Friday, June 10, 2011

Perihal Layan Suami Macam Pelacur Kelas Pertama & Pakai Baju Seksi untuk Puaskan Suami

I am actually sick of all the cerita-cerita merepek tentang isteri kena layan suami macam pelacur kelas pertama & pakai baju seksi untuk puaskan suami in Berita Harian. Sakit hati. Bengang. Marah. Segala. Siap keluar statement 'Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat.'

Siap jadi punca kerosakan masyarakat! Hahaha! WTH?

Keharmonian perkahwinan bukan hanya bergantung pada seks semata-mata. It is a combination of a lot of things. Antaranya love, respect & trust. Layanan yang baik sepanjang masa. Apa maknanya pakai baju sexy & layan suami macam pelacur kelas pertama di ranjang, tetapi kalau di luar cakap dengan suami pun hendak menjerit-jerit. Asal suami minta tolong asyik mengeluh. Panggil suami pun "Hey orang tua!"

Meaningless.

Apabila ada cinta, apabila ada rasa hormat, apabila ada kasih sayang dalam sesebuah perkahwinan, pakai kain batik ketika bersama pun tampak cantik. Tidak perlu berlagak macam pelacur kelas pertama pun anak sampai 15 orang. Lihat sahaja mak ayah kita, they do not have even La Senza back then! Semakin berumur, semakin gendut, tetapi hidup tetap bahagia. Tetap kekal hingga ke akhir hayat. Bahagia & gembira bersama melayari usia emas, melihat anak-anak membesar di hadapan mata.

Dalam melayari hidup ini, lebih-lebih dalam hal perkahwinan, saya suka tengok bagaimana cara ibu bapa kita melakukannya. Like Maman, Daddy balik kerja sampai rumah 5.30pm. Jam 5 Maman sudah siap mandi wangi-wangi. Panaskan lauk, cedokkan ke pinggan & hidangkan di meja makan menunggu Daddy balik. Daddy sampai sahaja di rumah, terus ke meja makan, makan bersama Maman, atau kalau Maman sudah makan dahulu, Maman akan duduk temankan Daddy sampai Daddy habis makan, sambil berbual-bual. Tidak pernah sekalipun saya lihat Daddy makan sendiri tanpa ditemani Maman.

Same goes to other things. Kalau hendak keluar pun, Daddy mesti ditemani Maman, walau sedekat 7-Eleven hendak membeli roti sebuku. Kalau hendak minta apa-apa, Daddy akan sebut 'Tolong'. Daddy panggil Maman dengan penuh lembut, & begitu juga dengan Maman, panggil Daddy dengan lembut. Tidak pernah sekalipun saya dengar Maman atau Daddy tinggi suara.

Maman bersama Daddy ketika senang & susah. Ada duit, pergi holiday. Tidak ada duit, duduk rumah diam-diam. Kami adik beradik tidak pernah nampak mereka bermasam muka, mungkin mereka terlalu bijak menyembunyikannya.

Daddy sangat cerewet orangnya. Masak tawar sedikit tidak mahu makan. Merajuk sampai berhari-hari. Gosok seluar kerja kalau ada double line mesti kena tegur. Tetapi Maman sangat penyabar. 28 tahun hidup dengan Daddy, semua kesabaran itu kini terbayar sudah. Daripada seorang yang cerewet, Maman bilang sekarang Daddy sudah lebih cool. Sangat sabar, ok. Bayangkan gadis berusia 20 tahun, kahwin dengan lelaki cerewet gila 16 tahun lebih tua, siapa yang tidak memberontak?

Kalau saya pun sudah lari kot, hidup single lebih stress-free. Hahaha.

Tetapi itulah kehidupan ibu bapa kita. Penuh dengan cinta. Rasa hormat. & kesabaran. & they live happily ever after! & tidak pernah pun yang saya tahu Maman ada baju sexy. Hahaha. Merepeklah.

It is the love that brings us together, holds us through thick & thin, & ensures that we will survive it until the end. Layan pasangan dengan penuh kelembutan, fahami mereka, & terima mereka seadanya, & insyaAllah they will appreciate us & tidak makan luar, macam apa yang ditulis di dalam artikel-artikel itu.

18 comments:

isma said...

yep for me couple dulu2 cth yang sangat terbaik.xperlu seksi2,tp kekal hingga akhir hayat.

respect each other,understanding n trust!

