Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, July 03, 2012

Syukur, ya Allah


It has been so long since I last updated my blog, sampaikan terasa macam tidak tahu lagi where to start. Terasa macam sudah sangat lama saya tinggalkan jejak hidup saya, sehingga saya terlupa di mana saya berhenti.


To start with this entry, saya hendak announce yang saya sudah bebas daripada Customer Service line. Rasa macam tidak percaya, namun itulah hakikatnya. Saya tidak pernah sangka yang saya dapat meninggalkan semua ini hanya dengan sekeping surat. Dengan sekeping surat, dan sebulat tekad untuk pergi buat selama-lamanya. Kerana selama ini saya di sini kerana passion. Kerana saya sangat suka berkhidmat untuk masyarakat. Kerana level kesabaran saya agak tinggi. Kerana suara saya sangat sedap didengar di corong telefon. Auw. Haha. Jadinya, saya ingat saya akan terus berada di sini sampai bila-bila, walaupun ada masanya saya rasa fed up. Walaupun ada masanya saya rasa bengang. Walaupun ada masanya saya rasa malas. Tetapi saya kuatkan diri kerana inilah yang saya mahu lakukan sampai bila-bila.


Namun dalam passion yang sangat tinggi ini, jauh di lubuk hati, semakin lama saya rasa semakin tidak best. Mungkin kerana faktor umur, kot? Kalau dahulu saya tidak kisah orang caci maki saya sesuka hati kerana saya fikir saya muda, saya masih ada banyak hendak belajar, saya masih patut dimarah kerana banyak yang saya tidak tahu. Tetapi sekarang saya rasa tidak best. Walaupun saya tahu customers yang telefon maki-maki jerit pekik mencarut sesuka hati itu bukannya marah dengan saya, tetapi mungkin kerana product atau service, but still, saya rasa tidak best dimarah. Mungkin pada usia menjangkau lewat 20an ini, saya sudah ada perasaan seperti mahu dihormati. Dihormati sebagai seorang manusia. Dihormati sebagai seorang wanita. Dihormati sebagai seorang isteri dan ibu. Saya sudah letih dimaki seperti manusia yang tidak ada harga diri. Then walau apapun customers katakan, walau maki mencarut, saya tidak boleh menjawab, apatah lagi membalas. Kadang-kadang saya rasa orang sengaja telefon Toll-Free line untuk melepaskan geram. Untuk melepaskan kemarahan. Saya rasa macam tunggul. Saya rasa macam dinding. Saya rasa macam, entahlah.


Tetapi pada hari saya tender resignation, saya tidak sangka yang saya tidak perlu lagi dengar semua ini. Seriously. Semua kata-kata nista itu semacam sudah menjadi nightmare yang menghantui saya siang malam tanpa henti. But for the first time in 6 years, saya dapat melarikan diri daripadanya. Sebenarnya saya sedih juga hendak tinggalkan tempat ini. Apa tidaknya, daripada boss sampailah ke colleagues, semuanya baik-baik belaka. Mati hidup balik pun I want to be with them. Saya bersyukur sepanjang saya bekerja di bermacam-macam tempat selama 6 tahun ini, semua orang yang bekerja dengan saya semuanya baik-baik belaka. Bukan baik belaka, baik sangat! Setiap kali hendak resign, mesti rasa macam hendak menangis. Begitu juga dengan tempat yang last ini. Hari terakhir naik turun bas, hari terakhir bercakap dengan customers di telefon, hari terakhir berjumpa dengan colleagues, membuatkan setiap saat rasa seperti mata ini berkaca-kaca. I love them all too much. Terlalu sayang. Kalau boleh, saya tidak mahu pergi ke mana-mana. Kalau diikutkan hati, saya boleh sahaja tolak tepi semua perasaan yang tidak best dan kerja sahaja terus sampai bila-bila.


