Friday, March 16, 2012

2cm and Waiting

I receive this statement lately. On Twitter. On Facebook. On my blog. Where is Hannah Johary? Well, HJ sedang menikmati sedikit honeymoon at the moment. Ahaha. No lah, rehat. Resting from workload. Resting from naik turun bas. Resting from many things. Why?


Because baby says so. :)




Alkisah 13 March 2012.


Alkisahnya, dalam kegigihan dan kerajinan saya pergi kerja setiap hari, pada tanggal 13 March 2012 jam 5 petang saya rasa lain macam sangat-sangat. I was at work, doing my emails, taking calls and training a newbie to take over my job apabila saya mula Maternity Leave nanti. Entah macam mana since 5 petang itu saya rasa Braxton Hicks yang sudah mula singgah-singgah sejak a couple of days ago terasa semakin kerap. Semakin kerap that I timed myself. Rasa macam, Eh ada macam every 10 minutes sahaja! Walau tidak berapa sakit, tetapi kekerapan itu buat saya suspend. Suspend because it was 5pm on a working day dengan hujan lebat ribut petir di luar sana dan Federal Highway di hadapan office sudah mula start congested. Kalau betul saya sudah rasa hint hendak melahirkan, I do not have much time.


I was supposed to work until 7pm. Shift pada minggu ini adalah 9am - 7pm. Tetapi saya tekad siapkan semua emails yang ada and left at 6pm, bilang my Team Leader saya I really needed to go. Tetapi tidak bilang boss, takut dia kanchiong dan terus announce ke satu company niaya sahaja nanti. Sudahlah there is no confirmation yet that I was going to deliver on that day. So saya lari keluar daripada office seperti orang yang sudah tidak tahan mahu tercirit, opened my humble black payung lipat dan kejar bas di Federal Highway di dalam hujan lebat.


Bukan Mett tidak mahu ambil. He was already on the way from his workplace in Kajang, actually. Memandu bak Micheal Schumacher dengan hati yang berdebar gila hanya Allah sahaja yang tahu.


We agreed to meet up at LRT Universiti. The most convenient place to meet for both him and me.


So sesampainya sahaja di LRT Universiti, saya menanti Mett dengan cool sekali. Because having this to be my second experience, I somehow know what to expect. Dan sakit-sakit yang masih mild begitu haruslah belum bermaksud sudah 10 cm dilated and will deliver any minute. Dari kejauhan saya sudah nampak kereta Mett yang ikut emergency lane dan memotong segala kenderaan yang ada dengan lajunya. Wow. Panic hati seorang wanita, panic lagi hati seorang lelaki! Kahkahkah! In no time, dia sudah sampai ke saya. Saya masuk ke dalam kereta. The first thing Mett said was, You nampak cool je!


Mungkin keadaan saya pada waktu itu langsung tidak menunjukkan keadaan seperti yang saya hantar message via Yahoo Messenger di office tadi yang tertulis, Sayang, I rasa lain macam lah. Balik sekarang jom.


Hahaha.


So saya masuk kereta dan kami berkira-kira mahu ambil Myiesha dahulu or ke hospital dahulu. Saya bilang, ambil Myiesha dahulu. Yelah you just know lah kalau sudah sampai hospital kena check di CTG machine dan VE semua itu entah berapa lama masa yang diambil nanti. Kesian Myiesha. So we headed to Kampung Cheras Baru. Dalam kereta on the way to Mak Aisyah's home, contraction masih terasa. Many thoughts and feelings wondered in my head. Fikir rumah belum kemas. Fikir barang belum habis pack. Fikir contact lense order kat kedai spec belum collect. Fikir Myiesha.


