Hannah Johary. 30. Kuala Lumpur.

Twitter | Facebook | Instagram

Tuesday, September 27, 2011

Cara Menghilangkan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Suami

This entry is written for ELLI. Sorry ya, ELLI, I take so long to get this done for you. The truth is, lately tersangatlah busy dengan macam-macam. As a result, ia sudah tersadai di dalam draft berhari lamanya.

Jangan marah, ya.

This is ELLI's request.


hi hj. if u tak puas hati ngan ur husband ..what would u do to make him understand wut ur feeling?


Wow. Ini adalah request topic yang sangat mencabar. Kerana ia melibatkan suami dan perasaan tidak puas hati. To be honest, even I myself masih terkial part ini. Masih belajar bagaimana hendak sesuaikan diri. 2 years plus mendirikan rumah tangga adalah sangat baru. Kalau saya tanya pada Maman bila semua ini akan berakhir. Bila akan betul-betul serasi. Bila baru akan betul-betul faham antara suami dan isteri. Bila akan rasa stabil. Bila tidak akan bergaduh lagi. Bila akan boleh give and take. Bila akan rasa adil. Bila akan hilang semua rasa tidak puas hati ini?

Dia akan jawab, After 20 years.

Dangggg. Rasa macam hendak hantuk kepala pada dinding. Hahaha.

First of all let us go to the cause of this. Apakah yang menerbitkan rasa tidak puas hati?

First and foremost, we have to understand one thing. Perkahwinan adalah penyatuan dua insan. Uniting two complete strangers, yang dibuai perasaan cinta. Why do I say two complete strangers? Sebab kita dan pasangan kita datang daripada keluarga yang berbeza. Environment yang berbeza. Surrounding yang berbeza. Cara dibesarkan yang berbeza. Pegangan yang berbeza. Dan kepercayaan yang berbeza.

Everything is completely different. And after 25 years of living your life your way, tiba-tiba anda hidup bersama orang yang lain caranya, lain pegangannya, dan lain kepercayaannya. Some people say these differences will bring you together. But, these differences can also break you.

Rasa tidak puas hati dengan husband boleh datang dalam pelbagai cara, dan juga dalam banyak perkara. Kita balik kerja kena masak, kemas rumah segala, tengok husband sedap-sedap tengok TV boleh rasa tidak puas hati. On a Sunday morning kita bangun pagi mandikan anak, goreng nasi untuk breakfast, cuci kain jemur kain, tengok suami sedap-sedap bangun jam 12 tengah hari ketika mentari terik di atas kepala boleh rasa tidak puas hati. Raya di rumah mertua 5 hari, raya di rumah sendiri 1 hari pun boleh rasa tidak puas hati.

Hehe.

So macam mana hendak overcome rasa tidak puas hati ini? I have 2 ways. Cara pertama: Memberontak. Memberontak habis-habisan cari keadilan. Merajuk. Mogok. Menangis. Buatlah semuanya untuk mendapat apa yang anda mahukan.

Cara kedua: Redha. Redha dengan seikhlas-ikhlasnya atas nama cinta sampai tidak ada lagi walau sekelumit rasa tidak puas hati dan dendam di dalam hati. Cewah. Boleh kah?

In my marriage, I take the second approach. Oh, for the first few months memang saya ambil the first approach. Semua benda pun hendak marah. Semua benda pun hendak memberontak. Semua benda pun hendak persoalkan.

Oh kalau I masak, you buat apa?

Oh kalau setiap bulan I asyik kena cover you financially, bila you nak cover I pula?

Oh kalau you balik kerja penat, then I ni you ingat tidak penatlah eh?

Contohnya lah.

Semua benda pun hendak berkira. Semua benda pun hendak tidak puas hati. Setiap benda yang dibuat, diharapkan balasan yang setimpalnya. Kalau kita sudah balik kerja, masak, makan segala, habis sahaja cuci pinggan tengok dia sudah tertidur, tiba-tiba rasa tidak adil. Rasa macam kita sudah all out, tetapi dia tidak tegur kita malah tanya khabar pun tidak. Apatah lagi datang peluk tanya, Sayang penat? Mari Abang urutkan bahu. Auww indahnya. Dalam series Nora Elena sahaja kot yang ada lelaki macam ini. :P

So apabila setiap hari ada sahaja benda yang berkira. Ada sahaja benda yang tidak puas hati, layanan pun menjadi semakin tidak baik. Semakin kurang senyum pada suami. Semakin kurang bercakap dengan suami. Apabila suami bertanya itu ini, jawab pun macam hendak tidak hendak. Kononnya mahu merajuk dengan suami, biar dia faham apa yang terjadi semalam / kelmarin / minggu lepas itu adalah sangat tidak disukai. But take note, lelaki sangat susah faham. Auww cakaplah panjang menjela disertai dengan hadith dan ayat Al-Quran macam dalam series Tahajjud Cinta pun belum tentu mereka akan faham. Silap-silap dia menjawab balik dengan kita, buat sakit hati kita sahaja. Because to them, they already did everything. Pergi kerja cari rezeki untuk keluarga. Sediakan makan pakai. Yang lain, tertidur itu standard lah. Bagi mereka, it is a small matter. Tetapi tidak bagi kita, mungkin.

