Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Monday, September 29, 2014

"I Miss My Husband When He's There.."

This entry is dedicated to a reader who commented on last week's entry. 


Assalamualaikum kak hanna..
saya suka baca blog akak sebab selalu dapat motivasi dari setiap entri akak..
saya nak mintak nasihat sikit boleh tak?
or any tips..
saya baru je berkahwin dalam 7 bulan..
suami saya ok,
cuma masalah saya..
everytime balik kg die.. mesti saya rasa tersisih
sebab husband jenis rapat sgt dengan adik beradik die..
saya pulak jenis cepat terasa..
yela kalau pergi makan die duduk dengan adik beradik die..
anak sedara die memang melekat dengan die macam bayang-bayang..
belum lagi kalau keluar berjalan.. 
kakak die mesti nak duduk depan..
sampai kadang-kadang saya rasa macam tak ade suami bila balik kg die.. or bila die berkumpul dengan adik beradik die..
bila kt kg..memang jgn harap la die nak tidur ngn sy.. mesti die sanggup tidur lambak2 dengan adik beradik die..
kadang-kadang ada terdetik dalam hati.. saya ni buat pilihan yang salah ke?
and everytime kalau saya emosi.. die still akan tetap menangkan adik beradik die..
sampai satu tahap saya rasa macam nak lari jauh-jauh..
stress sangat T_T



First of all, congrats kerana telah mendirikan rumahtangga dengan insan yang kamu cintai. Perkahwinan sememangnya perkara yang paling indah. Ia adalah penyatuan jiwa dan raga bagi dua insan yang bercinta. Hari kita jadi raja sehari adalah hari paling bahagia, paling kita tertunggu-tunggu. Hendak tunggu hari itu tiba, makan tidak kenyang, tidur tidak lena, mandi pun tidak basah! Busy with preparations. Busy with excitements. Busy dengan keluarga, kawan-kawan dan saudara mara. Dan pada saat dia melafazkan kata-kata keramat itu, berakhirlah segala penantian kita bertahun-tahun. Kita telah menjadi milik each other secara halal. Berkongsi hidup, berkongsi suka duka, dan berkongsi segala-galanya. Sangkanya kisah cinta kita telah berakhir dengan happily ever after. Namun pada ketika jugalah sebenarnya kita baru sahaja mula untuk mengenali suami. Mengenali dirinya yang sebenarnya. Mengenali tingkah lakunya. Mengenali suka bencinya. Termasuklah mengetahui hubungannya dengan keluarga dan bagaimana sebenarnya keluarga sebelah sana.


Kalau pun selama ini kita sudah biasa berkunjung ke rumahnya, keluar makan dengan parents dia, lepak berbual dengan adik beradik dia, it is never the same. Selagi kita masuk belum officially masuk ke dalam family dia, berkahwin dengan dia, kita sebenarnya belum betul-betul kenal mereka. Pertemuan yang singkat-singkat cuma itu tidak pernah dapat memberikan gambaran penuh, namun kita selalu sangka ia memberikan gambaran secara menyeluruh. Sebab itu ramai sangat orang bilang setelah berkahwin baru datangnya stress. Setelah berkahwin baru datangnya ketidaksefahaman. Inilah sebabnya. 


First and foremost, kita perlu faham, sebelum suami berkahwin dengan kita, sudah lebih 20 tahun dia tinggal bersama family dia. Sudah lebih 20 tahun dia hidup dalam gurau senda adik beradiknya. Dan sudah lebih 20 tahun dia dibesarkan dengan masakan ibunya. Kalau hendak dibandingkan dengan kita, baru berapa bulan atau tahun sahajalah yang telah kita luangkan bersamanya. Perumpamaannya bagai langit dan bumi. Ia adalah tersangat natural kalau suami akan selalu gelak lebih besar apabila dengan adik beradiknya, makan lebih banyak apabila dihidangkan dengan masakan ibunya dan berbual lebih galak dengan familinya berbanding dengan kita. This is very normal. Tanyalah kawan-kawan lain yang sudah berkahwin, mereka juga menghadapi perkara yang sama. And if you ask me, HJ, awak rasa benda yang sama tak? I would say, Yes. An honest, 100% YES. Saya tidak tipu kamu. You sure know how I always like to share my own life experience here in my blog, right? Saya memang rasa. Dan saya juga mengalaminya. Kadang-kadang kita susah payah masak sedap-sedap, sambal telur mak dia juga yang dia cari. Kadang-kadang kalau petang hujan lebat kita bawa beg berat minta dia jemput, dia kasi alasan jalan jem banjir kilat, paksa kita naik LRT, tetapi selepas itu boleh pula redah hujan lebat banjir kilat jalan jem 2 jam setengah siap ada lautan api pula pergi jemput adik dia di asrama! Apa perasaan saya? HAHA. Apa yang kamu go through, saya sudah rasa yang sama. Situasinya berbeza, tetapi ceritanya sama. Dan perasaan saya dengan kamu pun haruslah sama. Kita sama-sama perempuan. Sama-sama kaya dengan perasaan cemburu. Sama-sama kaya dengan rasa tidak puas hati. Namun bagaimana saya hadapinya?


