Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Wednesday, November 07, 2012

Hang in There


Sudah banyak hari terlalu desperate hendak update blog. Percaya atau tidak, sudah beberapa hari juga setiap kali selepas waktu kerja, saya melilau macam orang gila cari cyber cafe di sekitar kawasan Ampang Point. Bukannya tidak ada internet di rumah. Tetapi masa itu cemburu sungguh. Sesiapa yang kenal saya tentu tahu sangat I will never on my laptop when my kids are still awake. And with Myiesha sleeping late every night, dan mata saya ini yang tidak pernah tahan tidur lambat, I never get a time to blog nowadays. Tersangatlah mencabar. Like last night pun, saya rasa dia tidur jam 12 atau 1, kot? I do not remember. Apa yang saya ingat hanyalah dia sudah memanjat ke katil, berbaring di antara saya dan Mett, dan meminta saya tolong dia main Spelling Game di BlackBerry kepunyaan Mett. And the only thing I said was, "Tidurlah, Myiesha!" dalam kemamaian, and I remember she was quite upset lah juga, sudah mencebik bagai, hendak menangis.


But what can I do? With me working in the day, saya tidak dapat accomodate dia sehingga begitu lewat begitu. Bilanglah apa sahaja, saya sudah cuba melakukannya. Daripada tutup TV. Ke tutup laptop. Ke jangan layan dia. Ke buat-buat tidur. Sampailah kami suami isteri betul-betul tidur. We just cannot do anything anymore. Last-last tawakal sahajalah, moga dia selamat bermain sampai tertidur sendiri. We off the kitchen, bathroom, and room lights, so that she will just play quietly in the living room on her mattress until she sleeps. Kami sudah no jalan and no road. Hendak suruh dia jangan tidur lewat petang sangat so that she will sleep earlier at night, siapalah kami untuk berbuat begitu. Unless saya jaga dia sendiri, bolehlah saya plan waktu tidurnya. Being a working mother, saya banyak sangat belajar untuk tidak cerewet apabila orang lain yang menjaga anak saya. Because I know I am not capable that part. I may have a job. I may have an income every month. I may have the ability to purchase good clothes and good food for my girls. But I am not the person who takes care of them every single day. Saya sedar kekurangan saya yang ini. Therefore, saya selalu ajar diri untuk sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur kerana Mak sudi jaga mereka. Bersyukur they are in good hands every single day supaya saya dapat pergi kerja dengan hati dan fikiran yang aman. Bersyukur mereka hari-hari pergi dan pulang dengan keadaan gembira. Dan setiap hari saya berdoa agar Friday cepat tiba supaya Saturday akan datang lagi with another 48 hours with me being with them.


Siapa bilang menjadi seorang ibu yang berkerjaya adalah perkara mudah? Yes, it is easy because I have 10 hours for myself. Ada masa kerja, ada masa rehat. Kalau jadi housewife silap-silap tidak dapat rehat langsung. Dengan menjaga anak, dengan kerja rumah yang tidak pernah habis. Tambah lagi dengan expectation dan mentality husband yang fikir oh-bini-aku-duduk-rumah-dia-ada-banyak-free-time-so-everything-at-home-has-to-be-perfect. Stress gila, I know. Tetapi menjadi seorang ibu yang berkerjaya juga bukan mudah. Setiap hari perkara yang menyesakkan jiwa dan fikiran saya adalah fikiran dan perspektif anak-anak yang semakin membesar dan memahami keadaan di sekeliling mereka. Setiap hari saya dibelenggu rasa bersalah. Setiap hari saya dipagut rasa 'what do they think about me?' Am I doing a good job? Are they proud of me? Are they happy? Adakah mereka hanya nampak gembira sekarang, tetapi semakin mereka membesar mereka akan sedar betapa saya selalu tidak bersama mereka? Selalu sibuk bekerja? Selalu tidur dahulu sebelum mereka? HAHA. Hidup tidak pernah aman, tahu? Sekarang ini sedang saya type entry ini dan tengok sekeliling rumah berselerak macam apa, aftermath Myiesha bermain sampai jam 1 pagi tadi, membuatkan saya sedar betapa I am far from perfect. Hendak jadi seorang working mother yang pulang awal after work dengan senyuman, layan anak-anak bermain, masak, kemas rumah, cuci kain, lengkap segala, saya masih belum sampai ke tahap itu. I am trying every single day, tetapi saya tahu saya belum mampu. Tengok kain baju berlonggok di atas sofa tidak berlipat, dengan kain baju yang berjemur di dalam rumah sudah 2 hari tidak kering sebab setiap hari pun hujan, sudah cukup untuk membuat saya pitam.


