Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Thursday, August 07, 2014

Seru

Saya masih ingat lagi pada malam saya mula pakai tudung di rumah Mak. Mett kerja malam, he was on standby, so hanya saya dan anak-anak sahaja. Malam telah larut dan saya meminta diri pada Mak untuk ke bilik tidurkan Myiesha dan Tihani. Dalam 5 minit selepas saya masuk ke bilik, while I was patting Myiesha and Tihani, Mak menjenguk di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat. "Tihani dah tidur?" she asked. Saya senyum. "Belum lagi. Masuklah, Mak."


Mak came into the room with a smile. "Bila dapat hidayah?" tanyanya dalam senyum sipu. Saya turut tersenyum. "Hidayah apanya Mak?" saya cuba cover line. Mak then expressed her indescribable happiness melihat saya sudah mula consistent dalam menutup aurat. Bermula dengan freehair, saya mula pakai tudung when I had Myiesha, dan kini saya mengambil satu langkah lagi dengan menutup aurat di rumah, since Mett has 2 brothers. It is not easy for me to do this actually. Lama sangat fikir macam mana hendak buat, macam mana hendak start. Selalunya di rumah Mak, saya hanya ber-tshirt dan berseluar. Kadang-kadang kalau panas, pakai knee-length tights sahaja instead of seluar! Kalau bawa baju memang fikir tentang convenience sahaja. Senang tidur, tidak panas, hendak mandikan budak-budak pun senang tidak perlu sinsing lengan baju bagai.


I never thought of aurat. Never. Walaupun pada waktu itu saya sudah mula bertudung di luar rumah. Sebab itu saya rasa susah. Maaf cakap ya, tapi saya rasa macam buang tebiat pun ada. Hahaha. Yelah selama ini pakai t-shirt and tights, tiba-tiba hendak bertudung berjubah dalam rumah apahal pula?


Tetapi Alhamdulillah, hendak buat perkara baik memang senang sahaja Allah permudahkan. That evening on the way back from work, I texted my sister in-law, Mett's one and only sister, via WhatsApp. I told her I had something to tell. She then asked what is it? Saya bilang, saya hendak start pakai tudung apabila di rumahnya. Then saya bilang, saya tahu macam buang tebiat.


She then laughed so hard with her very long 'Hahahahahaha!' reply. Dia bilang, OK lah tu. Apa yang peliknya? Benda baik. Mak - apabila bermalam di rumah orang pun bertudung dalam rumah juga. I laughed too. Entahlah, diri sendiri rasa pelik. So I said OK and thanks, dan tolong hint pada Mak juga if she reaches home dahulu. Tidak tahu hendak intro macam mana sebenarnya. 


I was glad everything went smooth. Sampai rumah Mak, saya tanggal tudung dahulu sebab adik ipar lelaki belum pulang. Saya mandikan anak-anak, then makan. Then selepas Maghrib macam terdengar bunyi pintu. Mak cepat-cepat hint pada saya mungkin itu adalah brother in-law. Saya pun cepat-cepat masuk bilik sarung tudung.


I never had this conversation with Mak until that night, when Mak came into the room. Mak was obviously happy. Mak tanya mana dapat hidayah. Entahlah, sebenarnya saya tidak tahu macam mana hendak jawab. Sebenarnya saya rasa this is like more to seru. You know, kalau orang bertudung, atau pergi haji, atau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga - mereka bilang, dah datang seru! I think this is my seru. It derives from a collection of tests I face lately. Dugaan demi dugaan datang membuatkan saya tunduk rukuk dan sujud kepadaNya dengan consistent. Tidak tahu berapa koyan air mata yang telah tertumpah. Tidak tahu berapa banyak zikir keampunan yang telah saya pinta. Dan tidak tahu betapa beratnya dugaan-dugaan itu sampai saya mampu sujud dan bertaubat kepadaNya. Taubat is really a big thing to me. Kerana selama ini I am a very, very, VERY open-minded person. Cakaplah pasal apa-apa, buatlah apa-apa, mesti saya akan bilang - OK je. Alah small matter je. Alah no hal je. Bagi saya semuanya no hal. Semuanya small matter. Cerita pasal pergi club, minum, drugs, balik make love dengan girlfriend - semuanya saya dengar dengan hati dan telinga yang terbuka. To me it is like, alah youngsters kan? Biasalah tu. Nanti sudah dewasa nanti OK lah tu.


