Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Monday, May 04, 2015

How to Stop Your Kids From Depending Too Much on the iPad / YouTube

Our Unifi billing has a bit of problem since months ago. 6 months, to be exact. The normal RM 198 charge every month tiba-tiba mencanak naik menjadi 500 plus, 700 plus and sometimes even 900 plus for no reason. Saya yang sememangnya paling-paling-paling benci paperwork, follow up and making complain calls, akhirnya terpaksa berbuat sesuatu memandangkan Unifi ini adalah di atas nama saya. Kalau di atas nama Mett, sudah lama saya buat tak tahu. Lantaklah, pandai-pandailah handle sendiri. Potong pun tak apa, tak hairan.


Ye ke tak hairan? Sudah macam hendak menggelupur tanpa internet sahaja nampaknya. HAHAHA.


And yeah, after a few months ignoring those figures on my bills, satu hari balik kerja tengok-tengok internet was suspended. First sekali haruslah terperanjat. Selepas itu rasa marah pun datang. Yelah kita bayar every month consistent tiba-tiba potong ni apahal? Yang tiba-tiba charge beratus-ratus entah mana datangnya apahal? Terus call Unifi helpdesk. Check-check-check, oh tersalah bill. Figure captured dari entah mana terus masuk ke bill saya pula. Mereka bilang akan escalate for investigation, adjust dalam billing cycle akan datang dan semua ini akan settle dalam masa kira-kira 90 hari. Selepas tu, saya tanya bila pula internet saya akan kembali disambungkan? Mereka bilang saya kena walk in pergi bayar current bill di mana-mana TM Point, selepas itu barulah mereka akan sambungkan balik.


I was like, WHAT? AWAK TAHU TAK SAYA NI BEKERJA, MANA ADA MASA NAK WALK IN? DAHLAH TAKDE TM POINT DEKAT-DEKAT TEMPAT KERJA / RUMAH SAYA PUN! PASANG JELAH SEKARANG, SAYA ADA KERJA NAK BUAT MALAM NI, NAK KENA SUBMIT ESOK! SAYA TAK KISAH AWAK PASANG JUGAK SEKARANG KALAU TAK SAYA TAK LETAK TELEFON NI! MANA MANAGER AWAK, KASI SAYA CAKAP DENGAN DIA. SIAPA NAMA AWAK, SAYA NAK HANTAR EMAIL KAT MD AWAK!


Sebenarnya drama je lebih. Bukannya tak boleh singgah TM Point UTC yang selalunya buka sampai malam tu. Seronok jerit pekik kat orang customer service after years kena jerit pekik macam tu dulu masa kerja customer service. Pakai balik ayat yang customer selalu gunakan pada saya. Rasa best juga. Lain kali boleh try lagi. Hahaha.


Letak telefon, tengok-tengok internet sudah ada. Taraa..~ Tidak sia-sia jerit pekik. Thank you.


But it did not ended there. A few months later, complain saya masih dalam proses escalation / investigation, bill masih beratus-ratus, dan kemudiannya internet kena suspended lagi. A few times juga. Selepas suspend, sambung. Kemudian bulan akan datangnya, suspend lagi. Dipendekkan cerita, finally saya ke TM Point UTC buat aduan bertulis barulah mereka betul-betul adjust. Haihh. Apalah guna call center kalau tidak boleh berbuat apa-apa? Such a disappointment betul.


So a few months tanpa internet on and off itu, saya mula explain pada anak-anak yang kami tidak ada internet. Pada mulanya mereka minta juga iPad, minta buka YouTube. But I showed them we really do not have internet. Apabila buka YouTube, screen hitam, tidak boleh load. Apabila mereka nampak sendiri, mereka faham. I told them, it will be resolved soon, tetapi ambil masa sedikit so don't know when. Yang pada masa itu memang saya pun tidak tahu when, pernah sekali mereka suspend sampai sebulan pun, yang sebelum last saya terus ke TM Point UTC tu. Since then, mereka tidak minta untuk tengok YouTube lagi. Ada masanya apabila teringat, mereka tanya. But I said not yet. Dan setiap kali saya bilang not yet, mereka okay. Mereka ambil toys dan main bersama. Melihatkan mereka main bersama dan tidak bertanya tentang YouTube lagi, saya tiba-tiba rasa lega yang amat. Rasa macam Wow, memang betul-betul boleh jadi (anak tidak tengok iPad) rupanya ya? Ingatkan dalam mimpi je.


