Assalamualaikum, and Good Morning, Sunday!
Good morning, everybody. Semoga semua orang sedang berada dalam keadaan kesihatan yang paling baik, mentally, physically, and emotionally. I am so, so sorry sebab sudah lama sangat tidak update blog. To those who follow me on Facebook, Twitter, and Instagram, anda pasti tahu saya masih hidup, sihat, dan gembira di samping keluarga tersayang, walaupun ada pasang surutnya. I am still active online, only not on my blog. Kenapa? Sebab throughout this one and a half month, saya lebih banyak sedih daripada happy. Lebih banyak menangis daripada senyum. And those who know me as a blogger pastinya tahu saya paling tidak suka tulis time saya sedih. Nanti saya tulis entry berbaur emosi. Nanti saya merepek meraban. Nanti orang yang baca pun emosi sama. Saya tidak suka. Kalau boleh, biarlah blog ini hanya menyimpan kenangan termanis dalam hidup saya. Kalau saya hendak tulis tentang perkara yang tidak best pun, biarlah selepas saya selamat mengharunginya. Biarlah apabila saya sudah kembali waras.
OK, and now I am waras. HAHAHA.
Sebenarnya bukanlah masalah besar pun. Masalahnya cuma start bulan puasa hari itu, expressed breast milk (EBM) yang saya stock-kan untuk Tihani telah berkurangan. Bukan sahaja berkurangan, tetapi telah menjadi ZERO! Those breastfeeding mothers yang kais pagi makan pagi, yang tidak ada stock walau 1oz pun dalam fridge pasti tahu apa maksud menggelupur when this happens. Serious menggelupur.
Reason #1: Sejak start kerja baru ini, milk pumping schedule telah bertukar.
Milk Pumping Schedule at My Previous Workplace (23 May 2012 - 1 July 2012)
9 am - 12 pm - 3 pm - 6 pm
Milk Pumping Schedule at My Current Workplace (effective 2 July 2012)
7.30 am - 12 pm - 5 pm
Kalau tengok, gap antara milk pumping session semakin besar. Menyebabkan badan take time untuk menjadi serasi. Dan dalam badan cuba untuk serasi, Ramadhan pun tiba. Milk production drop menggila sebab dalam badan belum serasi dengan schedule baru, badan pula tidak mendapat makanan pada waktu siang. This is Reason #2. So what happened was, I only managed to bring back approximately 12oz or less every working day when Tihani drinks 24oz or more every day. So apa saya buat? Kasi keluarlah itu stock dalam freezer semua! I did not have much stock. Cuma bekalan untuk 2 weeks or so, sebab saya pakai one-door fridge so stock pun memang ngam-ngam dengan tempoh masa yang boleh disimpan oleh a one-door fridge.
Setiap hari asyik keluarkan stock daripada freezer sahaja sampaikan saya jadi panic gila pada suatu petang balik kerja tengok tinggal 6 bottles sahaja di dalam fridge. 6 bottles means a day and a half sahaja untuk Tihani survive. Selepas a day and a half itu, mana hendak cekau susu? Saya pula bawa pulang dalam 2 botol kecil sahaja every day when I get back from work. Time itu serious panic. Beberapa hari sebelum itu pun saya sudah start bawakan kurang sedikit susu ke rumah Mak, hoping that Tihani will drink less or sleep more or whatever. I told Mak susu saya sudah start kurang. As a typical middle-aged woman, Mak suggested that I top up with formula milk or Nestum to keep Tihani full. Tihani was not even 5 months yet at that time so I was a bit depressed. Bukannya saya fanatik sangat about giving my girl breast milk because time Myiesha dahulu umur dia 2 bulan saya sudah start berikan dia Dumex pada siang hari when I go to work. But this time hati ini kuat sangat to make it happen. I really, really want to breastfeed Tihani until the age of 2. I want to do this. Seriously.
