Hannah Johary. 32. Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

Tuesday, June 14, 2011

My Bridesmaid is Engaged!




Photos credit to Nurul's cousin.
Click HERE for more wonderful photos!




My childhood friend, Nurul Huda, got engaged to the love of her life last Saturday, 11th June 2011. It was a simple, but wonderful ceremony. Alhamdulillah semuanya sudah selamat, & guess I am the happiest person!

Dahulu apabila diri sendiri bertunang, diri sendiri terperuk di bilik, konon malu, sampailah dipanggil untuk upacara menyarung cincin. Sekarang hadir ke majlis tunang orang sebagai mak orang. So lebih best. Sebab pertama, sudah jadi mak orang so tidak perlu malu-malu. & sebab kedua, boleh duduk dengar perbincangan. Yeay! This is one of my first experiences, so agak excited lah juga. Hehe.

Nurul's uncle yang menjadi wakil pihak perempuan sangatlah kelakar orangnya. Full of sense of humor sampaikan saya asyik senyum lebar & tergelak-gelak. Wakil belah lelaki pun tidak kurang hebatnya, membuatkan kami semua tidak kering gusi. Ada berbalas pantun, ada berbincang-bincang & sempat pula ada advertisement sila alih kereta nombor plet bla bla yang menghalang lalulintas.

Hahaha.

Namun dalam geli hati itu, I was touched kerana dalam perbincangan yang pendek itu, Nurul is finally Izwan's fiancee. Adat Melayu sangat indah, kan. Dimulai dengan merisik, kemudian bertunang, kemudian upacara menyarung cincin. & hubungan boyfriend-girlfriend pun pantas menjadi tunangan. Nurul is gorgeous, hasil solekan Raja Feena Makeup Artist. Time Nurul disarungkan cincin & selepas itu bersalaman & peluk mak bapak itu memang saya sudah tidak dapat tahan air mata lah. Because I was there, saya sudah pernah dapat rasakan kemanisannya. & kini kawan baik saya juga sedang melaluinya.

I really feel so happy.

Berlalu sudah segala kenangan manis yang tetap utuh terpahat di dalam ingatan untuk selama-lamanya. 16 precious years yang tidak pernah kami & ibu bapa kami lupa.

We were neighbors back then. She lived opposite my home. We did almost everything together. Pergi sekolah. Balik sekolah. Pergi mengaji. Pergi jogging. Main basikal. Main longkang. Pergi Alpha Angle Wangsa Maju naik bas Len Seng. Tengok wayang.

Sejak kecil, rutin kami adalah pergi beli kuih di gerai goreng pisang setiap petang. & since we always had too many stories to share between us, setiap kali selepas beli kuih, kami akan sambung berbual di hadapan rumah sampai kuih sejuk di dalam plastik. Then either Nurul's mom or Maman akan menjerit begini: Oiiiiiii sejuklah kuih tu!

Then kami akan terkocoh-kocoh masuk rumah hantar kuih sebelum keluar kembali sambung berbual di hadapan rumah.

Nurul sentiasa bersama saya apabila saya berbohong pada makcik gerai goreng pisang yang kami ini adalah adik beradik. Apabila ditanya kenapa muka lain, kami bilang saya ikut muka mak, Nurul ikut muka ayah. Apabila ditanya kenapa selalu beli kuih asing-asing, kami bilang kami tidak suka berkongsi barang.

Nurul juga sentiasa bersama saya dalam semuanya. We share almost everything. Our secrets. Siapa boyfriend paling latest. Saya temankan dia pergi public phone telefon abang senior yang dia minat, & dia temankan saya pergi public phone telefon KRU Productions sebab hendak bercakap dengan Yusry. HAHAHA. Sangat gila. Sekarang ini apabila kami bercerita balik tentang apa yang kami buat dahulu, it is like a never-ending story.

I did not cry on my engagement day. I did not cry on my wedding. I did not cry when I deliver Myiesha. But I cried at Nurul's engagement. Because I am so very happy. Meskipun sejak sudah dewasa ini, kesibukan selalu mencemburui kami, but we are still as close as ever. Walau bertemu 6 bulan sekali atau 2 tahun sekali, setiap kali bertemu kami tidak pernah rasa kekok. & we can just chat for hours. Non-stop, ok!

Atas rasa yang sangat rapat ini, I always choose to make Nurul the most important person on my life's most important days. Dialah peneman saya sewaktu saya bertunang, & dia jugalah pengapit saya sewaktu saya berkahwin. I purposely wanted her to be there, to be with me, to share each & every memorable moment together. Sejak kecil kami sudah berkongsi segalanya. Stories. Secrets. & I never want to exclude her now.

But guess things can never be the same. I am truly sorry sebab datang lewat on your engagement day. You always arrived at my home as early as 8am on my important days, but I arrived only at 3 plus the other day, when the event was supposed to start at 4. Harapnya awak faham ya, Nurul. Apabila kita sudah berkahwin, sudah ada suami, sudah ada anak, priority semuanya kena diatur semula.

It does not mean you are now less important, only that like I said, things have changed.

Nanti apabila awak sudah kahwin, awak akan faham perkara ini. :)

Ok enough of stories. Let us enjoy the photos!