I went through this. Berhari, berminggu, cuba bermogok. Bermasam muka. Semua tidak kena. Tetapi apabila sampai satu tahap, saya duduk berfikir sendiri. Why am I making things worse? Why am I making things difficult? Apa salahnya kalau saya jadi orang yang bersyukur dengan apa yang ada. Apa salahnya kalau saya buat semuanya dengan ikhlas walau tidak mendapat balasan yang diharapkan. Apa salahnya kalau saya all out untuk suami dan anak saya. Mereka adalah keluarga saya. If I do not get anything back now, I will get it later. Paling rewarding, di akhiratlah! Saya tidak akan rugi apa-apa. Saya tidak akan rugi 1 sen pun kalau saya buat ini untuk keluarga saya.

Saya kembali bermuhasabah diri. Saya soal diri saya bertalu-talu. What was I looking for all this time? Seharusnya saya sebagai isteri cuba segalanya yang terbaik untuk keluarga, bukan memberontak begini. Seharusnya saya sebagai isteri ingat kembali apa niat saya untuk berkahwin. Untuk membina sebuah keluarga bahagia, dan mencari keredhaan Allah dan suami, and not thinking about myself.

Saya bersyukur I only take months to realize this. Kalau tidak, entah berapa banyak dosa yang saya kena tanggung. T_T

Then after that I turned into a new leaf. Instead of thinking of what I will get, I always think what I can give. I give and give and give. Tetapi give di sini harus ikhlas, ya. Kalau tidak ikhlas nanti one day you will be tired of giving and you will ask for divorce. Ini kisah benar! I think if I do my best in everything, insyaAllah akan diberkati. And never doubt what your husband is doing for you. Walau sekecil mana, walau sesusah mana, walau sesulit mana keadaannya, jangan sesekali fikir he can do better. Sentiasalah bersangka baik. Saya selalu fikir, ok he has already done his best, tetapi keadaan masih macam ini, so it is time for me to do my best pula. To make a difference. Dalam rumahtangga, kalau hanya seorang yang berusaha pun tidak boleh. It takes two to tango.

So all out lah sampai keadaan berubah. And magically, it works! Rezeki semakin murah, keadaan semakin baik, hati pun semakin senang. Semua rasa tidak puas hati terhadap suami terhapus terus. Tetapi kuncinya, anda harus ikhlas dan sabar. Ikhlas kerana Allah Taala. Ikhlas kerana dambakan syurgaNya dan takutkan nerakaNya. InsyaAllah.

This is what I do now, dan saya sangat-sangat tenang menjalani kehidupan saya. No more grudges. No more dissatisfied feeling. Yang ada cuma lots of love, lots of hugs at night. Kalau dahulu saya masih terikat dengan kehidupan sewaktu single saya in some way, contoh kalau friends ajak keluar dan husband tidak kasi dan saya akan merajuk, now I just want to live life to the fullest. I am married. Di samping suamilah tempat saya. Dan di samping anak jugalah tempat saya. Saya tidak mahu keseronokan dunia itu semua lagi. I just want to please my husband, my family, and Allah. Dan hidup bahagia. Itu sahaja yang saya perlukan.

And guess what, baru-baru ini saya terjumpa article ini, and guess I am doing the right thing now. Alhamdulillah!

Apa yang saya belajar daripada pengalaman yang kecil ini adalah, apabila tidak puas hati dengan suami tentang apa perkara sekalipun, fikir tentang diri anda terlebih dahulu. Have you given your best? Perfect sangatkah anda untuk rasa tidak puas hati dengan dia? And remember every single good thing he has done for you. Biasalah, apabila kita marah, apabila kita tidak puas hati, semua perkara yang buruk sahaja yang kita nampak. Yang baik semuanya kita tidak nampak. From here sudah nampak sangat kita yang tidak adil terhadap dia, bukan dia yang tidak adil terhadap kita.

Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Belajarlah menerima si dia seadanya sebagaimana dia menerima kita seadanya. Kadang-kala kita ini terlebih banyak merungut, padahal kita seharusnya lebih banyak cuba untuk improve diri sendiri. Try to be a better person as each coming day and InsyaAllah things will be better for us too.

