I am sorry dear readers, it has been quite some time since I last updated this blog. Life has been very hectic these days. Kerja semakin banyak for both Mett and I. Mett sibuk dengan audit, saya pula sibuk dengan calls dan workload yang semakin bertambah. And this means reaching home later every single night. Asal ada masa sahaja kami akan cuba catch up dengan Myiesha. Weekends dipenuhkan dengan masa yang diluangkan bersama keluarga. Pendek kata, memang busy sangat-sangat lewat ini. Saya pun sampai selalu sahaja rindu pada Mett walau setiap malam pun tidur sebantal.
Hari ini pun balik lewat. I left office around 9 plus just now. Agak lewat, but what to do, need to attend a meeting at the office after work. Selepas sehari suntuk menjawab calls, ada meeting pula. Selesai meeting, hari pun sudah malam. While tidying up to leave for home, my colleague Boe asked me this.
Jane! Husband ambil ke?
Saya menggeleng. Tak ah. Balik naik bas lah.
Boe laughed. Aik. Dah lewat ni pun naik bas juga ke?
I laughed too. Apa nak buat. Orang dah kahwin macam ni lah nasibnya.
Aku tak nak kahwin awal-awal lah macam ni!
We laughed together. I know Boe was just teasing me. And I was teasing him too.
But then after I left office, sedang saya menunggu bas di tepi Federal Highway yang sudah kurang sibuknya itu, hati saya terdetik. Wow. What am I doing? I am a wife. I am pregnant. It was already 9 plus at night, tersangatlah sunyi menanti bas di tepi jalan begitu, but there I was! Macam magic! Saya gigih menunggu bas, dan naik turun bas. Terimbau kenangan indah suatu ketika dahulu, lebih kurang 4 tahun yang lepas sebelum saya bergelar isteri atau tunang sekalipun, boyfriend saya sangat rajin menjemput saya pulang dari kerja. Everyday without fail. Bukan sahaja everyday without fail, malah sangat jarang lambat pula!
Bayangkan. Dari tempat kerjanya di Kajang, Mett datang ke office saya Jalan Tun HS Lee di area Masjid Jamek pada waktu itu. Then dari sana hantar saya balik ke rumah Maman di Wangsa Melawati. Then dia pulang ke rumah di Cheras. It is like a big round!
Every single day. Not for months, but for years! Tahun berganti tahun sampailah ke hari tayar scooter nya botak. Haha. Eh bukan. Sampailah ke hari kami diijabkabulkan.
Then it stopped!
Macam magic!
Sejak kami berkahwin, I commuted to and back from work via public transport every single day.
Eh, di mana perginya bertahun berhantar dan berambil itu?
Dan yang lebih menghairankan, saya tidak kisah langsung naik turun bas walau jam berapa sekalipun, lebih-lebih lagi dengan perut yang semakin membusung ini sekarang. Kalau time bercinta dahulu, harus saya merajuk tidak ingat dunia!
HAHAHA.
What is this? Apa yang telah terjadi? Adakah ini maksudnya cinta telah pudar atau tidak ada lagi kasih sayang? Kenapa orang bercinta sanggup meredah lautan api, tetapi orang yang sudah berkahwin tidak lagi sanggup apa-apa? Confuse. Confuse. Confuse.
Sebenarnya, ini namanya pengorbanan. Ini namanya tidak membebankan suami dengan apa yang tidak termampu olehnya. Ini namanya rasional. Ini namanya commitment. Yes, this is what married couples do.
In married life, we do things to make things work. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk kemudahan pasangan masing-masing. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan kedua-dua belah pihak. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk memastikan jalan hidup setiap hari adalah yang paling smooth.
Kerana itu apabila Boe mengusik saya tadi saya tidak ambil hati pun. Padahal kalau hendak jadi emosi, memang senang sahaja. Berilah sahaja alasan saya mengandung dan Mett is being cruel. Boleh sahaja. Tetapi tidak, macam saya katakan, saya tidak ambil hati pun, because it is not anymore a priority. Bagi saya lebih baik Mett ambil Myiesha. Then tunggu saya di bus stop Plaza OUG. Tidak membebankan dia kena redah jam datang ke Petaling Jaya, dan tidak juga membebankan koceknya apabila expenses untuk fuel lari. Ini lebih mudah. This is what I meant when I say, untuk memastikan jalan hidup setiap hari adalah yang paling smooth.