But life has to go on. Sampai bila saya mahu hidup ditakuk lama. Keluarga semakin membesar. Cost of living semakin tinggi. Like it or not, kami suami isteri harus cari jalan to make ends meet. To put food on the table. Semuanya demi anak-anak. Demi kesenangan mereka. Demi kebahagiaan mereka. Myiesha dan Tihani semakin membesar. Pejam celik pejam celik, tengok-tengok mereka pun sudah bersekolah nanti. Dan ada adik lagi beberapa orang. Hahaha. Kalau dahulu sewaktu single dan free, bolehlah fikir tentang passion. Boleh lagi tidak mengapa gaji kecil asalkan hati senang, kawan-kawan best. But not anymore. Sekarang hendak buat apapun, kena fikir family dahulu. Kena fikirkan suami dan anak-anak dahulu.


So di atas sebab-sebab di atas inilah I have decided to leave the line of my passion, dan melompat ke kerja baru. Sekarang ini Hannah Johary adalah seorang Administrative Assistant di sebuah oil and gas company. Daripada boleh bangun pagi jam 7, sekarang kena bangun pagi jam 4.50. Daripada start kerja jam 9 pagi, sekarang start kerja jam 8 pagi. Daripada kena travel 20 minutes to work, sekarang dekat 1 jam. But no matter how challenging it is, saya niatkan semuanya demi anak-anak. Susah senang saya, saya anggap sahaja semua ini pengorbanan saya dalam membesarkan anak-anak. Apa gunanya jadi ibu jika tidak sanggup berkorban untuk kesenangan anak-anak di kemudian hari?


Namun dalam pengorbanan saya ini, ternyata Allah itu lebih hebat dalam merancang segala-galanya. Despite having to leave home at 6am every morning dalam gelap sejuk hingga dinginnya bisa menyucuk sehingga ke tulang hitam, I get to go home at 5pm every day. Despite having to travel by LRT and bus for almost an hour journey, I get to sit in the LRT, tidak perlu berebut, dan tambangnya juga half from the previous one. Despite having to learn from scratch tentang oil and gas yang saya tahu zero tentangnya, saya tidak perlu lagi menghadap jerit pekik customers gila. Saya tidak perlu pulang ke rumah kepenatan, sampai di rumah pada jam 9 malam lagi. Saya tidak perlu naik turun bas bersesak-sesak laga bontot dengan mat bangla dan mat indon sampai rasa maruah diri telah diragut indirectly.


Dalam semua rasa susah itu, saya lebih banyak rasa senang. And know what, like my previous workplaces, boss dan colleagues di sini juga tersangat-sangat-SANGAT baik. Saya sangat bersyukur kepada Allah tang ini, kerana regardless where I work, saya selalu ada orang-orang yang baik di sekeliling saya. Orang selalu layan saya dengan baik sekali sampaikan ada masanya saya tertanya-tanya, apakah kebaikan yang telah saya lakukan sehingga saya dibalas dengan kebaikan sehingga begini sekali. I always think semua ini bukannya datang daripada saya, tetapi mungkin balasan daripada kebaikan yang pernah dibuat oleh ibu bapa saya, adik-beradik saya, saudara-mara saya, atau kawan-kawan saya. Saya selalu percaya yang kalau kita buat baik, kebaikan itu tidak dibalas balik kepada kita, tetapi orang-orang yang kita sayang akan terkena tempiasnya. Contohnya macam kalau kita kasi orang duduk dalam bas, bukannya esok lusa orang akan kasi kita seat dalam bas. Tetapi satu hari nanti kalau adik-beradik, parents, atau nenek kita naik bas, orang pula akan berikan tempat duduk mereka.


Same goes kadang-kadang kalau saya keluar tanpa Mett. Hanya Myiesha, Tihani, and I. Kadang-kadang apabila rasa macam sudah tidak cukup tangan sangat hendak melayan mereka dengan kedua-dua mereka menangis atau cranky, akan sentiasa ada orang yang membantu saya. Macam hari itu pergi rumah Mak Aisyah, anak dia nikah, Mett was not there with me. Dia kerja. So time Myiesha dan Tihani merengek serentak, tiba-tiba ada one very nice lady offered to carry Tihani for me. Dan dia carry dodoi-dodoi Tihani sampai Tihani tidur! Baik sungguh. Padahal saya tidak kenal siapa dia, dan tidak tahu nama dia pun. But really, perkara-perkara begini yang buat saya kagum sangat dengan kekuasaan Allah.


