Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Monday, May 18, 2015

Kenapa Saya Tetap Tidak Bersetuju Dengan Early Marriage

Apabila bercakap tentang early marriage, semua orang ada pendapatnya yang tersendiri.


Dah jodoh mereka, kenapa perlu pertikaikan?


Alah nenek aku dulu kahwin umur 13, kekal je sampai sekarang. Cucu dah 30 orang pun!


Semuanya bergantung kepada restu mak bapak. Kalau mak bapak dah restu, inshaaAllah semuanya akan okay.


As for me, saya masih dengan pendapat saya sejak saya masih bergelar anak dara sehinggalah menjadi ibu beranak dua ini. I still say, NO. Bagi saya perkahwinan adalah sesuatu yang sangat serious. Ia bukan semudah kalau jatuh cinta, kahwin. Kalau sudah rapat sangat, kahwin. Kalau mak bapak sudah tidak mampu hendak didik, kahwinkan. Kalau habis sekolah tidak mahu bekerja, kahwinkan. Perkahwinan is something beyond that. Dalam melangkah menuju ke alam perkahwinan, cinta semata-mata tidak mencukupi. Ia perlukan ilmu. Ia perlukan agama. Ia perlukan kematangan. Ia perlukan persefahaman. Baru sahaja semalam bawa ibu mertua tengok Suami Aku Ustaz, dan walaupun ia hanya sebuah filem, hati saya sudah menggerutu keresahan tengokkan Alisa (Nora Danish) yang berusia 17 tahun dikahwinkan dengan sepupunya Ustaz Hafiz (Adi Putra) just because parents dia hendak pergi haji dan Alisa adalah sangat degil dan tidak mahu dengar cakap. Kononnya kalau dikahwinkan, ada orang yang dapat menjaga dan mungkin juga degilnya dapat berkurang.


Kekurangan pertama yang saya lihat di sini adalah perihal tanggungjawab. To me it is utterly unfair untuk mengahwinkan seorang anak bagi melunturkan kedegilannya. Pada saya, tanggungjawab mendidik anak itu tergalas pada bahu parents. Allah memberikan kita anak sebagai sebuah anugerah, untuk kita jaga dan didik dengan sebaik-baiknya. Dan membesarkan anak itu berlainan cabarannya. Ada orang masa anaknya kecil, degil punyalah. Apabila besar, berubah menjadi anak yang taat pula. Ada pula orang yang anaknya sewaktu kecil senang betul menjaganya. Apabila besar degil pula. Lain orang lain cabarannya. And as parents, walau betapa mencabar, kita harus menghadapi dan mengatasinya. Cubalah pelbagai method, carilah pelbagai pendekatan sampai berjaya. I think it is unfair besarkan anak sampai umur 17 tetapi degil punyalah, selepas itu kahwinkan, kononnya nanti dia akan matang dan pandai sendiri. Tanggungjawab itu sepatutnya pada parents, bukan diserahkan kepada suami. Sebaik-baiknya haruslah parents ajar anak sampai menjadi, sampai pandai bawa diri, then apabila sudah bersedia barulah diserahkan sebagai isteri. Itu baru betul. Jika begini perspektif parents, senanglah hidup. Besarkan anak, kalau tidak menjadi, kahwinkan. Selepas itu pandai-pandailah suami dia jaga. It is unfairlah. Suami bukan rumah kebajikan. Dan manusia berkahwin untuk melengkapkan agama, melengkapkan iman dan meramaikan umat, bukan sebagai satu penyerahan tanggungjawab dan pengambilalihan bebanan. Perkahwinan itself walaupun dengan cinta melangit adalah satu cabaran yang besar, apatah lagi kahwin tanpa cinta siap ada degil-degil begini. Di sinilah datangnya drama series petang-petang itu agaknya. Isteri mengada, tinggi suara, derhaka. Selepas itu suami pula sweet yang amat. Tolonglah jangan sajikan cerita fantasi begini kepada masyarakat. Kalau di alam realiti, sudah lama kena penampar agaknya. Kerana itu rumahtangga realitinya selalu kelihatan pahit, kerana kita sudah lali disogokkan dengan fairy tale begini. Dan dalam tidak sedar, kita pun mengharapkan perkahwinan fairy tale begini.