Tang fikir Myiesha itu tanpa disedari, air mata merembes ke pipi. I suddenly felt so sad. Sedih fikir macam mana kalau saya deliver malam itu, with Mett by my side in the labor room, dan Myiesha tercari-cari kami, menangis sebut Nak Mummy! Nak Mummy! berulang kali. Sedih fikir macam mana kalau saya deliver malam itu, with Mett by my side in the labor room, dan Myiesha terjaga tengah malam tengok kami tidak ada di sisi. Sedih fikir macam mana kalau saya deliver malam itu, with Mett by my side in the labor room, dan Myiesha rasa kesunyian, kehilangan, dan sebagainya. No one to hug her. No one to sooth her. No one to say, Mummy is here. Don't cry! dan peluk kuat-kuat assuring nothing will happen to her because I am there with her. Rasa macam mahu sahaja biar Mett jaga Myiesha dan saya pergi beranak seorang diri. Serious! Saya betul-betul tidak sampai hati.


Melihatkan saya menangis, Mett drive semakin laju. Dia tanya, Dah tak tahan sangat ke? Nak pergi hospital terus ke? I almost laughed. I told him saya bukan menangis sebab sudah sakit sangat. Saya menangis sebab teringatkan Myiesha. Bersalin anak pertama memang lain sangat dengan bersalin anak kedua, kan? Because ketika bersalin anak pertama, you do not have other children to think of.


Saya tidak tahu macam mana kalau saya bersalin anak ketiga nanti. Boleh menangis sampai banjir kot, teringatkan anak-anak yang ditinggalkan. Hehehe.


Tiba sahaja di rumah Mak Aisyah, we took Myiesha back, yang kelihatan girang as usual. Mummy's little angel! Then we went straight to Hospital Ampang. Since we have Myiesha, Mett tidak dapat temankan saya so I went up to Level 4 alone. Ke Dewan Bersalin. Cool gila check in sendiri macam check in hotel. Mujur saya tidak sempat check in di Facebook. HAHAHA.


I was strapped to the CTG machine as expected. A doctor keyed in my details into the PC. And Mett was asked to register on my behalf at the Emergency Department, counter 8. The check up took approximately 45 minutes siap dengan vaginal examination sekali and I was only 1 cm dilated so I was allowed to go home. I still have a long way to go. Dan memang saya hendak balik pun apabila fikirkan banyak lagi perkara di rumah yang belum disiapkan. So I yeay-ed and went down. Got Mett and Myiesha and we went back to our crib in Bukit OUG.


Sampai sahaja di rumah, saya terus cuci pinggan mangkuk, kemas dapur, kemas bag baju untuk Mett dan Myiesha (bag hospital sudah siap awal-awal!), kemas bilik, mandi, and off we went to Maman's home in Wangsa Melawati. It was already 11pm at that time, but guess Maman's home will be the safest place for Myiesha should anything happens to me that night. So we spent the night there and plan to visit the hospital again the next day to follow up.




Alkisah 14th March 2012.


Woke up a bit late that morning since both of us won't be working. Mandi, breakfast, then curi-curi keluar pergi Hospital Ampang. Curi-curi sebab takut Myiesha menangis apabila melambai kami pergi. Oh itu adalah perkara yang paling heartbreaking! Arrived the hospital at around 11am and again I was strapped on the CTG machine and vaginal examination was done. Kali ini kena seluk dengan 4 orang sebab mereka tidak jumpa bukaan. Haha best gila. Finally 2 of them dapat jumpa bukaan. Was only 2 cm dilated. So again saya boleh pulang. Yeay! Happy gila dapat balik. Got Whoppers from Burger King to celebrate it and I spent my time at Maman's home chatting dan bermain dengan Myiesha.


Petang itu Mett belikan saya air kelapa muda, and we went to Jusco Wangsa Maju to jalan-jalan a bit kerana orang bilang air kelapa muda dan berjalan-jalan helps. Yes, berjalan-jalan memang help sangat kerana saya keluar duit lagi beli entah apa-apa untuk newborn sampai purse kering kontang. Ahahaha. Berjalan sudah terasa sengal sangat masa ini. Kalau hendak naik turun bas pergi kerja memang sudah tidak terlarat lagi rasanya. Mett and my parents pun have decided that I should not go out alone or go to work anymore in this condition.


