Wednesday, September 11, 2013

Bila Biasa-Biasa Jadi Luar Biasa


Sewaktu saya mula-mula berkawan dengan Mett, kami baru berusia 14 tahun. Masih muda, masih terlalu mentah untuk mengerti betapa hidup ini tersimpan terlalu banyak rahsia. Waktu itu kami masih bersekolah menengah. Saya mengenalinya sebagai lelaki yang tersangat biasa. Anak sulung, mempunyai 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Berasal daripada keluarga yang biasa. Mak bapak kerja biasa.


Pelajarannya juga biasa.


Segalanya sungguh biasa. Tidak ada yang luar biasa.


Mett bukanlah pelajar cemerlang. UPSR nya bukan straight As. PMR nya juga bukan straight As. SPM lagilah, tidak ada A kot? Habis sahaja sekolah, dia masuk kolej. Buat diploma. Selesai diploma, dia bekerja. Kerja pun biasa-biasa sahaja. Mett bukan anak orang sekarang yang belum habis SPM sudah dapat tempat di matriks, habis matriks buat degree, lulus dengan cemerlang sampai mak bapak bangga gila baru start kerja dengan gaji yang mesti lebih RM2,500 untuk setaraf dengan tahap pelajaran.


Tidak. He did not go through that. He started his career as an Admin Assistant dengan gaji RM 1,100. Grab sahaja apa yang ada. Tidak guna memilih. Tidak guna cerewet. Masa berjalan, usia bertambah, banyak lagi plans di benaknya sebenarnya. Jadinya, sesaat pun tidak dibazirkannya.


Sambil bekerja, dia sambung buat degree di UIA on a part-time basis.


Berkat kerja keras, Mett berjaya membeli sebuah kereta pada usia 22 tahun. His first car, sebuah Proton Gen2 yang masih digunakannya hingga sekarang. Kalau fikir-fikir balik, rasanya macam agak muda juga umur 22 tahun sudah ada kereta sendiri. Tetapi bagi saya itulah titik permulaan kejayaannya. Waktu itu saya sedar yang Mett bukan seorang lelaki yang sangat biasa. Daripada keluarga biasa. Pelajaran pun biasa. Tetapi usaha dan keazamannya luar biasa. Biarpun hidupnya biasa, dia tidak pernah mahu terus hidup dalam kebiasaan itu. Dengan susah payahnya menghadiri weekend class dan membiayai kereta barunya, saya tahu impiannya luar biasa.


Half way through his degree, kami menikah. Pada pagi hari saya diakadnikahkan dengan Mett, ketika saya bangun tidur saya rasa macam tidak percaya boleh nampak 5 buah khemah tersusun di hadapan rumah. It was a miracle. Selalu sangat nampak orang berkahwin. Tidak sangka saya juga dapat berkahwin.


Mett terus belajar sampailah dia habis degree, ketika Myiesha berusia setahun lebih, dan saya sedang mabuk migraine mengandungkan Tihani. I can still remember that I was the most excited person there. Suami saya menghadiri convocation pada usia 27 tahun dengan anak hendak masuk dua, sedangkan majoriti grad pada usia awal 20an. Masih single and free. Saya sangat bersyukur waktu itu tengok Mett menjulang ijazah. Saya tak pernah rasa ia terlambat. I think the time was perfect. Cuma cabarannya lebih sedikit.


Daripada Admin Assistant, Mett dipindahkan ke Safety division sebagai Safety Executive. Saya memang tidak pernah dengar safety, dan tidak tahu apa itu safety. Daddy lagilah, dia ingatkan safety adalah security guard. Hahaha tergelak kami! Saya tidak tahu bagaimana Mett boleh tiba-tiba melompat ke safety dengan tidak ada ilmu, basic dan experience tentangnya. Tetapi saya anggap ini rezeki. Rezeki keluarga kami. Semakin lama Mett bekerja di bahagian safety ini semakin saya faham yang safety adalah memastikan keselamatan orang di tempat kerja. Construction site, offshore rigs, dan hampir semua industri sekarang perlukan pegawai keselamatan ini. Dan kalau betul-betul competent, gajinya boleh tahan juga! Tetapi Mett masih jauh lagi untuk sampai ke tahap itu. Dalam dia bekerja, dia banyak menghadiri meetings, trainings dan courses yang mendedahkannya kepada bidang ini. Dan nampak seperti dia berminat. And I was not surprised when he told me that he wants to take up Master in Occupational Safety and Health.


