana nak cekau lagi seribu tu? Siapa nak bayar commitment lagi separuh tu? Rezeki turun dari langit ke? Atau boleh petik daun kat pokok?


Okay this is the true story of mine.


Rezeki tu memang cukup. Seriously. Di mana datang kecukupan itu? Daripada keberkatan. To be honest, masa saya bekerja pun saya tak dapat save duit banyak. Sebab commitments pun banyak. Ada rumah. Ada kereta. Ada bills. Ada babysitter. Ada mak ayah. Ada daily expenses. Ada groceries. Ada minyak dan tol. Ada entertainment. And the list is endless. Kami bahagi dua. You bayar ni, I bayar tu. Okay. Then bila saya dah tak bekerja, semua expenses jatuh ke bahu Mett. Everything. Memang scary. Kami try settle yang penting dulu. Yang boleh tunggu, tunggu. Bab makan, entertainment, bills semua kena catu. Makan pakai apa ada. Tak ada dah shopping baju. Tak ada dah makan sedap. Tak ada dah keluar jalan-jalan. Kadang-kadang tengok advertisement KFC kat TV pun boleh rasa nak nangis. Dahlah pregnant time tu, kan? Haha emosi sungguh. Kesian mak buyong nak makan KFC tak dapat.


Tapi.


Tapi sekejap je! Serious sekejap. Tanpa kami sedar, entah macam mana, hidup kami tak adalah teruk sangat pun. Kalau nak dikira atas kertas, memang tak dapat cari dari mana datang kecukupan itu. Dengan Mett seorang kerja, dengan expenses yang tetap sama, kalau tak makin tinggi. But really, cukup. Dan memang tiap kali solat pun saya tak ada doa nak mewah. Saya doa nak cukup. Minta Allah kasi kecukupan. Then kami suami isteri amalkan surah Al-Insyirah. Tiap kali solat baca surah tu. Lepas solat baca surah tu. Zikir pun surah tu. Sampai jadi amalan harian. Yasin memang tak lepas every morning since saya kerja lagi. Memang dulu tiap pagi baca Yasin dalam train nangis-nangis. Saya ingat lagi. Tak lama kemudian hidup kami rasa bernafas balik. And to be honest, rasa sama je macam masa kerja dulu. Tak ada yang kurang pun. Expenses masih kena catu. Tak adalah Tony Romas every week ke apa, tapi rasa okay dan happy. Very, very happy. Dan bila fikir-fikir balik, keberkatan itu pun mungkin datangnya daripada rasa senang hati saya. Dulu masa kerja kan I was so unhappy. Sampai depression. Mungkin rezeki tak berkat. Tapi bila saya dah tak kerja, walaupun Mett kerja seorang, we survived. Bohonglah kalau nak kata 100% sama, memang tetap ada kena cut cost sana sini, but not so bad.


So begitulah kehidupan kami. Sampai saya lahirkan Mikhayla. Kalau nak dikira-kira, baru fourth quarter of last year Mett dapat kerja-kerja freelance sikit. Dapat job mengajar. Buat training. Alhamdulillah cukuplah buat tambah-tambah. Tidaklah mewah, tapi cukup. Kalau nak cerita tentang keberkatan dan rezeki Allah, tak adalah nak kata rezeki tu datang sekelepuk. Semuanya datang dengan usaha dan tawakal juga. Baru datangnya rezeki. Same goes pada konsep anak itu rezeki. Some people rasa macam alah beranak jelah ramai-ramai. Setahun satu pun tak apa. Anak kan rezeki. Silap tu. Memang anak itu membawa rezeki, tapi rezeki itu datang dengan usaha dan tawakal juga. Kalau tiap tahun beranak tapi bapaknya duduk rumah makan angin, macam mana rezeki nak masuk, kan.


I would say that lepas 2 tahun lebih baru kami mula bertatih kembali. Baru nak dapat rhythm seorang bekerja seorang SAHM. Kalau nak merasa berhenti kerja terus hidup senang, memang tak adalah. Dunia ni kan tempat ujian, mana adanya hidup senang. Semua kena uji. Semua kena duga. Tak berhenti-henti. But I am glad Mett memang seorang lelaki yang kuat. Lelaki yang bertanggungjawab. Dia jenis tekad. Kalau dia nak buat sesuatu, memang dia akan buat sampai jadi. No matter what. Alhamdulillah. Dan Alhamdulillah menjadi. Perkahwinan kami baru nak masuk tahun ke-9 tahun ni (next week to be exact! Yeayy!) dan masih panjang lagi perjalanan kami. Saya harap dengan melangkahnya kami ke tahun yang seterusnya moga Allah memberkati kehidupan kami, murahkan rezeki kami dan lindungi kami sekeluarga.


Pada kawan-kawan yang bertanya tu, pada yang nak sangat berhenti kerja tapi masih takut tu, my advice is: Jangan takut. First sekali tanya diri sendiri apa niat nak berhenti kerja. Kalau pasal nak jaga anak dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, teruskanlah. Please proceed. Sebab jaga anak ni satu tugas yang mulia. Sangat-sangat mulia. Jaga anak, jaga suami, jaga rumahtangga. Semua ni tugas mulia. Tak ada istilah belajar tinggi-tinggi tapi terperuk di celah dapur. Duduk rumah pun tugas mulia, bukan engineer, lawyer atau doctor saja. Mendidik dan melahirkan generasi akan datang yang cemerlang kan mulia. Allah suka, Nabi pun sayang. Kalau tak percaya, nanti dah jadi SAHM, cuba tanya suami, happy tak dia bila isteri dah jadi SAHM. Dulu kena iron baju sendiri. Kena tolong isteri jemur kain. Rumah macam tongkang pecah. Anak-anak berlari sana sini macam apa. Kain baju tak berlipat lagi lah tak payah cerita, entah berapa bulan duduk menggunung dalam bakul tu. Tapi bila semua kerja rumah siap, suami ada satu perasaan tenang bila balik rumah. Serious. Rasa tenang, rasa damai. Barulah Rumahku Syurgaku. Bukan Rumahku Tongkang Pecahku. HAHA. Jangan difikirkan sangatlah tentang orang kutuk-kutuk housewife ni comotlah, bau bawang lah, pakai baju kelawar lah. Semua itu bergantung pada diri sendiri. Kalau pakai baju sexy, sexy lah jadinya. Kalau pakai perfume, wangilah jadinya. Siapa suruh pakai baju kelawar bau bawang hoii!


InshaaAllah, Allah akan selalu bersama kita. Percayalah pada rezekiNya. Percaya pada keberkatanNya. Jangan takut. Selagi kita ada rasa takut, selagi itulah kita sebenarnya masih percaya dan yakin pada gaji kita sendiri berbanding percaya kepadaNya. Sebab tu kalau kita jumpa orang-orang yang hebat, dorang tak pernah takut tak ada duit. Kalau ada orang minta derma, dorang kasi duit paling besar dalam purse. Duit RM 50. Bukan duit RM 1 macam kita. Kita ni derma duit RM 1 sebab kita fikir duit RM 50 tu nak beli pampers anak, nak beli susu. Logically, kalau kita derma RM 50 tu kita nak beli pampers susu pakai duit apa pulak kan? Tapi salah sebenarnya. Kekuasaan dan kasih sayang Allah itu menjangkaui logik kita tu. Derma je RM 50 tu. Nanti kejap lagi adalah Allah gantikan balik. Masih tak percaya? Maksudnya masih percaya pada duit sendiri lah tu. Kena muhasabah banyak lagi ni sis. Hahaha.


