Thursday, January 02, 2014

Berkahwin, Beranak Dua + Kerja Full-Time + Study Part-Time = Unrealistic?

Petang. 


Sekarang adalah waktu di antara habisnya final exam untuk semester 2 dan belum bermulanya semester 3. Perasaan saya? Ya Allah, bosan nak mampus. I just hate this interim period, tatkala habisnya waktu kerja jam 5 petang leaves me lost. Serious lost. Selalunya habis sahaja kerja saya akan terus ke McD, buka buku dan study. Tetapi tanpa buku, saya hilang arah tuju. Buku-buku parenting memang ada. Tetapi tidak cukup kepuasannya. Kepuasan cuma terdapat pada buku-buku pelajaran, dan klimaksnya tiba pada waktu final exam - apabila mampu menulis mukasurat demi mukasurat tanpa puas tanpa henti sampai budak sebelah termangu tengok kita.


Eh it happened tau, time paper Professional Ethics hari tu. Saya syok tulis, budak sebelah pandang. Lepas tu dia raup muka. Lepas tu termenung. Lepas tu dia pandang lagi. Lepas tu raup muka lagi. Lepas tu termenung. It is not lah whatever I wrote betul semuanya boleh dapat full marks, but it is the satisfaction. Satisfaction belajar sungguh-sungguh lepas tu buat exam sungguh-sungguh. Bila keluar hall, rasa macam whoaa. Puas! Pulang dengan kelegaan yang tidak terhingga.


I have always liked to study. Sejak kecil sampailah ke sekarang. Daddy dan Maman pun tahu. Sebab itu zaman remaja betapa saya berfoya bercinta sana sini, mereka tidak mahu ambil port. Mereka tidak mahu tahu dengan siapa saya berkawan atau betapa seriousnya hubungan saya. Kerana mereka tahu priority saya tetap pelajaran. Walau betapa saya huha, saya tetap ada masa untuk menghadap buku. Tanpa buku, saya tidak boleh hidup. Saya boleh mati kutu. 


Saya tidak pernah sangka pula setelah hampir 5 tahun berkahwin dan sudah beranak dua begini, jiwa saya masih kehausan ilmu. Saya sangka dengan bersatunya saya dengan Mett dalam ikatan perkahwinan, dengan bertemunya saya dengan cinta-cinta hati saya yang hakiki yakni Myiesha dan Tihani, priority saya bertukar dan minat saya juga bertukar. Tetapi tidak. Saya tetap mahu belajar dan saya juga seperti tidak percaya saya dapat manage hidup saya juggling as a wife, a mother, a daughter, working full-time and studying part-time. But it will be easy with the right planning. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kan? Pokok pangkalnya, diri kita sendiri. Nak ke tak nak. Kalau nak, semua jadi. Impossible is nothing.


Cewah!


Sebenarnya baru sahaja beberapa minggu lepas Miranda telah menerjah saya. Dia tidak tahu saya sedang sambung belajar, saya pun tidak mahu cerita, kalau tidak, mahu lagi teruk saya kena hentam. Dengan dia tidak tahu begini pun dia sudah terjah saya. Agaknya instinct separuh umurnya dapat menduga saya ada cita-cita mahu sambung belajar. Dia bilang saya tidak realistic. Dia bilang saya tidak akan ada tidur dan tenaga yang cukup untuk membuat segala-galanya. Dia bilang jangan terlalu ambitious, dengan status diri sebagai isteri dan ibu beranak dua. Dia bilang sedangkan being single pun susah nak cope, inikan dengan tanggungjawab yang bermacam-macam. Dia bilang dengan segala macam commitment ini bagaimana mungkin untuk saya score dalam exam. Adakah jaminan untuk saya dapat 100% cooperation daripada mak mertua saya untuk menjaga anak-anak saya time saya exam dan suami saya untuk menguruskan rumahtangga time saya sibuk dengan assignments?


