Hannah Johary. 30. Kuala Lumpur.

Twitter | Facebook | Instagram

Wednesday, July 31, 2013

Terima Kasih, Mak


Dah banyak minggu berkampung di Ampang Point daripada saat waktu habis kerja jam 4.30 petang hinggalah ke malam. Ada masanya hanya meninggalkan kompleks tersebut ketika kedai-kedai mula menurunkan pagar-pagar zink tanda sudah jam 10 malam, sudah tamat waktu perkhidmatan. Lewat ini saya begitu gigih, bukan gigih apa, deadline assignments semakin mengejar. Selesai sahaja assignments, harus pula berhempas pulas buat revision menyiapkan diri untuk final exam. Saat entry ini ditulis, tinggal kurang lebih 20 hari sahaja lagi sebelum final exam bermula. Dan menjadi siswi buat pertama kali, di semester pertama pula, pastinya gementarnya lain macam.


Kerisauan tidak dapat 4flat adalah perkara paling dikhuatiri. Bukan sengaja meletakkan harapan terlalu tinggi, tetapi orang bilang kalau tidak dapat menggapai bintang, dapat gapai bulan pun jadi. Masih tinggi, masih boleh dibanggakan. Tidaklah berharap pada pokok cuma, kalau jatuh pokok terus bedebuk ke atas tanah macam cempedak busuk. Apa pun tidak dapat. Having to pursue with my studies now, tatkala saya rasa saya dalam keadaan paling bersedia, saya rasa ada patutnya saya tidak mensia-siakan walau sesaat pun waktu. Walau sesen pun duit yang keluar. Sesungguhnya duit amat bererti buat masa ini.


Hari itu Tihani main selongkar purse saya, campak-campak duit saya. Saya bilang padanya, "Adik. Jangan campak-campak duit Mummy. Susah Mummy nak dapat sekeping ni. Kena marah teruk-teruk nak dapat." Mett tertawa. Hidup bagai neraka di tempat kerja ada masanya dapat menjadi bahan penghibur tatkala bersama yang tersayang.


Segala penat lelah ini harus saya dedicate-kan kepada seorang wanita separuh umur yang saya panggil Mak. Dia adalah ibu mertua saya. Mett's mother. Sebelum saya ambil keputusan untuk sambung belajar lagi saya sudah bertanya pada Mak, adakah boleh saya sambung belajar. Bukanlah meminta keputusan, tetapi meminta pendapat, apatah lagi Mak adalah orang yang menjaga Myiesha dan Tihani sepanjang waktu saya bekerja, haruslah saya bertanya kerana belajar akan mengambil lebih banyak waktu saya. Dan jawapan yang saya terima daripada Mak adalah, "Selagi anak-anak kecil lagi, selagi Mak sihat, kalau kau nak belajar, belajar. Mak boleh jagakan." Pendek sahaja cakap Mak, tetapi cukup bermakna.


Dan dari itu, bermulalah hidup saya sebagai seorang part-time student. Dan bermulalah rutin Mak menjaga anak-anak saya dengan waktu tambahan pada Sabtu kedua dan keempat setiap bulan setiap kali saya pergi class, dan ada masa sehingga 15 jam sehari pada weekdays tatkala saya sibuk dengan studies seperti waktu sekarang.


Namun dalam saya pulang lewat, saya pastikan saya terus ambil anak-anak sebaik sahaja saya melangkah masuk ke rumah Mak. Saya pastikan mereka tidur dengan tepukan tangan saya pada tubuh mereka. Sepenting mana saya perlu siapkan kerja-kerja belajar saya, sepenting itu jugalah tugas saya terhadap suami dan anak-anak saya. I try not to on my netbook or open my books when the girls are around. I will either study after I put them to bed, or outside after work. Apabila saya bersama anak-anak, saya adalah seorang Mummy. Saya bukan lagi seorang penuntut. Saya mahu berikan 100% kepada mereka sebagaimana saya berikan 100% kepada pelajaran saya.