Okaylah, panjang sangat dah cerita. So itulah sedikit sebanyak cerita yang dapat saya kongsikan. InshaaAllah ada rezeki nanti kita cerita lagi. 'Til then, jangan lama-lama fikir pasal nak jadi SAHM tu. Anak makin membesar, makin perlukan kita. Jangan buang masa lagi. Buatlah keputusan bijaksana anda sekarang.

Friday, December 27, 2013

Kenapa Kami Masih Berada di Sini

Hari itu saya habis kerja awal. So did Mett. We then decided to have an early dinner together before fetching the girls, something we have not done for a very, very long time. We had this quiet chat together, talking about yesterday, today, and our plans for tomorrow. I asked him about his ambitions and dreams. I asked, will going offshore be one of his plans to provide a better life for the girls?


He immediately said, no.


He then said something that made me cry.


Dia bilang, duit boleh dicari. Di mana-mana pun boleh cari duit, tidak semestinya kena pergi offshore. Tetapi anak-anak? He will never leave us, no matter what. Orang bilang, berjauhan itu pengorbanan. I told him, I am ready. I can do this. Many of my friends do this. Tetapi dia sendiri yang tidak mahu. He choose not to.




The incident that happened lately makes us realize how life can be so short. How life can be so fragile. Hari ini kita bergembira dengan segala nikmat anugerahNya, esok lusa kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Dalam banyak-banyak kejadian yang menimpa manusia di seluruh dunia, dalam banyak-banyak kejadian yang terjadi kepada orang di sekeliling kita, kita tidak pernah tahu jika satu hari nanti Allah memilih untuk menguji kita pula. Dan pada hari kita diuji, adakah kita sudah bersedia, atau masih terus alpa mengejar harta duniawi yang tidak membawa kita ke mana?




I do not know when I will be ready to tell the whole story because I am still all traumatized with the whole incident. Saya percaya mereka yang melalui hari itu bersama-sama dengan saya lebih terkesan kerana mereka melihat, sedangkan saya tidak. Saya tahu Allah tidak kasi saya tengok the whole episode kerana saya tidak kuat menghadapinya. But still, I learnt my lesson the hard way. Talking about this never fail to make me cry, but insyaAllah it will make me a better mother. Saya percaya, segala yang terjadi ada hikmahnya dan Allah mahu kita terus dekat dan mengingatiNya, dan bukan semakin jauh dan melupakanNya.




Today, I appreciate life more and I love my girls more. Bukan selama ini tidak sayang, tetapi sekarang macam terlalu amat sayang. Rasa macam tidak mahu langsung berjauhan dengan mereka. Rasa macam hendak sentiasa mendakap mereka. Every minute every second I wish I can be a stay-at-home-mom. I want to bring them up with my very own hands. Mereka yang sudah mengalaminya selalu bilang jangan, jadi SAHM ini susah. Tidak ada masa untuk diri sendiri. Tidak ada duit sendiri. Tetapi entahlah, hati ini terlalu kuat menyayangi anak-anak ini. Plus, I hate my job, so haruslahh! HAHA. But after this incident, mungkin juga saya harus bekerja dengan lebih keras untuk mencukupkan keperluan mereka. After all, we can never have it all. There is always an opportunity cost. But I always hope, saya selalu berdoa pada tuhan, agar terus menguatkan hati saya untuk meneruskan hidup ini. Dan semoga saya dapat berikan yang terbaik dalam hidup ini.


Photo: Mummy's little girls.


Children is life's greatest treasure. Saya tidak pernah rasa segembira dan sebahagia ini sepanjang hayat saya. Sungguh! Melihat ke dalam mata anak-anak ini, saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan melahirkan mereka. Yes, life sure has its ups and downs, tetapi dengan adanya anak-anak ini rasanya tidak ada sesaat pun yang down. Semuanya up sahaja.




I hope to always be a better mother as time passes. And I hope that everyone understands how I always strive to give the best to my girls. Being a mother is never easy, but being one is also the most rewarding job of all. Dearest Myiesha and Tihani, Mummy hendak kamu tahu yang Mummy sayang sangat-sangat pada kamu berdua. Dan Mummy sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sepanjang ketiadaan Mummy. Dan semoga kamu sentiasa gembira walau apapun yang kamu buat dan di mana pun kamu berada. Being a working mother, I may not be with you 24/7, but I want you to know that you can always come to me at any time of the day. And being a part-time student does not mean I care for you less, it is only something I do for our future. Bersabar dan tabahlah wahai anak-anak, semoga Allah bukakan jalan untuk kita bersama selalu suatu hari nanti. InsyaAllah.

Wednesday, September 11, 2013

Bila Biasa-Biasa Jadi Luar Biasa


Sewaktu saya mula-mula berkawan dengan Mett, kami baru berusia 14 tahun. Masih muda, masih terlalu mentah untuk mengerti betapa hidup ini tersimpan terlalu banyak rahsia. Waktu itu kami masih bersekolah menengah. Saya mengenalinya sebagai lelaki yang tersangat biasa. Anak sulung, mempunyai 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Berasal daripada keluarga yang biasa. Mak bapak kerja biasa.


Pelajarannya juga biasa.


Segalanya sungguh biasa. Tidak ada yang luar biasa.


Mett bukanlah pelajar cemerlang. UPSR nya bukan straight As. PMR nya juga bukan straight As. SPM lagilah, tidak ada A kot? Habis sahaja sekolah, dia masuk kolej. Buat diploma. Selesai diploma, dia bekerja. Kerja pun biasa-biasa sahaja. Mett bukan anak orang sekarang yang belum habis SPM sudah dapat tempat di matriks, habis matriks buat degree, lulus dengan cemerlang sampai mak bapak bangga gila baru start kerja dengan gaji yang mesti lebih RM2,500 untuk setaraf dengan tahap pelajaran.


Tidak. He did not go through that. He started his career as an Admin Assistant dengan gaji RM 1,100. Grab sahaja apa yang ada. Tidak guna memilih. Tidak guna cerewet. Masa berjalan, usia bertambah, banyak lagi plans di benaknya sebenarnya. Jadinya, sesaat pun tidak dibazirkannya.


Sambil bekerja, dia sambung buat degree di UIA on a part-time basis.


Berkat kerja keras, Mett berjaya membeli sebuah kereta pada usia 22 tahun. His first car, sebuah Proton Gen2 yang masih digunakannya hingga sekarang. Kalau fikir-fikir balik, rasanya macam agak muda juga umur 22 tahun sudah ada kereta sendiri. Tetapi bagi saya itulah titik permulaan kejayaannya. Waktu itu saya sedar yang Mett bukan seorang lelaki yang sangat biasa. Daripada keluarga biasa. Pelajaran pun biasa. Tetapi usaha dan keazamannya luar biasa. Biarpun hidupnya biasa, dia tidak pernah mahu terus hidup dalam kebiasaan itu. Dengan susah payahnya menghadiri weekend class dan membiayai kereta barunya, saya tahu impiannya luar biasa.


