Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Sunday, July 29, 2012

Terrible Twos?

Assalamualaikum, and a very good Sunday morning!


This entry is written on a Sunday morning, selepas bersahur dan bersolat Subuh, tatkala rumah sunyi kerana semua orang ketiduran kembali. I am so sorry sebab sudah lama gila tidak update blog. Life is busy currently. HJ ini asyik cerita life is busy macamlah life dia seorang sahaja yang busy, kan? And one more, HJ ini tidak settle-settle down lagikah? Apa yang nampak hectic sangat itu? Entah-entah sengaja poyo perasan celebrity sahaja ye? HAHAHA.


The truth is, my life is like a roller coaster sekarang. Mula-mula because I have Tihani. Hendak cope dengan rutin hidup daripada anak satu menjadi anak dua. Then hidup saya bertukar lagi dengan keputusan hendak breastfeed Tihani full-time. Haruslah banyak membaca. Masuk FB discussion group (Kumpulan Ibu Menyusukan a.k.a KIM). Setiap hari pun tulis di To-Do List apa yang hendak dibuat. Apa yang hendak dibeli. Apa yang diperlukan. Macam mana hendak manage. So on and so forth. Then start kerja. Wah this is the most challenging part. Start kerja sebagai ibu beranak dua dengan fully breastfeeding lagi haruslah saya ambil masa lebih kurang sebulan juga hendak settle down. Setiap hari kepenatan. Setiap hari stress. Bukan kepenatan atau stress apa, but it is all because of managing. Setiap hari belajar macam mana hendak buat. Dengan badan pun turut sama belajar adapt dengan rutin baru.


Then now apa cerita HJ? Kenapa masih hectic? Oh sekarang cerita baru pula. Kisah Myiesha. Myiesha yang semakin nakal.




I remember some time ago, a colleague pernah tanya saya, berapa umur anak pertama? I said, two years old. Then dia buat muka terkejut. Ohh the terrible twos! Mesti susah hendak handle dia sekarang eh? Mesti dia makin nakal, kan? Mesti tidak dengar kata, kan? Saya buat muka pelik. Susah sangat kah? Bukan saya hendak puji, but Myiesha is just perfect. She is such an angel macam selalu saya gelarkan dia. Tidak banyak karenah. Main, makan, tidur. Biasa sahaja. Kenapa dengan umur dua tahun? Kenapa sampai orang kena gelarkan Terrible Twos? Eh tidak baik, tahu!


Ohh apabila Myiesha menginjak usia 2 tahun setengah ini baru saya nampak perangai Terrible Twos nya. Dan, aduhai penatnya hendak melayan dia! Penat satu hal. Sakit hati lagi. Bengang lagi. Semua adalah. Pada mulanya saya bersabar. But apabila berlaku hari-hari, sesiapa pun akan hilang sabar. I am just a human being, for goodness sake. Sejauh mana sahajalah tahap kesabaran saya. Sampaikan ada masanya saya fikir mujurlah Myiesha ini budak kecil tidak tahu apa-apa. Kalau tidak, boleh sampai tahap anak derhaka mungkin, sebab selalu buat saya menangis!


T_T


Myiesha ini baik. Cuma sekarang dia suka buat perangai. Macam contohnya, I ask her to come to me supaya saya boleh kesatkan mulutnya yang comot makan chocolate. She will take one step closer. Selangkah sahaja. Then dia bilang, Dah! Haruslah saya tidak dapat sampai kepadanya untuk kesatkan mulutnya. So I said again, Myiesha come here. Come to Mummy, Mummy want to wipe your mouth. Then dia ambil selangkah lagi, then bilang Dah! dalam giggles. And this whole thing repeats 3-4 times. By the time dia sudah hendak sampai kepada saya, dia ambil one step back pula, seperti main-main. If I have the time to play with her, then I am always willing to layan dia. But sometimes pada waktu dia main-main begini, saya harus attend to Tihani yang sedang melalak. Or sudah lambat hendak pergi kerja. Or pada waktu malam buta mengantuk macam zombie. Oh, and dia pun suka tidur 12am - 1.30am sekarang, tahu! Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa saya tidak larat sangat hendak tunggu dia tidur every night. So as a result, ada masanya saya akan lari sahaja kepadanya untuk kesatkan mulutnya. Or capai tangan dia drag her to me. Then Myiesha akan feel sad and lari kepada Mett bilang, Abi! Mummy marah Mycha! dalam sedu sedannya.