So how to stop your kids from depending too much on the iPad / YouTube? 


First and foremost, stop offering it to them. Yang saya perasan, kesilapan terbesar parents adalah dengan selalu offer untuk beri mereka tengok iPad. Macam kalau masuk kereta, tanpa mereka minta pun, kita sendiri yang keluarkan dan kasi mereka tengok. Same goes kalau berada di kedai makan. Atau sedang berjalan-jalan. Atau di tengah-tengah family gathering. Sampai sahaja, duduk, terus spontan keluarkan iPad untuk mereka. The hurtful truth is that we need some quite time without their interference. Macam tidak mahu mereka bising melalak minta itu ini sewaktu Mett sedang drive. Atau tidak mahu mereka turun daripada high chair berlari ke sana sini sewaktu di restaurant. Atau tarik baju kita minta itu ini sewaktu sedang berbual dengan family members di gatherings. Rasanya kebanyakan parents pun macam tu, kan? Tetapi kalau betul kamu hendak anak-anak kamu berhenti menatap iPad 24/7 demi untuk kebaikan mereka sendiri, stop offering it to them. Sekarang ini sejak Unifi on and off, dan kami bilang anak-anak internet pun sudah off permanently, we are amazed of how our lives change 100%. Sekarang ini asal naik kereta, kami akan 'berkaraoke' bersama-sama. HAHAHA. Loudly, happily and excitedly, ok? Mett pun rajin download latest songs burn dalam CD untuk kami dengar sama-sama dalam kereta. Sesekali apabila sudah penat 'berkaraoke' kami akan cool down dan berselawat dan baca surah-surah lazim bersama-sama. Myiesha sejak bertadika agama ni, rajin betul berselawat dan ulang baca surah-surah lazim. Kadang-kadang time main-main pun spontan baca sendiri. Tihani pun terikut-ikut. Seronok tengok. Mummy pun okay je follow sekali.


As for kalau di restaurants, selalunya saya akan busy suap mereka makan dan kalau mereka makan sendiri, saya akan cari topic untuk berbual dengan mereka. Same goes kalau di family gatherings. The absence of the iPad buatkan mereka lebih ligat bermain dengan cousins and friends. Sampai berpeluh-peluh berlengas masam! Sebenarnya apabila tidak ada iPad ni, banyak sangat activity lain yang boleh dilakukan oleh budak-budak ni, cuma kita parents sahaja yang selalu ada mindset 'Eh nanti dia boring, eh nanti dia meragam, eh nanti dia merengek'. Tak adalahhhhh. Serious! First sekali mindset kita kena ubah dahulu. Kita kena positive. Kita kena yakin. Kalau kita was-was, kalau kita tidak confident, kalau kita suspend, muka cuak sahaja, mesti sekejap lagi anak kita akan baling cawan di restaurant dan kemudian berlari berdesup masuk bawah meja orang. Seriously. Kita parents kena cool. Kena sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kena take charge. Kena fikir, hey I'm the mom here. Nothing's gonna go wrong. Macam tu! So what do my girls do now without the iPad? They can spend hours playing Play Doh together, create lotsa good food. Hari-hari buat makanan dengan Play Doh kasi Mummy 'makan'. Kadang-kadang Mummy sibuk di dapur pun mereka sanggup ulang alik dari hall ke dapur semata-mata hendak kasi Mummy 'makan' setiap makanan yang mereka cipta. Hebat, tau! Mummy pun hebat juga, sambil goreng ayam, dengan sudip di tangan, dengan minyak meletup-letup daripada kuali, sempat juga mendekati mereka seketika buat-buat rasa ice cream pelbagai topping yang mereka cipta sambil buat muka seperti ice cream berperisa syurga paling sedap yang pernah dinikmati, sebelum kembali menghunus sudip membalikkan ayam goreng.


At other times, they do colorings together. They play Barbie dolls together. They play tea party together. Macam-macamlah. All kinds of things. Ok je. Tidak ada pun merengek, meragam, boring. Tak ada. Yang penting, kita kena selalu ada untuk entertain mereka time mereka perlukan attention yang sedikit itu. Seperti contoh tadi, rasa 'masakan' mereka 89 kali sehari dengan muka paling syurgawi.