Half way through his degree, kami menikah. Pada pagi hari saya diakadnikahkan dengan Mett, ketika saya bangun tidur saya rasa macam tidak percaya boleh nampak 5 buah khemah tersusun di hadapan rumah. It was a miracle. Selalu sangat nampak orang berkahwin. Tidak sangka saya juga dapat berkahwin.


Mett terus belajar sampailah dia habis degree, ketika Myiesha berusia setahun lebih, dan saya sedang mabuk migraine mengandungkan Tihani. I can still remember that I was the most excited person there. Suami saya menghadiri convocation pada usia 27 tahun dengan anak hendak masuk dua, sedangkan majoriti grad pada usia awal 20an. Masih single and free. Saya sangat bersyukur waktu itu tengok Mett menjulang ijazah. Saya tak pernah rasa ia terlambat. I think the time was perfect. Cuma cabarannya lebih sedikit.


Daripada Admin Assistant, Mett dipindahkan ke Safety division sebagai Safety Executive. Saya memang tidak pernah dengar safety, dan tidak tahu apa itu safety. Daddy lagilah, dia ingatkan safety adalah security guard. Hahaha tergelak kami! Saya tidak tahu bagaimana Mett boleh tiba-tiba melompat ke safety dengan tidak ada ilmu, basic dan experience tentangnya. Tetapi saya anggap ini rezeki. Rezeki keluarga kami. Semakin lama Mett bekerja di bahagian safety ini semakin saya faham yang safety adalah memastikan keselamatan orang di tempat kerja. Construction site, offshore rigs, dan hampir semua industri sekarang perlukan pegawai keselamatan ini. Dan kalau betul-betul competent, gajinya boleh tahan juga! Tetapi Mett masih jauh lagi untuk sampai ke tahap itu. Dalam dia bekerja, dia banyak menghadiri meetings, trainings dan courses yang mendedahkannya kepada bidang ini. Dan nampak seperti dia berminat. And I was not surprised when he told me that he wants to take up Master in Occupational Safety and Health.


Mett sedang belajar di UTM dalam bidang itu, dan kalau tidak ada aral melintang dia akan tamat belajar pada tahun hadapan. How time flies. But the best thing is not that. The best thing is that lelaki yang biasa ini, yang tidak pernah dapat A dalam subjek-subjek yang dipelajarinya di sekolah, is getting As, if not A- in all of his subjects! Tidak ada B langsung ok? Ya Allah, serious saya tidak sangka. Setiap kali saya tengok resultnya saban semester, saya rasa seperti mahu pengsan. Terror gila mamat ni! Ingat sikitlah orang belakang, bro. Bini lu baru semester dua buat degree ni. Result semester lepas pun tak keluar lagi. Nervous!


But really, I am proud. Bukan tulis entry ini hendak membangga diri, tetapi hendak mengingatkan orang di luar sana. Regardless kamu parents atau student yang juga biasa itu sendiri. Percayalah pada usaha dan kemahuan kamu. Percayalah pada keazaman dan impian kamu. Tidak ada sesiapa yang dapat bantu kamu capainya melainkan diri kamu sendiri. Dan kepada orang keliling, jangan cepat menunding jari. Jangan cepat merendahkan orang. Jangan cepat cakap eleh budak tu belajar tak pandai, nak jadi apa besok besar nanti? Esok lusa silap-silap budak yang biasa-biasa ini jadi luar biasa. Berjaya lebih luar biasa daripada kamu. Apa kamu hendak cakap?


I just want to say that life is fair. Kejayaan akan datang pada mereka yang berusaha. Dan juga pada mereka yang kekal kuat hingga ke penghujungnya. Everyone deserves this in life, cuma cepat atau lambat, ada atau tidak sahaja. Kalau lambat atau tidak ada, itu semua ujian. Allah nak tengok sejauh mana keimanan dan kesabaran kita. Sejauh mana istiqamah kita. Tetapi yang paling penting, kita kena usaha. Usaha, usaha dan usaha. Jangan sesekali berhenti. Jangan sesekali menoleh ke belakang. Dan jangan sesekali berputus asa. Itu kuncinya.


I hope that Mett will continue to excel in his studies. Dan semoga saya yang baru hendak bertatih ini pun berjaya sama. Kami belajar bukan kerana mahu mendabik dada, bersaing dengan saudara mara yang ada, tetapi demi masa hadapan anak-anak kami. Tanpa pelajaran, sampai ke mana sahajalah kami. Standard of living di bandar besar seperti KL ini semakin hari pun semakin meningkat. We just want to provide a good life to our children, di samping sedikit self-satisfaction dengan segala usaha yang telah dicurahkan.


Semoga Allah sentiasa bersama kami sehingga ke akhir perjuangan kami. Amin amin ya rabbal alamin.

Saturday, October 06, 2012

Goodbye Previous Life

Salam Saturday everyone! How are you today? Moga semua blog readers sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.


As for us, we are just great, Alhamdulillah. I am great. So it Mett. So are the girls! Rindu sangatkah kamu pada Myiesha dan Tihani? Nah, take a dose of their photos first before I continue. Tatap lama-lama sampai hilang rindu, OK? :D


Photobucket


OK berhenti membuntangkan mata sekarang! HAHAHA!


Life

Life is as always. Busy as a bee. Working. Managing the household. Managing the kids. I think I am better now. Apabila di office, I give 100% focus to work. During lunch time and after work, I dedicate my time to pump milk. As soon as I reach home, my husband and daughters are my everything. I spend time with them, talk to them, play with them. I have a good time with them everyday despite all the tiredness at work. But I feel that I am more energetic now like this. Always full of spirit and happy. As usual, I give my all, and I believe Allah always returns back my all.


The key to this: Always be happy. Do the things you love to do - consistently (like me, eating good food and shop for clothes is my therapy!). And be a bit selfish sometimes. Saya pernah go through a phase in life whereby I sacrifice everything to see the people I love - happy. I thought the more I sacrifice, the better things will be. Saya ingatkan dengan mengorbankan kepentingan diri sendiri, kepentingan orang yang saya sayangi akan dipenuhi. Saya ingatkan dengan mengorbankan kegembiraan saya sendiri, orang yang saya sayangi akan gembira. I thought if I lose, people will gain.


But no, it was a lose-lose situation.


I have gone through this many times. Yang mana saya korbankan segala-galanya sampai saya tidak ada apa-apa lagi. I thought things will improve. But, no. Apabila saya korbankan segala-galanya sampai saya tidak apa-apa lagi, I will be very depressed. Saya akan jadi sangat sedih. Saya akan jadi sangat emotional. I will cry all the time. And as a result, suami dan anak-anak jadi mangsa. Asyik kena masam muka, asyik kena marah. In the end, bukan saya korbankan kegembiraan sendiri untuk melihat orang lain gembira, but I have caused everyone untuk tidak gembira! Haha!


So saya tukar strategi. I try to be a bit selfish. I keep some happiness for myself. I do things that make me happy. And I see that things change. Because only when I am happy I can make the people I love - happy. And this is what matters the most. Lose some, but gain more. This is what I learn. Things have to be balanced. Saya hanya manusia, saya bukannya malaikat. I have to take care of myself first before I can take care of people. When I am physically, mentally, and emotionally healthy then only I can take care of my family, play with my kids, and be happy.