Tetapi apabila seru ini datang, it is like a wake up call. Dugaan-dugaan ini telah buat saya cari diri sendiri. Pada mulanya, I thought I was going crazy. Seriously. Saya berada dalam keadaan yang terlalu stress dan depressed sampai saya rasa macam hendak buat something to myself. Saya rasa macam hendak cederakan diri sendiri. Saya rasa macam hendak racun diri sendiri. Saya rasa macam tidak ada orang yang faham diri saya. Asal saya cuba mengadu pada orang, cuba meluahkan perasaan, orang hanya mampu bilang - sabar. Or, kuatlah sikit woi. Or, jangan fikir sangatlah. Or, siapa suruh ikutkan emosi sangat?! It is not like I am weak or ikutkan emosi or terlalu fikir. Kalau sudah stress itu datang hari-hari, macam mana saya hendak tolaknya pergi? I really want to hurt myself at that point of time thinking that maybe people will only appreciate me when something happens to me.


Tetapi entah macam mana sebelum saya buat semua itu, the first step I took adalah mendekatkan diri pada Allah. Saya rasa macam - OK, semua orang tidak mahu dengar, kan? Let me try to talk to Allah. So di situlah titik tolak bagaimana saya mula bercakap dengan Allah. Kalau tanya saya, honestly, sebelum-sebelum ini saya hanya cari Allah apabila saya berada dalam kesusahan. Apabila ditimpa masalah. Apabila tidak dapat apa yang diinginkan. Apabila dalam keadaan emosi yang sedih, resah dan gelisah. Saya tahu memang buruk sangat perangai saya. But this time around, saya betul-betul tersepit. Dugaan ini mungkin terlampau terkesan di hati saya that I did not even have the chance to take a break. Setiap masa, setiap waktu, setiap ketika saya mencariNya. Sesekali apabila saya rasa lega sedikit, saya akan tetap kembali risau selepas itu dan minta semoga jangan buat saya lupa padaNya. Saya bukan sahaja cari Allah pada waktu solat, tetapi saya juga mencari Allah dengan membaca kitabnya. Saya mula berjinak-jinak dengan Tafsir Al-Quran. And the magic thing is that setiap kali saya membuka tafsir, setiap kali itu juga saya akan menemukan ayat-ayat yang paling indah yang pernah saya baca. Ia seperti menjadi penawar dan penyejuk hati saya yang sedang berduka lara. Ada sahaja ayat yang seperti memujuk diri saya. Memberikan kekuatan pada diri saya. Dan mengembalikan keyakinan saya. And in no time, saya telah yakin seyakin-yakinnya bahawa semua ini adalah ujian Allah semata-mata dan jika saya bersabar dan terus bersabar, akan ada hikmah dan kebaikan yang menanti saya di hujung perjalanan ini, in shaa Allah! 


Dengan datangnya keyakinan ini barulah saya rasa hati saya ini benar-benar terbuka. Dengan hadirnya seru ini baru saya rasa kenikmatan bertaubat. Sebelum ini memang hati saya belum terbuka untuk bertaubat. Apabila baca buku, baca tentang bertaubat, baca tentang solat sunat taubat, baca tentang taubat nasuha, saya tidak tahu adakah saya boleh melakukannya. Sebab hati ini masih belum terbuka. Contoh hati belum terbuka is like kalau katakan ada girlfriends call ajak pergi holiday. Pergi pulau. Just us girls having fun. Snorkling, scuba diving, bungee jumping. Selepas itu selfie beramai-ramai pakai bikini Roxy. Nak join tak? Haruslah saya bilang, yessss! Dan bukan sahaja yessss dan penuh teruja, tetapi juga harus pergi shopping cari hot pants baru! Hahaha! Like I said, I was always an open-minded kind of person. Dibesarkan dengan mentaliti sebegitu, haruslah susah untuk saya buangkannya jauh-jauh.


