Saturday, January 21, 2012

Sebuah Kisah Tentang Petang Semalam

P/S: Entry ini ditulis dalam perasaan sedikit emosi. Jangan ambil hati, ya. :)




**



It was raining cats and dogs when I left office yesterday evening. Hujan lebat gila. Federal Highway di hadapan ini jammed gila. Mett had a meeting at Syabas HQ di Bangsar. He was supposed to fetch me back after the meeting. But since it was raining cats and dogs, dan jalan pun jammed gila, I said, never mind. Let me just meet him somewhere. At least tidaklah buang masa dia terperangkap dalam jam. Mett said, OK. We agreed to meet up at Universiti LRT station.


Sepatutnya memang ada bas direct dari office saya ke LRT Universiti, so it is like convenient lah juga for me to meet him up there. Tetapi oleh kerana jam adalah tersangat teruk semacam tidak bergerak langsung, I have decided to take the LRT.


So naik bas dari office.


Turun di bus stop. Lintas jalan sampai ke LRT Asia Jaya.


Naik LRT sampai LRT Universiti.


Turun dan lintas jalan untuk tunggu Mett.


Dalam lintas jalan ke sana sini, seluar saya sudah basah lencun dari lutut ke bawah, dan kasut pun sudah dipenuhi air menjadi semacam fish aquarium. Cuma tidak ada fish sahaja. Hehehe. Hujan memang lebat gila. Dan automatically semakin lebatnya hujan, semakin sesaknya jalan. Sudah macam persamaan linear pula. :D


Dalam saya melintas jalan di hadapan LRT Universiti itu, sewaktu saya berdiri di atas divider mencari peluang untuk meneruskan perjalanan, there was this one car. Betul-betul di hadapan saya. Kereta itu hendak jalan, tetapi sebuah bas sedang cuba menyelitkan diri di hadapan kereta itu. Apa lagi, driver kereta itu bengang gilalah. Lalu dia pun hon bertalu-talu.


Hon dengan kuat gila tanpa henti dalam seminit dua untuk menunjukkan tanda protesnya.


And his car was right beside me.


Apa lagi, saya terkejut gilalah. Sempat beristighfar berkali-kali.


For a moment, I was speechless. The first thing that came into my mind was that, driver itu adalah sangat selfish. Yes, selfish is the perfect word. You might be bengang gila. You might be marah gila bas itu potong kamu. But then again, tengoklah kiri kanan sikit. I am a heavily pregnant lady beside you, terkial-kial cuba melintas jalan yang maha sibuk. Basah lencun dalam hujan lebat.


You might be bengang, but you are in a car. Anda sedang duduk. Langsung tidak basah kena hujan. Ada pula aircond untuk menyejukkan badan dan hati. Ditemani pula dengan alunan lagu-lagu kegemaran masa kini dari CD di dalam kereta. You have everything you need to be comfortable in a journey. Kenapa kena buat perangai macam itu? Saya terkejut hampir kena heart attack anda hon bertalu-talu begitu, tahu?


Selepas saya 'diselamatkan' oleh Mett dan duduk di dalam keselesaan kereta sendiri, saya terfikir tentang perkara ini. Kita manusia memang sangat jarang bersyukur. We have almost everything, tetapi masih hendak marah tentang perkara-perkara remeh. Masih tidak bersyukur dengan apa yang ada. I also see this from my customers. Beli washing machine, rosak, marah. Beli aircond, rosak, marah. Beli handphone, rosak, marah. Yes, it is OK to be angry. Kita sudah labur duit banyak untuk something, apabila rosak, haruslah marah. Orang gila sahaja yang tidak marah, ya tidak?


But it is always not OK to marah melampau-lampau. Memaki orang tidak tentu pasal. Menjerit pekik macam maruah sudah tergadai di telapak kaki. Buat perkara pelik-pelik seperti hon selama beberapa minit di hadapan seorang wanita mengandung yang helpless di dalam hujan lebat. For what? Saya hendak tanya. Apa yang anda dapat dengan berkelakuan begitu? Kepuasan? Atau anda dapat apa yang anda hendak?


Bas semalam yang memotong kereta itu memang berjaya memotong, kerana dia lebih besar! Kereta itu tidak dapat apa-apa. Except my anger, and this entry kot! HAHAHA.