Work

Mett just got promoted from Admin Assistant to HSE Executive of Syabas daerah Hulu Langat effective October 1st, 2012. And I also got confirmed in my new job effective on the same date. Alhamdulillah! Kami sama-sama happy dan bersyukur gila.


Work is great so far. I am lucky to be blessed with such good workplaces since my first job sampailah sekarang. No matter how bad it is, I always have good, happening colleagues. Tempat kerja sekarang, my immediate boss adalah sangat garang seperti Miranda from the film The Devil Wears Prada. Serious garang and horrifying! Kalau dia tanya soalan, jawapan depan mata pun boleh tidak nampak. Sampai berpeluh-peluh. Sampai menggigil satu badan. She is garang like that. But she is also the kindest person on earth. Kalau kita faham cara kerja dia, we would understand that whatever she does, semuanya adalah untuk kebaikan kerja kita, dan juga diri kita sendiri. Dia tidak pernah ada niat tidak baik sengaja hendak marah-marah kita di hadapan orang or what. Everything is because of work, and she is very professional. Kalau kita juga professional, banyak sangat yang kita dapat belajar daripadanya. If we are not, sudah tentu kita akan rasa dia sengaja hendak cari pasal dengan kita dan sengaja cari salah kita hendak kenakan kita. Ramai juga ex-staff yang rasa macam itu. But I believe it all depends on us. Kalau kita OK, kalau kita bersangka baik, sebenarnya tidak ada apa-apa pun.


Dalam 3 months ini ada juga saya pernah kena marah kaw-kaw. But Alhamdulillah, the 6 years in Customer Service line has prepared me for all this. Maki lah saya macam mana pun. Menjerit pekik lah pada saya macam mana pun. Marah lah saya sampai hendak keluar tahi telinga pun, I am immune. Not to say 100% immune lah, saya tetap akan rasa down dan emotional segala. But I can control. I can manage. Sesungguhnya plan Allah itu yang terbaik, kan? Semua jalan hidup kita, susah atau senang, semuanya diaturkan dengan sangat cantik sekali. ;)


Plans

To celebrate this good news, I have shopped for some clothes and a platform wedges sandal. Sudah lama tidak pakai kasut tinggi, woh! Last pakai was on the first trimester mengandungkan Myiesha, kot? After that hanya flats menjadi kawan baik sampai ke hari ini. Since Myiesha dan Tihani sudah semakin membesar, I think I want to start melawa-lawa once again. Dress up nicely. Wear make up. Wear platform wedges. Wear a handbag! Dengan confirm-nya saya di tempat kerja baru ini, saya rasa sudah agak secure juga untuk saya say goodbye to my old boring clothes and start ber-shopping-shopping once again. Mati lah if Mett reads this, HAHA!


Ahh I really need to melawa-lawa once again. Umur baru 28, anak baru dua, takkan hendak sudah hendak jadi makcik-makcik, kot? :D


I think I want to start to put a fullstop to my previous life. Segala penat lelah. Susah payah. Segala pengorbanan yang tidak habis-habis itu. Cukuplah 3 tahun setengah mengikat perut, bersengkang mata. I want to start to live life to the fullest. To reward myself. To give the best to my daughters. To be happy. And in the same time, to work harder for my family. Sebagaimana Mett sentiasa mencari jalan untuk menaiktaraf kehidupan kami dengan menyambung pelajarannya, I have to find my own way too. Life is still so long ahead, but I am glad hari ini kami telah melepasi fasa pertama dalam perkahwinan, which is the introduction part. Sesi suai kenal. Wah suai kenal pun sampai 3 tahun setengah kah, HJ? Yaaaaa! Kamu-kamu yang baru kahwin setahun jagung, kalau rasa married life is like so miserable, so tough, so unbearable, you are just in the introduction year, OK?


Hold on to it. Hold on tightly. Be strong. Be brave. And you will pass through. Hidup berumahtangga memang penuh dengan cabaran. Daripada cabaran dengan partner, duit, family, sampailah ke anak-anak. It is tough. But always remember, walau apapun yang kamu buat, ingatlah niat kamu berkahwin itu. Dan perkahwinan yang paling indah adalah jika kamu berkahwin kerana mengharapkan pahala dan keredhaan Allah. Saya pun sama, asal ada benda susah sedikit mesti rasa macam eh if I don't get married mesti I can do this and this and this. It is normal. Always remember, kita hanya manusia. But the most important thing is, how you overcome it. Learn from experience and your mistakes, dan insyaAllah semuanya akan OK.


Quoted from my Miranda boss, dia bilang if you see a sun, grab it and hold on to it firmly, until you see another sun. That is when you jump. But be careful, because the next sun might be a fake one.


I hope this happiness is not fake.

Monday, October 10, 2011

Congratulations, Husband!



I started writing this entry days before the event. Because this is a very important event to my husband, and also to me. I started writing early also because I am bed resting from work due to severe migraine, menulis ketika waktu senang sebelum waktu sempit tiba. But Alhamdulillah no matter how sick I am, there is never something that can refrain me from blogging for now. A blogger kalau tidak update blog akan lebih sakit kot, kan? :)

(I wrote this entry on Wednesday, 5th October 2011, before again being admitted to the hospital, this time KPJ Tawakkal at Jalan Pahang for 3 nights until 8th October 2011.)

First of all I would like to congratulate my husband, Mett, on his convocation today. Congratulations, Sayang. You sudah dapat degree! Orang belajar, orang grad, orang terima scroll on a convocation day adalah sangat common sekarang. Sesiapa pun boleh berada di sini pada hari ini. Most of them are full-time students, yang habisnya SPM dengan cemerlang terus sambung degree di UIA, and here they are now, menjulang segulung ijazah yang menjadi kebanggaan ibu bapa.

But as for Mett, jalan hidupnya tidak semudah itu. Tidak ada siapa yang tahu jerih perit dan susah payah yang dilalui untuk mendapat segulung ijazah pada hari ini. Berasal daripada sebuah keluarga yang sangat sederhana, tidak ada sesiapa menjangka dia boleh berjaya begini pada hari ini. Di atas usaha sendiri, di atas kaki sendiri. Keperitan dan kesukaran hidup telah membuatkan dia ambil masa yang lebih lama daripada orang lain untuk menyambung pengajian. To catch up with life, he juggled with work, study and family to make things work. Dan Alhamdulillah, semuanya terbalas pada hari ini.

Mett is a man with dreams. Dia tidak mahu hidup ditakuk lama. Cukuplah ibu bapanya hidup susah, azamnya adalah untuk membantu keluarga. He wants to help his parents. He wants to help his siblings. And he also wants to help himself. Dia sedar, tanpa pelajaran dia tidak akan ke mana. He is married. He has me. He has Myiesha. Tidak lama lagi anak akan bertambah 3, 4 pula. Apakah ertinya dia menjadi seorang lelaki dan suami jika dia tidak berusaha keras untuk keluarganya?

This is the reason why I married him. Mett is no man with wealth or looks, tetapi kekuatan semangatnya dan azamnya yang tidak pernah luntur menjadi kekaguman saya.