Cerita pasal jodoh, cerita pasal nenek kita dan cerita pasal restu ibu bapa, ya saya akui semua itu betul dan saya tidak nafikan. But as educated people in the new millenium (new millenium pun sudah 15 tahun berlalu!) kita seharusnya lebih bijak menggunakan minda. Perkara paling penting kalau sudah anak rapat sangat dengan boyfriend (ini alasan paling common digunakan oleh parents untuk kahwinkan anak) adalah ilmu. Perkahwinan tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau 20 tahun yang lalu kita mampu rasa takut pada parents, tidak keluar malam, tidak menconteng arang ke muka parents, kenapa hari ini tidak boleh? Semuanya bermula daripada kepincangan pendidikan itu sendiri. Parents mengaku sebagai 'sporting' benarkan boyfriend / girlfriend anak datang rumah, duduk lepak-lepak, adakalanya sampai bertepuk tampar pun. Kenapa? Kerana kononnya kalau hendak berbuat apapun, biar buat di hadapan parents. Parents nampak. Tetapi apabila sporting sampai biarkan bertepuk tampar itu bukankah sudah dikira bersubahat? Anak sudah tentu tanggung dosa, parents sendiri pun berdosa sama. Dan anak itu sendiri pun sudah rasa perkara itu tidak mengapa / betul kerana parents tidak menegur. Pada saya di sinilah kelemahan didikan parents. Terlalu banyak berikan kebebasan. Kemudian apabila anak dara keluar hingga lewat malam pun tidak mengapa, asal tahu keluar dengan siapa dan siapa yang menghantar pulang. Zaman saya dahulu, walau keluar dengan siapa atau sesiapa hantar pulang sekalipun, keluar malam is a BIG NO. Jawapan parents saya terus - NO! No compromise and no reasoning. Memang langsung tidak boleh. And I find that extremely effective. Memanglah sebagai seorang anak remaja, jiwa sentiasa memberontak, tetapi kekuatan parents itu penting. Jika parents memang sedia tegas, memang ada pendirian, tidak ada anak yang dapat melawan. Ok jika anda patahkan hujah bilang anak zaman sekarang tidak boleh bilang no, nanti mereka lari, nanti mereka keluar cari cheap hotels, nanti mereka kahwin di Thailand. Itulah kebijaksanaan anak-anak sekarang. And as parents, kita juga harus upgrade kebijaksanaan kita sendiri, bukan dengan cara give in. Kalau anak-anak dahulu, dengan cara bilang no sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita takut, apatah lagi dengan wujudnya rotan dan hanger, dengan anak-anak sekarang kita harus ambil pendekatan berbeza. Kita sebagai parents terlebih dahulu perlu ada ilmu. Perlu bijak cari pendekatan berhikmah. Kalau dahulu parents kita bilang, Eh pergi sembahyang, nanti Allah marah! Sekarang kita bilang, Eh pergi sembahyang, nanti Allah sayang! Dalam saya sedang cuba mendidik Myiesha bersolat sekarang ini pun begitu juga. Even before her first solat I sat down and asked her, Kenapa kita kena bersolat? Dia cuma jawab satu sahaja, barangkali jawapan cliche dari sekolah. Sebab dapat pahala. Then I asked more, Betul, bersolat memang dapat pahala. Pahala besar! Sebab ia tiang agama. Good. Selain tu? Dia senyum. Mata ke kiri kanan atas bawah cari sebab-sebab lain tetapi tidak ketemu.