Malam itu ada keluar lendir sikit dengan darah but I did not know whether to be panic or not, sebab sebelum balik daripada hospital, mereka pesan sometimes maybe akan keluar darah sikit sebab kena seluk. But if air ketuban pecah then kena immediately pergi hospital.




Alkisah 15th March 2012.


No progress so tidak mahu pergi ke hospital nanti kena seluk lagi. Don't like! Dalam hati siap berkira-kira mahu kembali ke office kalau betul no progress sebab sudah terasa boring sangat duduk di rumah. Hahaha. Again, masa dihabiskan melayan karenah Myiesha yang sudah semakin bijak dan sangat pandai ambil hati kami semua dan buat kami ketawa. Dan juga spent time berbual dengan Maman. Mett pergi kerja, but in the same time text messaged me numerous time a day tanya saya OK ke tidak. Perlu lari ke hospital ke tidak. But everything was completely fine. Rasa contraction yang terasa kelmarin tidak terasa lagi. I was wondering, Braxton Hicks juga kah? False alarm kah? Rasa sayang gila sudah terbuang 2 hari tidak pergi kerja. Ahhh.


Petang itu berbual dengan Maman ketawa geli hati. Dari satu cerita ke satu cerita saya asyik gelak sahaja. Then habis sesi bergelak ketawa selama beberapa jam itu, I felt the contractions again. Kali ini lebih kuat daripada yang sebelumnya. Wow. OK bukan berjalan-jalan sahaja helps, tahu. Ketawa geli hati pun membantu! Ini teori Puan HJ. Hahaha. Auw perut rasa sakit, rasa sengal. Then petang, bawa Myiesha berjalan-jalan and play ball depan rumah a bit. Malamnya pula while waiting for Mett to come back, I decided to stand instead of sit. Memang rasanya sudah lebih kuat. But I still do not feel the 10 minutes contraction interval or whatnot. Yang rasa hanya sakit dan sengal. It is like perut mengeras the whole time non-stop. Saya pun tidak tahu apa rasanya ini. Time Myiesha dahulu tidak ada pula rasa semua ini.


Benarlah orang bilang, lain anak lain rasanya. Kali ini saya start sakit even 10 days before my EDD. Sakit lain macam. Dan bukaan lambat terbuka pula. Pelik. Pelik.




Alkisah 16th March 2012.


It is the morning of 16th March 2012, and I am still here at Maman's home. Mett is out to work. Myiesha masih ketiduran. Dan saya sedang menulis entry ini. It has been 3 days since that panicky day, rasa sakit semakin kuat tetapi belum ada rasa gesa untuk baby keluar so I shall me-relax-kan diri di rumah until my motherly instinct says GO! Guess berakhirlah sudah angan-angan saya untuk pecah waterbag di office because I am already officially on leave. Huhu. Sedih! But it is OK. Guess we have plans, but Allah's plan is always the best. Mungkin inilah yang terbaik buat saya. Rest several days sebelum deliver. Eat well. Sleep well. Main dengan Myiesha buat kali terakhir.


I still have no clue on when I will deliver although the pain has already started to be so tensed now. Maybe I shall wait a bit more sampai noon or so, kalau rasa tidak tertahan nanti minta Daddy hantarkan saya ke hospital. Badan sudah dalam mode Berjaga-jaga dan mind memang sudah lama dalam mode Panic. Tunggu masa sahaja. But I am glad I am in a safe place with my family around so apa-apa boleh terus berlari ke hospital. May I face a smooth delivery nanti, regardless today or tomorrow or lusa or tulat. Tidak kisahlah. Yang penting, selamat.


