Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Thursday, November 24, 2016

Dua Tahun di Tadika Islam MAIWP

Sewaktu survey tadika untuk Myiesha in year 2013, minda saya hanya dipenuhi dengan tadika-tadika popular seperti Brainy Bunch, Genius Aulad dan Little Caliphs, just to name a few. After all, advertisementnya pun memang banyak di sana sini menjelang hujung tahun seperti ini. Open Day sangat selalu diadakan. Dan peti surat sentiasa dipenuhi flyers daripada tadika-tadika sebegini. Justeru, normal sangatlah kalau minda pun dipenuhi nama-nama gah begini apabila asyik disogokkan.


Oleh itu, pada weekends atau weekdays yang saya dan Mett free, kami akan survey dari satu tadika ke tadika yang lain yang berdekatan dengan rumah in-laws (sebab waktu itu saya masih bekerja dan MIL menjaga anak-anak saya sepanjang waktu bekerja). Kami start dengan tadika-tadika yang popular seperti ini dan sambung ke tadika-tadika lain seperti PASTI dan Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Saja nak banyakkan options. Bukankah orang bilang jauh perjalanan, luas pemandangan? Maka berjalan-jalanlah kami.


Setelah mengumpul seberapa banyak brochures dan flyers yang dapat, kami pun tambah tolak untuk mengira expenses. Rasanya semua orang tahu betapa beribu-ribu ringgit akan terbang untuk registration sahaja for private kindies. Manakala a few hundreds lagi bakal terbang untuk bayaran bulanan. Itu belum masuk lagi dengan excursion dan year end concert dan miscellaneous charges lagi di antaranya.


Kalau hendak dikira, saya memang hendak masukkan Myiesha ke Brainy Bunch, Genius Aulad atau Little Caliphs. Suka sangat dengan base English-Islamicnya. Cikgu-cikgunya pun tampak baik. Uniform pun cantik! Auww perempuan sangat kan, baju pun is taken into consideration. Haha. Nevertheless, apabila hendak buat keputusan di saat akhir, saya telah memilih Tadika Islam MAIWP. First of all, lokasinya. Selain terletak berdekatan rumah in-laws, saya juga jatuh cinta dengan persekitarannya. Ia terletak di dalam kawasan masjid, in which I think it is good for her upbringing, biar dia selesa dan suka dengan environment yang sangat Islamic. Tadika ini juga terletak di atas tanah, bukan di shoplots. Ada playground dan small field untuk dia bermain dan berlari-lari. I think it is good tidaklah terperap dalam kawasan tertutup sahaja whole day.


Secondly, it is because of the fees. Register cuma a few hundreds sahaja termasuk buku-buku, baju sukan dan baju sekolah (saya ambil 3 pasang!). Monthly cuma RM 20 sahaja. And that's it. Dan Alhamdulillah, sepanjang Myiesha bersekolah di sini selama 2 tahun, saya tidak pernah rasa dia kekurangan apa-apapun berbanding murid-murid yang bersekolah di private kindies, except part English sahaja. Tadika ini memang bahasa pengantarnya 100% Bahasa Melayu. Tetapi others semua okay. Bukan okay sahaja, tiptop kot! The teachers are extremely nice and helpful. Mereka bukan sahaja baik, peramah dan rajin menjawab soalan-soalan parents yang bermacam-macam ini (I am one of the parents yang suka WhatsApp cikgu tanya macam-macam haha!), tetapi juga sangat pandai dalam ilmu agama, mengaji, dan tampak keikhlasan mereka dalam mendidik murid-murid. Serious mereka ini sangat ikhlas dan sangat baik I always feel I owe the world to them. Dahulu sudahlah saya ini bekerja, langsung tidak ada time untuk Myiesha, but looking at her progress dalam menghafal bacaan di dalam solat dan surah-surah lazim besides the basic 3M (membaca, menulis, mengira) rasa macam ya Allah tidak tergambar perasaannya. 