It is not that I do not want to play with her. But sometimes pada masa yang sama, saya sendiri pun sibuk dengan tugasan lain.


T_T


Cerita about tidur lambat, I have tried everything. Tutup lampu. Tutup TV. Tutup laptop. Keep her toys away. Baring dengan dia, peluk dan tepuk-tepuk. Kadang-kadang minum susu pun sampai 2-3 rounds tetapi tetap tidak mahu tidur. At times, when I feel like nothing is working, saya pula yang tertidur dahulu di sampingnya. Or I will just get up and get some household chores done macam cuci pinggan or kemas bag mereka untuk keesokan harinya. Like the other day, it was 1.30am. Myiesha tidak mahu tidur. Saya sudah penat hendak layan dia. Saya tutup semua lampu, except the kitchen light sebab hendak cuci pinggan. I thought she will eventually sleep. But no. Dia tetap main dengan toys dia dalam kegelapan malam. Dia main masak-masak. Dia naik kereta dia vroom sana sini. Then she stopped behind me in the kitchen. Ya Allah, terkejut Mak! Then after that dia vroom lagi sana sini sambil nyanyi lagu Air pasang dalam surut pukul lima. Haaaaaa lagilah meremang bulu roma aku tengah-tengah malam oi! Mulalah macam-macam scene cerita hantu muncul di fikiran. HAHA.


T_T


Kemuncak perangai dia yang macam-macam ini adalah perangai dia yang suka buat sesuatu sendiri. Like the other day, if you follow me on Twitter, saya ada terkecil hati sangat sangat dengan Myiesha. Ingat kah? Ceritanya, we were at Mak's place. Mak is my mother in-law. On that day, tiba-tiba semua benda Myiesha hendak buat sendiri. Hendak ambil air sendiri. Hendak makan sendiri. Hendak pergi toilet cuci tangan sendiri. Most of the time, I will do it for her, or assist her out, especially benda-benda yang agak dangerous macam pergi toilet cuci tangan sendiri. Yelah nanti terjatuh tergolek ke apa, kan. But suddenly on that day, dia macam cranky. Dia macam insists to do everything on her own. As a result, apabila cuci tangan di toilet, seluarnya basah terkena tempias air. Apabila tuang air ke gelas, air tumpah. And makan sendiri pun asyik main-main, tidak habis. When I offered to feed her, she refused. Then after that dia asyik merengek sebab lapar. Saya daripada cool dan Ok, jadi bengang sebab semua tidak kena. Then tiba-tiba Mak bilang, Kat sini Mak memang biar Myiesha buat semua sendiri supaya dia pandai.


Saya terus masuk bilik and cried my heart out. I cried and cried and cried entah berapa lama sampai mata bengkak. Saya bukannya marahkan Myiesha atau salahkan Mak. Tidak. Tetapi saya salahkan diri sendiri. I suddenly feel like a loser. Dalam masa beberapa tahun membesarkan Myiesha ini, saya tiba-tiba sedar saya memang ibunya. Saya memang orang yang melahirkannya. But having to be a working mother, I am not the person who takes care of her. My life is not fully-dedicated to her. Most of the time, saya bekerja. Jumpa dia pun hanya malam cuma. Hanya beberapa jam cuma. When she sleeps early, saya rasa ralat tidak dapat spend time dengan dia. Apabila dia tidur lewat jam 12am - 1.30am, saya marah-marah pula sebab saya pun penat dan perlu tidur to rest before the next working day comes. Dalam 2 tahun lebih ini, saya tiba-tiba sedar yang saya bukan orang yang membesarkan anak-anak saya. It is someone else. Walau bagaimana saya hendak besarkan mereka ikut cara saya, mereka tetap akan ikut cara orang lain. Cara orang yang menjaga dan mengasuh mereka sepanjang ketiadaan saya.


