Friday, January 20, 2012

Berangan Tentang Hari Delivery

I am writing this entry at my 31st week of pregnancy. Mengandungkan anak kedua pada usia menginjak 28 tahun. How do I feel? I feel great. Never felt better. Baru pulang dari blogwalking ke blog Yaya sebenarnya. Kenapa blog Yaya? Sebab plan saya adalah untuk merasa sakit di office. Then panic pergi hospital.


Best, tak? :D


Sewaktu mengandungkan Myiesha dahulu saya ambil cuti awal. 2 months before delivery! Why? Saja-saja. Sudah malas bekerja. Then mengada-ngada rasa sarat so tidak mahu pergi kerja lagi. So duduk di rumah Maman surf internet siang malam. Itu yang boleh update blog setiap hari. Hehe.


This time around, saya extra rajin pula bekerja. Since new year, setakat hari ini belum pernah ambil leave, dan setiap hari OT sampai 7.30pm. Penat memang penat. Kadang-kadang rasa macam hendak mati, sebab sudah start sarat begini masih kerja dengan tekun. Pergi balik kerja perlu lari kejar bas naik turun. Bas pula penuh macam sardin, nauzubillah. Memang terbaiklah kesesakan, dan lebih terbaik lagi baunya. Hahaha. But this is my life now. Entah kenapa, semakin gigih pula.


Semakin gigih sampaikan apabila orang bertanya bila start cuti, saya tidak tahu hendak jawab apa. The truth is, saya belum bersedia untuk bercuti.


Gigih betul, ni! Hahaha.


Gigih sampai ke tahap, I think I want my last day before delivery to be at work. Di sini, di hadapan PC ini menjawab emails tanpa henti. Dan tiba-tiba POP air ketuban pecah. Or pergi ladies tengok, Ops ada darah! Then terus sakit contraction. Mesti panic, kan?


Then my boss Edward akan hantar saya pergi hospital naik kereta Volvo cantiknya. Atau kalau dia tidak ada, mungkin saya akan membonceng Gilera milik Boe ke hospital. Hahaha aku ni buat main-main pula benda serious. Sekali hendak dijadikan cerita, terkena hari Jumaat, hujan lebat some more, Federal Highway di hadapan ini jammed macam hendak mampus, barulah akan terberanak di office!


Haru weh!


Tetapi bagus juga. Mana tahu ini kejadian pertama di company gergasi ini, kisah saya menjadi kisah hit sampai ke boss besar nun di Korea sana. Masuk suratkhabar Malaysia. Masuk suratkhabar Korea. Then dihadiahkan pula barangan elektronik selengkap-lengkapnya seperti aircond, washing machine, fridge, LED TV, digital camera, sampailah ke handphone tercanggih sebagai hadiah delivery. Bagus juga, kan?


Kalau sponsor water birth di Prince Court lagi best!


Hahaha angan-angan mesti hendak tinggi melangit!


Tetapi ini hanyalah angan-angan saya. Apa yang akan terjadi pada hari delivery saya, hanya Allah sahaja yang tahu pada waktu ini. I hope to have a safe delivery, that is what most important. Tetapi kalau diselangi dengan kepanikan pun pasti best kalau di-update di blog. Mungkin ia akan menjadi hari yang paling saya tidak akan lupakan sepanjang hayat saya.


Mungkin.

11 Comments:

azie said...

mcm tulah terjadi dkt azi baru2 ni, nak minta cuti seminggu x dan, kna tgu budak baru masuk dan ajar dia dulu baru blh cuti awal, rabu, bos kata nak dtg nak bt interview replace azi tu, tp bos bz, postpone jumaat, tup2, azi bersalin khamis..tp bila kita bekerja, proses bersalin tu mudah

ieda said...

blh lak berangan2 mcmtu ye.hehe...kt mn pn ms tu nanti,semoga segalanya dipermudahkan dan selamat ;)

sharEna said...

kite doakan apa yang Hannah impikan menjadi kenyataan. kalo x semuanya, 2-3 pon xpe...hihihi

take care dear =)

antalya said...

amboi berangan kemain lagik.water birth yer.hadiah bkn calang2.hadiah yg langsung takde kaitan dgn baby pulak tu hihihi.kelako la kamu ni hannah

naxa said...

hannah mmg da terlebih2 ni.. hehehe... semoga semuanya selamat dan lahirkan fareesa yg comel ;))

yaya+frdz+auf said...

hahaha... serius teringat moment tu! siap salam-salam lambai-lambai kawan2 sebab nak cuti 2bulan. padahal air ketuban melipah ruah. haha.

tp hannah, serius i kan company cina kan. diaorang anggap macam 'ong'tau. lepas tu i dapat hadiah macam2. even duit. and i jadi famous juga. sebab, waterbag pecah kt kerusi, depan pc sendiri. Even cleaner pon sure ingat muka i sebab terpaksa mop lantai.hope u pon akan dapat rezeki (hadiah) macam2 juga!

and still sit in the same place now mase tgh type comment nih. :P

ciksuen said...

ahah. nice la hannah. sekali deliver, seluruh keperluan rumah lengkap. keke..

afni+hafiz=dani said...

haha..sempat berimaginasi lagi mummy myiesh ni..aiyaa

Anah said...

alahai hannah..kenapa comel sgt angan2 nye ni?? moga angan2 tercapai la ye =)

Nur Hazwani said...

hai Kak HJ, ada hati yea nak water birth kat PCMC? sempat ke nak sampai dari office tu? hehehe ;p

anyway, may you have a nice experience this time around! maybe untuk anak kedua ni dah terer meneran kot? hehe! goodluck n best wishes! ;)

Hany said...

hehheheheh best gak ada impian gitu... anyway..... good luck