It is 6.27am - 31st December 2011, dan saya baru boleh duduk menghadap blog ini selepas melayan Myiesha mengigau sepanjang malam. Feels like I have not slept at all. It has been a busy day. It has been a busy week. It has been a busy month. I am not sure since when have I become this busy, tetapi rasanya sejak calls di office increase daripada average 600 calls a day to more than 1500 calls a day now. Sangat gila. Daripada maximum 7 abandoned calls a day, sekarang sudah jadi almost 80. Service level jatuh mendadak dari 95% ke 42%. Kami memang sudah tidak dapat cope dengan segala kerja yang tiba-tiba doubled up dengan begitu pantas sekali. We leave office dalam keadaan separuh mati setiap hari.
Dalam kepantasan waktu ini, harus saya akui saya memang sangat tidak ada masa untuk update blog di office lagi. Hilang sudah leisure time saya menaip sambil berbual dengan customers. Hilang sudah leisure time saya menaip sedang menunggu call yang seterusnya masuk. I do not have time anymore these days. Semuanya terkejar-kejar. Dengan task sebagai Call Coach yang belum dapat direalisasikan lagi. Starting next year (next week, actually. HAHA. Jangan berangan next year sangat, HJ!) saya harus take over pula bahagian Emails. Wow, saya diberikan kepercayaan untuk handle bahagian Email, sesuatu yang tidak pernah saya sangka selama ini. Kalau selama ini saya berhubung terus dengan customers melalui telefon, kini saya akan berhubung terus dengan customers menggunakan email pula.
Sesiapa yang rasa seperti hendak merasa sedikit hasil air tangan saya membalas email anda, silalah email kepada company saya, OK. Hahaha.
OK enough of that berangan.
Handle bahagian Email ini lebih menyeramkan sebenarnya. Kalau dahulu cakap dengan customers masih boleh cover-cover line. Email pula adalah sesuatu yang bertulis. In black and white. Kalau saya tersalah kasi info, habislah company boleh kena saman. Saya boleh kena buang kerja. Adakah saya harus ambil insurance kerana ini? Atau demand gaji lebih besar kerana kerja lebih risky? :P
Staff yang sepatutnya bertugas bahagian Email ini, last day nya adalah pada hari semalam. Dan sebelum saya pulang, masih ada lebih kurang 80 emails lagi yang belum dibalas kepada customers. It will increase every single day. Hendak tunggu saya kembali ke office on Tuesday, haruslah sudah jadi beratus. Dangggg. Sudahlah pada hari itu baru saya officially buat Emails full-time, di samping angkat calls juga, dan buat tugasan Call Coach. Pengsan. Entah apa yang akan terjadi pada hari itu. I do not want to imagine that yet.
So alkisahnya, inilah kesibukan yang saya hadapi saban hari di office sehingga menyebabkan blog ini sedikit terabai. Kasihan blog. Harapan untuk menulis tentang 2011 Recap dan 2012 Resolution sebelum berakhirnya hari semalam, punah sudah. Time saya update ini pun entah sudah pukul berapa. I always update my blog in the odd hours of the day. 3 pagi lah. 6 pagi lah. Haha. But what to do, dalam hidup ini priority of course jatuhnya pada keluarga, kerjaya, dan kemudian barulah blog. Blogging is only my hobby, walaupun saya akan jadi manusia yang paling gembira if I can make money from blogging. Because it is my passion. Mungkin satu hari nanti akan ada rezeki saya, InsyaAllah. :)
So to tell about this year, saya rasa tidak banyak yang dapat diceritakan. I see this year is more to ordinary, than extraordinary. Tidak banyak perkara yang berlaku, tidak banyak achievement yang dapat dicapai. Cumanya saya bersyukur di atas beberapa perkara yang mengembirakan hati saya seperti saat saya dapat tahu saya mengandungkan Farris in July this year, dan juga convocation Mett in October. Ini adalah dua perkara yang sangat mengembirakan saya, dan saya sangat bersyukur dengannya. As for the others, rasanya masih banyak lagi yang boleh diperbaiki. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Dan banyak lagi yang perlu dilalui untuk terus berjaya di masa akan datang. Especially my role as a wife and mother. Terlalu banyak lagi yang perlu di-polish. Semakin lama usia perkahwinan, semakin saya perlu belajar untuk menjadi isteri yang baik. Dan semakin Myiesha membesar, saya harus belajar skill untuk meng-handle-nya. Kalau dahulu hanya tahu jaga anak, sekarang harus tahu kawal anak. Harus tahu didik anak juga. Kerana daripada tidak tahu apa-apa, sekarang Myiesha sudah pandai berjalan dan bercakap. Rasanya tang bercakap itu adalah yang paling challenging. Sudah ajar dia bercakap, harus pula kawal apa yang dia cakapkan.
