Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, March 18, 2014

5 Years, dan Baru Sekarang HJ Bilang - PERGI KAHWIN SEKARANG!

Our 5th wedding anniversary is approaching, and we have been intensively discussing for the past few weeks. Nak pergi mana celebrate? Dalam Malaysia ke somewhere else? Berapa hari berapa malam? Nak bawa budak-budak ke tak?


Asal tanya nak bawa budak-budak ke tak, kalau saya bilang tak payah, nanti Mett bilang - KESIANN! Kalau nanti dia pula bilang tak payah, saya pula bilang - KESIAN TAU, TAK BAIKKK! Hahaha. So conclusionnya, hendak pergi mana, jauh atau dekat, senang atau leceh, memang akan kami bawa dua orang budak kecil itu.


Talking about our upcoming 5th wedding anniversary, to be honest, saya tidak percaya akan tiba ke tahap ini. After all the years of suai kenal, sesuaikan diri, ups and downs, rain and shine, bertikam lidah, bertepuk tampar, lidah tergigit berkali-kali sampai keluar ulser - saya tidak sangka akan sampai ke sini - to the 5th year of marriage. Yang mana, kalau orang tanya dah berapa lama kahwin, kalau kami jawab 5 years, orang mesti akan Wahhhhhhh! Even Mak pun. Hari tu keluar bawa Mak jalan-jalan, Mak tanya korang dah berapa tahun kahwin? Saya bilang, 5 tahun. Mak terus muka macam berseri-seri dan ucap Alhamdulillah! 5 years is actually a benchmark for many people. Orang bilang, the first fews years of marriage memang akan ada banyak dugaan. Bukan dugaan apalah sebenarnya, bagi saya lebih kepada sesuaikan diri. Dan menghadap realiti yang berkahwin ini bukan macam fairy tales yang endingnya akan '..And they live happily ever after!' Ya, saya juga begitu at first. Bila kahwin je rasa macam, eh kenapa kahwin macam tak best eh? Sebab itu tahun demi tahun kalau kamu baca blog saya ini, tidak habis-habis cerita pasal kahwin ini tak best. HAHA. I think everyone feels the same, sebab itu semua orang ada reaksi yang sama bila tiba ke tahun ke-5. Asal sebut 5 tahun, semua orang senyum. Semua orang raup muka. Semua orang bilang, Alhamdulillah. The first stage has passed. Lepas ini ujian lain pula ye. Jeng jeng jeng.


But really, cakap-cakap orang tua-tua ini memang banyak benarnya. For me myself pun, apabila tiba ke tahun ke-5 ini baru saya betul-betul rasa stable. Rasa macam betul-betul sudah kenal Mett. Tahu bila hendak bercakap tentang perkara serious. Tahu bila hendak crack jokes. Tahu bila hendak jadi gila, dan bila hendak jadi sensible. Tahu apa benda yang dia ambil berat, dan apa benda yang dia tidak kisah sangat. Tahu apa benda yang akan buat dia marah, dan apa benda yang dia boleh tolerate. Tahu bila hendak menjawab bila dia tegur, dan bila perlu diam menikus. Hehehe. Bagi saya memang lama sangat hendak belajar semua perkara ini. Dahulu saya ingat sebab saya bercinta bagai nak rak dengan Mett sampai 9 years, bila kahwin semuanya akan smooth sailing. Bullshit. Bila berkahwin, it is a different ball game altogether. Memang lain sangat. Memang tidak dapat compare lah jumpa dating beberapa jam cuma itu dengan duduk serumah, tidur sebantal, mandi se-bathtub. Macam, eh ini ke perangai dia? Eh ini ke kepercayaan dia? Eh ini ke pegangan dia? Eh dia sensitive pasal benda macam ni ke?


Tak pernah tahu pun, okeh? Uish, lain gilalah!


Hari bahagia. Majlis bertandang. 28 March 2009.


