Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Monday, September 19, 2011

My First Checkup, Ell's Open House, and Kechik's Wedding

Hi everyone! How was your long 3-days weekend? Mine was just great. It was filled with open houses and weddings to attend, and also lotsa rest! :D Alhamdulillah.

Let me start with Thursday. I took leave last Thursday. I went for my first pregnancy checkup at Klinik Ibu dan Anak, Kuchai Entrepreneurs Park. Perasaan saya? Sangat excited, of course! After so long, here I am again. Timbang berat badan. Check air kencing. Check darah. Check blood pressure. And I am enjoying each and every moment of it.

I was being treated kindly throughout my check up daripada register sampailah ke final consultation. Mereka semua baik-baik belaka walaupun saya sudah datang tersalah hari. Danggg. Hahaha. Malu, ok. Sepatutnya pregnancy checkups adalah pada hari Selasa dan Rabu. Isnin dan Khamis adalah untuk kanak-kanak. Tetapi saya datang pada hari Khamis pula. Ikut suka sahaja. Haha. But again, the nurses were all very nice and kind. I was surprised.

Selalunya kalau sudah tersalah, mesti sudah kena jegil biji mata dan tempelak, kan. But no, mereka sangat baik. I am so lucky. The government service has improved so much nowadays.

  • Current Weight: 45.5 kg
  • Blood Pressure: 120/75

I was a bit shocked when I weigh 45.5 kg at 13 weeks pregnant. Rasa macam, Eh ringannya! Because saya sudah menjadi mak orang dengan badan macam mak orang, kan. Before this pernah juga timbang, rasanya selalunya dalam 51 kg. Sejak beranakkan Myiesha tidak pernah turun balik sampai 45 kg iaitu berat sewaktu anak dara. So saya memang agak terkejut juga, but in the same time macam impressed, macam Eh I am slimmmmm!

Baru hendak slim sudah pregnant balik eh? Tidak mengapa, selepas ini kita slim betul-betul siap hendak shape balik, ok! :P



Buku merah Myiesha dan adik Myiesha.



So to celebrate ke-slim-an saya, saya telah mengenakan kebaya nyonya top and skinny jeans on Friday to Ell and KN's open house. Auww. Sejak beranakkan Myiesha tidak pernah lagi pakai kebaya. Asyik sarung kurung sahaja untuk cover badan yang sudah tidak semenggah. Rugi rugi rugi.

Sudah mengandung 3 bulan baru hendak berangan pakai kebaya balik. Ok merasalah kamu sekali ini, wahai Hannah. Selepas ini tunggu lagi 7 bulan baru sarung lagi.



Us!
Ell and Adrian.
Myiesha and I.
Fiza.
Fina and Anaqi.
Sue - she is expecting!

BFFs yang tidak jumpa selalu,
tetapi apabila jumpa, berbual tidak boleh stop!




Tuan rumah.



The guys!
KN, Mett, Quzal and Faizul.



Photos credit to Fina.



Sampai sahaja di rumah Ell dan KN di Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, we were welcomed with lotsa delicious food. Ada nasi impit. Ada rendang ayam. Ada kuah kacang. Ada cupcakes. Ada kuih raya. Ada soto ayam.

Ada begedil! Rasa macam sudah bertahun tidak makan begedil. Rindu!

Dan melihatkan makanan yang terhidang di atas meja makan, jantung saya berhenti berdetak. Ell boleh buat open house dan mampu masak makanan begini untuk kami. As for me? Aduh. Mett pula tiba-tiba bersemangat bilang kawan-kawan kami pula akan buat open house pada 25hb, InsyaAllah.

Aku hendak masak apa weh? Beli lemang dan rendang Pak Ali boleh? Order Pizza Hut? Buat French toast? Goreng hotdog, fries and nugget?

Dangggg.

Sebelum ini kawan-kawan ada juga tertanya-tanya. Bila hendak buat open house. Saya hanya jawab dengan senyuman. Saya akan buat open house apabila umur mencecah 40. Apabila sudah boleh masak macam-macam. Apabila sudah ada confidence. Buat masa sekarang belum ada orang lagi yang pernah merasa masakan saya kecuali Mett, Myiesha dan adik-adik ipar sekali sekala.

Hendak tahu sedap atau tidak? Cuba tanya Mett. Ada rasa makanan atau rasa tayar lori? HAHAHA.

Seriously I do not know how to cook, and this open house thingy is killing me!

Ok tidak mahu fikir pasal 25hb dahulu. Nanti kalau jadi, kamu tengok sahaja gambar, ok. Dan jangan berkecil hati saya tidak akan jemput kamu, kamu dan kamu because I am really not ready. Haha.

Ok, lets us skip to cerita Saturday.

