Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, November 22, 2011

Cara Kekalkan Kemesraan Dalam Perkahwinan

Good morning everyone! Happy Tuesday! :D


First of all, lots of apology to this very special anonymous kerana lambat tuliskan entry ini. I have one request yang telah diminta pada pagi Jumaat yang lepas, but had been very, very busy throughout last week and the weekend. Semalam pun. So I wake up at 3.30am today just to write this for you. Hope ada idea pagi-pagi ini dalam kengantukan mata. Hehe.


OK, so this is the request.


Hi HJ! Nak request topic kat blog boleh? Topic 'Macam mana nak kekalkan kemesraan seperti baru lepas kahwin and macam mana nak fikir positif selalu'.


Such an interesting topic. Thank you! Rasanya ramai juga yang ada persoalan begini, kan. Having to be married for years, ada anak, ada rumahtangga, ada pelbagai masalah untuk diselesaikan, membuatkan ada masanya hidup terasa hambar. Kalau dahulu setiap kali dating, setiap kali jumpa rasa teruja. Kini setiap hari jumpa, boleh tidur sama-sama tidak ada orang marah pun terasa hambar.


Kenapa?


Before I elaborate further, I would like to tell a story about a youngster who was in love. Namanya pun HJ, but 7 years ago. Hehe. Back in 2004. I was 20 years old then. In college. And madly in love with Mett. Tanya sahaja kawan-kawan sekolah, kawan-kawan college dan kawan-kawan mana pun yang mengenali kami. Semua orang sedia maklum the love birds adalah Hannah dan Mett. Di mana ada Hannah, di situ ada Mett. Kami seperti belangkas, nothing could separate us.


At that time we were busy with classes and studies, tetapi ia tidak pernah menghalang kami bertemu every weekend. We go out almost every weekend. Setiap minggu pasti ada alasan yang diberikan kepada Daddy untuk keluar bertemu Mett. Ada movie baru release di cinema, mesti tengok. Or hendak beli baju baru. Or lecturer suruh beli buku. Or sandal favorite sudah putus. Ada sahaja alasan untuk keluar ke mall. Padahal motive utamanya adalah untuk pergi dating. :P


And every dating day was always a special day for me. I will wake up early. Mandi wangi-wangi. Iron baju licin-licin. Make up cantik-cantik.


Kalau dia lambat, tunggu lama sedikit pun tidak apa.


Kalau ada yang tidak kena, hendak merajuk lama sedikit pun terasa sayang.


Sepanjang waktu dating itu semuanya indah. Makan sama-sama. Tengok movie. Jalan-jalan. Dunia bagaikan ana yang punya!


Sampai waktu petang, balik rumah. Belum 5 minit sampai rumah, sudah ada text message masuk. I miss you lah. Auww! Terus hempas badan ke katil. Call dia. Gayut-gayut-gayut like there is no tomorrow. Padahal baru sahaja spend 8 hours or so bersama-sama. Itupun rasa tidak puas-puas.


Indah gila, kan? That is my dating story.


Dan begitulah seterusnya. Setiap minggu pasti akan tunggu hari Sabtu tiba. Pasti akan tunggu waktu untuk diluangkan bersama. Penat dating, rasa macam, Kan best kalau kahwin! Tidak perlu lagi tunggu Saturday datang. Tidak perlu lagi kasi reason macam-macam pada Daddy untuk keluar.


Tetapi selepas berkahwin, kenapa rasanya tidak se-best dating? Padahal boleh jumpa setiap hari. Boleh duduk serumah. Boleh makan sepinggan. Boleh tidur sebantal. Tidak ada sesiapa pun hendak marah. Dapat pahala lagi ada!


But guess life as a wife tidak seindah mimpi. Mungkin kerana commitments. Mungkin kerana dugaan berkahwin. Mungkin kerana macam-macam masalah yang dihadapi selepas berkahwin. Married life tidaklah selamanya indah. Macam hidup biasa ada juga ups and downs nya. Ada masanya rasa best, ada masanya rasa tidak best. Bukanlah saya hendak kata married life adalah tidak best, cumanya hidup lebih kepada realiti. Time dating dahulunya life bukannya 24/7 dikongsikan bersama. Only part of it. Apabila rasa susah, rasa sukar, rasa sedih, it only comes for a while. Nanti apabila habis dating, pulang ke rumah family, masalah itu sedikit sebanyak hilang.


