Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Monday, March 26, 2012

Kesinambungan Farimyiesha dan Nur Tihani


I hereby officially announce the name of my newborn baby.





Introducing,
NUR TIHANI BINTI MOHAMAD MAHATHIR!





Cewah. Padahal sudah officially announce pada family, BFFs and di Twitter on Saturday. Tidak sabar punya pasal. Hehe. Harapnya dengan nama yang simple dan common ini tidak lagi akan mencetuskan kontroversi di arena nama-nama anak tanahair. HAHAHA. Sebab pertama pilih nama sebegini sememangnya untuk mengelakkan kontroversi seperti waktu Myiesha dahulu. And the second reason, adalah untuk memudahkan proses pengenalan newborn kami kepada orang.


I always have the perception that kalau nama yang mudah akan lebih senang diperkenalkan pada orang. Macam kalau orang tanya, Nama anak siapa? Aishah. OK Aishah. Diterima. Full stop. Tidaklah tiba-tiba mata orang terbeliak dan tanya, Ai- WHAT?


But I still receive Nur- WHAT? when introducing Tihani to people. Danggg. Sudah terkena juga beberapa kali. Tidak cukup common, kah? Rasanya nama Tihani sudah tersangat ringkas. However Alhamdulillah, orang lebih senang tangkap in writing form sebab spelling pun sangat ringkas, tidaklah Theehoney. Heheh.


Pastinya akan ada orang yang tertanya ke mana hilangnya kesinambungan keturunan Fari dalam keluarga saya dengan lahirnya Nur Tihani. Daripada Maman - Faridah, ke saya - Farihanna, ke adik saya - Farideehann, ke anak saya - Farimyiesha.


Kenapa kali ini Nur Tihani?


Kenapa bukan Fari lagi? Kerana Mett tidak kasi kah? Kikiki. Ha memang, Mett tidak kasi. Dia bilang kali ini tidak mahu Fari lagi. :P


No lah. As mentioned earlier, we want our kids to be unique in their own way. Tidak kisah daripada segi ambition. Daripada segi interest. Daripada segi behavior. So the first thing that we do is to give them completely different names.


And why do we choose the name Nur Tihani? Mana datangnya nama itu?


Nama itu datang secara spontan when browsing through the internet when working. At first I wanted another F-M sebagai simbol nama saya dan Mett. Like Myiesha's name. Tetapi search punya search punya search, rasanya susah juga hendak cari nama baby girl that starts with M yang betul-betul berkenan di hati. Time Myiesha dahulu pun susah juga. I chose Myiesha, Maya, and Mikaela. And finally Mett selected Myiesha. So selepas ambil nama Myiesha itu rasa macam nama sudah kehabisan pula. Hahaha. Macam Harun Mahfiz pula, ya?


Mari saya perkenalkan satu persatu, ya!

Yang ini moyang saya, Mahfaz Mahfiz.

Yang ini pula datuk saya, Mahfuz Mahfiz.

Ini yang di dalam, Mahfiz Mahfiz.

Ini saya, Harun Mahfiz.

Eh kenapa yang lain semua ada Faz-, Fiz-, Fuz-, yang ini tidak ada?

Barangkali sudah kehabisan huruf!


So after failing to find the right name daripada huruf M, saya beralih kepada huruf-huruf lain yang berkaitan seperti F dan H. But still, masih susah untuk dapat nama yang berkenan di hati. I then seek Mett's opinion. Dia bilang huruf apa pun tidak mengapa, asalkan unique dan tidak terlalu common. So saya pun started browsing nama-nama daripada huruf-huruf lain as well.


Browse punya browse punya browse, tiba-tiba tertarik hati dengan nama Tihani daripada huruf T. Memang jauh beza dengan apa yang dicari, but it suits 1 criteria. Iaitu kelembutan. Saya kalau cari nama hendak cari yang lembut. Yang sweet like candy. Yang terasa kelembutannya pada yang menyebut dan yang mendengarnya. I always believe nama memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk personaliti seseorang itu. I myself is a very soft spoken and gentle person. Jadinya saya mahukan anak-anak saya pun begitu juga, insyaAllah.


So saya pun propose nama Tihani pada Mett on the day I found it. I sent the name to him via Yahoo Messenger. He asked for the meaning. Saya bilang, kebahagiaan. I then added Nur in front. Nur Tihani. Cahaya kebahagiaan. He said, not bad! But there was still much time to find more names to choose from. I said, OK.


I then asked. How about Faritihani? He laughed.


Lisa Tihani? He laughed harder. Sudah macam Lisa Surihani pula. No no no.


The last name I fell in love just a day before Tihani was born was Nur Arina Tihani. Hampir sahaja finalize dengan nama ini, but then I decided it is too long. Sedangkan saya hanya ada 1 nama dan Mett ada 2 nama, macam jealous pula anak ada 3 nama. HAHAHA. Nama itu sangat lembut and I love it so much, but guess Nur Tihani is just nice for now. Senang hendak diperkenalkan pada orang. Senang hendak ditulis pada borang. Senang hendak dijahit pada name tag apabila dia bersekolah nanti. Let Tihani just be Tihani. InsyaAllah kalau ada another girl nanti boleh letak Nur Arina pula. Hehe.