I suddenly feel like I cannot say anything no matter what my girls do. Saya tiba-tiba rasa macam saya boleh nampak mereka membesar, and one day they will blame me for what they do. Mereka boleh jadi rebellious dan bilang mereka jadi begitu because I was never there for them. Saya asyik bekerja. Balik penat. Then marah-marah.


I have become a bad mother!


Ok saya sedang menangis ketika type benda ini.


T_T


I believe all mothers love their children. Regardless mereka full-time housewives. Full-time working. Or full-time studying. Saya percaya walau betapa jauh pun kita dengan anak-anak kita, tidak kira dari segi tempat atau masa, kita sentiasa hendakkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kalau tidak, kenapa kita all out habiskan banyak masa di luar mencari rezeki? Kalau tidak, kenapa kita sanggup beli breastpump berharga beratus atau beribu ringgit semata-mata to pump milk at work? Kalau tidak, kenapa kita sanggup bersengkang mata siang dan malam demi untuk juggle hidup as a working person, a wife and a mother? Semuanya haruslah kerana kita hendakkan yang terbaik untuk mereka. Kita mahu anak-anak kita hidup senang dan gembira. Kita hendakkan anak-anak kita dapat yang terbaik. Kita mahu hidup anak-anak kita lebih baik daripada kita.


But when this happens, I somehow feel that salahkah saya buat begini? Adakah kemungkinan yang satu hari nanti Myiesha, Tihani, dan adik-adik mereka akan bilang, Mummy, we do not want anything. We do not want nice clothes. We do not want a good life. We just want you to be with us more than anything in the world. But you were never there for us.


Salahkah saya?


Kerana itu manusia yang paling saya sayang dan cinta selepas keluarga saya adalah manusia yang menjaga dan mengasuh anak-anak saya. Mak Aisyah and Mak. Because I know I can never do it all without them. I really owe Mak Aisyah a lot. To be honest, as a working mother yang sebelum ini setiap hari pun balik rumah jam 9 malam, berapa banyak sahaja masa yang dapat saya luangkan untuk Myiesha? Tetapi Mak Aisyah telah membesarkan Myiesha dengan sangat baik sekali. Until today, saya tidak pernah dapat cari walau satu pun kesilapan yang dia pernah buat dalam menjaga dan mengasuh Myiesha. Dia bukan sahaja menjaga Myiesha, tetapi dia juga potongkan kuku Myiesha. Potongkan rambut Myiesha. Ajar Myiesha baca doa makan. Ajar Myiesha berzikir. Ajak Myiesha solat berjemaah. Ajar Myiesha nyanyi macam-macam lagu daripada Old McDonald Had a Farm, sampailah lagu Air Pasang Dalam yang menyeramkan itu. HAHA. But really, dia telah melengkapkan hidup Myiesha dengan perkara-perkara yang tidak mungkin dapat saya sempurnakan. Semuanya kerana kekangan masa dan tenaga.


Hari itu jumpa Mak Aisyah, saya menangis dan peluk dia kuat-kuat. Saya bilang, terima kasih sangat-sangat sebab menjaga Myiesha all this while. Tidak mungkin dapat saya balas dengan apapun di dunia ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas semua budi baiknya dengan berlipat kali ganda. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati keluarganya. Melimpahkan rezeki dengan tidak ada putusnya. Dan memberikan kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Saya anggap Mak Aisyah macam emak saya sendiri.