Another extraordinary thing that has happened to me is that, percayakah anda kalau saya katakan orang yang bersungguh-sungguh recommend saya ke tempat kerja baru ini adalah orang yang saya tidak pernah jumpa dan tidak pernah cakap pun dengannya. Pelik, kan? Macam mana orang yang kita tidak pernah jumpa, tidak pernah cakap dengannya, dan orang itu pun tidak kenal kita, boleh recommend kita sungguh-sungguh? Yelah manalah tahu saya ini jahat ke. Suka ponteng kerja ke. Suka MC ke. Suka EL ke. Suka mengular masa kerja ke. Suka tidur dalam ladies time kerja ke. Haha. Betul, tak? Tetapi macam mana dia boleh beriya recommend saya? Sampai hari ini saya tidak ada jawapannya. Cuma ucapan terima kasih yang tidak terhingga, dan semoga tekad untuk bekerja bersungguh-sungguh dapat membalas segala kebaikan itu.


Terlalu banyak sangat perkara yang jadi lewat ini, but guess I shall share on this first for now. Sebab saya sedang rasa sangat kagum dengan ketentuan Allah pada saat ini. Saya bukanlah seorang Muslim yang baik sangat. Masih terlalu banyak untuk diperbaiki. Masih terlalu banyak untuk diperbetulkan. But I am grateful kerana Allah sentiasa mempermudahkan jalan hidup saya. Lebih-lebih apabila niat itu adalah untuk keluarga, untuk anak-anak. Saya tidak mendambakan kehidupan yang mewah. Saya cuma harapkan kehidupan yang selesa untuk keluarga kecil ini. Lebih-lebih lagi untuk dua budak comel yang sedang membesar itu. I love my girls, and I will do anything in the world for them.


Hari ini adalah hari kedua saya di tempat kerja baru and I am enjoying my life to the fullest. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari, and I hope I will catch up fast. Saya seronok keluar rumah pada awal pagi selepas Subuh, dan pulang ke rumah ketika mentari masih menampakkan diri. Seronok tadi pagi sedang saya berjalan, tiba-tiba bau Sausage McMuffin menerjah deria bau. Oh, ada McDonald's berdekatan tempat kerja saya rupa-rupanya. Bukan sahaja McDonald's. Tetapi juga bank. Shopping center. Kedai-kedai. Hendak makan apa, beli apa, bilang sahaja. Berbeza sangat dengan tempat kerja lama yang kiri kanannya semuanya kilang, di tepi Federal Highway itu.


I pray that this happiness with always be mine. Semoga hidup akan sentiasa berada di bawah keberkatan dan lindungan Allah SWT hendaknya. Saya berdoa semoga Allah akan terus murahkan rezeki kami sekeluarga supaya kami dapat berkongsi nikmatNya dengan insan-insan yang kami sayangi. Selain fikir tentang keluarga saya, saya hendak juga senangkan Mummy and Daddy. Senangkan Mak dan Ayah. Senangkan adik-beradik juga jika dimurahkan rezeki. I want to share my happiness. Siapa tidak mahu, setiap kali end of the month belanja keluarga makan besar. Belikan pakaian yang cantik-cantik untuk adik beradik. Kasi duit sedikit untuk mak bapak. Semua orang pun akan ada perasaan yang sama. Cuma dengan usaha dan keizinan Allah sahaja dapat kita realisasikan semua itu. Dan semua itu juga perlukan pengorbanan. But now I am proud to say that I am not afraid of sacrifice.


And to sacrifice my passion is the first thing I am doing.

25 comments:

  1. Hai hannah, this is my first time dropping my comment here. Sebelum nie jadi silent reader je, seriously I'm glad to hear that. That you are doing very fine right now. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak .HJ on your new job. I bet it is really great one..well, I used to be with O&G industry before and I knew how much it demands. All the best to yourself, but surely end of month, rasa berbaloi baloi bila lihat account kita =) Alhamdulillah, rezeki anak-anak.

    Kalau Kak HJ nak tanya apa2 pasal O&G, n if I knew, I can help you iAllah..

    May I know which company kak HJ kerja skrg?

    ReplyDelete
  3. wishing u all the best dear 'cos u totally deserve it!