Again, sorry for the late entry, ya ELLI. Hope anda berpuas hati dengan entri ini! ;)

20 comments:

azie said...

suka sgt entry ini, kerana suami adalah pilihan kita sendiri..jadi kita harus terima kelebihan dan kekurangan yg ada pada dia, sama mcm dia terima kita...semahunya kita ikhlas..pada mulanya memang normal utk sedikit perbalahan kecil...semoga kita berjaya menjadi isteri yg berjaya di dunia dan akhirat ..amin

Nurul said...

Kita pun baru nak tanya awak topik ni.Sekarang ni kita bila tak puas hati dengan tunang kita diam.Sebab tak nak gaduh.Tapi sebenarnya dalam hati tak ikhlas.Haha.Harap2 lepas ni boleh la kita menjadi lebih ikhlas. =D

Nurhanisah said...

suka baca from the first line until the end! :) even tak kahwin lagi, ;p tp hidup skg pun masih banyak perkara yang harus disyukurkan daripada dirungut dan dibesar-besarkan :D hee!

ily♥ said...

salam..been reading ur blog recently. really like ur writing. nice topic. alhamdulillah, been practicing the same thing.
sometimes bile ade something yg buat tak puas hati n terfikir nak mogok, teringat balik bahawa Allah & para malaikat akan melaknat si isteri selagi mana si suami berkecil hati dengan isterinya. nauzubillah.

Zainur said...

Saya baru sethn kawin.. Apa yg hj cakap tu byk juga terkena batang hidung sendiri. Hehehe... Mujur juga dapat suami yang penyabar orangnya tapi lepas tu I fikir balik sebenarnya dalam diri I pun banyak perkara yang tak sempurna tapi suami menerima dan menyayangi saya sepenuhnya dan kenapa saya tidak boleh buat gitu. Memang betul bila time marah nampak yang buruk2 saja walhal seribu lagi baiknya kita lupa. Begitulah usaha setan dalam menghancurkan rumahtangga. Semoga dengan entry hj ni dapat membuka mata para isteri termasuklah saya yang masih sethn jagung lagi utk menjadi isteri yg solehah, penyejuk mata dan penawar hati. ameen...

ederq said...

insaf :p

Fahreen Fredo said...

HJ! Halamak i betul2 insaf baca entry ini. Yelah pagi tadi bermasam muke dengan hubster. Kes bangun pagi bad mood, semua orang kene. Kekeke

Tapi memang betul ape you cakap, mase dulu i suke memberontak, then lepas tu layan je la buat keje rumah semua, buat macam da dia tak leh nak tolong, ape nak buat. Buat je la ape yang mampu. N mase besday dapat besday card. Farid say "Terima kasih sebab banyak berkorban untuk family"

Auww terus rase tak penat da! Hahaha! Entry yang perlu semua oarng bace!

Yay! Kudos untuk you :)

Anonymous said...

HJ, sy nak kongsi smtng yang sy lalui. sy menghidap migrain sejak sy 10 thn till now, sy dh mnjangkau 28 thn. Kalau tgh migrain : Balik keje wajib mandi,basahkan rambut, betr relax kt bwh shower. Then, perut x boleh kosong. Kena mkn nasi dulu kalau xnk, minum milo+roti pun ok. then, baru mkn ubat trus tido.. Bantal tinggikan sikit. 3 step ni je kena jg kalau migrain. (basahkan rambut, makan dan tido/rehat) InsyaAllah bgn tido HJ akn rs sihat. Allah sj nak duga HJ sbb HJ seorg anak yg baik dan berhati mulia. :)

♥ dak pink said...

Like! *mcm kat fb lak.

Ingat ai sorang je yg ada problem gini, tapi ramai rupanya.

Apapun, tq hana sebab tulis tentang ni.

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

HJ.. sgt suke dgn entry ni... hmm...kamu sangat penyabar.. insaf..harap dpt jdkn kme contoh..amin..

Anonymous said...

hi hannah...thanks for the tips..ur helped alot..now i wanna be a better wife n person..thanks again

Nurul Adni Adnan said...

Sangat bagus perkongsian ni :)

Thanks, nanti saya link kan kat blog saya juga, boleh ya..?

puanungupunyecerita said...

like like like entry nie
walaupon bace bkn time mode bengkek ngn encik somi
its so touching n rite way for me..
thank HJ...
kite PJJ dgn en somi..
erm..mcm2 rase.x leh majuk lame2.hehe
mayB hikmah kalau dkt mode lg huru hara..kot.tp berusaha nak dok same
bile jln2 tgk parent jejln bwk anak
sgt le jelous..erm...
betol ckp u..bersyukr ape yg ade
insyallah manis nye kemudian nanti..
:D

SaRaH SaLiHaH said...

haha bd http://r74.ultraphotosend.com/b.php?z0g8d8f-Picture50.JPG

Anonymous said...

Saye pulak..berdendam dgn hubby for 4 years... saye sakit hati dgn die..saya tawar hati dengan die..sentiasa x puas hati... dah penat da nk menahan sabar.....