As for next year, I have many things in mind. Antaranya, saya mahu belajar memasak sebab Mett dan saya sendiri sudah boring makan masakan yang sama saban hari. Haha. Saya juga mahu terus berblogging dengan active walau sudah beranak dua nanti. I really hope I can do this. Selain itu, saya mahu breastfeed Farris for a whole 2 years. Wow, betul-betul azam tahun baru! But I have no idea how or can I actually do it, sebab saya masih sedang survey breastpump. Sudah terjatuh cinta pada Medela Freestyle sebenarnya, tetapi tidak termampu, so I really do not know what is my next option. Selain itu, I plan to take up a driving license. And the thing I really want to achieve the most next year is financial stability. Harapnya dengan kelahiran Farris nanti dapat memberikan saya sebuah lagi rezeki dalam bidang pekerjaan. Dahulu dengan kelahiran Myiesha saya telah dapat kerja ini. Harapnya dengan kelahiran Farris nanti saya akan dapat kerja yang lebih baik lagi.
I have no clue what is in for me next year, cuma saya berharap hanya kebahagiaan dan kegembiraan yang akan mengiringi keluarga kecil saya ini. We have gone through a lot this year. Mett and I. Terlalu banyak sehingga rasanya tidak terjangkau dek akal ini kalau memikirkannya. We have sacrificed a lot. Kesabaran kami telah diuji hingga ke tahap yang tertinggi. We have not managed to settle all of them, but Alhamdulillah we have managed to settle at least part of them. Perjalanan hidup perkahwinan kami adalah sangat merangkak, but we are trying very hard to start running and flying every single day. Marriage is not as happy and loving as we always imagine before we get married. Marriage adalah sesuatu yang sangat complicated. Yang sangat rumit. Yang sangat mencabar sebenarnya. Everyday is a challenge. I see this year as the most challenging one.
Dugaan dalam perkahwinan ini boleh datang bila-bila masa sahaja dalam sesebuah perkahwinan itu. And guess ours comes way early. But whatever it is, Alhamdulillah, I am always grateful. Datanglah dugaan itu tatkala di hati kami masih bersarang cinta yang kuat. Tatkala jiwa kami masih memiliki kesabaran yang tinggi. Tatkala kudrat kami masih ada untuk menyelesaikan kesemuanya sekarang ini. InsyaAllah akan kami lalui semuanya dengan penuh kegagahan. And I strongly believe, after all this rain and storm, there will be sunshine and rainbow for us later.
Saya selalu fikir begini setiap kali air mata tumpah berkoyan-koyan banyaknya sebab rasa tidak tertahan dengan dugaan. I always believe, every day that I am crying, akan membawa saya lebih dekat dengan kebahagiaan itu. I just need to be a little more patient, I just need to work a little more harder, and things will be OK very soon. Jangan sesekali rosakkan bad day itu dengan emosi dan kemarahan, then I will lose.
Before I end my final babbles for this year (rasanya macam sudah terlalu panjang sangat!) I would like to thank all my blog readers, silent readers and followers for making this blog your daily supplement. Terima kasih banyak-banyak. Thank you for all the support. Thank you for loving this blog. And thank you for hating this blog too. Haha. Sewaktu melangkah ke tahun 2011, rasanya followers blog ini hanya ada 80 lebih, tetapi sekarang sudah ada 368. Kalau dahulu my entries hardly receive comments, sekarang Alhamdulillah, setiap entry pun pasti ada comment yang selalu make my day. Terima kasih banyak-banyak. Tidak terbalas semua ini rasanya. I can still remember years ago sewaktu blog ini berada di zaman kesuraman, I always ask Maman. Kenapa blog saya tidak ada followers beribu-ribu macam orang lain. Apa yang silap pada blog saya. Should I change my style of writing. Should I create a revolution. What should I do, saya tidak tahu.