So inilah kisah HJ at 39 weeks. Kita sama-sama tengok bila baby yang suka meng-suspend-kan Mummy ini akan keluar! :D

Saturday, March 10, 2012

40 Minggu Kisah Dalam Bas

In this entry I would like to share my experience travelling by bus throughout my pregnancy. Seperti yang semua orang tahu, I commute by bus to work and back every single day. Banyak kisah yang dapat dikongsikan. Antaranya kisah berdiri di bawah ketiak orang. Kisah orang tersepit beg atau payung di pintu. Kisah orang tekan bell berkali-kali tetapi bas tidak berhenti. Macam-macam. Ada yang kelakar, ada yang annoying.


But this time saya mahu berkongsi kisah saya naik bas sewaktu hamil.


Travelling by bus when pregnant is undeniably challenging. Saya bilang challenging sebab sewaktu first trimester, sewaktu perut masih slim bagai anak dara, saya terpaksa menagih simpati daripada orang minta seat sebab takut pitam di dalam bas kerana morning sickness. Time itu setiap kali rasa lain macam, memang kena approach orang dan bilang, Kak, boleh minta seat? Saya mengandung. Ada orang kelam kabut bangun kasi seat dengan seikhlas hati, ditambah pula dengan rasa simpati. Ada orang bangun dengan lenggang kangkung sahaja sambil buat muka Kau ni betul ke mengandung? Nampak sihat je. Jealous ye tengok aku duduk?


Hahaha.


Tetapi time itu memang kena buat muka tebal habislah, demi untuk menyelamatkan diri sendiri daripada pitam, dan menyelamatkan orang daripada kena mengangkat aku tidak pasal-pasal. But at other times, apabila diri terasa sihat, I will stand all the way just like the other passengers.


Pernah terjadi sekali itu ketika perut belum nampak, I was nicely seated in the LRT. Ha kali ini naik LRT. Then seorang perempuan mengandung masuk ke dalam LRT. Kakak yang sedang duduk di sebelah saya terus minta saya bangun kasi perempuan mengandung itu duduk, padahal dia sendiri boleh bangun kasi seat dia. I almost laughed. Entah-entah kami bertiga pun mengandung, kot? So I got up and gave my seat. Tidak kisahlah, sebab hari itu rasa sihat. :D


I always tend to feel happier as my tummy gets bigger. Kononnya apabila perlukan seat tidak perlu lagi pergi approach orang mengaku diri sendiri mengandung. At least apabila rasa tidak larat, orang akan kasi seat voluntarily. But no. Life is still as challenging as ever. Why? I do not know why. But those gagah-gagah guys tidak pernah mahu kasi seat. I do not know for sure mereka tidak perasan. Atau tidak tahu. Atau tidak nampak. Atau tidak sedar. Atau, what? Kadang-kadang saya berdiri di hadapan mereka dengan perut hampir kena muka mereka pun mereka tidak perasan juga!


Most of them are foreigners. Saya tidak tahu Thailand or Phillipines or Nepal or Bangladeshis. But foreigners. Seriously ignorant. Agaknya apabila mereka adalah foreigners, pandangan mereka pun menjadi foreign, kot. So perut yang membusung begini nampak lebih kepada penyakit ketumbuhan yang kronik or something, instead of pregnant.


Hahaha.


Most of those who always give me seat are those young, pretty girls. Anak dara. Mak orang pun selalu. But mostly women. Adakah kerana perempuan lebih memahami perempuan? Maybe. Men pun ada. Local men. Indonesian men pun ada. Mereka adalah lebih not bad daripada those betul-betul foreigners datang dari planet mana itu. Ada yang muda belia. Handsome leng chai pun ada! Auw, I like! :D Ada yang bapa orang. And again, saya rasa mereka yang mengerti adalah mereka yang memiliki isteri yang pernah mengandung dan melahirkan.


Yang belum pernah tempuhi agaknya buta mata buta hati.