Now that we are married, like it or not, harus hadapinya. Ada masalah besar macam mana pun harus selesaikannya. Marah macam mana pun pada pasangan, harus hadapinya. That is why I said, hidup lebih kepada realiti. Tidak suka macam mana pun, have to work it out sampai menjadi. Kalau time dating dahulu, tidak suka, marah, kecewa, senang sahaja lepaskan. Break off. Setahun dua. Kalau suka, kalau ada jodoh, nanti berbaik, boleh kahwin. Sekarang ini hendak buat apapun kena fikir pasal marriage, fikir pasal family, fikir pasal anak. Banyak yang kena fikir.


That is why marriage is only for adults. Youngsters yang sedang ber-dating itu, enjoy your dating life. Nanti apabila berkahwin, banyak sangat commitment yang menanti kamu. Please do not crack your head before the time comes. Enjoy life! :)


OK, berbalik kepada topik, I would have to admit, yes ada masanya life terasa hambar. Life terasa boring. Life terasa tidak best. Semuanya kerana realiti kehidupan itulah. So macam mana hendak jadikannya best? Macam mana hendak spice up kasi se-thrill zaman ber-dating dahulu?




Have a Special Day in a Week.


Kalau sewaktu ber-dating dahulu, walau setiap hari busy dengan classes and studies, sempat bergayut di telefon, ada masanya sempat curi time bertemu keluar makan. But the special day, of course lah pada hari Sabtu. Like I said earlier, hari Sabtu lah hari yang saya akan all out. Wear my best clothes and look my best to spend time with Mett. Jadi kalau boleh, dalam perkahwinan, adakan juga satu hari yang istimewa setiap minggu. A day that we look forward to. Sebab setiap hari sudah routine harian yang biasa. Pergi kerja, balik rumah, masak, layan anak, kemas rumah, tidur. Rasanya dalam seminggu itu kitalah yang paling selekeh. Kitalah yang paling penat. Kitalah yang paling jadi Superwoman or Supermom.


So make one special day when you prepare everything in advance. Contoh masak dan kemas segala one day before, or in advance, and spend time with your loved one. Rasanya kalau kita orang Melayu, we tend to choose malam Jumaat, kan? So make that day a special day yang mana kalau sudah lama tidak mandi sama-sama, take time to spend time together in the bathtub. Kalau rasanya sudah banyak hari asyik terlajak terbongkang di hadapan TV, take time to dress up and make that a special night. Kalau rasanya sudah banyak hari asyik monyok moody di hadapan husband kerana penat dan terasa selekeh dengan segala kerja rumah, make that day hari yang anda paling energetic dan active.


Create a good mood. Release good aura. Love more. Hug more. Kiss more. Kalau dapat make a point to hug and kiss each other every single day adalah lebih baik. Like 5 minutes before leaving from home to work every morning. Macam pernah dengar orang bilang boleh panjangkan hayat, kan? I do this every morning. Sudah siap pakai cantik-cantik, sebelum keluar pintu rumah, peluk dan cium suami sebelum pergi kerja. Sempat pula gurau-gurau manja. Feel good sangat-sangat! Rasa happy, rasa best, rasa seronok. Monday blues pun hilang, percayalah! :D


Time itu haruslah Myiesha merengek jealous. Then peluk cium Myiesha pula yang berbau masam belum mandi, rambut kusut toing-toing. Lagilah rasa heaven. Starting the day with this heavenly feeling really helps in making your day. Apalah lagi yang lebih indah daripada bangun pagi, solat Subuh dan selepas itu berpelukan pula dengan insan-insan yang paling disayangi di dunia ini.


Ia merupakan nikmat kurniaan Allah yang sangat tidak ada tandingannya!


Then selepas itu mulalah anda akan baca tweet saya tentang betapa saya rindu suami dan anak saya walau setiap hari berjumpa. Entah kenapa semakin selalu berkasih sayang, semakin rindu jadinya. Addictive, kot? Hehe.




Remember Those Special Days.


After getting married, during tough times, I like to be alone in the room and open up my secret box. Saya rasa semua orang pun mesti ada kotak ini, kan? Kotak yang jarang dibuka, atasnya penuh berhabuk, tersorok entah di dalam almari, ceruk mana, atau bawah katil, yang hanya dibuka kadang-kadang. Apa isinya? Walau sangat jarang dibuka, especially now, isinya tetap berharga. Because it contains memories that can never be forgotten, sehingga ke akhir hayat.


