Saturday, July 06, 2013

If You are Going Through Hell, Keep Going


It has been some time since I last wrote. And how am I? Not so good. Sebab not good lah saya tidak tulis. Kalau good, haruslah every now and then semangat gila tulis pasal life, pasal parenting and pasal motivation. Ya tidak? Heheh.


Life is as always. Cumanya kerja sahaja yang membuatkan saya gila. Saya rasa seperti telah terlontar ke neraka sejak setahun yang lalu. Yes, seburuk-buruk kerja ini sedar tidak sedar sudah setahun saya berada di sini. Bertahan? Sudah 2 kali tulis resignation letter sebenarnya. Tetapi dalam 90% confidence untuk resign, saya tidak tahu kenapa terdapat 10% yang kuat di dalam hati saya yang bilang Don't Resign. Sampai hari ini saya tidak tahu kenapa. Adakah kerana keluarga? Adakah kerana anak-anak? Tetapi sampai bila saya harus berkorban? I am not happy. I am not only unhappy, saya rasa saya sudah tiba ke tahap depression. Setiap hari menangis dalam LRT on the way to work. Di office 8am sampai 5pm kena 'ceramah'. Balik kerja dalam perasaan yang paling tidak best. Sampai rumah sampailah keesokan paginya semua serba tidak kena. Marah suami, marah anak, hentak-hentak barang. Kadang-kadang saya rasa macam hidup saya tidak ada ertinya. It is getting worse. Dahulu time kerja customer service, saya sangka itulah kerja yang paling stressful. Tetapi tidak, kerja admin assistant cikai seribu kali lebih stressful. Semuanya kerana supervisor saya yang saya panggil dia Miranda - Miranda yang dalam film The Devil Wears Prada itu. Yes, she is THAT demanding.


Masa mula-mula kerja sini saya rasa dia bagus. Teliti. High expectation. Perfectionist. Yelah jadi orang atas kenalah ada kriteria sebegini. Baru kerja jadi bagus. Baru downline jadi bagus. Tetapi lama kelamaan, saya rasa dia agak melampau. Panjang sangat ceritanya kalau hendak diceritakan satu persatu. But she is just too much. She enjoys mengutuk orang. Memburukkan orang. Ulang kesilapan yang orang buat berkali-kali. Dia seronok rasa dirinya perfect. Yang paling best, dia selalu buat kami rasa macam pengemis. Macam kalau dia tidak kasi kami kerja ini dengan gaji ini, kami akan mati kebuluran. Dia selalu bilang, kalau berani pergilah resign. Pergilah cari kerja lain. Tengok kerja lain boleh dapat gaji macam ini ke tidak, benefit macam ini ke tidak, supervisor macam dia ke tidak. Dan semua benda yang dia cakap, kami tidak boleh menjawab. Kalau kami menjawab, tidak kisahlah hendak explain perkara yang benar, atau cerita apa sebenarnya yang berlaku, makin panjanglah 'ceramah'nya itu. She enjoys talking. Dia ingat best gila agaknya ceramah dia itu. Career talk lah, apa lah. Tapi sebenarnya apa yang dia cerita itu semua kami sudah tahu. Kami sudah besar, sudah dewasa, apa yang dia cerita semuanya common sense sebenarnya. Hal ehwal semasa. Kami tahu apa yang kami hendak buat, apa yang kami hendak jadi 5-10 tahun akan datang. We just do not need to tell her. For what? Untuk dia persendakan kami lagi?


Kerana sikapnya yang suka sangat mula 'berceramah' seawal 7 pagi, seawal staf yang pertama punch in, saya sudah tawar hati sangat-sangat dengan kerja ini. Pergi kerja just for the sake of pergi kerja. Tidak ada niat hendak kerja pun. Banyak kali sangat saya datang kerja dengan semangat yang baru, tetapi setiap kali itu juga perkara pertama yang kena pada pagi hari adalah tempelak. Sekali dua tidak mengapa. Tetapi kalau hari-hari? Serious hari-hari! Kalau tidak percaya, marilah datang tengok kami kena marah setiap hari. It is so demotivating. Hilang segala semangat. Segala keceriaan. Bukan sahaja di office, malah selalu sangat terbawa-bawa sampai balik. Kenapa? Kenapa tidak boleh tinggalkan sahaja di office? Mungkin sebab impaknya terlalu besar. 'Ceramah' itu terlalu panjang dan lama. Cuba kalau orang kata kamu useless 8 jam sehari apa jadi? Robot pun masuk Tanjung Rambutan wehh!