Ema said...

hmm...betul lah, ape yang tertulis btul2 sama dengan ape yg berlaku pada saya. ada je perkara yg x puas hati dlm diri nie. tapi bila pikir2 balik, hati sendiri yg sakit, hati sendiri yg luka, muka pun jadi kelat je manjang. Mmg tensen klu kita rasa kita sorg yg berpenah lelah tp husband sedap rilek je.
So setelah 2 tahun kawin baru i sampai ke tahap untuk slow down, x lagi memberontak, mula redha dan cuba ikhlaskan diri dalam apa yg kita buat utk keluarga.
Cara utk dapat keikhlasan adalah dengan buat tapi x harap balasan dr suami, tapi harap pahala dari Allah je. skrg dh tenang...

chokanatte said...

thanks atas ntry.mmg tgh bengang dgn en asben tapi x cakap apa2 sebab takut terkeluar kata2 yg saya akan kesal nanti. tgh ambik mood nak cool. betuiilaa kita xplain pjg lebar mmg dia takkan paham, siap kita yg terkena balik. plg best pun dia ngaku salah tapi dlm hati dia nampak sgt x ikhlas huwaaaa.

Anonymous said...

Apa yang tertulis dalam entry memang tepat. Saya marah suami tapi tak dapat nak buat apa2. Bila suami marah, cara dia keras dan kekadang mendatangkan kecederaan pada saya. Dia tidak bekerja cuma duduk rumah menjaga anak kami berumur 18 bulan.Saya menanggung keluarga kami dari mula berkahwin. Boleh kata selang 2-3 hari ada sahaja kesalahan saya ditegurnya kekadang terlalu kecil tapi suaranya keras. Saya tidak dapat menerima kerana caranya yang keras dan saya selalu bagitau dia bila saya marah saya tak boleh suara tinggi, cubit dia atau sebagainya. I'm suffering in silence. Saya selalu bertanya macam mana nak redha bila berhadapan suami begini yang tidak menghargai saya yang take over tanggungjawab dia menanggung keluarga. Tolong beri nasihat.

Anonymous said...

Entry ni sangat berguna dan menarik. Mmg betul isteri kena banyak sabar.... Nasihat saya pd yg bakal kawin.... Jgn anggap bakal suami akan berubah sebab kite, redho n terima dia seadanya masa kite kenal dia... Sebab saya berfikiran camtu, dan skrg dh kawin dekat 3 tahun, dh anak 1 tapi apa yg diinginkan pada suami utk jadi mcm kite nak tu masih xcapai.... Selama ni saya rasa diri sendiri mcm terlalu baik dan dia xsesuai utk kite, sy rasa dia fikir saya ni xsesuai utk dia. Yela sy ni bkn sporting sgt mcm dia, sy tgk dia hepi bila bersama kwn2, byk kwn pompuan, exgf pn bole jd bestfen. Bila dia marah, selamber je ckp benda kesat wlwpn sy buat kesalahan kecil... Bila dia ada masalah xkongsi dgn sy cuma tau marah2, alasannye sy xdpt tanggung n tolong selesai masalah dia. Banyak lagi la yg sy tak puas hati... Benda2 tu yg buat saya tawar hati dgn dia.... Sblm kawin lg sy dh tau, dan saya harap dia slow down, tp masih Sama.... Em saya banyak cool dh skrg tp hati xikhlas, cool sbb tawar hati.... Saya tau saya byk kelemahan, saya xpandai masak, saya xrajin, saya nak org yg boleh bimbing saya.... Wlwpn ilmu agama sy tinggi, tp saya jarang mengamalkannya.... Saya selalu fikir nak bpisah dgnnya.... Tp saya xnak myesal kemudian....yela kite kejar sesuatu yg xnmpk, yg ada pun xterjaga.... Tp entry ni byk mgajar utk bersabar n ikhlas.... Mungkin kite xboleh fikir sangat suami kite, ape yg penting kite kna berserah n patuh pada perintah Allah.... Yg penting ikhlas....insyaAllah kena kuatkan iman..... Tengah belajar perbetulkan keadaan wlwpun hanya diri saya yg ni berubah...pasal suami saya tu biar Allah yg buka hati dia....aamiin....

Anonymous said...

Apa nak buat kena redho je la.... Klw isteri ikhlas xpe. Tp klw suami langsung xtunaikan tanggungjawab dan mendatangkan kemudaratan pada isteri Dan keluarga, n isteri xredho n ikhlas boleh minta fasakh.... Minta nasihat ustaz dan pakar lain.... Berdoa n minta jalan terbaik.... Yg penting ikhlas nk dpt keredhoan Allah....walkahua'lam....sy pn banyak khilaf....huhu

Post a Comment

Hannah Johary loves reading comments!