Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Wednesday, April 13, 2016

Kisah Kahwin dan Malas

Lately banyak kisah suami isteri on the internet, especially Facebook. Daripada screenshots of quotes sampailah ke kisah-kisah yang minta nasihat macam page Kisah Rumah Tangga. Ada yang asyik hendak menangkan para isteri. Ada yang asyik hendak menangkan para suami. Ada yang tak habis-habis hendak bash. Ada pula yang buat kita tersentap membacanya, lalu terduduk berfikir.


Ada dari penulisan manusia-manusia hebat macam para ustaz ustazah dan pakar motivasi. Tidak kurang juga daripada kalangan orang-orang kebanyakan macam kita ini. Semua orang ada pendapat mereka yang tersendiri, dan haruslah si penulis merasakan pendapatnya adalah yang paling betul sekali. Semuanya campuran daripada persepsi dan pendapat sendiri, pengalaman, surrounding dan cara mereka dibesarkan.


Namun antara cerita on Facebook yang paling terkesan di hati saya adalah cerita seorang janda muda berusia 22 tahun ini. Dia bilang dia kahwin setahun sudah bercerai kerana dia adalah seseorang yang sangat-sangat pemalas. Dia akui sifat pemalasnya dan menasihatkan gadis-gadis yang mahu berkahwin di luar sana supaya jangan jadi pemalas macam dia.






Screenshot source from Facebook


To be honest, bagi saya dia ni baik sebenarnya. Baik sebab walaupun dia bercerai sebab suaminya curang, tetapi dia tetap salahkan diri dia sebab dia ni pemalas. Bangun lewat, asyik tengok handphone dan tengok Korean series, itu normal sebenarnya. To me it's normal lah. Sebab saya ni pun agak pemalas juga sebenarnya. HAHAHA. Moreover, dibesarkan di rumah parents, tidak duduk hostel dan rumah sewa, lagilah pemalas jadinya. Lepas tu jadi extra-extra pemalas lagi sebab my mom ni jenis suka berkemas. So kiranya dari kecil sampailah sudah bekerja, kerja saya bangun pagi, pergi class / kerja, balik makan or makan kat luar siap-siap, then balik update blog, gayut-gayut dengan cinta hati, then zzzzzz! Weekends lagi tak guna, bangun paling awal 12 noon, paling lambat 4 petang. Konon qada' tidurlah, after an exhausting week. Exhausting sangat ke? HAHA.


But really, cuci kain, lipat kain, masak semua tidak pernah ada dalam list. Asal saya balik kerja semuanya sudah tersiap. Begitulah hidup saya selama 24 tahun. Pada tahun ke-24 apabila parents Mett call my mom hendak datang merisik saya, my mom honestly bilang mak dia, "Hannah ni masak pun tak tau!" Hahaha malu hoi! But really, it's good kan being honest from the start. Buat apa poyo-poyo oh anak saya rajin, anak saya baik, anak saya pandai, tiba-tiba dah kahwin, dangggg pengsan! Habuk pun tarak! Dari situlah datangnya screenshot-screenshot FB tu agaknya. Pasal culture shock.


So, berkahwinlah saya dengan Mett dalam majlis yang sederhana tapi meriah hendaknya. Settle berkompang, berenjis-renjis dipilis, bermakan beradab, kami pun pulang ke rumah sewa kami. And as expected, apa-apa perangai dan habit yang sudah ada dalam diri selama bertahun-tahun semuanya dibawa sekali. Masa dating memanglah tak nampak. Masa dating semuanya cantik, semuanya wangi, semuanya indah. Bila dah serumah, sekatil, sebantal, hah ambik! The first month memang hari-hari menangis. Bukan menangis sedih jadi isteri orang, sedih sebab tidak dapat cope dengan life dan rutin baru. Balik kerja menangis tengok rumah berselerak macam tongkang pecah. Menangis tengok sinki penuh pinggan mangkuk. Menangis tengok laundry basket penuh baju kotor. Menangis sebab tak sure kalau cuci baju malam ni esok sempat kering tak kalau nak pakai. Ya, benda-benda remeh itu! Nampak macam remeh kan? Tetapi kalau tidak pernah buat, benda kecil pun rasa besar macam bom!


Tambah lagi baru kahwin tengah excited lagi dapat freedom bebas tanpa sempadan. Tiap-tiap malam keluar. Tengok midnight movie. Ikut Mett pergi jamming. Lepak minum dengan kawan-kawan sampai pagi. Ajak kawan-kawan datang rumah lepak main playstation, main tennis, swimming and BBQ-ing! Tidur tak cukup pun jadi stress boleh menangis. Sebab dulu bukan makan pakai, kain baju saya saja parents jagakan, time tidur pun parents jagakan. My parents tetapkan curfew kena balik before Maghrib. Tidak pernah dapat keluar-keluar malam macam ni semua. So my sleeping time is usually 9pm or latest 10pm, until now! Macam budak-budak eh tidur awal? Hehe. So mula-mula kahwin asyik keluar malam nak rak memang menangislah pagi tak cukup tidur. See, tidur seems like the most remeh thing ever. Macam eh bodoh sangatlah kau time tidur sendiri pun tak boleh nak manage. But if it is something you are not used to, memang tidak mustahil benda paling remeh pun rasa macam paling besar.