Setiap hari pulang ke rumah Mak after work, Mak cakap pasal Tihani tidak tidur sangat. Tihani banyak jaga. Tihani merengek. Tihani meragam. Tihani nampak macam tidak kenyang. When can I start with Nestum? I cried almost every day. Malam. Siang. At work. Fikir macam mana hendak banyakkan susu. How do I make things work? Should I give up? Time Myiesha dahulu relax sahaja, but why this time I am like this? I did not want to give up! 5 days before Ramadhan ended, saya minta izin Mett untuk tidak berpuasa. I know Mett was not very happy. Setiap hari pun dia tanya saya, Tidak puasa ke? I said, No. Saya tetapkan hati saya untuk tidak berpuasa. I was desperate. Tihani needs milk more than anything in the world. Dan saya adalah seorang ibu yang berkemampuan. I can do it. Saya bukannya sakit or apa. I just need a bit of time and consistency, that is all.
After days Mak talked to me about giving Tihani Nestum dan nampak seperti pujukannya tidak berjaya, pada suatu hari in the car on the way back from work, Mett pula talk dengan saya about giving Tihani Nestum. Time itu Tihani baru sahaja menginjak usia 5 bulan. I broke down. Saya menangis macam perempuan mati laki. I pleaded to him. I said, please, please give me just 1 more month and this will be over for good. Kalau betul saya memang tidak mampu selepas itu, saya redha. Kasi lah Tihani minum formula milk. Kasi lah Tihani makan Nestum. Kasi lah Tihani makan bubur. Or nasi lemak. Or mee goreng. Or spaghetti bolognese. Whatever. Asalkan after she is 6 months old. Mett pelik, dia tanya kenapa emotional sangat? It is just about feeding Tihani. Time Myiesha dahulu umur dia 4 bulan saya sudah excited gila kasi Nestum. Kenapa kali ini kena macam ini?
I told him, to be honest saya orangnya adalah sangat pemalas. Saya orangnya adalah sangat hangat-hangat tahi ayam. Saya orangnya adalah sangat cepat give up, especially benda-benda yang menyusahkan saya like managing EBM. Bawa breast pump pergi balik kerja setiap hari. Bawa cooler bag and ice block pergi balik kerja setiap hari. Pump milk seorang diri in the office instead of joining colleagues out for lunch. Pump milk seorang diri in the office after working hours time colleagues semua sudah terbang pulang. Bangun malam dan dinihari untuk pam susu lagi. Dan yang paling malas, haruslah tang cuci breast pump! Ada disposable breast pump tak? Selalu sangat after pumping milk rasa macam hendak tinggal sahaja breast pump dalam sink sampai tumbuh pokok cendawan!
So if I stop now, if I start giving formula milk and Nestum to Tihani, I can see that the chance of me stop pumping milk will be very, very high. 100% kot? HAHAHA. Seriously! Mindset terus akan bertukar menjadi, Eh kenapa susah-susah pump milk? Formula milk kan ada? Mindset terus akan bertukar menjadi, Eh kenapa susah-susah bawa breast pump and cooler bag ke sana sini? Pakai vintage handbag pergi kerja kan lagi stylo? Mindset terus akan bertukar menjadi, Eh kenapa susah-susah pam susu time lunch kat office? Join budak-budak pergi lunch sedap kan lagi best?
Ahh I know that I will stop pumping milk. I just know!
So saya merayu pada Mett to give me a week, paling kurang. Kalau tak a week, just one weekend. Saya janji akan stock up balik. Saya janji akan produce susu yang mencukupi untuk Tihani. Saya janji itu saya janji ini. But how was I going to do it, I have no idea!
I called Aishah and ordered a set of Shaklee supplement. I then got myself a bottle of Fenugreek from GNC. I got myself a bottle of Habbatus' Sauda from a jamu shop. I started doing power pumping every time I had a chance. I do tandem pumping all the time. I eat whatever I want to eat. I drink lotsa water. I tried to be happy as much as I can. But 'try to be happy' here is still stress. I know I must be genuinely happy for the milk production to increase. But how? Ahh. Stress lagi. Apa hendak buat? Shopping lah! I will be VERY happy if I get to go jalan-jalan. If I get to shop. If I get to eat good food. 8 daripada 9 nafsu saya semua ke arah sini. So dapat sahaja gaji, saya ketepikan sedikit untuk benda-benda gini. Mett started to think that bini dia sudah start jadi gila. HAHA. But really, please a woman, and she will do just anything for you. Not only for you, but also for your kids.