It contains love letters sewaktu bercinta dahulu. Old photos. Cards. Saya ada macam-macam cards, OK. Mett bukanlah seorang yang romantik, tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh ada Valentine's Day cards, Birthday cards, Good Luck cards during exams. Kad raya setiap tahun sejak kami berkawan in year 1999 pun ada, tahu! Auw! Comel gila tengok writing dia, tengok apa dia tulis. Time itu tulis pun entah apa-apa sahaja topiknya. Walau setiap hari bertemu pun, dalam kad tetap hendak tulis, Hai, apa khabar? Diharap awak sentiasa sihat-sihat hendaknya.


Pengaruh ajaran guru Bahasa Melayu sangat kuat kot, pada waktu itu. Hehehe.


This secret box always cure my broken heart. Walau betapa sukarnya keadaan pada waktu itu, walau betapa saya emosi, kotak ini selalu menyedarkan saya betapa kami telah melalui terlalu banyak saat yang mengembirakan. Terlalu banyak waktu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Daripada waktu cinta terhalang sewaktu zaman remaja, sampailah ke perkara-perkara yang lebih serious sewaktu bertunang, berkahwin dan kini beranak-pinak, kami telah berjaya mengharunginya. It has been more than 10 years now. More than 10 years berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kalau selama ini kami dapat mengharunginya, why not now?


Surat, kad, dan gambar-gambar bersama ini selalu mengingatkan saya that this is the guy yang terlalu mencintai saya sejak 10 tahun lalu, dan inilah juga lelaki yang telah ditakdirkan sebagai suami saya pada waktu ini. Seharusnya saya mensyukuri segala nikmat yang ada, segala anugerah Allah ini. Bukan semua orang dapat bercinta lama-lama dan berkahwin dengan high-school sweetheart. Then dikurniakan pula anak-anak yang comel-comel begini. I should be more grateful. Hidup ini memang penuh dengan cabaran, tetapi rasanya kalau kita luangkan lebih banyak masa mensyukuri dan mengingati waktu-waktu yang indah, life will be more meaningful.


So when you are sad, when you are down, apabila hidup terasa hambar, apabila marriage terasa tidak best, apabila rutin terasa sangat boring, bukalah kembali secret box anda and remind yourself how much happy times that both of you have gone through together. Tonton kembali CD nikah anda and ask yourself betapa gembiranya anda pada waktu itu. I always laugh myself apabila tengok balik CD nikah. Apabila tengok balik gambar-gambar tunang. Apabila baca balik setiap entry di column All Time Favorites! di sidebar blog ini. Sesungguhnya hidup ini sangat dipenuhi dengan perkara-perkara yang mengembirakan.


Jangan biarkan satu perkara yang tidak best itu menutup mata anda terhadap banyaknya perkara best yang berlaku dalam hidup anda sebelum itu. Jadilah manusia yang bersyukur.




Remember the Good Things He Does.


Sebelum saya berkahwin, orang selalu bilang, selepas berkahwin barulah kita kenal suami kita. No matter how long we know him. No matter how deep we know him. Kenapa? Sebab berapa lamalah sangat time yang kita spend together sewaktu ber-dating. It is obviously different than living together. Spending time together is like 8-15 hours a day? But living together is being with him 24 hours a day. 7 days a week. 31 days a month. 365 days a year. For 10 years. 20 years. Sampai mati!


And it is true. Having to know Mett for many, many years, first month berkahwin dengannya pun terasa seperti culture shock! Hahaha!


Dan benar juga, apabila berkahwin barulah kita kenal suami kita. Baru kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka. Apa perangai sebenar dia. Dan suami kita pun baru kenal kita. It is like a whole new orientation session altogether. Sesi suai kenal. Selama ini memang belum kenal.


And one thing yang hanya akan diketahui selepas berkahwin adalah adakah pasangan kita seorang yang boleh diharap atau tidak.


Sebab itu anda pernah dengar cerita tentang couples sebelum kahwin bukan main berambil berhantar. Selepas kahwin, pergi balik kerja sendiri naik bas. Ohh terasa sendiri pula! Kahkahkah! Or sebelum berkahwin rajin kasi bunga, rajin buat handmade cards, rajin this and that, selepas berkahwin semuanya hilang!