To flashback on his journey doing this degree, I would have to say it is a tough one. Kerana itu convocation ini amat bermakna bagi kami. Because his journey is not smooth all along, like some kids, belum habis SPM ibu bapa sudah plan hendak masukkan universiti mana, sudah survey course mana yang bagus. But as for Mett, semuanya dilakukan sendiri. Mak dan Ayah tidak berpelajaran tinggi. Sekolah pun tidak habis. Mereka sendiri tidak tahu universiti mana yang bagus, apa course yang ada. Mereka tidak tahu. Being the eldest in the family, Mett did not have any guidance at all.

He also did not have any cash in hand to continue his studies!

But he is smart. He is smart enough to make decisions for himself. Habis SPM, he decided to take up Diploma in Business Administration at the International Islamic College, Gombak. He took up MARA loan to support himself. Habis diploma, he jumped into the working world. But he then enrolled himself to the International Islamic University Malaysia (IIUM) and take up Executive Bachelor in Business Management. Again, MARA became his savior. Kalau tidak, mengah juga hendak survive dengan sudah ada anak isteri begini. He never stops looking for opportunities to climb higher.

Even before he graduates, he has already been accepted to Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to take up Diploma Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri, the course he applied for. Tetapi mungkin rezeki belum berpihak pada kami buat masa ini. MARA does not cover this time, and we do not have enough fund for this. Saya agak kecewa juga. To see him fly is something I really want. Fly to achieve his dreams. Let him be Myiesha's idol, dan biar dia terus jadi lelaki yang saya kagumi. Kalau saya ada simpanan beribu-ribu di dalam bank, mungkin saya sudah keluarkan kesemuanya tanpa berfikir panjang untuk ini. But Mett bilang, tidak mengapalah. InsyaAllah akan ada rezeki lain yang lebih baik lagi di kemudian hari.

Doing your degree right after SPM or diploma when you are still single and free, and doing your degree when you are married and working are two very different things. It demands more sacrifice. Why do I say more? Because when you are single, kalau stress anda stress seorang. Kalau penat, anda tidur. Kalau stay up, anda tidak kacau orang. Kalau perlu pergi ke kelas or study group or buat assignment, anda tidak affect hidup orang lain.

But when you are married and working, you would have to cope dengan kepenatan bekerja. You have to take care of the family. Anda kena jaga kebajikan anak isteri. Anda kena pandai bahagikan masa untuk keluarga dan keluarga mertua. Terlalu banyak perkara lain yang anda kena fikirkan besides yourself and your studies. Sebab itu ibu bapa selalu pesan, belajar rajin-rajin sampai habis. Then kerja. Then kahwin. That should be the flow. Jangan mengada-ngada hendak kahwin sewaktu belajar.

Alah orang lain tu sampai umur 50 pun boleh je buat degree lagi? Siap convo dengan anak-anak lagi! Relax je!

Alahai pandainya kau menjawab, budak. Memang boleh. Siapa bilang tidak boleh. Mett boleh, kan? Tetapi macam saya katakan. Banyak sangat pengorbanannya. Cubalah tanya mereka apa yang telah dikorbankan. Money, time and energy. Pening kepala memikirkan itu ini yang tidak berkesudahan. Sedangkan hidup yang paling simple like you as a full-time student, ibu bapa suruh belajar sahaja. Duit poket diberi. Handphone diberi. Hendak balik rumah diambil, hendak balik hostel dihantar, pun kau masih terkial tidak boleh cope, kan? Apatah lagi being married. Kerja, belajar, kahwin dan ada anak pada masa yang sama. Kalau tidak haru, memang anda terror!

Being Mett's wife who is with him all along, no words can describe his sacrifice. Kerja pagi sampai petang Monday to Friday, kadang-kadang sampai malam and on alternate Saturdays too. Then weekends pergi class daripada pagi sampai petang juga. Rasanya phrase yang paling tepat untuk describe waktu itu adalah - Tidak Ada Masa Langsung.

Saya time itu memang selalu sangatlah terkontang kanting ditinggalkan di rumah Maman. Sewaktu belum beranak, rajin juga saya ikut Maman and Daddy pergi jalan, sometimes dengan adik-adik juga. Rasa macam kembali ke zaman anak dara! Cuma perut sahaja sudah boroi sebab sedang mengandungkan Myiesha. Hehe. But it was kind of fun, kami pergi berjalan ke Ikea, Ikano, KLCC, MidValley Megamall. Sampai ke Cherating pun pernah! Haha! Ke mana-manalah. Apa mereka makan, saya makan. Mana mereka pergi, saya tagged along. Then petang balik rumah, Mett pun baru balik kelas. Makan, berbual sekejap, sudah malam dan tidur.

Kalau ada BFFs hendak bertemu, we will take that very short time gigihkan diri keluar melepak dengan mereka to catch up with things. Sesungguhnya masa curi-curi itu sahaja yang ada sepanjang 4 tahun pengajiannya.

Then we have Myiesha. But the time he spent with Myiesha pun tidak banyak walau dia tersangat sayangkan his newborn baby itu. Mett masih perlu bekerja on weekdays, attend classes on weekends. Kalau tidak ada class pun, dia akan sibuk dengan study group, atau lepak di library buat assignments or discussion dengan kawan-kawan. Then menjelang exam, dia akan sibuk study pada malam hari. Kadang-kadang tidur, kadang-kadang tidak.

Kalau anda sendiri yang full-time student pun rasa macam kelam kabut gila study the night before exam sampai tidak tidur langsung, padahal you have all the time to study throughout the year, apatah lagi orang yang bekerja, yang sememangnya tidak ada masa untuk study apatah lagi untuk leisure!

As a wife yang pelajaran tidak setinggi mana, apalah sangat yang dapat dibantu dalam studies dan revision, except giving him lots of room. Lots of space. Lots of time. Lots of understanding, love and support. Itu sahaja yang termampu, kot. Oh, and sometimes I helped him out with his assignments with my rusted English. As a wife, we always want to help out as much as we can, kan. But during the quiet weekends when he was not around and my family were not around too, I can feel the loneliness creeping in. Sometimes rasa sunyi. Sayu. Sedih. Rasa diri tidak sama macam orang lain boleh pergi berjalan during weekends after a tired week working. But this is the sacrifice we both have to pay.

I believe in sacrifices. Especially the sincere ones. Saya percaya kalau kita kuat, kalau kita ikhlas, kalau kita redha, Allah akan balas dengan lebih baik lagi di masa hadapan. So sebanyak mana boleh bertahan, bertahanlah. Then akan tiba waktu yang senang itu nanti di kemudian hari. InsyaAllah. Who knows after Mett sudah berjaya, sudah kerja gaji besar dan anak-anak sudah besar sedikit nanti it is my turn to further my studies pula. Kan? :)

After all the hardship these 4 years, I see this convocation ceremony as something very-very important to the both of us. Hari ini adalah bukti kejayaan kami menempuhi segala-galanya. Not only for Mett yang sudah berjaya tamatkan pengajian, bertungkus lumus juggled between work, studies and family, but also for me and Myiesha for being with him through thick and thin, rain and shine, all the way until the end. It was not easy, tetapi orang bilang apa yang mulanya pahit pasti akhirnya akan manis. Yes, this is the sweetness we taste now, and I am so proud of him for being so strong all these times.