As for work pula, I already start to feel the tense every single day. Kerja di Oil and Gas line dengan immediate supervisor se-perfectionist Miranda, saya rasa seperti sudah terlontar ke neraka. Everyday is a new challenge. Mula-mula saya ingat saya seorang sahaja yang rasa begitu kerana saya masih baru. Tetapi hari itu bercerita dengan seorang colleague yang sudah bekerja selama 3 tahun, saya terkejut apabila dia mengaku sendiri yang setiap hari dia melangkah masuk ke office dengan perasaan berdebar yang sama. Like thinking, will today be another bad day? Siap berdoa and buat cross di dada, wa bilang lu! Haha. Seriously menakutkan. Setiap hari pun kerja sehari suntuk dengan rasa seperti jantung hendak tercabut dari dada. Lebih menakutkan daripada masuk Fear Factor kena makan spider kaki berbulu. Mujur kami semua orang muda. Kalau sudah berumur sedikit confirm kalau tidak kena sakit jantung, boleh kena stroke.


But I am glad to be here at the age of 28. Married, with two kids. Kalau tidak, sudah lama saya lari, kot! Commitment membuatkan saya terus kuat di sini. Kadang-kadang apabila fikir-fikir balik, ah apalah sangat kena marah macam orang bodoh setiap hari kalau hendak dibandingkan dengan payday every month. Kena marah can never kill me. But quitting my job, not having an income will not only kill me, but also my daughters. Hendak makan apa, weh? So worse comes to worst, kalau rasa macam tension sangat, saya selalu fikir pasal duit. Fikir pasal end of the month hendak beli baju untuk anak-anak. Fikir pasal hendak bawa anak-anak pergi jalan. Fikir pasal hendak bawa parent makan sedap sikit. Bukan pasal being materialistic, but it is about being rational actually. Kadang-kadang saya tidak faham some people yang kena marah sikit, berhenti. Kena pressure sikit, berhenti. Kena buli sikit, berhenti. Kerja tidak best, berhenti. Kerja yang ideal itu memang ada. Tetapi kena sabarlah sikit. Kalau asyik berhenti, bila hendak maju? Bila hendak belajar something new? Hidup asyik ditakuk lama. In the end, salahkan nasib. Salahkan takdir. Salahkan diri tidak ada pelajaran, so hidup pun tidak senang macam orang lain. Come on, lah. Wake up! Life is short. Bersyukur dan hiduplah dengan penuh bersemangat. Anda mampu mengubahnya. Eh advertisement apa itu?


So here I am, hanging in here. Setiap hari pun cuba untuk survive. Beberapa minggu yang lepas saya rasa stress sangat dan emotional gila, so saya ajak Mett pergi makan sekejap after work before ambil anak-anak. After dinner, we had yogurt pula. Lepak-lepak sikit. Then I feel better. Sometimes pula if I feel like talking to someone, I will text Nurul and ajak balik sama-sama. Kebetulan one way, so dapatlah juga kawan berbual in the traffic congestion on the way balik. I do not have many friends now, because we are just a small team at work, unlike my previous job yang happening dan bising gila itu, oh how I miss them so badly! But yeah, life goes on, dan kita takkan dapat semua yang kita mahukan. So bersyukurlah dengan apa yang ada, and always find ways to make ourselves happy. Sekarang ini I desperately feel like updating my blog untuk melepaskan segala rasa di hati, and Alhamdulillah I get to do it at 3.30 am now, hoping that saya tidak tertidur di office besok. Haha. And I look forward to do something with Nurul soon. Like maybe go out shopping, or go ice-skating! Haha. Having some girl-talk sometimes really helps in releasing stress.