Saya hanya tersenyum dengan terjahannya yang melarat menjadi ceramah yang berlarutan hingga 2 jam lamanya sehingga tibanya waktu lunch. Saya senyum kerana saya bukan being unrealistic, malah bukan juga being too ambitious. Tetapi saya telah fikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk sambung belajar, dan saya tahu apa yang perlu saya hadapi. Bagi saya, orang yang bertanya bertubi-tubi begitu bukanlah kononnya bersikap realistic, tetapi sebenarnya mencari alasan daripada keadaan. Menjadikan kekangan masa, kerja, tenaga, tidur, tanggungjawab dan anak-anak sebagai alasan untuk berkata 'tidak' dalam menambah satu lagi tanggungjawab.


Pada saya kalau sudah set mind, semua jadi. Penat tidak terasa. Ngantuk tidak ada. Lapar tidak wujud. Semuanya tidak ada. Kalau sudah hati bilang hendak, everything goes. Macam hari itu time saya sedang sibuk siapkan assignment, Tihani was down with fever and asthma and was very, very cranky. Saya hampir sahaja tidak tidur malam itu menjaganya, dan dia merengek sepanjang malam. I took emergency leave keesokan harinya kerana saya perlu monitor nafasnya. Kalau saya tidak jaga dan kesesakan nafasnya semakin teruk, memang kena tidur hospital lah malamnya nanti. Dalam saya sibuk menjaga Tihani, melayan Myiesha, masak dan menguruskan rumah, saya curi-curi buat assignment when they had their afternoon nap. And Alhamdulillah I managed to get 38/40 for my assignment walau dengan keadaan yang serba mencabar pada waktu itu. In the previous semester, sewaktu saya sedang berjuang dengan final exam, minggu yang sama juga Tihani masuk hospital, and yet I still manage to get As for my subjects.


Tidak perlu Mak jaga anak-anak saya siang malam seminggu straight sampai saya habis exam. Tidak perlu Mett tolong saya dengan segala jenis kerja rumah on my assignment week. Hidup adalah seperti biasa. Kerja, balik masak, jaga anak-anak dan weekend pergi jalan-jalan! The problem does not lie here actually. The problem lies here - tepuk dada tanya selera! Kalau orang tanya bila pula saya belajar kalau sibuk dengan segala macam tanggungjawab? I study consistently 2 hours each day, every working day without fail from 5pm-7pm after work. Tetapi sesekali kalau boring melencong juga ke KLCC cuci mata tengok baju budak-budak kat Isetan. HAHA. But really, this consistency helps a lot, sebab saya tidak ada masa untuk pulun kaw-kaw menghadap buku 2-3 days before exam macam orang lain. Sebab rutin hidup saya tidak boleh lari. Suami dan anak-anak saya tetap perlukan saya 2-3 hari itu. Tetapi ada masanya saya curi masa juga bangun awal pagi macam 3-4am buat last minute study sikit on the morning of the exam. Hendak ambil leave pun tidak boleh because honestly I finish up most of my leave taking care of Tihani when she is not well or hospitalized so kalau ada exam pagi saya ambil half day untuk pergi exam sahaja, dan sebaliknya kalau paper pada waktu petang.


If people asks me do I recommend part-time study, I would honestly highly encourage. First and foremost, part-time study allows you to get the best in both fields - work and study. I find studying part-time lebih mudah tang buat assignment lebih-lebih lagi kalau apa yang dipelajari itu adalah bidang yang sama dengan kerja kita. Sebab kita boleh relate, give really good, real-life examples, dan lebih senang juga untuk menggoreng sebab banyak experience! Seriously! Mett pun baru je cakap dengan saya kelmarin, dia bilang dia rasa best gila dapat relate kerja dia dalam thesis dia. Dia ada data, dia ada ilmu, dia ada pengalaman. Jadinya, lebih mudah untuk dia siapkan thesis dan present. Kalau belajar full-time macam time saya buat diploma dulu, saya cuma boleh bayangkan. Bayangkan saya buka business cybercafe. Bayangkan saya ada company sendiri. Bayangkan saya handle 50 orang pekerja. Boleh juga buat assignment tu, tetapi tidak real. Bila tidak real, examiner baca assignment pun macam tak syok lah. Same goes kalau kamu tengok cerita orang putih yang based on true story dengan tengok telemovie melayu yang cerita cinta fiksyen entah apa-apa. Mana lagi best? Haruslah cerita yang based on true story kan? Bagaimana husband dia mati, bagaimana anak-anak dia tinggalkan dia, dan bagaimana pula dia bertarung dengan cancer. Dan akhirnya dia survive dan anak-anak dia semua balik kepadanya. Wahh time last tu confirm lah nangis sampai habis lagu tema pun tak habis nangis lagi. Lepas tu boleh ingat sampai bila-bila pula.


