Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, April 22, 2014

KUL - PER - KUL


Kami baru sahaja pulang dari Perth, Australia semalam. Alhamdulillah, Allah telah memurahkan rezeki kami untuk menjejakkan kaki ke sana. Terpaling happy, of course lah dua orang budak kecil itu! Dalam beberapa hari sebelum pergi tu Myiesha asyik bertanya saja. Mummy, bila kita nak naik aeroplane? Mummy, bila kita nak pergi Australia? Apabila anak sudah faham, sudah pandai, lagilah kita rasa excited!


Our flight was on Thursday morning. 8.50am flight. We left home around 5.45am. Kami tidur-tidur ayam the night before. Tidak boleh tidur sebenarnya. Excited gila. HAHAHA. Saya tertidur dalam 3am dan terlajak bangun sudah almost 5am so mandi angkat barang terus gerak! As for the girls, the night before dalam midnight sudah mandikan mereka. So tinggal angkut masuk kereta sahaja. Myiesha macam agak pelik juga time mandi malam tu, siap pakai jeans pula, dia tanya "Mummy, kenapa malam pakai jeans?" Saya bilang, kan Myiesha nak naik aeroplane nak pergi Australia? Dia senyum simpul dan pergi tidur dengan patuhnya. I bet she must have had the sweetest dream that night!


Tiba sahaja di LCCT dalam 6.50am kami terus check in. Setelah mencampakkan beg masuk cargo, kami pun breakfast di Marrybrown. They were happy as always.


Happy little girls after breakfast


Our flight departed at 8.50am sharp as scheduled. The girls were very excited. Bukan the girls sahaja, mak bapak the girls juga, to be exact! Kami pun sebenarnya sudah lama plan hendak ke somewhere untuk melepaskan lelah after all the hard work, macam pergi beach ke apa for a few days. Dan kami tidak menyangka Allah merezekikan kami ke Perth pula.


The girls were just wonderful daripada take off sampailah arrival. Mereka bermain sesama sendiri, tulis-tulis, makan-makan, tengok luar tingkap, dan tidur! Kami pun sama. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa lebih kurang 5 jam 25 minit. Ini merupakan penerbangan paling panjang yang pernah kami naik, and we were a bit worried about the girls at first, yelah takut mereka boring ke apa. But Alhamdulillah everything was smooth all the way.


In the flight, just before taking off


Di Perth, kami telah menetap di rumah Makbesar. Makbesar adalah kakak sulung Maman. Makbesar berasal dari Singapore, sama macam Maman, tetapi telah migrate ke Perth hampir 20 tahun yang lalu, dan sudah menjadi warganegara Australia pun. Rumah-rumah di Perth kebanyakannya single storey. Kecil, simple dan cantik! Daripada luar ke dalam, designnya memang berbeza. Dan yang paling best, rumah-rumah mereka tidak ada gate, tidak ada fence dan tidak ada tembok berpagar bergerigi macam kita takut penyangak masuk. They live a very simple life. Tempatnya sunyi, tenang dan damai. Kalau kita duduk sana memang boleh simpan duit lah, sebab tidak ada entertainment sangat pun. Kalau baya-baya mak bapak kita duduk sana pula mesti dorang seronok sebab aman sangat. Tidak perlu dengar bunyi kereta ekzos besar. Tidak perlu dengar bunyi motor rempit tengah malam. Tidak ada mat-mat lepak bersidai. Kawasan perumahan di sini ada banyak padang luas di setiap kawasan perumahannya dan padang-padang tersebut dijaga rapi. Cantik gila boleh duduk boleh baring tanpa perlu beralas pun! Time ini cuaca adalah agak dingin dan bermusim luruh. Temperature dalam 20'C memang perfect sangatlah bagi mereka yang suka duduk dalam aircond 24/7. Kombinasi langit biru, mentari bersinar terang dan suhu dingin adalah sangat perfect. Best gila. Setiap hari bangun pagi tengok luar tingkap sure rasa semangat gila hendak memulakan hari!