MENU




So monthly fee RM 20 itu untuk apa ye? Oh itu sebenarnya yuran makan murid-murid. School starts at 8.00 am every morning. Sesiapa yang sampai sekolah awal before 7.45 am dapat breakfast dulu di canteen. Breakfast selalunya biskut dengan chocolate milk. Dan ada raisins too! Ha ni gambar Myiesha makan biskut cicah chocolate milk. Dalam plate tu raisins dah makan tinggal seketul dua haha. Then during recess mereka akan makan berat sikit. There is a wide variety of food Mummy tidak pernah hafal menu dia, so tiap hari Myiesha balik sekolah mesti tanya makan apa. Yang Mummy tahu ada nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam, bubur nasi, mee sup, kuey teow dan meehoon. And the best thing, boleh tambah! Myiesha cerita kadang-kadang sedap sangat dia pergi tambah dua kali. Terkejut lah juga, boleh ke. Seriously? Balik sekolah selalunya sudah kenyang tidak mahu makan lagi, nanti petang sekali makan so senang kerja Mummy.


CLASSROOM 




Yang ini pula classroom dia. Her first year masuk tadika saya tidak dapat hantarkan sebab saya bekerja, so the second year saya menyibuk berjalan ke sekitar sekolah ambil gambar. Colourful sangat, kan? Disebabkan tadika Islam so banyaklah perkataan Jawi dan Arab yang tertampal di sini yang tidak saya mengerti. The classes are neat, well-lit and spacious. Sangat comel meja-meja rendahnya dan kerusi kaler-kaler di kelilingnya. English, Bahasa Melayu, numbers, Jawi dan Arab semuanya seimbang di setiap sudut kelas. A class consists of 20-25 students. Sangat comfortable dan cikgu dapat concentrate pada semua murid.


BOOKS & HOMEWORK




Here are the books. Sebelum para guru menyerahkan buku-buku ini untuk dibalut, nama sudah siap-siap dilekatkan di bahagian atas. Notice the orange thingy on the top left hand side of the book? Ha itulah nama dan kelasnya. Maaflah tidak nampak di sini almaklum sahajalah camera handphone mak bukan iPhone 7 Plus youuu. Setiap awal tahun setelah dilekatkan dengan nama ini, murid akan bawa balik semua buku untuk dibalut dan kemudiannya pulangkan kepada sekolah. Buku-buku ini akan digunakan dan disimpan di sekolah sepanjang tahun kecuali ada homework baru murid akan bawa balik untuk buat homework di rumah. Dengan cara ini beg sekolah tidak berat dan buku-buku juga akan berkeadaan baik dengan lebih lama. Tahu sahajalah kalau asyik bawa pergi bawa balik nanti cepat pula lunyainya. 


Setiap subject selalunya akan ada 2 buah buku. Book 1 dan Book 2 untuk dihabiskan sepanjang tahun. Nanti end of the year apabila semuanya sudah siap murid-murid boleh bawa pulang semuanya for good. Untuk disimpan sebagai bahan ulangkaji atau sebagai kenang-kenangan pun boleh.



Buat homework dengan adik lebih meriah dan bersemangat rasanya!



Tertidur masa tengah buat homework itu biasa.
Takpe nanti bangun lebih fresh boleh sambung lagi.


OUTDOOR ACTIVITIES




This is the outdoor playground. Ada swing dan slide dan field yang boleh tahan besarnya. Every Friday murid-murid pergi sekolah dengan berpakaian sukan lantas apa lagi, berlari di taman lah! This is Myiesha's favourite. Asal Friday sahaja mesti dia happy lain macam. Happy sebab dapat bermain di taman ke sebab weekend dah nak tiba? HAHA. This is one important criteria in choosing a kindy for Myiesha sebab saya dahulunya tadika di Methodist Kindergarten di PJ. Yes, the one tepi Federal Highway itu! Padangnya besar dan best sangat. Every day selepas makan mesti lari dengan kawan-kawan di padang. Such sweet memories. Harapnya apabila dewasa nanti Myiesha juga akan ingat taman dan padang ini sebagai salah satu memory terindahnya.


Selain bermain di playground every Friday morning, mereka juga ada yearly excursion. On the first year Myiesha telah ke Taman Burung dan Kilang Biskut. This year pula mereka telah ke Kidzania. Whoa Kidzania wa cakap lu! Not bad at all kan? Breakfast and lunch is provided as well during the excursions. Tak perlu bayar apa-apa pun. Bawa botol air je.