Berusaha itself is hard indeed, kerana itu saya sangat bersyukur pada Allah di atas seru ini. To me, apabila datangnya seru, semua jadi mudah. Kerana kita buat sesuatu itu dengan tersangat ikhlas. It is not a struggle anymore. Hati kita memang hendak buat. Contoh terdekat adalah pada bulan puasa baru-baru ini. Saya tidak sangka saya boleh bangun every morning sediakan makanan untuk suami bersahur. Padahal sepanjang 29 tahun yang lepas, jangankan hendak prepare food, bangun sahur pun tidak mahu! Apabila hati kita ikhlas mengharapkan syurga dan keredhaan Allah, apabila semua yang kita buat niat kita cuma Lillahi Taala, in shaa Allah semuanya akan jadi mudah. Tidak rasa penat. Tidak rasa leceh. Tidak rasa mengantuk. Semua pun tidak rasa. Yang rasa cuma seronok. Nikmat keseronokan yang tidak terhingga. Sebab kita selalu ingat janji Allah. Kita selalu harapkan ganjaran Allah. Sebenarnya hidup ini terlalu pendek cuma. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Jadi janganlah bertangguh mencari pahala. Jangan berlengah mencari saham akhirat. 


Back to persoalan Mak tentang bila dan macam mana saya mendapat hidayah, I would say it is seru. Seru sudah sampai. Seru sudah sampai untuk HJ berhijrah. Heheh. I have decided to leave all my sins and wrongdoings behind me, and start a new me, sebagaimana saya start blog yang baru ini. I am still far from perfect, masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan masih banyak lagi yang perlu saya perbetulkan, but I am glad I am progressing. That is utmost important. I have decided to dedicate my whole life to Allah. To my family. And to those who love me. Saya hendak betul-betul cari pahala dari sini, dan semoga Allah menerima setiap kerja keras dan usaha kita semua. 


Saya harap sangat saya dapat beristiqamah kali ini. Tetapi untuk bertudung labuh dan berniqab, saya rasa masih jauh lagi. Saya ada beli satu tudung labuh tempoh hari, tetapi masih belum ada kekuatan untuk mengenakannya. Hari itu ada juga keluarkan dari almari dan iron licin-licin, but in the end pakai wide shawl juga. Hehe. Tidak mengapalah, wide shawl pun OK for a start, kan? Asal tutup aurat dengan sempurna. Saya juga masih juga pakai tudung bawal. Eh need recommendation lah, mana hendak beli tudung empat segi yang bidang besar dan tidak jarang tu? Area KL, please. Tak tahu mana nak cari. 


Saya harap apa yang bermula beberapa bulan ini akan terus berkembang dan tidak akan layu. Terima kasih di atas doa semua, you know who you are! Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa terhadap saya, dan in shaa Allah saya akan teruskan selagi termampu. I never want to return to my previous life and I hope for the best in my current and future life. If tomorrow I get a phone call from my girlfriends ajak holiday di pulau, berselfie dengan memakai bikini Roxy - I would say thanks but no thanks. Saya sebenarnya sudah penat sangat bekerja, dan mahu berholiday dengan zauj saya dan budak-budak kecil yang comel itu sambil berbangga menjadi seorang hijabis. Boleh? :)

25 comments:

  1. Alhamdulillah HJ. Tuhan bukakan hati awak dapat seru awal. =)
    MIL you pun support you juga.

    I pun tengah mencuba ke arah itu juga. But my situation, at first dulu, MIL cakap, alahhh, abang ipar je pun, bukannya dia nak kahwin dengan awak pun. FIL pula, nak ke mana ni pakai tudung dalam rumah? Kenapa bertudung-tudung. Ipar duai pun memang pandang semacam je. Rasa serba salah juga memula dulu sebab bertudung dalam rumah, lepas tu FIL semua rasa pelik. Tapi lama-lama, Alhamdulillah, mungkin diorang boleh terima dah sebab takda soalan pelik-pelik dari dorang lagi dah. Even kadang-kadang diorang perli pun, I take it as positive thing je.

    Cuma masalah di rumh sendiri je lah skrg ni sbb nak ubah benda yang biasa dari luar biasa kan. Agak susah sikit lah. I dibesarkan dengan cousin (lelaki) dari kecil so memang dah terbiasa tanpa tudung bila lepak dengan dorang. Terkadang diorang datang, I tengah masak ke apa, memang tak sempat nak ambil tudung. Apapun, akan tetap cuba utk ubah yang biasa kepada yang lebih baik nanti. Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Thanks for sharing your side of story.
      Tapi I rasa yang paling challenging adalah panas. Dalam rumah, bertudung litup bagai - panas mencabar sungguh. Heheh.

      Delete
  2. good for you HJ..alhamdulillah
    i pun nak istiqamah begitu..

    ReplyDelete
  3. Salam Sis HJ,

    Well, I cried when I read this because it reminds me of myself, when I was about in your situation now. I can still remember one of my sisters said, dalam kita cuba nak berubah ni, kita akan always struggle kerana kehidupan dan kesilapan lampau. My advice is, carilah sahabat-sahabat yg akan sentiasa mengingatkan kita tentang manisnya jalan yg sis pilih sekarang kerana sahabat-sahabat ini mampu memberi sis kekuatan. Selain tu, banyak-banyakkan berdoa & solat sunat sebab ini juga mampu beri sis kekuatan tapi luar biasa kesannya. InshaAllah.

    Mengenai tudung tu, kalau sis berminat nak beli borong, ada kedai borong di sebelah Semua House, Jalan TAR, (tak ingat pulak nama building tapi ada kedai sari & kedai Bunga Reben di Ground Floor) where you can get tudung segi empat yg tak jarang. Saranan saya, beli dulu bidang 50' atau 55'. Not too big for you as a start. All the best.

    Moga terus diberi kekuatan dari Tuhan & moga Tuhan sentiasa bersama sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the recommendation, I akan cari nanti.
      Thanks for sharing too. In shaa Allah. :)

      Delete
  4. alhamduluillah
    semoga terus istiqamah ye HJ
    keep on writing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Chekgu Azrine, for your continuous support.
      Tak pernah berhenti support. :)

      Delete
  5. assalamualaikum..
    hannah..serius tak tipu saya nangis baca entri hannah kali ni..mmg deep sangat2 masuk dalam hati ni..then i think, saya byk dosa selama ni..sangat banyak sampai rasa malu dgn Allah, dgn semua org..
    thanks hannah..hannah dah buka mata saya utk jd lebih baik..thanks a lot..

    moga terus istiqamah..bukan mudah nak berubah..lagi sukar nak kekalkan..tp Allah ada.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Semoga kita sama-sama istiqamah. :)

      Delete
  6. Salam Kak HJ,

    Alhamdulillah. Saya selalu suka vibe positif dari akak. Mengaku apa yang salah dan berani memperbetulkan keadaan ;)

    My parents adalah garang. Not really religious in term of ustaz-ustazah or whatsoever tapi mereka sangat strict. Maybe sebab saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Waktu form 1, saya masuk Maahad tapi agak terjal. Haha. Form 2 dah keluar balik dari Maahad sebab tak tahan.