Sebelum itu, saya hendak tanya, berapa kerap kamu pulang ke rumah family dia? Dan berapa hari pula kamu spend time di sana setiap trip?


My sincere advice is, hela nafas. Panjatkan rasa bersyukur dan ukirkan senyuman. Senyum! Hehe. Lelaki, kalau ditanya, memang mereka sangat sayangkan keluarga. Pertama sekali, kita kena banyak-banyak bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sangat sayangkan keluarga dan sangat akrab dengan keluarganya. This is one of the greatest quality you can find in a man. Kalau dia sangat sayang dan akrab dengan keluarganya means nanti kalau kamu sudah ada anak, just see how close he is dengan kamu dan anak kamu pula! Bakal bapa mithali ni nanti, in shaa Allah! Kalau kamu bilang sedangkan dia dengan anak saudara dia pun sudah melekat macam bayang-bayang, macam mana pula kalau dengan anak sendiri nanti? You will be the happiest and proudest wife ever!


Kalau kamu tanya saya adakah husband kamu sayang kamu? I would say, of course! Siapa tak sayang bini oii? Hehe. Jangan fikir bukan-bukan just because he is so attached to his siblings and his anak saudara yang sudah semacam bayang-bayang dia itu. Cumanya kita perempuan kena lebih cool. Yes, I understand pastinya kamu emosi. But again, kita perempuan kena belajar untuk lebih cool. Setiap kali hendak balik rumah family dia sahaja, terus set mind, Ok my husband is going to ignore me, or totally ignore me within the next one week, so prepare-kan diri. Prepare-kan diri mentally and emotionally. And jadilah cool-secool-coolnya. You already know that his sister will seat in front with him dan malam nanti mereka akan tidur lambak, so marilah kita jadi cool dan offer kakak dia duduk depan setiap kali naik kereta dan join tidur lambak dengan adik-beradik dia pada waktu malam! Yeayy! Dan dalam ramai-ramai adik beradik dia, try to find one yang boleh click dengan kamu, yang boleh berbual berjam-jam share pelbagai cerita meraban! Or better still, mungkin kamu boleh click dengan semua sekali adik beradik dia! Berbual dengan mereka, join gelak dengan mereka, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan dalam masa yang sama curi peluang duduk sebelah husband dan sesekali pegang tangan dia or letak kepala kat bahu dia. I do this ALL the time! Kadang-kadang rasa macam lebih romantik pula di rumah mertua berbanding di rumah sendiri. Hehe. This is because when he is happy with his siblings, hatinya lebih terbuka, fikirannya lebih lapang, so lebih senang untuk kita approach. Tetapi janganlah approach gedik macam hendak curi dia balik daripada adik-beradik dia. Tetapi approach untuk share. And one thing for sure, semakin kita cool dan sporting, sebenarnya semakin sayang suami pada kita nanti. Sebab dia tahu kita appreciate dan faham kesukaan dia, so dia akan lebih senang dengan sikap kita. Guys ni, tidak banyak yang dia minta. Mereka tidak demanding macam kita girls, hendak itu lah hendak ini lah, terasa itu lah terasa ini lah. Guys ni asal kita faham mereka, kita trust mereka, kita kasi mereka space, in shaa Allah mereka ok. 


So start sekarang, asal hendak balik ke rumah family dia, cuba untuk jadi isteri yang ideal di matanya dan kakak/adik ipar yang paling best gila kepada adik beradiknya. Segala perasaan tidak puas hati, emosi, marah, sedih dan stress itu buangkan jauh-jauh. Lapangkan hati, ikhlaskan hati dan tenangkan hati. Semua perasaan negative itu tidak baik untuk kamu, dan tidak baik untuk relationship kamu dengan husband dan keluarga dia nanti. Asal rasa macam tu, cepat-cepat ingatkan diri sendiri yang itu pastinya syaitan yang mahu menyucuk kamu. Being a newly-wed (saya anggap 7 months masih newly-wed, masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain), ini adalah satu daripada cabaran dalam perkahwinan. You will face many more tests in the coming years, so the first thing to learn here is to be cool. Jadikan seminggu dua di rumah family dia sebagai jarak masa untuk kamu saling merindui. Nanti apabila sudah balik ke rumah sendiri jangan lupa pergi date dan balas rindu dendam!