Saat ini, saya rasa apa yang ada dalam diri saya sudah hampir tiba ke zero. Segala semangat. Segala rasa optimist itu. Hilang semuanya. Saya telah menjadi orang yang sangat dull. Sangat moody. Sangat pemarah. Setiap hari saya cuba kuatkan diri saya, especially apabila pulang dari kerja. Saya cuba jadi happy untuk anak-anak. Menatap wajah Myiesha dan Tihani memang sangat membahagiakan saya. Tetapi di dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Setiap saat setiap waktu saya berperang dengan diri sendiri. Memaksa diri untuk rasa gembira walaupun rasa yang ada cuma rasa down yang teramat sangat. Ada masanya saya berbual dengan office mate saya, dan kami rasa perkara yang sama. We know this is so unhealthy for us. Tetapi apa yang boleh kami buat? Inilah yang kami perlu hadapi setiap hari demi untuk mencari sesuap nasi.


Resign? Ya, saat saya type entry ini pun saya masih fikir mahu resign. Buat apa buang masa di tempat kerja yang gila macam ini, biar orang hina kita saban hari. Kadang-kadang saya sendiri rasa macam sudah hilang maruah diri. Setiap hari kena kutuk depan semua office mates. Depan boss. Saya hampir sahaja tender resignation a couple of weeks ago. Time itu sudah tekad habis. Whatever will be, will be. Lantaklah. Bukannya ini kerja yang ada. Banyak lagi kerja lain kat luar tu. Bukannya saya ini tidak ada pelajaran, tidak ada pengalaman. Rezeki itu Allah yang kasi, bukannya Miranda yang kasi.


Namun dalam tekad-tekad saya itu, saya akhirnya mengalah juga. Mengalah kerana fikirkan keluarga yang perlukan saya. Mengalah kerana fikirkan anak-anak yang perlukan saya. Sejak saya kerja di sini, dapat juga saya merasa pakai baju cantik sikit, makan sedap sikit, dapat kasi Maman allowance sikit. Kalau dahulu, semuanya tidak ada. Saya masih ingat lagi sewaktu saya mula-mula berkahwin dengan Mett dahulu. Kerja biasa sahaja, gaji biasa sahaja. Bayar itu bayar ini, sebenarnya expenses lebih besar daripada gaji pun! Selepas itu kami ada Myiesha. Bab ini kalau fikir Myiesha memang saya mesti akan menangis. Myiesha dahulu tidak ada baju lawa. Pakai milk bottle pun murah, tiga belas ringgit dapat dua. Tetapi mujur Myiesha anak sulung, ramai relatives suka belikan dia baju, so baju cantik dia hanya bergantung pada baju-baju pemberian orang itu sahaja. Minum susu Dumex. Pakai diapers murah. Waktu itu kami memang sangat serba kekurangan. Sudahlah baru hendak start a life, hidup pula hutang keliling pinggang. Waktu itu sabar sahajalah ubatnya. Kalau tidak sabar, sudah lama lari jauh-jauh. Tidak ada orang yang mahu hidup susah. Tidak ada orang yang mahu hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tetapi apakan daya, waktu itu kami kerja biasa bergaji kecil, setakat itu sahajalah kemampuan kami. Cukupkan sahaja dengan apa yang ada.