Oh saya hendak buat satu pengakuan di sini. Remember pendirian saya that I will never go anywhere without my girls? I will never do anything without them? I will never have me-time? You know, of late saya rasa macam it is eating me up. All these times, saya tidak pergi mana-mana dan buat apa-apa tanpa mereka. Merekalah buah hati pengarang jantung anak Mummy cinta Mummy sayang Mummy. And beberapa minggu lepas, semakin saya rasa stress tentang satu masalah itu, semakinlah saya spend time dengan anak-anak, kononnya mereka penawar jiwa raga. But with Myiesha's sleeping pattern, saya rasa semakin stressed up instead. Ended, saya jadi emotional gila sampaikan apabila Miranda marah di tempat kerja pasal kerja, saya boleh pergi masuk ladies menangis tersedu-sedu tumbuk dinding. Saya menangis bukan pasal kena marah itu, tetapi pasal emosi yang bercelaru. I was so bottled-up.


I was so desperate looking for a place to release out, so satu petang itu saya texted Mett asking if we can have a quiet dinner just the two of us, without the kids. And after dinner and dim sum and a dose of yogurt seperti yang tertulis di paragraph atas tadi, I felt better. Much better, to be exact. Then saya sedar, I cannot dedicate my whole life for my family. Yes, I am a wife and a mother, but I am also a person yang bukan sahaja memerlukan makanan seperti nasi goreng mushroom atau char kuey teow, tetapi juga perlukan makanan dalaman so stabilize my emotions. Being alone without the kids for an hour or two is not a sin. Apabila emosi sudah stabil, apabila fikiran sudah waras, baru boleh jadi lebih happy menghadap anak-anak, ya tidak? I think I want to do this more often after this. Bukannya hendak menjadi kejam pada keluarga, lebih-lebih lagi pada anak-anak, but I think this is important. Kalau kita tidak gembira, emosi terganggu dengan permasalahan yang macam-macam, balik kerja marah-marah anak, for what? Lagi tidak bermakna. Kalaulah Ampang Point ada gym or ice-skating ring, bolehlah juga spend an hour there everyday after work before heading for home. Saya rasa akan lebih sihat pada badan dan minda saya. Balik rumah hadap family dengan lebih bersemangat dan gembira.


Everyday I am striving to be a better person. And everyday juga is a new challenge. Sometimes apabila permasalahan terbuku di minda, saya terfikir bolehkah saya hadapi hari esok? What is there for me? Will tomorrow be good, or bad? Selalu juga saya doa, tomorrow please be kind to me! Haha. But whatever it is, saya percaya everything comes from us. Kalau kita sentiasa optimistic, hari yang paling teruk pun akan rasa okey, walaupun bukanlah baik. Kalau kita sentiasa gembira, kena marah teruk-teruk pun tidaklah menangis sampai tumbuk dinding. Haha. Life is a learning process. And I hope I can make it through. Setiap hari saya bekerja kuat dengan harapan semoga Allah berkati dan terima semuanya. Semoga hidup saya sekeluarga sentiasa dilindungi olehNya. Dan semoga anak-anak saya membesar dalam keadaan yang sepatutnya. Apabila sudah berkahwin dan ada anak-anak, banyak sangat perkara yang perlu difikirkan. And lately saya rasa macam otak ini macam tidak pernah berhenti berfikir. I have many plans for next year. One of them adalah untuk menyekolahkan Myiesha. I hope I am making the right decision. And I hope I will enrol her to the right school. Hendak sekolahkan anak pun anxious gila. What lah. :D