On Saturday pula, kami bersama Lili dan Hafiz telah ke Lumut untuk meraikan perkahwinan one of our BFFs, Kechik and his wife Areen. Mengah juga Hafiz drove all the way to and back, adalah juga dalam 3 hours drive dari KL ke Lumut. But Mett insisted to attend sebab sewaktu kami berkahwin dahulu, Kechik attended both our receptions. Here in KL and also in JB. So this is the time kami meraikannya pula.

Mett tidak pernah lupa setiap kebaikan kawan-kawannya. Ini adalah salah satu sikapnya yang saya kagum.



The venue.



Since Lili and Hafiz were going as well, we decided to carpool. Save time, cost and energy! Kami bertolak dari KL pada jam 10 pagi dan tiba di Marina Island Jetty Presint, Lumut at approximately 1 pm. Dari car park itu sudah nampak 5 Arabian canopies dihiasi scallop berwarna kelabu, dengan pintu gerbang pink. Such a sweet combination! Sewaktu kami tiba, Kechik dan Areen sedang makan beradab. Kami pun teruslah layan diri makan beradab sekali.

Jauh perjalanan, lapar perut. Heheh.



The extremely yummy nasi minyak!



Myiesha tolong kupas kulit telur selepas makan.
:)




Since we were the only friends who came from KL, kami dilayan dengan begitu baik sekali oleh mempelai dan keluarga mereka. Sampaikan family photo pun Kechik's mother suruh join sekali. Memang best lah. It was a small reception with only approximately 300 guests. Memang sangat private and simple. I like! In my opinion, semakin sedikit bilangan jemputan, semakin banyak masa yang dapat diluangkan bersama. We took many photos with the bride and groom, all of them taken by their official photographer.

But the best thing about their wedding is that it was held by the seaside. My dream wedding, ok! It reminds me of Malique (Too Phat) and Melissa Maureen's private reception in Bali, Indonesia, years ago. Kalau boleh kahwin lagi sekali, saya mahu resepsi begini buat kali keduanya. :)

Sorry no photos of the bride and groom. Too excited taking photos of ourselves by the seaside. Ahaks!



The three of us by the seaside!
Uh, can I already say four? :D



With gorgeous Lili.



We left Lumut around 4 pm and reached KL around 7 plus. Terus ke rumah Naqi and Azreen for open house di Ampang. Sampai rumah jam 11 malam. Sudah 2 hari berturut-turut sampai rumah menjelang midnight. The day before lepak rumah Ell dan KN pun sampai 10 malam, sampai rumah 11 lebih juga.

Penat.

Was supposed to attend majlis cukur jambul dan tahlil, cum open house raya at Siti's home in Sentul on Sunday, tetapi tidak terlarat sudah. I really needed rest since Monday is a working day. Kalau saya keluar juga, confirm Monday saya akan ponteng kerja. Haha. This is the naked truth. So melepak rumahlah kami 3 beranak. It was fun actually, sesekali duduk rumah after the whole week kerja dan ke sana sini.

To be honest, I hate such hectic weekends. Yang apabila Monday tiba, akan rasa kepenatan yang amat sangat yang terasa malas hendak bekerja dan akan rasa moody sepanjang minggu.

Lepak duduk rumah cuddle up dengan Mett sambil tengok TV dan tengok Myiesha main pun sudah cukup menghiburkan.



Myiesha jadi Robocop.
HAHAHA.



In short, I had lotsa fun last weekend. And also ample rest. It was just the perfect weekend. How nice kalau setiap minggu pun ada 3 working days and 4 off days, kan. I will be a more motivated person, kot. Hehe.

5 comments:

  1. jelesnye u being pregnant and berat 45kg je? i yg tak pregnant pun berat is 48kg. duh.

    ReplyDelete
  2. ok ...
    Lumut 3 jam SAHAJA? wah speednya. guna jln mana hana? that day ke lumut, rasa exhausted gile. inikan pula balik hari ... hebat...

    ReplyDelete
  3. hey HJ,
    rupanya u kecil saja orangnya kan. 45kg. eh dats my ultimate/dream weight. haha.

    ReplyDelete
  4. u know what? actlly, sy kenal dgn kecik ngn lili tu.sbb kami sama2 belajar di politeknik S.alam. Kbtln kami berkwn dgn kwn org yg sama. Sbb itula kami kenal...tp rasanya lili x mengenali sy kot. x sangka rupanya HJ berkwn dgn mereka...kecil je dunia ni kan?

    ReplyDelete
  5. hannah.. nurul nak dtg 25 hb tu blh ke?? (dgn muka tak tahu malu))...haha...lawak jer hannah bab masak tu...hehe... nurul pun sama jgk... msk klu utk hubby ngan anak tu blh ler... pastu untuk family yg bertuah dpt rasa nurul msk... haha...really need to improve my cooking skill supaya variety mskn tu kan.. nsib lah hubby pasrah saja...mkn saja dgn rela hati ape bininya masak... bak kata pepatah air tangan isteri itu lebih bermaknakan walaupun tak sesdp mana... cewahhh...

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!