SPORTS DAY






Di atas adalah baju sukan sekolah dan Hari Sukan. Baju sukan sekolah bertukar setiap tahun. Last year was blue, tahun ini green. Ada 4 colours semuanya - Blue, Green, Yellow and Red. Setiap Tadika Islam MAIWP akan ada colour masing-masing every year sebab nanti pada Hari Sukan mereka akan compete with each other. Selama 2 years Myiesha di sini, Hari Sukannya memang dibuat indoors di dewan DBKL atau dewan badminton berdekatan. Very comfortable and spacious with good air ventilation. Last year Myiesha menang gold, this year silver. Tidak kisahlah gold or silver, Mummy is proud of you all the same. Yang penting kamu happy, had fun dan belajar semangat setiakawan!


WAKIL SEKOLAH






Myiesha sangat aktif mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid yang saya sebenarnya confuse sangat dia bertanding di peringkat apa dan dapat nombor berapa, sebab terlalu banyak kali dapat surat yang dia kena ke sekolah itu dan ke sekolah ini untuk bertanding. HAHA. Ada yang saya dapat pergi tengok dan ada yang saya tidak dapat pergi sebab busy dengan freelance job atau bawa Mikhayla checkup. Akan tetapi, mana yang saya dapat pergi tengok memang saya yang paling excited bersorak agaknya. Seronok tengok kesungguhan mereka daripada berlatih sampailah ke hari pertandingan. And again, my utmost respect goes to the teachers for their continuous effort. Disebabkan sekolah tidak pernah ambil apa-apa yuran daripada parents, bajet mereka tersangatlah kecil. Tetapi mereka usahakan juga baju cantik baru untuk setiap pertandingan and my dad helped out with a minus-one for them in one of the semi-finals with a small token. Memang terharu sangat tengok usaha cikgu-cikgu ini. It really touches my heart.




One more thing yang best tentang tadika ini adalah they are always generous with food. Regardless hari pertandingan, hari sukan, hari terbuka, hari anugerah cemerlang atau hari apa sahaja, there is always breakfast and lunch provided. Nothing luxurious, just a small plastic bag with a bun or nasi lemak dan air kotak pada pagi hari. Tetapi mesti ada. Then tengah hari ada bungkusan nasi ayam atau nasi minyak atau nasi briyani. Semua murid-murid akan dapat. Lain pula kalau mereka ada jamuan kecil di sekolah, sekolah akan minta sumbangan ikhlas daripada parents berupa wang ringgit atau makanan. And it's really heartwarming pagi-pagi tengok parents akan datang hantar tupperware besar berisi nasi goreng atau meehoon goreng. Ada yang bawa kuih muih. Ada yang bawa berkarton-karton air kotak. Subhanallah! Small things like this really taught me that money isn't everything. Betul! Kadangkala apabila kita terlalu sibuk dengan kerjaya, terlalu sibuk dengan dunia, kita terlupa tentang keikhlasan. Tentang orang-orang yang tidak mampu pegang duit sebeban, tetapi sanggup bangun jam 4.30 pagi goreng nasi untuk jamuan. You know, things like that. 


REPORT CARD DAY AND CONVOCATION




Memandangkan hujung tahun telah tiba akhirnya, seperti biasa parents akan dijemput untuk datang ke sekolah untuk bertemu dengan guru-guru berbincang tentang perkembangan anak-anak. As for Myiesha, last year dapat comment daripada guru kelas dia yang dia ni tersangatlah talkative. Pantang cikgu pandang ke arah blackboard mesti dia akan start berbual dengan kawan sebelah. Dalam setahun beberapa kali juga guru kelas tukarkan tempat duduknya untuk membanteras sikapnya yang satu ini namun gagal. Haha menurun perangai Mummy sangat ni! Moral of the story, sila jangan bekerja di banking or customer service line yang memerlukan anda bercakap 170 ribu patah perkataan sehari nanti terkenan kat anak.


Surprisingly, this year guru kelasnya bilang dia okay. Dekat 10 kali juga saya tanya Myiesha masih kuat berbual tak, dia bilang tak. Cikgu bilang Myiesha budaknya baik. Tidak lasak. Tidak banyak berbual. Tidak banyak karenah. Concentrate dalam kelas. Homework sentiasa siap. Aktif dalam kegiatan luar kelas. Wakil sekolah. Sopan. Dengar cakap cikgu.


Ok Mummy rasa nak pengsan. Cikgu sengaja kasi full summary tak nak Mummy korek dalam-dalamkah? HAHAHA.




Dan baru minggu lepas Myiesha dan semua murid-murid 6 tahun telah selamat diraikan di majlis konvokesyen yang gilang gemilang di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Ramai sangat proud parents yang hadir, dan kami juga tidak terkecuali. Seronok tengok anak sudah hampir selesai dengan 2 tahun persekolahannya, dan tahun hadapan bakal membawa pengalaman baru yang lebih mencabar dan harapnya lebih menarik juga!