Nurul Aima Hj Kaim said...

orang dulu-dulu banyak makan hati..org sekarang bnyk ikut hati x tahan trus lari hu hu

MamafaraNzara said...

agree dengan Aima!

:)

org sekarang ikut kata hati dan nak lari je keje.. macam I. hahaha..

NoNita Imran said...

hai...nice entry..

@ MaMa ALyA @ said...

hye hannah... lama sangat tak blog walking member2 blog lain... ni tgh bermarathon baca entry2 u yang super best nie.. i likeee.... hehe..

nisamir said...

you are now officially my wedding mentor..huhuh...

aziyana said...

yg bercakp pula adlh Dr..sia2 dpt title Dr tu..tp xpndai guna bhsa...geram jugk sbnrnya..

+ Faizah Yazdad + said...

i like this 10000000x!
ntah cemane orang bole kuarkan stmt cetek akal cenggitu kan?

AkUiStInI3 said...

skrg ni sis hannah, org bnykkan nafsu dari banyakkan akal. sy pun suka ngan cara parents kita dlu2. cool jer, smpikan kita rasa x penah mak ayah kita gaduh kan? n x pernah nmpk "la senza" kat almari baju mak..hehehe

Dayu said...

itulah
sgt nonsense jre derang ni
merepek sgt terror
apa dia ingat seks ke segalanya..

merapu!!

Anonymous said...

muka doc yg buat stmt tu scary..rasa2 eh kalau dia pakai sexy suami dia ada nafsu ke?? kahkahakha..

Nariko said...

Dasat betul tajuk entri u ni.haha but i agree,there is so much more than sex.ur parents contoh terbaik.kn ?

Fadilah R. said...

i baca entry u dulu baru baca artikel kat b.harian tu.

mmg ikut logik mcm susah nak terima but dulu i pernah dgr sendiri ustazah from pejabat agama yg reveal psl menda ni. antara punca utama masalah rumah tangga adalah psl seks.

tak semua org berkahwin psl cinta. kalau cinta pun belum tentu cinta tu akan mekar selamanya. itu hakikat. zaman berubah, manusia pun makin berubah.

Anonymous said...

Yanz sgt suke tiz entry...sumpah...mmg btl.bkn sebab pakaian sexy or layman mcm placer 1st class.it's all about caring and loving each other.plus trust among couple.that all.tq

Fahreen_Fredo™ said...

laa tak perasan entry yang ini. iskk ketinggalan betul ah.

kredit ah kat akak. sebab ape yang akak cakap memang betul!

kelab isteri2 taat memang ahli2 nye terdesak sangat ke ape? entah ape ape

Hannah Johary said...

isma:

Betul, kan. Sangat respect couples dulu-dulu!


**


Nurul Aima Hj Karim:

Hahaha! Sebab tu orang dulu-dulu banyak yang kekal till the end kan?


**


MamafaraNzara:

Macam I pun! Tak dapat lari, terjun balcony. :P


**


NoNita Imran:

Thanks!

Hannah Johary said...

@ MaMa ALyA @:

Hehehe takpe baca slow-slow. How's life?


**


nisamir:

Wow. Thanks. I am honored. :)


**


aziyana:

Tu lah kita bukan tak faham maksud dia, cuma kita tak suka sebab penggunaan ayat tu kasar kan.


**


+ Faizah Yazdad +:

Haha I pun tak faham. Saja nak buat controversy kot. Kalau tak controversial, orang tak cari article tu! :P

Hannah Johary said...

AkUiStInI3:

Hahaha cannot agree more with your statement. Itulah yang I fikir time I tulis entry ni.


**


Dayu:

Kalau betul seks adalah segalanya marilah kasi kita maid & 1 almari penuh baju sexy seorang satu. Baru boleh keluar statement macam ni. Ye tak?


**


Anonymous:

Tak mau bayangkan! Hahaha!


**


Nariko:

Saja buat gempak. Hihi. Yup our parents are the best example. :D


**


Fadilah R.:

Fad, I seramlah baca comment you. Seriously. Ye ke? Then macam mana nak ada seks kalau tak ada cinta? Itu baru betul-betul macam pelacur. I pun tak rela.

The world is becoming crazier every single day! >.<


**


Anonymous:

Betul tu. Thank you. :D

P/S: Type pakai apa tu, semua spelling auto correct. Hehehe.


**


Fahreen_Fredo™:

Buat Kelab Isteri Horny kan bagus kalau topic asyik macam ni je. I pun nak join juga. Hehehe. :P