Mett has nothing more to prove.

So on this convocation day, again I would like to congratulate my husband for getting his scroll today. Congratulations, Sayang! I am so proud of you. And I love you so much, for everything that you have done for yourself and the family. Mak, Ayah, Anwar, Nazrin and Ira must be very proud of you.

Thank you for being strong. Thank you for working and studying hard. Thank you for the strong will of wanting to help the family. Semoga kejayaan yang kecil ini membawa lebih banyak kejayaan yang besar lagi di masa akan datang. Maman, Daddy, Zariel, Deehann and BN must also be so very proud of you. You had nothing when we got married, but Daddy believes that you have this strong will, and he is right.

Semoga nanti kamu mendapat kerja yang lebih baik. Semoga hidup kita bertambah baik. Semoga 1 hari nanti Allah murahkan rezeki untuk kamu sambung belajar lagi. I know I have many flaws, but I will try to always be here for you and with you until the end of time. Orang bilang kalau hendak tengok sikap sebenar seorang perempuan, tengok sewaktu susah. Dan kalau hendak tahu sikap sebenar seorang lelaki, tengok waktu dia senang nanti. Semoga kita akan terus bersama, terus kuat walau pada waktu senang dan susah.

I am so proud to have you as my husband, and I am sure Myiesha is also so very proud to have you as her father. Thank you for everything, Sayang. There is no perfect husband, but to me, you are a perfect one.

You deserve this. I love you so much.




Tuesday, September 27, 2011

All About Migraine and My Weekend

Selama ini saya selalu dengar orang ada migraine. Tetapi saya tidak pernah kena. Alhamdulillah. Saya cuma ada asthma sewaktu kecil-kecil dahulu, and those usual cough, flu and fever every now and then.

Tetapi sejak petang Jumaat yang lepas, saya telah diserang migraine. I was at work, working. Mula-mula terasa lenguh di bahagian bahu dan leher. Did a bit of stretching as usual, sebab seharian kerja duduk di hadapan PC so lenguhlah kot. But then ia mula menangkap kepala. The weird part is, ia hanya menangkap sebelah kanan kepala. From the head, right to the jaws. Saya macam pelik, ingat ada hendak tumbuh gigi geraham ke apa. Then macam sakit di bahagian mata juga, ingatkan lense bermasalah. So abaikan sahaja, saya balik rumah macam biasa. Masak. Makan. Tidur.

Time tidur adalah yang paling seksa. Berguling-guling, you! Serious rasa sakit macam hendak mampus. Maybe di siang hari we are occupied with lotsa things to do so we tend to ignore that pain. Tetapi pada malam hari apabila kita hendak tidur, waktu itulah yang paling terasa. Sakit sangat. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya berlari ke dapur, cari Paracetamol. Telan dua biji dan baring beristighfar sampai terlelap.

The next day was Saturday. Masih sakit. Dalam rasa sakit itu sekejap-sekejap akan terasa seperti mahu demam. Tetapi tidak demam pun. Cuma badan on off panas sejuk. Namun gagahkan diri juga bangun pagi bawa Myiesha pergi Papparich di 3rd Mile, Old Klang Road sebab Tok dan Ani dia sudah rindu sangat dengan budak kecil itu. Saya order nasi goreng telur mata tetapi makan pun tidak berselera mana.



Myiesha yang lebih berselera makan nasi goreng Mummy!



Tok's little sweetheart.
Seiring dan sejalan. Seindah bunga di taman..~



Selepas pergi breakfast, singgah di Taman Tasik Titiwangsa pula, ada DBKL Open House. Daddy hendak pergi tengok-tengok how was his orchestra doing. Wahh pagi-pagi orang ramai sudah beratur ambil nasi ayam, sate dan pelbagai lagi makanan. Since we already had breakfast, kami duduk di hadapan stage tengok dance performance. Bukan main khusyuk lagi Myiesha tengok dance. Maman bilang, nanti balik rumah Myiesha akan ambil kain pelekat Abi dia buat dance juga. Hehehe.



Tarian kebudayaan.



Khusyuk tengok dance!



It was hot at Taman Tasik Titiwangsa that morning so after that we decided to go to KLCC to have ice cream at Haagen Dazs. Myiesha was all happy. Yelah bangun pagi terus keluar breakfast, pergi tengok performance then makan ice cream pula. :P



Sungguh-sungguh makan ice cream!



Buat muka comel pula!



Selesai makan ice cream, Mett fetched us at KLCC sebab kami hendak ke Tesco untuk beli barang dapur. Then petang itu hendak ke open house rumah Jo di Serdang pula. Dalam rasa sakit kepala itu tetap juga ke Tesco, ke hulu ke hilir girang membeli barang dapur. I always believe that no matter whatever pain I am experiencing, if I continue to ignore it, it will eventually go away. Begitulah yang saya buat setiap kali saya kena asthma attack. Begitulah yang saya buat setiap kali saya kena food poisoning. Begitulah yang saya buat setiap kali saya demam. Asal ada peluang untuk keluar, I will go out. I will do all the things I need to do sampai apabila balik rumah tiba-tiba rasa sihat lain macam.

Maman selalu bilang, memang dasar keturunan nenek. Kuat berjalan! Asal dapat berjalan, sakit pun boleh jadi sihat. Haha.

So selesai sahaja beli barang di Tesco, kami hantar barang balik rumah. Mandi. Dan terus ke rumah Jo di Serdang. Makan nasi lemak paru dan laksa yang yummy! Selesai makan, BFFs ajak tengok movie di the Mines. But ended, tengok DVD KL Gangster sahaja di rumahnya dengan Samsung 40 inches LED TV nya dan speaker sub-woofer sudah cukup untuk memberikan suasana yang sama seperti di panggung. Plus, our kids can wander all around the place or just lie down and have milk comfortably!

We left at 11pm.

Malam itu time hendak tidur, berguling lagi. Time di rumah Jo pun sudah rasa hendak demam sangat, bilang BFFs semua kalau betul esoknya saya demam memang saya suruh Mett sahaja yang masak. Semua gelak. So malam itu menggagau lagi cari Paracetamol untuk membantu saya tidur. I really had a bad time trying to act normal when I have this migraine yang berdenyut-denyut di bahagian kanan kepala all the time, non-stop.

Sakit gila. Sakit sangat-sangat.

On Sunday, Mett and I were the busiest people in the world. It was our Private BFFs Open House day. Gilalah, sepanjang hayat tidak pernah buat open house begini, tiba-tiba kena buat pula. The best thing, they want me to cook! Ayayayayaiii. Sudahlah saya tidak pandai masak, masak pun rasa entah apa-apa, tidak pernah ada orang yang pernah rasa masakan saya, tiba-tiba kena masak for 20 people or so! Danggg. Dalam hati tekad sahajalah. Kalau sedap, Alhamdulillah. Kalau tidak, nasiblah. Bukannya selama ini saya selalu cakap saya pandai masak ke apa. I am all open and honest, I really do not know how to cook! So terima sahajalah ye, kawan-kawan!