T_T


This is the reason kenapa sudah lama sangat saya tidak blog. I am currently coping with another new phase in life, dan semoga perkara ini tidak berlanjutan lama since Myiesha will be 3 in 6 months. So harapnya this Terrible Twos spell will quickly go away. In the meantime, saya banyak berdoa selepas bersolat, semoga Allah menjadikan saya seorang ibu yang lebih baik, lebih tabah dan lebih sabar buat masa sekarang. No matter how hard things are, I want to do the best in everything.


Kerana harta saya hanya 2 orang buat masa ini, dan mereka tidak pernah boleh ditukar ganti.

20 comments:

  1. Sedih sgt bc entry ni.
    Seolah olah HJ cerminan sy.
    Anak anak sy juga sebaya myiesha n tihany.
    sy berdoa agar kita mnjadi ibu yg berjaya dunia akhirat.
    Moga kita dpt jmpa satu hr nnt..
    Salam sayang utk myiesha dan tihany...

    ReplyDelete
  2. sebak ana baca.. kita lalui benda yang sama Hannah...

    Semoga Allah merahmati kita sebagai Ibu bekerja ini..

    T_T

    ReplyDelete
  3. Kerana harta saya hanya 2 orang buat masa ini, dan mereka tidak pernah boleh ditukar ganti..

    ReplyDelete
  4. assalam HJ, always love your entries but never posted any comments :)

    saya belum lagi mempunyai anak, baru sahaja melangsungkan perkahwinan in my late 20s, sooo no experience and comments on having kids ... hihih

    but, I'm the oldest daughter of a full time working mother. I was raised by my late great grandmother who was living with us at that time

    semasa kecil, saya tidak rapat langsung dengan ibu saya, always blame her for not being there for me, balik lewat malam, pagi2 pula sudah pg kerja ... aaaa no time for her children ...

    tapi, semakin dewasa, saya mula sedar PENGORBANAN seorang ibu mencari rezeki untuk kami sekeluarga

    oleh itu, saya doakan anak2 HJ juga akan sedar pengorbanan dan kasih sayang yang HJ lakukan untuk mereka ... inshaAllah :)

    tabahlah wahai ibu... kamu seorang pejuang yang kuat!

    ReplyDelete
  5. Xtahan bc entry ni..akk ngis hj..sbb akk pun pnh rsa bnda2 cenggini..

    Sabar ye HJ..Allah sentiasa menduga org yg Disayanginya..

    ReplyDelete
  6. I'm still not married yet and obviously tak tahu how marriage looks like. Tapi fie ank sulung, dan from observation ank sulung bukan meragam sebab terrible twos or what tapi rasa nya lebih kepada dia rasa terancam dengan adik dia yang baru lahir.

    Apa-apa pun, HJ sabar ye. Tabahkan hati. I know you are a good mother to your kids :)

    ReplyDelete
  7. Rasa mcm bersalah pulak suruh Hannah update blog pdhal Hannah bz giler skrg T_T Now I know what you've been through for the past 2-3 weeks. Hannah, eventho kite masih ber-anak 1, about the terrible twos tu memang diakui sgt2. I can sope sbb anak baru sorang. Tu pn kdg hilang sabar jgk dibuatnya.

    Naurah skrg yg paling kite geram & sakit hati bab memilih baju. Dia cuma nak pakai baju yg ada gambar princess & dress yg diminatinya. Byk baju molek2 yg dah tak terpakai walhal masih baru lagi. Ini semua gara2 dia memilih baju. Asyik ulang pakai bj yg sama hari2. Bila basuh, takde baju dia nk pakai, dia menangis & mogok taknak pakai baju lansung. Diaper pon xnk pakai end up kdg terkencing atas lantai. Mmg buat sakit hati sgt2...

