Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, May 08, 2012

It is Time to Go Home

Dengan berakhirnya tempoh berpantang, tempoh bermastautin di rumah Maman pun tamatlah sudah. Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengemaskan barang-barang untuk dibawa pulang. Mett sudah tolong cucikan rumah last Friday after work, so tinggal pindah masuk sahaja. Perasaan tersangatlah bercampur baur. Sedih mahu meninggalkan rumah Maman yang saya duduki sejak zaman remaja itu, tetapi happy juga hendak pulang ke rumah sendiri. Home sweet home. Rasa sedih itu kian bertambah apabila selesai mengemas barang dan cabut cadar semua, tengok bilik itu macam kosong sahaja.


No more Myiesha's stuffs.
No more Tihani's stuffs.
No more our stuffs.


Kembalilah kami ke kehidupan yang biasa seperti sediakala. I cried in the car. Rasanya sewaktu selesai majlis kahwin pun saya tidak rasa sesedih ini. Padahal itulah moment saya berpisah dengan keluarga buat selama-lamanya. Bukan berpisah apalah, cumanya tanggungjawab sudah bertukar. Oh, time itu sangat happy dan excited! Tidak sedih langsung pun. Sebab terlunas kegatalan hendak berlaki, kot? Kahkahkah!


The final day at Maman's home before departing, Daddy buat BBQ sedikit. Sengaja hendak melengahkan kami daripada pulang, actually. Saya tahu dalam rasa berat hati saya, berat lagi hati Daddy. Daddy sangat cintakan cucu-cucunya. Daddy bukan seorang lelaki yang banyak cakap. Sangat pendiam, to be exact. Tetapi cubalah tanya dia tentang cucu-cucunya. He can describe his feelings, satu persatu. Siap berbual dengan wajah berseri-seri. Maman selalu mencebik dalam senyuman, bilang dengan anak tidak ada pun sayang sampai macam itu sekali. But guess, ianya berlainan, kan. :)


So we had this small BBQ party just among us, bersama family neighbor sebelah rumah. Then habis itu, kami pun pulang. Sebaik sahaja masuk ke kawasan OUG, memang terasa kerinduannya. Rindu terhadap rumah yang ditinggalkan. Kami park kereta, naik lif bersama dengan barang-barang, and taraa..~ We are home!


On lampu dan tengok segenap rumah. Keadaannya sama seperti yang kami tinggalkan lebih sebulan yang lalu. Myiesha terus lari mendapatkan toys nya. Semua dikeluarkan. Satu pun tidak ada yang tinggal. Saya senyum sendiri. Ingatkan kita adults sahaja yang memiliki rasa rindu. Rupanya budak-budak pun tidak terkecuali. Cuma mereka tidak pandai menzahirkannya sahaja. Saya kemas sedikit for the night. Pasang cadar baru. Mandi. Tengok TV lepak di living room bersama seperti waktu dahulu. Semuanya sama. Kecuali kami kini sudah berempat.


Malam itu kami tidur lena. Tihani too! Guess she knows this is her home, and she feels comfortable.



Sempat makan di Secret Recipe last Saturday.






The BBQ last Sunday.



Mummy's Little Tihani!



Mummy's Little Myiesha!



Mummy's loved ones. :)



Daddy's yummy BBQ chicken.
Maman's yummy butter rice.
And salad.



To Maman, Daddy, Zariel, Deehann, and BN, thank you very much for letting me stay di Rumah Perlindungan Cahaya Bakti ini. (Deehann calls Maman's home rumah perlindungan sebab ada ibu dalam pantang - Me, dan pelarian UiTM - she herself, di rumah ini. HAHA!) Thank you Maman, for the tender loving care. For for the delicious food every other day. For the laundry. For being sporting meng-cover line dan mem-back up every time I felt like eating fast food dan goreng pisang beserta keraknya sekali. For the long chats every late afternoon sambil kita melipat kain or watch TV. For the semangat and motivation. In short, for just everything. This one month plus together taught me just so much on how to be a better person.