But what to do kalau mereka merengek jugak?


It will sure happen at the initial stage, at the first few mornings tanpa iPad. Masa ini paling kritikal, dan masa ini paling kita tidak boleh give up. My suggestion is, give them lots of love. Kita parents seringkali penat, seringkali sibuk dengan pelbagai perkara daripada kerja sampai ke household chores sampai ke financial and expenses, tetapi jangan pernah jadikan itu alasan untuk give up. Kita mothers kena sentiasa strong, kerana kitalah tunggak keberjayaan sesebuah institusi kekeluargaan. Give the children lots of love. Spend as much time with them. Like me, I love having talk-sessions with Myiesha, memandangkan Myiesha sudah pandai bercakap dan bercerita tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. I will sit down dengan sesofa kain untuk dilipat dan bilang padanya, Ok Myiesha, let's talk. Myiesha nak cakap apa dengan Mummy? Ha nanti dia cakaplah pasal sekolah dia. Pasal kawan-kawan dia. Pasal toy yang dia nampak kat Toys 'r Us hari tu. Pasal weekend depan dia nak pergi mana / buat apa. She can really talk for hours. Sampai last-last sudah habis lipat kain, dia tanya lagi, Mummy, Myiesha nak cakap lagi boleh? Then I will say, Dahlah, Mummy nak masak! Then she will laugh sebab dia tahu saya gurau, dan dia pun main-main, then she will go and play with Tihani. As for Tihani pula, dia belum pandai bercakap sangat pun, so kalau dia mengamuk atau menangis, I love to hug her tightly first. Anak-anak ni kalau mereka mengamuk atau merajuk, atau kita marahkan mereka, make it a habit to hug them immediately. Jangan biasakan biarkan mereka menangis seorang-seorang sampai berhenti sendiri macam lantaklah kau kat situ. Jangan. Budak-budak ni mereka sebenarnya tidak mahu apa-apa melainkan perhatian kita sebagai parents. I believe a hug bukan sahaja sangat effective to calm them down, tetapi juga membuatkan mereka rasa disayangi, dan membuatkan mereka faham kita marah mereka untuk kebaikan mereka sendiri. It is like kita marah sebab kita sayang mereka, bukan kita marah sebab kita benci mereka. The power of hug ini adalah sangat hebat. Cuba nanti sekali apabila di mall apabila anak merajuk berguling atas lantai sebab tidak dapat toy yang dia nak, tarik dia kuat-kuat ke dalam dakapan dan peluk dia. At first mungkin dia meronta sebab dia marah, hey Tihani pun kalau merajuk dengan saya adalah tersangat diva, okay? Suka tepis-tepis tangan Mummy. HAHA. Tetapi walau bagaimana mereka tolak atau tepis, in the end, pelukan seorang ibu juga yang mereka mahukan. Percayalah. Dalam segala tantrum, dalam segala jerit pekik, mereka cuma mahukan sedikit perhatian. Kerana itu kalau kamu pernah lihat anak-anak dalam trolley / stroller yang melalak kuat-kuat dari tingkat atas sampai tingkat bawah non-stop, dan mak dia buat tak tahu saja, kenapa dia macam tu? Sebab mak dia ignore dia, for god's sake! Cuba kalau take a minute peluk anak itu, duduk menghadap dia, beritahu kenapa tidak boleh beli toy itu, dan apa solution lain yang ada, for sure dia akan okay. Talk to them, explain to them. Treat them like adults, and they will treat you with utmost respect.


Pernah juga nampak seorang budak berguling di lantai, dan mak dia berdiri sebelah sibuk belek handphone. Tidak tahu hendak ketawa ke menangis.