    Tp memikirkn maybe ini fasa terbaru dlm hidup dia, kite try utk tak marah2 sgt. So bile baca ttg Myiesha skrg, nmpknya mmg fasa mereka sama. For me, maybe ada hikmahnya rezeki anak kedua masih tiada. For Hannah, kite doakan semoga lebih tabah & sabar. U can do it Hannah!! =)

    ReplyDelete
  8. aaaaa this entry makes me kinda nervous to face the terrible two phase! My Alfiy is reaching 2. & sekarang pun dah nampak sikit bibit2 perangai tu. *pray harder*

    btw, I pun menghadapi situasi yg sama. Once my MIL pernah test sama ada Alfiy kenal ABC atau tak. I pun konfiden cakap, "dia tatau lagi kot". & to my amaze, Alfiy recognize & boleh sebut setiap huruf yg my MIL tunjuk! I & Cfu mcm tergamam sbb we're his parents kot but we never know. Bila i tanya techer kat skool dia, then diorang punye jawapan lg lah meruntun hati i, "ye kak, Alfiy mmg dah lama kenal ABC. Kalau main matching pictures with words pun dia boleh buat. Tanggal baju & seluar semua pun dah boleh buat sendiri"

    See, u can imagine how bad I feel. I am one bad mother. Tak alert dgn perkembangan anak sendiri. Sibuk dgn kerja & hal duniawi je. Tu baru anak sorang. tsk.

    ReplyDelete
  9. tabahlah HJ..ianya akan berlalu..
    saya dulu mcm HJ juga..mungkin agak ringan sikit sbb tak fully BF,
    sbnarnya yg sulung hendakkan perhatian si ibu..sdgkan kita akan lebih tertumpu kpd si kecil krn masih baby..nak salahkan siapa, masa utk diri sendiri pun hampir tiada..sgt teruk ms tu menguruskan..
    si suami perlu tolong isteri2 begini..
    alhamdulillah bila mrk dah umur 12 & 11 ni..mereka dah pandai uruskan diri sendiri, maknya dh boleh rileks banyak hehe..kkdg funny mengimbau kenangan ms tu, ms tu juga sy jd slim sgt hehe

    ReplyDelete
  10. I can feel every details u wrote about...as a working mom, yes..lots of things kita akan tercicir buat..even sy dgn anak sorg yg umurnya baru mencecah setahun setengah kdg2 geram dgn pe'el nya...tp mgkin lain situasinya bila hanya sorg yg perluka perhatian..

    Pernah 1 ketika husband sy meluahkan rasa yg sy kurang melayan dia..most of the night, I will fall asleep before him...dgn kekangan duit, sy berusaha utk ringankan beban kewangan keluarga kami dgn masak sendiri setiap ari...no more window shopping...

    Keletihan seharian di ofis, rush to cook by the time arrive home...dia plk kbykan masa smp umah lwt dr kita, so masak smbil 'berperang' dgn anak di dapur...by 10, I'm exhausted already...dpn tv, dgn masih berbaju keje saya terlena...

    Now, dia dh hint utk planning for the next baby...huhuu...i said, "nanti dulu ye..."

    Moga Allah kuatkan kita dgn segala commitment kita sbg isteri, ibu & wanita bekerjaya...amin...

    ReplyDelete
  11. HJ ni suka buat orang sebak baca entry dia tau..sobs..

    seriusly i pun takut satu hari nnt anak cakap those things..because our busy life, we dont really have time to spend with them. nauzubillah..

    ReplyDelete
  12. Hang in there. I think kakak is also feeling a bit left out from sharing your attention between work and adik.
    Is there an option for you to work part time, like come in super early and leave at 3 or 4?
    I end my work day at 3-4, unless I have a super important meeting and it works out to me having a 4 day week salary wise. And I do work when Charlie goes to sleep at night.
    And also check out reverse cycling for breastfeeding so you can pump less or not at all while at work.
    Charlie does miss me when I am away, so he does get a little spolit when I get home. And I am very lucky aunty aspi and uncle salleh jaga him so less stress.
    Just try to ask your bosses if there is a part time option. It's less money, but assure your bosses it would be for the first 2 years only. Once your girls can speak, you can reason with them...