As time passes by, Alhamdulillah, hidup kami semakin baik. Dan selepas lebih 4 tahun berkahwin ini baru saya rasa hidup kami sudah mula stable. Hidup kami belum lagi senang, jauh sekali mewah, tetapi hampir cukup dengan apa yang ada. Boleh belikan anak-anak baju cantik sikit. Boleh belikan milk bottle cantik sikit. Boleh belikan diri sendiri baju. Sesekali kami suami isteri boleh belanja each other makan pakai. Alhamdulillah. Daripada tidak kenal Tony Roma's, sekarang sudah kenal. Kalau dahulu makan di Hard Rock Cafe 5-7 tahun sekali, kini boleh bawa anak-anak pergi bila-bila terasa hendak pergi. Kalau dahulu asyik belikan Myiesha baju lubang-lubang di Tesco, sekarang dia dapat merasa pakai baju Poney. Kami masih perlu belanja berpada-pada, masih banyak komitment yang ada, tetapi dalam masa yang sama kami rasa seperti sudah boleh bernafas. Tidak mewah, tetapi senang sedikit. Kami bersyukur sangat.


Fikirkan Myiesha adalah perkara terbesar yang membuatkan saya kuat. Sangat kuat. Walaupun saya down, walaupun saya stress, walaupun saya depress, saya tetap kuat kerana ini. Barangkali inilah 10% dalam hati yang bilang Jangan itu. Selepas melalui semua yang tidak best itu, hidup di dalam kesempitan, saya tidak mahu melaluinya lagi. Cukuplah 4 tahun mengikat perut, bersengkang mata, pening kepala siang dan malam. Pekerjaan ini sedikit sebanyak membantu kami bernafas. That is why it is too hard for me to let it go. Ya, saya sangat tidak tahan dengan Miranda, tetapi saya perlu bertahan. I cannot be selfish. I am married, I have kids, I have commitments. Kalau tidak sanggup berkorban demi keluarga, jangan kahwin. Hidup selepas berkahwin adalah penuh dengan pengorbanan, yang setiap satunya menguji sejauh mana kita cintakan orang-orang yang penting dalam hidup kita. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya lepaskan semua ini. Buat apa bodohkan diri, jadi tidak happy kerana orang yang tidak kenal saya pun. But then again, kerana Myiesha dan Tihani saya teruskan juga, walaupun pada saat ini sedikit lagi saya akan jadi gila.


Dalam depression yang teramat sangat ini, saya desperate mencari jalan keluar. Kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk sambung belajar. To do my degree. Ya, HJ adalah seorang student kembali! I am doing Bachelor in Education (TESL) di Open University Malaysia. Baru sahaja start bulan May yang lalu. Part-time. Perasaan? Jangan tanyalah perasaan saya, HAPPY GILA! Setiap Saturday yang ada class adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu. Saya akan bangun pagi dengan perasaan yang paling excited. Saya akan pergi class dengan perasaan yang paling riang. Saya rasa lepas bebas macam burung. I made a few new friends, and I am very happy. Kawan-kawan adalah sangat best. Lecturers adalah sangat best. Lectures pun adalah sangat best! Semua orang di university adalah manusia yang paling bersemangat yang pernah saya jumpa. Walaupun kebanyakan daripada mereka adalah macam saya, sudah berkahwin, sudah ada anak, bekerja lagi, tetapi mereka sangat bersemangat pergi class. Tidak ada yang tidur dalam class. Tidak ada yang ponteng class. Tidak ada yang masuk lambat. Guess when we are mature like this, when we study because we want to study, we appreciate more. Tersangatlah berbeza dengan 10 tahun dahulu apabila Daddy hantar pergi college, Daddy bayar yuran, saya asyik tuang kelas sahaja. Tidak tahu makna duit. Tidak tahu kepentingan ilmu. Kalau fikir-fikir balik, memang regret. Sayang segala masa dan usia muda itu. Tetapi tidak mengapalah, yang penting saya ada di sini pada hari ini, cuba memperbaiki diri saya. And I believe it is still not too late.