Begitulah.


Another thing, saya encourage sebab bagi saya semua perkara dapat dilakukan dengan azam dan semangat yang penuh. And most importantly, planning! Macam saya, sebelum saya sambung belajar saya dah tanya Mett boleh tak kasi saya 2 jam setiap hari untuk belajar. Saya tanya Mak bolehkah jagakan anak-anak time saya ada class. Saya tidak pernah ambil kesempatan minta Mak jaga lebih masa tak pasal-pasal. Ada masanya Mak siap offer pula nak jaga anak-anak overnight bila tahu saya ada exam the next day, but I always say Thank you. I always believe semakin kita berikan kesenangan pada orang dalam kemampuan kita, semakin itu Allah akan berikan kesenangan pada kita dalam kemampuanNya pula. Dan almaklum sahajalah kemampuanNya haruslah luas tidak terbatas, kan? Tidak pernah rugi buat baik pada orang no matter how hard life is, no matter how cruel people are to us. Saya percaya semua kebaikan itu balasannya bukan semestinya pada saya, tetapi mungkin kepada keluarga saya, keluarga mertua saya dan mereka yang saya sayangi. 


Macam semalam saya pergi Tesco, saya tolak trolley terlaju terlanggar pula kaki satu nyonya ni. I apologized profusely, banyak kali saya cakap sorry, memang ikhlas sorry, tetapi dia tetap nak marah siap usyar panas macam nak makan orang pulak. Bila jadi perkara macam tu, saya senyum jelah. Kadang-kadang kita dah buat sehabis baik pada orang, kalau orang tetap nak marah kita macam mana kan? Same goes to Miranda. Hehe.


But really, kerja sambil belajar dengan sudah berkahwin dan ada anak pula is not being unrealistic. It is about achieving your dreams. Dalam hidup tidak pernah ada benda yang senang, nama pun hidup atas dunia kan, bukan kat syurga. But it is how we see things. It is how we manage our lives. It is how we appreciate what we have dan campak jauh-jauh semua benda merepek itu that counts. Jangan pedulikan semua yang tak best. Jangan pedulikan semua yang menghalang kita daripada mencapai cita-cita kita. Nothing is more important in life than our own self-satisfaction, our loved ones dan keredhaan Allah. Kalau hati sudah kata mahu, insyaAllah semua jadi.


Ok rasa macam dah panjang sangat tulis ni. Tak sabar nak register semester baru this weekend and start reading my new module. Happy sangat belajar. Tak pernah rasa happy macam ni. Eh, ada! Bila dapat cium pipi-pipi Myiesha dan Tihani. Cium pipi Mett tak payah ceritalah ye. Hehe.


'Til we meet again!

22 comments:

Didiey Fadhilah. said...

Superwoman indeed!

Ibu saya kata, apa apa hal pun bergantung pada nawaitu kita. Kalau nawaitu kita baik, insyaAllah Tuhan permudah. All the best HJ!

ayahmamilisa said...

what an inspiring entry..:)
u go girl! pedulikan cakap2 orang yang takde motivasi cenggitu..chaiyyokk2 hannah :)

Ann Ilias said...

Agree with u Hannah.

Berkahwin, mengandung, beranak, berpantang dengan baby kecil dan suami dan housechores yg x pernah habis - semua I dah rasa. At first mmg susah juga nk cope tp lama lama boleh ja. Masih ada masa utk berpoya-poya every weekend and still grad with flying colours, ehem.

Good luck to you babe. Apa apa yg boss u bising-bising tu, masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan je lah ok, hehe.

:: zahra :: said...

I am always inspired by you!
Truely you're like a modern mom role model. Yes, ppl always have flaws but you seemed like always manage to erase all the flaws away and live on life the fullest

Really hope you could write more often, Hannah.