    But there's one thing yang saya bawa dari Maahad; aurah. (Tapi taklah perfect. Masih lagi ada yang singkat sini sana)

    Entah. Mungkin sebab saya ni jahat jadi saya fikir the only thing saya boleh jaga, saya akan jaga. Malah, still ingat lagi waktu mula-mula masuk Maahad dan belajar pasal batasan aurat. Not to make it too obvious, I wore sweater with hood. Opah tarik-tarik hood tu, dia bilang; "Apsal berselubung ni? Kan Atuk datang rumah?" Atuk saudara je pun dan saya tersengih-sengih macam kerang busuk.

    Emak saya lepas kejadian saya bertudung di kampung, turut sama mengenakan tudung.

    Bila dah kahwin dengan adik beradik husband yang 5 lelaki, lagilah saya bertudung sebab duduk dengan family in law.

    Orang cakap, bila kita berubah jadi baik. InsyaAllah Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama dengan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kelakar part tarik-tarik hood tu!
      Thank you. *hugs!

      Delete
  7. tahniah HJ. mudah-mudahan istiqamah...
    teringat semalam cerita Elizebeth di IKIM.fm
    dia tertarikh dengan Islam sbb pakaian..tuduh labuh plus baju longgar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nowadays ramai sangat youngsters pakai tudung yang labuh part dada dengan baju longgar.
      Suka sangat tengok, kan?

      Delete
  8. salam HJ, i suke entry ni..huhu..u r one lucky person yg dpt seru... as for me, still banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lg kurang. i still xcover kepala if kt rumah inlaws. alasannya, rimas. huhu..dh biasa duk dlm umah xpkai tudung. wpn segan la jgk dgn abg ipar lain. tp ntahla.penah i try tp lps tu bukak jgk sbb rimas.huhu.. pki tdung pn kdg still nmpk leher lg. tlalu byk la yg kurg lg. i still try...

    anyway, tahniah HJ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah. I find it difficult too. Berbulan fikir. Berbulan tertanya macam mana nak start.
      Tapi bila dah start, rasa macam OK je.
      Try lah! I support you! :)

      Delete
  9. it's really true....my family before this xde la pakai tudung kalau ipar duai balik kampung berkumpul...tp since i berkahwin n my hubby pun tegur, ipar duai yg lelaki tu pun kite kne jaga aurat ye...so...since that time...mmg wearing tudung n baju lengan pnjang...tambahan pula me tinggal wif family inlaw...mmg lagi la kan kne jaga aurah kite ni...lama2 benda ni jadi biasa...yg paling best tunjuk cth yg terbaik buat anak kite :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Lama-lama jadi biasa.
      I pun dah start terbiasa. Rasa happy. :)

      Delete
  10. Salam hannah..tahniah! Doakan saya jugak istiqamah spt hannah... setan, banyak yg mengacau! Pernah satu hari mencari stoken tak jumpa...pergi ajer kerja dgn kaki yg boleng2! "Takpe..harini ajer!" tapi bila perasaan rasa bersalah tengok kulit kaki sendiri..pergi terus ke koperasi utk beli stoken!..hahaha

    perasaan ini mmg datang scr tiba-tiba kan??



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sama! Pernah pergi kerja tak pakai stokin jugak.
      Then rasa sejuk.
      Then sampai balik menyesal kenapalah tak pakai hishhh.
      Lepas tu tak buat dah. Simpan stokin elok-elok! Hehe. :P

      Delete
  11. Lama tak masuk blog you! Rase nak kena khatam sungguh2 semua entry you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 3 entries je nak khatam. Lain semua dah takde. Hehe.
      In shaa Allah nanti keluarkan balik entry-entry lama.

      Delete
  12. salam hannah...
    entri lama2 boleh private ke? or hide aje? sebab link ni masih sama kan... *blom ada masa nak godek blog sendiri*

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!