Oh berbalik kepada cerita sambung belajar, saya rasa inilah keputusan terbaik yang saya ambil pada waktu ini. Because this is my biggest therapy. Selepas 8 jam kena 'ceramah' sampai down gila, saya akan luangkan 2 hours after work untuk study. Saya akan bawa buku saya, satu hari satu subject, dan duduk di mana-mana di Ampang Point. McDonald's. KFC. Delifrance. Food court. Dunkin Donuts. You name it. Semua tempat jadi tempat pertapaan saya from 5pm - 7pm. Saya ambil masa 2 jam setiap hari untuk buat notes, buat revision, buat assignment. Saya kalau belajar memang kena macam ini. Kena consistent. Saya tidak boleh belajar last minute, confirm bungkus. Ini pun satu pengorbanan, but I enjoy it. In fact, this is the thing I enjoy the most. Saya happy sangat. Saya tidak rasa belajar itu sesuatu yang menyusahkan, satu beban. Ia sebenarnya perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap petang. Habis sahaja kerja 5pm terus saya lari ke Ampang Point untuk belajar. Saya bersyukur kerana dalam masalah saya yang besar itu, saya masih ada perkara untuk membangkitkan kembali semangat saya. I really have to thank Mett, my parents, and my parents in-law for supporting me all the way. Saya bersyukur kerana semua orang sangat supportive dan sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk buat yang terbaik. Tetapi kalau Miranda tahu ini confirm dia bising, confirm dia bilang saya sudah tawar hati untuk bekerja kerana sudah belajar kembali. Hahaha. I swear if she says this, saya akan tempelak balik kat muka dia bilang this is my therapy. Kalau tidak kerana saya sambung belajar, mungkin saya sudah lama jadi gila dengan sikapnya. :D


Sedar tidak sedar, panjang juga saya tulis rupa-rupanya. I am having a hard time at the moment, kerana itulah saya tidak menulis. I cannot write, I am just too emotional to write. But after this, insyaAllah I will write more often because blogging is also my therapy. Dahulu mungkin Tihani sangat lasak that makes me exhausted every night, tetapi sekarang semakin dia membesar, saya sudah rasa semakin stable dan boleh cope. My girls are the best. Saya bahagia sangat dengan mereka berdua, sampaikan saya selalu rasa cukuplah mereka berdua sebagai peneman hati saya. No need anak lelaki lah ye, saya takut sebenarnya sebab orang kata boy ni lasak. Tak sanggup pula. Mahu kurus kering saya nanti. Hahaha. Eh but betul ke? Siapa yang ada anak lelaki, sila share experience. Kalau scary sangat, saya rasa saya stop at 2 sajalah.


Saya rasa takat ini sahaja dahulu buat masa ini. Nanti ada masa saya tulis lagi. Kalau rasa rindu kat HJ, rajin-rajinlah jenguk Instagram saya. Kalau nak add kat Facebook pun boleh juga, tetapi tulis lah note sikit, bilang kamu ini blog reader so senang sikit saya nak approve ya.

'Til then, have a great weekend ahead! 


P/S: Eh bilalah nak tukar header tu? Dah basi sangat dah.

23 comments:

Joanne Juend said...

Hello! Kita berdua adalah kawan instag :)

I have a boss yg agaknya mcm Miranda. 2 years bambu I yg I ni no experience, no nothing and so on. Nangis xpayah count lah,it's countless. Mmg everytime dia bambu I, I will nangis and maki hamun dia, sumpah seranah kat dia and mmg habis2an lah I kutuk dia.

But after that two years of hell with her, I cope by seriously ignore her. Totally ignore her like everytime she pass by I let her pass. Plug ear with earphone,pasang lagu kuat2. Hah! Dia sakit hati but let it be.

Pastu I dah pandai balas apa yg dia kata,tapi tak la dlm nada melawan,but intonasi yang seriously no feeling. Mcm robot bercakap. Then perkara yg langsung xde sangkut paut dgn work, I pusing badan bila dia berceramah. I pasang telinga but no respond and masa tu lah I paling busy di alam semesta.

Sometimes org mcm Miranda ni needs attention. She feels like she is on the top of the world yada yada.. kadang2 I teased my boss,as if dia tu hebat sgt la konon.. so I pun puji lah dia habis2an.. sukalah dia tu.. kahkahkah.. padahal I sindir je.. :p

All the best to you, you are not alone. Never alone.. :)

Chekgu Azrine said...

Sis..akak tabik la sis..sanggup sis hadapi lagi orgmcm miranda tu..huhu..tp bagusla sbb sis pikir ank2..good to know that..