Oh back to cerita iPad, apa kesan positive terbesar yang saya dapat lihat? My girls go to sleep at 9.30pm every night! Auwuwuwuwuwuwuw. Happynya sampai rasa nak nangis. Seriously. Nap selewat 4.30 petang dan bangun selewat 7.30 malam pun still boleh tidur paling lewat pun pukul 10. I am a happy Mummy! Dahulu apabila sedang gila YouTube, mereka tidur paling awal 12.30am dan paling lewat, saya pernah tidur dan terjaga balik 3.45am Tihani masih menghadap iPad tidak tidur-tidur! Terpaksa marah dia kaw-kaw sampai menangis tersedu-sedu baru tidur. But I feel bad lah. Kenapa kena marah kaw-kaw sampai dia menangis kan, padahal salahnya daripada saya jugak. Tsk. Okay menyesal. So now no more iPad. Sharp 9.30pm, saya baringkan mereka dengan saya berbaring tengah-tengah tepuk mereka berdua sampailah mereka tidur. Sebab every night mereka mesti mahu sleep with Mummy. Kalau saya sedang di dapur atau doing the laundry pun semua kena drop dulu sebab Myiesha atau Tihani mesti akan bilang, Nak sleep with Mummy! Haih manjanya tak ada Mummy tak boleh tidur lah eh? So saya akan pat mereka dan usually dalam 15 minutes, paling lama pun setengah jam mereka akan tertidur. Best gila. Selepas itu I have all the time for myself. Basically mungkin there is nothing more to do, jadinya mereka lebih mudah tidur. Kalau ada iPad, mungkin mereka asyik fikir oh lepas tengok cartoon ni, nak tengok cartoon tu pulak. Lepas cartoon tu, cartoon lain pulak. So bersambung-sambung until the end pun tak tidur.


So adakah saya akan try kasi iPad balik pada mereka? Yes, I have plans to. Tetapi mungkin buat macam on a once a week or twice a week basis. I do not believe in everyday tetapi sekejap-sekejap, rasa macam takut tidak boleh handle, nanti in the end terkasi kuasa veto balik pula. Sebab kalau battery habis mereka pandai charge sendiri. So I think maybe twice a week should be okay, masih sedang fikir hari apa. At least they still have access to their favorite nursery rhymes, masih boleh dapat unlimited access to Peppa Pig series, masih boleh gelak sakan tengok Masha and the Bear. Saya percaya banyak yang mereka dapat belajar daripada internet dan YouTube and it is unfair to totally cut it from them apatah lagi dalam zaman IT ini. Cuma kita parents kena selalu belajar daripada kesilapan dan tahu bagaimana hendak bataskan anak-anak kita daripada penggunaan yang melampau.


Taking the iPad away from our children's hand means mereka akan perlukan sesuatu yang lain untuk mengisi masa lapang mereka. And that surely means they would need more attention from us parents. Kerana itu apabila kita buat keputusan untuk tidak lagi berikan iPad kepada mereka, kita mesti come up with a plan, apa hendak buat untuk mengisi masa terluang mereka. Or better still, apa yang boleh dibuat bersama-sama. My girls, walau apa sahaja yang mereka buat, regardless buat burger daripada Play Doh atau main tea party, macam mana pun mereka tetap hendak saya participate, walaupun hanya dengan mencuri seminit dua daripada waktu menggoreng ayam. I know they would always appreciate more, dan saya akan selalu cuba cari masa untuk diluangkan untuk bermain dengan mereka after I have done with my chores. Cumanya as a working mom dan bertemu anak-anak hanya pada waktu malam, perlu pula juggle dengan cooking and laundry, saya tidak dapat luangkan masa sebanyak yang mereka inginkan. Hopefully saya mampu, one fine day, apabila Allah bilang yes kepada doa saya yang tidak pernah putus untuk menjadi seorang stay-at-home-mom.


InshaaAllah.

2 comments:

  1. Hi kak hannah..such a brilliant tips..Inshaallah I will use your tips when I have my own kids one day :)
    Btw, I'm your silent reader n always thrill to read your new entry..May Allah bless u n your beautiful family :)

    ReplyDelete
  2. Hannah, i bagi anak2 i tengok ipad 2 kali seminggu. Wiken its the ipad day. Tapi bersyarat, haha. Kalau buat perangai, gaduh2, x behave, taknak makan, no more ipad teros ambil balik. Denda. Tapi i ade masalah dengan ayah dia. Dia selalu bagi peluang kat anak2 sebab mcm kesian, puas i bagitau jgn bagi. Adakalanye, dia ikut, kadang2 dia dok ralit ngan ipad/phone dia so dia bagi budak2 jugak haih. Tapi much better lah dari dulu. Dulu hari2 tido lewat sama lah macam kes anak u dulu. Pheww

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!