Day 2


Our official jalan-jalan started on Day 2. Kami telah ke rumah Kak Ninin di Clarkson. Kak Ninin adalah anak Makbesar. We took a bus from Makbesar's home in Redcliffe to Perth City sebelum menaiki train pula. Train dia sama sahaja macam LRT kita. Cuma lebih panjang, lebih banyak gerabak dan lebih luas sedikit. Eh bas dia pun sama, tau! Sama macam kita punya bas RapidKL. Seat dia, design dia. Tetapi dia punya bas canggih sikit. Kalau ada OKU on wheelchair atau kanak-kanak dalam stroller, apabila bas itu berhenti, ia akan menyenget sikit untuk samakan ketinggian dengan bahu jalan. Selepas itu akan keluar macam satu landasan pendek menghubungkan bas dengan bahu jalan. Then OKU atau orang tua atas wheelchair boleh terus sahaja naik. Kita sendiri pun boleh terus tolak stroller anak-anak kita naik ke atas bas. Tidak perlu angkat-angkat. Bagi saya yang first time nampak memang macam advanced gila lah. Macam bagus juga, kan. User-friendly! Dalam perhati itu, saya gelak-gelak juga dengan Maman. Saya bilang pada Maman, nampak macam transformers pun ada! Silap sengetkan bas dan keluarkan landasan boleh bertukar menjadi Decepticon! Hehehe.


In front of Perth Underground train station

Arrived at Clarkson train station!

Two little girls walking from Clarkson train station to Kak Ninin's


Dari Clarkson train station, kami berjalan kaki ke rumah Kak Ninin. Dalam 20 minutes walk. Mengah juga, dengan panas terik jam 12 tengah hari. Tetapi disebabkan cuacanya yang berangin, tambah pula dengan suhu yang tidak terlalu tinggi, afternoon walk itu terasa nyaman sangat. Believe it or not, sepanjang 5 hari di sana saya langsung tidak berpeluh pun! Baju tidak berbau. Ketiak pun tidak berbau. HAHAHA.


Kak Ninin telah membawa kami ke Quinn's Beach yang letaknya hanya 10 minutes' drive dari rumahnya. Happy sangat! Disebabkan anginnya kuat di sini, ombaknya besar-besar dan ia telah jadi tempat tumpuan muda mudi untuk surfing. Memang meriah lah. Mentari agak terik di sini, tetapi anginnya tetap dingin persis aircond. So lepak lama-lama di sini pun muka tidak rasa berlengas. Best!


Oh cerita pasal ombak besar, laut di Quinn's Beach ini adalah sebahagian Lautan Hindi. Jadinya, kalau kita tengok di tepi-tepi laut ini pun anginnya sangat kuat dan ombaknya besar-besar, bayangkan sahaja betapa bergeloranya lautan di tengah sana. Melihat ke lautan yang terhampar, hati kami terdetik rasa sayu mengingatkan MH370.


Al-Fatihah.


With Kak Ninin at Quinn's beach


Selepas ke Quinn's Beach, kami ke Mindarie Marina. Kalau kamu familiar dengan Telaga Harbour di Langkawi, tempat ini similar sangat dengan Telaga Harbour. Ada banyak boat-boat putih yang cantik. Tepi-tepinya pula ada kedai-kedai makan.





Selepas berjalan-jalan di Clarkson, kami kembali ke Perth City. Perth City adalah sebuah bandar kecil. Kebetulan hari kami ke sana adalah Good Friday, jadi banyak kedai ditutup. We just walked around and took photos of the girls. Perth secara keseluruhan adalah sebuah tempat yang sangat bersih dan cantik. Paling suka tengok taman-tamannya yang terjaga rapi.


Berjalan-jalan!


Day 3


On the third day kami telah ke King's Park. King's Park adalah seperti Taman Tasik Perdana di tempat kita. Ramai orang mengambil kesempatan untuk berpiknik di sana. Yang berkeluarga, berpiknik. Yang couples, berdating. Yang budak-budak, bermain berlari ke sana sini. Tempat ini adalah sangat, sangat, SANGAT cantik! Breathtaking, bak kata orang putih. Myiesha dan Tihani pun suka datang ke sini.


Kalau kamu tanya saya apa yang kami makan sepanjang berada di Perth, I would say, home-cooked food. Agak sukar sebenarnya cari kedai makan halal di sini, lagi-lagi kalau first time datang dan ada saudara mara di sini pula. Apa lagi, melantak di rumah sahajalah! Hehe. Kedai kebab selalunya halal. Lainnya, kena pandai tengok / cari logo halal. Most of the time, kami tapau roti / kuih / drinks dari rumah sepanjang berjalan-jalan. Sampai rumah, makan nasi. Saving juga!