But throughout my almost 40 weeks naik turun bas sepanjang pregnancy, saya rasa kisah kelmarin adalah yang paling menarik. Kelmarin saya naik MetroBus dari MidValley ke Jalan Klang Lama. The bus was packed, as always. Lately saya lebih suka naik MetroBus daripada RapidKL kerana bus driver dan bus conductor mereka adalah sangat-sangat prihatin terhadap perempuan mengandung macam saya. Kadang-kadang saya baru naik tangga bas, bus driver itu sudah buat announcement suruh orang kasi saya seat. Kadang-kadang ketika conductor bus kutip duit tambang dan terperasan saya pregnant, dia akan immediately suruh lelaki-lelaki buta hati yang sedang duduk buat bodoh bangun dan kasi seat pada saya. Mereka ini betul-betul manusia yang hebat. They are going extra mile for their customers despite bas yang tidak secantik mana dan cara pemanduan yang seperti roller coaster lagaknya.


So alkisah kelmarin, the bus was packed dan saya berdiri di sebelah seorang lelaki foreigner. Dalam hati memang tidak berharaplah sebab saya tahu dia tidak akan kasi seat, walau sejak sudah sarat benar ini, I really appreciate a seat sebab kalau bas buat stunt emergency break, pastinya palang yang saya pegang akan tercabut terbang bersama saya sekali kerana tidak dapat menampung berat badan saya yang macam gajah ini. Kahkahkah. So I stood, dan bus conductor itu pun datang kutip tambang. It was a lady bus conductor. As soon as she saw my belly, she said, Aduhhhhh mengandunggggg! Kuat gila suara dia. Lantang, bak pelakon Fauziah Nawi. Seriously she immediately reminds me of Fauziah Nawi. Muka pun lebih kurang sama, kot? Hehe. I know she purposely said those words loudly to alert the lelaki buta hati untuk bangun. But since the guy is a foreigner, of course lah dia tidak faham Bahasa Melayu, kan. Sudahlah buta mata. Buta hati. Buta bahasa pula. Weh hendak datang kerja di Malaysia, sila belajar Bahasa Malaysia, OK? Hahaha.


After the lady bus conductor said those words and the guy did not budge, dia sambung. Kesiannya kau, dik! Kena berdiri pulak! Buta ke orang-orang kat sini ni?!!!


Aku pula yang tersipu dia lantang-lantangkan suara begitu. :P


Tak apalah, dik! Nak buat macam mana, kan? Kau OK, kan, dik? Dah berapa bulan ni?!!! She was still talking at the top of her voice.


9 bulan, kak! Wah saya pun tambah minyaklah pada api yang membara. Siapa yang tidak kasi seat pada perempuan sarat mengandung 9 bulan memang kejam sangatlah, kan? Kikiki.


And yes, you guess right. The guy beside me still did not budge at all. HAHAHA.


But I was lucky when a handsome, young leng chai who sat nun jauh di belakang sana dengan kedua-dua telinga disumbat dengan earphone yang disambung ke handphone Apple nya suddenly got up and offered his seat. Ya Allah, baiknya mamat ini. Sudahlah handsome, baik hati pula itu. Auw. He was so nice. He got up with a smile and nicely offered his seat to me. I said Thanks sincerely and he said You're Welcome, also sincerely.


Saya pun dapat duduk dengan selesa di sepanjang perjalanan.


