Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Wednesday, September 10, 2014

This Entry is for You, Dear Anonymous


It has been quite a while since I really look into comments to my blog. But tonight I stumbled into this comment from this Anonymous. This was written in April this year. Maaf sangat-sangat saya tidak perasan akan comment ini because it is from an old entry. Tetapi memandangkan saya telah membacanya, I think it is very unfair for me to ignore it. Saya betul-betul minta maaf. Saya harap awak masih dalam keadaan baik dan belum jatuh ke keadaan depression yang teramat sangat.


This comments comes from my entry back in 2011 - Cara Menghilangkan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Suami.


Anonymous said...
Apa yang tertulis dalam entry memang tepat. Saya marah suami tapi tak dapat nak buat apa2. Bila suami marah, cara dia keras dan kekadang mendatangkan kecederaan pada saya. Dia tidak bekerja cuma duduk rumah menjaga anak kami berumur 18 bulan.Saya menanggung keluarga kami dari mula berkahwin. Boleh kata selang 2-3 hari ada sahaja kesalahan saya ditegurnya kekadang terlalu kecil tapi suaranya keras. Saya tidak dapat menerima kerana caranya yang keras dan saya selalu bagitau dia bila saya marah saya tak boleh suara tinggi, cubit dia atau sebagainya. I'm suffering in silence. Saya selalu bertanya macam mana nak redha bila berhadapan suami begini yang tidak menghargai saya yang take over tanggungjawab dia menanggung keluarga. Tolong beri nasihat.


Dear Anonymous,

Allah jadikan setiap manusia itu unik. Berlainan caranya. Berlainan sikapnya. Berlainan perangainya. Dan Allah menjadikan pasangan itu sebagai pelengkap hidup kita. Apa yang kita kurang, dia tolong cover. Kalau kita tidak berapa pandai, mungkin dia mampu belajar tinggi. Kalau kita tidak bekerja, mungkin dia bekerja gaji boleh tahan. Kalau kita jenis pemalu, penakut, tidak pandai buat keputusan, dia akan tolong kita untuk jadi confident dan guide kita untuk buat keputusan-keputusan yang baik. Same goes to us. Apa yang kita lebih pula, kita pula tolong coverkan dia. Kalau dia macam tidak berapa cekap dalam membuat sesuatu pekerjaan, mungkin kita lebih cekap dan pantas. Kalau dia tidak tahu macam mana hendak manage financial, kita boleh tolong jadi financial consultant dia. Kalau dia lembut, tidak mudah marah, selalu give in, mungkin kita akan lebih selalu stand up untuk dia dan maki orang bagi pihak dia. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Sebuah pengorbanan. Sebuah hakikat kehidupan. It is never a fairy tale. Sebab itu saya cukup tidak berkenan tengok drama bersiri di TV. Heronya mesti terlampau-lampau kacak. Terlampau-lampau kaya. Terlampau-lampau romantik sampai kita yang tengok pun boleh cair bak ice cream Paddle Pop lantas tergedik-gedik berangan untuk mendapat lelaki yang sebegitu juga. Siap tulis di Facebook dan Twitter pula. Jangan terasa ya, para peminat drama bersiri sekalian. Saya gurau sahaja. Mak mertua saya pun peminat setia drama bersiri begini. Habis saya kena kecam nanti. HAHAHA.


But really, life is not that heaven. Yelah, kita sendiri pun hidup di atas pentas dunia, bukannya di syurga, haruslah kenyataan tidak seindah mimpi. Ya, tidak? However, dalam hidup yang serba mencabar ini, ada masanya cabaran itu lebih sedikit. Terlebih sehingga kita rasakan seperti tidak tertanggung dek bahu ini rasanya. Selalu sangat kita didengarkan dengan kata-kata bahawa Allah tidak akan menguji kita lebih daripada kemampuan kita, tetapi sering sangat juga kita rasa macam sudah tidak tertahan lagi. This is normal. I myself is in a depression mode right now. Sudah 2 tahun dalam depression mode. Satu hari rasa macam hendak sabar-sesabar-sabarnya macam angel, hendak yakin-seyakin-yakinnya bahawa Allah sudah sediakan sebuah cahaya nan terang di hujung dugaan ini nanti, tetapi hari esok tetap rasa macam hendak memekik - EH PERGI JAHANAMLAH SEMUA OI! AKU TAK NAK MENGHADAP SEMUA MEREPEK NI LAGI! EH PERGI MAMPUS LAH! APA NAK JADI, JADILAHHH!