Ok I think I will have to stop now. It is almost 5 in the morning. Hendak pergi kemas dapur. Cuci breastpump. Masak Tihani's porridge. Today is potato porridge! Bersiap untuk pergi kerja. After all the stressful weeks, I am glad I have this blog to let it out. Beruntung betul jadi blogger. To every one of you, have a great Wednesday ahead, and look forward to reading your comments! Mesti sudah tidak ada orang buka blog ini sebab sudah berzaman tidak update, kan? Haha. Daa..~

18 comments:

  1. daku masih setia menunggu setaip entry kamu HJ....

    ReplyDelete
  2. emm mungkin maria juga perlukan "me time" mcm hannah..emm maria fhm perasaan hannah...aqil pun jenis tidor lambat..tp lepas dah tukar babysitter dan kami dah pindah ni..pattern tido dia berubah skit..dr kul 12 jadi 11.30 dan kdg2 kul 9/10 dah tido..bagusla sbb mak dia ni kul 9 dah ngantuk..hhaha..maria pn sll tido sblm anak..kdg2 xsengaja..huhu..

    ReplyDelete
  3. Haa jom jom! Suruh Mett & Izwan pakat balik lambat sama2. Pastu kita ronda KL. ;D

    ReplyDelete
  4. Since sy bekerja 4 tahun setengah yang lalu, every.single.day saya berdepan dengan bos yang garang, high expectation and I ever mentioned to my very top management yang everyday sy datang kerja rasa macam masuk 'neraka'.

    Saya kerja sometimes sampai 1 pagi, yg penting lewat malam. Nangis? Depression? Semua dah lalui...

    After 2 years saya bertekad, butakan mata, tulikan telinga. Rasa macam kejam dgn profession sendiri tapi bila sy buat mcm tu, I feel very2 ease at work. Sangat tenang and I did more productive works.

    It straighten my mind, because I dont feel the eerie to face my lady bos. Ada sekali sbb terlalu marah dgn sy, my bos jerit at my face "jangan gigit tangan yang menyuap makanan dengan kau!"

    At that point, sy seriously buat dunno sbb dah bebal. And I survived her. It makes me stronger and eventually with my 'buta, tuli dan tak peduli', i got promoted about two stairs up in this 4 years. Maybe it works for us yg dapat bos gila-gila perfect & gila.

    So, H.J. Lets apply the principles of 'buta,tuli & tak peduli' but kerja mesti jalannnn.. :)

    All the best to you :)

    p/s: am I yet to experience with kids. WIth God permission maybe next year.

    ReplyDelete
  5. hidup mmg penuh cabaran kan.. sy pun tgh ready mental dan fizikal nak masuk kerja lepas pantang ni. huhuhu. Doa2 moga dpt hadapi cabaran lepas ni. ni baru anak sorang dlm kepala asyik fikir anak je..:)

    ReplyDelete
  6. hannah,

    Da lama lylie tunggu n3 hannah yang akn tulis mcm nie, coz hannah x update pun berapa hecticnya life bila beranak dua dan tempat kerja yang stress.

    Lylie pun pernah tulis tentang penat nya bila ade 2 anak, hannah akan bagi kata2 semangat kn?

    Cabaran ibu beranak dua dengan kerja yang gila memang sangat2 membuatkn kita x tentu hala kan?.

    Dulu lylie pun x sanggup tinggalkan anak untuk g shoping atau dinner, tapi masa untuk diri sendiri pun penting, coz kalau kita gembira ank2 pun akan gembira.

    Xpe hannah, lepas anak kedua membesar dan boleh geng ngan si kakak hidup akan menjadi lebih gila! hahahaha

    Hannah positif je k, jgn stress sgt, amek masa untuk diri sendiri, cari kegembiraan sendiri, Insyallah anak-ank pun akan happy coz mummy dia happy.

