Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, August 05, 2014

Hari Raya Saya - 2014

Assalamualaikum warahmatullah.


Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. How's your raya? Mesti macam masih dalam mood raya, rasa macam tak ready hendak masuk kerja lagi. Rasa macam hanya jasad sahaja di sini tetapi fikiran masih di kampung halaman, kan? Same here. I took an early raya leave the other day, an emergency leave actually, hari Khamis pagi (24 July) selepas sahur terus vroom fetch parents lalu terus ke Singapore. Kami dapat berita yang my maternal grandmother - satu-satunya nenek saya yang masih ada - dalam keadaan nazak. Dan sesiapa yang mahu bertemu dengannya buat kali terakhir bolehlah cepat-cepat turun ke Singapore.


So there I was. Tekad took 2 days emergency leave and off we went. Kami tiba di rumah Nenek di Singapore lebih kurang jam 10.30 pagi. Dan memang benar, keadaan Nenek nazak. Nenek terlantar. She was on the oxygen machine dan dia sudah tidak boleh bercakap, makan dan minum. Cuma sesekali sahaja buka mata, itu pun beberapa saat cuma. I cried when I saw Nenek. Saya betul-betul tidak dapat tahan air mata saya. A few months ago sewaktu saya menjenguk Nenek, waktu itu dia masih di hospital, she seemed fine. Boleh makan, minum, duduk berbual. Rajin betul berbual dengan patients katil-katil sebelah. Sesekali apabila mereka mengeluh sakit itu ini, Nenek masih boleh lagi kasi mereka semangat. Kita tengah exam dengan Tuhan. Itu katanya. Nenek memang seorang yang sangat kuat dan independent. And very positive too. Semakin saya meningkat remaja, asal bermalam di rumah Nenek je mesti saya tidur di bilik Nenek. Dan kami akan berbual hingga ke tengah malam.


Kami baca Yasin beberapa round sambil my mother bisikkan kalimah syahadah di telinga Nenek. Keadaan masa itu memang hiba. Dalam pada itu, ada saudara mara dan kawan-kawan yang singgah, mereka pun menangis melihat keadaan Nenek. Saya rasa mereka pun rasa yang sama, mereka tidak sangka akan melihat Nenek dalam keadaan begitu when she was always a happy, healthy old lady. Dalam visits itu saya sedar betapa Nenek disayangi oleh ramai sangat orang di sekelilingnya. Hinggakan jiran depan rumah yang berbangsa India dan pakcik tukang sapu flat itu turut datang menziarahi Nenek. Dan mereka pun menangis. Rasa hiba sangat. Semua yang datang tidak putus-putus mendoakan Nenek.


Menjelang petang, my parents tapau juadah berbuka di Jalan Sultan untuk berbuka puasa. Kami bentang suratkhabar dan berbuka puasa bersama-sama. Just my immediate family and Nenek. Sewaktu kami berbuka puasa, Nenek buka mata. My mother mendekati Nenek dan bilang, "Mummy, kami buka puasa dulu ye. Semua ada kat sini. Jant. Deehann. Zirkhan. Hannah. Mett. Anak-anak dia - Myiesha & Tihani." Saya nampak Nenek sempat mengukirkan senyuman dan mengangguk lemah. Time tu Nenek buka mata agak lama juga. Mungkin Nenek seronok tengok kami berbuka puasa bersama.


Malam itu selepas berbuka, saya pulang ke rumah cousin saya - Kakak Raudha untuk bermalam. Mett dan Abang Nazri - husband Kakak Raudha - sempat ke JB to run some errands. Selepas berbual dengan Kakak Raudha lebih kurang, kami masuk tidur. Saya pun memang mengantuk sangat masa tu sebab pagi tu jam 4 sudah bangun untuk rush ke Singapore.


Mett woke me up at 3am the next day (Friday - 25 July) untuk bersahur. Rupanya dia baru sahaja pulang dari JB bersama Abang Nazri. Sempat tapau nasi goreng kampung & satay banyak gila macam 10 orang punya makan. Haha. Ya Allah, tak penat-penat melepak sampai ke pagi rupanya mamat-mamat tu! Sedang kami bersahur, we got a phone call from my aunt yang menemankan Nenek malam itu. Dia bilang dia rasa Nenek sudah tiada. My heart skipped a beat. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun! Kakak Raudha quickly called her mother - my Maklong - who then called everyone else. Abang Nazri masa itu sudah keluar untuk fetch another aunt - my Makbesar - di airport. He then fetched my parents juga dan terus ke rumah Nenek. 


I grabbed Myiesha & Tihani and all of us rushed to Nenek's in Mett's car. My parents were already there when we arrived. Saya sentuh dahi Nenek yang sudah mula sejuk dan menangis semahunya. Ya Allah, itulah kali pertama saya menghadapi kehilangan seseorang. The feeling was just indescribable. Menjelang pagi, semakin ramai yang berkunjung ke rumah Nenek untuk menatap Nenek buat kali terakhir. Anak-anak, cucu cicit, adik beradik, saudara-mara dan kawan-kawan. Surah Yasin tidak henti-henti dialunkan. Jiran depan rumah berbangsa India yang cukup baik terhadap Nenek yang baru sahaja menangis melihat keadaan Nenek semalamnya, menangis semahunya pagi itu dengan kehilangan Nenek. Same goes to pakcik tukang sapu flat itu. Pagi itu juga Nenek dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum disemadikan di Pusara Abadi yang terletak di Choa Chu Kang lebih kurang jam 10.30 pagi. Alhamdulillah semuanya berlaku dengan sangat cepat dan lancar sekali. Ramai yang kata muka Nenek bersih dan tersenyum. Alhamdulillah. I was glad Mett was always there the whole time helping out sampai membawa jenazah Nenek ke kubur walaupun tidak tidur lebih 30 jam straight sejak pagi Khamis itu.


Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus. Dan paling berterima kasih kepada Allah kerana memilih Nenek untuk menghadapNya pada pagi Jumaat di bulan Ramadhan yang suci. Semoga roh Nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin ya rabbal alamin.






Our raya on Monday was so-so kerana kami masih bersedih dengan kehilangan Nenek. Tetapi kami tetap juga menziarah beberapa saudara mara terdekat. We always make a point to visit relatives every raya. Kerana mereka semuanya jauh di Singapore dan mereka semakin tua as years pass. Ini sahaja masa yang ada dan kita tidak tahu adakah masih ada umur yang panjang untuk bertemu lagi pada tahun hadapan. Kehilangan Nenek buat saya lebih menghargai orang-orang di sekeliling saya. Family is everything.


Tanpa family, tanpa semangat mereka, tanpa sokongan mereka, tanpa pengorbanan mereka, siapalah kita. In the end, it is family yang akan bersama kita di akhir nafas kita. Anak-anak soleh dan solehah yang mendoakan. Duit, pangkat dan harta tidak boleh bawa ke mana.






Dalam hidup ini kita mesti selalu tahu dan ingat apa priority kita and work towards it. Paling penting haruslah Allah, sentiasa cari keredhaanNya dalam apa sahaja yang kita lakukan. Then there is family - parents, suami/isteri dan anak-anak. Jangan pernah lupa letakkan mereka dalam kedudukan teratas dalam list. Sibuk macam mana pun, marah macam mana pun, WAJIB berbuat baik pada mereka. Selepas itu, diri sendiri. Kejar semua dreams and ambitions. Buat semua perkara yang kita suka. Jangan sesekali tinggalkan passion - apabila passion diketepikan, jiwa kita pun seolah-olah sudah mati. Sebab passion selalunya memberikan semangat kepada kita. Buat kita happy. Buat kita bersemangat. Buat kita positive! Ingatan untuk diri sendiri juga ni, haha. Jangan tinggalkan blogging ok, HJ? Tengok, bila dah blogging rasa happy, kan? Teheee.




With Abang Nazri, Kakak Raudha and their little Imans!
Thanks for having us!


Sempena back to work & school ini, semoga hari kita akan bertambah baik dan progressive, in shaa Allah. As for me, saya masih berharap untuk dapat kerjaya yang lebih baik. Sesuatu yang mampu membuatkan saya gembira as each passing day. I miss the old HJ actually. Doakan saya ok, kawan-kawan?


Till then, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin! Kosong-kosong ok? Love all of you always. 



**



P/S: This drop-dead gorgeous header is sponsored by my brother - Zariel Zahann. Love it to bits. Thanks, bro!






16 comments:

  1. selamat hari raya sis HJ
    lama nunggu sis update blog
    al fatihah untuk arwah nenek sis ye
    semoga rohnya tenang di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Chekgu! Doakan saya istiqamah dalam berblogging kali ni. Hehehe.

      Delete
  2. HJ......................

    Walaupun selalu tengok gambo IG, takkan sama deh bila HJ post kat blog.
    Miss you & Selamat Hari Raya HJ.

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, kat IG tak boleh tulis panjang-panjang, kan?
      Selamat Hari Raya juga! :)

      Delete
  3. welcome back Hannah =) boring tau jd blogger tegar dgn bbrp kerat yg lain je hahaha ramai blogger seangkatan kita dah bersara. i missed the good old times actually....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu lah kesian awakkk!
      Jom kita suruh dorang semua buat comeback secara berjemaah. :D

      Delete
  4. Suka sangat gambar tu!
    Welcome to hijrah journey sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you!
      Semuanya thanks to AmieraHijab. Inspirasi hijrah saya. Cewahh.

      Delete
  5. Welcome back HJ! Missed your writings. Hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Miss writing too. *hugs

      Delete
  6. Al fatihah to ur late grandma..
    Selamat hari raya to u too:)

    i phm perasaan u kehilangan nenek..mine was last year on 6th syawal...
    mmg sedih.

    welcome back ya..n lets istiqamah sama2 in our hijrah to wide shawl insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you & Selamat Hari Raya too.
      Ya, semoga kita dapat beristiqamah. In shaa Allah.

      Delete
  7. welcome back Hannah. always waiting for ur writings... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for being an avid reader. Avid readers macam awak selalu buat saya terus menulis.
      Thanks again. :)

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Mummy Myiesha & Tihani. Takziah for your loss.

    Ingatkan blog dah kena tutup. Rupanya revamped & start a new chapter eh? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya to Mummy Tihani, and thanks.
      Haah. Tak boleh tutuplah. Sayangggggg. So revamp je. :)

      Delete

Hannah Johary loves reading comments!