Orang tua-tua selalu bilang, Yelah, belum dapat! Cuba kalau sudah dapat.


As for me, I believe that dating life adalah sangat fake. Apabila sudah berkahwin, when you discover yang dia sebenarnya tidak willing untuk berbuat semua itu, itulah perangai dia yang sebenar, yang anda kena hadap sampai bila-bila.


Sounds scary? No lah, it is not that scary. Like I said before, married life is more to commitment. So anggap sahajalah itu saat-saat indah sewaktu bercinta yang hanya mampu disimpan sebagai kenangan terindah dalam lipatan hati. Simpankan sahaja dalam secret box anda untuk tatapan pada waktu-waktu air mata mencurah seperti air terjun. Cewah, puitis sungguh ayat HJ pada pagi-pagi buta ini. Hehehe.


BUT. There is a big BUT here. Jangan lupa. Pengorbanan seorang suami selepas berkahwin adalah tersangatlah besar, tidak ada tandingannya kalau hendak dibandingkan dengan segala handmade cards daripada recycled paper yang selalu membuatkan anda terharu itu. Walau dalam perkahwinan ada masanya anda rasa tidak best sebab suami tinggi suara. Suami tidak share part menjaga anak. Suami seperti dingin dengan anda. Suami lebih pentingkan outdoor activities daripada anda. Suami macam tidak semesra waktu dating dahulu. Jangan cepat melatah. Atau dalam bahasa kita zaman sekarang, jangan cepat tersentap. Hahaha.


I would have to admit that I also always forget this part. Kita selalu fikir penat kita. Letih kita. Mengantuk kita. Mengamuk kita. Pemberontakan hati kita. Pendek kata, pengorbanan kita. Tetapi pernahkah kita ingat pengorbanan mereka?


Sometimes apabila saya duduk sendiri, or apabila Mett sudah tidur macam apabila saya tiba-tiba tersedar di pagi hari begini, saya selalu tatap muka dia and ask myself what has he done for me today. Sesungguhnya dalam menjadi suami, tanggungjawabnya adalah sangat berat. Starting from kepeningan kepalanya setiap hari memikirkan family expenses, sampailah ke perkara paling simple like sending me to the bus stop every morning or tolong saya jemur kain setiap kali saya keluar dari bathroom bawa baldi penuh kain lalu memeluknya dan bilang, Sayang, hadiah! Saya tidak boleh ambil mudah.


I have to realize hidupnya bukan selamanya dengan saya dan anak sahaja. Tidak lama lagi, anak-anak! Hehe. He also have siblings to take care of. Parents to take care of. Macam saya, saya berkahwin, saya ikut suami. Daddy is 100% in charge of Maman and my siblings. But as for Mett, tidak. Tanggungjawab masih tertanggung di atas bahunya sebagai anak sulung. Pendek kata, he has more things to think of. Apabila fikir tentang family, dia akan fikir pasal sambung belajar. Dia akan fikir pasal bekerja dengan baik. Tentang naik pangkat. Tentang naik gaji secepat mungkin. Setiap hari dia harus fikir macam mana hendak tingkatkan kualiti keluarga. Macam mana hendak selesaikan masalah yang ada.


As for me, ya saya penat. Saya letih balik kerja kejar bas, masak, layan Myiesha dan kemas rumah, but guess isu saya tidak sekritikal isu suami saya. Saya tidak perlu fikir tentang keperluan Maman. Saya tidak perlu fikir tentang keperluan adik beradik saya. Saya tidak perlu fikir tentang kerja, or naik gaji, or naik pangkat. Kerja bagi saya adalah seperti hobi. Go to work for fun. Most of the time rasa boring, hendak quit jadi housewife. HAHAHA.


That is why saya selalu cuba untuk tidak berkira part membuat kerja-kerja rumah atau menjaga anak. Or question kenapa dia sudah tidak boleh hantar dan ambil saya pergi balik kerja seperti waktu dating dahulu. Because I know he has done so much. Too much, actually. So kalau dia macam kurang melayan kerana terlalu penat bekerja, saya tidak mudah ambil hati. Malah rindu pula yang bertandang di hati. Rasanya those who follow saya via Twitter perasan perkara ini, kan. Asyik-asyik cerita rindu suami. Asyik-asyik rindu suami. Because he is always very busy lately. Balik penat. Tidur mati. Rasa rindu sangat, tahu!