Boleh, kan? :)


Try this out first and see how it goes. Memang susah hendak berperang dengan perasaan sendiri, apatah lagi perasaan itu selalunya datang tanpa kita pinta, I know, tetapi cubalah demi untuk hari-hari yang lebih baik di masa hadapan. Nothing more yang kita mahukan kecuali untuk menjadi isteri yang paling baik dan disenangi suami, kan? Sesekali kalau rasa stress sangat, remind yourself that your aim is to be a good wife to your husband. Jangan rasa macam hendak lari jauh-jauh dan jangan rasa macam kamu sudah tersalah pilih atau dia tidak sayangkan kamu. Semua ini mainan perasaan semata-mata, dan hanya kamu sendiri yang dapat mengubah keadaan ini. Belajar menerima seadanya, dan sentiasa ingat, to argue with our husbands tentang adik beradik atau family mereka, kita tidak akan pernah menang. Tidak akan boleh menang. Ini adalah satu 'pantang' bagi saya sebenarnya. Never talk about his siblings or his family, lebih-lebih lagi cakap tentang sesuatu yang tidak sedap didengar. Atau cuba menang dengan mereka. Pantang. Sebaliknya, terimalah, dan itulah sebenarnya kemenangan terbesar kita. Berkahwin dengan dia bererti kita berkahwin dan terima keluarganya. Terima setiap baik dan buruk. Terima dan anggap macam keluarga kita sendiri. Suka atau tidak, ini sahaja resepi kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


And last but not least, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah moga dilindungi daripada perasaan dan permainan emosi. Everything will be ok, in shaa Allah! Saya tahu kamu kuat dan kamu boleh lakukannya. Mulai saat ini, hela nafas panjang-panjang dan bertekadlah untuk menjadi lebih tenang dan bahagia. Saya doakan kamu and do not worry too much. Always remember, you are one lucky wife here. Kalau ada apa-apa just write to me again ok. Jangan stress. You will be ok. 'Till then, take good care!


Lots of Love,
HJ. 

11 comments:

  1. Salam,

    Terima kasih banyak-banyak..Nasihat yang sangat baik! Banyak betulnya.
    Suka atau tidak, kita kena berusaha juga hadapi apa yang kadang-kadang kita tak selesa demi kebahagiaan rumah tangga.. kan.. :)


    ReplyDelete
  2. well said HJ..
    suka dengan positive thinking HJ..

    ReplyDelete
  3. Asslm kak HJ, this is a good reading!
    Pernah rasa macam tu jugak, tapi bila fikir positif, apalah sangat setakat 2 hari je, time balik kg, biarlah dia lepas tindu pd mak abah, adik beradik. Bagi chance kat dia.

    ReplyDelete
  4. thank u so much kak HJ..
    saya rasa bersemangat dan positif sekali bila dapat suntikan kata-kata motivasi dr akak
    saya akan cuba lapangkan dada n ikut nasihat akak..
    i'll try my best..
    thanks again kak HJ
    :)

    ReplyDelete
  5. Orang kata jangan layan sangat mainan perasaan tu, kan?..saya sependapat dgn HJ, kalau husband kita rapat dengan family dia, bermakna he is the family man. bila dah lamaaaa kita dlm marriage tu, baru dapat 'kesan' kpd value yang suami kita dapat dari family dia - dia akan sentiasa lebihkan keluarga. And a guy really needs his own space, be it with his family, friends atau his own sweet time just for playing online games for few hours. Believe me. Hehe.

    nurulni

    ReplyDelete
  6. Hai sis,
    Sukanya baca setiap entry sis.
    Rasanya kalau sis buat buku mesti akan dapat sambutan hangat...

    Keep on update ye...
    =))

    ReplyDelete
  7. Well said HJ! Bravo!
    Keep up the good writing qualities u have!

    I'm married to the abanglong of 8, it took me quite awhile to learn to adapt on being kaklong. I learnt how to share their big bro w them not steal him from them, and still learning. Well blood ties do runs thick kan?

    ReplyDelete
  8. Good advice HJ! Untuk menang, kita perlu mengalah.. Suami akan lebih appreciate isteri yg boleh mingle around with his parents and siblings.. been there done that. It really works!

    ReplyDelete
  9. aaaa this is sooooo me. 6 years ago. Masa baru jadik pengantin baru. I'm married to a man yang ada 2 beradik je, while I ada 5 adik beradik. Ada culture shock sket la sbb family belah sana over protective and caring melampau. Semua benda pun nak kena report. Mula2 memang susah sangat nak adapt tapi as time goes on, semuanya akan berjalan dengan baik. Macam HJ cakap, kena lapangkan dada, cuba belajar sesuaikan diri. Surely, it takes time, darling but worth it.

    Yes, anon.
    You're not alone.
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. Hannah... writing u memang macam u kena jadi writer. very inspiring... i dah sebak2 membaca tulisan u. T__T

    ReplyDelete

  11. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate ? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. Hope to hear soon. Thanks!

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!