    ReplyDelete
  7. hi hannah. when being a mother of 2, entry post pun makin sikit. same here (dunno if u singgah my blog or not). sebulan cuma sekali dua jer. i totally understand. i pernah pukul 3-4 pagi sambil memangku si kecik menghantuk kepala ke dinding sebab tak tau bb nak apa. hub yg pada mulanya tido lena cepat2 ambik bb sblm any perkara buruk berlaku. stress sgt. sampai hub pun cakap cukuplah dua kerana kesian tengok saya. haha. but now Alhamdulillah, im much better. mcm hannah ckp, everyday learn to be better. anyway, i nak suggest u masak seminggu terus utk tihani n froze the food in section. in d morning, u cuma bagi ketulan frozen tuh pd bs. bila nak makan, panaskan a few ketul ikut diet bb. that way u can jimat banyak masa.

    ReplyDelete
  8. Bagus la Hannah ni.optimistic.send your aura to us sum more wit ur inspirational stories yeah!!
    Nurulni

    ReplyDelete
  9. anak sorg boleh ah tak perlu me time. masuk anak 2, 3 tgk mcm mane?

    i yg SAHM pun perlu me time. padahal i still live with my mom. =P

    tak perlu rasa guilty. u r doing ur best.

    ReplyDelete
  10. welcome back! :)

    thinking of letting out dengan cara update blog juga, tapi selalu tak jumpa gaya ayat yang bagus supaya tak hurt kan siapa2..

    ReplyDelete
  11. hai HJ,
    i need me-time moment everytime i stress giler at work.
    either a slice of brownie ice cream,spa session or window shopping alone.
    tu pun kdg2 x dan apa dah rasa bersalah kat anak sebab balik lambat.
    tapi kalau x buat mcm tu lagi berpanjangan rasa stress tu.

    ReplyDelete
  12. yer...mmg kena ada masa utk diri sendiri..jgn rasa bersalah okay..drp kite asyik nk marah2 anak, better adakan me-time tuh =)

    ReplyDelete
  13. Anak seorang dengan 2 orang anak is tottally different HJ. Sy ni housewife, pun sTRess, dan ada masa nak nangis nak "me" time, "us" time, tapi nak wat macam mana, nak letak mereka di mana kan ? so, realitinya, hmm.. kita bersabar k... life mmg begini. mana ada smooth going. tipu itu fairy tales. :)

    ReplyDelete
  14. hannah...kte same...luckily mmg niat kje sbb mika...kalo x mmg tender resign letter sajo...

    'me time' mmg perlu kot...sbb ble tension ngan boss..so perlukan masa utk releasekan smule pape kemarahn before nk menatap n mengadap anak kat umah plak...

    anak pon dh la pandai...dia nk tarik perhatian mummy dia yg energy level tinggal 20% je ni..dia wat la mcm2..

    ReplyDelete
  15. hannah, mane N3 baru..rindu nak dengo bebelan you.....

    ReplyDelete
  16. Exactly HJ.the me-time is very important to release stress..

    ReplyDelete
  17. as i have always said and mentioned, a mother and a wife needs a time for herself too, just for herself, all this while we have been a mother to our kids, a wife to our husband, an employee until we didn't have any time to be ourselves,an hour or two just for you to hang out with ur best buddies doesn't make you selfish, it makes you human, when you come back you'll be a better mom and a better wife...because moms are a person too.

    ReplyDelete
  18. Dah lama x dtg sini sbb saya pun dah lama rehat (actually x sempat) from blogging.

    I face the same problems. Work in oil and gas.

    My son tidur lambat after 12, and have to wake up before 5 everyday sebab commmute frm Seremban. Bangun pagi akan menyesal sebab tak layan dia main but i cant really do anything.. T_T

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!