Dalam saya mengharungi cabaran bergelar student sekali lagi ini, saya harus banyak-banyak berterima kasih kepada Mak kerana tidak pernah letih dan jemu menjaga anak-anak saya. Saya tahu Mak penat walaupun bibirnya tidak pernah putus mengukirkan senyuman dan memberikan saya semangat untuk teruskan apa yang sedang saya lakukan. Sesungguhnya pengorbanan Mak terlalu besar, yang tidak pernah dapat saya balas walau dengan tudung bawal kesukaan Mak, fruit tart kegemaran Mak, novel kegilaan Mak, atau duit penat yang sedikit lebih untuk mengurangkan bebanan Mak. Tidak ada material yang dapat ditandingkan kecuali ucapan terima kasih yang tidak terhingga from the bottom of my heart. Terima kasih, Mak, di atas segala sokongan tidak kira dari segi moral atau lainnya.


Bagi menghargai segala pertolongan Mak, I am dedicating this semester's result to her, sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga. Walau apapun keputusannya nanti, I know it is the best that I will do after all the time, effort and hard work spent. Dan semuanya di atas pertolongan Mak juga.


There is still a long way to go. 4 more years to go, and I hope Mak will always be here until the day I grad, not because I want her to continue to take care of my girls, but to dedicate this whole TESL course to her. Terima kasih, Mak, kerana terima saya seadanya. Menantu yang tidak pandai masak. Tidak pandai buat kuih. Tidak pandai buat kek. Tidak pandai jahit baju atau langsir. Tetapi saya harap Mak terhibur with the hours we spent together sharing all kinds of stories, laughing together and shopping together. Kepandaian saya hanya bab berbual dan ber-shopping sahaja, Mak.


Dah nasib Mak dapat menantu moden sangat macam ni. Saya doakan menantu Mak yang seterusnya adalah lebih traditional sedikit untuk memenuhi ciri-ciri menantu pilihan. Hahaha.


Terima kasih, Mak. Saya sayang Mak.

12 comments:

Aini Qamariah said...

Sweet... BelajAR rajin2 ya mummy!! :)

Aini Qamariah said...

Sweet... BelajAR rajin2 ya mummy!! :)

Chekgu Azrine said...

Terharu baca..best masih ada mak mertua

amyrad said...

HJ, akhirnya update jugak blog! rindu nak dengar celoteh u. Kalo di twitter asyik pasal miranda sajok..haha

ayahmamilisa said...

HJ..baru berkesempatan comment kamu..i'm ur no 1 silent reader..sejak u pregnant kan tihani until now..sampaila me melahirkan lisa i dengar nama u masa u bersalinkan tihani kat hospital ampang..kat sebelah je but tak dapat jumpa u coz dah discharge..22 mac 2012 rite? lisa lahir 23 mac 2012..memang tertunggu HJ punye entry update..:)
keep on writing ye and tabah hadapi kehidupan with family, kerja and belajar..:)i know u can manage it successfully :D

LisaLisut said...

terharunya ;)good luck HJ :)

Syahira Adisa said...

opsss masuk siniii. rasa macam nak nangis pula baca entry akak ipar ni. yeppp bak kata akak, pengorbanan seorang student. hope akak boleh hadapi semua ni dengan tabah and sabar. good luck my kakak ipar! (:

lylieiqmal said...

ok, da nangis.

Terima kasih mak. Mak2 kita sentiasa terbaik untuk kita.

♥ dak pink said...

Adoii, teringat time belajar tu. Teringat letih penatnye macam mana.
Dengan anak kecil lagi suami semua.

I tahu apa kamu rasa.

All the best ye HJ.

Maria Rajab said...

adoii sweetnya mak dpt menantu mcm ni..HJ antara wanita yg mengkagumkan maria..semangat HJ sentiasa memberi maria suntikan semangat jugak..ingin jadi yg terbaik utk keluarga maria juga..maria doakan HJ dpt 4flat sem ni dan sem2 seterusnya..semoga bulan bintang menjadi milikmu wahai HJ

Anonymous said...

Good Luck HJ :)

s.c.h.u.l.t said...

Love You HJ! :)

Post a Comment

Hannah Johary loves reading comments!