This is the priority. Bukan lagi untuk bermanja-manja, but to make things work.
Entry ini mengingatkan saya betapa sebelum berkahwin saya selalu tertanya-tanya, kenapa married couples bukan seperti dating couples. Why are they less romantic? Why do they seem less caring? Why are they less loving? Tetapi pada hari ini saya sudah dapat menjawab soalan saya sendiri. Ia bukannya less romantic, less caring atau less loving. Semua ini terjadi kerana terlampau loving sebenarnya. Terlampau sayang sampai tidak sanggup membebankan pasangan kita. Terlampau sayang sampai kita akan jadi sangat independent. Terlampau sayang sampai kita nampak macam tidak caring.
Orang kata definisi cinta ini sangat subjective. Ya, saya harus akui. Kerana sewaktu saya menulis entry ini pun saya masih tidak percaya apa yang saya tulis, apa yang saya rasa. But this is it. Segala apa yang tuhan jadikan itu sangat perfect dengan lumrah kehidupan manusia itu sendiri.
Allahu Akbar.


16 Comments:
Setuju sangat!!
Dear Hannah,
As I was trying to go back to sleep at 4 am now, I stumbled upon this beautiful entry of yours.
This year marked my 19 years anniversary and counting. I only want to add on this - there are many more you would do years ahead in the name of love! Jangan sesekali terleka.
Mett is one lucky soul. May Allah SWT spare both of you love till Jannah! InsyaALLAH.
Love,
Kak Hani
Sangat setuju dengan you HJ..when we were married memang segalanya berubah..tanpa kita sedar, kita lebih tolerate dengan our partner no matter how..
Semoga hidup kita semua sentiasa diberkati Allah..;)
erk.sgt jauh Mett kena pusing masa belom kawin tu.serious.true love tu HJ.
same goes dgn sy. my bf keje puchong. ambik sy balik kerja di shah alam. then balik ke rumahnya di sunway.tapi Mett lg jauh.cayalah!hehe..
i just love this entry..things that we could never understand sebelum kawen..=)
Cinta kpd pasangan..
susah untuk digambarkan dengan perbuatan...
penulisan kali ni, membuatkan sy terpk..
erti makna PENGORBANAN..
bagi sesiapa yg mengerti..
sudah pasti sentiasa bersyukud pd-Nya..
bagi yg masih bertanya-tanya..
APAKAH ini namanya CINTA selepas bkahwin..
tepuk dada tanya selera..
yeah, CINTA SELEPAS BERKAHWIN adalah PENGORBANAN, DAN TOLAK ANSUR!
agreed with you Hannah =) sbb kawen nie utk selama-lamanya. utk jadikan ia utk selama-lamanya we have to give & take dgn pasangan. we have to make it works yg menyenangkan kedua-dua belah pihak. then InsyaAllah kawen akn jd selama-lamanya....
agreed! and yes situasi ini sgt menyentuh hati kita kan..but we do all dat with love n ikhlas
setuju Hannah
dan aku sendiri selalu ingatkan diri sendiri, jgn terlalu meminta
pikir dulu, apa contribution kita
i like how you look at it..and i so agree with you. i'm in the same situation..but actually its undeniably hard and makes u analyze stuff which are not supposed to when people around you are telling you that ur husband lacks responsibility when the fact is he tries so hard kan:(
couldn't agree more! every single words true. I penah tease my hubs bout things yg dia rela hati bt b4 kawen n dah xbt after kawen, bkn niat nk mngungkit n tuduh my hubs dh xromantik n whatnot, cuma skdr utk renungan bersama n show how much we grew together w d relationship.. :)
allahuakhbar!!
agree with u..
hj .. best nye being u kan. being so positive ...
I setuju sangat2. alahhh dulu time bercinta kita ni sajer je nk ngengada dan manja lebih2 dgn pasangan kan.
sangat suke dgn entry hannah yang nih..
Hannah,
semakin hari saya suka dengan entry hannah...
ikhlas,
izzah
Post a Comment