Apa untungnya? Saya rasa rugi adalah, kerana apabila anda menunjukkan perangai begitu, anda seolah-olah menggadaikan maruah sendiri di hadapan orang. Anda membuka pekung sendiri di hadapan orang. Orang tidak pernah akan anggap anda bagus dan hebat, tetapi orang akan fikir perkara itu memalukan.


Working in the Customer Service line begini selalu membuatkan saya terfikir tentang karenah manusia yang bermacam-macam ini. Apalah salahnya bersyukur dengan apa yang ada. At least anda ada kereta. Anda ada aircond. Anda ada washing machine. Anda ada LCD TV. Anda ada handphone mahal. Some people they do not even have one of the things you own, dan mereka tidak mengeluh pun. Mereka tidak memaki orang pun. Mereka tidak menjerit pekik pun. Hidup masih lagi boleh diteruskan dengan apa yang ada. Hidup tidak terasa ralat walau sedikitpun.


My advise is, ikutlah resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Jangan biarkan harta kekayaan dan ketinggian ilmu menjadikan anda manusia yang tidak berpijak pada bumi. Manusia yang tidak bersyukur. Walau apa sekalipun yang terjadi, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau barangan rosak, bertenanglah. Everything can be settled in a proper way. And the most important thing, bersyukurlah walau apa sekalipun yang terjadi, anda masih dapat mengecapi kemudahan hidup yang sementara ini.


Kadang-kadang apabila tengok Bersamamu, rasa kasihan sangat. Kalau kita dapat kehidupan macam itu, apakah yang akan terjadi pada kita kalau kita asyik turutkan perangai gila kita ini?


Akan jadi gilakah?

7 Comments:

A'ishah Kamaludin said...

Yepp, setiap kali kite rase keadaan kite teruk, kite kena fikirkan insan2 yg lebih teruk. Hati akan terubat dan insaf... Nice entry wpun tgh emo.. Thanks for sharing...

Chekgu Azrine said...

Kesian hj..huhu..dahla sarat..kena hujan plak..then bumped into stupid and selfish driver..pity u..

Nur Hazwani said...

Ish tak patutnya driver tu! Tetiba teringat kes sy dulu Kak HJ. Ms pregnant kan Khalis dulu, even 38 minggu sy masih naik LRT. Obviously nampak sy pregnant, tp dgn tren yg penuh, sog pun xde bg sy duduk. Melampau kan? Last2 bila tren dah kosong sikit, ada laa sorg kakak India ni panggil sy duduk sebelah dia :)

Hopefully Kak HJ bertabah k! Teruskan bekerja, mana tau ternyata menjadi impian Kakak nak rs sakit nak bersalin time kat office ;p
Straight je boss Kakak hantar ke Prince Court, boleh kita jumpa! ;p

Take care and hv a nice day!

Hannah Johary said...

A'ishah Kamaludin:

Thanks for reading. :)


**


Chekgu Azrine:

Tu lah time tu memang rasa kasihan kat diri sendiri. Huhu.


**


Nur Hazwani:

Some people just could not care less. Or blind? I pun anti gila orang yang tak bagi seat.

But ada 1 cerita, masa I baru 2 months pregnant, perut tak nampak lagi, kan. So I tengah duduk dalam LRT. Ada 1 pregnant lady naik. Kakak sebelah I suruh I bangun kasi seat I kat kakak tu. Then I pun sengal-sengal alang bangun.

Patutnya I jawab kat kakak sebelah I yang I pregnant juga kan? Kelakar betul. Hehe.

deena awanis said...

HJ, agreed with u.
i teringat pasal i gi pasar malam, orang campak duit kat pemintak sedekah..hayooo..kejam lah..macam tak boleh ke kalau letak elok2??hishhh..manusia2..

jas imran said...

ya Allah... so true..
perkara yang kita selalu lupa dalam sehari-hari.
bila marah memang senang sangat maruah terkujur di tapak kaki...
kena selalu remind diri sendiri juga.
hannah, rasa macam baca buku chicken soup for the soul plak masa baca entri nih... :D good job!

Nur Hazwani said...

kikiki... habis tu kakak yang suruh you bangun tu xleh bangun ke? atau dia pun pregnant? you know what, I kept a confirmation letter dalam beg ke mana2 I pergi sebagai bukti yang I pregnant in case diorang x percaya coz I akan sengaja ambil seat yang priority untuk pregnant ladies, orang2 tua etc tu. hehehe sampai mcm tu sekali ;p