Friday, January 13, 2012

29 Weeks Pregnant - Part II

Setelah 2 minggu berhempas pulas sejak new year, hari ini baru saya dapat bernafas sedikit. Alhamdulillah. Yesterday Myiesha slept early selepas 3 hari berturut-turut tidur jam 12am. So saya pun dapat tidur awal sedikit. Bukan awal sedikit, awal banyak, kot. 9.30pm! Hehe. Then today pula before noon saya sudah dapat siapkan email.


Rasa happy sangat.


So dengan beresnya segala commitment ini, I would like to update my blog. Taraa..~ :D


Saya dapat idea untuk entry ini ketika mandi pagi tadi. Time mandi pun boleh dapat idea ya, Hannah? Tidak senonoh betul. Hehe. Alkisahnya sewaktu saya menyabun perut this morning, saya terperasan yang saya tidak ada line menegak yang tergaris dari bawah dada hingga ke bawah perut, merentasi pusat, like what I had when I was expecting Myiesha. Perut bersih sahaja kali ini.


Dulu I had this dark brown line that I was so scared it will not go away after delivery. But Alhamdulillah, it did. And this time it does not come back.




The line looks like this.
But I did not have the dark ring around my navel.



Dan kali ini juga pusat terkeluar semacam. Bukan semacam lagi, ketara gila. I also had this pusat terkeluar when expecting Myiesha, tetapi tidak seketara ini. Now I feel like I would have to wear a bra down there. Hahaha!




Ya, sebiji macam ini.
I am not joking!



Selain dua perkara ini, there is not much difference from expecting Myiesha dahulu. But I hope that this 2 difference is a hint that I am expecting a boy. Sepasang is nice, kan. A girl and a boy. Myiesha and Farris. Tetapi tidak kisah, ini angan-angan sahaja. Kalau girl pun OK. Asalkan selamat, sihat dan sempurna. Itu yang penting.


InsyaAllah.


And at this point of time, saya belum ada perasaan takut untuk beranak. Rasa confident ada kot, maybe sebab sudah ada experience, so macam sudah tahu what to expect. Dan kalau katakan kelahiran kali ini pun pengalamannya sama, saya sudah bersedia. Yang tidak bersedia cuma the unexpected lah. Emergency c-sect ke apa. Tetapi harapnya semuanya smooth dan selamat nanti.


Amin.


Mett is bringing me to Kajang Plaza Medical Center tomorrow, for a 4D scan yang dia excited sangat itu. Saat ini saya pun sudah mula rasa excited. Tidak sabar rasanya hendak menanti kelahiran si kecil ini. I just cannot wait to carry two kids in both my hands. Sayang sangat pada Myiesha, dan sayang sangat pada Farris.


Hope esok juga dapat nampak gender. Kalau betul dia adalah Farris, I cannot wait to go shopping! :D

10 Comments:

ieda said...

seronoknya.bila la turn saya nk preggy lagi ni.dlu sy pun ada garisan khatulistiwa tu jugak.semoga Hannah dan baby Farris selamat ye

sharEna said...

kite xde tanda jalur tu hannah. stretch marks aje yg kuor. heheh...xpelah sbb itu tanda kita dh pernah melahirkan. tanda yg sweet. hoho

ngeri ah tang pusat tu dear...hahaha

farhana shamsuddin said...

dear tanda tu boleh hlg x?

Mrs.Farhana said...

huhu..tergelak tgk pic garisan yg merentas pusat tu..sy ade garisan tu..plus senget plak tu sbb kesan dr minor operation dl rasenye..

tang pusat tu mmg xkuar, tp xtau la sbb lum lg nk bersalin kan..mane tau esok tetiba tersembul lak..ouh No!!..

neway, take care dear!

Hannah Johary said...

ieda:
InsyaAllah. Thank you! :D


**


sharEna:
Oh. Kite pulak takde stretch mark. Kalau ada stretch mark tu boleh hilang tak?

Tang pusat tu tak ngeri, Mett cakap kelakar je. Hihihi.


**


farhana shamsuddin:
For me, hilang. Garis hilang. Pusat pun back to normal after delivery. :)


**


Mrs.Farhana:
Hehehe. Mine pusat start terkeluar bila perut start besar macam 4 months gitu. Makin perut besar macam sekarang, makin ketara jadinya. :D

penagih kasih said...

part nak kak hannah rase mcm nak pakai bra kt perut sbb nak cover pusat tu kelakar gile kot
ngeee

tapi kan
err serius mcm ada breast sparepart pulak bile tgk gambar tu
hoho

:p

Wanie Halil said...

Hj, btol lah..if boyyish pusat kita akan terkeluar semacam je..same wif me ere time prgnantkan Raeys, pusat macam tuh la..pastu perot membuncit comel2...xder kembang2...then semua org ckp if pusat terkeluar mcm tuh mmg boy... :)

Marsha~ said...

hahahaha.. pusatmu sgt comel kalau terkeluar mcm tu... akekekekeke... sy dulu takde pun sebab termasuk ke dalam

ecah said...

hannah, finally, i dah habis baca all your post from the beginning. Then baru i nak drop komen ;).Very nice & interesting.

yaya+frdz+auf said...

agaknya baby boy suka tendang pusat kasi terkeluar ke huh? hahahaha. sebab yaya dulu pon macam tu. :P