So that was what I did. Setiap hari bekerja keras untuk cukupkan susu untuk Tihani. Macam-macam saya buat. Daripada pekakkan telinga apabila orang 'nasihatkan' ini dan itu, sampailah pam dengan bersungguh-sungguh. But I forgot that the results do not come overnight. Saya ingat besoknya saya sudah jadi SuperWoman. Sudah ada susu air terjun! But no! It takes days. Weeks. Even months. And believe it or not, baru seminggu ini saya dapat stock up 6 bottles for Tihani once again selepas dekat 2 bulan with zero stock. It was a nightmare. Seriously. If I were being given a choice, I would choose not to go through it ever again. Setiap hari pun menangis macam orang gila. I was down. I was sad. I was depressed. I was frustrated. I did not know what I was thinking. Ada masanya saya rasa macam hendak campak sahaja breast pump ke luar tingkap. Or just go to the nearest post office and courier it to Aishah! Saya sampai fikir kalau benda ini buat saya sedih, buat saya susah hati, kenapa saya hendak teruskan. Baik stop and be happy for good. But at the same time saya terfikir, will I be happy if I stop? Is this the best decision? Saya tidak tahu kenapa keinginan untuk terus breastfeed Tihani kuat sangat pada kali ini. But I am confident I am doing the right thing. And Allah is here. Kenapa saya perlu ragu-ragu dengan ketentuanNya. Kalau Dia masih izinkan, kalau masih rezeki Tihani, pastinya Dia tidak akan mengecewakan mereka yang berusaha. :)
It has been a long episode. And guess this entry explains why I did not update my blog for so long. Because I was so sad sampaikan saya tidak tahu macam mana hendak tulis. Mood hendak tulis pun tidak ada kalau sudah hari-hari pun menangis. So I think it is best if I just go through it all first then write when I am ready. And Alhamdulillah, I feel better and more stable now walaupun saya agak gagal juga because Tihani started with Nestum at 5 1/2 months. But as for milk, she is still solely on her mother's milk so I still have a reason to keep on pumping. Oh, and one more thing kenapa saya rasa penting sangat for Tihani to stick to breast milk is because she has eczema. Doctor bilang, formula milk might not suit her. So daripada pening kepala pasal lagi satu benda, I'd better pump and know she gets the best.
So this was life for the past 2 months. Raya was OK, the girls are OK. InsyaAllah nanti ada masa, dan kalau rajin I will publish all the stories bit by bit. Kalau rasa rindu sangat kat Myiesha and Tihani, follow me on Twitter or Instagram. Almost every day pun ada gambar baru yang adorable sungguh. Haha puji anak sendiri nampak! 'Til then, have a great Sunday everybody! :D

20 comments:
selalu bukak blog HJ. then klik pangkah.keep waiting and waiting. haha.at last...haha
nanti update pic tihani dan myiesha pula ya.*kemain request.
X0X0
bestnya on Sunday morning tgk whatt? Hannah update blog lahhh =D
terus khusyuk baca sampai Naurah pon kesorangan minum susu tgk kartun kekeke =P
mmg dah bajet dah mesti Hannah sibuk with something neh. klu x dia msti update blog. xpelah Hannah...Allah dah tetapkan Tihani dh nak start nestum pd usia skrg. yg paling pnting usaha kita tu =)
dah..jgn sedih2 ok
I suggest u to join fb group ' homemade solid food for your baby (HMSFFYB)'. the admin anak dia ade eczema. Actually tk eczema blh join sbb dia encourage homemade food to our babies.. Byk suggested menu utk anak eczema.