Oh another reason on why I decided to name her Tihani is because of the meaning. Kebahagiaan. Time Myiesha dahulu I decided to choose that name for her sebab maksudnya keberkatan. When Myiesha was born, kami suami isteri baru sahaja mendirikan rumahtangga. Pregnant pun bunting pelamin. We were still in the midst of knowing each other, suiting ourselves with our new life. So pada waktu Myiesha dilahirkan, saya sedang mengharap semoga dengan kelahirannya, hidup kami akan diberkati. Hidup kami, rezeki kami, usaha kami, kerja keras kami, semuanya akan diberkati. Saya mengharapkan keberkatan Allah SWT.


Now that we have been married for 3 years (Alhamdulillah!) dan hidup pun sudah mula stable, kini dengan kelahiran Tihani, saya berharap semoga keluarga kecil ini akan terus dilimpahi kebahagiaan yang tidak terhingga. Bagi saya selain nama itu menjadi doa kepada anak itu, semoga ia dapat menjadi doa untuk seluruh keluarga sekali.


If you ask me how do I feel being a mother of 2 adorable girls right now, I would say the feeling is just indescribable. Perasaan yang sangat best. Kenapa? Because I have one chatterbox daughter at the age of 2, yang tidak pernah penat berbual dengan saya, and I have a newborn yang lahirnya tepat pada waktu saya perlukan seorang lagi. Myiesha memang chatterbox, tahu! She can talk non-stop about anything and everything. And the best part, apabila saya pergi ke mall tengok-tengok handbag dan kasut dan baju, dia pun sibuk hendak try out juga. Hahaha comel gila!


Kalau pergi ke mall, hendak try out handbag dan kasut. Kalau di rumah, sibuk pula hendak pakai compact powder dan contact lenses Mummy! Hidup saya tidak pernah boring tanpanya!


Life is just perfect now, and I love my 2 girls to bits. They are my everything.



Myiesha and Tihani.
The apples of my eye!



P/S: Apabila anak sudah 2, hendak tulis simple entry begini pun takes 3 hours! Saya bangun jam 5 pagi untuk tulis ini, OK. Challenging betul. HAHAHA.

25 comments:

  1. Nur Tihani..nama yg cantik!
    aww, si kakak sudah pandai pis :)

    ReplyDelete
  2. Tihani, love it!

    Bahagianya baca kisah Hannah, x macam kisah lylie dulu kn...asyik meroyan n stress memanjang. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. wahhh nama yang indah! jadik senyum sorang-sorang plak bila baca entry ni :) so, how's ur pantang life, Kakak? breastfeeding ok? nanti agak-agak dapat pegi tgk wayang ngan Abg Mett tak macam masa dlm pantang ngan Myiesha dulu? :D

    ReplyDelete
  4. nama yg comel sgt2..Tihani.. sweet bby girl... tahniah,

    ReplyDelete
  5. nama yg comel sgt2..Tihani.. sweet bby girl... tahniah,

    ReplyDelete
  6. such a sweet loving name...
    semoga jadi anak solehah Nur Tihani

    ReplyDelete
  7. Sedap nama Tihani.. cantik, lembut.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tihani! =)

    ReplyDelete
  9. tihani tu sangat lembut menyebutnya. loved it =)
    sgt adore parents yg bg nama anak lain2. xde kesinambungan. org pon xprasan siblings da besar sok bile tgk dr nama =P

    ReplyDelete
  10. Congrats Hannah...comel betul Tihani. Lebat rambutnya.....

    ReplyDelete
  11. Congrats HJ... semoga semuanyer sehat hendaknya... :)

    ReplyDelete
  12. simple n sweet!

    semoga kamu jadi anak solehah, n membahagian mummy n abi, Nur Tihani.

    :))

    ReplyDelete
  13. Hai Tihani. Auntie Syera is here! Hehe. Not to forget, Kakak Myiesha yang sentiasa adorable. Take care HJ.

    ReplyDelete
  14. the apples of my eyes...
    tetiba teringat kata2 ni kt thesis hubby..merujuk kepada isterinya dan anaknya...hihiihh

    btw tihani..mmg simple dan cantik

    ReplyDelete
  15. Dilahadith26/3/12 1:26 PM

    Myiesha got ur Fari, while Tihani got ur Hannah (Hani & Hannah)... Ade dekat2 kan... Heheh.. btw, ur entries dr mase pregnen til now wt I rase nk pregnen lg - meningkatkan rase kesyukuran pd si Pencipta. congrats HJ!

    ReplyDelete
  16. sama nama mcam anak buah saya.. Nia Tihani.. hehehe.. but seriously.. it is nice name.. semoga Nur Tihani menjadi anak yg sentiasa obey kepada parentsnya..amin

    ReplyDelete
  17. sedapnya nama.. suka sangatttt.. selembut orangnya...:)

    ReplyDelete
  18. hj, congrats on ur newborn baby..stay cool and young okayyy ;)))

    ReplyDelete
  19. Love the name! :)
    Tihani sangat comel la...aaa...rindu bau baby.

    ReplyDelete
  20. I like her name. sgt unik.nama baby I sgt pjg.semua org kata 'kesian dia, nanti dh skolah time exam org lain semua dh start jwb soalan tp dia tak abes lg tulis nama'.

    ReplyDelete
  21. such a lovely name Nur Tihani..once again Congratss HJ..rindunyee nk bau baby..:)

    ReplyDelete
  22. Dear Hannah,

    WOW, mother of two huh?

    Tahniah and Alhamdulillah.

    Tihani, is such a beautiful name. ehem, macam Kak Hani jerk :)

    Happy resting!

    Kak Hani

    ReplyDelete
  23. secantik namanya..tihani dan myiesha

    ReplyDelete
  24. I know someone with name nur tihani....

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!