So bila dah tiba ke tahun ke-5 ini, saya rasa bahagia sangat. Bahagia dan happy sebab dah rasa stable. Bukan dengan Mett je yang dah stable, dengan family pun sama. Dengan in-laws. Bukan hendak kata sebelum ini tidak baik ke apa, but like I said, hendak cari keserasian itu. Yelah, mula-mula kahwin termalu-malu. Hendak cakap apa pun tidak tahu. Apa mak mertua suka pun tidak tahu. I can still remember the first few years masa mula-mula kahwin tu, setiap tahun punyalah baik hati menantu ini belikan birthday cake. Dan setiap kali beli mesti chocolate cake. Chocolate moist ke, chocolate mud ke, black forest ke. Bertahun juga tau! Then apabila sudah lebih mesra dengan Mak, sudah pandai berbual berjam-jam, sudah boleh cakap from heart to heart, barulah saya tahu rupanya Mak tak gemar chocolate cake. Too sweet, katanya. Mak suka fruit cake. Macam the Fruitilicious cake di Secret Recipe tu! Ya Allah, serious saya tak tahu. Kesian Mak! Hahaha. This is one of the examples lah. So lepas tu, memang every year belikan Mak Frutilicious cake lah. And in between juga, kalau on the way balik kerja lalu King's Confectionery, saya akan belikan Mak fruit tarts. Mak pun gila fruit tarts juga. Kalau orang lain masuk jari dalam kotak hendak curi satu, memang dia tepis-tepis habis!


Oh this reminds me of another example. Another one adalah kain. Mak suka kain ela. Mak memang tak pakai baju lain except baju kurung. Memang semua baju Mak adalah baju kurung. So bab-bab bawa Mak pergi Jakel tengok kain memang dia suka habislah. Mula-mula dahulu bila tahu Mak suka kain ela, menantu yang baik hati ini pun belikanlah kain. Pasal selalu sangat tengok Mak pakai baju background dark colors, saya pun excited belikan bright colors. Konon something different lah kan, asyik black je. So saya pun beli yang background cream lah, background white lah, lepas tu beli kain cotton lah. Apabila sudah lebih rapat dengan Mak, Mak pun hint bilang pakai white nampak gemuk. Dan bila pakai kain cotton rasa ketat dan panas. Then from there baru saya faham. After that bila beli kain, saya beli semua yang background hitam or brown. And kain lembut. Mak suka ya rabbi! And I also got to know Mak loves purple. So beli yang background purple or bunga purple, lagilah dia excited siap hebah kat sedara ni menantu aku belikan. Hahaha. Then I slowly learn that being sincere is not good enough. Getting something that someone likes is more meaningful.


Memang banyak yang dipelajari sepanjang 5 tahun ini. And at this point of time, saya rasa apa yang perlu sekarang adalah untuk maintain apa yang sudah sedia baik, dan tingkatkan skills untuk perkara yang sentiasa boleh ditingkatkan. Perkara yang sentiasa boleh ditingkatkan atau life-long learning boleh jadi belajar resepi baru setiap hari, tambah perkara untuk diajar kepada anak setiap hari, atau layanan terhadap suami - beli baju baru kat La Senza setiap hari? HAHA.


Bercerita tentang maintain apa yang sedia baik pula, I have come to realize that being married completes me as a woman. And having kids completes me further. Complete in the sense that apabila kita sebagai wanita ini sudah berkahwin, macam sudah tidak ada sebab lagi untuk buat benda tidak baik. Ruang, bisikan dan ajakan syaitan itu memang sentiasa ada, sentiasa kuat. Tetapi sebab itu tidak ada. Contohnya, time dating dahulu saya dah rasa macam hendak pakai tudung full-time. Saya teringin sangat hendak pakai tudung. Tetapi saya hold dahulu. Sebab dugaannya banyak. Yelah bila dating ini, mesti hendak keluar sama-sama. Hendak makan sama-sama. Hendak tengok movie. Hendak hold hands. Kalau couple tak hold hands macam tak sweet gitu, kan? Ini pandangan saya masa zaman remaja dahulu ye. Sila jangan ikut. BERDOSA OK? So saya fikir, macam tak kena pula nak pakai tudung, nak alim-alim, tapi still nak dating. Buat apa? Dosa pun dapat, pandangan orang lagi jangan cakaplah. Kalau jadi artis hot, confirm dah sebakul kena kutuk. Hahaha.