But Maman said, just be who I am. Just stick to my way of writing. Just write whatever I want, full of passion, sincerity, and honesty as always. And InsyaAllah akan ada orang yang suka membacanya nanti. And she is right. Blogging since 2006, daripada cerita entah apa-apa, daripada spelling entah macam mana, dan ayat tunggang terbalik, I have finally reach this stage. Alhamdulillah. Saya tahu perjalanan saya masih jauh. Belum tiba ke 500 followers, 1000 followers or 20000 followers macam blog lain yang best gila itu, but I do not mind at all. I write just to share my stories, dan kalau ada orang yang suka, it makes me very happy. I really owe my married life one for being the biggest contributor in making this blog a success. Rasanya segala dugaan dan cabaran yang dihadapi pada usia perkahwinan seawal ini membuatkan saya mampu menulis dengan lebih banyak to share. Cerita tentang cinta. Cerita tentang kasih sayang. Semua yang saya tulis adalah cerita benar semata-mata. Kalau bukan cerita tentang saya, ia adalah cerita tentang orang di sekeliling saya. I share these because I want everyone to lead a happy life. I just always want to say Don't Worry kepada sesiapa yang down gila menangis berkoyan-koyan kerana saya sudah melaluinya.
I really hope next year will be a great year for all of us, tidak kiralah dari segi cinta dan kasih sayang, career, or family. Semoga kita dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan yang datang dengan lebih baik dengan apa yang telah kita pelajari sepanjang tahun ini. Every year is a lesson, and every new year that comes is always full of hope. Cuma terpulang pada diri kita sendiri sahaja, bagaimana kita hendak merubah diri kita menjadi insan yang lebih baik. Sesungguhnya, Allah sendiri tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri, kan? So tepuk dada tanya selera. Jangan tepuk dada sampai pecah sudah. Hahaha.
Until we meet again in the next entry next year, terimalah salam sayang, salam rindu, salam manis daripada HJ dan juga semua warga kru hannahjohary.blogspot.com Ahahaha sudah macam TV program pula! Segala salah dan silap harap dapat dimaafi. Saya juga hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan. Take the opportunity of this long weekend to spend quality time with the family. Lupakan kerja buat seketika, and take time to relax. Nanti next year kerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat, OK! Target saya, maximum-kan OT. Dapatkan Attendance Allowance. Or better still, dapat kerja baru dengan gaji berganda-ganda. I desperately need it.
Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.


7 Comments:
Suka entri ini.
Saya first time jumpa blog ni time tgh nangis berkoyan-koyanlah pada satu hari yang indah around this year. Glad I found this...
Semoga tahun 2012 sukses utk Kak HJ.
HJ, sy terus sambut salam dr HJ.hehe.wish u luck HJ.sy sntiasa menantikan new post dr HJ.
lots of luv- #ur fans
moga tahun baru ni beri sinar pada HJ and family..ur career..org yg diduga itu amatlah disayangiNya..cekalkan hati k?semua yg terjadi kat kite ada hikmahnya..sy pun bnyk belajar dr blog ni..naikkan semangat sy dalam menjalankan tanggungjawab as a wife..a mother.and yg pasti sebagai seorg anak kepada ibu yg sedang dimamah usia..dan seorg pkerja..to u Hannah..kuatkan semangat dan jgn berhenti menulis!!
happy new year HJ.. semoga tahun baru memberi lebih kebahagiaan kepada HJ sekeluarga ye..
hi HJ, i pun pernah attend anak mengigau dari 12am sampai 4am. biasanya alin akan dudukkan dia terus. pastu terkebil2 dia bukak mata. memang kesian tp kalau tak, ntah bila nk stop. but bila ngigau lg, akhirnya alin diamkan diri, lama2 dia tido sendiri. we both are expecting d new one next year so i hope both of us will have a fruitfull year in 2012.
I'm suggesting Modu...Lebih kurang sama besar dgn freestyle, but much more cheaper and double pumping.... Cuma bukan battery operated la. Really hope that HJ could breasfeed Farris :)...... InsyaAllah.... Tapi kalau x berjaya, x mengapa... Anyway, wish you all the best his 2012....
wlu pun saya umur 17 tahun.tp sy lebih enjoy bca blog HJ drpda blog gadis2 muda yg tgh kejar glam.HJ menulis dgn hati.i want to grow up dgn HJ's blog.go kak HJ!!
Post a Comment