Before I got off the bus, I said Thanks again. And again he said You're Welcome with a smile yang bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. His girlfriend must be very, very, VERY LUCKY. Rasa macam hendak sahaja bilang, Hey my blog is hannahjohary.blogspot.com. I will write about you soon. Read it, OK! Hahaha. Kena buat business card lah macam ini nanti. :D


In short, it is never easy for a pregnant woman to do anything. Just anything at all. Dari awal pregnancy bergelut dengan morning sickness, hinggalah ke final trimester ketika kesaratan sudah amat terasa. Having a body that is consistently working hard every single millisecond to develop a baby in there, ditambah lagi dengan rutin harian yang tidak pernah berubah, like working, cooking, managing the household chores and kids, memang tersangat mencabar. Some people may look relax harungi hari demi hari macam tidak ada apa-apa macam saya sekarang ini gigih bekerja naik turun bas setiap hari, but deep down, saya sangat terasa challenging-nya. Cuma badan ini manja atau tidak. Cuma diri ini strong atau tidak. Cuma spirit ini high atau tidak. Itu sahaja.


Kerana itu bagi saya teramat penting bagi para suami, or just any guys to be very, very concern to pregnant ladies. Yes, you may not understand and will never experience it throughout your life, tetapi cukuplah sekadar kamu tunjuk sedikit keprihatinan. Walau pregnant lady itu nampak steady berdiri di sebelah kamu, rasanya tidak salah kalau kamu offer seat kamu pada mereka. Rasanya tidak susah kamu give way ketika berjalan. Rasanya tidak rugi kalau kamu biar mereka cut queue ketika beratur di McDonald's. Hahaha, melampau eh? :D You will not only make her day, but you will also make yours. Dan saya percaya hidup anda akan lebih diberkati.


My mindset now, harapan dan impian saya sekarang, I just want to feel the panicky of the day of my delivery. HAHAHA entah kenapa kali ini tersimpan impian gila ini. Orang kalau boleh hendak sakit baik-baik di rumah, di sisi suami dan family, but I don't. Selalu terbayang, eh macam mana kalau tiba-tiba waterbag pecah di dalam bas on the way to work? Atau di office ketika sedang dijerit pekik customer gila? What will happen? Bagaimana agaknya reaksi orang di sekeliling saya nanti? Siapakah yang akan membantu saya nanti? Di manakah saya akan deliver nanti? Sempatkah saya sampai di hospital, atau terberanakkah saya di dalam bas?


Ya, memang gila.


But this is what I want to feel this time. Selama ini dengar cerita orang, tiba-tiba kali ini hendak rasa sendiri. Best juga, ada juga cerita something different di dalam blog ini nanti, kan? Aih kisah benar sakit hendak beranak pun sudah terfikir untuk dijadikan artikel di dalam blog! Kahkahkah.


Whatever it is, saya sendiri pun selalu berdoa semoga delivery ini smooth semuanya. Semoga saya dan baby sama-sama sihat. Semoga kami selamat walau di mana pun kami berada nanti. Saya bersyukur dikurniakan kesihatan yang boleh dikatakan excellent, dan kenangan naik turun bas sepanjang pregnancy ini akan menjadi kenangan manis dan pahit yang bisa disimpan sampai bila-bila.

Tuesday, March 06, 2012

Babymoon Trip to PD and Melaka with BFFs!


Went for a short babymoon trip to Port Dickson and Melaka throughout last weekend. Bertolak dari rumah at around 3 pm on Friday afternoon. Sempat singgah late lunch di KFC Tol Sungai Besi and melilau cari kedai tayar untuk tukar tayar sekejap di area Serdang sebelum meneruskan perjalanan. The journey took approximately an hour from Serdang to Port Dickson. Kami walk in sahaja ke Cozzi Hotel, and we were lucky to get a room! :D




Myiesha tidur di sepanjang jalan. It was raining heavily.
Memang sedaplah tidur, kan?



We reached Port Dickson at 5 something. Selepas check in, kami terus ke pantai, which was only like 2 minutes walk from the hotel. Myiesha loves the seaside, like me! Rasa tenang sangat berdiri di tepi laut menghirup udara segar. Membiarkan angin berlengas menampar muka. Dan mendengar bunyi ombak laut menghempas pantai.