Mett sedang belajar di UTM dalam bidang itu, dan kalau tidak ada aral melintang dia akan tamat belajar pada tahun hadapan. How time flies. But the best thing is not that. The best thing is that lelaki yang biasa ini, yang tidak pernah dapat A dalam subjek-subjek yang dipelajarinya di sekolah, is getting As, if not A- in all of his subjects! Tidak ada B langsung ok? Ya Allah, serious saya tidak sangka. Setiap kali saya tengok resultnya saban semester, saya rasa seperti mahu pengsan. Terror gila mamat ni! Ingat sikitlah orang belakang, bro. Bini lu baru semester dua buat degree ni. Result semester lepas pun tak keluar lagi. Nervous!


But really, I am proud. Bukan tulis entry ini hendak membangga diri, tetapi hendak mengingatkan orang di luar sana. Regardless kamu parents atau student yang juga biasa itu sendiri. Percayalah pada usaha dan kemahuan kamu. Percayalah pada keazaman dan impian kamu. Tidak ada sesiapa yang dapat bantu kamu capainya melainkan diri kamu sendiri. Dan kepada orang keliling, jangan cepat menunding jari. Jangan cepat merendahkan orang. Jangan cepat cakap eleh budak tu belajar tak pandai, nak jadi apa besok besar nanti? Esok lusa silap-silap budak yang biasa-biasa ini jadi luar biasa. Berjaya lebih luar biasa daripada kamu. Apa kamu hendak cakap?


I just want to say that life is fair. Kejayaan akan datang pada mereka yang berusaha. Dan juga pada mereka yang kekal kuat hingga ke penghujungnya. Everyone deserves this in life, cuma cepat atau lambat, ada atau tidak sahaja. Kalau lambat atau tidak ada, itu semua ujian. Allah nak tengok sejauh mana keimanan dan kesabaran kita. Sejauh mana istiqamah kita. Tetapi yang paling penting, kita kena usaha. Usaha, usaha dan usaha. Jangan sesekali berhenti. Jangan sesekali menoleh ke belakang. Dan jangan sesekali berputus asa. Itu kuncinya.


I hope that Mett will continue to excel in his studies. Dan semoga saya yang baru hendak bertatih ini pun berjaya sama. Kami belajar bukan kerana mahu mendabik dada, bersaing dengan saudara mara yang ada, tetapi demi masa hadapan anak-anak kami. Tanpa pelajaran, sampai ke mana sahajalah kami. Standard of living di bandar besar seperti KL ini semakin hari pun semakin meningkat. We just want to provide a good life to our children, di samping sedikit self-satisfaction dengan segala usaha yang telah dicurahkan.


Semoga Allah sentiasa bersama kami sehingga ke akhir perjuangan kami. Amin amin ya rabbal alamin.

20 comments:

s.c.h.u.l.t said...

Aamiin :')

LisaLisut said...

Selalu touching dgn ur post... Good luck to both of u, semoga bjaya.. :)

Ms Haslina said...

tahniah pada Mett atas hijrah dari biasa ke luar biasa.
and you can do it too Hannah.

p/s boleh kongsi apa rahsia Mett yang always dapat A's.

Baini Mohd Zukhi said...

Aminnn...

Goodluck Mett & HJ.

Sungguh sungguh sungguh 'terkesan' dengan entry ini.

Pembakar semangat gitu!

Deqna said...

salam,

saya suka dengan entry ni.. good luck for both of u :)

aThidEaN said...

:) smile.
good luck to us. we can do it

NURUL JAMIAN said...

