Tuesday, January 03, 2012

3rd January 2000, 12 Years Ago

Saya masih ingat lagi apa yang terjadi pada hari ini, 12 tahun yang lalu. 3 January 2000. Waktu itu usia saya baru sahaja hendak masuk sweet 16. Musim persekolahan baru, baru sahaja hendak bermula. Waktu itu saya seorang teenager yang sangat rebellious. Semua benda pun hendak buat. Rambut saya dye kuning, sekuning trend Ah Beng jual VCD haram pada waktu itu. Kuku bercat pelbagai warna. Pakaian sudah tentu hendak stylo milo. Budak-budak area rumah semua panggil saya J.Lo. Time itu saya perasan hot. Perasan bagus. Perasan hebat. Perasan cun.


Segalanya lah.


Namun dalam pemberontakan saya itu, saya masih Mummy and Daddy's little girl. Saya masih dilarang keluar malam. Saya masih pergi ke sekolah setiap hari, menimba ilmu tanpa jemu. Setiap petang ralit berbual dengan Nurul di hadapan rumah sampai ke Maghrib. Keputusan PMR pada waktu itu tidaklah secemerlang mana. Apa tidaknya, asyik perasan itu ini sahaja lebih. Namun saya tetap berjaya menjejakkan kaki ke aliran kebanggaan setiap ibu bapa. Pure science stream.


Saya masih ingat lagi setiap cuti persekolahan pastinya saya akan mengajar tuisyen di rumah sebuah keluarga berbangsa Cina. Mengajar sepasang adik beradik lelaki subjek sekolah rendah. Alah those simple stuffs. Maths. Bahasa Melayu. English. Tengok-tengokkan mereka buat homework. Bantu mereka mengulangkaji pelajaran. Waktu itu home tuition oleh seorang guru tidak bertauliah seperti saya hanya dibayar peanuts. Lebih kurang RM 60 - RM 100 sebulan. Namun jauh lebih bagus daripada asyik tidur lewat, bangun tengahari, dan habiskan beras di rumah. Makan tanggung, berak cangkung.


Waktu ini memang saya sudah berkawan dengan Mett. Kami berkawan since Form 2, actually. Paling rapat time Form 3. Kami pergi ke sekolah bersama-sama. Pulang dari sekolah bersama-sama. Pergi tuition sama-sama. Stay back di kantin sekolah belajar Maths sama-sama. Weekends pergi National Library pun sama-sama. Pendek kata, macam belangkas lah. Berbeza dengan berkawan dengan budak lelaki lain, apabila berkawan dengan Mett, Maman seperti kurang marah. Entah kenapa. Dia selalu bilang, Mett budak baik. Oh ya saya lupa, ex-boyfriend saya semuanya macam syaitan. Perangai macam pelesit. Haruslah. Baru kena dengan saya yang berimej J.Lo. Kahkahkah!


Time ini kawan-kawan semua sudah agak, pastinya kami ini pasangan bercinta. Tetapi tidak. Kami bukanlah pasangan bercinta. We were friends. Great friends 'til the end. Cewah. 'Til the end konon. Sebenarnya saya agak suka juga dengan Mett. Saya tidak tahu Mett suka atau tidak pada saya. But we were comfortable with each other's company. So bagi saya, itu yang penting. Being an item or not is not the question. Apa guna memadu kasih kalau kesudahannya tidak seindah mimpi? Adalah lebih baik kekal sebagai sahabat baik, kan?


Haha stop the ayat novel, HJ! :D


Jadi itulah cerita kami. Kami memang berkawan sahaja. Sungguh. For 2 years kami berkawan. Form 2 and Form 3. Dalam waktu ini ada juga guys yang berminat dengan J.Lo ini. Yang sebaya ada. Yang abang senior ada. Yang daripada sekolah lain pun ada. Tetapi saya yang tidak berminat. Bagi saya, saya selesa dengan Mett. So tidak kisah pun kalau dia bukan boyfriend saya. Yang penting, kami adalah together.


Everyday together.


Namun pada satu hari yang sangat memorable, saya masih ingat lagi hari itu adalah 29 December 1999. Saya telah ke cyber cafe berdekatan rumah dengan Nurul untuk surf internet. Time itu manalah ada laptop netbook broadband Unifi ini semua. Desktop PC dan internet pun tidak wujud lagi di rumah. So pergi cyber cafe. Main MiRC. Check email. Rupa-rupanya ada email daripada Mett. Isi kandungannya biasa sahaja. Hi apa khabar segala. Tetapi ayat terakhirnya buat saya hampir pengsan.


It sounded like this:


Jadi saya nak tanya pada awak.
Adakah awak akan terima saya dalam hidup awak?


Danggggg. Apakah itu? Apakah itu? Tiba-tiba otak rasa macam tidak boleh digest pula dengan apa yang dibaca. Hang. Short. Pengsan. Saya tarik Nurul yang duduk di kerusi sebelah. Saya minta dia baca. Dia pun tidak boleh digest. Rasa macam sangat, sangat, SANGAT tidak percaya. Apa tidak percayanya, lelaki yang Maman tidak marah saya berkawan dengannya, lelaki yang Maman bilang budak baik ini, bertanya adakah saya akan terima dia dalam hidup saya?


Terima apa? Terima bagaimana?


Tolong jangan exaggerate, Hannah. Menyampah orang baca.


I was speechless. But I remained calm. Saya minta abang cyber cafe itu tolong print out email itu. Waktu itu otak terasa tepu. Mungkin harus bawa pulang ke rumah buat analisa baru faham apa sebenarnya yang berlaku.