But now that I am married, sudah tidak ada sebab untuk semua itu. Tidak ada sebab untuk tidak tutup aurat full-time. Tidak ada sebab untuk hold hands dengan yang bukan halal. Sebab saya sudah berkahwin. Apa yang saya hendak - hold hands, berdating - semua saya sudah dapat dengan cara yang halal. So dah tak ada sebab lagi. Bila tak ada sebab, I think this is the time I take care of all this. Apabila sudah ada imam muda handsome halal full-time, kenapa perlu tidak bersolat? Apabila keluar berjalan boleh hold hands secara halal, kenapa tidak tutup aurat? Apabila setiap kerja yang kita buat, regardless bekerja di luar mencari rezeki, atau di rumah melayan suami dan menjaga anak-anak di rumah dapat pahala yang terlalu besar, kenapa perlu untuk pilih untuk tidak melakukannya? I have come to realize that life is actually too wonderful if you choose to look at it in a good way. Kita manusia ini terlalu tamak. Tengok orang kaya, kita pun hendak jadi kaya. Tengok orang senang, kita pun hendak jadi senang. Cuba tengok diri sendiri, apa yang tidak cukup. Kalau relationship dengan Allah itu cukup, nescaya Allah akan cukupkan segala yang lain pula. Betul tak?


Memang sebagai manusia biasa, selama ini saya pun sama begitu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu tak puas hati, ini tak puas hati. Lama-lama saya tanya diri sendiri, apa yang saya hendak dalam hidup ini? Apa yang saya betul-betul hendak? Apa yang boleh membahagiakan saya, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat? Guess you know the answer yourself, kan? I am still too far from perfect, baru sahaja hendak berjinak-jinak sebenarnya. But I feel there is a need to share this here, sebab saya percaya ramai lagi di luar sana yang se-social dan se-openminded saya yang mahu berubah. Cuma tunggu masa dan tunggu peluang sahaja. Sama juga macam saya.


Sempena tibanya kami ke wedding anniversary yang ke-5 ini, dan juga sempena melangkahnya ke usia 3 series tahun ini, apa yang saya mahukan hanyalah istiqomah. To start is easy, bilang sahaja - I want to start now! Dan buat. Senang. Tetapi hendak meneruskannya, apatah lagi perkara baik, memang banyak cobaannya. Saya sendiri pun belum apa-apa ni pun sudah terkena ujian. But guess the 5 years of marriage telah mengajar saya banyak sangat tentang kesabaran. Tentang kekuatan. Tentang pengorbanan. Berkoyan-koyan air mata dah ditumpahkan. I learnt too many things the hard way. But it has made who I am now. Dan saya bersyukur, kerana selepas segala kesulitan, hari ini saya telah dapat merasa kebahagiaannya. Alhamdulillah.


Tidak ada apa yang saya harapkan pada saat ini kecuali kebahagiaan yang berterusan antara kami suami isteri dan anak-anak. Kebahagiaan hingga ke jannah. Semoga Allah sentiasa berada di sini untuk melindungi kami, memberkati setiap kerja keras kami, membalas setiap keikhlasan kami, dan menerima setiap amal kami. May Myiesha and Tihani always be lucky to have us as parents, may they always be happy, be blessed with excellent health dan membesar menjadi anak-anak yang solehah.




To those avid readers yang selama ini dimomok-momokkan oleh previous entries saya yang perkahwinan ini sesuatu yang scary, yang tak best, yang sangat-sangat berbeza dengan apa yang kamu lihat sewaktu berdating dahulu, in my opinion, that one still stands. Kerana pada hari kamu diijabkabulkan, everything is so new to you. Semua perkara adalah first time. And unless you are really seseorang yang tersangat-sangat sabar, you will still find it very difficult. Ini daripada pengalaman sayalah ye. Jangan quote ayat saya pulak. Hahaha. Tetapi jika kamu bersabar throughout those challenging times, insyaAllah pengakhirannya adalah sangat manis, macam apa yang sedang saya rasa ini. Saya sedang merasa kemanisannya. Tak ada duit, kena sabar. Tak puas hati, kena sabar. Kena tempelak pun, kena sabar. Sabar adalah kunci utamanya. Kalau tidak ada kesabaran, semuanya akan nampak buruk, akan rasa susah.