Bangun pagi kemas rumah, cuci toilet segala. Then masak. There were 2 main dishes, Nasi Goreng Cina and Macaroni Goreng Pedas. Others, there were Egg Sandwiches, oranges for pencuci mulut, chocolate ice cream with slices of bananas (although the ice cream was quite soft, thanks to the extremely crowded freezer!) also for dessert, Daddy sponsored Putu Bambu World, and Ribena for the drink. Kelas kau, Jah!

Millions of thanks too, to my siblings: Zariel, for fixing the toilet. Deehann for being in charge of the kitchen. Nurul, for the delicious sandwiches. Semua orang puji sedap, ok! :D BN for taking care of Myiesha throughout the time we were busy. And Mett for getting those last minute stuffs and entertaining all our guests.

First time buat open house, haruslah haru sedikit, although only BFFs were invited. It is definitely an eye opener and a good rehearsal for us.



The one and only non-BFF invited.
Anis (right) and her housemate Nad (left)!

Thanks so much for coming!

Kalau hendak tahu, Anis adalah pemenang contest
INI.
Setelah sekian lama, baru hari ini dapat berjumpa. :)





My adorable little girl.
For your information, this gorgeous kurung is a present from Anis!
Cantik, kan? :D









The food!
Nampak sedap. Sudah makan baru tahu sedap atau tidak.
Ahahahahaha..~



Tengok-tengok Myiesha sudah tertidur.
Penat sangat tolong Mummy masak, ye Sayang?



Bergambar dengan budak kecil yang ketiduran sebelum pulang.



With Azreen, Naqi, Faiz and Fyza. :D



Anak Raja singgah di teratak buruk hamba!
Presenting, Putera Qayzer Anaqi.
The son of my BFF sejak high school, Raja Suefina and Quzal. :)
He is only 2 1/2 months old, tetapi semangat betul!



AJK majlis. My siblings and Nurul Cheong.
Thanks so very much for assisting!
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. :)


Sesi bergambar lewat malam sudah bermula.
We start with the guys, ya!



The sweetest couple in the world, Lili and Hafiz.
Apabila pinjam Myiesha sebagai anak lagi nampak comel.



Faiz and Fyza.



Adrian yang cheeky!
Sangat suka crawl pergi kacau Kakak Myiesha dia.
Then Kakak Myiesha menjerit-jerit halau dia. Haha. Tidak baik ok!



Us girls bersama anak-anak kami!



The among the last photo together before the event ended.



Contest muka siapa paling buruk? Lol!



Kena pegang kepala Myiesha sebab dia asyik bergerak-gerak.



The BFFs left around 8pm dan Mett terus bawa saya ke clinic berdekatan dengan rumah. I was consulted by a very nice guy doctor. Selepas beberapa soal jawab dan checks, doctor bilang saya mungkin ada migraine. Tiba-tiba saya rasa seperti dunia runtuh di atas kepala saya. Jangan over-acting ok, Hannah. It is only migraine, not tumor or cancer. Haha. But really, saya rasa seperti dunia runtuh sebab kawan-kawan saya yang menghidap migraine, saya tengok macam mereka akan selalu kena, every now and then. Then apabila kena, tidak boleh kerja, tidak boleh bangun dari katil, tidak boleh buat apa pun. What will happen if I have this disease? Then goodbye lah Attendance Allowance every month! Orang akan start lihat saya sebagai orang yang weak. Sikit-sikit migraine. Sikit-sikit migraine. Tidak ada alasan lainkah? Lama-lama orang pun menyampah.

This is my first perspective sebelum saya google dan cari lebih information tentang migraine.

Balik rumah, saya telan Paracetamol lagi sebelum tidur. Since I am pregnant, Paracetamol 500mg is the only safe medicine for me to take.

Besoknya saya bangun tidur, bersiap apa yang patut dan pergi ke office. I thought I was ok but halfway on the way to work, I was already crying in the bus. Menangis sungguh-sungguh sampai orang pun terpandang-pandang. I really cannot stand the pain. It is too painful. Sampai di office, saya buat kerja macam biasa. I took a couple of calls, and again I went to the ladies to cry my heart out. Saya betul-betul tidak tahan. Saya menangis sungguh-sungguh macam perempuan mati laki. Macam mengongoi pun ada. 15 minutes in the ladies, I felt better getting to pour my heart out. I went back into the office, took a couple of calls more, and again I had to go to the ladies. Saya menangis lagi sampai mata bengkak. I then told myself, I really cannot take this anymore. Saya kembali ke tempat duduk, saya hantar message via MSN Messenger to Edward saying I must take half day. Then saya call Mett minta ambil saya balik.

I was still crying profusely at that time.

Untuk tunggu sampai jam 1pm adalah waktu yang sangat menyeksakan. Like it or not, I still had to take calls, walau saya ada juga cuba mengelat. Kena juga maki sedas dua, yang betul-betul tidak membantu keadaan saya pada waktu itu. As soon as the clock shows 1pm, saya terus meninggalkan office.

Mett took me back to the same clinic I went the day before. This time an elderly Chinese doctor was on shift. Dia tanya apa hal dan selak-selak-selak history saya beberapa bulan kebelakangan ini. There were several MCs taken last month due to morning sickness. So dia check saya ala kadar dan bilang there is nothing much that he can do to my 'sakit kepala'. Guess he think this is another sakit yang dibuat-buat untuk dapat MC agaknya. I told him this is my first time sakit macam ini, and it is damn painful. Mett ada minta referral letter, bilang if anything worse happens then we can just go to the hospital. But the doctor refused. He was a bit sacarstic and I thought, ok that is it. Sudahlah.

He gave the exact same medicine and we went to Hospital Ampang. The personnel at Hospital Ampang said that they need a referral letter from a Klinik Kesihatan first before they can refer me to a specialist. So we went to Klinik Kesihatan Cheras Baru.

At Klinik Kesihatan Cheras Baru, I was examined by several nurses and a lady doctor. And guess what, they are all extremely nice! Daripada start masuk register, sampailah ke ambil blood pressure, then consultation with doctor. Semuanya ok. The doctor was really nice, she asked lotsa questions. When did this start? How does it feel? Sakit di bahagian mana? Then she suggested that I have my eye examined, takut sakit itu datang daripada mata. Then she wanted me to have a blood test, takut ada apa-apa because I am expecting. Ended, still the same result. I am having migraine and there is nothing much she can do because I am expecting, so I was given another pack of Paracetamol 500mg.

The whole check up process took almost an hour but I am really satisfied because she checked me thoroughly. Not like the other doctor at the private clinic earlier, sudahlah check ala kadar, then cakap macam perli-perli pula. The service is what most important. Walau ubatnya hanya itu sahaja, tetapi kalau check patients dengan baik dan detail macam itu, sesiapa pun akan berpuas hati. When we are sick, we are afraid actually. Yelah macam saya yang tidak pernah kena migraine ini, apabila terkena sakit yang teramat sangat macam ini, saya sudah start fikir bukan-bukan. Macam mana kalau ada tumor? Macam mana kalau ada cancer? Macam mana if it is fatal? Kalau saya tidak ada, macam mana dengan Myiesha? Who will attend to her at night apabila dia menangis dan mengigau dan menyebut 'Mummy Mummy Mummy!' bertalu-talu?