Selepas sekian lama pagi-pagi disogok rasa tension naik turun bas dengan traffic congestion. Selepas sekian lama sehari suntuk disibukkan dengan kerja yang tidak terhabis. Selepas sekian lama badan letih menghadap hari demi hari. This short lepak-ing by the seaside is like a therapy. Rasa tenang. Rasa aman. Rasa damai.


Rasa macam bertuahnya mereka yang ada rumah di tepi laut sebegini. Mesti hilang lelah pulang menghadap ketenangan begini saban hari. :)


























Kami tidak pernah menginap di Cozzi Hotel, but its striking yellow paint made us want to see what they have to offer. At RM 140 a night, this budget hotel is not a disappointment. We got a king bed yang Myiesha tersangatlah suka bergolek dari hujung ke hujung, and a clean bathroom.













The view from our room on the first floor.



After Maghrib we went to Nasreen Seafood Restaurant for dinner, which is just 10 minutes walk from the hotel. Ramai juga orang yang makan di sini. But the service was good, we need not wait for long for our food. We ordered the usual food we always order at any tom yam shops. Ayam goreng kunyit. Brocolli mushroom. Daging merah. Sotong goreng tepung. Telur dadar. Iced lychee drink for me. And sirap bandung for Mett. Myiesha balun semua. Hahaha.










Camwhoring before going to bed.



Mett was the first one to get up in the morning. Hasrat di hati hendak bawa Myiesha swimming a bit. Semalamnya mahu bawa dia mandi laut, but the weather was quite cool due to the heavy rain dan air laut pun semacam berminyak sedikit so we decided to just bring Myiesha to the pool.


Kejut kejut kejut Myiesha tidak bangun-bangun. Haih lah anak dara zaman sekarang. Umur 2 tahun pun sudah liat hendak bangun pagi. Hehehe.




Hey wake up wake up wake up!



Buka mata sahaja terus campak ke dalam pool! :P



Selesai swimming, mandi, packing dan bersiap, we had brunch at a nearby kedai mamak and started our journey to Melaka. It took us less than 45 minutes to reach Bandar Hilir and we were all thrilled. BFFs semua bertolak dari KL, and we met up at the lobby at Grand Continental Hotel, Melaka, at 3 plus in the afternoon.




Myiesha slept again throughout the journey
after our roti canai telur and Maggi goreng brunch.



Sempat tengok-tengok keliling kalau-kalau ada hospital
kalau-kalau terberanak.
This hospital is located just opposite our hotel. :D



This time we got a bigger room with the price of RM 150 per night.
Kali ini lebih happy because Myiesha got her own bed!



The bathroom is nice too!



My baby bump at 37 weeks!



Camwhoring with Mett.
Hehehe.



We checked in, put our stuffs then terus keluar berjalan! First destination haruslah ke Bandar Hilir, Melaka. Kami suami isteri ini nama sahaja orang Malaysia, tetapi berjalan ke Melaka pun belum pernah lagi. So haruslah kami sedikit jakun melihat bangunan-bangunan bercat merah yang bersejarah ini, juga beca-beca berhias cantik di tepi jalan. Lawa!




Bangunan bercat merah yang bersejarah itu.



Kami berjalan kaki ke Jonker Street, yang dikhabarkan lebih kurang macam China Town. Menurut BFFs kami, Jonker Street ini bagaikan syurga membeli belah dan juga makan-makan. Tempat ini adalah tempat wajib untuk didatangi oleh sesiapa yang berkunjung ke Melaka. Yang paling popular, haruslah cendolnya. Nanti kita tengok how the famous cendol looks like!




Jonker Street - at a glance.
Ada dragon panjang woo.
Takut! :D



The ladies.
3 isteri orang.
2 Mummy to-be.
Seorang ibu hampir beranak dua.
Kahkahkah!



We actually wanted to take a photo here,
tetapi masing-masing segan hendak minta Mat Saleh ini bangun.



OK sudah tiba di kedai cendol yang famous itu!
Jonker 88.
A must-come!