Btw..akk dpt baby boy last 9mos..mmg sangat lasak..tp mmg akk perlukan jgk boy even akak dah ada 3 girls..nak happykan hubs akak yg nak sangat boy..so adala.aish dalam.hidup kami..syukur..cubala sis..dpt bb boy ni semangat dia lain sikit tau..hehe

s.c.h.u.l.t said...

Kak HJ,

You inspired me! Sejak dari zaman U sehinggalah sudah berkahwin, sudah bakal punya anak.

Setiap hari saya pun mengalami masalah macam akak. Cuma bezanya saya adalah bos (yang tidak serupa bos) Haha.

Tertekan dengan staff (yang lebih tua) yang berada bawah saya. Tertekan dengan patients/doctors.

I will further my study too. InsyaAllah. Doakan saya kuat semangat macam akak ;)

Lots of love for you, Myiesha & Tihani

Cyrus Amiera said...

Hannah!!!!
I love u. Dats all :)

Ada anak lelaki xde la buas sangat. So so je lah kot. Blh lagi tu tambaj barang seorang dua.

U r my inspiration. My coming soon baby I gv ur name to her. Coz I really2 admire u. Serius! Eh terpecah rahsia plak. Hahahaha :p

LOve l0ve l0ve u!

Hannah Johary said...

Hey thanks for your comment! You make me feel so much better. :) I pernah juga ingat nak ignore dia, since I tak tahan sangat dengan 'ceramah' dia tu. But dia awal-awal dah pesan, kalau tak nak dengar cakap dia, nak buat hal sendiri, dia akan ignore kita. Dia takkan bagi kerja, dia takkan ajar apa-apa sampai in the end kita blah sendiri. Macam pulau lah gitu.

So since I still need the job kenalah angguk dengan setiap apa yang dia cakap, betul or tak betul. Dia cakap kita bodoh pun angguk je. Apa nak buat? Hahaha. :P

Hannah Johary said...

Memang fikir anak-anak. Kalau tak, dah lama lari jauh-jauh, tak kuasa! Hehe.

Baby boy semangat dia lain? Still takut nak try lah. Tengoklah kalau Tihani dah besar sikit. :)

Hannah Johary said...

Stress memang tak pernah lari daripada everyday life kita kan? Sikit tu ok, kalau banyak tak terhandle tu yang tak larat tu. :P

Wow further studies jugak? That's great! InsyaAllah mesti ok punya. I doakan.

Hannah Johary said...

Miraaaaaa!
I love you tooooo!
HAHAHA!

Hoi orang adore dia, dia adore kita pulak siap nak letak nama ai. Omg! Thank you so much, it is such an honor. I biasa je ok, you yang terror tu, you adalah wife, mother, student, kerja, siap ada business sendiri lagi. And the best part, you are way younger than I am! Terror sangat ok.

Tu lah I tengok Cyrus macam baik je. Ada juga kawan I yang cakap anak lelaki dia ok. Tapi ada yang I tengok yang sampai tak menang tangan. Tu yang takut tu. Huhu. But setakat hari ini I memang belum ready. :)

Mia Shakira said...

Salam Hannah,
I'm really proud of you. Everyday I'm awaiting new post from your end. When I read your blog it does reflects about me here and there and knowing that someone also go through the same experience but manage to move on really fire me up to keep going with my life as well. Keep writing, can't to read your new post. Thank you.

Nanak said...

i ada 3org boys..no girl yet..haha..

LisaLisut said...

I dpt depression u itu. Rs berat sungguh hati. Agaknye kalau i dh resign trus. Hehe. Cz husband i xboleh kalau i merempan hempas2 brg emosional mcm tu. dia ckp dia bole stress if tgk i stress. Haha. I hanya stress dgn jln jem je hari2.. Hurm.. Anyway im so proud of u. Sgt strong n gigih smbg bljr. Happy i bc. Gud luck:)

ily♥ said...

Best of luck HJ..In ur studies, work & life.
Semoga Allah sentiasa merahmati kamu & melimpahkan barokah buat kamu & family..
U are such a strong mom...

lylieiqmal said...

Hannah, awak yg begitu tenang jadi begitu stress. Memang serius nie Miranda tue gila.

hihihi. Sy pun da cukup dengan anak dua sekarang. Belum cukup tabah nak tambah anak.