Thank you Daddy, for always being loving. For bringing me jalan-jalan whenever I felt boring. For the delicious food every now and then. I love the mee rebus and BBQ chicken! But most of all, thank you for loving my daughters unconditionally. Sesungguhnya saya tidak pernah melihat kasih sayang seorang datuk yang begitu mendalam sekali seperti kasih sayang Daddy terhadap Myiesha dan Tihani.


Thank you Zariel, Deehann, and BN, for always being there to assist me in whatever needed. Daripada saat saya pulang daripada hospital ketika saya masih tidak mampu mendukung Myiesha, you were always there to help me carry her around whenever she cries. To hold her hand every time she wanted to go up and down the stairs. And entertain her every time she interrupted your leisure time internet surfing wanting to watch Boboi Boy and Upin Ipin and entah apa-apa lagi. Haha. Thank you also for always respecting and loving Mett as your brother in-law. Ajak makan sekali. Tengok TV sama-sama. And sometimes take the umbrella out for him when he comes back from work. Not to forget, thank you also for watching over Tihani when I had to take shower and eat.


Terlalu banyak rasanya kalau hendak diucapkan terima kasih for each and everything. But really, I am so grateful and I appreciate each and every one of them. From the bottom of my heart, saya minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang saya mendiami rumah perlindungan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala-galanya.


Thank you for all the love, and see you again in the next pantang period! In, er, maybe another 4 years time. InsyaAllah! :)




Kini yang tinggal di rumah Maman hanya ini.

11 comments:

  1. HJ why u always come out with a syahdu entry..ahh..n y 4years?make it sooner la..2yrs perhaps.heheh..;)) luv reading ur blog..

    ReplyDelete
  2. entry ni sungguh sayu....

    Tihani sangat adorable! aduh...rasa tak sabar nak ada anak girl sendiri..

    ReplyDelete
  3. sedih.teringat masa alahan teruk haritu. sebulan lebih kat kampung.

    1 jangka masa yang agak lama Haziq spent time kat kampung. memang dia enjoy habis. saat2 nak berpisah tu la yg menyedihkan. bila balik rumah sendiri pun still sebut2 yang ada di kampung.

    HJ, are u sure another 4 years?

    ReplyDelete
  4. bestnya tgk tempat bbq tu besar sangat....i want one!!!!!

    tihani baby yg paling comel kite tgk utk tahun nie ^_^ siryessss

    ReplyDelete
  5. sedihnya HJ.. memang la rumah parents selalu menjadi port yg paling best utk kumpul adik bradik.. as usualkan..

    selamat kembali ke rumah HJ.. dan selamat kembali busy buat house chores k.. hahaha..

    good luck!!

    ReplyDelete
  6. Kak Hannah,
    Boleh share recipe butter rice tu? looks yum!

    ReplyDelete
  7. Hannah, cemane experience u buat stok EBM? boleh share...
    sy pon tgh buat stok EBM semlm mula keje ni...

    ReplyDelete
  8. me cry reading this!
    T___T

    ReplyDelete
  9. sy yg berpantang 2minggu kt umah MIL pon masa nk blk umah sendiri tu dh meleleh2 airmata dan sebak.ini kan pula kamu. as for me, berpantang di rumah MIL memberi hikmah sgt bermakna.sy dpt menyelami dan mengenali MIL dgn lebih lg seterusnya hubungan kami lebih rapat berbanding dulu

    ReplyDelete
  10. Dilahadith9/5/12 5:23 PM

    Sgt suke tgk gmbr Tihani dlm ape yg berwarna biru tu (bouncer ke?).. Tihani sudah gemok? Yeay

    ReplyDelete
  11. bila baca entry ni teringat masa kite pantang dulu.nak balik siap nagis.rasa mcm nak ddk sama je.sbb lama tak rasa mcm tu T_T sedihnye

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!