Berlari-lari di King's Park


Menikmati pemandangan yang sangat breathtaking





Selepas duduk-duduk menikmati keindahan King's Park, kami ke London Court. London Court ini sekali tengok macam Bukit Tinggi. Lorong ini menunjukkan secara ringkas bangunan-bangunan yang dibina pada lewat tahun 1930an. Di sini ada kedai-kedai souvenir, ada cafe, ada kedai chocolate. Di belakang London Court ini ada banyak lagi kedai dan shopping malls.


We got our souvenirs for family and friends dari kedai-kedai di belakang London Court ini. Kalau beli di kedai-kedai souvenir yang cantik memang mahal harganya. Cari kedai-kedai kecil, yang sesak dan sempit kedainya, dan penjualnya adalah foreigners - orang Afghanistan atau Jepun / Korean. Kedai-kedai begini selalunya souvenirsnya jauh lebih murah daripada kedai-kedai lain. Contohnya kalau kedai-kedai cantik jual magnets dengan harga AUD$ 9.90, di sini hanya AUD$ 2.90. Memang jauh bezanya. So bolehlah beli banyak-banyak!










Day 4


Hari keempat adalah aktiviti santai. Lantas kami ambil kesempatan untuk snap photos banyak-banyak di taman-taman cantik. Sebenarnya di tepi-tepi jalan pun kami boleh nampak rumput-rumput hijau dan bunga-bunga segar pelbagai warna. Di mana-mana pun boleh ambil gambar, dan bagi kami yang first time ke sini, semua tempat pun tampak cantik!


Since most of the time kami berjalan-jalan dan anak-anak tidak dapat their proper afternoon nap, kami selalu ambil kesempatan untuk menidurkan mereka di dalam bas. Then apabila tiba di destinasi, mereka sudah segar dan happy, thus the wide smiles!


Di sini semua basnya ada schedule dan ia tiba tepat pada waktu. Contohnya kami di Perth City hendak pulang ke rumah Makbesar di Redcliffe. Kami lihat schedule di bus stop dan tertulis bas akan tiba pada jam 5.08pm. Kalau masih ada banyak masa, kami boleh pergi jalan-jalan dahulu dan datang balik kemudian, sebelum 5.08pm to catch the bus. Dengan cara ini kami tidak akan buang masa menunggu. I think this is very systematic. Kita juga boleh ambil full schedule dan simpan jadi kalau hendak keluar ke mana-mana kita tahu pukul berapa hendak bersiap dan keluar, dan tidaklah tertunggu-tunggu dengan rasa yang tidak pasti. The same goes to the trains.









Mummy, are we done here?! *yawn*


Day 5


We did not go anywhere on our last day. Saya menghabiskan waktu pagi mengemas kain baju dan berbual dengan saudara mara. Our flight was at 4.05pm and we arrived at Perth International Airport at 2 plus, allowing us to have ample time to lepak a bit and buy some last minute souvenirs before taking off. Kami ambil kesempatan untuk menghabiskan segala syiling yang ada buying chocolates! Our flight was a bit delayed and we safely arrived LCCT at 9.45pm last night. Touch down sahaja terus balik rumah pekena Maggi sup perisa ayam perghh heavennya.


The 5 days in Perth was just magnificent, but the feeling of being back in KL is just great. Bak kata pepatah, Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kami peluang untuk melihat-lihat negara orang. Ok, sekarang mahu pergi cari nasi kandar pula. Hungry!





7 comments:

  1. Cepat HJ review trip pi Australia
    :)

    Suka tengok gambar u sekeluarga pergi sana dan terpaling suka tgok style shawl HJ yang mcm perempuan arab tu.

    ReplyDelete
  2. Nice! I miss perth..

    tgk dua orang budak comel tu, rasa untungnya dpt girls umur lebih kurang..

    Tihani looks so different from her pictures masa baby..

    adorable.
    Myiesha looks so kakak2

    ReplyDelete
  3. Wow..beruntung HJ dpt dah jejak kaki ke perth...

    ReplyDelete
  4. Bestnya bestnya bestnya! Dan lagi best bila ada sedara mara kat sana so bleh jimat tempat tggl kan.. Wuah bila nak sampai perth ni :)

    ReplyDelete
  5. HJ, i sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa tgk all pics. nice. hopefully one day boleh la i sampai australia hehe

    ReplyDelete
  6. Ah seronoknya! Please doakan kami ada rezeki lebih Kak HJ. Or else saya bawa our Tihani tangkap gambar belakang rumah je. Hahaha.

    Ada juga Daisy tengah kembang tapi rumput tinggi-tinggi. :D

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!