Jzkk

Lavender violet said...

bila baca entry akak...
terus berkobar2 rasa nak sambung degree...

chiku the chucuru said...

oh my! u r such an inspiration...
Meluap-luap plak rasa nak sambung belajar bila baca udpate u ni...

What kind of a person yang nak menjatuhkan semangat n nak pandang negatif aje la u punya Mis M tu.

u go girl!!

Mrs. Izzat Nazrin said...

kak hannah...bgusnya la...tak pernah merungut pn ira tgk...smge sgala perancangan akk berjalan lancar....
time cuti ni la dpay spend time more dgn tihani n miesya,,,gudluck akk..

LisaLisut said...

salute hannah! super mom! good luck in everything u do *stardust*fuhhhhhhh :)

Chekgu Azrine said...

All the best to u hannah!!
AKk doakan sis berjaya dlm bdg yg sis sdg or akn ceburi

Umie a'iesya said...

Gud Luck Hannah! All da best!
Al Fatihah ;)

harzharun said...

Ya Allah....
This entry very much inspired me!!!!!...

Awak buka mata saya untuk lihat kesibukan seorang emak itu sebagai satu kegembiraan...

Awak tunjukkan bahawa study itu tidak membebankan...

Sgt hebat!..

I want to share this entry...
;-)

Nawal Aizad said...

Hanna, thank you for lighting a hope for us mothers.Im futhering my studies this february and has been putting it off for 3 semesters due to my pregnancy and later the baby.memang menyesal but now im more than determined to make this dream come true.congratulations for proving miranda wrong!

Balkidz Hunny said...

Kagum!
Such an iron lady la u HJ :)
Nak share jugak

Ayuni Ayatillah said...

Having a family should not stop a woman from developing herself and cari ilmu, I always believe in that too.

Bila hati dah bersungguh want to make it happen, it will :)

I pun rasa I enjoy my current study field now, first is because I really like it in the first place and second is because with experience we tend to appreciate what we study even more compared to when we were younger.

Kudos to you and all the best!

Anonymous said...

Terima Kasih Hannah.

Lady Mira said...

very inspiring

Atikah Honeybee said...

very inspiring. Thanx for this entry. i salute u. I guess i should ask my babysitter and my husband on this matter. 2hours allowance for me to study. weehuuu...
harap2 dapat lah sambung blaja dlm tahun ni..

ain.ya.nun. said...

Post yang memberi motivasi nak sambung master lak :)

Insya Allah, kalau ada rezeki lebih, bolehlah melangkah setapak lebih tinggi lagi

Tq HJ for sharing.

Laura Kwan said...

Hello dear blogger,

I recently created an infographic on behalf of the brand Gaviscon that gives useful information to future moms about How to fight indigestion and heartburn in pregnancy.

As you yourself were pregnant not so long ago, I thought that you may be interested in sharing this content with your readers.

If you are interested you can contact me on laura@lionandlion.com for more information.

Also, please note that:
- This is not an advertising campaign (no payment involved). The purpose here is to share information with whoever is interested in it.

I'm looking forward to hearing from you.

Best regards,
Laura

mizaharun86 said...

Salam..Hi hannah..very well written indeed! n sgt2 la inspiring =) Saya pun skarang sedang cari momentum utk further study..hihi and everytime jumpe my mentor, he always ask that killer question..when are u goung to continue your study. hihi. Nway, I agree with what u said/wrote, berkahwin, bekerja, ada anak bukan alasan utk tidak mencari ilmu kan. I wish u all the best in your life =)

nurin khairi said...

salam kenal to you, first time here. i have thought about continuing with a part-time study, but contemplating if i can handle the extra that comes with studying..me being full time working, wife and mother of 1. Guess I found that somebody does it, so it is do-able then :)

Anonymous said...

Salam Sis Hana,

Kagum with ur passion (berkahwin,mommy,kerja fulltime & study partime)..even me yg single macam 50/50 nak further degree...may i know, br.Mett took EBBM in iium?

everyday read n waiting ur new post n make request kat IG minta sis update blog =)