This shows that dia tidak tahu kenapa dia perlu bersolat. Apa kepentingan solat itu. Tanpa mengetahui apa kepentingan solat, apa kebaikan solat, what solat can do to us, mana mungkin kita dapat memaksa seseorang anak itu bersolat? Setakat, Hey pergi solat! mana-mana parents pun boleh buat. Tetapi berapa ramai teenagers yang buat-buat basahkan muka, masuk bilik, berteleku di hadapan sejadah, dan lima minit kemudian keluar dengan gembira kerana 'telah bersolat'? I believe all of us has done that, kan? Pahala tidak dapat, dosa dapat berderet-deret. Dosa menipu parents, dosa menipu Allah dan dosa meninggalkan solat. That is why before Myiesha's first solat, I took a bit of time to talk to her. Bilang dia solat juga satu tanda untuk kita mensyukuri nikmatNya. Ucap terima kasih pada Allah sebab kasi Myiesha Mummy dan Abi. Ucap terima kasih pada Allah sebab kasi Myiesha hidup yang baik. Ucap terima kasih pada Allah sebab kasi kesihatan yang baik kepada Atok, Nenek dan Ani. Ucap terima kasih pada Allah sebab Myiesha ada house, Myiesha ada toys, Myiesha ada adik, Myiesha ada friends, Myiesha dapat pergi sekolah. And the list is endless! Selain itu saya juga bilang pada Myiesha dengan bersolat juga kita dapat meminta apa yang kita mahukan daripada Allah. Kalau Myiesha nak beli lego ke, nak pergi Legoland ke, nak naik aeroplane ke, nak apa sekalipun, minta dengan Allah! Kalau Myiesha solat dan doa hari-hari, Myiesha good girl, nanti satu hari mesti Myiesha akan dapat juga! Then she will smile. Nampak pemahamannya di situ. Nampak kegembiraannya di situ. Dan yang paling penting, nampak keterujaan untuk menunaikan solat itu. Kerana dia sudah tahu kepentingannya. Dia sudah tahu kebaikannya. Sudah tahu nikmatnya. Nanti apabila dia besar sedikit mungkin saya akan cerita pula tentang hakikat hidup kita sebagai hambaNya.


Same goes to remaja memberontak. Peranan parents amat besar dan berat bagi memastikan mereka faham tujuan mereka hidup di atas dunia ini, dan apa yang diperintahkan oleh Allah. Ilmu itu penting bagi memastikan mereka sentiasa fokus kepada jalan lurus yang mereka cari, dan tidak tersasar daripada haluan. Paling penting, of course lah ilmu agama. Dalam kita terlalu sporting sebagai parents, cuba untuk adapt dengan kemajuan hidup anak-anak kita masa ini, tidakkah kita masih mendambakan sebuah relationship yang tulus buat mereka? Didik mereka dengan sebaiknya hingga mereka ready, kemudian nikahkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah menyentuh kulit mereka dan melihat walau seuratpun rambut mereka? Ya Allah, if I were being given a chance, I really want to feel that. Saat sentuhan pertama itu adalah pada ketika upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Dan pertama kali suami melihat rambut kita adalah pada malam pengantin, saat pertama kali hijab dilepaskan. Indahnya, ya Allah! Tidakkah kita dambakan semua ini untuk anak-anak kita? Kenapa kita perlu terlalu sporting dengan mereka hingga kita sebagai parents sendiri yang merosakkan perkara-perkara indah ini?


Dari sudut ini sahaja kita sudah sedia maklum betapa sukarnya sebenarnya membesarkan anak. Dengan membiarkan mereka berkahwin muda, dengan masih belum matang, dapatkah mereka melayari bahtera rumahtangga dengan baik, dan membesarkan anak-anak dengan berkualiti juga? Sedangkan kita yang berkahwin pada usia 25, 28 dan 31 ini pun masih terkial-kial dalam menguruskan anak dan rumahtangga, apatah lagi mereka. They still have a long way to go. Mengahwinkan mereka pada usia 16, 18 dan 19 tanpa pendedahan yang cukup akan apa yang bakal mereka lalui, I think it is just unfair to them. Kalaupun mereka bilang mereka sudah bersedia, kalaupun mereka ada restu kita sebagai parents, kita masih perlu ingat, sudah sempurnakah tanggungjawab kita terhadap mereka dalam mendidik mereka agar dapat menjadi isteri yang baik kepada suami dan matang dalam mencari haluan dalam hidup berumahtangga? Jangan hanya kerana hendak pergi haji, kahwinkan. Jangan hanya kerana hendak anak itu belajar sendiri kerana sudah terlalu degil, kahwinkan. It is not fair to them. Selagi anak-anak berada di bawah tanggungjawab kita ibu bapa, selagi itu mereka berhak untuk mendapat segala ilmu dan informasi yang diperlukan. It is our responsibility to ensure they get everything they need sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Pada saya, anak-anak yang masih dalam usia begini, lebih baik kita sebagai parents luangkan lebih banyak masa untuk mereka dan ubah kembali fokus mereka kepada perkara-perkara yang lebih penting. Seperti contoh, kalau dalam usia 16 mereka sudah ada boyfriend, it is definitely natural. Tetapi kita boleh sahaja galakkan mereka join extreme activities seperti hiking atau bungee jumping. Galakkan mereka ke arah minat mereka seperti bertanding dalam pertandingan debat atau mengikuti kelas seni tarian. From there, they will get more friends, lebih banyak masa diluangkan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah daripada petang-petang balik sekolah bergayut di handphone I miss you, you miss me tak? And bear in mind, ini sahaja masa yang anak-anak akan ada untuk mendapat freedom sepenuhnya. Make lots of friends, pergi outing, share stories, hadiri kelas usrah pun bagus! Buat semua yang hendak dibuat pada waktu ini. Kalau kahwinkan kan kesian, tahu-tahu dapat pula suami jenis mengongkong, tidak pasal-pasal budak itu kahwin duduk rumah. Tidak ada life. Sudahlah tidak ada life, tidak dapat sambung belajar, hendak kasi kita duit pun tidak ada. Apa kebaikan yang didapati daripada perkahwinan itu? Bukankah lebih baik tahankan hasratnya hendak berkahwin itu, benarkan dia habis belajar, sambung pula ke universiti, dapat kerja yang baik, dapat kasi parents merasa gaji pertama, dapat kasi dia peluang berjasa kepada ibu bapa, selepas itu hendak berkahwin pun kahwinlah tidak ada siapa hendak larang. Selepas itu pun kalau dia dapat marriage yang mencabar pun dia tidak ralat sebab dia sudah puas melalui zaman remaja, sudah merasa berbakti kepada ibu dan bapa. Pada waktu itu baru betul sudah sampai waktu untuk dia mematangkan diri menghadapi cabaran berumahtangga pula.