Fikir tentang ini pun sudah boleh buat saya menangis. Belum lagi menangis pasal sakit yang teramat sangat itu.

Sebagai pesakit, we just want assurance that everything is ok.

Petang itu selepas check up kami terus pergi ambil Myiesha, budak comel tetapi nakal itu. Sampai sahaja di rumah, Mett minta saya terus tidur. I slept until Maghrib. Bangun sekejap dinner roti Gardenia cicah Campbell Mushroom Soup, makan ubat and dozed off again around 10pm. Mett was so kind to cook dinner for himself, and layan Myiesha sampai both of them tidur. Inilah kali pertama dalam perkahwinan ini yang saya betul-betul lepas tangan di atas semua tanggung jawab saya. Saya betul-betul flat.

I woke up at 2am this morning seeing Myiesha sleeping with Mett on the bed, and I was sleeping on Myiesha's mattress in front of the TV. Sudah terbalik pula. Heheh. So I carried Myiesha back to her mattress and take my place back on the bed. Cuddled with Mett until morning.

As expected, sakit itu masih belum berkurangan walau sedikitpun pagi ini so I decided to take full advantage of the MC given to me yesterday. Goodbye Attendance Allowance! Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, setiap hari pun harus membuat satu keputusan untuk meneruskan kehidupan, but I think this is the best. Walau hanya tinggal 3 hari sahaja untuk cukupkan attendance bulan ini, I really cannot go to work today. Silap-silap nanti menangis macam orang meroyan macam semalam lagi.

Walau Mett bilang jangan surf internet, jangan main Twitter, jangan update blog, just rehat sahaja, I really must update this blog untuk melupakan rasa sakit itu. Sometimes apabila kita tidak berbuat apa-apa akan lebih rasa sakit, kan? So here I am typing this, walau sesekali air mata masih merembes ke pipi. Ya Allah, sakitnya migraine. In 27 years, this is the first time I am experiencing this. If possible, I never want to experience this kind of excruciating pain ever again in my life.

Sewaktu beranakkan Myiesha dahulu, saya bertahan berlawan dengan contraction selama 7 jam tanpa epidural dan selamat melahirkan secara normal, tetapi kali ini saya perlukan Paracetamol pula untuk terus hidup. Hidup ini ada kalanya sangat pelik, kan?

Wednesday, July 13, 2011

.27.


Kelmarin saya menginjak ke usia 27.

Had a very simple dinner with my 2Ms on my birthday. Met them up at MidValley Megamall. Mett sudah siap belikan sekuntum mawar merah, sebuah puisi. Eh bukan, puisi tidak ada. Haha. But he got me a red rose ok. Kena berikan tepukan gemuruh kepada suami tidak romantic saya itu. I do not remember when was the last time he got me one. :P

Mett then asked me to choose where to have dinner. I chose The Chicken Rice Shop.

Kenapa saya hanya memilih The Chicken Rice Shop for my birthday dinner? Nanti saya cerita.

Kami bertiga makan bersama-sama. Tried out the new Ayam Serai Wangi. Sedap gila wehh! Myiesha makan bukan main banyak. Selepas makan, mulalah dia test power berdiri di atas high chair. Apabila sudah dapat berdiri tegak, dia senyum-senyum proud of herself. Aihh luluh hati Mummy, Sayang! Luluh sebab turut berbangga dengan kebolehan kamu. Luluh juga takut kamu jatuh terlungkup.

Dia bangun, duduk. Bangun, duduk. Bangun, duduk di atas high chair. Tiba-tiba dia merengek. Saya pandang, buat muka Kenapa? Myiesha merengek lebih kuat. Check-check tengok lutut dia tersangkut pada besi high chair. Hendak duduk tidak boleh, hendak bangun pun tidak boleh. Panic juga saya, but a mother can never express that, kan. So dengan kuasa superhero, saya tolakkan lutut Myiesha yang tersangkut itu & angkat dia. Dia meraung kuat gila.

Kena berhenti makan sekejap pujuk dia apabila air mata menjejes-jejes. Lutut sudah merah gila.

Cerita seterusnya, tidak perlu ceritalah. Saya makan dengan sebelah tangan. Lagi sebelah memegang Myiesha yang tidak pernah serik bermain-main sana-sini. Namun ia tidak sedikitpun affect selera makan saya. Makan sampai habis licin, selepas itu pulang.

Burrrp. Alhamdulillah. Terima kasih, suami. Malam itu sangat indah. Saya sayang kamu.



Ayam Serai Wangi yang sedap gila
di The Chicken Rice Shop.


Ok, berbalik kepada cerita mengapa saya memilih The Chicken Rice Shop apabila adanya banyak kedai makan mewah yang boleh dipilih sempena hari lahir setahun sekali, ini sebabnya.

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja
atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu,
maka Allah tidak akan menerima amalan wajib & sunatnya.

Source HERE.

Sebab itu, mulai sekarang, saya tidak mahu minta apa-apa yang keterlaluan. Bersederhana dalam segala perkara adalah lebih indah. Pulang dari makan dengan perut kenyang sudah memadai. Kejam sungguh jika minta yang bukan-bukan, selepas itu balik rumah tidur terbongkang, sedangkan suami pening kepala tengok wallet menipis. T_T Tidak sanggup.

Hidup bersederhana adalah perkara terbesar yang saya pelajari sepanjang hidup bersama Mett selama 2 tahun lebih ini. Sebelum ini ada juga memberontak. Menangis-nangis. Merajuk-rajuk hendakkan itu ini. Tetapi kini, saya lebih redha. Lebih tenang. Tidak ada maknanya sesebuah perkahwinan itu tanpa pahala melimpah ruah yang dijanjikan oleh Allah kepada isteri-isteri yang taat.

Sempena melangkah ke usia 27 ini, I hope to be a better person. I want to be a good daughter to Maman & Daddy. I want to be a good Kabix to my siblings. I want to be a good wife to Mett. I want to be a good mother to Myiesha. I want to be a good employee to my company. I want to be a good friend to my BFFs.

Banyaknya. Hahaha.

But most importantly, I want my life to be more meaningful. & happier. Rasanya 2 tahun lebih menjadi seorang isteri & ibu ini adalah sangat-sangatlah mencabar. So I want to quickly learn & improve myself this year. Saya tidak sabar untuk tunggu hidup menjadi stable, sebab saya rasakan buat masa sekarang saya masih dalam mode menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas berkahwin. Lama, kan? Ya, saya masih sedang menyesuaikan diri & masih belajar cara Mett as each passing day.

Saya harap hidup kami sekeluarga akan bertambah baik setiap hari, & sentiasa berada di bawah rahmat & lindungan Allah SWT. Semoga kami sentiasa bahagia & dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat Myiesha. Semoga segala kesulitan akan dipermudahkan.

Saya harap dengan memilih The Chicken Rice Shop sebagai venue untuk birthday dinner instead of having candle light dinner at those posh restaurants akan membuatkan hidup saya lebih berkat sempena melangkah ke usia 27 ini. Saya tidak mahukan apa-apa kecuali untuk menjadi seorang yang gembira di samping insan-insan yang saya sayangi.




Thank you, Sayang. It was just perfect.

I love you.