    ReplyDelete
  4. salam HJ, you always inspire me with your thoughts..i learned a lot about life as mother, wife and worker from you..

    ReplyDelete
  5. ahaaa... congrats HJ on your new job. semoga rezeki bertambah dan melimpah ruah.. =)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah Allah permudahkan yur life. rasa tenang je baca entry ni sambil tersenyum. Im happy for u.emm I wonder kt mana la tempat keje baru u ni ye.terbayangkan petronas kt keramat nun hehehe

    ReplyDelete
  7. congrats Hannah..semoga semua nya akan terus dipermudahkann.. amiiinnn..

    psssttttt.. ada kerja kosong utk engineer tak..:P

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan ye hj n family..congrats on ur new job..working wt oil n gas mmg didambakan ramai org..u r the lucky 1!

    ReplyDelete
  9. Tahniah HJ, entry ni betul-betul memotivasikan saya..

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  10. tahniah hj dapat kerja baru.. rezeki untuk anak2 siapa yang tahu melainkan Allah swt.. u pun baik hj, we all request entry u post dgn senang hati walo pun bz ke sana ke mari.. harap bos u akan sayangkan u.. hj, nak request tips blh tak? mcm mn u start cari keje lain, pergi interview, cara u bawa diri n semua laa.. i stuck dekat company neh almost 9 years, uwaaa.. rasa tak yakin nak pergi interview..

    ReplyDelete
  11. tahniah dari azie :)

    ReplyDelete
  12. woww...lama menghilang rupanya ada perubahan yg besar. welcome to admin Hannah ^__^ sbb kite pon same mcm awk. the different cume kite kat company developer. i guess less busy than o&g company kowt kihkihh

    whatever it is, maybe its the right time for u to move on. senang aje keje admin nie. i;ve been doing it for almost 7 years now O__O relax byk haha =P

    ReplyDelete
  13. Hi Hannah..this is the first time i leave my comment here.

    When i read ur words it is as if u were talking to me. What u felt is just exactly what i felt.. cuma saya ni jenis yg xpndai nk expresskan my feelings into words.

    Nway, keep on writing please.. n gudluck in ur new job! Hugs n kisses for ur girls.. they're super duper adorable!

    ReplyDelete
  14. congrats hannah :)
    dalam hati ade jugak teringin nk move kerja baru(tp tak cari2 pun haha). sbb bosan dgn jem di LDP. puchong ke bandar utama spttnye kejap jd 1 2 jam. mentally and physically exhausted. tp yg buat i rs in comfort zone ialah bos baik. colleagues semua ok,flexible working hours, masuk 830 tp i masuk kadg2 dekat nk pukul 10.haha. balik 530 tp kdg2 i cabut 4 lebih nk elak jem kononnya. cuma i buat mcm ni sbb ade consent dr bos(dh dia kata keje dh abis balik lah) hahaha. cuma tu lah.jem ats LDP yg buat i kdg2 rs penat travel.myb one day if rs nk cr keje tu dtg, i will leave this place.eh terpanjang pulak. apapun good luck at your new place :)

    ReplyDelete
  15. Tempat kerja you ada kosong? Meh rekemen I. :p

    ReplyDelete
  16. Salam....

    Gud writing....enjoy reading!
    Alhamdulillah utk kurninaan rezeki...sy jugak akan berpondah keje di tempat baru next monday...berdoa utk yg terbaik kali ini....Amin...

    ReplyDelete
  17. Tahniah.. Rezeki Allah nak bagi pada sesiapa saja. cuma Allah hanya pilih HJ, mungkin saya

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah...gembira dgn aura baik hj.....

    ReplyDelete
  19. syukur..semoga maria jugak berjaya seperti hannah..mood: cari kerja baru..

    ReplyDelete
  20. good to hear this HJ!good luck with ur new job.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..semoga HJ sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Nya. Suke saya dgn aura positif HJ. Sangat menenangkan hati..

    ReplyDelete
  22. tahniah hannah, semoga berjaya di tempat baru...kirim cium muah2 kat baby2 u.




    baju kurung budak utk raya!!
    www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah HJ.
    Semoga semuanya kan baik-baik saja ye untuk you & your family.

    =)

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!