Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Wednesday, April 04, 2012

Thank You, Abi. Love, Myiesha


Dear Abi,


Lewat ini hidup sangat mencabar bagi saya. Rasanya Abi pun perasan betapa saya sangat berlainan sejak dua menjak ini. Bukannya kehadiran Adik yang membuatkan saya begini. Rasanya Abi pun perasan betapa setiap hari saya cuba menyayanginya. Saya cuba cium dia. Saya cuba dakap dia. Kadang-kala saya juga minta untuk mendukungnya. Tetapi Abi selalu ketawakan saya setiap kali saya minta untuk mendukungnya. Mungkin kerana saya tidak pandai lagi.


Tetapi tidak mengapa. Saya tetap sayangkan Adik.


Apa yang membuatkan saya risau adalah Mummy sebenarnya. Sejak Mummy masuk ke hospital beberapa kali tempoh hari, saya selalu rasa takut yang Mummy tidak akan pulang lagi. Saya selalu risau yang Mummy tidak akan ada di samping saya setiap kali saya buka mata apabila bangun daripada tidur. Saya rasa khuatir. Saya rasa bimbang. Saya sangat sayangkan Mummy, Abi pun tahu bukan? Kerana itu sekarang ini saya asyik menangis berkehendakkan Mummy. Ke mana pun saya pergi saya mahukan Mummy ada sama. Saya bukan mengada-ngada. Saya bukan meminta yang bukan-bukan. Abi pun tahu saya bukan budak kecil yang begitu, kan? Saya cuma takut Mummy akan pergi lagi.


Saya tahu dengan perangai saya yang sebegini, setiap pagi Abi akan berusaha mendukung saya senyap-senyap masuk ke dalam kereta untuk dihantar ke rumah Mak Aisyah sebelum saya bangun. Saya tahu dalam pada itu Mummy akan menyorok supaya saya tidak akan nampak Mummy dan menangis. Saya tahu Abi dan Mummy sayangkan saya, cuma mahukan saya kembali serasi dengan rutin harian yang dahulu. Saya juga sedang cuba, Abi. Dan saya pun sudah rasa gembira semula bermain dengan kawan-kawan di rumah Mak Aisyah seperti sediakala.


Cumanya untuk melambai pada Mummy setiap kali kita tinggalkan rumah masih sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya masih rasa emosi setiap kali saya nampak Mummy. Saya terlalu sayangkannya, Abi.


Namun dalam Mummy berpantang kerana melahirkan Adik, dan dengan perangai saya yang sebegini, saya berterima kasih pada Abi kerana sabar melayan karenah saya. Saya tahu ada masanya saya menangis dalam kereta, asyik bilang Nak Mummy! Nak Mummy! sampai merajuk-rajuk, tetapi Abi tidak pernah jemu memujuk. Abi tetap menghantar dan mengambil saya saban hari. Dan apabila kita sampai di rumah Ani setiap malam, saya gembira kerana dapat bertemu Mummy. Saya tahu setiap malam Mummy sedaya upaya cuba melayan saya, bermain dengan saya dan berbual dengan saya seperti dahulu, tetapi ada masanya Mummy perlu menyusukan Adik dan menidurkan Adik.


Sewaktu Mummy sibuk, Abi lah tempat saya bermanja.


Mummy selalu bilang, kasih sayang Mummy terhadap saya tidak akan pernah berubah. Saya first born Mummy dan Mummy tetap akan menyayangi saya dengan sebanyak-banyaknya sehingga ke akhir hayat. Saya tahu semua itu, tetapi saya juga dapat rasakan waktu yang diluangkan tidak lagi seperti dahulu. Kalau dahulu segala perhatian Mummy hanya pada saya semata-mata, kini ada masanya dia harus melayan Adik juga. Saya tidak berkecil hati. Saya tahu ini semua pengorbanan untuk membesarkan sebuah keluarga. Mummy selalu bilang, nanti apabila Adik sudah besar sedikit saya akan ada kawan untuk bermain. Dan saya tahu waktu yang Mummy sibuk itu, saya tetap ada Abi di sisi.


Abi adalah seorang lelaki yang menakjubkan. Saya tidak pernah bertemu dengan seorang lelaki sebaik Abi, selembut Abi, dan sepenyayang Abi. Percaya atau tidak, walau letih dengan segala urusan kerja pada siang hari, Abi tetap akan bermain dan menidurkan saya setiap malam. Abi tidak pernah penat melayan karenah saya, menyakat saya, dan melayan rajuk-rajuk saya. Abi selalu membuatkan saya sedar, walau dengan adanya Adik, kasih sayang dan perhatian terhadap saya tidak pernah berkurang. Walaupun kini ada masanya Mummy tidak dapat membuatkan saya susu, Abi sentiasa ada untuk membuatkannya untuk saya.


Kalau dahulu saya asyik berkehendakkan Mummy, kehadiran Adik telah membuatkan saya sedar yang kehadiran seorang bapa juga amat penting dalam hidup seseorang anak. Tugas bapa bukan hanya untuk pergi kerja dan mencari rezeki, tetapi juga terlibat dalam perkembangan emosi seseorang anak. Saya tidak tahu tentang bapa orang lain, tetapi saya sangat bersyukur memiliki Abi, dan saya pasti Mummy juga sangat bersyukur mempunyai Abi. Walau sekarang ini kami tidak dapat menghabiskan banyak waktu bersama, masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru, tetapi saya tetap rasa gembira dengan adanya Mummy dan Abi.


To Abi, thank you for everything. I will never forget everything you have done for me. I might still be very young, I might not remember all this, but I know I always have Mummy to tell me this, and I can always read Mummy's blog later.


Nothing in the world could repay everything you have given to us. I love you, Abi. So very much.


Lots of Love,
Farimyiesha.





10 comments:

  1. Be a gud girl & sister ye Myiesha.
    Tak lama lagi, Myiesha akan boleh adapt semua ini dan happy happy macam dulu dengan Mummy, Abi & Baby.
    Ok?

    =p

    ReplyDelete
  2. doa ibu adalah mujarab :)

    semoga Myiesha membesar menjadi anak solehah dan taat kepada ibu bapanya.

    take care.

    ReplyDelete
  3. :') terharu....
    hampir nangis baca ini..

    ReplyDelete
  4. sweet..
    betul tu, both mummy n daddy have roles to play dalam membesarkan anak.x boleh 1 pihak je.

    ReplyDelete
  5. alolo..peluk abi..so sweet..skrg myiesha tido dgn abi ke hannah?

    ReplyDelete
  6. kenapa sedih sgt ni,kakkkkkkk
    T_T

    ReplyDelete
  7. Farimyiesha,
    InsyaAllah...
    menjadi anak yg solehah dan kakak yg mithali..
    jaga diri ya

    ReplyDelete
  8. Sedihnya kak. Sy sampai menitik airmata baca post ni. Sebab sy sekarang preggy 8 bulan dan anak sulung sy baru je berumur 13m. Sy dapat alami perasaan dia nanti...

    Oh anak, semua pun Ibu Ayah sayang OK :')

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!