Normal lah kan, kita manusia cuma!


As for your case, I understand what you are going through. Like what you said, you are suffering in silence. Hidup sebagai seorang isteri ini memang hebat cabarannya. Sometimes kalau saya tidak puas hati pun, terus mengeluh hingga ke dasar hati - Haih, kenapalah jadi isteri. Kalau jadi suami, kan senang. Sudah tentu boleh buat apa yang suka. Boleh pergi mana hendak pergi. Boleh buat keputusan tentang apa-apapun. Tidak perlu makan hati, makan jiwa, makan perasaan begini. Haih haih haih, panjang sungguh keluhannya. BUT.. There is a big but there. Menjadi suami sebenarnya tanggungjawabnya tersangatlah besar. Kalau rajin baca buku-buku agama, tengok sahaja betapa panjang list untuk menjadi suami soleh. Bukan senang hendak menjadi suami soleh. Bukan senang hendak masuk syurga. Suami adalah seperti captain yang mengemudi kapal. Kalau dia sendiri tidak terkemudi, macam mana kapal hendak tiba ke destinasi? Tanggungjawab suami adalah sangat berat.


First and foremost, I would suggest that you communicate with your husband. Beritahu dia apa yang awak rasa. Beritahu dia apa yang awak tidak puas hati. Beritahu dia apa yang buat awak sedih. Beritahu dia segala-gala yang terpendam di dalam hati awak. Yes, I know it is difficult. VERY DIFFICULT sebenarnya. Betul, kan? Dahulu time saya baru-baru kahwin, saya juga mengalami masalah ini. Masalah komunikasi. Di kala saya decide untuk pendamkan sahaja apa yang saya rasa, kawan-kawan semua bilang, hey communicate lah! Kalau tidak cakap, macam mana dia hendak tahu? Kalau tidak communicate, apa gunanya berkongsi hidup? Communication is the key! Rasa macam hendak bentak sahaja - Communication is the key kepala hotak kau, kau tahu tak aku belum cakap pun dia sudah pusing dan buat-buat tidur? Kalau tidak pun, dia capai kunci kereta dan keluar entah ke mana. Nak cakap macam mana?


Sounds familiar to you?


Sebenarnya hendak communicate pun perlu ada caranya. Perlu ada seninya. Lain orang lain caranya. I do not know about your husband, tetapi awak kena cari jalan untuk communicate dengan dia. Mungkin attempt hari ini akan gagal, mungkin attempt hari esok juga akan gagal, but never give up. Never, ever give up if you love him and you really want your marriage to work. Memang betul cakap kawan-kawan saya, communication is the key. Tetapi percaya atau tidak, saya baru jumpa kuncinya selepas 5 tahun berumahtangga. And I know someone who takes more than 20 years to find this kunci. Phew. Mencabar sungguh, kan? Marriage is like a puzzle. It is either you find your way out or you get lost in it forever. Some guys mereka tidak suka bercakap secara berhadapan. Mungkin dia tidak suka tengok kita perempuan ini emotional tidak pasal-pasal, cakap sedikit pun sudah menjejes air mata, selepas itu merapu pula cerita 10 tahun yang lepas semua keluar. Other guys pula tidak suka communicate dengan kita sebab mungkin kita selalu mencalarkan ego mereka. Contoh macam mungkin kita pertikaikan keadaan dia yang kurang daripada kita, dan kita lebih bertungkus lumus daripada dia. So jatuhlah ego lelaki dia, kan. For guys yang kita tidak boleh cakap secara berhadapan begini, I would suggest that you write to him. Tetapi tulis pun mesti kena dengan gayanya. Ada lelaki tidak suka kita tulis surat atau email panjang lebar. Tidak boleh digest dek kepala otak, bilangnya. Some would prefer short notes. Mungkin notes. Atau via Whatsapp. Tetapi cara pendek yang tidak memeningkan kepala otaknya. Ayat pendek-pendek. Tidak melebihi 10 perkataan setiap ayat. Wah, banyak pula kriterianya. Heheh. And another common mistake kita perempuan suka buat, kita selalu hendakkan immediate feedback, seperti yang selalu kita akan immediate reply apa yang dikatanya. Some guys mereka ambil lebih sedikit masa untuk response. Kadang-kadang a few minutes, kadang-kadang a few hours, kadang-kadang a few days, or even weeks. Kita selalu akan ingat mereka sudah lupa issue yang kita bincangkan, tetapi sebenarnya tidak. Mereka sedang digest mengikut kerumitan issue itu. Kalau rasanya macam terlebih rumit gitu, berilah lebih sedikit masa. Dalam perkara begini kita kena banyak sabar. Yes, I know, again perempuan yang kena give in, yang kena sabar, kan? But if this leads to a positive response, why not? Try dulu.