    ReplyDelete
  13. I always felt my son is teribble since the day he was born...now he's going to be 2 in 2weeks time..suka meragam..susah jaga..tdo buai..susah bwk jln..xnk direct feed..now makin notty dgn perangai die..lasak..kasar..main dgn daddy n mommy we both akan sakit..n mcm2 lg lah..cant describe by words betapa Allah menduga kami suami isteri dgn anak super aktif begini..somehow i slalu akan muhasabah diri n think positive yg my son bkn teruk semuanya..ada yg dia bagus like duduk diam n baik in his car seat while travelling,dh stop buai since 18months..cepat hafal..so i jz hope now die susahkan i..later die akan senangkan i..i believe he's smart..

    Apetah lg u HJ dikurniakan 2org little angel..im sure this is thing u can manage..cuma pasal bekerja tu xpelah..one day,they'll understand..Allah tau..kerja juga satu ibadah..all the best HJ..moga Allah permudahkan semua urusan dunia akhirat u..walaupun u kerja i x kerja,i tetap rsa u r better mom compare to me..sbb i slalu kalah dgn sifat marah..u lebih kuat..;))

    ReplyDelete
  14. sedih pulak baca entry ni...*menitik air mata*

    ReplyDelete
  15. slm hj,
    alin bru jd mother of 2 over a month ago.alin pun mcm hj,my ariana is my angel.sebaya myiesha.until i brought mikhail balik rmh.mula nmpk tantrum dia.ada masa syg sgt adik tp most of d time mmg attention seeker.

    akibatnya kdg kala bila hlg sabar alin mrh dan pukul dia.mana nak melayan mikhail yg kejap2 nak menyusu dan berdukung lg.kdg2 alin jeles bila ariana cuma nakkan babahnya.makan,mandi,tido mlm pun nak babah saja.nak tukar 'shift' dgn suami mikhail menyusu bdn n akan menangis bila didukung babah.pening.a reason jugak kenapa my blog tak berupdate.

    ReplyDelete
  16. kan HJ..kita sgt memahami situasi awak..punya aqil yg susah tido dan skrg marissa plk..sll kita yg tido..alih2 bgn rumah dah jd ape lg..kertas dlm mulut marissa lah..aduhai..

    tihani n myiesha bertuah punya mummy yg kuat semangat mcm HJ...

    ReplyDelete
  17. sedihnya baca. sebab lalui benda yang sama dengan HJ. harap bila mereka besar nanti mereka akan faham keadaan ibunya yang bekerja.

    ReplyDelete
  18. sya nangis bce entry awk yg nie
    hadiff bakal dpt adek
    skrg pon craky nk dpt adek tu
    Ya Allah
    memg suami penguat semgt.
    dpt ddk same bersyukur
    kdg2 bile sedih kne ingt ape Allah bg kite bhgia
    insyallah hilg rase pent n kesal pd diri x de mse untk anak

    ReplyDelete
  19. sya nangis bce entry awk yg nie
    hadiff bakal dpt adek
    skrg pon craky nk dpt adek tu
    Ya Allah
    memg suami penguat semgt.
    dpt ddk same bersyukur
    kdg2 bile sedih kne ingt ape Allah bg kite bhgia
    insyallah hilg rase pent n kesal pd diri x de mse untk anak

    ReplyDelete
  20. Salam..saya pertama kali baca blog u. saya ada masalah yg sama.bab anak tdo lambat. but...lagi lambat..sampai kadang2 tak tdo sampai waktu saya nak bersiap pegi kerja. situasi ni dah sejak dia lahir dan sampai skang(setahun lebih)cuma skang dia dah mula tdo malam.alhamdulillah..pun begitu, saya pula yang immune tak tdo malam. sbb dah setahun lebih saya tak tdo malam..saya harap kita sama-sama tabahkan hati dan berdoa pada Allah..semoga diberi lebih banyak kekuatan dan keberkatan..jangan putus asa. saya percaya awak ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk keluarga...

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!