You'll get lotsa SAHM stories in here, so bear with me!

Facebook | Instagram

Thursday, May 03, 2018

Be Careful What You Wish For

Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like, Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi shopping pun boleh. Nak makan apa pun boleh.


Then my mom said, Jadi kaya memang best. Nak apa semua dapat. Tapi orang kaya ramai yang sunyi tau.


Sunyi macam mana?


Sunyi lah. Duit memang banyak. Tapi sunyi. Husband selalu busy. Pagi keluar, malam balik. Asyik busy dengan kerja.


Then saya membidas. Ala takpelah. Biarlah dia busy. Kita huha lah!


Fast forward to many years later, here I am. Dari busy-busy keluar pagi balik malam bertungkus lumus cari duit, sekarang duduk rumah goyang kaki jadi suri rumah. Mett jadi sole breadwinner of the family. Namun bila dah dia seorang jadi breadwinner, kerjanya menjadi sangat berat. Buat 2, 3, malah 4 kerja untuk menampung kehidupan sekeluarga dengan keadaan ekonomi sekarang. Kalau dulu masa dia kerja pun sempat lagi ber-WhatsApp tanya khabar, bila tengah hari dia tanya makan apa. Nowadays, hantar WhatsApp pun petang baru dia reply. Kadang-kadang tak reply. Bila balik, busy pula di handphone dan busy kat laptop nak kena email sana sini. Settle kerja dalam pukul 12am atau 1 pagi, terus zzzz tak ingat apa dah. And tomorrow morning, hidup berputar lagi seperti kebiasaannya.


Rutin baru ini yang tersangat sibuk sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sunyi. Sunyi sebab bila dah jadi SAHM ni, kawan kita cuma social media, my mom and my husband. Bila kurang satu, rasa kosong sangat. Lebih-lebih lagi suami ni macam segala-galanya buat kita. Yelah di social media kita setakat like posts kawan-kawan dan tengok perkembangan dorang. My mom pula, bukannya tiap hari saya visit atau call atau WhatsApp, ada masa-masanya dan ada topik-topiknya juga. So selalunya kita housewives ni setia lah menunggu suami balik kerja nak duduk bercerita dengan dia. Dan bila dapat suami tersangat busy begini, rasa sunyi gila lah gitteww.


Lantas teringatlah conversation with my mom beberapa tahun yang lalu itu.  Jadi kaya memang best. Nak apa semua dapat. Tapi orang kaya ramai yang sunyi tau. Kami ni jauhhhh sangat lagi ke tahap 'kaya' itu, mungkin on the way. Tapi baru on the way pun dah rasa sunyi begini. Huhuhuhuhu!


Benarlah kata orang, semua benda perlukan pengorbanan. Ada orang kaya dengan harta, tetapi miskin dengan masa. Ada orang kaya dengan masa, tetapi miskin dengan tenaga. Ada orang pula kaya dengan tenaga, tetapi miskin dengan harta. Pendek kata, we can't have it all. Kena pilih apa yang kita nak. Kena pilih apa yang penting buat kita. Dan kena pilih apa yang terbaik.




I miss you, Sayang!



Sometimes I miss the good old days. Tetapi hidup tidak boleh selamanya ditakuk lama. Mesti ada perubahan. Mesti ada perkembangan. Mesti ada kemajuan. Anak-anak membesar, hidup semakin mencabar. Apa yang Mett sebagai seorang suami dan bapa lakukan adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup kami. And as for me, to kill this loneliness perhaps saya perlu lebih gigih tumpukan pada keperluan dan pendidikan anak-anak. Buat kerja mak-mak lah hoii. Clingy sangat pada suami apehal? Kahkah. Rindu hoi. Rindu! Tetapi tidak mengapalah. Moga cabaran ini datang sebentar cuma, dan nanti akan datang waktu senang bila kita dapat luangkan masa bersama sepuas-puasnya.


Maybe go on a holiday trip? Kau suka holidays, kan HJ? Dah jangan buat muka cencorot tu. Pergi lipat kain cepat!

6 comments:

  1. Eh dah boleh baca. Yeay! I yang kerja ni pun lonely juga H.J. Husband jauh. Untuk I sacraficekan kerja I adalah almost impossible. Bukanlah sebab I nak sangat kaya tapi for the sake of my kids. Gaji husband tak memungkinkan I untuk jadi housewife (mungkin boleh kalau tak pernah ada hutang dan kerjaya sebelum berjumpa).

    Betullah. We gain some, we lose some. Huhuhu

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!