To parents yang ada hasrat untuk mengahwinkan anak remaja mereka walau dengan apa sebab sekalipun, kalau ditanya pendapat saya, maaf jawapan saya masih lagi no. Sesekali apabila anak itu tidur, duduklah di sebelahnya, tataplah wajahnya dan tanyalah pada diri sendiri apa sebenarnya sebab anda hendak mengahwinkannya dalam usia yang sangat muda. Adakah ia untuk kebaikan dia sendiri atau untuk mempermudahkan bebanan masalah anda? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah yang ada atau adakah ia akan menambahkan lagi masalah? Adakah anda betul-betul ikhlas mahukan dia hidup dengan lelaki yang dia cinta, atau hanya mahu menutup mulut orang keliling dan tidak sanggup lagi menanggung malu. Ingatlah bahawa setiap didikan itu datangnya daripada kita parents dan kalau ada kekhilafan pada anak itu, ia juga datang pada diri kita sendiri. Start to think the best for them, dan bukan hanya untuk menutup kerisauan sendiri. Berikanlah mereka hak-hak yang sepatutnya mereka dapat daripada kita - kasih sayang, didikan, pedoman dan ilmu. Give them lots of ilmu, lebih-lebih lagi ilmu agama, inshaaAllah kita sama-sama tidak akan tersasar. Jangan hanya fikir sekali, tetapi fikirlah berpuluh-puluh kali sebelum membuat keputusan untuk anak-anak kita yang setahun jagung.


All the best.


3 comments:

  1. Salah satu contoh yang berlaku di depan mata sendiri bila trend berkahwin ketika belajar,

    Si Isteri kerap kali tak datang kuliah sebab anak takda orang nak jaga, begitu juga dengan suami. Beri kesan pada kehadiran ke kuliah, kesan pada masa peperiksaan, seterusnya impak paling besar pada pengajian.

    Betul, ramai ikon yang dijadikan contoh berkahwin ketika muda, boleh manage masa, boleh manage keluarga, tapi sebelum buat keputusan nak berkahwin ketika belajar cuba cerminlah diri dulu sama ada bagus atau tidak pengurusan masa, keadaan kewangan pula mampu atau tidak, dan ilmu rumahtangga dan agama sudah cukupkah penuh di dada.

    ReplyDelete
  2. Yes! Thanks kakak for voicing it out. Nowadays, bebudak terbuai sangat cerita di facebook kata kahwin awal bahagia. I think maturity is the key :)

    ReplyDelete
  3. saya setuju dgn Kak Hannah, kurang setuju dgn perkahwinan di awal usia. marriage is more than what we think.

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!