So I understand. I really understand what did the girl went through. Malas might be a habit, satu kebiasaan yang dia dah bawa dari kecik. So bila dah kahwin she finds it hard to adapt, susah tiba-tiba nak jadi rajin rasa macam eh apahal ni? And it takes time to adapt. Some people might think eh setahun tu lama kot? Tapi nak compare 21 tahun dengan setahun tu jauh kot. Give her time, give her space. And most importantly, give her lots of love and affection. Perkahwinan ni memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. Kalau suami nampak isteri macam pemalas gila, try talking to her. Or give her tips. Or help her with the household chores. Mungkin mula-mula she needs a bit of help to help her cope. Nanti lepas tu inshaaAllah dia akan pandai juga. Like me mula-mula after those nangis-nangis episode akibat culture shock itu, Mett helped me a lot tang jemur kain, sapu sampah dan cuci pinggan, just whatever he is comfortable with. Of course guys have their own likes and dislikes in household chores, so mana-mana yang dorang tolong tu memang bersyukur gilalah, dan yang selainnya kita try buat sendiri. It takes a lot of time and effort, bukan kerja yang sehari dua, mine took years, but it is all worth it! Sedangkan WonderPets memerlukan kerjasama each other untuk berjaya, apatah lagi kita manusia biasa dan bukan Wonder Woman. Then after that bila dah semakin bertambah usia, semakin matang dan beranak-pinak, slowly kita akan jadi hebat gila. Kenapa? Sebab dah datang rasa tanggungjawab itu. Dah pandai budget timing. Dah pandai susun hari. Dah pandai manage. Dah penat sakit mata tengok rumah berselerak. Dah tak suka tengok anak comot-comot. Dan dah start jadi monster menjerit-jerit pula bila anak selerakkan rumah! Hakikatnya, as time passes, dah tidak ada masa untuk bermalas-malas lagi because we tend to want things to be as perfect as they can be.


So dalam luahan perasaan wanita muda ni, saya agak tidak gemar jugalah part suami dia cari perempuan lain sebab stress dengan dia yang pemalas, dan kononnya cari perempuan yang lebih bertanggungjawab. Sebab Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin keluarga. Haih belum test power didik isteri takkan dah nak give up cari perempuan lain. Ke alasan semata-mata? Pfft. Secondly, sudah perfect sangatkah perempuan yang lagi seorang tu. Kalau dah kahwin entah-entah lebih teruk perangai pemalasnya, then nak curang lagi sekali ke macam mana? Macam tidak ada solution kan? I think this guy is so not mature lah. Alasan lebih kot. Tak puas enjoy. Tak puas test market. Lelaki yang betul-betul ikhlas nak berkahwin, he will be all prepared to face just whatever obstacle that comes. Must be prepared untuk didik isteri yang karenahnya bermacam-macam, bukan mengharapkan isteri saja yang perfect bak biadadari melayan dia. Dalam perkahwinan, kedua-dua belah pihak adalah tidak perfect, jadi sama-sama kena work hard untuk menjayakannya. Dan hakikatnya, apabila seorang lelaki mengucapkan "Aku terima nikahnya," tanggungjawab yang tergalas atas bahunya adalah tersangat besar. Belum cukup tanggungjawab terhadap ibu bapa yang tidak habis-habis, kena pula menjaga dan mendidik isteri. Menjaga dan mendidik anak-anak. Fikir pasal family. Fikir pasal duit. Fikir pasal future. Fikir pasal how to manage. Fikir pasal how to survive dalam ekonomi yang semakin meruncing. Fikir tentang macam-macam. Hee kalau difikir-fikirkan balik, takut nak jadi lelaki sebenarnya. Nanti di akhirat banyak Allah nak soal pasal tanggungjawab. Berat. Berbalik kepada cerita tadi, it's good that this young lady realizes her mistakes, but what the guy did to her is not at all fair. Ya, saya marah, saya geram dan saya sangat tidak suka.


This is one of the stories on Facebook yang mencuri minat saya. Banyak lagi cerita sebenarnya, inshaaAllah nanti ada masa dan kelapangan saya tulis lagi. I just hope that all young wives out there kalau ada masalah apa-apa, try to consult orang yang lebih tua, yang lebih tahu, dan yang lebih dipercaya. Usia perkahwinan setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun begini masih dalam fasa menyesuaikan diri. I always feel sad bila ada di kalangan kenalan atau kawan-kawan yang berpisah pada usia perkahwinan yang sangat muda. Masalah-masalah melibatkan persefahaman seperti ini adalah normal, all couples will go through this. If you feel sad lepas kahwin, or depress, or tak happy, try tengok apa yang tak kena. Kesan masalah dan cuba selesaikan. Minta nasihat orang yang lebih berpengalaman. They are not problems actually, they are just phases for you to go through in knowing each other better. Unless perkara yang betul-betul serious macam pukul ke sepak terajang ke, then just angkat kaki jelah. Tak guna simpan suami macam tu, he doesn't even deserve your respect.


Ok rasanya dah panjang sangat tulis ni. Dah lama tak update blog kan. Haha. Got to go. 'Til then, take good care, and tight hugs! Rindu HJ tak? *kisskiss!


2 comments:

  1. Hahahaha yeay rindu!
    Nanti ehemsss ceritalah life sebagai suri rumah pula :D

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!