Oh, not to forget, some guys pula suka dipuji. Yelah hari-hari gaduh asyik keluar harsh words sahaja, apa kata sesekali apabila dia tersweet sikit pun, just sengaja puji dia. Send him a surprise note goes something like - Saya sukalah semalam Abang sweet sangat. Auw. Sometimes sweet words like this boost their confidence. Then entah macam mana, esok lusa makin kerap pula dia sweet macam hero drama bersiri. But again, all of this depends on your husband's personality. Mana yang kena, mana yang sesuai. Jangan main redah sahaja, besok lusa silap-silap kena hempuk. But really, no matter what method you use, kalau sudah dapat satu method yang rasa macam agak-agak boleh jalan, teruskan gunakan method tersebut and let your feelings out. Gunakan cara itu dengan lembut untuk meluahkan perasaan. Beritahu segala yang terbuku di hati. Mungkin apabila caranya sesuai, dia akan lebih terbuka untuk mendengar dan merespons. And after that maybe he will come up with his own solutions juga, who knows! Guys sangat suka menjadi orang yang berkuasa, yang bijak pandai, dan yang membuat keputusan. So see what he has to say. Maybe he also has his own reasons why is he acting like that. Mungkin dia sendiri tengah kusut dan berserabut dengan keadaannya yang tidak bekerja dan hanya duduk di rumah jaga anak. Mungkin juga saban hari dia stress egonya tercalar kerana awak yang bekerja sedangkan dia tidak. Memang lumrah manusia, apabila macam-macam perasaan negative terbuku di dalam diri, dia akan cari jalan untuk luahkan. Dan oleh kerana awak adalah yang paling rapat dengannya, serumah dengannya, awak pula yang kena. First thing first, maafkanlah dia. Dan carilah jalan penyelesaian itu. I believe that there are still ways to work things out.


Apabila sudah berjaya communicate, berbincanglah dari hati ke hati dan carilah jalan penyelesaian kepada permasalahan itu. Dalam pada itu, cuba elakkan daripada mencalarkan egonya dengan kelebihan yang kita ada sebagai seorang isteri dan wanita, kerana ego itu tersangatlah berharga bagi seorang lelaki. This reminds me of a friend. She is very, very intelligent. Dia adalah wanita high-flyer. Like you, a superwoman! Apa sahaja yang dia hendakkan, pastinya dia akan dapat. Belajar tinggi, kerja bagus, gaji besar. Husband dia pula biasa-biasa sahaja. Tetapi oleh kerana dia tidak mahu mencalarkan ego husband dia ini, dia try untuk relax dan biarkan dirinya menjadi seorang yang biasa-biasa. Banyak opportunity yang dia lepaskan semata-mata untuk biarkan husband dia naik dahulu. Opportunity dalam belajar, opportunity dalam kerja, opportunity dalam increasing the standard of living. After many years, husband dia berjaya naik ke tahap yang lebih tinggi daripada dia. Level of confidence pun semakin meningkat, dan cara membuat keputusan pun semakin baik. Guess it all has to do with the ego! Husband dia kini dihormati di kalangan kawan-kawan, dan dia sendiri pun lebih menghormati husband dia kerana pencapaian itu. And of course, masa kawan saya lepaskan banyak opportunity itu memang mengikat perut lah sedikit, kan. I then realize, sometimes it is OK untuk kita berkorban sedikit untuk kebahagiaan masa hadapan. Husbands must always be husbands, and we as wives will always be wives. Walau bagaimana hebatnya kita, syurga kita masih tertakluk pada keredhaan suami.