PERASAAN SAYA SEBAGAI PARENT SEORANG ANAK BERTADIKA MAIWP?

Amboi, sudah semacam temuramah ekslusif pula hendak korek perasaan saya ni. Mummy pun perasan artis juga. Hahaha. Well, sebenarnya pada mulanya saya tidak expect apa-apa daripada tadika ini. Being a working mom pada waktu itu saya cuma hendak isi masa Myiesha itu sahaja. Daripada duduk rumah mengelamun buang masa sana sini, just send her to a kindy lah. Itu sahaja yang terlintas di benak saya pada waktu itu. Plus it is cheap so tidak rasa ralat apapun.


Amazingly, as time passes saya nampak sangat banyak improvement pada Myiesha yang saya sendiri pun terkagum melihatnya. I was never serious with Myiesha, agaknya anak pertama dan belum ada pengalaman, dengannya saya tidak pernah jadi 'real' mother. So apabila tidak ada expectation, apabila anak menjadi pandai, ia menjadi beyond expectation. Saya nampak perkembangan dia daripada tidak tahu membaca dan menulis, sudah pandai menulis dan cantik pula tulisan dia. Pandai dah baca bacaan di dalam solat. Pandai dah baca surah-surah lazim. Pandai dah segala macam doa. Saya nampak kecenderungan dia adalah pada bacaan surah. Dia suka sangat baca surah. Sangat suka Maths. Sangat suka arts and craft. Suka baca English, tetapi tidak suka baca Bahasa Melayu. Agaknya masa ajar dia membaca Bahasa Melayu saya agak garang, sebab masa tu stress hendak ambil exam Sekolah Integrasi. Tapi boleh dipuji jugaklah, in a few weeks sahaja settle 8 buah buku tu. Betul-betul drill hahaha.


Oh berbalik kepada Tadika Islam MAIWP, kepada parents yang middle-income, yang rasa macam hendak hantar anak ke tadika Malay-Islamic based yang tersangatlah affordable tetapi tersangatlah bagus, I sincerely recommend Tadika Islam MAIWP. Bezanya tadika ini dengan private kindies adalah daripada segi $ nya, of course, juga  English language is not much emphasized. Namun tidak sedikitpun kurang pelajaran dan kasih sayang guru-gurunya terutamanya. Melangkah ke tadika Myiesha, saya selalu dapat rasa kasih sayang dan keikhlasan yang amat mendalam di kalangan guru-gurunya. Mereka tegas, namun mereka tidak garang tak pasal-pasal. Saya tidak pernah melihat para guru marah murid terpekik-pekik atau heret mereka ke sana sini. Guru-guru banyak emphasize pada pendidikan murid-murid dan membina jatidiri mereka. Guru-guru juga sangat sabar mengajar dan mendidik setiap murid di bawah mereka, meskipun anak-anak kita ini bermacam telatah dan ragamnya.


Dua tahun bersama Tadika Islam MAIWP, saya rasa mungkin saya yang akan terlebih emotional melihat Myiesha melangkah keluar daripada tadika ini dan melangkah masuk ke Darjah 1 pula. Namun inshaaAllah rindu saya akan terubat kalau ada rezeki Tihani di sini pula. I really love the school, the teachers, the environment, dan paling-paling hargai betapa banyaknya ilmu yang telah para guru curahkan buat Myiesha. It is something really priceless, tidak ada sesiapa yang dapat gantikan di dunia ini. Saya benar-benar berterima kasih kepada para guru di atas keikhlasan menggalas profesion mereka ini dan moga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan di dunia dan di akhirat.


Aamiin aamin ya rabbal alamin!

2 comments:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...heart felt terus baca review mommy Myiesha. indahnyaaaa!

    Next year my son is entering 5 years old. Thinking nak hantar ke tadika MAIWP jugak..sebab dekat dengan nursery. Ade perasaan ragu2...sebab ye la, tak se-gah private kindies yang lain. But after baca review nih, rasa yakin sangat nak hantar ke tadika MAIWP..thanks dear. and for you Myiesha, auntie doa awak membesar jadi anak yang solehah and ceria..and, talkative tu normal tau untuk kita ladies...hahaha.

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!