semoga dipermudahkan utk u HJ..
banyaknye tihani minum. anak hus minum 15-18 oz je per day. Hannah, hus doakan susu hannah cukup utk tihani, insyaAllah
ops, sorry. hus tinggalkan anak 10 jam sehari. hannah mungkin tinggalkan lg lama. mungkin itu yg menyebabkan u kena sediakan stok yg lebih.
waah byk tihani minum..mcm maria ni kais pg minum esok..huwaa..nasib marissa sehari minum 12oz..tu pn penat nk "cari" jadi amat memahami perasaan hannah..go girl..
welcome back hannah!
life's indeed full of ups and downs.
tabik sis HJ try macam2 utk maintain n produce the breastmilk! takmo sedih2 eh, coz kalau sedih + stress lagi laa buat kurangkn milk production (I think you know this, but, well, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan?)
Whatever it is, you've tried your very best and InshaAllah semuanya akan dipermudahkan... InshaAllah.
Love,
Wani :)
salam hannah,
i'm one of your silent reader. Really happy when u update ur blog yesterday! Go hannah.. as long as we have good intention, InsyaAllah, there will always the way. Be patient & strong :)
Dear Hannah..
takpe2..semua org mengalami episod masing2..
teruskan usaha ya..kami semua ada
Rase cam nanges bace entry awak..
(T T)
Good luck HJ. Moga kita sama2 berjaya dalam BF ni. Jgn sedih2 ok ;)
bru bukak ur blog...
mmg sgt struggle kan utk restock...
sy bru last week cmpur my dotter ..hajat dhati..full ebm until 2 yrs..tp, nk mnggu 2 bln lg..rs amat perit...now, 1 yrs 10 mth je dpt fully bf...xpe...jgn putus asa..pdulik kan org lain..kita ada hak utk anak kita n anak kita ada hak utk susu dia..;)
-ely-
oh my,reading this make me remind of myself when lil Adam just born.he was admitted due to jaundice and dia x reti nak latch n mulut kecik sangat.so i have to pump.sepanjang masa i pump macam org gila kat wad.walaupun tengah pantang n x pulih lagi pas bersalin i x tido malam.keep on pumping.sebab nak bagi adam susu setiap 2 jam. rutin masa tu pump-basuh pump-kejut adam-salin diaper(poopoo kerap due to kuning)-susukan-bagi adam tido.baru nak rehat,eh x boleh,nak kena pump,nanti adam xdak susu.dah la pam dapat 10ml je setiap kali.rasa x berbaloi nak basuh pump.haha.saya pun pemalas and hangat2 tahi ayam,tapi proudly i dapat bf sekarang dah 5 bulan.Alhamdulillah.
akak... approve my friend request at fb plz.. sy xde instagram mahupun twitter nak ikut updates akak tiap2 hari.. leh ye? ;)
p/s: saya yang pm akak tanya bila nak update blog tu..
:)
alhamdulillah
berkat sabar n doa n usaha n tawakal.
masih ada rezeki tihani comel
i was once in your shoes. i memang takde stok and kais pagi makan pagi, kais petang makan petang for about 8 months!now i wonder, mana i dapat that strength to survive without FM! =D
Good Luck HJ!
gd luck sis
memg hri2 klik blog u x update lg.
HJ buzy ngn baby!!
kite sedih bace story u y org x fhm npe kite beria pump bagai kan.nak y terbaek untk anak.sayg anak n yg paling penting kerana Allah suruh dlm quran.try our best.
n my experience baby reject ebm yg byk n direc
sgt frust!!semggu x crk FM pon untk die.etc. time tu umur die 1thn 4 bln
memg cekal x bg nestum n FM
akhirnye pasrah..
Hannah,
Kalau I paling tak tahan dengan tekanan dari orang keliling. Kadang-kadang terfikir, ini anak aku, kenapa bagi aku tekanan tentang cara yang aku pilih untuk besarkan dia?
Post a Comment