If you still have hopes on your marriage, maybe you can try this out. But if you think things have gotten worse, dan apabila yang awak kata mendatangkan kecederaan itu sudah semakin teruk, DO NOT WAIT. DO NOT HESITATE. Seek professional help. Saya percaya, lelaki yang kalau sekali dia sudah pandai angkat tangan, sampai bila-bila pun mungkin dia akan angkat tangan. This is my own personal opinion ya. Dan lelaki yang mengasari wanita kaum yang lemah memang tidak patut dihormati, apatah lagi disayangi. But again, kalau rasa macam mungkin ada issues yang boleh dibawa ke tengah, yang masih boleh dibincangkan, dipersilakan. Tepuk dada tanya selera. Saya hanya dapat berikan pandangan apa yang termampu. I do not know how bad your situation is. Cumanya daripada apa yang awak tulis, saya rasa mungkin disebabkan kelebihan awak berbanding dengan dirinya, and he is stressed up.


Dalam segala usaha ini, jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada Allah agar diberikan jalan penyelesaian yang terbaik. You are now a wife and a mother, and I believe you know how makbulnya doa seorang isteri dan seorang ibu. Maka, berdoalah. Mengadulah kepadaNya kerana hanya Dia sahaja yang tahu setiap permasalahan dalam hati awak. Jangan minta dipermudahkan, tetapi mintalah kekuatan untuk mengharungi semua ini, semoga ada sinar yang terang menanti awak di hujung dugaan ini. Saya doakan awak, dan saya harapkan yang terbaik daripada semua ini nanti. In shaa Allah.

6 comments:

  1. I love this! Thanks Kak H.J! - Ibu Tihani

    ReplyDelete
  2. I suddenly remembered kuliah seorang ustaz ni..
    He said, bila kita dapat suami pemarah, suami yang tak jalankan tanggungjawab, pendek kata suami bukan yang macam kita dambakan, always remember Asiah, isteri Firaun.
    Jadikan Asiah sebagai sumber inspirasi. Asiah, salah seorang penghulu wanita di syurga di samping Saidatina Khadijah dan Fatimah Azzahrah..Hebatnya Asiah pada sabarnya dia disamping suami yang paling zalim, paling kejam dalam dunia. Firaun Laknatullah. Tersiksanya jiwa dan batin Asiah melihat kekejaman Firaun. Setilam sebantal dengan insan yang dilaknat Allah, tapi hatinya tetap utuh mentauhidkan Allah. Dia tetap bahagia kerana cintanya yang satu hanya pada Allah. Sehingga pada saat akhir hayatnya, dia masih tersenyum meskipun dia disiksa dengan dahsyat oleh suaminya. Kerana dia tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah "Binakanlah aku istana di dalam syurgaMu". Dan pada saat akhir hayatnya, diperlihatkan padanya sebuah mahligai indah di dalam syurga, justeru dia pergi dengan sangat bahagia walau jasadnya terseksa.

    Kesimpulan yang ustaz bagi, letakkan cinta yang agung pada Allah. Cintai Allah melebihi cinta pada manusia. Cinta suami kerana Allah. Mudah2an Allah memelihara kita. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. seperti biasa, like ur 'nota kehidupan' soo much :)
    semoga istiqamah membantu kawan2 dengan ur opinion

    ReplyDelete
  4. Well said HJ..suka sngt baca entry yg mcm ni..even skg dlm bilik meeting..hehe

    ReplyDelete
  5. Macam satu kebetulan pulak pertama kali menjenguk blog you dan membaca entry ini dikala hati tengah panas dengan sang suami. Thank you so much.

    ReplyDelete
  6. HJ, sometime when I had a problem, I wish i can turn back to my childhood which is on 80s. Surrounded by friends & family. There is no high end technologies just playing pondok-pondok, polis sentri, mandi sungai, main parit & all the things that millenium kids don't do it now. And there is no problems to solves.... and the most important thing, i have a young mom & a healthy abah. I just lost my abah last year. I really miss him when i had a problem.... Al-Fatihah to my abah.

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!