Gud Luck Hannah.

Anonymous said...

Hannah, i ada 2 boys. Mmg lasak ya rabbi i yg before kawen dulu gemok diet mcm nak mati pun x kurus2 alih2 lepas resign keje n jd housewife jaga anak sendiri terus kurus walaupun makan sama je mcm time gemuk dulu. Hahaha so i guess u dpt bayangkan mcamana "kecoh" nya hidup bila dikelilingi hero2.

Btw i am wanadzra. Your fb n insta fren. :)

Sicness Surfacing said...

Hi hannah, kita punya bos ni orang yang sama ke? Hahaah. Serious yang u describe ni mmg sebijik2 macam perangai bos i cuma dia ni lelaki lah and orang politik. Tiap2 hari dia akan ceramah orang. Suka kutuk staff dekat staff lain. Kalau dia x suka org tu dia x bg keja atau bg keja terlampau byk yg bukan dalam jobscope and dia akan pulaukan org tu. suka take credit kerja org lain and membebel kesalahan org tu berulang kali. Paling anti dgn org ambik cuti atau mc. Paling lama kena ceramah 3 jam. Sometimes suka panggil org dgr ceramah dia byk kali pastu melalut cerita2 politik smpi semua x siap keja. Kalau melawan dia akan make sure kita dapat susah. Oh my terpanjang pulak mengutuk bos.anyway hope u and me tabah bekerja untuk anak2 :)

Ms Haslina said...

as salam.
sebenarnya sudah give up tunggu hannah update blog. lepas tu terus terlupa sebab busy with works plus family.
suddenly hari ini, I lost in doing my writing. terus refer balik ur blog. saya senyum sampai ke telinga tgk ada post baru. really hannah, I miss ur good writing, sincere from my heart, it is very good. jeles sikit bila u further study dlm bidang yg u suka. semestinya u lebih bagus after this. but I always pray the good for my pren future.

Betul tu hannah, kita sentiasa fikir. Rezeki itu dari ALLAH, bukan dari Miranda tu. I have going thru a few type of 'disaster' boss. But I always think ALLAH will be there for me, always.

I have 3 boys and 1 princess. Serius, I prefer boy..hehe.

New Mama Mia said...

As salam,

HJ...lama u tak tulis blog u sampaikan I cari u dlm Instagram. Dengan artis pun I tak buat mcm tu tau!...Special betul u dlm hidup I ni.

Tak pela, Buatlah yg terbaik dalam hidup u. u tahu apa yg terbaik utk diri u. Dulu I pun mcm u...Tapi I jenis hati batu. I resign je. I'm not worry at all. Pada I rezeki tu Allah yg bagi bukan mereka.

Now, Alhamdulillah...walaupun gaji I kecil but I still mampu pakai semua benda yg I nak. Coz I buat bisnes p.time. U tahukan I single mother. Tak ada siapa yg akan bagi I duit kalau I tak cukup duit. Lain masa husband kita ada. Time tu boleh la minta tlg dia tlg top upkan..

Guests what!...awal tahun ari tu I dapat baby boy. Lagi 2 minggu I nak pergi umrah dia dtg dlm hidup kami secara tiba2. Memang serabut nak buat keputusan secara tiba2. Tapi I yakin rezeki dia Allah dah tetapkan. I hanya perlukan usaha utk dia. I yakin Allah maha pengasih...Hari ni 17/07 genap dia 5 bulan. Bila tgk dia dah besar tu pun I dah cukup bersyukur sebab diberi peluang untuk membesarkan ank lelaki yg sememangnya sgt berbeza dgn anak perempuan.

Apapun I doakan semoga U trs berjaya didunia dan diakhirat. Semoga u sekeluarga sentiasa didalam rahmat kasih Allah. Ameen =)

CikguNadeeya said...

Hai Hannah.,salam perkenalan..saya silent reader je selama ni..suka baca blog awak..lama menanti new publish..moga tabah menjalani kehidupan..

FaRah Baharom said...