They have a long list of cendols and ais kacangs
at a reasonable price.
Pilih jangan tidak pilih!



Si pembuat cendol dan ais kacang.



Mett had cendol sagu, on the left.
I had ABC Nata 'de Coco, on the right.
Looks the same, kan?
Tidak kisah. Yang penting, YUMMY! :D



Mett gembira.
Myiesha sedih, sebab lapar, haus, panas, berlengas segala.
Walau dapat balloon Angry Bird.



Myiesha loves the Nata 'de Coco!



Ini namanya Chicken Rendang Mee.
Dia ada mee kuning, kuah rendang yang lazat,
isi ayam yang lembut dan enak, wantan, dan..
Ahh. Hendak buat ayat JJCM, tetapi tidak menjadi.
HAHAHA.
Just come and eat lah.
Yang penting, SEDAP!



Then we shared this among us.
No no ini bukan daging black pepper.
Ini adalah rojak buah yang enak.
Ada sengkuang. Ada timun. Ada nenas. Ada macam-macam.
Dibanjiri kuah petis home-made yang sangat enak!
*Sila baca ikut gaya JJCM juga!*
HAHAHA.



Then we met Cik Jo!
Harus ambil gambar sekeping bersama celebrity ini before parted ways.



Ini adalah kedai urut kaki.
Tetapi signboard macam hendak kasi penyepak sahaja.
HAHAHA.



Kesayangan-kesayangan saya.
I am glad they were happy throughout the way!



Selesai menawaf di Jalan Hang Jebat.
Yang lebih dikenali sebagai Jonker Street.



Sempat singgah kedai Hard Rock Cafe di sini.
The items sold here are just the usual stuffs.



Selesai menawaf Jonker Street, we had seafood dinner di Muara. No photos taken because battery camera sudah low. Tsk tsk. Orang adalah TERSANGAT RAMAI di sana and the food was so-so.



Time to say good night!
Myiesha tidur dengan nyenyak di katilnya sendiri sampai ke pagi.
Good girl. Mummy loves you! :D



Sunday came and again we had problem untuk mengejutkan Myiesha bangun pagi. HAHAHA. Had breakfast with the BFFs at around 9 am then check out. Terus ke Dataran Pahlawan untuk ber-shopping!




My all time favorite store. :)












We then had lunch at Asam Pedas Selera Kampung. Like last night at the seafood restoran, again we need to wait to be seated sebab orang adalah TERSANGAT RAMAI. Wow, we really were going to all those popular places in Melaka. So menunggulah kami dekat setengah jam juga sampai berpeluh-peluh until we finally got a seat. But the staff were all so nice and concern sehingga kami tidak rasa terbeban pun menunggu lama.



Asam Pedas Selera Kampung.



Mett sampai berpeluh-peluh mendukung Myiesha.



Mana tidak ramai, sudah di-commercialize di JJCM dan Singgah Sahur!



Minuman penghilang dahaga.



The fooooooood!
We had asam pedas ikan pari, ketam masak lemak, daging masak lemak,
ulam-ulaman, sambal belacan, dan ayam goreng.



Selesai makan, kami pun pulang. The weather was VERY, VERY, VERY HOT so kami tidak sempat bergambar before we parted ways. Semua meluru masuk kereta then on aircond sampai maximum. Hehehe. But really, it was an enjoyable trip. Walaupun pendek, walaupun tidak semua BFFs dapat join kerana commitment masing-masing, but we all had fun. Thanks so much to Lili, Hafiz, Naqi and Azreen for joining. The next time we meet mungkin selepas Myiesha dapat adik, kot? :D


Before I end this entry, below are a few photos taken on Naqi's camera. Naqi, tumpang curi ye. Hehe.



Us. Dalam keriuhan Jonker Street.



Myiesha berjalan-jalan bersama Aunty Lili.



Browsing through the photos taken together.