Kalau orang yang tidak sedar akan sacrifice ini sudah tentu akan merungut suami dingin. Suami tidak layan. Suami marah-marah. Dahulu saya pun begitu. Rasa macam diabaikan. Tetapi semakin kita dewasa, kita semakin perlu cari masa untuk berfikir. Jangan terus melatah atau tersentap. Setiap perkara yang berlaku harus ada sebabnya. Dan kalau kita tahu sebabnya, kita tidak akan rasa benci atau marah. Sebaliknya kita akan semakin rasa cinta yang tidak terhingga.




Adore Love Birds.


In being the perfect couple, we always must have couples we adore. Macam sekarang ini pun banyak sangat role model out there. Macam Ustazah Siti Norbahyah and husband in Semanis Kurma. Or the all time favorite, Wardina and husband. Mereka ini sentiasa nampak sweet dan baik sahaja, kan?


As for me, if you ask, of course saya akan mengatakan couple yang paling saya adore is my parents. Ahahaha rasanya semua orang pun akan bilang benda yang sama, kan? :D But really, semakin saya membesar, semakin saya dewasa, apatah lagi apabila saya sudah berkahwin dan beranak ini, semakin saya rasa Maman dan Daddy adalah role model yang paling baik buat saya. Bagi saya, Maman adalah wanita yang paling penyabar. Paling baik. Paling patuh. Paling segala-galanya. And if you know Maman, you will realize that most of the traits I have comes from her. Cara saya cakap, cara saya gelak, tingkah laku saya sangat banyak dipengaruhi olehnya.


Guess inilah yang orang bilang, Ke mana tidak tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Cewah. Hehe.


But it is true. Saya tidak pernah nampak Maman dan Daddy bergaduh. Kalau ada benda yang Maman tidak puas hati sangat pun, dia akan diam sahaja. And let's say they are watching TV upstairs dan Daddy minta Maman ambilkan orange juice atau buatkan hot Milo or gorengkan cucur udang, Maman akan naik turun berulang kali tanpa jemu. Sangat patuh without saying a word. Kalau kita, haruslah pantas sahaja mulut ini bercakap, Nak apa-apa lagi tak? I malas nak naik turun dah ni! or worst still, You ada tangan dan kaki, kan? Pergilah buat sendiri. Kahkahkah.


But Maman tidak. Kalau A kata Daddy, A lah jadinya. Kalau B, B lah. Maman menurut sahaja. Sejak umur saya setahun, Maman adalah seorang housewife sampailah sekarang. And Daddy is the sole breadwinner. Seberapa mana Daddy works hard for the family, sedaya itu jugalah Maman sentiasa mencuba to make everything in the house to be perfect. Kemas rumah perfect. Iron baju perfect. Jaga anak-anak perfect. Setiap hari menjelang waktu Daddy pulang dari kerja, Maman tidak pernah gagal untuk mandi wangi-wangi, berpakaian kemas dan panaskan lauk untuk Daddy makan. Rasanya sepanjang perkahwinan mereka, Daddy tidak pernah makan lauk yang tidak dipanaskan.


Dan tidak pernah sekalipun saya dengar Maman membebel kerana Daddy tidak mahu share part jaga anak. Membebel pun tidak pernah, kot. Daddy pun tidak pernah tukarkan diapers kami adik beradik or mandikan kami. Semuanya Maman buat sendiri. Bersalin c-sect anak empat-empat orang pun semuanya dibuat sendiri.


Tengokkan Maman yang tidak pernah membebel, tidak pernah melatah, dan tidak pernah tinggi suara, sedikit sebanyak selalu memotivasikan saya untuk menjadi isteri yang terbaik juga. Guess it contributes a lot in a happy marriage. Sekarang ini minda kita terlalu banyak disogokkan dengan mentaliti human rights dan equal rights. Guess it is time for us to get back to the conservative way of thinking. Isteri tetap akan menjadi isteri dan suami akan tetap menjadi suami. Walau apa sekalipun yang terjadi, selagi tidak melanggar hukum Allah, isteri wajib patuh. Dan suamilah yang mengemudikan pelayaran sesebuah rumahtangga. After all, syurga adalah di telapak kaki suami. Dan kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kita juga, kan?