Hai Hannah..ntah kenapa tersentuh i bace ur post. Be strong dear for the sake of anak2..:) In sha Allah ada hikmah menanti disebalik kesabaran u itu. :)

not irene said...

Salam Hannah,

9 months ago, i pon ada boss macam Miranda, mungkin lebih teruk dari Miranda. Dia buat i stress, dia buat i masuk hospital sebab tekanan darah tinggi, dia juga menyebabkan i ulang alik IJN serta Hospital Selayang. Yes to that extend. I quit my job because of that. Dr kata duit boleh cari, kesihatan tak boleh beli. Masa tu, setiap hari merupakan hari letih, walau saya dah rehat lebih 12 jam, saya masih lagi letih dan tak larat nak pergi kerja. Saya juga disahkan pulmonari hipertention akibat stress yang begitu tinggi. Syukur saya kembali sihat walaupon dengan ubat-ubatan. Moga Hannah tabah dan bersabar. Tangani stress dengan baik. Moga Hannah naik pangkat cepat dan berjaya.

Anonymous said...

Hi,


I nasihatkan you,resign jelah.You ada anak anak yang masih kecil.Selama mana you mampu bertahan dgn perangai boss you tu.You tak terfikirkah possibility utk mengalami masalah depression sgt tinggi.

Bagi i,boss you tu tengah galak dgn mind games dia,lebih pada utk menakutkan semua staff..open yr eyes.Co yang u bekerja sekarang terbaikkah?gaji paling tinggikah dlm Msia utk jawatan u sekarang?Kalau u ada pengalaman dan kelulusan u tak perlu takut.Kesihatan lebih penting dari wang.Kalau dah sakit,semua benda kita tak boleh buat.Sampai bila u asyik nak merungut sahaja.Kerja kena ikhlas bukan sekadar utk mencari pendapatan sahaja.

Rezeki ada dimana mana.Don't stop believing ok.Good luck dlm pekerjaan dan studies.

Hannah Johary said...

Mia Shakira:
Thanks for reading. Kisah kita semua sama. Semua ada ups and downs. Terpulang pada orang je nak cerita ke tak. As for me, I choose to share. :)


**

Nanak:
3 boys challenging takkkkkk?


**

LisaLisut:
Thanks for your support, here and in Instagram. Love! :)


**

ily:
Thank you very much. :)


**

lylieiqmal:
Thank you. Sama! Tak nak tambah lagi. I dah cukup bahagia buat masa sekarang. :)


**

wanadzra:
Kalau macam tu nanti kalau I rasa I dah start gemuk I tambah 1 boy lah boleh? Hihihi.


**

Sicness Surfacing:
OMGOMGOMG orang yang sama kahhhhh? Cara you describe serious sama! Hahaha! Cuma Miranda tak politik sangat. But yang lain semua sama gila. Guess you know exactly what I am facing kan? Tortureeeee! T_T


**

Ms Haslina:
Thank for your comment. Sejuk je rasa membacanya. Tapi prefer boy? Why ye? May I know. Curious betul ni. :D


**

New Mama Mia:
Wahh hebat betul sampai cari kat Instagram! So macam mana, dah puas ke dapat tengok gambar hari-hari? Hehehe. Thanks for sharing your experience. Hug your boy for me. :)


**

CikguNadeeya:
Thank you very much!


**

FaRah Baharom:
Thank you. InsyaAllah. :')


**

not irene:
I tak pernah tahu stress boleh sampai macam tu. Scary to hear. But I am glad it is all over for you. InsyaAllah I will never put myself on stake. I cuma akan berada di sini selagi boleh bertahan. Thanks so much for sharing. *hugs!


**

anonymous:
Resign memang senang. Depression memang ada. Tapi company sekarang adalah yang terbaik buat masa ni. Gaji paling baik buat masa ni. And yes, jujurnya I kerja memang nak cari duit je because I need to. I do not have a choice as at now.

I believe I will land on my dream job. But now is not the time. Lepas dapat degree mungkin? Sabar adalah kunci segala-galanya buat masa sekarang. Thank you. :)

Anonymous said...

Hannah,Jangan Biar Diri kamu Jadi Miranda no 2.
Be Strong k~