The door gift.
Yummy Gardenia chocolate muffins!




Suap Myiesha makan soto.


Tidak sempat jumpa tunang Nurul, Izwan.
But I think the guy wearing blue checked shirt beside her is the one.


Myiesha berjalan-jalan.
She just started to walk 3 weeks ago, at 1 year 4 months.


Myiesha si mata bulat!


With Nurul.




Myiesha with her Aunty Deehann.




Myiesha playing around with Tok.


Tok's favorite granddaughter.


Us!


Friends 'till the end!
I am not fat. The blouse made me look fat.
Ayat defensive gila. HAHA.



Our engagement ring!



So di sinilah berakhirnya kisah 16 tahun dahulu. & with Nurul embarking to a new life, di sini jugalah bermulanya sebuah kisah baru. Kisah kami bukan lagi sebagai budak-budak. Kisah kami bukan lagi sebagai anak dara sunti yang single & free. Tetapi kisah baru yang full of commitment, full of challenges, & full of more wonderful stories to share. & of course, lots of love too!

Semoga pertunangan Nurul berakhir ke jinjang pelamin, InsyaAllah!

Nurul, kita sayang awak!

11 comments:

  1. ishh, geram tngok mata bulat myeisha tu =)

    ReplyDelete
  2. such a beautiful friendship la sis..
    myeisha pon sangat adorable! have a good and nice life yer sis hannah :)

    ReplyDelete
  3. k.hanna, how you built a beautiful frenship yea..is rarely to have it that moment...

    & i love to read your blog is like my terapi minda...

    ReplyDelete
  4. Awak thanks for the entry!!
    Pagi2 dah buat kite nangis tau awak ni.Ahh tak tau nak comment ape terharu sangat dah ni.Actually kite pun nangis tau time awak tunang & nikah.Tapi kite cover cemerlang.Terror kan.Hehe.

    Takde hal la awak sampai pukul berapa pun.Kite faham.Yang penting awak datang.Kite pun kalau ikut hati nak awak jadi bridesmaid kite time tunang,nikah & sanding macam kite teman awak dulu tapi tulah keadaan tak mengizinkan kan.

    Ha betul lah yang tinggi2, kacak2 tu lah tunang kite.Haha.Takpe nanti bile2 kite jumpe ok.

    Rindu kan zaman dulu2.Zaman tiap2 hari jumpe tapi tiap2 hari jugak berbual macam dah 3 bulan tak jumpe.Haha.Tapi awak selalu dekat di hati kite. :')

    Kite pun sayang awak.
    Awak best friend kite & kakak kite sampai bile2 insyaAllah. :)

    p/s:yang gambar tu bukan dari OP kite.tu cousin kite.OP kite gambar tak siap lagi.hehe.takut kecik hati pulak OP kite yang comel tu nanti.hehe.

    ReplyDelete
  5. best tak Hannah since Myiesha dah pandai jalan? =D

    Myiesha sgt sweet dgn purple dress tuh. Dah macam big gurl lah!

    Hannah x pernah nampak gemok. Even when u're pregnant. Serious! =)

    ReplyDelete
  6. myiesha tetap setia dgn lolipop eh. mana2 majlis makan2 sure ada lolipop kt tgn hehehe.so bila majlis kawen nya ni?

    ReplyDelete
  7. btol tu. rindu saat nak berkahwin bagai..

    gosh, myiesha comel gilerr =)

    ReplyDelete
  8. ♥ dak pink:

    I pun geram! :D


    **


    LynN LoLa~~:

    Thanks. You too!


    **


    cik ain:

    Betul. Memang rare & priceless.
    Thanks for reading my blog. Really appreciate it! :)


    **


    Nurul:

    Comment awak pun buat kita nangis, ok! Hehe. Alhamdulillah semua dah selamat. Kita pun dah tukar credit kat photo tu to your cousin. Thanks.

    P/S: Nak kita jadi pengapit? Bukan anak dara je ke yang boleh jadi pengapit? Tapi Mett dah excited bila baca comment awak tu! Hehehe.


    **


    sharEna:

    Best sangat! Kita pula yang happy lebih.

    Kalau banding dengan kaum ibu mungkin tak gemuk sangat, tapi kalau sebelah anak dara, sangat ketara! Hahaha!


    **

    antalya:

    Tu lah, member I ni pun sengaja beli Chupa Chups sebab dia tau Myiesh suka, kan? Hihihi.

    Next year June / July insyaAllah.


    **


    xeea:

    Kan? I pun sukaaaaa!


    **


    afni+hafiz=dani:

    Itulah saat yang manis kan?

    Myiesha memang suka buat muka comel depan camera. Haha.

    ReplyDelete
  9. kak hannah, bab KRU tu mmg 100% setuju. haha. kita kena paksa dgn nurul main jadi KRU & Elite. Haha. Everytime we all sembang pasal ni, mesti ketawa. Haha. Mmg dia minat gila dgn Yusri tu. hahaha

    ReplyDelete
  10. masyaAllah, comelnyer miesya dgn mata bulatnya..
    hepi baca entry ni..satu persahabatan yang cukup indah.

    ReplyDelete

Hannah Johary loves reading comments!