Kalau sekarang, after 5 years, kamu tanya saya, 'HJ, patutkah saya kahwin?' I will say, PERGI KAHWIN SEKARANG! Because being married completes you as a woman. Really. Perkahwinan itu bukan sahaja perkara yang paling membahagiakan, but it is also packed with lotsa pahala!


Tapi jangan lupa kuncinya, tau. Sabar. Boleh sabar tak? :)




Happy 5th anniversary, Sayang. So nak pergi celebrate mana tahun ni?

17 comments:

  1. Happy 5th Anniversary. Moga bahagia hingga ke syurga!! :)

    ReplyDelete
  2. Haishhh rindu karangan panjang HJ. Kat IG slalu baca tajuk je.

    Haha.

    Happy 5th Wedding Anniversary.

    Tulis HJ, kalau tak mentouching kan I, memang bukan HJ lah.

    Keep writing HJ & thank you sebab byk share tips berumah tangga.

    Lebbiyu lah.
    & leb myiesya & tihani too.

    ReplyDelete
  3. caya la HJ. ye baik.. kena lebih sabar.

    ReplyDelete
  4. Semoga trs istiqamah...
    Rindu nk baca tulisan HJ..
    Please keep on updating k

    ReplyDelete
  5. I started reading ur blog last year. wpn mcm dh lmbt but better late than never haha. i suka baca. mcm motivasi. cewah. bab free hair, xpkai tdung,couple etc tu sbijik mcm apa i pk dlu. kekekeke.

    anyway, yes, being married completes me as a woman. happy 5th anniversary HJ. alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  6. akhirnya HJ update! really really like ur writing dear. ur writing always very inspirational...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Sis, you look so beautiful in that wide shawl :) inshaAllah saya doakan untuk terus istiqomah.

    Happy wedding anniversary to you & your husband. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah.

    Hugs & kisses to Myiesha & Tihani :)

    ReplyDelete
  8. happy annivesary hj.. bahgia hingga akhirnya.. tq hj sbb tulis entry yg sungguh bermakna.. tulis2 lah entry selalu, bersemangat sgt..

    ReplyDelete
  9. hj, mcm mn u bahagi masa menjadi isteri pekerja mummy anak n menantu? sll tgk u sungguh bermotivasi n bersemangat.. tipss please, hehehe.. u keje kat mana?

    -saza-

    ReplyDelete
  10. happy 5th anniversary dear...
    may u & family live in happiness, joy & blessed from allah...aamiinn
    btw, sy blogwalking sini ^_^

    ReplyDelete
  11. HJ!! Hepi anibeseri 5th!! moga bahagia till jannah!! amin.. ;)

    ReplyDelete
  12. hahahaa. adeh *terkena tepat ke batang hidung sendiri*

    saya, macam kak HJ cakap, kurang kuncinya; which is sabar.

    bila marah habis semua terhambur. *uhuk buruk perangai*

    but luckily saya mempunyai seorang suami yang cukup sabar dan Tihani :)

    saya harap saya sekuat kak HJ. hehehe. saya harap begitu :)

    ReplyDelete
  13. yaah this is the 1st komen to HJ after being a slient reader for many years hihihi... patutla tetibe rase membuak nk jenguk blog ni rupenye mmg btol ade update yeaayyyy.... love ur thoughts,cerita itu ini pasal family n anak2...
    agree with u SABAR adalah kunci segala-galanya

    wishing u happy 5th wedding anvsry..may kekal till jannah

    -ummiQAMA-

    ReplyDelete
  14. Hepy Love Wedding anniversary sis HJ! same goes to me, this Nov is our 5th Anniversary....cpt nye masa berlalu kan? Alhamdulillah....

    Semoga Allah sentiasa didik kita dgn kesabaran, pelihara kita dgn keimanan, lindungi kita dgn rahmatNya...

    Luv reading here...blog sendri pon dh berbulan sy tggalkan dulunya, skrg tgh curi time blk tuk coretkan kenangan hidup...

    same goes here, keje di ofis yg sgt bebankan fizikal n mental buatkan sy xkesempatan lsg blog walking...now, Im coming back to read ur past entries yg tertggal...huhuu...

    Salam Ukhwah!

    ReplyDelete
  15. Happy Anniversary!!! Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  16. HJ..nangis..dan mcm biasa tiap bait kata HJ membuka mata maria..istiqamah..terima kasih laling..

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!