So let us follow the example of the love birds dan jadi couple yang paling best sekali. :D




**




Sedar tidak sedar, panjang juga tulis walau hanya ada 4 tips. I still have many more to share, but no worries, akan disambungkan lagi pada lain kali kalau ada idea. Hope Ms. Anonymous kali ini berpuas hati dengan entry ini and hope this helps dalam mengekalkan kemesraan dalam perkahwinan. I myself pun baru berkahwin, terlalu banyak yang perlu dipelajari, hope those yang sudah lebih senior dapat drop comment and share your tips juga!


In short, to be a wife dan kekalkan kemesraan is never easy. It needs hard work from both parties. Tetapi kalau suami terlupa, it is always great if we are the ones to start this first. After all, kita perempuan yang selalunya lebih creative dan happening, kan? Hehe. So make today the first day of the happiest day of your life with your loved ones dan jadikan setiap hari pun hari yang sama gembira.


To end this entry, I would like to share the last sentence of an email sent to me by Mett, on 29th December 1999. The starting of this whole lot of happiness.


This was what he wrote.


"... So saya nak tanya, adakah awak akan terima saya dalam hidup awak?"


Auw. This is no Cinta Muka Buku. But cinta email, kot?


Have a great day! :D

18 comments:

  1. Perkahwinan kena byk sabar.....

    ReplyDelete
  2. ahhh..rasa sejuk je bila baca entry hannah yang ni =)

    ReplyDelete
  3. lagi menambah rasa kebahagian dihati.ada betulnya gak kan fikir2 perkara yang menggembirakan kita yg pernah pasangan kita buat,lebih membuat kita redha & sabar dengan pasangan kita.tq hannah for a valuable sharing :))

    ReplyDelete
  4. Hannah.. thanx ye atas tips tu...

    perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah.. ermm

    baca entry ni buat rasa rindu kat hubby la pulak..hihihi

    ReplyDelete
  5. i suka sgt entry ni.

    teringat plak,before btunang dulu i pernah bg kad yg i buat sendiri tertulis 'abang! everyday i love u'.

    sampai skrg,kalau tiap kali buka almari baju dia mesti i senyum sorang2 sbb dia lekatkan kad tu pada pintu almari belah dalam utk ingatan dia everytime.sweetkan?..

    ReplyDelete
  6. tq HJ...gud info for me yg baru setahun jagung dalam alam perkhawinan.

    ReplyDelete
  7. sukanya entry ni..tp anah selau fail bab mandi wangi2 seblum suami balik, sbb nanti anak ketuk pintu bilik air smbil nangis2.. kn tunggu suami balikdulu baru mandi =)

    ReplyDelete
  8. satu peringatan yang baik buat diri sendiri... tepuk2 buat HJ! =)

    kadang2 selalu lupa..

    kami takat ni PJJ lagi.. so bila jumpa weekends mesti cuba optimizekan masa yang ada. tapi kadang2 tergaduh juga. ya laa.. macam yang HJ ckp tu bila suami takmo ambik part kongsi jaga anak tu...kadang-kadang panas juga hati. dengan penat mengemas lagi. penat memasak lagi.. penat bekerja lagi...

    semalam saya teringat balik susah payah suami jaga masa pregnant dulu bila tengok balik gambar-gambar lama. tiba-tiba sedih sangat sampai mengalir air mata.
    yes! we must have something to remind us each and every day.
    balik kerja nanti nak kumpul balik semua memory keepsakes dalam satu kotak. because i don't have that kind of kotak yet...

    thanks HJ!

    ReplyDelete
  9. OMG.. sis ni memang a good writer tau. tq for the tips sis. harap saya pun boleh apply bila dah kawen nanti.

    ReplyDelete
  10. bgus la HJ sbb sudi sharing..HJ penulis yg baik la..suka sgt bc entry HJ..thanks HJ.. :D

    ReplyDelete
  11. Marriage life memang mencabar especially untuk long distance marriage macam saya,husband di Malaysia,saya di luar negara.Badan tidak penat menguruskan rumahtangga,tapi harus berperang dengan emosi terutama dalam hal mempercayai pasangan.
    As long as kita ikhlas,percaya dan bertolak ansur,semuanya akan berjalan lancar;)Insyaallah.

    ReplyDelete
  12. terima kasih, Hannah!

    ReplyDelete
  13. i like this entry!! nak copy paste simpan dalam laptop ;) persediaan untuk menghadapi BIG DAY :) thanks HJ ♥ ♥

    ReplyDelete
  14. thanks HJ! love all those tips!

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!