I did not give Mett an answer. I did not reply that email. Malah saya tidak bertemu dengannya pun dalam masa beberapa hari itu. Handphone pun tidak ada, macam mana hendak berhubung. Saya sibuk dengan kerjaya saya sebagai guru home tuition tidak bertauliah. Mett juga sibuk dengan kerjayanya dalam bidang housekeeping di Federal Hotel, Bukit Bintang. Kami memang teenager yang gigih. Waktu cuti persekolahan sebelum melangkah masuk ke Tingkatan 4 tidak disia-siakan dengan merepek di Twitter atau update status setiap jam di Facebook. Hahaha.


It was only on the 3rd January 2000 that I met Mett. Waktu itu saya baru habis mengajar di rumah adik beradik berbangsa Cina itu. Dan Mett juga baru pulang dari kerja. Malam itu hujan turun gerimis. Namun ia tidak menghalang Mett daripada menanti saya di bawah pokok. Saya tidak tahu pun dia menunggu saya pada malam itu. I was on my way back home apabila saya terdengar nama saya dipanggil. Apabila saya menoleh ke belakang, baru saya perasan Mett sedang menanti saya di bawah pokok itu. Di dalam hujan gerimis.


Saya merapatinya lalu bertanya kenapa. Dia menghulurkan sesuatu kepada saya. Saya nampak sebuah cassette di tangannya. Album terbaru Metallica rupanya. Mett datang untuk meminjamkannya kepada saya seperti yang pernah dijanjikan kepada saya. Saya ucapkan terima kasih. Sebelum berlalu pergi, he asked that question.


Awak dapat email saya?


Dapat.


Macam mana?


Saya senyum. Oh cassette Metallica hanya alasan cover line rupa-rupanya. HAHA. Tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya. Malu pun ada. Segan pun ada. Entah. Pelbagai perasaan wujud di fikiran dengan tidak semena-mena. Bukannya saya tidak pernah ada boyfriend sebelum itu. Tetapi perasaan terhadap Mett berlainan rasanya. Macam mana hendak describe lainnya itu, saya tidak tahu.


Tetapi itulah ceritanya. Cerita bagaimana saya mula menjadi girlfriend-nya. Cerita bagaimana kami memulakan sebuah hubungan steady relationship. We started from merely friends, tetapi siapa sangka cinta telah menyatukan kami. Pada waktu itu memang banyak kecaman yang diterima. Cikgu. Jiran-jiran. Cinta teenagers macam kami, haruslah selalu mendapat tentangan kerana ia bukanlah sweet pun. But guess Allah telah menetapkan jodoh kami seawal itu lagi. Who knows, kan. Hubungan yang semua orang tidak sangka, hubungan yang semua orang ingat cinta monyet macam kawan-kawan sebaya yang lain, berakhir di jinjang pelamin. Alhamdulillah. Saya sendiri tidak sangka.


Berkawan pada tahun 1998. Got into a steady relationship in 2000. Akhirnya kami bertunang pada tahun 2008 dan berkahwin pada 2009. Siapa bilang bercinta lama-lama tidak kekal? Siapa bilang bercinta lama-lama nanti boring? To be honest, selepas berkahwin dengan Mett baru saya betul-betul mengenali siapa dirinya yang sebenarnya. And it is very sweet, really. Rasa seperti masih boleh ingat setiap apa yang terjadi pada hari nikah kami.


Sayalah manusia yang paling bahagia di dunia ini. Dan saya rasa, Mett juga.


Time flies, and here we are. 3rd January 2012. Pada ketika ini saya sudah hampir 3 tahun menjadi isteri Mett. Kami sudah memiliki seorang anak perempuan yang sangat adorable bernama Farimyiesha. Dan insyaAllah we will be parents to two in a couple of months time! Apakah perkara yang lebih membahagiakan daripada ini, kan? Syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang paling best. There is nothing more that we can ask for, kecuali mensyukuri setiap hari yang berlalu di dalam hidup kami. Menguatkan diri mengharungi setiap cabaran yang tiba. Dan sentiasa mengingatkan diri kami betapa indahnya cinta yang kami kongsikan di antara kami ini.


Bukan sahaja cinta yang wujud pada hari ini. Tetapi cinta yang wujud sejak 12 tahun yang lepas.


Siapa sangka akhirnya saya dapat hidup dengan lelaki baik ini. :')

9 Comments:

Chekgu Azrine said...

Wah.. bestnya baca entry HJ pagi2 ni.. betul2 buat saya nak bercinta balik dengan husband saya.. alhamdulillah.. dah 3tahun erk HJ..congrats!!

wardah @ fie shah said...

Dan plg best cinta korang masih utuh hingga ke saat ini. Sweeeetttt!

saharinasaharudin said...

sooo sweeeeet lah kak HJ. Happily ever after ♥

Yantie said...

Kalau dah jodoh tidak ke mana..semoga Hannah, Mett, Myiesha and future baby terus bahagia hingga ke akhir ayat..
InsyaAllah..;)

nisamir said...

sgt similar kisah kite hanna..heehhehee..siape sngke kn..sume aorg kate kami x kn kekal smpai bila2..nah skrg sudah berkahwin..^_^
berkawan n bercinta dr sekolah pun blh bhgia ^_^

aThidEaN said...

happy anniversary jadi gf abg mett kak hj:)

yaaayy, it makes my dull day brighter after reading this.


(mode tgh pening dgn work)

✿MisS NadRAH♥ said...

macam citer novel=)
sweet..
alhamdullilah..

sailaaf said...

HJ, sy da baca entri ni last week. baru nk komen arini.(haha.beiya nak bagitau)
jadi HJ dan Mett ada la kenalan dr sekolah men. seriussss sgt lama.
salute la HJ.cinta mati.

LynN LoLa~~ said...

touchin' story :')