Tahniah kat Mett.

Bila baca entri ni kita teringat akan diri kita. Dulu kita belajar main-main. selalu ponteng sekolah. datang sekolah senyap2 lari ponteng sekolah. masa tu darah muda banyak terikut kawan2.

cikgu dengan ustazah selalu sound setempek kat kita dan group kita.

bila result SPM keluar kita sendiri tak percaya yang kita dapat pangkat satu. Masa tu cikgu dan ustazah yang sound kita pun terkejut.

iye lah saya murid yang degil yang terkenal dengan ponteng sekolah dan group yang nakal.

sampai sekarang tak percaya dapat offer masuk UiTM buat diploma dan degree.

Bila majlis kahwin, kita jemput cikgu, ustazah yang di sekolah tempat kita timba ilmu. tak sangka ramai cikgu dan ustazah datang. maybe nak tengok anak murid yang nakal satu masa dulu.

betul, kita setuju. tak semestinya dulu kita hidup biasa-biasa tak boleh nak keluar dari kelompok biasa-biasa itu bukan?

sekarang cuma satu harapan kita, nak continue amik master. kita salute dengan hannah boleh sambung study dengan dua anak. kita harap kita dapat ikut jejak hannah ini. kalau tak dapat amik master pun maybe plan kita nak sambung study amik bidang lain.

InsyaAllah moga harapan kita ini jadi kenyataan. mana tahu ada rezeki nanti

teruskan menulis. kita selalu tertunggu2 entri dari hannah


Nurul mama Raina

Joanne Juend said...

Setiap kejayaan seorang lelaki ada wanita sebagai tulang belakang yang kuat :)

ily♥ said...

Tiada yg mustahil, dengan izin Allah...
All the best Hannah..

Farah Zamri said...

Salam Sis :)

Entry ni seolah-olah hadir tepat pada masa saya mencari kekuatan!
All i can say is thank you very much for the beautiful entry.

I wish you & your husband all the best in whatever things you do.

May Allah bless!

ddJaafar said...

ya Allah.bahagianya bila tau u all masih study walaupun sibuk dgn family.

dan say woww to mett.dd pernah ambik safety course.tapi sijil,dan kena ambik 3 paper untuk exam dan alhamdulillah,lulus kesemuanya.but,that time pun dd dah rasa susah gila kot belajar occupational safety & health ni.tapi mett boleh pulak ambik master.memang series i feel "WOWWW!".

good luck to both of u.

Chekgu Azrine said...

Good luck to both of u..

harzharun said...

Dah lama baca blog you..but this totally inspiring!.....

SyimaSyaz said...

inspiring me sebab my hubs pun orang biasa-biasa.. now preparing himself to continue degree. insyaallah...

asmacarey said...

Syukur..course sgt ok..OSHA dealings with security at office..mudah2..semoga berjaya met..

Anonymous said...

Hannah,

have u ever thought about being a motivator macam Prof Dr Muhaya? In my opinion, u have the similar way as her dalam memotivasikan orang. she never under estimate people, always have good words to say to others..macam hannah. Just my two cents, walaupun I didnt even know u personally.. u have the aura to motivate others..

simple thoughts from ur silent reader-nurulni

n0rraslida alias said...

HJ, bila Lid down bce semua entry awk, sy jd semangat.semangat utk berjuang utk sebuah kehidupan. Lid kagum dgn kalian. good luck both of u!! lol

Hazreen Nbj said...

Kak HJ, akak bagi semangat pada saya. Betul sangat. Tuah and rezeki kita, kita tak tahu...semua rahsia Allah swt. Setiap orang ada keistimewaan. Jangan dipersoalkan masa depan kita kerana DIA yang lebih tahu :)

#firstTimecommenthihihi

chiku the chucuru said...

tulisan hannah selalu buat org inspired. well, at least i am inspired by ur writing. keep up the good work. u r a humble and yet a positive person.. all the best to u hannah

Linda said...

Entry yang sangat luar biasa! terima kasih di atas perkongsian ini ;)